Romeo yang Hilang: Bab 22
ditulis oleh
RATU BULAN NOVELIS
pada
Isnin, April 06, 2015
DARINA
melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Lalu dia
menyambung langkah mendapatkan keretanya yang di parking di basemen
itu. Tatkala dia menghampiri keretanya, dia terdengar beberapa detap
kasut semakin lama semakin menghampirinya.
Satu keluhan
dilepaskan. Serentak dengan itu dia berpaling ke belakang. Kelihatan
dua orang lelaki berpakaian segak, berkod hitam dan bertali leher
berdiri di hadapannya.
“Bos korang nak
jumpa?” Darina membuka mulut sebelum mereka berdua bersuara.
Salah seorang
daripada mereka laju memberikan reaksi dengan mengangguk. Dalam masa
yang sama Darina terpandang sebuah kereta yang di parking tidak jauh
dari keretanya. Tanpa buang masa dia segera mengorak langkah
menghampiri kereta itu.
Pintu kereta dibuka
oleh salah seorang pengawal tadi. Umpama mempersilakan dia masuk.
Tanpa rasa ragu, Darina terus masuk ke dalam.
“Adam Alexander
a.k.a Muhammad Adam. Seperti yang dijangka. Seorang suami takkan
biarkan isterinya dalam bahaya. Sebelum apa-apa, saya sudah sediakan
dua salinan,” ujar Darina sambil mengeluarkan sebuah lagi sampul
dan dia memberikannya kepada Adam.
Adam menyambut
sampul itu tetapi dia tidak segera membuka. Sebaliknya dia meletakkan
sampul itu ke tepi.
“Budak tu… apa
motif dia ceroboh masuk ke dalam Arena?” tanya Adam.
“Saya tak dapat
siasat ke tahap tu. Apa kata kalau awak saja yang tanya budak tu?”
tanya Darina sambil menghulurkan sekeping lagi sampul surat. Kali ini
sebesar tapak tangan.
Sampul surat itu
bertukar tangan.
“Apy mula syak
sesuatu.”
Adam yang ingin
membuka sampul itu terhenti. Wajah Darina dipandang tepat.
“Dia syak awak ada
hubungan sulit dengan Daniel,” jawab Darina selamba. Kemudian dia
ketawa. Adam nampak blur seperti biasa. Tidak faham dengan jenaka
tadi. “Apy persoalkan kenapa Daniel berikan projek Arena kepada
awak sedangkan awak langsung tak ada pengalaman tentang projek besar
seperti itu.”
“Mak cik tu selalu
fikir yang bukan-bukan,” balas Adam. .
“Macam mana kalau
kali ini tekaan Apy betul?” tanya Darina.
Adam tidak menjawab.
Dia segera membuka sampul surat itu. Ada sekeping gambar di dalamnya.
Tanpa berlengah lagi dia menarik keluar gambar itu dan ditelitinya.
Dahinya berkerut.
Alangkah terkejutnya
dia apabila melihat gambar itu. Dalam gambar itu ada Daniel ketika
remaja, seorang budak lelaki yang tidak dikenali dan seorang lagi,
seseorang yang menyerupinya. Pelanduk dua serupa? Atau... dia
sendiri?
“Kau ada masa
terluang yang banyak sangat ke sampai ada masa menghadap photoshop?”
soal Adam langsung tidak percaya dengan gambar di tangannya itu.
“Walaupun saya ada
masa nak menghadap photoshop tapi awak fikir saya boleh dapatkan
wajah awak yang masih remaja? Pakar photoshop pun belum tentu lagi
boleh dapat bayangkan rupa semasa awak remaja,” jawab Darina.
“Aku ada hak sama
ada nak percaya, bukan?”
Darina tersenyum.
“Mungkin sebab
itulah arwah tak berterus-terang dengan awak semasa dia hidup. Dia
tahu, awak tentu takkan percaya. Tapi itu tak penting lagi. Cuma, apa
yang awak nak buat selepas ini? Berselindung di sebalik bayang-bayang
sendiri atau berhadapan dengan bayang-bayang sendiri? Pilihan ada di
tangan awak. Saya kena pergi ambil anak di sekolah sekarang. Kalau
ada apa-apa yang awak tak puas hati, awak tahu nak cari saya di mana,
bukan?” ujar Darina segera bergerak keluar dari kereta.
Baru sahaja beberapa
saat Darina keluar dari keretanya, Adam menerima panggilan daripada
isterinya. Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu.
“Ehem… awak, apa
makanan yang awak nak sangat saya masak malam ini?” tanya Apy Elina
di hujung talian.
“Hari ni… hari
April Fool ke?” guraunya seraya menjeling melihat jam tangannya.
Baru puku 3.30
petang. Pelik. Baru kali ini isterinya telefon dan bertanya soalan
begitu. Ini pasti ada sesuatu yang ingin dipintanya.
“Kalau April Fool
pun saya tetap nak masak untuk awak ni. Serius!”
“Mmm… lagi
pelik,” bibirnya mengukir senyuman.
“Mana ada pelik.
Saya cuma dah lama nak masak untuk awak tapi selalu tak ada masa.
Sekarang ni saya ada banyak masa terluang. Jadi, apa salahnya kalau
saya nak masakkan untuk suami sendiri.”
“Okey…”
lambat-lambat Adam menjawab.
“Okey je?
Cepatlah. Awak nak makan apa malam ni? Saya ada di pasar raya
sekarang. Nanti takut tak sempat nak memasak,” isterinya lagi
mendesak. Sah, mesti ada apa-apa yang diinginkan nanti.
“Maggi?”
“Maggi? Pak cik,
awak perli saya ke?”
“Apa salahnya?”
“Cubalah minta
sesuatu makanan yang boleh mencabar kemahiran memasak saya. Bila awak
minta Maggi seolah-olah macam awak ni memandang hina skill memasak
saya!”
“Mak cik, awak
ingat suami awak ni kuat makan ke?” balas Adam.
“Ah, lupa! Suamiku
umpama vampire.”
“Vampire?”
“Mmm… vampire
langsung tak ada deria rasa. Macam awak. Makan Pizza Hut yang sedap
tu pun awak boleh kata langsung tak ada rasa.”
Adam mengeluh
panjang. Mak cik ni sudah mula mengarut yang bukan-bukan. Ada ke
samakan suami sendiri dengan vampire.
“Mak cik,
masalahnya vampire tu wujud ke?”
“Fakta vampire
wujud,” jawab isterinya.
Sekali lagi dia
mengeluh. Ada sahaja jawapan isterinya. Memang betul-betul tidak
kering idea. Mesti panjang saja akalnya untuk menjawab.
“Hah, apa kata…
memandangkan awak nak makan Maggi, saya masakan awak spegatti?”
“Kalau nak Maggi
juga?”
“Ya Allah, pak cik
ni…”
“Masak Maggi
sajalah,” pintanya. Tiba-tiba pula teringat Maggi yang dimasak oleh
isterinya. Walaupun simple tetapi itulah makanan yang paling
sedap yang pernah dia makan.
“Baiklah. Saya
masakan awak Maggi tapi saya nak makan spegatti. Jangan mintak
spegatti saya!”
“Okey,” balas
Adam tak berperasaan.
“Jangan menyesal,”
ujar isterinya sebelum menamatkan perbualan.
Adam sekadar
tersenyum. Selama ini mana dia pernah menyesal. Selagi isterinya yang
memasak, itu sudah memadai. Lagipun dia bukan seorang yang suka
makan. Macam isterinya kata tadi, kadangkala dia langsung tak dapat
rasa kesedapan sesuatu makanan. Baginya kebanyakan makanan mempunyai
rasa yang sama.
Dia kembali mengalih
tumpuannya pada gambar yang diterimanya tadi. Macam-macam soalan
berlegar-legar di kepalanya. Kalau gambar itu adalah gambar betul,
ini bermakna dia pernah bertemu dengan Daniel sebelum ini. Tapi
kenapa Daniel berpura-pura tidak mengenalinya? Dan siapa pula lelaki
seorang lagi ini?
Tanpa berlengah lagi
dia segera membuka sampul surat yang diterima daripada Darina tadi.
Diambil beberapa keping gambar dan diletakkan gambar seorang lelaki
yang menceroboh masuk Arena itu bersebelahan dengan gambar yang satu
lagi. Sama.
“Jadi, apa yang
mak cik tu teka semuanya tepat sekali,” ujarnya sendirian.
Dalam pada itu, dia
teringatkan perbualannya dengan Izwan tempoh hari. Izwan pernah
beritahu isterinya ada syak, dia kenal lelaki yang menceroboh masuk
itu. Pada awalnya dia menganggap tekaan isterinya hanyalah satu
tekaan yang tidak berasas. Kini, terbukti tekaan isterinya itu benar.
Tanpa berlengah lagi
dia segera mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi nombor
seseorang.
“Izwan, aku nak
jumpa kau di tempat biasa. Urgent.”
“APA
pendapat kau?” soal Adam sebaik sahaja menunjukkan kedua-dua gambar
itu kepada Izwan.
Izwan yang melihat
gambar itu juga nampak terkejut. Mungkin tidak menyangka gambar
seperti itu pernah wujud.
“Jadi, apa yang
cikgu teka hari tu memang betul? Kau pernah kenal lelaki yang ceroboh
masuk Arena,” ujar Izwan seakan tidak percaya.
“Bukan itu saja.
Darina ada beritahu, dia ada syak sesuatu antara aku dengan Daniel.
Dia syak, aku pernah rapat dengan Daniel sebelum ini. Sama seperti
dia syak aku kenal budak yang ceroboh masuk tu,” tambah Adam lagi.
“Wau…” sekali
lagi Izwan terkejut mendengarnya. “Semua yang cikgu teka…
semuanya tepat.”
“Kau rasa semua ni
kebetulan ke?”
“Maksud kau?”
“Mak cik tu… dia
tahu apa yang aku tak tahu.”
Izwan menggeleng.
Dia tidak setuju.
“Kau dah lupa? Dia
cikgu. Bekas jurulatih kita. Kau ingat lagi apa yang membuatkan kau
ambil dia sebagai jurulatih kita dulu? Dia bukan sahaja bijak buat
keputusan tapi bijak buat kesimpulan. Mungkin bagi kau, dia nampak
comel dan kebudak-budakkan tapi aku yang melihatnya bukan seperti
itu. Sebab itu aku respek cikgu sampai sekarang,” ujar Izwan.
Adam mengeluh berat.
Dia tidak menyangka hal ini menjadi semakin rumit begini. Satu demi
satu memori lama yang dia tak mahu ingat datang secara tiba-tiba.
“Bagi aku, apa
yang cikgu teka tak penting lagi. Yang penting sekarang ialah waktu
ini,” ujar Izwan sambil menunjukkan gambar lama yang penuh misteri.
“Hanya memori kau yang hilang tu boleh selesaikan misteri ini.”
Adam mengambil
kembali gambar itu. Dilihatnya gambar itu lama-lama. Fikirannya
kosong. Dia langsung tidak dapat ingat waktu bila gambar ini diambil.
Hal ini menyebabkan dia percaya, ini ialah gambar palsu.
“Macam mana kalau
gambar ni gambar palsu?” soal Adam.
“Macam mana memori
kau boleh hilang?” tanya Izwan kembali.
Soalan Izwan itu
membuatkan Adam terdiam sebentar. Lambat-lambat dia mengangkat bahu.
Dia tak pernah terfikir tentang itu.
“Takkan kau tak
pernah terfikir?”
“Aku rasa tak
perlu sebab apa yang penting adalah masa depan. Lagipun Kak Mellissa
pernah beritahu, aku yang dulu tak seperti aku yang sekarang. Lebih
kejam dan lebih gelap. Sebab tulah aku tak terfikir pun tentang masa
lampau,” terang Adam acuh tak acuh.
“Jadi, kau
betul-betul tak kisah?”
“Masa lampau aku
tak mampu buat aku bahagia seperti sekarang. Apa yang aku kisah
sekarang adalah masa depan aku dan isteri aku,” ujarnya nekad.
Labels:
Romeo yang Hilang
8 si charming:
-
okay...memang mendebarkan. hmm suruh adam g buat terapi hipnosis mcm hyde, jekyll, me baru boleh dapat tau masa lampau dia. hehe tapi manuskrip dah hantar kan? harap dapat cepat publish. xsabar nak baca ni.
-
alahai chomel la Apy dan Adam ni.. rasanya adam dan daniel mungkin adik beradik.. mungkin juga adam pernah kenal Apy dan jatuh cinta dengan Apy..hahaha.. tak sabar nak tahu semua teka-teki tentang kisah hidup Adam Dan Apy.
-
Wah... Adam sweet betol la... Best nya kalau ade hubby cam adam... Sentiasa pikirkan keselamatan apy... Adam ngan daniel maybe ade pertalian... X sabarnya nak tunggu buku ni...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Fan Pages
Ada soalan?
sedang membaca
iklan
Followers
Masa itu adalah Jam!
Kepunyaan RBN
Blog Penerbit
-
Chord Lagu I Will Mary You - Kahitna - [intro] C G C G C G/B di suatu sore C G kita bertemu kesekian kalinya Am Bm B Em aku bilang aku akan pergi ...7 tahun yang lalu
-
Lanun Penakluk Lautan - Legenda terdapat di seluruh pelosok dunia... Sebuah kompas aneh membawa Beego, seorang anak nelayan kembali ke zaman silam dan berjumpa dengan lanun Wh...10 tahun yang lalu
-
Slot Terbaru Di Ruang Kanan Kolum - Kami memperkenalkan slot terbaru sebagai medium perantaraan anda dengan kami. Di slot ini anda boleh mendapat berita terkini mengenai aktiviti kami dan se...11 tahun yang lalu
-
Inspirasi Penulis
-
Announcing the 7th Annual Self-Published E-Book Awards Winners - Congratulations to the winners of the 6th Annual Self-Published E-Book Awards! Grand Prize Steel Hand, Cold Heart by Rachel Menard (rachelm...4 tahun yang lalu
-
Writers Write End Of Year SALE - Save 20% off all courses in Johannesburg. Buy one of our courses and save! Offer expires 30 December 2017. The offer does not include online courses. Click...6 tahun yang lalu
-
The 6 Literary Forces Every Writer Must Master - You may be aware of what’s becoming widely known as the “six core competencies of storytelling.” These core competencies, as defined by my go-to fiction-wr...11 tahun yang lalu
Dikuasakan oleh Blogger.
Blog e-novel
-
hello 2023Setahun yang lalu
-
Evangelina 43 tahun yang lalu
-
'Rumah Baru' a.k.a Wattpad4 tahun yang lalu
-
Sinopsis Yang Tertulis Untuk Kita5 tahun yang lalu
-
Bab 4 : Tak Mengaku Cinta5 tahun yang lalu
-
I'M NOT A MONSTER - BAB 156 tahun yang lalu
-
Secukup Rasa | Bab 16 tahun yang lalu
-
Kerana Aku Sayang Padamu- Bab 18 tahun yang lalu
-
Order Online MILIK ENGKAU SAJA masih DIBUKA!!8 tahun yang lalu
-
Akulah PEREMPUAN Yang Kau Singkirkan9 tahun yang lalu
-
-
Haruman Cinta: Bab 2311 tahun yang lalu
-
-
-
Tuan Blog
RYH
ROMEO YANG HILANG
Karya ke-8
Seseorang untuk Dinikahi
Karya ke-6
Hikayat Cinta
WARNING! VERSI BLOG DAN NOVEL ADA SEDIKIT PERBEZAAN!!
Karya ke-3
Tanpa Kata Cinta
Karya ke-2
Prince Charming
Karya pertama
Cinta 99 Hari
Karya ke-4
Karya ke-5 (cerpen)
Karya ke-7 (travelog)
Popular Posts
-
KERETA yang dipandu oleh Raymon berhenti di tempat yang terselindung dengan semak samun. Tidak jauh dari situ terdapat sebuah kawasan yan...
-
“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata ...
-
Pesan Hikayat, Yang sempurna itu pasti ada cacat celanya. “ PAK CIK ni kalau duduk rumah seorang diri, macam tongkang pecah dibuatn...
-
ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah...
-
Pesan Hikayat Cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai seseorang – Usmal. PAGI-PAGI lagi Apy Elina ...
-
Pesan Hikayat, Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia. Dua tahun kemudian… “ HE so gojes !” Apy Elina ...
-
Akan datang... sebuah cerita pendek yang bertajuk … AKU, DIA DAN GITAR ____________________________________ “Apa yang kau tahu tentang gi...
-
Kata Hikayat, Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan. Jari-jemarinya mengurut dahinya beberapa kali. Peni...
-
3: MENTERA “Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya...
-
“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak b...
Apa yg tlah blaku yek.. Misteri yg perlu di rungkai..