Romeo yang Hilang: Bab 15



APY ELINA menguap kepenatan. Dia bukan sahaja penat tapi mengantuk juga. Semuanya gara-gara tengok wayang bersama dengan suaminya malam tadi. Taubat dibuatnya. Selepas ini dia tidak akan mengajak atau memaksa suaminya tengok wayang lagi. Mana tidaknya, orang lain hanya tengok satu filem, mereka pula menonton beberapa filem sepanjang malam.
Akibatnya, bangun pagi dia terasa dunianya berpusing 180 darjah. Tidur pun hanya dua jam. Tapi yang pelik, suaminya langsung tidak mengantuk. Malah segar seperti biasa.

Taubat. Lain kali saya tak nak ajak awak tengok wayang lagi. Orang tengok wayang satu filem saja tapi dia pergi bantai empat filem sekali gus. Sekarang, padan muka saya!” rungutnya dalam mamai. 
Hisy, korang berdua ni memang jakun betul tengok wayang ke?” Mellissa yang sedang menuang air kopi mencelah.
Kak, kami bukan jakun. Ini silap panggung wayang tu juga yang tayang filem sampai ke pagi tak henti-henti,” jawab Adam.
Betul!” sokong Apy Elina.
Yang kamu berdua pergi tengok lagi tu apasal?” Mellissa pula geram. “Lepas tu tengok tak ajak akak. Hah, sekarang tanggung sendiri.”
Kenapa nak ajak Kak Mel pula?” tanya Adam hairan.
Betul. Kami pergi sebagai suami isteri yang belum pernah tengok wayang bersama,” kata Apy Elina sambil memaut lengan suaminya.
Eee… menyampah pula akak tengok! Lebih baik akak sambung tidur balik!” ujar Mellissa sebelum mengangkat kaki berlalu dari situ.
Mak cik, kalau tak larat rehat sajalah di rumah,” ujar Adam kerisauan.
Memang tak larat tapi hari ni pasukan bola keranjang kebangsaan akan adakan latihan di Arena. Jadi sebagai penasihat saya kena ada di sana untuk tengok prestasi mereka,” jawab Apy Elina. Kalau diikutkan hati memang dia hendak sambung tidur sampai ke petang.
Training pukul berapa?” tanya Adam.
3.00 petang.”
Izwan join sekali?”
Apy Elina mengangguk.
Kalau macam tu, rehat saja di rumah dulu. Kalau nak pergi nanti, pergi sekali dengan Izwan.”
Hah? Awak benarkan saya pergi dengan Izwan?” matanya yang mengantuk tadi terus jadi segar.
Kenapa?”
Awak tak cemburu ke?”
Yang akan cemburu nanti, mak cik kat atas tu…”
Apy Elina tersengih-sengih. Lupa pula Mellissa memang ada hati dengan Izwan tapi hubungan mereka agak pelik. Tak tahu apa sebabnya. Masing-masing ada perasaan antara satu sama lain tapi payah benar nak luahkan.
Izwan masih tak mulakan langkah lagi ke?” dia memulakan mukadimah.
Payah…”
Kenapa pula? Bukan ke dia orang berdua suka sama suka? Kenapa payah sangat nak luahkan perasaan?”
Kak Mel masih lagi takut dengan bayangan sendiri. Dia takut kalau Izwan dekat dengan dia, nyawa Izwan akan terancam. Faham-faham sajalah selepas apa yang dah berlaku dengan keluarga kami sebelum ini. Tambahan pula Kak Mel memang pernah kehilangan suami disebabkan musuh keluarga juga,” jelas Adam.
Apy Elina mengangguk. Barulah dia faham. Kesian juga dengan Mellissa. Di sebalik senyumannya, tersimpan seribu rahsia yang tidak diketahui orang. Patutlah apabila dia bersetuju dengan lamaran Adam dulu, mama pernah terangkan tentang keluarga Alexander yang ramai musuh. Setiap hari mereka hidup dengan penuh berhati-hati.
Baginya, walaupun kata-kata mama begitu menakutkan tetapi itu tidak sedikitkan pun menjatuhkan semangatnya untuk hidup bersama Adam. Dia percaya, jika mereka saling lindung melindungi, tak kira bencana apa pun yang mendatang, mereka tentu dapat melawannya.
Mmm… saya fikir, kalau awak masih lagi pewaris keluarga Alexander, awak akan melamar saya ke? Dan kalau awak tetap melamar saya dan saya terima, ini bermakna saya akan jadi isteri kepada ketua kongsi gelap? Macam manalah kehidupan saya selepas itu ya…” ujar Apy Elina sambil cuba membayangkan dirinya berjalan di tengah-tengah kapet merah dengan kiri dan kanannya dikerumuni oleh lelaki-lelaki berbadan besar dan berpewatakan samseng. Kemudian, mereka semua tunduk hormat ke arahnya.
Waktu tu semua orang takut dengan Apy Elina!”
Dan ramai musuh juga,” balas Adam sambil menongkat dagu. Dia tahu sangat apa yang dibayangkan oleh isterinya itu.
Err… itu memang menakutkan,” sokongnya. “Apa pun saya bersyukur sebab awak bukan pewaris Alexander lagi dan dah jadi bantal peluk saya selama-lamanya.”
Bantal peluk?” Serentak dengan itu, lengannya dipeluk oleh isterinya. Baru beberapa saat, isterinya telah tertidur di bahunya. “Mak cik ni…”

6 si charming:

  1. Unknown berkata...:

    alahai apy ni.. sgt unik ok cara dorg bermanja hehe

  1. Unknown berkata...:

    Mmg comel psgan nie..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Alahai..so sweet dorg ni,kak nape??pendek sgt bab ni,xpuas btol,hehehe...

    (Fara)

  1. Yong berkata...:

    mmg comel. takpe pendek2 asal hari2 ada.hahaha, perangai comel ni jadi ubat stress saya n kata hikayat, ayat yang boleh buat sy muhasabah diri, cari kekuatan ,motivasi diri. terima kasih RB.

    sekarang ni sy dah tak pilih buku stress yg byk tekanan cthnya novel siti rosmizah, lagi stress jadinya kalau sy baca sebab byk sedih n derita. hehe.(bukan kutuk, cuma nyatakan yang novel stress mcm tu xsesuai dah untuk sy yang kerja dlm tekanan.)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages