6: FIRST DATING

Tepat jam dua petang Nurul sudah tercegat di bus stop depan sekolah seperti yang diberitahu oleh Nazrul semasa waktu rehat tadi. Sekali-sekala dia merenung jam di tangannya. Namun, kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan lagi. Janji jam dua petang tapi sekarang sudah lebih lima minit. Walaupun lima minit tapi ianya berharga. Sudahlah malam tadi dia tidak dapat tidur dengan nyenyak gara-gara asyik memikirkan hubungan Fiq dengan gadis misteri yang setia menunggu di pintu pagar sekolah semalam.

Kalau itu teman wanita Fiq…

“Hoi mak cik,” tersentap jantungnya dengan sapaan Nazrul yang entah bila berdiri di sebelahnya. “Hidup lagi rupanya, aku ingat dah mati,” ujarnya selamba.

Nurul memandang tajam Nazrul di hadapannya itu. Ini macam nak suruh dia mulakan perang dunia ke-3 saja. Sudahlah dia bengang sesangat semalam apabila dapat tahu Nazrul adalah dalang segala dalang dengan meletakkan surat cinta dalam almari Hayrul. Tak pasal-pasal Hayrul pengsan satu hari dan esoknya angau mencari surat cinta sehinggalah pagi tadi, sebaik sahaja dia menjejak kaki ke perkarangan sekolah, Hayrul menyapanya bertanya tentang surat cintanya.

Bukan itu saja, masa rehat tadi pun Hayrul ada menemuinya bertanyakan surat cinta sehinggakan dia sudah tidak tahan dengan perangai Hayrul yang semakin hari semakin tak normal.

“Kau ingatkan aku ni pengeluar terbesar surat cinta ke? Senang-senang mintak surat cinta dari aku. Kau nak surat cinta sangatkan? Apa kata kau tampal memo ‘Aku sedia terima kehadiran surat cinta dari anda semua tidak kira lelaki ataupun perempuan’ kat papan kenyataan sebelah carta Prince Charming tu. Kat situ memang ramai pelajar suka berkumpul,” kata Nurul mulai bengang. Tak faham bahasa betul Hayrul tu!

Tapi kalau di bandingkan Hayrul dengan si Sleeping Handsome ni dia lebih rela melayan kerenah Hayrul. Walaupun Hayrul menjengkelkan tapi sekurang-kurangnya Hayrul bukannya seperti Nazrul yang suka serang dari belakang. Memang betul pun orang kata, orang pendiam ni adalah orang yang paling bahaya sekali.

“Wei, kenapa kau pakai baju sekolah?” tanya Nazrul melihatnya atas bawah seperti tidak pernah melihatnya pakai baju sekolah.

“Habis tu? Aku kena pakai baju apa? Baju renang?” sindir Nurul.

“Kalau kau pakai baju renang pun aku takde selera langsung,” jawab Nazrul selamba mengatur langkah.

“Patut ke aku baling fail ni kat kepala dia?” tanya Nurul seorang diri memegang erat fail kuning yang menjadi teman setianya setelah dilantik menjadi pengurus bola sepak. Nafasnya turun naik. Entah kenapa dia geram sangat bila berhadapan dengan Nazrul. Setiap apa yang dikatanya mesti menyakitkan hati.

Tak de selera langsung?! Huh, lelaki kurang normal saja yang cakap macam tu dan Nazrul memang kurang normal. Memang patut pun tiada seorang perempuan pun yang mengaku menyukai Nazrul.

Tapi memang betul ke aku ni takde daya tarikan langsung?’ hatinya disoal sambil matanya meliar memandang dirinya sendiri. ‘Mungkin sebab tu aku kena reject dulu.’

“Hoi mak cik, tak payah la nak pandang-pandang badan sendiri. Memang tak menarik pun,” jerit Nazrul yang sudah beberapa kaki di hadapan.

“Okey, mungkin aku patut humban dia ke dalam loji najis,” Nurul mendengus marah.


“Kita nak ke mana ni?” tanya Nurul setelah otaknya penat berfikir ke mana Nazrul hendak membawanya. Sudahlah berjalan kaki dibawah matahari yang panas terik seperti tiada arah tujuan. Dan lagi satu yang paling dia tak puas hati, sampai sekarang dia tidak tahu dimana letaknya Sekolah Haji Harun.

Bila ditanya pengetua Haji Harun tu pengetua sekolah mana? Dan jawapan Nazrul simple saja. “Sekolah Menengah la. Takkan sekolah rendah pulak!” dan sejak itu malas dia hendak bertanya soalan pada Nazrul lagi. Dari dia tanya soalan pada Nazrul lebih baik dia tanya soalan dengan pokok-pokok di sekelilingnya itu. Sudah semestinya tidak menyakitkan hati.

Sekali lagi Nazrul senyap walaupun dia sudah berkali-kali bertanya soalan yang sama. Bila dia mendongak memandang Nazrul di sebelahnya, betapa panasnya hatinya apabila melihat kedua telinga Nazrul di sumbat oleh earphone. Patutlah sepanjang dia berjalan seiringan dengan Nazrul, dia terdengar muzik rancak. Ingatkan muzik itu datang dari kereta-kereta yang lalu lalang.

“Huh!” Nurul mendengus marah. Tanpa memperdulikan Nazrul yang melayan muzik yang bergendang ditelinganya, Nurul membuka payung yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja kerana tidak tahan dengan cuaca yang terlampau panas. Hampir terbakar kulitnya. Nanti tak pasal-pasal kulitnya hitam. Sudahlah kulitnya jenis yang suka merajuk bila berjemur di bawah cahaya matahari.

“Kenapa nak pakai payung pulak?” celah Nazrul setelah beberapa kali wajahnya tercucuk bucu payung Nurul. “Kan matahari tu baik tuk kulit.”

“Lantak aku la. Kulit aku bukannya kulit kau,” balas Nurul selamba. Memang dia sudah agak, apa yang dia buat mesti ada saja yang tidak kena. Dan sekarang nak pakai payung pun salah.
“Memanglah kulit kau tapi bucu payung ni dah berapa kali tercucuk muka aku. Tu nasib baik muka, kalau tercucuk mata aku, buta mata aku, siapa nak jawab kat mama aku?”

“Hah, nak mengadu kat mama kau? Mengadulah. Anak mama!” Nurul menjelir lidah. Puas hatinya. Dengan Nazrul memang tidak boleh diberi muka, kalau tidak, memang sakit hati saja melayan. Macam manalah semua ahli rasmi boleh tahan dengan perangai Nazrul yang tidak normal itu. Mungkin lebih baik dia biarkan Nazrul tidur sepanjang masa. Aman dunia!

“Bak sinilah aku pegang,” payung tersebut di rampasnya dari tangan Nurul. “Sudahlah pendek, pegang payung pun tak reti.”

“Payung aku suka hati aku la nak pegang macam mana,” payung merah tadi di rampas Nurul kembali.

“Masalahnya, payung kau ni bahaya sangat. Sampai nak tercucuk mata aku,” Nazrul merampas kembali payung di tangan Nurul lagi. “Sepatutnya biar orang yang lagi tinggi dari kau pegang payung ni kalau tak satu-satu kawan kau akan jadi orang kurang upaya,” tambahnya lagi.

“Lantaklah! Yang penting tu payung aku, lagipun tak de undang-undang di Malaysia ni melarang orang yang pendek macam aku ni pegang payung,” Nurul cuba merampas dari tangan Nazrul tapi Nazrul sudah bersedia dengan menggenggam erat batang payung dari dirampas oleh Nurul lagi.

“Dengar cakap aku je la. Biar aku pegang,” Nazrul sekadar menggeleng apabila Nurul masih lagi cuba menarik payung dari tangannya. Nampaknya gadis itu tetap tidak mahu mengaku kalah. “Apa salahnya mengalah sekali.”

“Jangan harap!” tegas Nurul dengan nafas turun naik. Barangkali bengang dengan situasi tersebut. Dia pelik betul dengan perempuan seperti Nurul itu, hendak tolong sikit pun nak meradang sampai hendak bom satu dunia lagaknya.

Nurul kemudiannya meletak fail di tempat perjalanan kaki dan tanpa membuang masa dia menggunakan kedua-dua belah tangannya menarik payungnya dari tangan Nazrul yang hanya menggunakan sebelah tangan. Ternyata tenaga lelaki lebih kuat dari tenaga perempuannya tapi itu tidak bermakna dia akan mengaku kalah. Apatah lagi pada lelaki tak normal seperti Nazrul itu.

“Lepaskanlah!” marahnya.

“Mengalah je la,” balas Nazrul pula tetap tidak mahu mengaku kalah.

“Jangan harap!” dengan sepenuh tenaganya Nurul menarik kuat batang payung dan tiba-tiba…

PRAK!

Akhirnya Nurul dapat payung dan Nazrul pula dapat batang payung. Kedua-duannya dapat bahagian masing-masing. Dengan kata lain, payung Nurul terpatah dua.

“Kan senang, masing-masing tak payah pegang payung,” jawab Nazrul selamba membuang batang payung di tangannya ke tepi jalan dan tanpa memperdulikan perasaan Nurul yang bercampur baur itu, dia meneruskan langkahnya.

“Mungkin aku patut cincang dagingnya lumat-lumat selepas ni,” sekali lagi Nurul mendengus marah. Payung di tangannya di buang ke tepi. Sakit hati saja kalau dia masih memegangnya.


Nurul mendongak memandang papan tanda di hadapannya. Di kelip-kelip matanya, barangkali tersalah lihat. Kemudian, selepas tidak puas hati dia menggosok-gosok kedua matanya pula untuk memastikan sesuatu. Bila dibuka matanya semula. Perkataan ‘Butik Sukan’ jelas terpampang di hadapan matanya. Betul matanya tak silap. Ini bukannya sekolah tapi sebuah butik yang menjual pakaian sukan khas untuk orang perempuan.

“Err… apa yang kita buat kat sini sebenarnya?” tanya Nurul pelik. Kemudian memandang Nazrul yang hanya tenang di sebelahnya. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku terhadap dirinya. Benarlah kata Ridzwan, tiada siapa yang dapat agak apa yang difikirkan oleh Nazrul dan bersedia sajalah kalau ada apa-apa yang berlaku nanti.

“Tukar baju,” jawab Nazrul pendek.

“Hah?”

“Tukar bajulah, pekak.”

“Aku tak pekak. Aku dengar kau kata tukar baju tapi kenapa pula nak tukar baju?!” sekali lagi darahnya seakan mahu menyirap naik. Marahnya tadi pun masih belum berkurangan lagi dan kini Nazrul paksa dia tukar baju.

“Takkanlah aku nak bawak kau pergi tengok perlawanan bola sepak dengan pakai baju sekolah kita. Dah tentulah orang lain dapat syak yang kita sebenarnya sedang mengintip perlawanan tu,” jawab Nazrul tenang.

Nurul mengedut dahi. Patutlah dia pelik melihat Nazrul hanya berpakaian baju t-shirt dan berseluar jean saja sejak muncul di bus stop tadi.

“Yang kau tak bagi tahu awal-awal kenapa?”

“Dah tahu nak mengintip, gunalah otak sikit.”

“Manalah aku tahu aku kena jadi pengintip hari ni,” balas Nurul. “Dan kalau aku tahu pun gerenti aku tak nak ikut! Aku nak balik!”

Belum sempat Nurul mengorak langkah pergi, Nazrul pantas menangkap tangannya dan ditariknya masuk ke dalam butik tersebut.

“Aku nak baliklah,” tengking Nurul marah. Memang dia pantang betul kalau ada orang memaksanya buat sesuatu kerja yang dia sendiri tidak suka. Dan apa yang dia paling marah adalah apabila tangannya di sentuh seseorang yang bukan muhrim. “Lepaslah tangan aku ni!” dia meronta cuba melepaskan tangannya dari genggaman Nazrul.

“Kalau aku lepaskan gerenti kau lari,” jawab Nazrul selamba sambil membelek-belek baju t-shirt sukan di dalam kedai itu. “Kau suka warna apa?”

“Lepaskan tangan aku.”

“Kau suka warna apa?” tanya Nazrul lagi.

“Lepaskan tangan aku dulu!”

“Kau suka warna apa?” tanya Nazrul lagi sambil terus menyelak sehelai demi sehelai baju yang bersangkut itu.

“Lepaskan tangan aku dulu dan aku akan jawab soalan kau tu.”

“Jawab dulu dan lepas tu baru aku lepaskan tangan kau,” Nazrul masih lagi tidak mahu mengalah.

“Okey, aku suka warna pink,” akhirnya Nurul terpaksa mengalah. “So, lepaskan tangan aku sekarang.”

“Okey,” tangan Nurul di lepaskan dan serentak dengan itu Nazrul menghulurkan baju t-shirt sukan berwarna biru kepada Nurul. Nurul terpinga-pinga. Rasanya dia baru saja kata dia suka warna pink dan bukannya warna biru tapi sekarang, Nazrul memberinya baju warna biru kepadannya. Adakah Nazrul ni buta warna?

“Err… ini warna biru,” kata Nurul.

“Aku tahu.”

“Tadi aku cakap aku suka warna pink.”

“Tapi aku suka warna biru,” jawab Nazrul pendek. Terkebil-kebil mata Nurul mendengar jawapan simple dari Nazrul. Tadi beriya-iya tanya dia suka warna apa dan setelah diberitahu, Nazrul memberinya baju warna biru dengan alasan lelaki itu suka warna biru? Normal ke tak normal sebenarnya Nazrul ni?

“Kan aku cakap aku suka warna pink,” sekali lagi pertengkaran berlaku.

“Kan aku cakap, aku suka warna biru,” balas Nazrul yang seperti biasa tidak mahu mengaku kalah.

“Lantaklah kau suka warna biru ke, warna hijau ke tapi sekarang ni aku suka warna pink. Kenapa pula aku perlu pakai warna baju yang kau suka?”

“Sebab aku suka warna biru,” jawab Nazrul dengan jawapan yang sama.

“Ah! Lantaklah! Kau pakailah baju biru ni, aku nak balik!” t-shirt biru yang diberi oleh Nazrul tadi di letak di tempatnya semula sebelum dia mengangkat kaki pergi jauh dari Nazrul. Mungkin sampai setakat ini sajalah dia ‘dating’ dengan Nazrul yang dianggap orang yang paling tidak normal didunia.

Tiba-tiba…

Crekkk…

Bunyi sehelai baju koyak! Dengan perlahan Nurul berpaling memandang tangannya yang cuba ditarik oleh Nazrul tapi malangnya, Nazrul tersilap tarik. Lengan baju kurang sekolahnya ditariknya sehingga terkoyak di bahagian bahu. Kalau terkoyak sedikit tu boleh lagi dia terima tapi masalahnya lengan bajunya sudah terlerai dari baju sekolahnya.

“Errkk…,” Nazrul tiba-tiba kaget. Matanya terkebil-kebil memandang helaian lengan baju Nurul yang sudah tercerai dari baju Nurul dan berada di dalam genggaman tangannya. Dia kemudiannya memandang wajah Nurul yang kelihatan merah. Sama ada menahan malu ataupun menahan marah. Rasanya dia tiada masa untuk meneka jawapan antara dua itu.

“Nazrul!!!!!!” jeritan Nurul kedengaran tidak lama selepas itu sehingga boleh menggegarkan kedai butik itu.

‘Okey, sah! Nurul sedang marah!’


Nurul yang lengkap berbaju t-shirt biru dan berseluar sukan (juga warna biru) sekali lagi mendengus marah. Masuk kali ini, sepanjang dia berjalan menuju ke Sekolah Haji Harun, dia asyik mendengus tidak puas hati. Tangannya memeluk tubuh. Mukanya masam mencuka manakala matanya asyik memandang tajam Nazrul yang dua langkah maju di depan. Paling sakit hatinya apabila mendengar siulan Nazrul yang berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi.

‘Mungkin lepas ni aku patut bagi anjing ratah tulangnya,’ detis hati Nurul yang hampir rentung dibuat oleh Nazrul hari ini. Lepas satu-satu yang berlaku. Kalau macam nilah selalu, pasti dia akan kena heart attack ataupun hatinya rosak kerana Nazrul.

“Dah sampai,” ujar Nazrul berhenti tiba-tiba di hadapan sebuah pagar sekolah.

Nurul dibelakangnya turut berhenti berjalan. Dia sendiri tidak menyedari ke mana kakinya melangkah. Mana tidaknya, sejak keluar dari butik sukan tadi, hatinya panas membara bila teringatkan peristiwa yang memalukan tadi. Bila hatinya dah panas, seluruh tubuhnya panas sehingga tubuhnya tidak dapat menumpukan perhatian dan mungkin sebab itulah kakinya hanya mengikuri langkah Nazrul. Dan kalaulah Nazrul tu pembunuh bersiri, mungkin sudah lama dia termasuk perangkap Nazrul tanpa di sedari.

Nurul memandang sekeliling. Pelik. Entah kenapa dia rasa dia macam pernah jejak saja ke sekolah itu. Persekitaran dan reka bentuk bangunan sekolah seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Malah bukan saja lihat tapi dia rasa macam pernah bersekolah di sekolah itu saja.

“Takkanlah,” terus dia berpatah balik melihat nama sekolah yang terlekat kemas di atas dinding batu bersebelahan pagar sekolah. SEK. MEN. KEB. SETIAWASIH. Setiawasih! Bukan ke ini sekolahnya dahulu sebelum dia berpindah rumah pada tahun lepas? Dan Haji Harun tu… pengetua sekolahnya dulu!

Serentak itu, Nurul menepuk dahinya. Ini sekolah lamanya!!

Kenapa aku boleh tak perasan ni?

5 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    agak2 saperlah yang selamatkan nurul tue...ratu , sambunglah lagi tak puas arr baca...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    alahaiii.. da habis ke??
    bile lg?? kene tggu kamis depan ker??
    aduhaii.. cepat yee.. best cite ni..
    rase mcm kembali ke zaman sekolah la plk...

  1. no-u berkata...:

    rasanya nazrul ler yang selamatkan nurul ...suka la peragainya pelik cikit

  1. Tanpa Nama berkata...:

    klaka la....penat control gelak hehe
    cpt2 smbg yeee ratu....

  1. RashHanie berkata...:

    adoi...pnat la duk gelak jer bce citer ni..suke la nazrul tuh..plik tp i like it!heheheh

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages