Aku, Dia & Gitar [sedutan]



Aku mungkin bukan seorang kawan yang baik kerana selalu mengambil hatinya walaupun sebenarnya hati aku menyumpah-nyumpahnya dengan geram. Walaupun aku ingin cakap sahaja dengan Jaja apa yang aku rasa tapi disebabkan aku tak ingin mencetuskan peperangan, aku lebih suka ambil keputusan berdiam diri.

“So?” tanya aku langsung tidak berminat hendak mendengar cerita Jaja.

“Tak adalah, aku cuma pelik saja kenapa dia asyik pesan air yang sama. Tapi cute pula bila dia kata macam tu,” Jaja tersengih seorang diri seperti orang angau sedang bercinta dengan bangau walaupun pada hakikatnya Lokman memiliki sepasang gigi arnab.
“Cute?” aku hampir nak tergelak tapi demi menjaga hati Jaja, aku menahan tawa. Kalau aku tak mampu hendak menahannya, aku akan minta diri sekejap dan pulang ke bilik dan gelak sepuas-puasnya sambil terbayang wajah cute Lokman yang mengatakan dia tidak boleh minum air yang bersusu.

“Yelah, kau tak tengok wajah dia tadi bila aku suruh dia minum air teh ais aku. Comelnya!” Jaja mengigit-gigit bantal busuknya itu. Meluat pula aku melihatnya tapi apa boleh buat kalau berkawan dengan kawan yang sedang dilamun cinta. Inilah realitinya. Sehinggakan tengok pakwe minum air teh pun boleh kata comel.


* * *

“Wo… kau pikat teman lelaki kau?” dia memandangku terkejut.

“Bukan teman lelaki tapi bekas teman lelaki.”

“Ya. Whatever.”

“Kenapa? Terkejut bila kau dapat tahu, aku yang mulakan langkah dulu?”

“Ya dan barulah aku tahu sesuatu,” ujarnya sambil mengangguk beberapa kali.

“Apa dia?”

“Kau sekarang tengah pikat aku, bukan?” dia bertanya.

Aku menjeling tajam memandangnya. Sudah mulalah lawak bodoh dia itu.

“Kau dah jatuh cinta masa aku nyanyikan lagu untuk kau dan seminggu lepas tu, kau datang sebab nak belajar main gitar… semua tu rancangan kau nak pikat aku, bukan?”
“Kau nak tengok tak gitar kau bertukar jadi kapak?” aku memandangnya tajam.


* * *

“Boleh tak kau jangan bagi mesej macam tu tiba-tiba?” kata aku apabila berjumpa dengan Mr. Pinky di tempat biasa.

Dia tersengih.

“Aku nak tahu sejauh mana kau sayang kat aku,” katanya dengan nada bergurau.
“Kau dah tak waras ke atau kau dah jatuh cinta dengan aku?” aku pula mengumpan.
“Hey sweetheart, ini kira baiklah aku jumpa kau. Kalau tak, kau mesti dilanda angau minggu ni,” katanya lagi.

“Kenapa aku mesti dilanda angau?” aku masih tidak mahu mengaku kalah dengan Mr. Pinky yang selalu ada sahaja yang dia ingin kenakan aku.

“Sebab kau rindu dekat aku.”

“Kau tahu tak? Ini pertama kali aku berjumpa dengan lelaki yang perasan tahap gaban.”
“Gaban?” kemudian dia tersengih lucu. “Wei, apa kena mengena gaban dengan semua ni? Kau tahu tak, gaban tu apa?”

* * *


Jika ditanya, kenapa aku tidak suka melaram atau dengan kata lain menghias diri dengan mekap yang berwarna-warni, baju yang cantik-cantik, barang kemas atau apa-apa sahaja barangan yang melambangkan kecantikan seseorang perempuan, aku memang tiada jawapan yang spesifik bagi soalan itu.

Bagi aku tidak semestinya semua perempuan suka melaram contohnya seperti aku yang lebih selesa dengan berpakaian baju kurung, berkasut sport dan tidak langsung menghiasi diri dengan barang kemas dan mekap yang berwarna-warni pada wajah. Ada sesetengah perempuan melaram sebab tak nak teman lelakinya beralih kepada perempuan lain seperti mana yang Jaja cakap dahulu.

* * *

“Kau rasa macam nak tumbuk tak kalau kau jumpa lelaki tu?” tanya Mr. Pinky selepas aku memberitahu pendapat Lokman kepadanya.

“Teringin juga tapi aku tak suka dengan keganasan,” aku menjawab selamba. “Bagaimana dengan kau?”

“Apa?”

“Kau tengok aku pakai baju kurung, berkasut sport macam sekarang ni, apa pendapat kau?” sengaja aku ingin meminta pendapatnya.

Dia kemudiannya memandang aku atas dan bawah beberapa kali sambil mengurut-urut dagunya yang bersih. Tiada langsung jambang mahupun misai pada wajahnya.
“Not bad,” jawabnya ringkas.

“Not bad? Itu saja?”

“Ya. Kau harap aku cakap apa?”

“Cakaplah sesuatu yang spesifik sikit contohnya, aku nampak hodoh, aku macam kekampungan ataupun seorang yang buta fesyen.”

“Oh, aku rasa kau baru sahaja cakap semuanya apa yang aku ingin cakap,” kata Mr. Pinky selamba sambil melangkah laju ke hadapan.

“Mr. Pinky!”

* * *

Cinta memang tiada peraturan tapi tanpa disedari manusia telah mewujudkan peraturan yang tidak pernah wujud. Antaranya, tidak dibenarkan menjalinkan hubungan rapat dengan bekas teman lelaki/wanita anda!

Bagi orang sedang dan tengah bercinta, peraturan itu tetap menjadi pegangan tidak kira bagi lelaki ataupun wanita. Bagi yang sudah putus cinta, ia berubah-ubah mengikut pandangan masing-masing.

* * *

Tiba-tiba aku rasa seperti sedang menjalani satu sesi pegambaran drama di mana babaknya seorang yang bergelar ratu di universiti tiba-tiba datang dengan sekumpulan kuncunya dan memberi amaran kepada aku supaya menjauhkan diri daripada hero drama ini. Jika difikir sekali lagi, watak aku ini tidak ubah seperti watak seorang heroin yang sedang mengembangkan hubungan cinta dengan orang yang tidak sepatutnya.

Satu perkataan. Wow!

Sungguh tidak sangka, aku yang selama ini dianggap sebagai pelakon pembantu tiba-tiba dinaikkan pangkat menjadi heroin dalam drama ini. Tapi, jika diberi peluang untuk menjadi heroin, aku lebih rela jadi tunggul di tepi jalan yang memerhati gelagat heroin dan musuh ketatnya bergaduh mendapatkan seorang jantan yang belum tentu sempurnanya.

Betapa ceteknya pemikiran remaja sekarang. Hanya kerana seorang lelaki yang bagaikan Prince Charming, mereka hendak bergaduh tidak tentu pasal. Sebab itulah aku mengambil sikap berdiam diri sahaja apabila Putri tiba-tiba menyerang aku.

5 si charming:

  1. Ai berkata...:

    best.. x sabo nk tunggu novel ni..
    kak ratu dh nk kuar inform yer..
    (;

  1. TAN-te berkata...:

    wow x saba gile nak klua novel ni!!!

  1. Fazl berkata...:

    saya nak interviu awak! :)

  1. MaY_LiN berkata...:

    huhuhu...
    speechless

  1. ninacute berkata...:

    kak ratu,,
    novel aku dia dan gitar nie hnye ade kt pesta bku je ke?
    xde dijual kt jb??

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages