13(b): ATIQAH NAJWA



“Cikgu!! Blue hilang!!” jerit Sakinah memecahkan suasana di dalam bas yang gamat bertambah gamat lagi. Keadaan yang kecoh lagi bertambah kecoh apabila tiada sesiapa yang dapat mengesan kelibat Blue di dalam bas yang mereka naiki itu.

Dan pada ketika itu Cikgu Rosnanilah yang paling menggelabah sekali. Tidak kurang juga dengan Natasya yang sudah menyedari ketiadaan Blue di dalam bas yang mereka naiki sejak bertolak dari Dataran Merdeka lagi. Dia resah tapi dia cuba menyembunyikan keresahannya itu. Berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dengan Blue.

“Mungkin Blue tersalah naik bas kot,” ujar Siti yang juga rakan sekutu Natasya. “Mungkin, dia ternaik bas lelaki,” tambahnya lagi. “Nak rampas abang Hafiz la katakan.”

“Wei cik siti hidung kembang, Blue tu walaupun nak rampas si Prince Charming Natasya tu, dia takkan buat kerja bodoh pergi naik bas lelaki. Lagipun kalau Blue naik dah lama dia kena halau dengan cikgu Roslan,” balas Dahlila mempertahankan rakannya itu.

“Manalah tahu….”

“Cik Siti Hidung Kembang, kalau kau nak fitnah Blue yang bukan-bukan pun, fitnahlah yang logik-logik sikit. Kau ingat ini drama korea ke apa. Senang-senang tipu penonton dengan agenda yang tak masuk akal. Kalau Blue ternaik bas lelaki mesti cikgu Roslan dah telefon Cikgu Rosnani dan cakap ‘Cikgu Rosnani, saya rasa ada seseorang pelajar keliru dengan jantinanya sehingga ternaik bas yang tak sepatutnya dia naik’ tapi rasanya Cikgu Rosnani tak de terima apa-apa panggilan,” balas Sakinah. “Ini bermakna Blue mungkin tertinggalan bas.”

“Ah, padan dengan muka dia. Tulah, ada hati lagi nak rosakkan hubungan Natasya dengan Hafiz, sekarang, rasakan! Biarlah dia sensorang di tengah-tengah kota tu. Padan muka!” Siti menjeling tajam. Dia kembali duduk sambil tersenyum puas.

“Kurang ajar punye Hidung Kembang!” Dahlila sudah naik marah.

“Okey, okey… semua duduk di tempat masing-masing!” teriak Cikgu Rosnani cuba menjernihkan keadaan. Semua pelajar kembali ke tempat masing-masing. “Okey, sesiapa yang ada nombor telefon Blue, sila call Blue dan tanya dia kat mana sekarang.”

“Hah! Idea cikgu memang bernas. Pantas. Dan cekap. Bukankah sekarang ni ada teknologi canggih macam handset. Kami ada nombor telefon handset Blue tapikan cikgu, ada sedikit masalah lagi. Bukan tak de credit. Credit baru saja kami berdua masukkan semalam cuma, masalahnya macam mana Blue nak jawab panggilan kalau telefonnya ada ditangan kami?” tanya Dahlila sambil menunjuk handset Blue yang telah diberi oleh Blue sebelum turun memandangkan Blue tidak membawa beg sandang.
Semua berpandangan.

Ah! Masalah!

*************

Huh! Ingatkan apalah yang penting sangat sampai kena lari sampai 10 kilometer sejam. Ini yang dirisaukannya?! Hisy, memang makhluk asing betullah dia ni. Aku ingatkan apalah yang penting sangat sehinggakan kena sampai dalam masa 9 minit. Nasib baiklah hanya kau seorang saja yang aku kenal kat sini, kalau tidak, memang aku tak ingin ikut kau, Roswell!

Blue menongkat dagunya sambil dalam hatinya menyumpah-yumpah Roswell. Kalaulah ini kawasannya sudah lama dia menjerit kemarahan. Hatinya masih lagi panas. Lagi panas apabila orang kiri kanannya menjerit bersorak. Memekak!

Tengok perlawanan bola keranjang pun nak menjerit hysteria. Macamlah budak-budak yang main kat gelangang tu macho-macho. Blue mengipas kepanasan. Bosan. Dia kemudiannya memandang Roswell yang duduk di tepi gelangang. Hatinya lagi semakin panas!

Ah! Dahlah kena merentas bandar dalam masa 9 minit, pastu duduk pulak kat tempat budak-budak perempuan yang hysteria. Roswell ni memang nak kena dengan aku ni, kalau dia main kat gelangang tu aku boleh terimalah tapi yang aku tak boleh terima, dia duduk kat tepi gelangang. Sakitnya hatiiiiii!!!

Dia berlari ke sini semata-mata nak main ke ataupun nak tengok perlawanan bola keranjang? Bola Keranjang pula tu. Kalau bola sepak boleh juga aku tumpang sekaki tapi ini bola keranjang yang aku tak minat langsung. Huh, kenapalah aku berkenalan dengan makhluk asing dari bumi Roswell ni?

Dewan masih dengan sorakkan kedua-dua penyokong. Blue pula hanya sekadar menutup telinganya. Sesekali dia menguap. Mengantuk. Kalau diikutkan hatinya, hendak saja dia suruh mereka semua diam. Tapi bila diperhatikan separuh dari para penyokong terdiri dari kaum Hawa. Yang pelik lagi lagak diorang macam nak pergi shopping saja. Dia tertanya-tanya, mereka semua ini datang menonton perlawanan bodoh ini sebab minat dengan sukan bola keranjang ataupun minat dengan pemain-pemain?

“Ah, sampai akhirnya!” keluh seorang wanita mengejutkannya dengan duduk di sebelahnya. Lagaknya seperti seorang tomboy, memakai cap di kepala dan dilehernya tergantung sebuah kamera. Capnya di buka dan terlerailah rambutnya yang panjang dan cantik. Macam dalam iklan syampu pula. Wanita yang memiliki anak mata berwarna hijau itu mengukirkan senyuman manis ke arahnya.
Apa pulak la minah ni kenyit mata kat aku? Dia ni lesbian ke? Hisy, orang KL ni bukannya boleh percaya, perempuan dengan perempuan pun boleh bercinta. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Tapi, mata dia tu warna hijau sama dengan mata Roswell. Adik beradik ke? Roswell pernah sebut pasal kakaknya tapi kenapa Roswell duduk seorang diri di pondok buruk tu? Ke mana pula pergi ahli keluarganya? Takkanlah diorang tinggalkan Roswell seorang diri di sana?

Wanita itu tersenyum lagi.
Cepat-cepat Blue mengalihkan pandangan apabila terdengar wisel berbunyi dan serentak dengan itu dewan bertambah gamat sebaik sahaja Asraf bangun dari duduknya dan berlari masuk ke gelangang.

Serentak dengan itu juga, wanita di sebelahnya itu memegang kamera Canon yang seberat 2 kg, memfokuskan lanser kamera ke arah gelangang. Dengan cermat, dia menekan butang di sudut tepi kameranya itu. Laju. Mungkin dalam lima atau enam snap yang dilakukannya.

Baru beberapa minit dia dewan bergema dengan sorakan penyokong. Bila dia berpaling, mata pasukan Roswell telah bertambah. Entah siapa yang menjaringkan gol dia pun tidak pasti.
Nama Danish jelas kedengaran di telinganya dengan sorakan mereka. Blue berfikir sebentar, rasanya macam pernah dengar saja nama Danish tu. Ah, orang yang bernama Danish memang ramai di dunia ini.

Dia melihat jam tangannya. Entah bila perlawanan ini akan tamat. Dia sudah tidak sanggup hendak duduk di situ. Dia mesti lakukan sesuatu untuk menghubungi rakan-rakannya tapi macam mana? Lupa pula dia hendak minta handset Roswell. Dan sekarang pula Roswell tengah beraksi di gelangang.

Blue sekali lagi menongkat dagu. Bosan. Dari tempat duduk penonton dia hanya melihat Roswell beraksi di gelangang. Berlari ke sana sini dengan melantunkan bola yang senantiasa berada di tangannya dan menjaringkan gol tanpa sebarang halangan.

Pada mulanya dia langsung tidak hiraukan Roswell di gelangang tapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Bayangkan Roswell dapat menjaringkan gol dalam masa 1 minit berturut-turut. Malah bola keranjang juga tidak pernah terlepas dari tangannya walaupun dia di kawal kiri dan kanan oleh pihak lawan.

Dari bosan dia menjadi gembira. Dari risaukan masalahnya, dia terlupa masalahnya buat seketika. Mereka bersorak dan Blue turut bersorak dan tanpa Blue sedari wanita di sebalahnya turut mengambil gambarnya yang bersorak gembira.

Wisel berbunyi. Perlawanan ditamatkan setelah masa perlawanan telahpun tamat. Dewan yang menempatkan perlawanan amal untuk derma anak-anak yatim bertambah gamat dengan sorakkan para penyokongnya.

SHARK ataupun kumpulan yang dianggotai oleh Roswell menang mudah pada pihak lawannya. Namun, kedua-dua pasukan kelihatan puas dengan perlawanan itu. Masing-masing bersalaman di akhir perlawanan.



Blue sekali lagi menongkat dagu. Dia memandang jam tangannya. Tepat jam 3 petang. Dia masih lagi duduk di kerusi penonton walaupun penonton sudah reda. Matanya masih memandang Roswell yang dikelilingi para peminatnya yang terdiri dari kaum perempuan.

“Orang macam Roswell tu pun ada orang minat?” hampir meremang bulu tengkoraknya bila melihat gelagat perempuan gedik-gedik mengelilingi pasukan SHARK. Bagaikan artis popular mereka diserbu para peminat. Tapi bila dilihat betul-betul, kesemua mereka handsome-handsome belaka. Macam Prince Charming pun ada.

Selepas beberapa ketika, selepas semua peminat-peminat mereka beredar dari situ, Blue menghampiri Asraf yang duduk di kerusi penonton di hadapan sambil membetulkan tali kasutnya.

“Tak sangka kau ni hebat juga dalam bersukan ye,” tegur Blue yang masih lagi pretasi Roswell sebentar tadi. “Setahu aku yang kau ni memang terkenal dengan perangai tidur di sekolah.”

“Well, banyak lagi yang aku pandai tapi aku saja tak mahu tunjukkan. Nanti orang kata rampas title Prince Charming Hafiz pula,” balas Asraf selamba.

Blue menjeling tajam. Baru orang puji sikit dia dah mula kembang. Nak rampas title Prince Charming Hafiz? Boleh blah! Hafiz memang jauh berbeza dari kaulah!

“Hai sweetheart,” sapa wanita yang duduk di sebelahnya tadi yang entah datang dari mana memeluk Asraf dari belakang. Asraf yang sedang meneguk air mineral hampir tersembur apabila ada orang datang menerpa begitu. Dia terbatuk kecil.

Wanita itu ketawa manja sambil memeluk Asraf lagi. Jijik juga Blue melihatnya. Tanpa segan silu berpelukan di tempat awam. Kalaulah sekarang di kampungnya, mesti kena nikah segera oleh pak imam. Tak cukup peluk, dicium pipi Asraf lagi. Meremang dia melihat aksi wanita itu.

“Kak Tiqa, kalau nak bunuh orang pun janganlah biarlah orang mati dengan aman. Bukannya main sergah-sergah macam ni,” keluhnya.

Atiqah Najwa masih tertawa manja.

“Lama tak jumpa. Rindulah,” pipi Asraf di cim lagi.

“Hai Kak Tiqa,” semua pemain-pemain SHARK menghampiri mereka.

“Hai Sharkman,” balas Atiqah Najwa mesra. “Thanks sebab beritahu tentang perlawanan ni, kalau tidak, akak terlepas nak tangkap gambar Baby Boy,” dia memeluk Asraf lagi.

“No problem,” jawab salah seorang dari mereka.

Asraf hanya menjeling tajam.

“Tapi mesti ada habuannya Kak Tiqa,” celah salah seorang dari mereka.

“Okey, bagaimana kalau di tempat biasa?” cadang Atiqah Najwa.

“Okey set!!” mereka bersorak gembira.

“Bagaimana? Blue join sekali ye?” tanya Atiqah Najwa memandang Blue yang senyap di tepi.
Blue tersentak terkejut. Terkejut sebab wanita itu tahu nama sedangkan dia langsung tidak kenal wanita itu apatah lagi rakan-rakan Asraf yang lain. Dan tiba-tiba saja, wanita itu menyapa namanya seolah-olah sudah mengenalinya.

“Err… girlfriend kau ke?” tanya salah seorang rakannya.

“Wah, dalam diam-diam kau dah ada girlfriend ye. Aku ingat selain bola keranjang kau tak minat apa-apa. Rupanya kau ni ada perasaan juga.”

“Hey, aku memang ada perasaan,” ujar Asraf mempertahankan dirinya. Namun, dia diketawakan oleh rakan-rakannya. “Dan lagi satu, dia ni bukan….”

“Okey, jumpa di sana,” pantas Atiqah Najwa berkata dan mencium pipinya. “Jom, lebih baik jangan kacau orang yang tengah bercinta,” mereka semua berlalu pergi meninggalkan Asraf dan Blue terpinga-pinga.

Mereka berdua berpandangan. Kemudian masing-masing memeluk tubuh. Geli.

Ah, hilang akal ke? Aku girlfriend si makhluk asing ni? Huh, simpang malaikat 44. Jadi girlfriend Si Roswell? Jangan haraplah. Siapa nak lelaki yang separuh gila ni.

“Jom,” ajak Asraf bangun dari duduknya.

“Pergi mana?”

“Makan.”

“Makan? Hey, masalah aku lagi penting dari makan tahu tak!” ujar Blue sedikit meninggikan suara. Dan tiba-tiba perutnya berbunyi. Lapar. Dia memandang Asraf sambil tersengih. “Err… aku rasa makan lebih penting sekarang,” ujarnya pula.

0 si charming:

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages