11: KATAKAN DENGAN INDAH

“No komen,” hanya itu jawapan yang diberikan oleh Farizat dan rakan-rakan yang lain mengenai hubungan Rezza dengan Nazrul. Puas juga Nurul bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Rezza dan Nazrul tapi tiada seorang pun yang mahu menjawabnya dengan jujur. Mereka seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu rahsia yang besar dari pengetahuannya.

Malah, apa yang lagi pelik, mereka semua kelihatan bersetongkol untuk memberi jawapan yang sama. Entah rahsia besar apa yang mereka simpan sehingga tiada sesiapa pun yang sanggup membuka mulut. Mungkin ada benarnya apa yang difikirnya selama ini, Rezza dan Nazrul adalah pasangan kekasih.

“Jangan fikir apa-apa lagi,” sebuah buku latihan hinggap di atas kepalanya membuatnya tersentak dari lamunan.

“Sakitlah!” Nurul mencebik marah kepada Sofea yang duduk di hadapannya. Gadis itu hanya menggeleng saja. Dia tahu apa yang sedang di fikir oleh kawannya itu, tak lain tak bukan mesti pasal hubungan Rezza dan Nazrul.

“Sudahlah tu. Aku dah cakap, diorang berdua tu adalah kawan baik sejak kecil lagi. Tak mustahillah diorang berdua tu rapat macam belangkas. Tak payahlah kau nak korek rahsia ni sampai ke lubang cacing. Cacing pun dah naik rimas kalau kau asyik nak ceroboh lubang dia,” kata Sofea.

“Tapi kalaulah diorang tu setakat kawan biasa saja kenapa aku tanya pemain bola sepak semua macam nak melarikan diri saja. Kau tak terfikir ke maybe diorang ada simpan rahsia besar yang hanya Kelab Bola Sepak saja yang tahu pasal benda ni,” balas Nurul cuba menyakinkan Sofea lagi.

“Semua orang ada rahsia, Nurul. Aku pun ada rahsia yang aku tak pernah bagitahu kau dan maybe kau pun ada rahsia yang takkan beritahu aku. So, tak de alasan la buat seseorang tu simpan rahsia.”

“Tapi rahsia ni rahsia besar-besaran. Semua orang dalam Kelab Bola Sepak tahu dan hanya aku seorang saja tak tahu. Kau boleh bayangkan tak macam mana aku nak terima kalau aku sebagai pengurus tak tahu apa masalah diorang?”

“Kalau diorang tak nak bagitahu kau redha je la. Bukannya masalah kau kalau diorang tak beritahu rahsia besar tu. Dahlah. Hentikan niat kau tu nak sebarkan gossip tentang Nazrul dan Rezza tu. Diorang tu kawan karib sejak kecil. Memang patut pun diorang tu berkawan rapat.”

“Aku tak kira. Kalau aku nak tahu, aku akan cari juga jawapannya. Tak kiralah walauapa pun yang berlaku!” tegas Nurul.

“Lantaklah. Yang penting aku tak nak masuk campur,” Sofea kembali mengadap buku-buku latihan di hadapannya tanpa memperdulikan Nurul yang sengaja mendera otaknya memikirkan hubungan Nazrul dan Rezza.

“Eh,” matanya terpandang kelibat seseorang yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolahnya itu.

“Kenapa?”


12 si charming:

  1. MaY_LiN berkata...:

    suspen..

  1. Tempe berkata...:

    saya rasa ada satu ayat perlu perbetulkan...

    'lambat laut'.. yg betulnya ialah lambat laun

  1. fiza berkata...:

    uisssshhhh
    betul2 suspen nih...
    xsabar nk th ending d...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    suspen...sapa "dia'?

  1. Tanpa Nama berkata...:

    suspen2...ni mesti ade satu lg watak yg x muncul2 lg ni...hukhukhuk

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazrul tu...ade due identiti ke?
    x faham btl aku!
    kompius....

  1. p.i.n.a.t berkata...:

    uish..
    sape 'dia' tu?
    ape kaitan 'dia' tu ngn nazrul?
    saspen..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    besh nyew..
    x saba nk taw nding dye..
    huhuhu..
    saspen2

  1. aqilah berkata...:

    aahlah cite ni, mmg buat akak konfius! tapi suka sgt!!!!!!!!!!!!!!!!! tak sbr nak bc new n3. walaupun akak dah bukan remaja tapi mak pd remaja, akak suka cite ni, ratu! all the best!!!

  1. NadiaHana berkata...:

    citer nie baru nk mula suspen yer..
    x pe kite tunggu n3 sterusnya.. ;)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ak rse nazrul de kembar....

  1. ayuSHAH berkata...:

    btul tu...tak pun dia tu bkn nazrul. tpi org lain...anyway best habis citer ni
    -ayuSHAH-

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages