3: MENTERA


3: MENTERA


“Eee… bodoh! Bodoh! Gila! Batak! Dugong! Eee!!” bentak Blue dengan bengangnya sambil menyepak-yepak dinding banggunan sekolahnya itu. Walaupun sakit tapi dia masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Bengang! Macam manalah boleh jadi macam ni?


“Kenapa? Kenapa dan kenapa?!” keluh Blue lagi tanpa menghiraukan lonceng telah berbunyi entah berapa kali dia pun kurang pasti. Apa yang dia pasti, perasaannya masih lagi bengang sebengang bengangnya! “Dahlah dia dapat ciuman free aku lepas tu dia boleh pergi begitu saja tanpa minta maaf pun! Dia dah cium aku dan dia tinggalkan aku macam tu saja! Siapa tak bengang?! Sekurang-kurangnya, cakaplah ‘saya minta maaf, kejadian ini berlaku begitu pantas dan saya tak boleh nak mengelaknya!’ tapi… dia pergi begitu saja pastu ugut aku supaya jangan beritahu. Ah! Semua ni memang tak patut berlaku!” jeritnya.


“Apa yang tak patut berlaku?” tanya Sakinah yang entah dari mana datangnya.
“Ya. Apa yang berlaku? Kau ni okey ke?” tanya Dahlila pula.


“Hai Sakinah, Dahlila. Apa korang buat di sini?” tany Blue yang berlagak seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia mengukirkan senyuman manis. Apa yang penting mereka berdua tak boleh tahu tentang kejadian tadi walaupun mereka berdua adalah sahabat karibnya.

Ini adalah kerana dia tahu sangat dengan kedua sahabat karibnya itu. Pantang kalau ada berita sensasi mesti nak sebarkan satu dunia. Lagi-lagi mulut Dahlila. Memang mulut tempayan tak berinsuran betul! Bukannya dia tidak pernah kena tapi dah banyak kali dah rahsianya dibongkarkan oleh mereka berdua.

Tapi anehnya, dia still berkawan dengan mereka berdua walaupun mereka dikatakan seperti ‘kawan makan kawan’. Mungkin sebab dia sudah kenal rapat dengan perangai mereka berdua yang pelik itu. Mereka memang pelik. Sakinah, seorang yang nampak seperti seorang yang pemalu dan bersopan santun tapi pada hakikatnya dia adalah salah seorang pemegang tali pinggang hitam dalam teak wan do. Sekali saja tersilap cakap, mesti akan ditumbuknya.

Manakala Dahlila lagi pelik. Dia seorang yang nampak seperti lurus bendul, pendiam tapi bila dia bercakap memang kalah Shah Rukh Khan yang laju bercakap itu. Malah, apa yang pelik tentang Dahlila, dia memang suka membuat orang lain membenci padanya. Inilah kawan-kawannya. Pelik tapi benar.

“Kami dengar ada orang sedang bercakap macam meleraikan mentera pada bangunan yang bersejarah ini,” ujur Dahlila sambil mendongak memandang bangunan sekolah yang setinggi empat tingkat yang bersejarah itu.

“Dan tak sangka pula orang itu adalah kau. So, apa yang dah berlaku tadi? Kau jumpa Harry Potter ataupun Sabrina the teenager witch?” tanya Sakinah pula.

“Actually, aku jumpa makhluk asing daripada Roswell,” ujur Blue separuh lawak separuh geram. “Dan dia fikir bangunan ini menjadi markas tentera kita sembunyikan kapal angkasa dia dan mahu letupkan bangunan ini tapi aku dah menghalangnya dengan menghantarnya ke dunia zaman purba,” tambah Maisarah lagi.

Dahlila dengan Sakinah berpandangan sesama sendiri.

“Okey, memang Blue,” kata Sakinah yang amat mengenali kawannya itu. “Hey, kau pergi mana tak masuk kelas? Dah puas kami cari, kami ingat kau tak mahu masuk ke kelas sebab kalah dengan Natasya.”

“Ya. Kau ada berjumpa dengan Hafiz? Kau dah minta penjelasan dengan dia tumpangkan Natasya ke sekolah?” tanya Dahlila pula.

Blue memandang mereka berdua dengan mulut terbuka separuh. Baru dia teringat tentang masalahnya sekarang.

“Aku lupa,” kata Blue akhirnya sambil mengeluh lemah. “Ah! Ini semuanya salah budak dari Roswell tu!”

“Siapa?”

“Jangan tanya apa-apa tentang budak Roswell tu depan aku lagi. Aku nak tutup buku tentang Roswell mulai sekarang dan tumpukan perhatian pada Hafiz dan Natasya! Aku takkan biarkan diorang hidup bahagia!”
*******

Nazrul dan Zafrul hanya melihat kawannya itu, Ashraf melantun-lantunkan bola keranjang ke arah dinding pada kelas mereka. Hanya mereka bertiga saja yang ada di dalam kelas manakala pelajar lain sudah pergi melepak dan merayau-rayau di luar. Maklumlah hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2008 dan ditambah lagi dengan kelas yang mereka duduki itu adalah kelas yang tercorot jadi cikgu pun memang malas nak masuk ke kelas macam ni pada hari pertama persekolahan.

Ashraf kemudiannya mengeluh lemah sambil menyambut bola keranjang itu kembali dan berpaling memandang kawan-kawannya.

“Kita tak boleh macam ni,” ujurnya tiba-tiba.

“Macam apa?” tanya Nazrul kehairanan. Sejak dari tadi ada sesuatu yang menganggu fikiran Ashraf. Mana tidaknya, ini baru pertama kali Ashraf melalui peristiwa menerima kad cinta. Dari lelaki pula tu. Siapa yang tidak menjerit kalau lelaki terima kad cinta dari seorang lelaki.

“Macam ni. Kita kena tubuhkan kumpulan,” Ashraf memberitahu cadangannya.

“Kumpulan? Kumpulan apa? Kumpulan Gay? Kumpulan samseng sekolah? Atau kumpulan kongsi gelap sekolah? Pilih yang mana satu,” kata Zafrul pula separuh berlawak.

Ashraf mengedut dahi. Entah apa kenalah dengan kawannya dua orang ni? Selalunya satu kepala dengannya tapi sekarang bukan setakat satu kepala tapi dah berkepala-kepala dah. Tak larat dia hendak mengiranya.

“Korang bercakap tentang apa ni?” tanya Ashraf kehairanan.

“Yelah, aku fikir selepas kau terima kad cinta dari Harry Potter tu kau dah angin satu badan dan mahu tubuhkan satu kumpulan anti gay ataupun kumpulan samseng untuk memukul Harry Potter,” beritahu Zafrul dengan sekali nafas. Lajunya macam keretapi.

“Apa kena mengena dengan Harry Potter pulak?” tanya Ashraf masih lagi keliru.

Nazrul mengeluh lemah. Dah mula dah penyakit lupa si Ashraf ini. Seringkali lupa tentang sesuatu dengan cepat.

“Habis tu kau fikir apa?” tanya Nazrul.

“Aku fikir aku nak tubuhkan satu kelab sukan bola keranjang sekolah kita ni. Kalau kita nak main bola keranjang dengan bahagia, kita kena adakan satu team yang boleh bermain dan minat dengan bola keranjang, jadi, kita bertiga boleh bermain bola keranjang sebenar. Bukannya main dengan suka-suka. Bagaimana? Hebat tak idea aku?” tanya Ashraf kepada kawan-kawannya itu.

Nazrul dan Zafrul berpandangan sesama sendiri. Takkanlah dari tadi Ashraf asyik mendiamkan diri sebab fikirkan pasal bagaimana hendak bermain bola keranjang? Bagaimana pula pasal kad cinta yang diterimanya dari Harry Potter? Takkan dengan senang saja Ashraf dah lupakan kisah kad cinta dari gay itu.

“Kenapa korang nampak ble saja hah?” tanya Ashraf.

“Aku tak tahu nak gelarkan kau ni apa tapi aku rasa kau ni bukan lahir di Planet Bumi ini. Mungkin kau ni lahir dari galaksi lain,” keluh Nazrul.

“Kenapa pula?”

“Hello! Ashraf, kau tiada perasaan ke? Seorang lelaki hantar kad cinta pada kau pagi tadi dan sekarang kau hanya risaukan bagaimana nak main bola keranjang dengan bahagia?” tanya Nazrul lagi. Zafrul di sebelahnya berkali-kali mengangguk.

“Kenapa? Salah ke apa yang aku risaukan ini?”

“Okey, aku cakap pada kau, Asraf, memang tak pernah ada apa-apa perasaan dengan dunianya,” ujur Zafrul kepada Nazrul pula. Ashraf sekali lagi mengedut dahi. Entah apa yang mereka berdua sedang bualkan dia pun kurang pasti. Tapi apa yang pasti mereka ada menyebut namanya.

“Hey, apa yang korang merepek ni?”

“Okey,” Nazrul menarik nafas panjang dan kemudian menghembusnya kembali ke udara dan bersemuka dengan Ashraf. “Ashraf, aku nak tanya kau satu soalan,” ujur Nazrul. Ashraf hanya mengangguk dan menunggu apakah soalan yang ingin ditanya oleh Nazrul itu. “Kau gay?”

“Tentulah bukan!” pantas dia menjawab. “Kenapa ni? Tak de soalan lain ke korang nak tanya. Dari tadi asyik soalan itu je korang tanya dan korang tak bosan ke jawapan yang aku beri berulang-ulang kali. Aku bukannya gay! Aku bukannya homoseksual dan aku hanyalah anti perempuan! Puas hati?”

“Tak. Anti perempuan dengan gay adalah sama,” ujur Zafrul pula.

“Bukankah aku kata anti perempuan dengan gay adalah berbeza!” balas Ashraf pula tidak mahu mengaku kalah.

“Hey, dengar sini, anti perempuan bermaksud seorang lelaki membenci dengan kehadiran seorang perempuan dan gay pula adalah seorang lelaki tidak menyukai perempuan… jadi, maksudnya sama.”

“Tak! Dengar sini, anti perempuan bermaksud seorang lelaki yang tidak suka dengan seorang perempuan manakala gay pula adalah seorang lelaki yang mengamalkan sex songsang! Jadi, ianya tidak sama!” balas Ashraf lagi.

“Kalau macam tu, kau tetap gay sebab kau anti perempuan. Sebab hanya anti perempuan saja yang akan berkahwin dengan seorang lelaki dan mengamalkan sex songsang,” balas Nazrul lagi.

“Siapa kata aku akan berkahwin dengan lelaki?”

“Yelah, sebab kau anti perempuan. Kau benci dengan perempuan! Habis tu kau nak kahwin dengan siapa? Alien? Hey, alien pun ada jantina tau.”

“Yelah, melainkan kau nak jadi bujang telajak.”

“Jadi bujang telajak lagi baik dari berkahwin dengan perempuan,” ujur Ashraf lagi.

“Kenapa kau benci dengan perempuan?”

“Sebab aku benci perempuan,” jawab Ashraf.

“Yelah, kenapa kau benci perempuan?”

“Sebab aku benci dioranglah! Itupun korang tak faham ke?”

Nazrul dengan Zafrul mengeluh lemah. Lemah bercakap dengan Ashraf. Ada saja yang dibahasnya kembali. Bila ditanya pula macam ditanya balik saja jawapannya itu. Pendek kata, mereka langsung tidak dapat apa-apa manfaat berbahas dengan Ashraf.

Tiba-tiba lampu dikepala Zaidi menyala. Dia mendapat satu idea. Idea yang bernas dan lagi bijak. Mungkin idea ini dapat membantu Ashraf untuk menerima kaum Hawa dalam hidupnya.

“Ashraf, aku ada jalan bagaimana nak singkirkan Harry Potter tu dari meminati kau,” kata Zafrul.

“Apa dia?” tanya Ashraf.

Zafrul hanya tersengih kecil.

3 si charming:

  1. norul'ainmatsom berkata...:

    kompom minat tgok roswell ni...
    aladoi....
    bes nye citer tu...

  1. KaNaFee berkata...:

    Haha..ade2 je perkara lwk yg trjadi dlm citer ni which means really nice bile nk mmbacanye..

    suke la wtk asyraf..tp pesal ek anti-perempuan?hehe

  1. fisa berkata...:

    sape zaidi?

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages