Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SUD

SESEORANG UNTUK DINIKAHI, ANTASIA, HIKAYAT CINTA 2

Ta-da!!! Alhamdulillah. Akhirnya, Seseorang untuk Dinikahi diterbitkan dalam versi novel ^_^

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 28

“ Ah, perfect!” ujar Arissa yang berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dia memandang pelamin perkahwinan yang direkanya sendiri. Warna putih gabungan warna merah jambu menjadi pilihan hatinya. Sama seperti pelamin idamannya tetapi, ini bukan untuk perkahwinannya. Dia mengeluh. Entah bila lagi dia boleh dapat memiliki pelamin sendiri. Bukan untuk perkahwinan orang lain tapi untuk perkahwinan dia sendiri. Cemburu betul bila terpaksa lihat orang lain bahagia dengan pasangan masing-masing. Tiba-tiba lampu yang menerangi bilik itu terpadam. Dia langsung tidak nampak apa-apa. Suasana di sekelilingnya gelap sehingga satu benda pun dia tidak nampak.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 27

Dua tahun kemudian, “ Selamat pagi,” ucap Arissa kepada Mama Fiza yang melangkah masuk ke dapur ketika dia sedang menyediakan sarapannya. Seperti biasa, Arissa akan menikmati bijiran diet yang diminum dengan susu rendah lemak. Itulah sarapannya setiap hari sejak dia menyimpan impian hendak menguruskan badan. “ Selamat pagi,” balas Mama Fiza dengan mesra. “Hari ni joging berapa KM?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 26

Semuanya bermula apabila dia jatuh cinta dengan Nazwan. Dia masih ingat lagi, waktu pertama kali melihat Nazwan. Jantungnya berdegup kencang, kakinya seakan dipaku dan matanya langsung tidak berkelip memandang Nazwan. Pada saat itu, dia tahu, dia sudah jatuh cinta dan itulah cinta pertamanya. Selama bertahun-tahun dia memendam rasa cinta. Dulu dia seorang yang penakut dan pemalu. Tambah lagi bila berhadapan dengan Nazwan. Jantungnya tak usah cakaplah, asyik berdegup sampai hendak tercabut jantungnya. Lidahnya pula akan jadi kelu tiap kali hendak menutur kata-kata. Oleh itu, dia memendam rasa dan hanya melihat Nazwan dari jauh.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 25

“ Pergi ke UK?” terkejut Puan Azizah apabila Luqman membuka mulut malam itu. Luqman sekadar mengangguk. Sejak munculkan diri tadi, dia sudah disoal bertubi-tubi oleh mama dan neneknya. Tambah lagi apabila mereka langsung tidak nampak batang hidung Nazwan. Dia tahu, tidak ada gunanya dia berbohong lagi. Lagipun dia tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran itu selama-lamanya. Lambat laun mereka akan tahu juga. Jadi, lebih baik dia segera beritahu hal yang sebenar. Apa pun akibatnya, dia rela tanggung. “ Cuba beritahu hal yang sebenar, Luqman,” tegur mamanya.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 24

Melati sekali lagi menggeleng. Punyalah dia terpaksa batalkan programnya semata-mata risaukan keadaan Arissa, rupa-rupanya dia kena tipu hidup-hidup lagi. Waktu dia terima panggilan telefon daripada Arissa beberapa hari yang lalu, dia sudah tidak sedap hati. Nada Arissa waktu itu memang buat hidupnya tidak senang. Macam-macam dia fikir. Arissa kena kahwin paksa? Arissa tidak suka dengan pertunangan ini? Arissa terluka?

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 23

“ Nazwan, sebelum kita pergi lebih jauh lagi, inilah masa untuk kau buat keputusan. Peraturannya mudah saja. Kalau kau fikir, kau tak boleh, jadi, jangan teruskan. Mudah, bukan?” kata-kata Arissa tadi masih lagi ternyiang-nyiang di telinganya. Ya. Bercakap memang senang. Mudah saja. Tapi hendak melakukannya bukan mudah. Kena fikir tentang semua orang di sekeliling terutama sekali nenek yang sudah membesarkannya. Disebabkan terhutang budi dengan nenek dan keluarga Luqman dia jarang sekali mengingkari kata-kata mereka. Kalau diikutkan hati memang dia tidak rela. Tambah lagi Arissa bukanlah pilihan yang tepat. Memang dia tidak menafikan yang dia begitu mengenali Arissa. Bukan setakat kenal, tapi dalam banyak-banyak orang, dia paling bersabar dengan perangai Arissa.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 22

“ Sekarang ada jawatan kosong ke?” soal Mama Fiza sekali gus memecah kesunyian dan menarik Arissa keluar dari lamunan yang panjang tadi. “ Jawatan kosong?” tanya Arissa kembali. Takut tersalah dengar apa yang ditanya oleh Mama Fiza tadi. Rasanya, semasa dia mengelamun tadi, dia tidak pergi jauh sangat. Jadi soalan Mama Fiza tadi memang tidak masuk akal. Tambah lagi Mama Fiza sendiri tahu yang dia masih belajar. Mana datangnya pula soalan jawatan kosong.

Seseorang untuk Dinikahi: 20

Nota: Ini versi manuskrip.  **** MEREKA berdua melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Arissa masih dengan muka monyoknya mengekori langkah Nazwan melewati satu demi satu pintu bilik hotel mencari bilik yang baru saja ditempahnya tadi. “ Apa kata kalau kita balik KL saja? Aku rindukan katil aku. Aku tak boleh tidur dalam keadaan demam macam ni selain daripada katil aku,” ujar Arissa. Sejak tadi dia cuba memujuk Nazwan untuk balik ke KL. Macam-macam alasan dia sudah bagi tetapi Nazwan langsung tidak mengendahkan pujukkannya. Ada sahaja modal Nazwan membalas kembali alasannya. “ Berapa kali kau muntah dalam kereta masa pergi klinik tadi?” tanya Nazwan dengan jelingan tajam. Perlahan-lahan Arissa menunjukkan dua jarinya. “ Enam kali,” tegas Nazwan. “Kalau kita balik KL sekarang, kau akan muntahkan semua isi perut kau tu sampai tak ada apa-apa dalam badan kau. Kau nak macam tu?” Arissa mendengus marah. Ini semua Luqman punya pasal. Gatal sangat ba...

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 19

Baru sahaja dia ingin terlelap, dia terasa gebar yang membaluti tubuhnya ditarik seseorang. Dengan malas dia membuka mata. Seperti yang dijangka, pasti Luqman punya kerja. “ Kenapa?” tanya Nazwan separuh mengantuk. “ Kau boleh tanya kenapa lagi? Aku ajak kau datang sini bukannya suruh kau sambung tidur,” kata Luqman. “ Bukan ke kau yang kata aku boleh habiskan masa duduk dalam bilik sementara kau dengan Sarah keluar dating.” “ Memanglah tapi sekarang dah lain. Kalau aku dating dengan Sarah, sepupu Sarah tu siapa nak jaga?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 18

“ Nenek marah gila. Bersiap sedialah balik ni. Kalau tak kena pancung, mesti kena panggang,” ujar Nazwan selepas selesai menjawab panggilan telefon daripada Mama Tifa. Hanya kerana rancangan gila Luqman, tidak pasal-pasal dia pula yang kena bebelan Mama Tifa yang menyedari ketiadaan mereka berdua di rumah pagi itu. “ Jangan risau, aku ada jalan baik punya,” kata Luqman yang memandu di sebelah. “ Aku tahu rancangan baik kau tu,” jawab Nazwan. “ Kau tahu?” “ Rancangan tu dah tentulah aku pujuk nenek. Macamlah aku tak tahu,” ujar Nazwan sudah dapat mengagak. “ Oh... hebatlah kau. Macam mana kau tahu?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 17

“ Gunakan Asha untuk tarik perhatian Nazwan?” Sarah bagaikan tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut teman lelakinya. Entah dari mana idea itu datang. Walaupun Asha memiliki nama yang sama dengan arwah rakannya, tetapi dia kenal dengan sepupunya itu. “ Kenapa?” tanya Luqman. “ Dia sepupu aku,” jawab Sarah tidak tahu bagaimana hendak terangkan kepada Luqman. “ Aku tak nampak apa kaitannya kenapa kau tak setuju,” ujar Luqman lagi. “ Mestilah ada kaitan. Dia sepupu aku dan aku tak nak libatkan dia dalam hal ni. Lagipun dia tinggal di UK. Walaupun dia suka datang Malaysia tapi dia lebih suka menetap di sana,” tambah Sarah. “ Jadi?” tanya Luqman lagi. “ Jadi, takkan kau tak faham lagi? Dia dah ada kehidupan dia sendiri dekat UK. Aku tak dapat bayangkan Nazwan suka dengan hubungan jarak jauh. Dengan kata lain, Asha dengan Nazwan... takkan berjaya,” ujar Sarah dengan penuh yakin.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 16

Nazwan menggeliat membetulkan otot-ototnya sambil menghirup udara segar di balkoni biliknya pada pagi itu. Rasanya macam sudah lama dia tidak menghirup udara segar padahal baru sehari dia terlantar demam di atas katil. Semuanya Arissa punya pasal. Sampai sekarang dia tidak faham kenapa boleh jadi begini. Arissa bukan kembarnya. Malah tiada pertalian darah dengan keluarganya. Arissa hanyalah jirannya. Jadi, sepatutnya perkara aneh begini tidak akan terjadi. Dia mula perasan pekara itu pun selepas setahun berkawan dengan Arissa. Dalam setahun itu, Arissa memang banyak kali demam. Selepas Arissa demam, barulah dia jatuh sakit untuk sehari dua. Perkara yang sama berulang-ulang sehinggalah Luqman mula perasan akan hal itu. Disebab itulah Luqman selalu tuduh Arissa ahli sihir.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 15

PERLAHAN-LAHAN Nazwan mencelik matanya. Siling bilik tidurnya di pandang kabur. Pandangannya juga seperti melayang-layang. Pada masa yang sama, sakit kepalanya datang menerjah lagi. Lantas dia memejamkan matanya. Setelah peningnya semakin berkurangan, barulah dia kembali mencelik matanya semula. Selepas seketika, pandangannya mula dapat fokus. Dia mengalihkan pandangannya ke arah sofa panjang yang terletak tidak jauh dari katilnya. Kelihatan tubuh Luqman sedang berbaring di situ. Dia tertanya-tanya, sudah berapa lama dia tertidur. Handsetnya yang terletak bersebelahan dengan katilnya dipandang. Nazwan mengerah semua tenaga yang dia ada untuk bangun mencapai handsetnya. Setelah dapat barang yang diinginkan, dia kembali berbaring di katil.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 14

MEMANG masak. Balik sahaja dari rumah Arissa, dia terpaksa menghadap neneknya seorang diri dalam bilik. Dua jam kena ceramah perdana cukup buat dia rasa terseksa. Bermacam-macam soalan yang dikemukan oleh neneknya. Umpama polis menyoal siasat penjenayah pun ada. Namun, Nazwan dapat menjawab dengan tenang. “ Kamu sukakan dia?” tanya Puan Azizah kepada cucunya. Nazwan menggeleng. “Tak,” jawabnya pendek. “ Habis tu kenapa pula kamu gatal-gatal dukung dia tadi?”

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 13

JANTUNGNYA seakan terhenti seketika mendapati Nazwan betul-betul berada di hadapannya sekarang. Arissa buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bermacam-macam persoalan muncul di mindanya. Bagaimana Nazwan boleh berada di situ. Apa yang Nazwan buat di situ sedangkan kuliah sedang berjalan. Mustahil Nazwan mengekorinya sejak awal pagi tadi. Mustahil. Dia seratus peratus pasti tiada sesiapa yang mengekorinya sejak dari awal pagi tadi. “ Err... Nazwan, apa kau buat di sini?” tanya Arissa dalam diam mencubit lengannya. Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Nazwan memang betul-betul wujud di hadapannya sekarang dan lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 12

ARISSA terjengket-jengket berjalan keluar dengan perlahan-lahan keluar dari biliknya. Lagaknya seperti sang pencuri memasuki rumah orang dengan senyap dan memastikan tiada penghuni rumah itu sedar akan kehadirannya. Arissa memandang kiri dan kanan. Suasana sekitar rumahnya jam 6.30 pagi masih gelap seperti malam. Setelah memastikan tiada sesiapa yang menyedari dia sudah keluar bilik, dia segera mengorak seribu langkah bergegas turun ke bawah. Tiba di kaki anak tangga, dia mengulangi perkara yang sama. Perlahan-lahan dia berlalu menghala ke pintu. Anak kunci yang tersangkut di pintu diambil dengan perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Lantas, dia membuka pintu dengan kunci di tangannya. Bunyi kunci pintu kedengaran. Dia memandang sekeliling. Tiada yang menyedari hal itu. Perlahan-lahan dia menarik pintu utama rumahnya itu. Mujurlah pintu rumahnya tidak berbunyi. Lantas, Arissa melangkah ke luar. Pintu rumahnya ditutup kembali dengan perlahan-lahan. Berjaya. Kemudi...

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 11

“ Kenapa pulak ni?” tanya Fazira kepada Arissa yang menyembam muka di meja makan. Arissa mengangkat kepala lalu memandang Fazira yang baru sahaja pulang dari menghadiri aktiviti sukan di sekolah. Terkejut Fazira melihat keadaan Arissa yang bagaikan tidak terurus itu. Rambut Arissa dilihat berserabai seperti sudah beberapa hari tidak bersikat. Pelik. Pagi tadi punyalah seronok tapi petang ini Arissa berubah jadi orang lain. “ Fazira...,” gumam Arissa. “ Apa dah berlaku ni?” tanya Fazira kerisauan. “ Nazwan...,” ujar Arissa. Dia tidak tahu bagaimana hendak beritahu Fazira, sebaliknya memberikan sehelai kertas kepada Fazira. “ Kertas apa ni?” tanya Fazira yang tidak faham apa yang dibacanya. Dia yakin, tulisan dalam kertas itu bukan tulisan Kak Arissa tapi tulisan seseorang. Dia tidak pernah melihat tulisan Nazwan, jadi dia tidak dapat meneka sama ada itu tulisan Nazwan atau tidak.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 10

“ Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala kau sampai kau tak boleh berfikir dengan waras. Couple dengan Arissa? Itu satu-satunya keputusan yang aku sangat tak jangkakan selepas kau kata kau tahu apa yang kau buat,” kata Luqman yang terus mendapatkan Nazwan sebaik sahaja turun dari keretanya. “ Rileks,” jawab Nazwan tenang. Dia yang ingin membuka pintu pantas dihalang oleh Luqman yang menutup pintu rumah mereka kembali. “ Rileks? Kau suruh aku rileks selepas kau bersetuju couple dengan Arissa?” marah Luqman. “Apa yang dah berlaku dekat kau masa di Teluk Batik? Kau pasti kau dah ceritakan semuanya pada aku?” “ Pasti. Semuanya,” jawab Nazwan. Lantas dia membuka pintu utama dan tanpa berlengah lagi melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Seseorang untuk Dinikahi: Bab 9

“ Dahlah tu. Jangan pandang aku sampai macam tu,” kata Nazwan kepada Luqman yang dari tadi asyik memandangnya dengan tajam. “Aku dah ceritakan semuanya dekat kau. Tak ada tokok tambah,” tambah Nazwan. Jejak sahaja kaki ke dalam rumah dari pulang makan bersama Arissa tadi, Luqman sudah tercegat dekat depan pintu. Lantas ditariknya masuk ke dalam bilik dan disoal seperti penjenayah. Macam-macam Luqman menyoal dan kesemua soalan berkaitan dengan Arissa.