16: VERSUS


Apy Elina memandang alamat yang tertera pada surat tawaran yang diterimanya beberapa minggu yang lalu kemudian kembali memandang pintu gerbang Kolej Lagenda yang tertutup rapat. Sunyi. Dia kaget seketika. Hampir terhenti nafasnya sebaik sahaja berdiri di hadapan Kolej Lagenda yang menjadi pilihan anak orang-orang berada meneruskan pengajian mereka.

Bagaikan tidak percaya bahawa dia akan menjadi tenaga pengajar di kolej yang terkemuka itu. Jam di tangannya menunjuk pukul 7:30 pagi. Dia dikehendaki melapor diri di pejabat Kelab Bola Keranjang jam 8 pagi. Kelab Bola Keranjang pun ada pejabat! Memang betul-betul sebuah kelab yang kaya. Terasa kecil sangat dirinya untuk melatih Kelab The Legend.

“Khabarnya ramai jurulatih tidak tahan melatih mereka,” kata-kata Nabila malam tadi masih lagi berlegar-legar di telinganya. Semalam barulah dia mendapat tahu bahawa majikan Nabila adalah pemilik Kolej Lagenda dan begitu juga dengan kelab bola keranjangnya. Jadi, serba sedikit dia dapat sedikit maklumat tentang kelab yang akan dilatihnya nanti.

“Kenapa?”

“Entahlah. Aku pun tak pasti sangat. Apa yang aku tahu, kesemua jurulatih tak berpuas hati dengan perangai Alex yang berlagak.”

“Ya! Dia memang berlagak!”

Nabila memandangnya dengan tajam. “Kau kenal dia ke?”

“Err… aku agak saja. Bukankah anak orang kaya memang selalu berlagak macam dunia ni dialah yang punya.”

“Ya. Itu aku tahu tapi Alex tak macam tu. Dia jenis yang low profile cuma dia tu dalam kategori bukan peramah. Memang susah nak bergaul dengannya sebab kita tak tahu apa yang dia fikir. Nasihat aku, kalau kau nak lama bekerja di situ, kau dengar sajalah cakap Alex,” ujar Nabila lagi.

“Dengar cakap Alex?” Apy Elina mendengus tidak puas hati. “Sedangkan cakap mak aku sendiri pun aku tak nak dengar, inikan nak dengar cakap budak kecik yang bongkak tu. Jangan harap!” rungutnya lagi di hadapan pintu masuk Kolej Lagenda.

“Cik, boleh saya bantu? Sejak tadi saya tengok cik ni asyik pandang ke dalam. Cik ada urusan di sini ke?” tanya Pak Guard barangkali sudah panas buntut melihatnya yang sudah tercegat lama di hadapan pintu masuk Kolej Lagenda.

“Er… a’ar! Hari ini saya kena lapor diri,” jawab Apy Elina sebaik sahaja menyedari Pak Guard yang lengkap berpakaian polis bantuan menghampirinya. Saiful. Name Tag yang dipakai oleh Guard itu di bacanya. Barulah dia tahu bahawa nama Guard muda itu bernama Saiful.

“Lapor diri? Saya tak diberitahu pula ada pelajar akan lapor diri hari ini,” ujarnya. “Boleh beri surat tawaran?”

“Eh, saya bukan pelajar tapi pekerja,” pantas dia membetulkannya. Susah betul jadi manusia yang comel dan cantik ini. Pasti orang lain akan salah ertikan bahawa dia sebaya dengan pelajar kolej sedangkan umur sudah pun meningkat hampir 29 tahun.

“Pekerja? Cik ni pensyarah ke? Ataupun pekerja di bahagian ibu pejabat? Setahu saya tiada pula yang cakap ada orang kena lapor diri bekerja hari ini,” En. Saiful sekali lagi menggaru kepala. Dia kemudiannya memanggil seorang lagi rakannya yang bertugas di tempat yang sama.

“Lapor diri?” kawannya, En Yunus pula menggaru kepala.

Apy Elina turut menggaru kepala. Apasal susah sangat hendak berinya masuk? Dia bukannya penyangak hendak merompak Kolej Lagenda ini. Tidak sangka, sekuriti di situ begitu ketat juga. Orang sebarangan yang tiada urusan rasmi dilarang masuk.

“Seingat saya, hanya seorang saja yang akan lapor diri hari ini. Tapi jurulatih,” ujar En. Yunus lagi.

“Hah! Itulah saya!” pantas Apy Elina menjawab.

“Awak? Jurulatih?” tanya polis bantuan itu lagi.

Apy Elina mengangguk.

“Tapi awak perempuan.”

“Ya. Saya memang perempuan,” keluhnya. Pelik sangat ke jumpa jurulatih perempuan?


“Hah? Dua blok saja?” keluh Apy Elina yang teringat kata polis bantuan tadi memberi tunjuk jalan untuk ke bangunan pentadbiran sukan yang terletaknya pejabat kelab bola keranjang. Memang pun dia perlu melalui dua blok bangunan barulah sampai tapi dia tidak sangka perjalanan ke sana hampir menyebabkan ketiaknya berpeluh.

Punyalah besar persekitaran di Kolej Lagenda. Apatah lagi semua di situ datang dan pergi dengan berkereta. Banyak juga kereta yang lalu lalang di sebelahnya. Hanya mak cik – mak cik yang sedang bersihkan kawasan kolej sahaja yang kelihatan di bahu jalan. Dapatlah dia bertanya arah apabila tidak dapat mencari bangunan yang di carinya.

“Aku rasa sekolah Harry Potter pun tak besar macam ni,” rungutnya sambil kaki kanannya melangkah masuk ke dalam bangunan lima tingkat bercat biru. Warna rasmi Kolej Lagenda. Sebentar lagi bermulalah kehidupan barunya sebagai jurulatih yang diidam-idamkan lagi sejak sekolah menengah lagi.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terpegun apabila melihat ruang legar bangunan yang dihias cantik. Di sudut tepi ruang legar tersebut terdapat satu tempat yang mengumpul pelbagai trofi-trofi kemenangan tidak kira dalam apa jenis sukan yang dipertandingkan.

“Cik Apy Elina?” tegur seseorang membuatkan Apy Elina tersentak.

“Ya,” dia pantas berpaling. Seorang gadis yang hanya memakai t-shirt dan berseluar sukan berdiri di hadapannya.

“Rinazila, setiausaha The Legend,” Rinazila menghulur salam perkenalan. Salam di sambut mesra oleh Apy Elina. Mereka kemudiannya berlalu ke tingkat 3 yang merupakan pejabat kelab bola keranjang.

“Tak de orang?” tanya Apy Elina yang pada mulanya teragak-agak melangkah masuk ke dalam. Segan. Tapi sebaik sahaja dia menjenguk masuk, pejabat yang lengkap dengan beberapa meja kerja dan komputer itu di dapati kosong dan tiada sesiapa di dalam.

“Pejabat ni memang kosong dan tak selalu di gunakan. Itu bilik penasihat kelab, En. Hazrul tapi dia pun selalu tiada di pejabat sebab dia ada pejabat lain dan ini bilik Cik Apy,” ujar Rinazila sambil membuka pintu bilik bersebelahan bilik En. Hazrul.

Apy Elina melangkah masuk ke dalam bilik yang mempunyai sebuah meja yang lengkap dengan komputer dan beberapa almari antik tersusun rapi di tepi sudut bilik yang seluas bilik tidurnya di rumah sana. Terpegun dia sebentar. Kehidupan jurulatih yang mewah! Itu sahaja yang boleh dibayangkannya kehidupan bekas-bekas jurulatih sebelum ini. Pasti mereka bergelut dalam dilema untuk melepaskan jawatan mereka sebelum ini.

“En. Hazrul ada mesyuarat hari ini, jadi, tak dapat nak jumpa dengan Cik Apy. Mungkin kalau sempat dia akan singgah kolej. En. Hazrul sudah serahkan semuanya kepada saya untuk terangkan serba sedikit tentang kerja Cik Apy dan menyerahkan jadual latihan yang telah disediakan,” Rinazila menghulur sebuah fail ABBA kepada jurulatih barunya itu.

Apy Elina menyambutnya tetapi hanya meletaknya di atas mejanya. Dia kemudiannya berlalu menghampiri tingkap dibiliknya yang tertutup rapat. Dari cermin tingkapnya, dia dapat melihat persekitaran belakang bangunan yang lenggang dan tenang.

“Waktu kerja Cik Apy akan bermula jam 10 pagi dan akan tamat jam 8 malam setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Manakala hari Sabtu dan Ahad adalah hari rehat tapi selalunya hari Sabtu dan Ahad kami akan adakan latihan mengikut keperluan. Jadual latihan tidak sama setiap minggu sebab kami perlu mengambil kira masa pemain. Selalunya kami akan adakah latihan setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 4 petang,” terang Rinazila merumuskan jadual harian kepada jurulatih terbarunya.

“Di mana gelanggang bola keranjang?” tanya Apy Elina tiba-tiba.

“Hah?”

“Tugas jurulatih bukan saja di pejabat tapi digelanggang. Saya nak ke sana.”

“Tapi tak de siapa di sana sebab semua ada kuliah,” balas Rinazila. “Tapi kalau Cik Apy nak melawat ke gelanggang kami boleh juga cuma saya tak boleh lama sebab jam 9 pagi saya ada kuliah.”

“Tak mengapa. Saya pergi seorang.”

Kepada Hikayat,

Aku mungkin terlalu kerdil. Dulu di saat aku termimpikan impian ini, aku sendiri tidak tahu bolehkah impian aku ini tercapai. Dan hari ini, bagaikan dalam mimpi aku berdiri di tengah-tengah gelanggang bola keranjang dengan status jurulatih. Impian telah tercapai tapi bagi aku ini bukan penghujung perjalanan hidup aku sebaliknya inilah bermulanya hidup aku.

Handset di dalam poket seluarnya bergegar. Tanpa memperdulikan kuliah yang sedang berlangsung, Alex menggeluarkan handset dari poket seluarnya. Mesej dari Rinazila dibacanya sebelum menutup handsetnya kembali. Jam di tangannya di jeling. Lagi satu jam kuliahnya yang membosankan itu akan tamat.

Tanpa memperdulikan pensyarah yang sedang bercakap di hadapan, Alex segera mencapai buku nota dan beg sandangnya berlalu keluar melalui pintu belakang. Bukannya dia tidak pernah ponteng kelas. Memang selalu sangat dia buat begitu terutama sekali apabila dia bosan dengan pensyarah yang mengajar. Dan setiap kali dia buat begitu, tiada sesiapa pun yang berani menghalangnya kecuali pensyarah yang baru mengajar tapi esoknya mereka pula yang minta maaf dengannya. Betul-betul kaki ampu.

Tanpa berlengah lagi, dia segera menunggang motosikalnya ke dewan bola keranjang yang terletak tidak jauh dari bangunan pentadbiran. Mesej dari Rinazila tadi tanpa di duga telah membawanya ke situ lagipun inilah hari yang dinanti-nantikan selama ini. Bertemu dengan jurulatih pilihannya.

Pintu utama dewan bola keranjang di tolak sedikit sebelum dia melangkah masuk. Dari tempatnya berdiri, dia dapat melihat seorang wanita yang lengkap berpakaian sukan sedang duduk di tengah-tengah kerusi penonton. Menulis sesuatu pada buku notanya.

Apy Elina menyedari pintu dewan dibuka seseorang dan terdapat seorang lelaki tinggi lampai melangkah masuk ke dalam. Cahaya matahari yang memancar membuatkan dia tidak nampak wajah lelaki asing yang melangkah masuk tapi dari gerak geri lelaki itu dia sudah dapat tahu siapa.

Hikayat Cinta ditutup dan diletak di tepi. Dia berlalu bangun dari duduknya dan menuruni anak tangga untuk ke gelanggang. Walaupun jantungnya berdebar-debar berhadapan dengan orang yang kental seperti Adam Alexander, tapi sebaliknya dia gembira dapat berjumpa dengan manusia yang pernah menyusahkannya suatu ketika dahulu. Sudah lama dia ingin bertentang mata dengannya dan ‘memugut’ hutang yang tidak terbalas.

Alex sempat mencampak beg sandangnya ke sebuah kerusi penonton tidak jauh darinya dan kemudian mencapai sebiji bola jingga sebelum di baling ke arah Apy Elina, jurulatih barunya itu.

Bertindak pantas, Apy Elina menangkap bola yang dibaling oleh Alex dengan kemas. Kedua-dua langkah terhenti. Sunyi. Hanya pandangan mata sahaja yang berkata-kata. Memang dia sudah mengagak bahawa Adam Alexander akan menjadi halangan seterusnya setelah dia bergelar jurulatih.

‘Adam Alexander. Memang saat inilah yang aku tunggu-tunggu. Kau mungkin tak kenal aku tapi aku kenal kau. Di luar mungkin kau seorang raja tapi di gelanggang kau hanyalah manusia kerdil yang perlu di asuh untuk bermain. Aku mungkin seorang jurulatih dan seorang perempuan tapi aku bukan lemah di gelanggang. Semua maklumat kau ada di dalam otak aku. Bersedialah untuk di malukan di tengah-tengah gelanggang,’ detis hatinya sambil matanya masih lagi tidak terlepas memandang wajah anak kacukan Melayu-Cina itu.

‘Apy Elina. Satu nama yang asing dalam sukan bola keranjang. Tak dapat banyak maklumat yang aku dapat tentang namanya ini. Orangnya nampak biasa tapi aku masih tak puas hati semasa hari temu duga hari tu. Bagaimana dengan hanya melihat, dia dapat baca kecerderaan yang dialami oleh Azhar. Benarkah ada orang yang peka seperti itu? Kalau benar dia tidak tipu semasa temu duga hari tu, jawapannya akan terjawab sebentar nanti. Tapi pelik juga, kenapa dia ni nampak dingin sangat?’ hati Alex pula berkata-kata.


“Izwan, kau ada nampak Alex?” sapa Rinazila tiba-tiba duduk dihadapannya. Izwan sekadar menggeleng. Sudah puas dia cuba menghubungi Alex sejak tadi tapi Alex langsung tidak menjawab panggilannya. Burger yang dibelinya untuk Alex juga sudah sejuk. Selalunya selepas sahaja kuliah tamat jam 5 petang, dia dengan Alex pasti akan berjumpa di situ untuk menjamah makanan sebelum ke gelanggang latihan tapi hari ini Alex langsung tidak kelihatan.

“Ke mana dia pergi?” Rinazila sekali lagi merungut kepenatan. Sudah puas dia mencari Alex tapi bayangnya pun tidak kelihatan.

“Aku dapat tahu dia skip kuliah lagi hari ni tapi selalunya kalau dia skip kuliah dia ingat nak makan tapi hari ni tak de pula,” Izwan mula risau. Entah apa pula angin yang melanda kawannya itu hari ini, pasti ada sesuatu yang tidak kena tapi setahunya, angin Alex memang baik sahaja beberapa hari ini. Memang sesuatu yang pelik kalau Alex skip kuliah tanpa sebarang sebab.

Tiba-tiba handset Rinazila berbunyi. Dia segera membaca mesej yang diterimanya.

“Kenapa?” tanya Izwan sebaik sahaja menyedari wajah Rinazila berubah selepas membaca mesej tadi.

“Alex bertarung dengan jurulatih baru di gelanggang!”

“Apa?!”

Tanpa membuang masa mereka berdua segera berlari ke dewan bola keranjang. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, kelihatan Khairul, Leo dan Azhar turut berada di situ. Mata masing-masing tidak berkelip memandang ke gelanggang yang masih lagi rancak berlansungnya perlawanan sengit antara Alex dan jurulatih baru mereka.

“Apa dah berlaku ni?” tanya Rinazila sebaik sahaja sampai.

“Diam. Ni perlawanan yang paling hebat kitorang pernah tengok,” ujar Leo sambil membuat isyarat diam.

“Berapa lama diorang berlawan?” tanya Izwan pula. Dari jauh dia dapat melihat dengan jelas Alex berpeluh seolah-olah mereka sudah lama berlawan di bawah sana.

“Tak delah lama sangat. Aku habis kelas Art, aku terus ke sini. Masa tu diorang dah start bertarung dah,” balas Khairul pula.

“Kelas Art kau habis pukul berapa?”

“11 pagi.”

“11 pagi?!” serentak Izwan dan Rinazila meninggikan suara. Serentak itu Apy Elina mengambil kesempatan dengan merampas bola dari tangan Alex dan melakukan shot tanpa sebarang halangan. Satu senyuman sinis di hadiahkan kepada Alex yang tidak berpuas hati dengannya.

“Peraturan nombor 61, jangan biarkan penonton mengusai perlawanan,” ujar Apy Elina dengan suara lagaknya. Gembira dia dapat mendahului lawannya.

“Boleh tak korang tolong diam?!” tengking Alex yang tidak puas hati.

“Dan boleh tak korang berhenti berlawan? Sudah hampir 7 jam korang berlawan di gelanggang tu!” suara lantang Rinazila pula kedengaran dengan beraninya. Kemudian mereka berlima menuruni anak tangga menghampiri Alex dan Apy Elina yang sentiasa mengukir senyuman manis.

“Hai lelaki handsome!” sapa Apy Elina sebaik sahaja mereka menghampiri mereka. “Khairul, Leo, Azhar dan Izwan. Mulai hari ini saya Apy Elina akan menjadi jurulatih kamu. Sila beri tunjuk ajar.”

“Lupakan tentang sesi perkenalan dan sambung pertarungan yang tak habis tadi,” tiba-tiba Alex mencelah. Wajahnya terukir rasa tidak puas hati dengan perlawanan yang belum tamat tadi.

“Adam Alexander. Awak dah kalah dengan saya dan ketinggalan 150 points. Walaupun kita sambung perlawanan selama 5 hari pun, awak tetap akan kalah 150 points,” ujar Apy Elina.

“Belum cuba belum tahu,” balas Alex mendesak.

“Tak payah cuba dan jangan terfikir pun nak cuba lagi,” celah Rinazila terpaksa masuk campur. Jika dibiarkan lagi parah pula. Sudahlah Alex jenis yang pantang dicabar. Jika kalah mesti ada sahaja yang tidak puas hati.

“Ya betul tu!” sokong Apy Elina menaikkan lagi api kemarahan anak muda itu.

“Siapa benarkan kau bersuara, mak cik,” balas Alex mula mencari gaduh.

“Mak cik?!” Apy Elina pula meninggikan suara. Lelaki dihadapannya memang betul-betul hendak cari gaduh. Apatah lagi dia memang pantang apabila orang memanggilnya dengan panggilan Mak cik ataupun auntie.

“28 vs 20. Itu boleh dikategorikan dengan panggilan mak cik bukan?” balas Alex tidak mahu mengaku kalah.

“Oh, kalau macam tu 20 vs 28. Itu juga boleh dikategorikan dengan panggilan Baby Boy bukan?” balas Apy Elina pula. Entah dari manalah datang idea menggelarkan orang muda yang angguh itu sebagai Baby Boy. Memang tak sesuai! Tapi dah tercakap, mana boleh undur balik. Redah sajalah!

“Baby Boy?!” ulangi Rinazila yang terbantut hendak menghalang pergaduhan yang berlaku tadi. Kemudian satu dewan pecah tawa!

11 si charming:

  1. fzm2 berkata...:

    finally kuar jgak n3 bru..hehe
    x sbr tnggu nxt n3..ahakx!

  1. Yeun Yie berkata...:

    baby boy..hakhakhak..klakar nye..

    wakakah..best citer kli ni kak ratu. memng btul2 best..sya bce pon mcm dh truje sngt..mcm citer ni ade kt dpan mata..

    best sngt nih..cpt smbng tau kak ratu..wakakah..

  1. just me berkata...:

    wah..
    suka2..
    babay boy plak tuh
    hahaa..

    makin menarik tertarik la cite ni

  1. aqi` akirah berkata...:

    aaaaaa\o/
    sgt2 besh..
    teruje je ms bc nie..
    cayokkkk!!

  1. Ai berkata...:

    dah bermula..

  1. in_an berkata...:

    wah bestnya n3 ni..ske sgt...
    cutenya nama..baby boy..hahaha

  1. Lieza berkata...:

    ha... kelako sangat.. best la cepat sambung yek??

  1. nella berkata...:

    ha ha ha ..saye plg suke bab nie...sambung cpt2 yerrr

  1. Tanpa Nama berkata...:

    akhirnya...

  1. Che Sue berkata...:

    rasernyer alex dah bertemu buku n ruas...
    slama nih tak der org yg berani nak melawan cakap dier...!
    hahaha...! bagus n3 kali nie....

  1. agent_sesat berkata...:

    150 --- waaaahh~~ terer lah cik Apy kiterrrrrr...

    cepat ar...makin x sabar nie....hehehe

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages