Seseorang untuk Dinikahi: Bab 12


ARISSA terjengket-jengket berjalan keluar dengan perlahan-lahan keluar dari biliknya. Lagaknya seperti sang pencuri memasuki rumah orang dengan senyap dan memastikan tiada penghuni rumah itu sedar akan kehadirannya. Arissa memandang kiri dan kanan. Suasana sekitar rumahnya jam 6.30 pagi masih gelap seperti malam. Setelah memastikan tiada sesiapa yang menyedari dia sudah keluar bilik, dia segera mengorak seribu langkah bergegas turun ke bawah.
Tiba di kaki anak tangga, dia mengulangi perkara yang sama. Perlahan-lahan dia berlalu menghala ke pintu. Anak kunci yang tersangkut di pintu diambil dengan perlahan-lahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Lantas, dia membuka pintu dengan kunci di tangannya.
Bunyi kunci pintu kedengaran. Dia memandang sekeliling. Tiada yang menyedari hal itu. Perlahan-lahan dia menarik pintu utama rumahnya itu. Mujurlah pintu rumahnya tidak berbunyi. Lantas, Arissa melangkah ke luar. Pintu rumahnya ditutup kembali dengan perlahan-lahan. Berjaya. Kemudian, dia mengunci semula pintu rumahnya.
Misi pertama berjaya!

Wahhh... pemandangan pagi yang cantik,” ujar Arissa yang terpegun melihat pemandangan pagi itu.
Selalunya, dia hanya akan keluar rumah tepat pukul 8.00 pagi atau paling cepat pukul 7.00 pagi. Waktu itu matahari sudah kelihatan sedikit. Tapi hari ini, dia keluar rumah pukul 6.30 pagi! Keadaan di luar masih gelap lagi.
Apa boleh buat. Dia tidak mahu disoal siasat oleh Mama Fiza, jadi dia terpaksa keluar rumah seawal itu. Dia juga sempat meninggalkan nota kepada Mama Fiza sebelum keluar tadi bagi mengelakkan Mama Fiza merisaukan dia lagi.
Tanpa berlengah lagi, Arissa berjalan perlahan-lahan bergerak ke keretanya. Perlahan-lahan dia menekan remote kunci kawalan jauh. Pintu kereta dibuka perlahan-lahan. Perlahan-lahan juga dia menutup pintu kereta. Tidak menunggu lama, Arissa terus menghidupkan enjin kereta. Kemudian, tidak sampai lima minit, dia sudah memandu keretanya keluar dari pekarangan rumah.
Misi kedua berjaya!
Yahoo! Rancangan keluar senyap-senyap dari rumah berjaya!” sorak Arissa dalam kereta. Setelah dia memandu keretanya jauh dari kawasan perumahannya, Arissa memberhentikan kereta di bahu jalan.
Okey, mari kita tengok jadual,” katanya kepada diri sendiri sambil membuka buku nota yang sudah siap ditulis awal pagi tadi. “Mula-mula, pergi pejabat pendaftaran, buat kad pengenalan. Masa tu, telefon bank suruh batalkan semua kad kredit, kad debit dan semua jenis kad yang ada. Lepas siap kad pengenalan, pergi buat lesen memandu pulak. Lepas tu barulah pergi ke bank buat kad bank yang baru. Lepas tu kena beli handset lagi.
Huh, banyaknya kerja. Memang betul-betul menyusahkan orang sajalah peragut tu. Kalau nak duit, cakap. Aku boleh bagi. Ini tak. Tak pasal-pasal kena buat benda-benda yang melecehkan ni,” kata Arissa sempat lagi merungut. Tanpa berlengah lagi, dia segera memberikan isyarat ke kanan. Setelah mendapati tiada kereta yang lalu, barulah dia memandu masuk ke lorong dan meneruskan pemanduan ke destinasi yang dituju.

***


NAZWAN masih merenung handsetnya yang sunyi sepi sejak awal pagi tadi. Tiada langsung mesej mahupun panggilan daripada Arissa yang diterimanya. Manakala, sudah banyak kali dia cuba menghubungi Arissa tetapi suara operator yang menjawab. Dia juga menghantar berpuluh mesej, tiada balasan juga. Akibatnya, satu malam dia tidak dapat tidur disebabkan menunggu panggilan ataupun mesej daripada Arissa.
Gila. Memang gila. Dia tidak pernah dilanda rasa bersalah sehingga menganggu tidurnya. Macam tidak percaya sahaja yang dia risaukan Arissa.
Masih tak de mesej daripada Arissa?” tanya Luqman yang sudah pun terjaga daripada tidur yang nyenyak. Malam tadi, selepas kembali ke bilik, Luqman terus masuk ke biliknya. Mereka berbual sebentar sebelum Luqman mengadu dia mengantuk dan mahu sambung tidur.
Nazwan yang duduk di kerusi panjang sepanjang malam sekadar menggeleng.
Dia mengeluh kecil. Macam-macam yang difikirnya. Awal pagi tadi, Mama Tifa yang mengetahui perkara itu sempat memberikan arahan kepadanya supaya datang menghadap bila-bila masa jika dia lapang. Tidak perlu ditanya kenapa. Pastinya hendak bertanya lebih lanjut tentang apa yang terjadi. Masalahnya, dia juga tidak tahu apa yang terjadi.
Nasib baiklah nenek tidak menyedari hal itu. Dia juga berharap Mama Tifa atau sesiapa tidak memberitahu nenek pasal perkara itu. Kalau tidak satu hal lagi dia perlu menghadap nenek. Kalau dia cucu kesayangan, Arissa pula orang kesayangan nenek. Apa-apa berlaku pada Arissa, memang nahaslah orang itu.
Dia merajuk kot?” agak Luqman.
Agaknya,” balas Nazwan acuh tak acuh.
Kalau dia merajuk okey lagi.”
Maksud kau?”
Laa... bukan ke kau seorang saja yang pandai pujuk Arissa. Kalau Arissa merajuk, dia hanya dengar cakap kau je.”
Nazwan mengerut dahi.
Jangan buat muka yang menjengkelkan macam tu. Aku pun benci nak akui semua ni tapi memang Arissa hanya akan dengar cakap kau. Sejak dari dulu lagi. Takkan kau tak persan?”
Nazwan menggeleng.
Kalau kau nak tahu sama ada apa yang aku kata ni betul atau tidak, cubalah,” Luqman mengeluh kecil.
Dia pun tidak pasti sama ada Nazwan betul-betul tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu. Sejak mereka mengenali Arissa lagi, dia lihat Arissa begitu serasi dengan Nazwan. Apa yang Nazwan tegur, pasti Arissa dengar dan ikut. Disebabkan itulah dia takut Nazwan akan jatuh cinta dengan Arissa atau Arissa jatuh cinta dengan Nazwan. Dia cuba mengelak hal ini berlaku kerana dia memang tidak dapat terima kehadiran Arissa dalam keluarganya itu.
Kau masih risaukan dia?” tanya Luqman selepas dia menyedari Nazwan asyik membelek-belek telefonnya.
Nazwan memang jarang menghabiskan masa dengan merenung handset seperti sekarang. Malah, masa bercinta dengan arwah Natasya dulu pun, jarang dia melihat Nazwan bermesej ataupun bergayut. Kini, bila dia tengok Nazwan asyik merenung handset sejak pukul tiga pagi tadi, tidak lain tidak bukan pasti risaukan Arissa.
Tak,” ujar Nazwan sepatah sambil meletakkan handsetnya di atas meja bersebelahan sofa panjang yang dia duduk. Tanpa berkata banyak, dia berlalu masuk ke dalam kamar mandi.
Parah,” keluh Luqman sebelum kembali ke biliknya untuk bersiap ke kuliah.

***


Mama Fiza,
Maaf. Rissa keluar awal sebab ada hal. Jangan risaukan Rissa ya. - Arissa ^_^

FAZIRA hanya mampu menggeleng tatkala dia membaca nota yang dijumpai terlekat di depan pintu bilik Arissa. Dia menjumpai nota itu ketika hendak mengejutkan Arissa bangun pada awal pagi tetapi dia pula yang terkejut.
Bila dia tulis 'Jangan risau' serta-merta orang akan risaukan dia,” ujar Puan Fiza yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang.
Dia hampir hendak menelefon Arissa dan bertanya di mana Arissa berada tetapi mujurlah dia tidak berbuat demikian. Semalam baru sahaja Arissa beritahu yang handsetnya tercicir di pawagam. Entah betul atau tidak dia sendiri tidak pasti. Sekarang, dia cuma boleh berharap Arissa pandai jaga diri dan pulang secepat mungkin.
Entah kenapa Zira rasa yang Kak Arissa berbohong? Dia sepatutnya tengok wayang dengan Nazwan tapi Nazwan pula ada dekat rumah. Betul ke dia dating dengan Nazwan?” tanya Fazira sambil memerhati mamanya membancuh air kopi.
Hanya dia yang tahu,” ujar Puan Fiza menuangkan air kopi yang dibancuhnya tadi ke dalam secawan kopi dan diberikan kepada anak perempuannya itu.
Belum sempat Fazira hendak menikmati sehirup kopi panas, loceng rumahnya berbunyi. Fazira lantas bangun daripada kerusinya dan berlalu membuka pintu utama rumahnya itu. Seperti yang dijangka, pasti Nazwan yang menekan loceng awal-awal pagi.
Arissa ada?” tanya Nazwan.
Kau nampak kereta dia di sini?” tanya Fazira semula.
Nazwan kemudiannya berpaling melihat pekarangan rumah Arissa itu. Baru dia perasan yang kereta Myvi Arissa tiada di pekarangan rumah itu. Kemudian, dia memandang ke arah Fazira semula.
Dia tak ada. Awal-awal pagi dia dah cabut lari.”
Cabut lari?”
Dia tinggalkan nota. Dia kata dia ada hal dan minta semua orang jangan risaukan dia,” beritahu Fazira. “Aku ada satu soalan, kau betul-betul ada date dengan Kak Arissa atau dia yang menggedik sangat kata kau ada date dengan dia?” soal Fazira.
Nazwan tidak menjawab soalan itu, tetapi sebaliknya mengeluarkan handsetnya dan cuba menghubungi Arissa lagi.
Kau takkan dapat hubungi dia,” kata Fazira menyebabkan Nazwan berhenti menunggu jawapan daripada Arissa. “Dia kata dia tercicir handsetnya dekat pawagam tapi aku tak rasa macam tu. Dia tu, memang suka sangat berahsia kalau ada sesuatu yang berlaku kepadanya. Lagi-lagi bila dia kata 'jangan risau' pasti ada sesuatu dah berlaku pada dia semalam,” tambah Fazira lagi.
Okey... dan sorry menganggu,” ujar Nazwan sebelum meminta diri. Namun, baru sahaja dia mengorak selangkah, Fazira memanggilnya. Automatik kakinya berhenti melangkah.
Aku tak tahu apa yang dah berlaku antara kau orang berdua tapi aku cuma nak beritahu yang Kak Arissa memang serius dengan kau. Serius. Aku tak pernah tengok dia macam ni....”
Macam ni?” tanya Nazwan mengerut dahi.
Fazira melepaskan keluhan kecil.
Dia banyak kecewa daripada gembira. Aku tak suka tengok dia macam ni. Rumah kami walaupun tak ramai orang tapi akan ceria bila dia ceria. Tapi sejak beberapa hari ni, dia tak seperti dulu. Kalau ini berterusan, aku takut, kita akan kehilangan Arissa yang kita kenal dulu,” ujar Fazira.
Kau tak boleh salahkan aku dalam hal ni. Dia yang cari nahas sendiri. Kalau aku suruh dia lupakan aku, dia tetap dengan rancangannya nak pikat aku,” balas Nazwan mempertahankan dirinya sendiri.
Kalau macam tu, kau tak ada cara lain lagi selain berikan Kak Arissa peluang. Lagipun kau masih single. Kak Arissa pun sama. Jadi, aku rasa tak ada masalah kalau kau orang berdua bercinta pun. Mana tahu kalau Kak Arissa adalah jodoh kau,” cadang Fazira.
Nazwan menghela nafas panjang. Terkejut juga dia apabila Fazira berbicara soal jodoh dengannya sedangkan Fazira masih muda lagi.
Fazira, buat masa ni aku tak nak fikir pasal hal tu lagi....”
Sebab arwah Natasya?” ujar Fazira lagi memintas penjelasan Nazwan. “Kau masih belum lupakan dia, bukan?”
Sekali lagi Nazwan mengeluh kecil.
Aku dah terlambat nak ke kuliah,” Nazwan cuba mengelak daripada menjawab soalan itu. Apatah lagi nama Natasya disebut.
Kau boleh mengelak daripada menjawab soalan aku tapi kau perlu ingat, kau tak boleh mengelak daripada takdir. Natasya dah tiada. Tak guna kau masih menanti kepulangannya. Dia takkan kembali lagi, Nazwan,” ujar Fazira.
Aku tahu,” balas Nazwan dengan nada tidak mahu melanjutkan perbualan itu lagi. Sebelum Fazira bersuara lagi, dia cepat-cepat melangkah pergi.

***


HAI Nazwan,” sapa Sarah mesra.
Mmm...,” hanya itu yang dibalas oleh Nazwan dan kembali berbaring berbantalkan tangan di atas meja.
Luqman tak datang lagi?” tanya Sarah sambil duduk bertentangan dengan Nazwan.
Mmm...,” jawab Nazwan tanpa memandang ke arahnya.
Sarah mengerut dahi. Entah apa pula yang berlaku pada Nazwan hari ini. Ada sesuatu yang sudah berlaku semalamkah, fikirnya. Seingatnya Arissa memaksa Nazwan pergi tengok wayang. Selepas itu dia tidak tahu apa-apa berita tentang hal itu. Baik daripada Arissa mahupun Luqman. Lagipun, sejak akhir-akhir ini dia jarang mendampingi Arissa. Semuanya kerana dia kurang setuju dengan keputusan Arissa ingin memikat Nazwan.
Macam mana date semalam? Seronok?” tanya Sarah.
Diam. Nazwan tidak menjawab tetapi sebaliknya dilihat asyik merenung handset seolah-olah menanti panggilan ataupun mesej daripada seseorang. Dia tertanya-tanya, apakah yang sudah berlaku semalam sehingga Nazwan bertukar menjadi muram begini. Takkan, Nazwan sudah mula merindui Arissa. Mustahil!
Kau tunggu panggilan daripada siapa?”
Arissa ada call kau tak?” tanya Nazwan tiba-tiba.
Err... tak de. Aku pun tak nampak dia hari ni,” jawabnya. “Kenapa?”
Nazwan bertanya tentang Arissa. Itu sesuatu yang tidak dapat dia terima. Selama ini Nazwan mana pernah peduli pasal Arissa. Entah sihir apa yang Arissa bagi pada Nazwan sehingga buat Nazwan jadi begini.
Apa dah berlaku semalam?” tanya Sarah lagi walaupun Nazwan tidak menjawab soalannya tadi. “Kau tak pernah macam ni. Asyik renung handset. Kau tunggu panggilan daripada Arissa ke?”
Tak de,” jawab Nazwan pendek. “Kau tahu tempat yang dia mesti pergi kalau dia ada masalah?” tanya Nazwan lagi.
Hah?” Sarah berfikir sebentar. Bagaimanapun dia tidak memikirkan soalan Nazwan tadi tetapi memikirkan kenapa Nazwan bertanya begitu. Sah! Nazwan sudah terkena sihir cinta Arissa. Kalau tak, masakan Nazwan jadi begini.
Kenapa kau tanya soalan yang pelik macam ni? Came on, selalunya kau tak pernah macam ni. Takkanlah kau dah terkena sihir Arissa. Aku rasa aku dapat teka, sekarang kau tengah cari Arissa sebab Arissa tiba-tiba merajuk atau hilangkan diri dan buat kau rasa bersalah dan sebab tulah kau renung handset kau tu macam nak tembus je aku tengok. Bangun Nazwan! Takkanlah kau selemah ni?” ujar Sarah cuba menyalurkan kekuatan kepada Nazwan.
Kau tak jawab soalan aku tadi,” kata Nazwan mula mengangkat kepala. Sarah direnungnya dengan tajam seolah-olah hendak mencari gaduh.
Kenapa dengan kau hari ni? Apa yang Arissa dah buat dekat kau semalam sampai kau berubah jadi macam ni?” tanya Sarah bertubi-tubi.
Tiba-tiba Nazwan mendengus marah. Tanpa berkata apa-apa, dia lantas mencapai begnya dan berlalu pergi dari situ. Sarah terkesima seketika. Dia tidak pernah melihat Nazwan semarah ini. Entah dimana salahnya sampai dia membuat Nazwan bertukar menjadi pemarah. Dia ingin mengejar Nazwan tetapi baru sahaja dia berpaling, dia melihat Luqman sudahpun melangkah masuk ke dalam kafeteria itu. Luqman dilihat menegur Nazwan sebelum berlalu pergi.
Kenapa tu?” tanya Sarah apabila Luqman menghampirinya.
Sepatutnya aku yang tanya kau,” ujar Luqman.
Aku tak tahu. Aku tegur dia tapi dia tak jawab. Dia banyak bertanya pasal Arissa. Bercakap tentang Arissa, dia tak datang ke kuliah hari ni. Apa dah berlaku semalam? Diorang bergaduh ke?”
Rumit,” keluh Luqman.
Rumit macam mana?”
Nazwan tak pergi date semalam. Sengaja tak nak pergi,” beritahu Luqman.
Jadi, sebab tulah Arissa merajuk sampai tak datang kelas manakala Nazwan rasa bersalah sebab tak teman Arissa pergi tengok wayang?”
Luqman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia juga tidak tahu apa sebenarnya masalah mereka berdua.
Arissa balik pukul 3.00 pagi.”
Apa? Dia tunggu sampai pukul 3.00 pagi? Gila apa?”
Luqman mengangkat bahu.
Dan sekarang Nazwan nak pujuk Arissa?”
Agaknya.”
Dan kau tak buat sesuatu halang Nazwan?” Sarah tidak puas hati.
Luqman menggeleng.
Kenapa?”
Sekarang dia tengah bad mood. Cari nahas saja kalau kita masuk campur hal dia. Biarkan dia,” jawab Luqman selamba.
Namun, Sarah tetap tidak senang duduk.

***

NAZWAN menghempas pintu keretanya dengan kuat sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam. Dia tidak gembira. Mood dia pula bertukar jadi serba tidak kena. Semuanya gara-gara Arissa. Mungkin benar kata Sarah tadi, dia sudah terkena sihir cinta Arissa. Kalau tidak, takkanlah dia boleh jadi macam orang sasau mencari Arissa.
Dia mengeluh sambil memandang handsetnya lagi. Memang dia sudah sedia maklum yang Arissa sudah kehilangan handset tetapi dia sendiri tidak faham kenapa dia masih hendak tenung handsetnya dan berharap Arissa akan menghubunginya.
Nazwan melemparkan handsetnya di tempat duduk di sebelah. Dia sudah malas ingin menunggu. Dia juga tiada mood hendak menghadiri kuliah seterusnya. Lebih baik dia pulang ke rumah dan sambung tidur. Sudahlah sejak awal pagi tadi dia tidak dapat tidur. Semuanya gara-gara risaukan Arissa tapi gadis itu tidak pernah pedulikan orang-orang di sekelilingnya.
Enjin kereta dihidupkan. Belum sempat dia hendak masuk gear satu, handsetnya berbunyi. Cepat-cepat dia mencapai handsetnya dan melihat nama pemanggil. Satu keluhan dilepaskan apabila melihat nama Mama Tifa di skrin handsetnya. Dengan hampa dia menjawab panggilan itu.
Assalamualaikum,” sapa Mama Tifa di talian.
Waalaikumsalam,” jawabnya tidak bermaya.
Kenapa ni? Macam tak sihat saja,” tegur Mama Tifa.
Tak de apa. Mama Tifa nak apa?” tanyanya.
Amboi, macam tak suka saja Mama Tifa telefon,” suara Mama Tifa seakan memerli.
Nazwan mengeluh kecil.
Naz tak de mood sekarang dan mengantuk,” ujarnya.
Risaukan Arissa?”
Nazwan mati akal. Kalau Luqman kata Arissa ahli sihir, Mama Tifa pula ibu kepada segala ahli sihir. Tahu sahaja apa yang sedang difikirkannya.
Kalau Mama Tifa nak marah, marah ajelah. Tak perlulah nak perli Naz macam tu,” ujarnya yang hanya mampu reda buat masa sekarang ini.
Naz oh Naz, Mama Tifa tak sekejam tu. Mama Tifa telefon sebab nak tanya tentang Arissa. Naz dah jumpa dia ke?”
Belum. Dia tak dapat dikesan.”
Ohhh... patutlah.”
Mmm?”
Tak ada apa. Tadi masa Mama Tifa baru keluar dari bank, Mama Tifa ternampak orang seakan Arissa. Pelik pulak apa yang Arissa buat kat situ. Sepatutnya dia ada kuliah hari ni, bukan? Jadi, Mama Tifa anggap salah orang tapi Mama Tifa tak sedap hati. Itu yang Mama Tifa nak tanya Naz. Kalau Naz pun tak nampak dia... dekat kuliah, mungkin betullah,” ujar Mama Tifa dengan nada kerisauan.
Dekat bank mana?” tanya Nazwan pantas.
Bank yang Mama Tifa selalu buat urusan tulah.....”
Talian segera ditamatkan selepas Nazwan mendapat jawapan. Tanpa berlengah lagi, dia segera memandu keretanya ke destinasi yang dimaksudkan oleh Mama Tifa. Mujurlah tempat itu tidak jauh daripada universitinya. Hanya memerlukan masa selama 20 minit dengan melalui jalan alternatif, dia sudah sampai ke bank yang dimaksudkan.
Setelah meletakkan keretanya di kotak letak kereta yang disediakan Nazwan segera mengatur langkah ke bank berkenaan. Dia amat berharap Arissa masih berada dalam bank itu lagi. Dan pada masa itu, tahulah apa yang dia nak buat dengan Arissa nanti. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terpandang kereta yang amat dikenalinya.
Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Dia terfikir satu idea yang mampu membuatkan hatinya puas. Setelah melaksanakan ideanya itu, Nazwan segera menyambung langkahnya.
Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam bank berkenaan, dia nasibnya baik apabila ternampak Arissa keluar dari bank itu. Memang betul apa yang Mama Tifa beritahu tadi. Namun, Arissa langsung tidak menyedari kehadirannya. Gadis itu hanya dengan dunianya. Jadi, Nazwan membuat keputusan untuk mengekori Arissa dari belakang.
Kad pengenalan sudah tapi minggu depan kena ambil yang original. Okeylah daripada tak ada. Semua kad bank pun sudah buat. Sekarang kena buat lesan memandu pulak. Mmm... buat dekat mana ya? Kalau nak renew lesen boleh buat dekat pejabat pos tapi kalau lesen memandu hilang takkan nak buat dekat pejabat pos jugak,” soal Arissa seorang diri.
Mestilah dekat pejabat JPJ,” ujar Nazwan di belakang.
Oh ya... lupa pulak!” balas Arissa tanpa memandang belakang.
Tiba-tiba langkah Arissa terhenti. Begitu juga dengan Nazwan. Perlahan-lahan Arissa berpaling ke belakang dan mendongak ke atas.
Nazwan!!!” jerit Arissa terperanjat. 

12 si charming:

  1. Ziana Eunos berkata...:

    baru nk komen,,hhihi..overall best..arisa n nazwan couple kn nanti..hihi
    xsabo nk tguu.. :))

  1. Tanpa Nama berkata...:

    pkembangan yg baik utk nazwan.. nk lg..
    hope arissa jual mahal skit.. hehe..

  1. cahayaqaseih berkata...:

    Memang ego la nazwan nie. Klau dah suka tue cakap jew la,tak payah halang perasaan tue. Sihir la ape la. Sasau nazwan sebab penangan arisa♥♥♥

  1. Unknown berkata...:

    best2.....nk lg.....

  1. Unknown berkata...:

    Terima kasih cik ratu bulan sbb update ni..lega hati..tp mmg best..rasanya..bunga2 cinta nak berputik gitu..puas hati sgt..:-)

  1. kail berkata...:

    tahniah best sweet sgt....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Asap pelease .. Heheheh tq

  1. Tanpa Nama berkata...:

    omaigod.. comelnyer.. nazwan.. sedarlar yg kau dh kne sihir arissa even before die try to sihir... hahah :p

  1. eija berkata...:

    mmg suka ngn cite nie..cian arisa kn..

  1. MizaEija berkata...:

    Yeay.. Arissa dah berjaya buat Nazwan mcm tersihir.. kikiki..
    menantikan entry seterusnya.. ngeee

  1. IzZ berkata...:

    arissa d best..kan da kate kawan baik maybe boleh tikam kite balik..tambah2 dengan arissa yg agk innocent tu mmg senang je tertipu..sian beliau...

  1. epy elina berkata...:

    hhahha...
    nazwan terkena virus cinta arisa..
    x suka la watak sarah 2..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages