“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata sebaik sahaja dia duduk di kerusi yang telah di sediakan di tengah-tengah gelanggang Bola Keranjang. “Apy,” dia memperkenalkan dirinya seperti yang diarahkan oleh orang yang menemu duganya itu. Satu senyuman mesra dihadiahkan kepada mereka bertiga tanpa menghiraukan suasana seram sejuk yang dialaminya sekarang. Memang dia akui dia sememangnya gemuruh setiap kali menghadiri sesi temu duga untuk mendapatkan pekerjaan dan mungkin sebab itulah sehingga sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. “Hah? Happy?” tanya lelaki yang duduk di sebelah kanan sekali. Wajahnya kelihatan pelik sedikit. Lelaki yang duduk di tengah-tengah masih lagi serius memandang kertas di atas mejanya dan mencatit sesuatu di atasnya. Perempuan di sebelahnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Setiausaha tadi turut menunjukkan reaksi pelik namun tangannya masih lagi ...