17:LAGENDA


Kata Hikayat,

Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase, just take the first step – Martin Luther King Jr.

Sepanjang dia berjalan dari tempat letak kereta ke dewan kuliah yang hanya beberapa meter, dia merasakan pelajar-pelajar yang bertembung dengannya berbisik sesuatu dan kemudian ketawa memandangnya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan perkara pelik yang berlaku di sekelilingnya sejak pagi tadi tapi selepas menyedari mereka semua sedang memperkatakannya, dia mula tidak sedap hati.

“…gay…,” itu yang sempat telinganya menangkap perbualan salah seorang dari mereka. Namun, dia tidak melatah. Apalah sangat dengan khabar angin murah seperti itu. Baginya, dia tidak kisah jika mereka menuduhnya seorang gay. Ini lagi senang untuk menghindarkan diri dari perempuan-perempuan yang cuba mendampinginya disebabkan statusnya. Ah, dia sudah rimas dengan semua itu.

“…baby boy…,” dia berhenti melangkah sebaik menangkap lagi perbualan seterusnya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada dua pelajar perempuan yang berbisik-bisik tidak jauh dari tempatnya berdiri. Serentak dengan itu kedua mereka mengangkat kaki dan berlalu dari situ secepat yang mungkin.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Entah bagaimana pula kisah ‘Baby Boy’ tersebar meluas di kolejnya dalam masa satu hari. Semuanya gara-gara jurulatihnya yang baru menggelarkan gelaran tersebut kepadanya. Satu hari dia kena gelak dengan kawan-kawannya sehingga mereka tidak boleh berhenti ketawa. Dia pula, tidak dapat menahan ejekkan mereka terus mengangkat kaki.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan kuliahnya, suara-suara halus masih lagi kedengaran di telinganya. Masing-masing berbisik dengan kawan-kawan mereka sambil menjeling pandangnya. Alex berpura-pura tidak mengendah dan berlagak seperti biasa.

Dia kemudiannya duduk di sebelah Azhar yang datang awal daripadanya. Azhar hanya senyap. Langsung tidak menegurnya sebaik sahaja Alex duduk kerusi yang kosong di sebelahnya. Tanpa berkata apa-apa, dia menggeluarkan sebuah buku nota dari beg sandangnya. Walaupun dia berlagak biasa, tapi dia masih lagi tidak berpuas hati.

Dijeling pandang Azhar di sebelahnya yang memandang tempat papan putih di bawah. Suara-suara halus dan gelak ketawa mereka yang ditahan-tahan masih lagi kedengaran. Panas juga telinganya sehingga tidak mampu menampung kehangatan.

“Hey,” dia menyiku Azhar. “Kalau kau nak gelak-gelaklah,” seperti tahu apa yang sedang difikirkan oleh Azhar, Alex akhirnya bersuara.

Serentak dengan itu dewan kuliah yang sunyi tadi, dikejutkan dengan hilai tawa Azhar yang tidak dapat menahan tawanya sejak semalam. Sebaik sahaja melihat wajah Alex hari ini, dia teringatkan kejadian semalam. Serentak dengan itu juga, satu dewan kuliah dimeriahkan dengan hilai tawa pelajar-pelajar di dalamnya.

Tak habis lagi,’ dia mengeluh lemah sambil cuba menyembunyikan wajahnya dengan menunduk merenung meja. Dibiarkan saja telinganya menadah hilai tawa mereka walaupun pada masa yang sama dia rasa seperti hendak keluar sahaja dari dewan kuliah itu. Tapi pelik. Kenapa tiba-tiba mukanya rasa macam panas semacam?

“Apy Elina,” disebut perlahan nama jurulatihnya.

****

Apy Elina yang sedang meneliti fail yang diberikan oleh Daniel tempoh hari tiba-tiba terbersin. Segera dia mencapai remote kawalan jauh dan menutup air corn dalam pejabatnya. Sejuk. Televisyen yang memaparkan perlawanan antara pasukan The Legend dengan pasukan lawan ditontonnya dari tempat kerjanya.

“Cik Apy nak jumpa saya?” tiba-tiba Rinazila berdiri di hadapan pintu biliknya yang sengaja dibuka luas.

“Ya. Ada beberapa hal yang saya nak tanya. Saya ganggu ke?” tanya Apy Elina sambil mempersilakan Rinazila duduk di sofa yang telah disediakan mengadap televisyen dihadapannya.

“Tak. Saya tiada kuliah selepas ni. Kenapa?” tanya Rinazila. Matanya mencuri pandang perlawanan bola keranjang ditelevisyen. Selama lama diamati, barulah dia menyedari bahawa itu adalah perlawanan bersejarah The Legend menewaskan pasukan The Legend senior.

“Macam mana Cik Apy boleh dapat video ni?” tanya Rinazila teragak-agak. “Dan seingat saya, saya tak tahu pun perlawanan ni direkodkan,” tambahnya lagi. Sepanjang dia menjadi setiausaha, dia tidak pernah tahu adanya video perlawanan bersejarah ini.

“Dari sumber yang boleh dipercayai,” dia tersenyum. Sememangnya dia berterima kasih dengan Daniel yang menghantar beberapa keping DVD yang merekodkan perlawanan The Legend sepanjang perjalanan mereka sebagai kelab bola keranjang pelapis. Dan dalam banyak-banyak perlawanan yang ditontonnya, perlawanan dua tahun lalu menarik perhatiannya.

“Walauapapun saya kagum dengan Cik Apy sebab dapat cari video perlawanan yang bersejarah ini. Sebanyak beberapa orang jurulatih yang pernah memegang jawatan ini, langsung tak tahu sejarah The Legend. Apa yang mereka tahu, The Legend hanyalah sebuah Kelab Bola Keranjang Kolej Lagenda dan dimiliki oleh Empayar Alexander. Mereka hanya tahu itu saja. Sejarah dalaman The Legend mereka tidak tahu dan langsung tidak nak ambil tahu,” Rinazila bersuara sambil matanya tidak berkelip menonton perlawanan tersebut.

“Siapa lawan mereka?” tanya Apy Elina merujuk kepada perlawanan yang disiarkan sekarang.

“The Legend juga. Senior. Pada mulanya, sebelum Alex masuk ke kolej ini, The Legend diterajui oleh beberapa orang pemain yang juga berbakat besar dalam sukan bola keranjang. Irwandy atau Edy, anak kacukan Melayu-Inggeris yang menjadi kapten pada masa tu. Dia mempunyai skill yang bagus dalam bola keranjang tapi malangnya dia seorang yang berpoya-poya dan kaki perempuan,” terang Rinazila merungkai kembali sejarah silam The Legend yang semakin dilupakannya.

“Bagaimana Alex pula dapat menerajui The Legend? Adakah sebab dia tu pewaris Empayar Alexander dan dia boleh buat sesuka hati contohnya mengadakan perlawanan seperti ini untuk menerajui The Legend?” tanya Apy Elina lagi.

“Cik Apy jangan salah faham. Walaupun Alex tu pewaris Empayar Alexander dan juga pemilik The Legend yang sah tapi dia tak pernah gunakan statusnya itu sebagai batu loncatan untuk menerajui The Legend. Bagi saya, peralihan kuasa The Legend dilakukan dengan adil dengan usaha kami semua dan bukan Alex seorang sahaja,” ujar Rinazila lagi menangkis segala prasangka jurulatih barunya itu.

“Dan sebab tulah saya nak dengar dari mulut awak sendiri bagaimana kamu semua boleh merampas kuasa dari pasukan senior?” balas Apy Elina lagi. Dia yakin pasti ada cerita yang dia tidak tahu disebalik perlawanan tersebut dan sebagai jurulatih yang akan memandu pasukannya kelak, dia mesti mengetahui hujung pangkal di sebalik nama The Legend.

“Okey, apa yang saya tahu, suatu hari saya dapat berita bahawa ada seseorang telah mencabar Edy untuk berlawan digelanggang dan sekali gus pasukan yang menang nanti akan menerajui The Legend. Saya memang anti dengan Edy. Semuanya gara-gara pemilihan setiausaha The Legend ketika itu. Pihak kolej telah melantik saya sebagai setiausaha mereka. Hanya selepas beberapa bulan bersama mereka, saya telah dipecat oleh Edy tanpa sebarang sebab yang munasabah. Saya cuba minta penjelasan Edy tapi dihalau mereka dari dewan gelanggang. Dan keesokkan harinya, saya dengar teman wanita Edy dilantik sebagai setiausaha yang baru,” terang Rinazila lagi.

“Oh,” Apy Elina mengangguk faham. Dia boleh memahami perasaan Rinazila pada ketika itu. Seseorang sanggup mengetepikan seorang yang berkebolehan seperti Rinazila dan melantik teman wanitanya sebagai pengganti. “Habis, awak tak mengadu dengan pihak kolej?”

“Pada masa tu Edy merupakan orang yang berpengaruh di kolej ini. Ayah Edy merupakan orang kepercayaan Empayar Alexander dan dia selalu gunakan status ayahnya untuk berkuasa di sini. Jadi, kalau saya mengadu pada pihak kolej pun tiada gunanya bukan? Edy boleh meyakinkan pengarah kampus untuk memecat saya dan melantik teman wanitanya sebagai setiausaha, walaupun saya cuba untuk pertahankan dengan darah saya, saya tetap akan kalah,” terang Rinazila lagi.

“Dan sebab itulah bila awak tahu Alex nak mencabar mereka, awak terus memihak pada Alex? Sebab awak tahu Alex adalah pewaris sebenar Empayar Alexander dan juga pemilik The Legend?” teka Apy Elina lagi. Pantas Rinazila menggeleng. Salah tekaan jurulatihnya itu.

“Selepas saya dapat tahu ada seseorang nak mencabar Edy, saya terus tawarkan diri untuk jadi setiausaha mereka walaupun pada mulanya Alex cakap mereka tak perlukan khidmat setiausaha tapi saya tetap bersama mereka. Apabila mereka turun berlatih saya tetap akan turut serta. Saya tak kisah sama ada mereka terima atau tidak cuma saya akan pastikan mereka dapat kalahkan Edy. Itu saja. Dan tentang Alex, terus terang saya katakan, saya tak kenal siapa dia. Begitu juga dengan Khairul, Leo dan Azhar. Izwan memang dah tahu siapa Alex tapi dia tidak war-warkan kepada kami semua. Bukan saja kami yang tak tahu tapi satu kolej tak tahu bahawa pewaris Empayar Alexander bernama Adam Alexander dan sedang belajar di kolej ini.”

“Sekali pandang, semua orang tak syak Adam Alexander adalah anak tunggal pemilik Kolej Lagenda. Mana tidaknya, dia jenis yang low profile dan pakaiannya hanyalah pakaian yang dibeli di pasar malam. Jadi, semua orang ingat dia datang dari keluarga biasa apatah lagi berkawan dengan Izwan yang sememangnya dari keluarga biasa. Dan ketika dia cabar Edy dan kumpulannya bertarung digelanggang, dia masih lagi dengan status ‘orang biasa’. Saya berani jamin, kalau Alex beritahu dia adalah pewaris Empayar Alexander, pasti Edy tak berani nak bertarung dengan Alex malah akan menarik Alex masuk ke kelab bola keranjang tanpa mengenakan yuran sebanyak RM5 ribu.”

“RM 5 ribu?!” terkejut Apy Elina mendengarnya.

“Ya. Setiap pemain baru yang ingin menyertai The Legend mesti kena membayar yuran keahlian sebanyak RM5 ribu setiap seorang. Dan lagi, RM5 ribu bukan menjadi satu halangan bagi Alex untuk masuk kelab tu. Dengan senang saja dia boleh masuk tanpa menggunakan statusnya tapi Alex tak buat begitu.”

“Dan sebab itulah dia cabar seniornya?” teka Apy Elina lagi.

Rinazila sekadar mengangguk.

“Dia betul-betul seorang yang penuh keyakinan untuk menang,” sekali lagi Apy Elina mengangguk. Dia sudah dapat menggambarkan apa yang telah berlaku selepas itu. Video perlawanan yang ditontonya berulang kali telah menceritakan segalanya bahawa kemenangan berpihak kepada Alex dan kumpulannya.

“Selepas kami menang, keadaan sedikit kecoh apabila Edy tidak dapat menerima kekalahan dan tetap tidak mahu berganjak dari tempat duduknya sebagai peneraju The Legend. Semua orang tahu tentang pertaruhan perlawanan itu. Siapa yang menang, pasukan itu akan menerajui The Legend dan siapa yang kalah mereka secara automatik perlu tinggalkan The Legend dan Kolej Lagenda buat selama-lamanya.”

“Habis tu apa yang berlaku?”

“Edy tetap berkeras tak nak tinggalkan The Legend dan dengan bodohnya menggunakan pengaruhnya untuk buang Alex dan kami semua dari kolej. Pengarah Kampus pun jenis yang lurus bendul dan ikut saja kemahuan Edy tanpa mengetahui siapa Alex. Selepas saja terima notis pembuangan dari pihak kolej, Alex memang marah gila. Itulah kali pertama dan terakhir saya lihat Alex marah. Kami terus bergegas ke bilik Pengarah Kampus. Masa tu Edy ada di situ juga. Pertengkaran hebat berlaku diantara mereka bertiga dan kami yang lain bagaikan hilang keyakinan untuk masuk campur. Hanya Alex sahaja yang mewakili kami berjuang habis-habisan untuk tuntut keadilan.”

“Sesuatu yang saya tabik hormat tentang Alex, walaupun kami semua tinggal nyawa-nyawa ikan saja di kolej ni pada masa tu, tapi dia tetap berjuang tanpa menggunakan statusnya. Dia tahu dia boleh guna statusnya untuk menentang Edy tapi Alex bijak menggunakan akal fikirannya mencabar mereka dengan menggunakan undang-undang kolej. Keputusan Pengarah Kampus tidak mengikut prosedur tatatertib di mana pembuangan pelajar hanya akan dilakukan setelah mendapat sokongan dari Lembaga Tatatertib kolej setelah siasatan terperinci dibuat.”

“Bukankah Lembaga Tatatertib diketuai oleh Pengarah Kampus?”

“Ya. Tapi dalam kes ini tiada siasatan dibuat malah sebab kami dibuang kolej pun tidak munasabah. Kalau berpandukan pada buku peraturan, semua kesalahan yang dilakukan mestilah disiasat terlebih dahulu kecuali jika ada bukti-bukti kukuh seperti gambar, video dan sebagainya, pihak kolej boleh membuang pelajar tanpa notis dalam masa 24 jam. Kerana tiada siasatan, Alex mahu kami ianya disiasat dan secara automatik juga, notis pembuangan kami tidak sah. Dan dalam masa yang sama juga, Alex menyuruh saya buat surat untuk diberi kepada Lembaga Tatatertib dan pihak pengurusan atasan iaitu Datuk Azrina untuk memaklumkan perkara ini.”

“Saya ingat dia hanya beromong kosong tapi dia betul-betul paksa saya buat surat tu. Alex ada sebab tersendiri kenapa dia sendiri tidak tulis surat tu dan sebaliknya menyuruh saya mewakili mereka semua untuk tulis surat kepada mereka. Perkara ini memang menjadi isu hangat.”

“Bukankah Datuk Azrina tu ibu Alex?” tanya Apy Elina lagi.

“Ya. Tapi masa tu kami tak tahu langsung dia tu ibu Alex. Dan masa perbicaraan kes ini bersama Lembaga Tatatertib pun kami tak syak apa-apa. Malah kami lihat sendiri bagaimana Alex mempertahankan kami semua dari soalan-soalan yang diajukan oleh Datuk Azrina. Mereka memang pendebat yang handal. Setiap soalan yang ditanya Datuk Azrina dijawab oleh Alex dengan tenang dan terperinci. Dan buat pengetahuan Cik Apy, hubungan Alex dengan ibunya memang tak beberapa baik sejak dulu lagi jadi tak boleh kata Datuk Azrina sengaja menangkan Alex untuk kes ini. Selepas perbicaraan tu, keputusan menunjukkan Edy menggunakan pengaruhnya dan memaksa Pengarah Kampus membuang pelajar tanpa usul periksa dan tanpa sokongan dari Lembaga Tatatertib.

Keputusan mereka yang berat sebelah dan penyalahguna kuasa menyebabkan Edy dibuang kolej dan Pengarah Kampus di pecat. Keputusan Datuk Azrina memang mengejutkan satu kolej kerana ramai yang menyangka Datuk Azrina akan memihak kepada Edy. Dalam pada itu juga, Edy yang tak dapat menerima kenyataan telah menumbuk Alex diluar perkarangan banggunan pentadbiran selepas perbicaraan tu. Kejadian tu disaksikan oleh Datuk Azrina dan beberapa pelajar lain yang turut berada di situ. Kerana telah banyak bersabar, Alex membalas tumbukan ke muka Edy juga. Pergaduhan kemudiannya dileraikan oleh mereka yang ada di situ,” Rinazila bercerita panjang lebar.

“Apa yang berlaku lepas tu?” tanya Apy Elina lagi ingin tahu kisah seterusnya. Rinazila hanya tersenyum.

“Segalanya terbongkar selepas Datuk Azrina bersuara,” beritahunya.

“Dia kata apa?”

Ingatannya kembali menerjah dua tahun lalu. Kejadian itu masih segar lagi diingatannya. Mana mungkin dia akan lupa situasi yang tegang diluar perkarangan banggunan pentadbiran Kolej Lagenda yang telah menjadi sejarah. Dia ingat lagi wajah Alex yang memandang Edy dengan penuh kebencian. Begitu juga dengan Edy dan wajah Datuk Azrina yang tenang melihat drama tumbuk menumbuk sebentar tadi.


“Kau jangan ingat yang kau dah menang! Kau tak kenal siapa aku lagi. Papa aku pun ada syer dalam kolej ni. Keputusan tu langsung tak beri makna pada aku sebab bila-bila masa saja aku boleh batalkan keputusan tu,” kata Edy dengan angkuhnya membetulkan baju kemeja yang dipakainya itu.

Alex sekadar tersenyum sinis. Wajahnya masih lagi kelihatan tenang.

“Edy, mungkin Datuk Azrina ada sesuatu nak cakap dengan kau,” ujar Alex menjeling pandang wanita yang masih berpeluh tubuh tidak jauh dari mereka.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Datuk Azrina.

“Saya baru saja dapat tahu berita ni pagi tadi. Disebabkan tidak dapat menjelaskan hutang yang banyak, papa kamu telah menjual kesemua syernya kepada seseorang,” ujar Datuk Azrina dan kemudian berpaling memandang anak lelakinya itu. “Orang tu adalah Adam Alexander.”

Suasana menjadi kecoh apabila nama Alex disebut. Edy pula kelihatan amat terkejut dengan berita tersebut. Jika diberitahu oleh Datuk Azrina, sudah pastinya betul. Kenapa pula Datuk Azrina hendak bergurau dalam perkara ini dihadapan orang ramai? Dan siapa pula Alex sehingga mampu membeli syer papanya?

“Mungkin saya lupa untuk kenalkan kepada dunia bahawa saya ada seorang anak lelaki yang angkuh. Nasib awak, dapat berkenalan dengannya,” ujar Datuk Azrina lagi menjeling pandang Alex yang masih selamba. “Selepas ni, jumpa mama di pejabat,” tegas Datuk Azrina sebelum mengangkat kaki berlalu dari situ.

“Pada masa tu barulah kami dapat tahu Adam Alexander adalah pewaris sah Empayar Alexander. Dan selepas tu, barulah keadaan reda sedikit. Edy menghilangkan diri sejak kejadian tu dan begitu juga dengan rakan-rakannya. Semua ahli The Legend senior hilang macam tu saja selepas Alex menerajui The Legend dan selepas semua dapat tahu siapa Alex sebenarnya. Bagi saya, walaupun orang lain menganggap Alex menggunakan statusnya untuk dapatkan The Legend, tapi hanya kami yang melaluinya saja yang tahu bagaimana peritnya kami melalui situasi yang tegang itu,” Rinazila menamatkan cerita sejarah The Legend sebelum dia meminta kebenaran untuk pulang ke kolej semula kerana ingin menyiapkan assignment yang perlu disiapkan segera.

Selepas mendengar cerita dari Rinazila tadi, Apy Elina mencapai Hikayat Cintanya dan menulis sesuatu di dalamnya.

Kepada Hikayat,

Benarkah ada orang seperti Adam Alexander yang mampu memiliki apa sahaja? Dari keseluruhan cerita yang aku dengar, Adam Alexander bukan calang-calang orang yang mudah dikalahkan. Memang betul kata Daniel. Adam Alexander dilahirkan tanpa kelemahan. Apa yang dilakukan, dia lakukan dengan penuh keyakinan. Dia seorang yang memiliki keyakinan yang tinggi. Tapi sukan bola keranjang adalah satu sukan yang memerlukan kerjasama pasukan. Kalau ini berterusan, The Legend akan tinggal lagenda sahaja! Kalau Alex boleh menerajui The Legend tanpa menggunakan statusnya. Aku juga pasti boleh lakukan seperti Alex.

Baiklah, rancangan seterusnya adalah...singkirkan Alex dari The Legend!

13 si charming:

  1. khairunisya berkata...:

    whoa...jgnlah snkirkn alex...

  1. Unknown berkata...:

    uish..nape apy nk sngkirkn alex?mane bleh....alex kn mati2 syg gile the legend 2..uish..suspen ni..cpt la smbung next n3..huhuhuhu

  1. Ai berkata...:

    ni yg pelik aku pelik beno ni..
    knapa ek???
    makin suspen dohhhh...

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    drastik!!!
    apy sje nk tgk kebolehan alex ek??tp jadi makin menarik...best2!!

    x sbr nk tgu nest n3!!!

  1. Farah Shamsudin berkata...:

    lorh..
    nape nak singkir kan alex lak??
    xyah ler..
    gee~

  1. sirap oren berkata...:

    kenapa nak singkirkan alex kak? akak suka wat saya tertanya-tanya... cepatla sambung kak hu3....

  1. fzm2 berkata...:

    jgn laa snkrkn alex..huhu
    ksian r dye!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kak ratu,leh x tlg jwbkn soklan nie?please.....
    dlm cite ni wu chun jdi spe???
    alex ke izwan?
    sory tnye,just nk tau.....
    -love-

  1. MaSin berkata...:

    perluke singkirkan alex..
    blh ke apy?

  1. in_an berkata...:

    alamak knp nak singkir alex plak....
    alah kesiannye die...
    mungkin apy nak ajar ckit alex 2 kot...
    em cepat smbung x sabar nak tau ni..

  1. Lieza berkata...:

    woitttt.. gler drastik... nape nak buang alex???

  1. agent_sesat berkata...:

    mesti ader sebab kan kenaper nak singkirkan Alex...

    oohh..nak naikkan izwan ehh...
    pleik ar..dlm cite rnie mesti alex suka kat apy kan? kan..btul tak..issshh..x sabar ar....

  1. ain berkata...:

    Eehh.. apa plak nye, tak blehx3. sedap2 je apy nak singkirkan Alex. tak bleh3 mengadalah apy tu. ingat dia tu apa. menyibuk aja. tak suke aah... apy... benci3

    Ain

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages