19: LOVE IS ALWAYS THERE

Pagi-pagi lagi Aliya Najwa sudah memeluk tubuh. Walaupun udara pagi di kampungnya itu nyaman tapi seluruh tubuhnya berbahang. Telinganya panas, hanya tunggu asap keluar dari telinganya saja. Matanya menandang tepat ke arah kereta kesayangannya. Melihat pada kekotoran pada keretanya, nafasnya mula turun naik.

“Boy!!!” jeritnya dengan lantang. Dia kemudiannya berlalu masuk ke dalam rumah. Pintu hadapan dihempasnya dengan marah. Kakinya menghentak-hentak menaiki anak tangga. “Boy!! Apa Boy dah buat dengan kereta akak malam tadi? Penuh dengan lecak. Kotor! Boy!” pintu bilik adik bongsunya itu di ketuk-ketuk.

Aliya Najwa melihat jam di tangannya. Hampir jam 7 pagi, tapi adiknya itu tidak bangun-bangun lagi untuk ke sekolah. Pelik. Hari ni bukannya hari cuti tapi rumahnya itu senyap saja. Selalunya adiknya itulah yang akan bangun awal menyediakan sarapan tapi kali ini, sarapan pun tidak kelihatan di atas meja. Perutnya pula sudah bergendang.

“Boy!” dia terus menyerbu masuk ke dalam bilik Ashraf. “Ya Allah, dia boleh tidur lagi? Boy, bangun. Dah pukul berapa ni? Bukan ke hari ni sekolah?” dia pantas menarik selimut yang menyelubungi adik bongsunya itu.

“Kak…,” rungut Ashraf kembali menarik selimutnya kembali.

“Hey, bangun cepat. Sekarang dah pukul berapa ni? Tak pergi sekolah ke? Nak akak report kat Kak Maria yang Boy ponteng sekolah? Dan lagi satu apa yang Boy dah buat dengan kereta akak? Akak tak kira, Boy kena basuh kereta akak sampai berkilat.”

“Emm…”

“Hey,” dia menarik selimut adiknya lagi. Melihat adiknya kembali tidur, bantalnya pula di tariknya membuatkan Ashraf terjaga. “Dah, pergi mandi sekarang. Boy dah lambat nak pergi sekolah tahu tak? Sekarang dah pukul 7.”

Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ala tadi, orang dah beritahu mama yang orang nak ponteng sekolah hari ni. Mama kasi je,” rungutnya dengan nada suara yang mamai.

“Pandailah Boy nak kelentong akak. Pastu pepandai je nak guna nama arwah mama. Kalau nak bohong pun, fikirlah yang logic sikit ini tak… mama kasi ponteng sekolah? Huh, jumpa dengan mama pun tak pernah… inikan…,” Aliya Najwa berhenti membebel. Dia terfikir sejenak dan kemudian berpaling memandang Ashraf yang kembali mencari bantalnya.

“Boy, Boy demam ke?” dia meneka.

“Tak. Mama kata orang tak demam cuma penat saja. Mama suruh rehat banyak-banyak,” kata Ashraf seperti meracau-racau dengan kedua matanya yang masih tertutup.

Aliya Najwa mula tidak keruan. Ashraf sudah mula meracau. Dia kenal sangat dengan adik bongsunya itu, kalau adiknya sakit, mesti meracau-racau menyebut nama mama. Mama suruh itulah… mama suruh inilah… Bertindak pantas dia merasai dahi adiknya.

Panas! Sah demam!

“Panas.”

“Tak. Orang sejuk. Mama kata kalau dah penat memang sejuk macam ni,” dia meracau lagi sambil menarik selimut menutupi tubuhnya yang seakan menggigil.

“Boy, kita pergi klinik ye? Boy demam ni.”

“Mama kata orang tak demam!”

Aliya Najwa menggaru rambutnya yang tidak gatal. Dah mula dah! Dia kebuntuan. Selalunya kalau Ashraf dalam keadaan begini, hanya Kak Linda dan Kak Mira saja yang tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

“Boy…”

“Orang nak mama. Mama mana?” tanya Ashraf dengan nada yang sayu. Serentak dengan itu air matanya mengalir. Aliya Najwa berlari keluar mendapatkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.

“Kak Mira,” ujarnya setelah panggilannya di sambut seseorang.

“Hai adik akak, dengar kata Aliya tinggal dengan Boy sekarang. Macam mana tinggal dengan Boy? Dia nakal tak?”

“Kak Mira…”

“Kenapa ni?”

“Kak Mira, tolong Aliya. Boy demam… dia meracau-racau macam selalu. Aliya takutlah.”

“Hah?! Macam mana Boy boleh demam? Kamu tak jaga dia ke? Sampai meracau-racau lagi. Kalau Boy dah meracau tu memang demam teruk. Hisy, Boy ada panggil nama mama ke?”
“Ada… kak… macam mana ni?”

“Cuba bawa bertenang. Jangan panic. Biasalah kalau Boy demam dia akan meracau-racau panggil mama. Okey, nanti buat apa yang akak beritahu ni…”
*********

Blue menongkat dagunya. Dia mengeluh kebosanan. Entahlah, dia sendiri tidak tahu kenapa moodnya hilang pada isnin itu sehingga langsung tidak dapat menumpukan perhatian apa yang diajar dihadapan. Fikirannya masih melayang.

Adakah dia benar-benar bodoh? Ataupun dunia ini sedang memperbodohkannya? Dia kembali memutar kembali kenangan-kenangan indah ketika dia bersama Hafiz sejak dari kecil lagi. Dia ingat lagi, masa tu dia berada di Darjah 4 dan Hafiz berada di Darjah 6. Hafiz baru sahaja berpindah ke kampung setelah tinggal beberapa tahun di Kedah sebaik sahaja nenek sebelah ibunya meninggal dunia.

Masa tu Hafiz sedang bermain guli, dan dia pula hanya memerhati mereka bermain di tepi. Kak Zu yang memperkenalkan dia pada Hafiz dulu. Masa tu dia langsung tiada perasaan terhadap Hafiz. Mungkin masih budak-budak.

Lamunannya mula beralih. Kali ini dia terbayangkan Hafiz mengucapkan perkataan ‘Hai’ setiap awal pagi sejak dia memasuki Tingkatan 1. Lama kelamaan hubungannya dengan Hafiz semakin rapat dan dalam tempoh itulah mereka saling kenal mengenali. Dan masuk Tingkatan 2, Hafiz sudah melamarnya menjadi teman wanitanya. Dia ingat lagi bagaimana Hafiz minta couple dengannya.

“Blue, aku suka tengok kau, kita couple nak?!”

Simple dan ringkas. Tiada prosa kata yang indah-indah. Tiada sebentuk cincin mahupun sarung pembuka tin minuman untuk di sarungkan di jari-jemarinya. Hanya itu saja kata-kata Hafiz dan dengan tiada berfikir panjang juga dia menerima Hafiz sebagai teman lelakinya. Tapi waktu yang sama juga Hafiz berkata padanya…

“Kita rahsiakan yang kita dah couple ni ye? Aku tak suka kecoh-kecoh. Nanti tak best kalau diorang asyik tanya je,” ujar Hafiz.

Namun, hari ini dia akhirnya tahu kenapa Hafiz minta hubungan itu dirahsiakan. Semua itu hanyalah permainan Hafiz sahaja. Dulu dia pernah juga bertanya, “kenapa kita perlu rahsiakan pada orang hah?”
Dan Hafiz menjawab “Baiklah kalau macam tu tahun depan kita umumkan yang kita ni dah couple.”

Tapi tahun depan iaitu tahun ini… Hafiz mengumumkan percintaannya dengan Natasya, gadis kota yang berwatakan seakan perempuan melayu terakhir. Huh, perempuan melayu terakhir tiruan!

‘Huh, tahun ni adalah tahun yang malang,’ keluh Blue.

Ingatannya kembali teringatkan hari pertama persekolahan pada tahun ini. Awal-awal pagi lagi dia sudah dikejutkan dengan berita Natasya datang ke sekolah dengan Hafiz. Kerana marah dan tidak puas hati dia cuba mendapatkan Hafiz pagi itu juga tapi di situlah dia bertemu dengan makhluk asing dari Roswell, Ashraf Danish.

‘First kiss aku!’

Blue meraba-raba bibirnya. Dia masih tiadak dapat lupakan kejadian jatuh tangga pada pagi tu. Huh, nasib baiklah tiada sesiapa yang nampak tapi Roswell tetap berhutang dengannya! Tidak cukup dengan kejadian itu dia terserempak dengan Roswell sekali lagi. Kali ini dia terjatuh setelah kakinya tersandung kaki Ashraf yang duduk di tengah jalan dengan berbaju tebal.

‘Memang makhluk asing betulah. Ada ke pakai baju sejuk tengah-tengah panas!’

Perkenalannya dengan Roswell tidak berakhir di situ. Dahlilah dengan Sakinah telah mencabarnya untuk memikat Hafiz semula dan dia sahut cabaran mereka berdua dengan memanjat meja makan dan mengumumkan rancangannya untuk memikat Hafiz semula di tengah-tengah orang ramai.

‘Memang gila!’

Tapi entah bagaimana Roswell berdiri di sebelahnya, mengumumkan sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak jangka. Roswell turut bertaruh dengan kawan-kawannya untuk memikatnya!

‘Dia lagi gila!’

Dan selepas itu bermulalah ‘perkenalannya’ dengan Roswell. Makhluk asing bermata hijau yang misteri. Tapi misteri itu terungkai juga setelah dia terserempak dengan Roswell semasa sesat di Kuala Lumpur.

‘Thanks to Natasya.’

Dan ibu dan ayahnya menjemput Roswell makan malam. Roswell datang bertandang ke rumahnya tapi dengan syarat dia harus pergi dating.

‘Dating saja, ianya tak mengubah apa-apa.’

Tapi malam tadi, ketika dia bersedih dengan kenyataan yang Hafiz lemparkan kepadanya tanpa usul periksa dan ketika dia terperangkap dalam hujan, datang sebuah kereta comel Kak Aliya menjemputnya.

“Blue, you’re the best,” ayat terakhir yang masih terlekat di benaknya. Serta merta dia tersenyum kelucuan.

‘Aku dah tak normal.’

Dahlila dan Sakinah saling berpandangan. Pelik dengan perangai kawannya yang seorang itu. Tu tak lain tak bukan mesti tengah bersuka dengan rancangannya yang hendak memisahkan Natasya dengan Hafiz. Baru saja tadi mereka dapat tahu dari mulut Natasya sendiri yang dia sudah putuskan hubungan dengan Hafiz sebab tak mahu menjadi orang ke tiga. Entah patut percaya ke tak dengan kenyataan Natasya tu.

Bila ditanya Blue pula, macam tiada reaksi saja. Macam bercakap dengan dinding. Entah apa yang di fikirkan oleh kawannya itu mereka pun tidak tahu. Tapi bila di sebuat pasal Hafiz…

“Jangan sebut pasal dia lagi. Aku tak mahu dengar,” hanya itu saja amaran Blue.

Pelik juga. Kalau Natasya dengan Hafiz sudah tiada apa-apa, mestilah Blue seronok gila tapi nampaknya Blue seolah-olah sudah melupakan Hafiz. Tapi kenapa? Mungkin ada apa-apa yang sudah berlaku diantara mereka berdua. Mungkin Hafiz serang Blue dan salahkan Blue pasal perpisahannya dengan Perempuan Melayu Terakhir tu atau mungkin Blue sudah ada pengganti lain… contohnya… Roswell? Atau… kedua-duanya sekali?

Cadangnya mereka hendak menyoal siasat Blue pada waktu rehat tapi sebaik sahaja lonceng berbunyi, Blue sudah hilang dari pandangan mereka. Lesap. Masing-masing tidak sedar bila Blue memboloskan diri. Mungkin dirinya sudah agak akan disoal siasat oleh mereka berdua.

Blue menjenguk-jenguk ke dalam kelas Ashraf. Kebanyakan pelajar sudah berlalu keluar dan hanya tinggal dua tiga orang pelajar sahaja yang masih lagi belum keluar. Matanya cuba mencari kelibat Roswell tapi langsung tidak kelihatan. Begitu juga dengan kawan-kawan Roswell. Mungkin sudah keluar.

Dia kemudiannya berlalu ke pondok yang selalu menjadi tempat lepak Roswell dan kawan-kawannya melepak pada waktu rehat. Tapi hari ini hanya Nazrul dan Zafrul saja yang kelihatan.
“Hey, mana Roswell?” tanya Blue terus menyapa mereka berdua.

“Dia tak datang. Kenapa?”

“Hah?! Tak datang? Kenapa? Ponteng?”

“Pontenglah tu. Kau cari dia kenapa?”

Tanpa menjawab pertanyaan Zafrul, Blue segera berlalu dari situ dengan seribu pertanyaan. Roswell tak datang? Kenapa? Demamkah? Yelah, semalam dia basah kuyup jemput aku… tapi takkanlah dengan cepat dia dapat demam. Mungkin dia malas nak ke sekolah atau mungkin dia memang nak ponteng sekolah… ah! Samalah tu!

“Blue,” Natasya tiba-tiba menyapanya.

“Hey, kau nak bagi aku mati ke? Aku tahulah kau ni heroin dalam cerita ni, kalau aku mati pun cerita ni akan bersambung juga,” Blue berkata sedikit mengurut dadanya.

“Sorrylah. Aku panggil kau banyak kali tapi kau tak dengar.”

“Bukan tak dengar tapi aku cuba pekakkan terlinga aku ni dari suara kau. Kau tahu tak, sebab kau tak pasal-pasal aku kena serang dengan Hafiz. Cakap sajalah ini rancangan kau yang saja nak Hafiz benci aku.”

“Hah? Hafiz serang kau? Aku tak tahu pula.”

“Memanglah kau tak tahu sebab kau pura-pura tak tahu. Hafiz serang aku, dia ingat yang aku nilah punca kau minta cerai. Okey, memang aku nak korang berpisah tapi aku belum buat apa-apa lagi. Baru je keluarkan list rancangan tapi belum laksanakannya lagi. Kau ni memang pandai putar belit ceritalah.”

“Haa… ye ke? Sorrylah. Aku tak tahu pun boleh sampai jadi begini,” ujar Natasya. Jelik pula Blue mendengarnya. “Tapi tak pe, aku akan terangkan kepada Hafiz.”

“Tak payah! Lagi kau keruhkan keadaan adalah! Kau ni nak apa? Aku belum lagi isytiharkan renjatan senjata dengan kau tau. Baru je nak teliti perjanjian pendamaian.”

Natasya tersengih-sengih.
*********

“Boy, makanlah sikit,” pujuk Kak Aliya sejak dari tadi. Tapi adiknya itu hanya membalas dengan gelengan sahaja. Kak Aliya menghembus nafas lemah. Dia kembali merasai dahi adiknya itu. Sudah mula kebah demamnya. “Boy, makanlah sikit. Nanti kene gastric pula.”

Ashraf menggeleng sambil menarik selimut tebalnya. Tidurnya terganggu tadi setelah Kak Aliya cuba memujuknya makan tapi dia langsung tidak berselera. Walaupun perutnya berbunyi tekaknya seolah tidak dapat menerima apa-apa makanan buat masa sekarang. Sekali sekala tekaknya akan loya.

“Boy… makanlah. Sikit pun jadilah.”

“Orang tak de selera. Lagipun Kak Aliya masak tak sedap,” ujarnya selamba.

“Amboi, sedapnya bahasa. Tak pe, nasib baiklah Boy demam hari ni kalau tidak tahulah akak kerjakan Boy,” Kak Aliya mencebik marah. “Sekarang ni Boy nak makan ke tak nak? Kalau tak nak akak call Kak Maria suruh dia datang sini.”

Kedengaran keluhan kecil Ashraf. Dengan sepenuh tenaga, dia bangun dari baringnya. Sebaik sahaja dia bangun, kepalanya berdenyut kuat namun dia cuba mengagahi diri. Kak Aliya menghulur sebungkus nasi lemak yang dibelinya tadi.

“Kak, akak ni nak bunuh orang ke?”

“Kenapa pulak?”

Ashraf mengeluh lemah dan kembali berbaring semula ke katilnya.

“Kenapa tak makan?”

“Orang nak bubur nasi.”

“Hah?! Mana akak nak cari bubur nasi?”

“Kat dapurlah. Masak.”

“Akak mana tahu masak.”

Ashraf sekali lagi menarik nafas lemah dan mengurut dahinya yang masih berdenyut. Lupa pula dia dengan Kak Aliya yang sememangnya langsung tidak tahu memasak. Malah nak bukak gas pun tidak tahu.

“Tak pelah. Orang penat. Nak tidur jap.”

“Habis nasi ni siapa nak makan?”

“Akak sajalah makan.”

“Hah?! Akak? Tapi akak dah makan 5 bungkus dah tadi.”

“Cukupkan jadi 6 bungkus.”

“Hah?! Boy makanlah. Sikit je. Dari pagi tadi Boy tak makan nanti kena gastric.”

“Tak pe.”

“Kalau macam tu akak report kat Kak Maria.”

Senyap. Hanya yang dengar nafas tenang adiknya yang sudah terlelap.

“Bubur nasi? Masak bubur nasi?” dia menggaru kepalanya. Memang Kak Mira ada bercakap pasal bubur nasi tapi oleh kerana dia tidak dapat mencari gerai yang menjual bubur nasi, dia membeli nasi lemak. Dia berjalan ke hulu ke hilir mencari ilham untuk menyelesaikan masalah ini. Dan sedang dia ke hulur ke hilir, matanya terpandang seseorang di halaman rumahnya. Serta-merta dia mendapat idea yang bernas.
********

“Nasib baiklah Blue datang kalau tidak akak tak tahu nak buat apa,” ujar Kak Aliya sambil tersenyum manis melihat Blue mengacau bubur nasi di dalam periuk.

“Err… tak pe. Saya memang nak jumpa Ashraf sebab nak ucap terima kasih tumpangkan saya balik semalam,” ujar Blue sedikit gusar apabila Kak Aliya memberitahu Ashraf demam teruk. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berjalan sampai ke rumah Ashraf sedangkan dia jalan ke rumahnya dengan rumah Ashraf berlainan jalan.

Entah tiba-tiba saja dia tersedar dia sudah berada di hadapan pintu rumah Ashraf. Dan setelah sedar, kakinya ingin melangkah pergi tapi tiba-tiba pintu dibuka oleh Kak Aliya. Dan apa yang mengejutkan lagi Kak Aliya menariknya masuk ke dalam dan memintanya menyediakan bubur nasi.

‘Huh, nasib baiklah tu makanan fav aku kalau tidak menggagau aku nak bukak buku recipe. Dah la Kak Aliya kata Roswell ni memang cerewat dalam bab makanan. Kalau tak sedap mesti tak mahu makan. Tapi, kalau kau tak mahu makan apa yang aku masak ni aku simbah kau dengan bubur nasi ni, Roswell!’

“Dah siap,” ujar Blue sambil menghulur semangkuk bubur nasi kepada Kak Aliya.

“Dah siap? Blue boleh tolong bagi Boy tak? Akak penatlah, nak tidur sekejap,” ujuar Kak Aliya selamba sambil berlalu berbaring di ruang tamu meninggalkan Blue yang terpinga-pinga di dapur.

“Bubur? Hantar kat Roswell? Dalam bilik? Sekarang? Aku?” dia terpinga-pinga. Cadangnya bila sudah siap memasak, dia mahu pulang ke rumah. Takut pula kalau ibu dan ayahnya menganggap dia ‘sesat’ untuk pulang ke rumah lagi. Tapi…

Blue merenung bubur yang dimasaknya. Akhirnya dia mengalah juga. Dengan sepenuh tenaganya, tangan kanannya menolak daun pintu bilik Roswell yang terletak di tingkat atas. Pertama kali dia memasuki bilik lelaki bujang. Roswell pula tu. Sedangkan bilik tidur Hafiz dia langsung tidak pernah melangkah masuk.

Dia kaget sebentar sambil memerhati keadaan sekeliling. Tidak sangka Roswell begitu pandai mengemas bilik. Semua barang-barangnya seperti buku, pakaian dan beberapa barangan perhiasan lain tersusun kemas dan teratur di setiap sudut. Dia kemudiannya terpandang ke katil Ashraf yang bersaiz King.

Kelihatan Ashraf sedang nyenyak tidur dengan selimut menyaluti tubuhnya.

“Okey, bubur dah siap. Roswell ni pula tengah tidur. Semua orang tengah tidur, so aku boleh balik sebab kerja aku dah siap,” dia berhasrat untuk melangkah pergi tapi tiba-tiba dia berhenti melangkah sebaik sahaja terdengar sesuatu.

“Mama… akak tak reti buat bubur nasi…,” ujar Ashraf meracau sedikit.

Blue ketawa kecil.

“Hisy… tak pe, nanti orang cari girlfriend yang pandai buat bubur nasi…”

Blue tiba-tiba berhenti ketawa. Huh, ada hati nak cari girlfriend konon. Memang banyak songeh betul.

“Maa… perut orang dah sakit… nak makan…,” tiba-tiba Ashraf mengerang kesakitan. Blue segera mendapatkan Ashraf. “Hey,” dia cuba gerakannya beberapa kali sehinggalah Ashraf tersedar.

“Hai Blue, jom dating,” ujar Ashraf yang masih mamai. Dia kembali meletak kepalanya.

Blue mencebik marah. Ingatkan sudah bangunlah tadi. Rupanya mamai. Lepas tu boleh pulak ajak pergi dating. Huh, ni mesti nak memainkan dia. Dengan geramnya, dia menarik kasar bantal Ashraf.

“Aduiii… sakitlah,” ujar Ashraf sambil mengurut lehernya. Entah gerangan siapakah yang menarik bantalnya. Sudahlah kepalanya berdengut tanpa henti sejak dari pagi tadi dan ditambah pula dengan perutnya yang mula menghiris.

“Bangun! Makan! Aku dah buat bubur nasi untuk kau,” segera dia menghulur bubur nasi kepada Ashraf.

Ashraf yang masih mamai itu terkebil-kebil. Matanya terpandang seseorang yang seakan Blue tapi takkanlah Blue berada di rumahnya. Huh, ni mesti dah gila bayang dengan Blue ni.

“Cobaan…,” dia kembali berbaring semula membuatkan Blue mencebik marah.

“Cobaan?!” dengan geramnya Blue meletak kembali mangkuk bubur nasi itu ke atas meja dan mencapai bantal Ashraf dan dibantai-bantainya Ashraf. “Kau ingat aku ni hantu ke sampai sebut cobaan?!”

“Adui! Sakitlah!” dia terbatuk kecil dan akhirnya terpaksa juga percaya yang dilihatnya tadi adalah Blue. Walaupun terkejut dengan kehadiran Blue tapi dia cuba berlagak biasa. “Apa kau buat kat rumah aku ni?”

“Nah, bubur nasi untuk kau.”

“Kau tahu tak aku tengah sakit ni?”

“Habis tu?”

“Cakaplah dengan lembut sikit. Berdesing telinga aku ni. Dan lagi, ada ke orang sakit kena bantai dengan bantal?”

“Ada.”

“Siapa ajar?”

“Mesyuarat Tertinggi Ahli Sihir,” balas Blue selamba menghulur bubur nasi untuk Ashraf. Ashraf menyambutnya.

“Kau yang masak ke?”

“Kalau aku kata aku yang masak kau nak buat apa?”

“Kalau macam tu, aku jawab selepas aku habis makan,” ujar Ashraf tersenyum sinis. Blue menjeling tajam.

“Kau makanlah, aku nak balik.”

“Wei, nanti dulu. Temankanlah aku makan.”

“Makan pun nak berteman?”

“Yelah, kalau aku tercekik ke macam mana? Siapa nak tolong aku nanti?”

“Pandailah kau buat alasan,” Blue terpaksa membatalkan niatnya untuk pulang. Ashraf tersengih-sengih sambil menjamah bubur nasi yang dimasaknya tadi. “Anyway, thanks sebab tolong aku malam tadi. Dan sorry juga sebab aku kau demam.”

“Hah, tau pun… lepas ni jom pergi dating dengan aku.”

“Yelah, yelah! Dating je kan?”

Keadaan kembali sunyi apabila masing-masing membisu seribu perkataan. Blue asyik melilau memandang sekeliling bilik Ashraf dan Ashraf pula melayan perutnya yang kelaparan tadi.

“Sapa ni?” tanya Blue sambil mencapai sebingkai gambar yang terletak di meja lampu di sebelah katil Ashraf. “Girlfriend ke?”

“Mama,” jawab Ashraf pendek.

“Cantik… dan mata mama kau warna hijau… sama macam kau dan kakak-kakak kau yang lain juga.”

“Tulah di namakan genetik.”

“Ooo… aku ingatkan kau ni makhluk asing dari Roswell.”

“Makhluk asing bukan tapi dari Roswell tu ya,” jawabnya. Blue memandangnya pelik. Dia ketawa kelucuan. “Aku di lahirkan di sana.”

“Hah?!”

“Kenapa? Terkejut?”

“Wait…. Kau dilahirkan di Roswell?”

Angguk. “Kalau kau tak percaya kau boleh tengok surat beranak aku. Sebab tu, selama ini aku memang tak kisah pun kalau kau ejek aku Roswell sebab aku memang lahir di sana.”

“Tu bukan ejeklah… tu nama panggilan kau yang aku bagi.”

“Samalah tu.”

“Tak sama,” tegas Blue.

Ashraf hanya sekadar tersenyum. Panas di badannya sedikit berkurangan begitu juga denyutan di kepalanya. Bubur nasi yang dimasak oleh Blue ditelan sehingga licin. Mereka berdua berbual rancak sambil sekali-sekala Ashraf yang masih itu sempat menyakat Blue.

Tika Kak Aliya yang sudah terbangun dari lelapnya membuka pintu, dia tersenyum apabila melihat Blue sudah berlelap duduk bersimpul dilantai sambil berbantalkan tilam adiknya dihujung katil dan Ashraf terlelap di sisinya…

3 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    smbg la lg....
    cuma mgkn ada slh eja..
    genetik...

  1. RATU BULAN NOVELIS berkata...:

    terima kasih sebab alert. sy dah edit balik

  1. Maira Hawani berkata...:

    mengadanya blue dgn asraf nihh . hahaha

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages