Seseorang untuk Dinikahi: Bab 28


Ah, perfect!” ujar Arissa yang berpuas hati dengan hasil kerjanya. Dia memandang pelamin perkahwinan yang direkanya sendiri. Warna putih gabungan warna merah jambu menjadi pilihan hatinya. Sama seperti pelamin idamannya tetapi, ini bukan untuk perkahwinannya.
Dia mengeluh. Entah bila lagi dia boleh dapat memiliki pelamin sendiri. Bukan untuk perkahwinan orang lain tapi untuk perkahwinan dia sendiri. Cemburu betul bila terpaksa lihat orang lain bahagia dengan pasangan masing-masing.
Tiba-tiba lampu yang menerangi bilik itu terpadam. Dia langsung tidak nampak apa-apa. Suasana di sekelilingnya gelap sehingga satu benda pun dia tidak nampak.

Siapa yang tutup lampu ni?” marah Arissa.
Senyap. Langsung tiada yang menyahut soalannya tadi. Bukan sahaja suara orang tidak kedengaran malah tiada satu pun bunyi kedengaran. Pelik. Setahunya, ada beberapa orang sedang menyusun kerusi dan meja di situ tadi tapi tiba-tiba mereka macam lesap.
Ada sesiapa di sini tak?” tanya Arissa.
Tiada balasan. Suasana masih sunyi seperti tadi.
Okey, aku dah takut sekarang. Jadi, kau orang bolehlah buka lampu semula sebab hari ini bukan Hari Menyelamat Bumi Sedunia dengan cara memadamkan lampu. Jadi, buka lampu sekarang!” arah Arissa.
Serentak itu satu cahaya muncul menyuluh ke arahnya sekali gus membuatkan Arissa terkejut. Dia mengeluh.
Terima kasih kerana ikut arahan aku. Tapi, aku tak minta kau orang buka lampu dengan menyuluh ke arah aku sebab aku tak pandai menyanyi atau buat persembahan badut. Buka semua lampu sekarang!” arah Arissa lagi.
Satu lagi lampu dibuka. Kali ini lampu yang sama tapi disuluh ke arah bertentangan dengannya. Sekali lagi Arissa mengeluh. Memang orang yang menjaga penyata lampu ini sengaja hendak kenakan dia. Kalau dia dapat orang itu memang lumat dikerjakannya!
Arissa,” panggil seseorang.
Arissa memandang sekeliling. Tiada sesiapa yang dia nampak. Semuanya gelap-gelita.
Arissa,” panggil suara itu lagi.
Bulu roma Arissa mula meremang tinggi. Seram sejuk seluruh badannya. Dia masih memandang kiri dan kanan tapi dia tidak nampak walau seorang pun manusia di sekelilingnya. Pelik. Kemudian, dia memandang atas. Mana tahu, orang yang memanggilnya sedang bertembangan di atas kerana tiada kaki untuk mendarat. Juga tiada. Lalu dia memandang ke bawah.
Ah!” terkejut Arissa apabila melihat seorang lelaki melutut di hadapannya. “Kau siapa?”
Arissa, will you marry me?” ujar lelaki yang tidak dikenali itu sambil memegang sebentuk cincin berlian yang bersilauan.
Hah?” Dia terkejut seketika. Hanya seketika selepas mendapati betapa romantiknya lelaki itu mengajaknya berkahwin. Dia mengamati muka lelaki itu. Wajah yang sangat biasa dilihat tapi dia tidak pasti di mana.
Will you marry me?” tanya lelaki itu lagi.
Err… tentulah!” pantas Arissa bersetuju. Lantas juga dia menghulurkan tangannya untuk menerima cincin itu.
Cincin tu… cincin apa?” tanya lelaki itu terkejut apabila melihat ada satu cincin di jarinya.
Hah?” Baru Arissa perasan. Cincin tunangnya dahulu masih boleh belum ditinggalkan!
Jadi, awak dah bertunang?” tanya lelaki nampak kecewa.
Err… tak. Ini salah faham. Saya boleh terangkan. Memang saya dah bertunang tapi…” Arissa cuba menerangkan hal yang sebenar tetapi semakin dia cuba terangkan, lelaki itu semakin jauh daripadanya dan hilang dari pandangannya.
Arissa tersentak dan terus terjaga dari mimpinya. Berpeluh-peluh tubuh badannya ketika dia sedar. Umpama macam mimpi hantu kejarnya pun ada. Tapi itu pun dikategorikan mimpi yang ngeri.
Dia mengeluh. Cincin tunang di jarinya dipandang. Sejak dua tahun ini, sudah pelbagai usaha untuk keluarkan cincin itu dari jarinya tetapi semuanya tidak berjaya. Jalan terakhir, dia perlu kuruskan badan. Sudah hampir setahun lebih dia diet tapi masih lagi tidak berjaya. Cincin itu masih lagi degil dan tidak mahu tinggalkan jarinya.
Kalau macam ni, sampai bila pun tak ada orang berani nak melamar aku,” keluhnya sambil mengingati kembali mimpi tadi. “Tapi, orang tu… macam kenal. Ah, bukan ke itu Gary yang dalam rancangan Running Man? Apa hal pula dia masuk mimpi aku? Dan dia reti cakap Melayu?” berkerut dahi Arissa memikirkan kaitan Gary dengan hidupnya.
Ah, sangat tak relevan!”

***


Ah, mimpi malam tadi memang menakutkan,” keluh Arissa sambil menguap kepenatan. Tidurnya jadi tidak lena disebabkan mimpi ngeri malam tadi. Semuanya kerana cincin tunang dijarinya itu.
Wahai cincin ajaib, kenapalah kau masih berada di jari aku? Tuan kau dah lama tinggalkan aku. Sepatutnya, bila tuan kau dah tinggalkan aku, tak ada gunanya lagi kau tinggal di jari akukan? Dan lagi, bila kau ada dekat jari aku, dah tentu-tentulah tiada lelaki nak kahwin dengan aku seumur hidup. Jadi, apa kata kalau kau tinggalkan jari aku ni?” tanya Arissa kepada cincin di jari manisnya.
Kemudian dia cuba menarik cincin itu keluar tetapi tidak berjaya. Sekali lagi dia mengeluh lemah. Pelik. Mula-mula dia ingat cincin itu tidak dapat ditarik keluar hanya sebab dia gemuk. Selama setahun lebih dia berusaha untuk turunkan berat badan. Bila berat badannya sudah susut, cincin itu masih sukar ditarik keluar.
Kau memang degil. Sama macam tuan kau,” ujarnya lagi. “Ah, tiada gunanya bercakap dengan cincin ajaib yang tak bernyawa. Aku patut fikirkan rancangan seterusnya. Kalau kuruskan badan tak berjaya nak keluarkan cincin ni... mungkin aku patut... laksanakan pelan B iaitu... kerat jari ni...!!”
Sekali lagi dia mengeluh.
Aku tak segila tu. Ah, sudahlah. Mimpi hanyalah mainan tidur. Jadi, aku tak perlu jadi gila macam ni memikirkan pasal mimpi tu. Orang kata, kadangkala mimpi tu terbalik. Kalau macam tu, mungkin mimpi tu nak beritahu aku yang aku akan jumpa lelaki yang mencintai aku sepenuh hati? Hah! Tak salah lagi. Mungkin lelaki tu ada keupayaan menarik cincin ni keluar dari jari aku? Sama macam cerita dongeng. Ahhh... kalau betullah. Tak sabarnya nak tunggu seseorang yang dapat tarik cincin ni dari jari aku!” ujar Arissa melayan dirinya sendiri sehingga dia tidak sedar yang dia sudah menarik cincin itu dari jari manisnya.
Eee?” Dia mula perasan tangan kirinya memegang sebentuk cincin. Berkelip-kelip matanya memandang cincin di tangannya itu. Entah macam mana pula cincin itu berada di tangannya.
Macam pernah tengok,” katanya sambil mengamati cincin itu. Tidak lama kemudian, dia teringat sesuatu. Lantas dia melihat jari manisnya. “Tiada,” ujarnya yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Ini bermakna... Yes! Aku dah bebas!” soraknya keseronokkan tanpa mempedulikan orang-orang di sekelilingnya. Lantak. Biarlah mereka lihat dia melompat-lompat seperti orang gila. Perasaan ini, hanya dia yang memahaminya.
Mungkin aku patut potong rambut dan shopping baju baru. Ubah penampilan dan dapatkan mood baru supaya dapat bercinta lagi. Ah... lamanya tak bercinta!” tambah Arissa lagi sambil mengorak langkah. Seingat dia, di hadapan sana ada sebuah salon rambut.
Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, tiba-tiba ada seseorang dari belakang merempuhnya. Nasib baik dia sempat mengimbangi badannya daripada terjatuh tetapi malangnya pula, sebaik dia dapat mengimbangi badannya, cincin itu terjatuh dari pegangannya.
Cincin ajaib...” dia hanya dapat melihat cincin itu bergolek-golek sebelum jatuh ke dalam longkang. “Hei!” jeritnya kepada orang yang melanggarnya tadi.
Sorry!” lelaki yang melanggarnya tadi hanya mengucapkan maaf dan berlalu pergi dengan tergesa-gesa.
Macam tu je?” ujar Arissa yang tidak puas hati.
Hendak sahaja dia mengejar lelaki itu tetapi bila difikir kembali, lebih baik dia tumpukan pada perkara yang penting sekarang. Mengejar orang yang melarikan diri memang langsung tiada faedah. Tiada gunanya berpaling ke belakang. Pandang ke hadapan. Sekarang, dia perlu fikirkan bagaimana hendak mengambil cincin yang terjatuh ke dalam longkang yang tertutup dengan batu yang berat itu.
Ah, nasib baik tak ada air longkang,” ujar Arissa sambil mengintai daripada lubang kecil di antara penutup longkang itu. Dengan sepenuh tenaga yang ada dia cuba menarik penutup longkang itu tanpa menghiraukan orang-orang sekeliling yang melihatnya dengan pandangan yang pelik. Namun, biarpun dia menggunakan semua tenaganya, dia tetap tidak dapat menarik batu itu walau seinci pun.
Sekarang, baru aku rasa macam nak cari boyfriend yang ada super power macam superman,” ujarnya sendirian sambil cuba menarik batu itu lagi. Sekali lagi dia tidak berjaya.
Cik, cik tak apa-apa ke?” tanya satu suara tiba-tiba menyapa.
Kalau awak berjaya ambil cincin tunang saya dalam lubang longkang ni, saya akan jawab, 'saya tak apa-apa'. Sekarang, tolong saya cepat,” ujar Arissa tanpa memandang orang yang bertanya itu.
Tanpa berkata apa-apa, orang itu segera melutut di hadapan Arissa dan dengan sepenuh tenaga, dia mengangkat penutup longkang yang berat itu. Selepas melihat orang itu berjaya mengalihkan sedikit penutup longkang itu, Arissa lantas menghulurkan tangannya mencapai cincinnya.
Wah, awak memang hebat. Terima kasih. Sekarang, saya tak apa-apa,” jawab Arissa sambil mengukir senyuman.
Lain kali hati-hati. Bukan ke cincin tunang tu barang yang penting. Nanti apa pula kata tunang awak,” ujar lelaki itu sambil meletakkan penutup longkang itu kembali.
Bekas tunang,” Arissa memperbetulkan gelaran itu.
Oh...,” lelaki itu kelihatan tidak faham tetapi berbuat faham dengan mengangguk kepala. “Tak sangka awak masih simpan....”
Panjang ceritanya. Cincin ni tersangkut dekat jari saya dekat setahun lebih dan hari ni baru saya dapat tanggalkan. Itupun selepas saya gertak nak potong jari ni. Tak sangka, bila kena gertak barulah cincin ni nak keluar dari jari saya,” ujar Arissa menerangkan secara ringkas.
Lelaki itu mengangguk lagi.
Ahh, saya lupa. Saya nak ke salon sekarang dan shopping baju baru. Terima kasih kerana tolong saya.”
Nanti!” suara itu membuatkan kaki Arissa berhenti melangkah.
Kenapa?” tanya Arissa.
Saya nak nombor telefon awak,” ujar lelaki itu sambil mengeluarkan Iphone dari poket seluarnya.
Oh ya... macam mana saya boleh lupa. Dulu, pantang ada lelaki handsome yang saya jumpa pasti saya akan minta nombor telefon dia. Nampaknya, hidup dengan sumpahan cincin ajaib ni buat saya lupa nak berinteraksi dengan lelaki,” ujar Arissa sambil mengambil Iphone lelaki itu. Serentak itu juga dia menghulurkan handsetnya kepada lelaki itu menandakan dia juga ingin nombor telefon lelaki itu.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
Nanti!” ujarnya serta-merta membuatkan lelaki itu kaget.
Awak minta nombor telefon saya?”
Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk.
Okey... bertenang...,” ujar Arissa sambil mengawal pernafasannya. Dia cuba bertenang dan berfikir secara rasional. Tapi lagi dia fikir, lagi buatkan dia rasa tidak stabil. Akhirnya...
Habislah!!!” Lantas kakinya memecut laju meninggalkan lelaki itu tanpa memulangkan Iphone di tangannya itu.

***

Tadi, aku telefon Nazwan,” ujar Luqman mula menutur kata.
Dia sihat?” tanya Sarah.
Mungkin,” jawab Luqman sepatah.
Apa apa-apa berlaku ke?”
Dia dah break up dengan Asha,” ujar Luqman.
Bila?”
Bulan lepas.”
Sarah menghela nafas panjang. Berita itu sedikit pun tidak mengejutkannya. Dia tahu sangat dengan perangai sepupunya itu. Mana cukup dengan seorang lelaki. Kalau boleh hendak keliling pinggang. Sudah banyak kali dia suruh Luqman beri amaran kepada Nazwan supaya suruh berhati-hati tapi masing-masing tidak mahu mendengar nasihatnya. Sekarang, tanggung sendiri.
Nazwan pun satu hal. Dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini, Asha juga yang dia pilih. Waktu mula-mula mereka isyiharkan mereka pasangan kekasih memang dia terkejut dengan pilihan Nazwan.
Jadi, dia nak balik sini?” tanya Sarah.
Tak. Dia kata, tak ada sebab kenapa dia nak balik Malaysia lagi,” ujar Luqman.
Dia ada tanya tentang Arissa?” tanya Sarah.
Geleng.
Jadi, dia betul-betul dah lupakan Arissa di sini?”
Rasanya tak. Mungkin dia tak nak sebut pasal Arissa sebab tak nak Arissa tiba-tiba muncul di hatinya seperti mana kita sebut pasal Arissa dan Arissa muncul di depan kita sekarang,” ujar Luqman apabila melihat kelibat Arissa dari luar lagi berlari masuk ke dalam restorannya.
Kenapa dengan kau ni?” tanya Sarah apabila Arissa berhenti di hadapannya dengan nafas kepenatan. Macam baru sahaja berlari berpuluh-puluh batu sahaja lagaknya.
Kau takkan percaya dengan apa yang dah berlaku tadi,” ujar Arissa mencapai secawan air kosong yang dihulur oleh Luqman tadi.
Kalau kau cerita memang aku akan percaya,” balas Sarah.
Okey, masa aku tengah jalan-jalan memikirkan masalah masa depan aku yang akan datang, tiba-tiba aku dapat tarik cincin ni,” ujar Arissa sambil menarik keluar cincin di jari manisnya.
Dah boleh tanggal?” ujar Sarah seakan tidak percaya.
Yup. Itupun selepas aku gertak dia supaya tanggalkan tangan aku atau aku kerat jari aku,” ujar Arissa acuh tidak acuh. “Tapi, itu bukan cerita utama. Selepas aku tanggalkan cincin ni, tiba-tiba ada orang yang entah datang dari dunia mana, rempuh aku dari belakang dan menyebabkan aku terlepas cincin ni dan jatuh ke dalam longkang. Nasib baiklah longkang tu tak ada air. Tapi, masih lagi… sangat cis!”
Kau tak apa-apa?” tanya Sarah.
Jangan risaukan aku. Lepas tu, datang seorang jejaka kacak tolong aku ambilkan cincin ni. Sangat romantik! Dan lepas tu, ada sesuatu yang luar biasa dia buat sampai aku terkejut. Cuba teka!”
Dia sarungkan cincin tu pada jari kau dan ajak kau kahwin?” teka Luqman.
Salah. Dia minta nombor telefon aku!” ujar Arissa dengan gembira sambil melompat-lompat dengan penuh teruja.
Hah?” serentak Sarah dan Luqman bersuara.
Kenapa kau orang tak terkejut?”
Lelaki minta nombor telefon perempuan bukan satu yang luar biasa,” ujar Luqman.
Tapi luar biasa bagi aku. Selama ini tak ada seorang lelaki pun yang berani minta nombor telefon aku dan dialah orang pertama yang berbuat demikian.”
Habis tu, peminat-peminat kau yang datang sini tu tak pernah minta nombor telefon kau?” tanya Luqman.
Dia orang tak layan telefon tapi dia orang layan LINE, Watsupp dan sekutu dengannya,” ujar Arissa.
Jadi, kau bagi?” tanya Sarah pula.
Tiba-tiba Arissa menarik muka masam SAtu keluhan kedengaran.
Pada mulanya… sebelum aku buat sesuatu yang memalukan.”
Apa kau dah buat?”
Disebabkan terlalu terkejut dan teruja, aku bagi handset aku dan dia bagi handset dia untuk kita saling bertukar nombor telefon tapi malangnya aku terambil telefon dia…,” ujar Arissa sambil menunjukkan Iphone di tangannya.
Hah?” Sarah bagaikan tidak percaya apa yang didengarnya. Ini bukan satu rekaan kerana dia tahu, itu bukan handset Arissa.
Tindakan di luar sedar,” keluh Arissa. Tidak pasal-pasal dia sudah jadi pencuri.
Tiba-tiba Iphone di tangannya itu berbunyi. Ada satu panggilan masuk. Arissa melihat nombor yang tertera di skrin Iphone itu. Macam kenal. Dia pernah tengok nombor telefon itu sebelum ini.
Wahhh…,” sekali lagi dia terkejut. “Ini nombor telefon handset aku! Habislah. Habislah! Dia call!” ujar Arissa meletakkan Iphone di tangannya itu di atas meja.
Bertenang,” arah Sarah.
Sarah, kau kena tolong aku. Beritahu dia, aku tak sengaja. Aku bukannya pencuri!”
Luqman hanya menggeleng. Kalau tadi restorannya memang sunyi tapi setiap kali Arissa datang, kecoh jadinya.

***

Arissa menarik muncung. Wajahnya masam mencuka. Pelik. Baru sebentar tadi dia lihat Arissa berbual mesra dengan lelaki yang mendapat gelaran Mr. Iphone yang menjadi mangsa keterujaan Arissa sehingga melarikan Iphone lelaki itu.
Orangnya boleh tahan. Nampak macam bukan calang-calang orang. Segak dan bergaya. Walaupun tidaklah sehandsome Lee Min Ho tapi disebabkan orangnya pandai mengurus diri dan berpakaian segak, tetap nampak maco dan kacak.
Arissa pula nampak gembira ketika berbual dengan lelaki itu. Mereka berbual agak lama. Lebih satu jam. Satu perkembangan yang baik. Lagipun sudah lama dia tidak melihat Arissa begitu. Macam ada ura-ura musim cinta berbunga lagi.
Tapi, selepas lelaki itu pergi, Arissa menarik muka masam. Baru sahaja dia ingin mengusik. Bila tengok muka masam begitu, terus terbantut hasratnya.
Aik, tadi bukan main seronok. Kenapa tiba-tiba tarik muka masam?” tanya Sarah.
Dia dah kahwin,” keluh Arissa.
Oh,” tidak terkata-kata Sarah dibuatnya. Memang patut pun Arissa monyok semacam. “Habis tu, apa yang kau orang bualkan sampai lama sangat?”
Dia perlukan khidmat aku sebenarnya.”
Khidmat apa pula?”
Dia minta aku buat donut sempena hari jadi anak dia.”
Donut? Mana dia tahu kau buat donut?”
Mestilah dia tahu. Bukan ke setiap hari Jumaat aku akan sedekah donut pada orang yang makan dekat restoran kau ni?”
Okey... tapi kenapa aku rasa aku tak pernah jumpa dia?”
Sebab dia tak makan di sini. Selalunya setiausaha dia yang akan beli makanan untuk dia.”
Oh patutlah, baru aku teringat. Ada orang bertanya pasal donut kau dan dia nak buat tempahan tapi aku tak berani bagi nombor telefon kau pada sesiapa... tapi macam mana dia tahu yang donut tu kau yang buat?”
Dia upah penyiasat.”
Hah?”
Aku tahu, ini kerja gila dia,” keluh Arissa yang sendiri terkejut dengan pengakuan lelaki itu tapi memandangkan lelaki itu sudah mengaku dan memberitahu tujuannya, kes ditutup serta merta.
Sampai macam tu sekali?”
Dia sangat sayangkan anak dia. Dia kata, demi anak, dia sanggup buat apa saja walaupun upah penyiasat untuk cari pembuat donut,” ujarnya masih lagi tidak percaya.
Jadi, kau terima?”
Mestilah. Aku kesian dengan anak dia. Anak dia hantu donut. Kali ni anak dia tak nak kek tapi nak donut. Donut yang besar! Huh, nasib baiklah aku ni penganggur terhormat. Ada juga masa nak praktis buat donut besar.”
Mungkin kau patut buka kedai donut,” cadang Sarah.
Aku belum puas hidup sebagai penganggur terhormat. Lagipun daripada pening kepala buka kedai, lebih baik aku buat dan makan sendiri. Puas hati!” ujar Arissa dengan penuh semangat. “Ah, banyak benda yang kena buat hari ni. Aku kena balik sekarang.”
Hati-hati,” ujar Sarah sebelum Arissa meninggalkan restorannya itu.
Arissa dah balik?” tanya Luqman yang datang dari bahagian dapur restoran.
Dah. Kenapa?” tanya Sarah.
Tak ada apa,” jawab Luqman acuh tidak acuh. Sarah mengerut dahi. Dia kenal Luqman bukannya sehari dua. Lihat gaya Luqman pun dia sudah tahu, pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh teman lelakinya itu.
Ada apa-apa yang tak kena ke?” tanya Sarah.
Mmm… nenek nak jumpa kita berdua esok pagi,” beritahu Luqman. “Mustahak.”
Berdebar-debar jantung Sarah tatkala mendengar nama nenek disebut.

***


Nazwan,” sapa seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an di hadapan pintu.
Pak Cik Nazri. Adik kepada arwah papanya. Selama dua tahun dia membawa diri ke UK, lelaki itulah yang banyak menolongnya dari segi tempat tinggal, kewangan sehinggalah pelajarannya.
Kenapa?” tanya Nazwan.
Ada orang nak jumpa,” ujar pak ciknya.
Siapa?”
Pak Cik Nazri mengangkat bahu. “Tapi orang kita.”
Lima minit,” jawabnya sambil menutup laptopnya. Kemudian, dia segera berlalu ke luar. Hari ini, gim milik pak ciknya itu meriah dengan pelanggan-pelanggan tetapnya. Kebanyakkan mereka adalah orang situ. Sepanjang dia bekerja part time di situ, memang payah hendak jumpa orang Melayu. Kalau ada pun seorang dua yang belajar di area situ.
Sana,” kata pak ciknya sambil menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berjoging di tramnell.
Nazwan terus berlalu menghampiri lelaki itu. Tengok gaya dari belakang, dia sudah tahu itu lelaki Melayu. Tapi dia tidak dapat mengecam orangnya. Malahan, boleh dikatakan kawan lelaki Melayu yang dia kenal di situ boleh dikira dengan jari.
Kau nak jumpa aku?” tanya Nazwan menyapa.
Yup,” lelaki itu bersuara sambil memperlahankan treadmill dan berpaling.
Zakri?” terkejut Nazwan melihat orang yang dikenalinya di situ. Walaupun sudah lama dia tidak berjumpa Zakri tetapi dia masih kenal wajah itu.
Yup,” jawab Zakri turun dari treadmill. “Apa khabar?”
Baik. Kau?”
Tak baik,” jawab Zakri serius. Belum sempat Nazwan hendak berkata-kata, satu tumpukan padu hinggap di pipinya. Dia hampir terjatuh kerana tumbukan itu tetapi mujurlah dia lantas imbangkan diri.
Sekarang, dah baik,” ujar Zakri menghela nafas panjang. Puas hatinya. “Auu... kenapa pipi kau macam batu kerasnya?” keluh Zakri yang tidak dapat menahan rasa sakit pada tangannya.

***


Kenapa tu?” tanya Pak Cik Nazri yang risau dengan anak buahnya itu. Sepanjang dia buka gim itu, tidak pernah lagi dia melihat orang bergaduh. Apatah lagi yang jadi mangsa tumbuk itu adalah anak buahnya.
Okey, dia kawan lama,” ujar Nazwan sebelum berlalu menghampiri Zakri di bilik rehat. “Untuk kau,” ujarnya sambil memberikan kantung yang berisi ais di dalamnya.
Ah, lega...” keluh Zakri apabila meletakkan kantung itu pada tangannya.
Kau datang sini sebab nak tumbuk aku je?” tanya Nazwan yang masih lagi terasa sakit pada pipi dan mulutnya. Nasib baiklah Zakri hanya pelumba basikal, kalau peninju handalan mungkin sudah rongak satu giginya.
Yup,” jawab Zakri tidak berselindung lagi.
Sebab Arissa?” tanya Nazwan lagi.
Zakri mengangguk.
Bukan ke kau tak de apa-apa hubungan dengan dia lagi?” soal Nazwan kurang faham. Dia masih ingat lagi Arissa beritahu dia sudah tiada apa-apa dengan Zakri. “Dan aku dengar kau dah kahwin.”
Dan dah ada anak,” tambah Zakri.
Jadi, apa masalahnya?”
Masalahnya dah lama aku nak tumbuk kau.”
Kenapa?”
Kau masih tanya kenapa?” soal Zakri kembali.
Aku tak tahu sebab tulah aku tanya.”
Kau tak tahu atau pura-pura tak tahu?” tanya Zakri lagi.
Nazwan mengangkat bahu. Dia memang tidak tahu apa yang hendak dikatakan oleh Zakri. Lagipun, setahunya dia tidak bermusuhan dengan Zakri. Dia kenal Zakri daripada Arissa. Itupun sebab Zakri kekasih Arissa dahulu sebelum Zakri keluar negara. Selebihnya, dia tidak tahu apa-apa.
Aku tak faham kenapa kau tinggalkan Arissa,” ujar Zakri tidak puas hati.
Kini baru Nazwan faham. Ini mesti pasal Arissa.
Bukan ke kau dah kahwin dan dah ada anak. Dan jangan lupa, kau pun pernah tinggalkan dia,” ujar Nazwan tidak mahu mengaku kalah.
Aku pernah lamar dia,” akui Zakri.
Apa?” terkejut Nazwan mendengarnya.
Aku tahu, masa tu terlampau awal untuk jadikan dia sebagai isteri aku tapi serius, aku tak boleh nak lepaskan dia bila aku terima tawaran belajar di sini,” terang Zakri. “Tapi dia tolak lamaran aku semata-mata kerana kau.”
Arissa tak pernah cerita...”
Kalau kau harap dia cerita, sampai bila pun dia takkan cerita,” potong Zakri cuba menahan kemarahannya. “Sampai bila pun kau takkan tahu apa yang dia lalui selepas teman wanita kau meninggal dunia.”
Apa maksud kau?” tanya Nazwan.

***


Nazwan membuka lampu biliknya sebaik sahaja melangkah ke dalam. Beg sandangnya di letak di tepi katil bujangnya. Perlahan-lahan dia berlalu duduk di tepi katil. Kata-kata Zakri tadi masih bermain di fikirannya.
Aku sukakan dia sebab dia seorang berterus-terang bila berhadapan dengan soal cinta. Dia berani luahkan rasa cintanya. Pada mulanya, aku memang sudah sedia maklum dengan perangai dia. Ramai kawan-kawan aku pun banyak kali nasihatkan aku supaya jauhkan diri daripada Arissa sebab dia playgirl. Mereka tak nak aku jadi macam mangsa dia seterusnya. Aku sedar, semua tu tapi semakin aku kenal dia, dia dah buat aku jatuh cinta. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar hubungan kami. Tapi semua itu bertukar apabila teman wanita kau meninggal dunia.
Aku tak faham, kenapa kau nak rahsiakan daripada Arissa pasal apa yang Sarah dah buat. Kau tahu tak, betapa sedihnya dia bila dia dapat tahu Natasya meninggal tanpa mengetahui hal yang sebenar?”
Arissa tahu?” tanya Nazwan terkejut apabila Zakri juga tahu hal itu.
Kami terdengar perbualan kau orang di hospital pagi tu,” terang Zakri.
Sekali lagi Nazwan terkejut. Jadi, selama ini Arissa tahu apa yang dirahsiakan dan tahu juga Sarah cuba melaga-lagakan dia dengan Natasya. Jadi, Arissa hanya berpura-pura tidak tahu semasa dia beritahu hal itu semasa di Cameron Highland?
Aku cuma nak lindungi dia... aku tak nak dia risau.”
Tapi hakikatnya dia risau. Walaupun kau tak beritahu dia tapi dia tetap risaukan kau dan kawan-kawan dia. Cuba kau ingat balik, apa yang berlaku selepas Natasya meninggal?”
Nazwan mengangkat bahu. Ingatannya masih elok lagi. Setahunya memang tiada apa-apa yang berlaku. Mereka meneruskan hidup seperti biasa.
Memang patut pun kau tak tahu sebab kau tak pernah peduli dengan Arissa. Aku perasan, kau, Luqman dan Sarah jarang bersama. Masing-masing bawa hal sendiri. Itu yang buat Arissa tak senang duduk. Dia cuba rapatkan kau orang bertiga dan anggap kematian Natasya tu macam tak pernah berlaku. Dia banyak habiskan masa untuk pastikan kau orang semua berbaik seperti dulu. Rasanya tak ada seorang pun yang perasan semua ni.”
Ketika itu, barulah dia tersedar. Memang betul. Selepas kematian Natasya, dia seakan hilang arah. Begitu juga dengan Luqman dan Sarah. Berminggu-minggu rasanya dia tidak bercakap dengan Luqman mahupun Sarah. Pada masa itu, Arissa sentiasa berada di sisinya.
Lama kelamaan, barulah dia boleh berbual seperti biasa dengan Luqman dan kemudian Sarah. Pada masa itu, barulah dia memaafkan Sarah sepenuhnya dan meminta mereka melupakan apa yang sudah berlaku. Sejak itu, mereka kembali seperti biasa.
Namun, dia langsung tidak sedar, ada seseorang yang bertanggungjawab merapatkan jurang antara mereka.
Waktu tu kami banyak bergaduh. Aku cemburu sebab dia lebih penting kau dan kawan-kawan dia. Kami pernah putus banyak kali tapi rasanya tak ada seorang daripada kau orang yang tahu. Bila aku terima tawaran belajar di sini, aku cuba nak ikat dia sebab tulah aku lamar dia tapi dia tolak mentah-mentah. Jadi, aku bagi dia pilihan terakhir, Nazwan atau aku yang dia pilih. Dia pilih kau dan hubungan kami berakhir macam tu saja,” terang Zakri panjang lebar.
Serius, aku tak tahu...”
Kalau kau tahu, kau nak buat apa?” tanya Zakri. “Baru-baru ni aku dapat tahu yang dia dah bertunang dengan kau tapi kau pula lari ke sini dan tinggalkan dia.”
Nazwan tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi. Dia terus hilang kata-kata. Sudah lebih dua tahun, hari ini baru dia tahu pengorbanan Arissa terhadapnya.
Arissa bukan tak matang tapi kita yang diperbodohkan olehnya sejak awal lagi,” ujar Zakri sebelum menamatkan perbualan itu.
Kata-kata Zakri itulah yang mengganggu fikirannya sehingga dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya dia meminta untuk pulang ke rumah. Nasib baiklah pak ciknya mengerti.
Nazwan mencapai handsetnya. Gambar terakhir Arissa yang diterimanya ditatapnya. Itulah satu-satunya gambar Arissa yang ada dalam handsetnya. Tiba-tiba dia jadi sebak apabila melihat gambar Arissa yang tersenyum sambil menunjukkan cincin di jari. Dia langsung terlupa bahawa dia sudah ditunangkan dengan Arissa.
Entah apa yang terjadi pada Arissa selepas dia tinggal Malaysia? Dia langsung tidak pernah menghubungi Arissa. Sengaja tidak mahu menghubungi kerana dia tidak mahu Arissa menaruh harapan terhadapnya lagi. Semasa dia dapat tahu papa Arissa meninggal dunia pun dia tak cuba hubungi Arissa. Dia dapat tahu pun beberapa bulan kemudian. Masa itu dia tengah sibuk dengan peperiksaan di universiti.
Luqman pula tidak banyak cerita tentang Arissa. Boleh dikira berapa kali nama Arissa disebut semasa mereka chat. Dia juga tidak pernah bertanya tentang Arissa pada Luqman kerana dia tahu Luqman memang anti dengan nama Arissa. Tapi perbualan petang tadi... dia dapat rasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya.
Dia okey.
Hanya itu jawapan Luqman. Buatnya tidak puas hati. Lantas dia membuka laptopnya. Terus dia membuka Facebook dan menaip di bahagian mesej.
Aku akan balik Malaysia minggu depan. - Nazwan
Terus dia tekan butang 'post' menghantar mesej itu kepada Luqman. Selama ini dia teragak-agak hendak pulang ke Malaysia. Baginya, tiada sebab untuknya ke sana lagi tapi hari ini, dia menjumpai sebab itu.
Semuanya kerana Arissa. Dia berharap masih sempat lagi untuknya memperbaiki keadaan.

****************


Pesanan dari meja penulis
Huh, (tarik nafas dan hembus perlahan-lahan).
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi membaca Seseorang untuk Dinikahi. Walaupun saya tak selalu update tapi SuD ini tetap ditunggu-tunggu. Ini membuatkan rasa rasa terharu sangat.
Tapi, ada berita yang mungkin kurang anda sukai...
Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, ini adalah bab terakhir di blog. Hal ini kerana saya manuksrip SuD sudah hampir siap dan saya akan serahkan kepada penerbit untuk penilaian. Namun, saya tidak pasti sama ada bila SuD akan diterbitkan kerana ini bukan di bawah kuasa saya. Apa pun saya harap SuD diterima penerbit dan diterbitkan secepat mungkin.
Selepas SuD, blog ini mungkin akan sunyi kerana saya akan masuk ke dalam gua untuk perah idea untuk manuskrip seterusnya. Bagi yang merindui SuD, anda boleh ke group saya kerana saya akan letak sedikit demi sedikit teaser SuD yang tak disiarkan di blog.
Akhir kata, terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda dan semoga kita berjumpa lagi dengan manuskrip baru dengan idea yang lagi baru ^_^
Senyum selalu,
Ratu Bulan | Nurfa

22 si charming:

  1. IzZ berkata...:

    waa,,,,sedihhhh,,betul2 xboleh judge org pny luaran je..fuhhh..TQ cik ratu..akan menanti dgn sabar..heheh

  1. Tanpa Nama berkata...:

    berharap sgt arissa bertemu jodoh dgn org lain,bukan NAZWAN
    tak sabar nak baca novel SUD....update cpt2 cik penulis kalau dah publish nnt.....:)

  1. Unknown berkata...:

    sedeyny.......cian kat arissa....kenapa la si nazwan tu buta terhadap arissa.....apa2 pn gudluck kepada penulis kerana berjaya menulis satu cerita yang sgt menarik.....cerita yg sgt touching....hehehe.....akan menanti dalam bentk cetak.....goodluck

  1. rockheart berkata...:

    Waaaa rindu ngn arisa... X sbrnye.... Cik ratu ur novel best.... Xsbr nk peluk bukunya....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    saya akan beli novel ni kalau dh keluar nnti!!!!!!!saya PASTI beli

  1. Tanpa Nama berkata...:

    arissa ni walaupun tak digambarkan menangis melalui perkataan...tapi yg membaca ttp menangis mengenang nasib arissa...syabas penulis sbb berjaya buat kita terasa kesedihan arissa.
    gud luck utk SUD versi novel, tak sabar nak bca habis.

  1. IVORYGINGER berkata...:

    ah Nazwan mmg bodoh n buta... boleh plak dia couple dgn Asya pd hakikat dia dah btunand dgn Arissa. Lps tu publish kat fb plak gmbr depa 2. tak terfikir perasaan Arissa y msh bgelr tunang. Segalanya dah terlambat, Arissa harus tolak Nazwan. Biar dia rasa plak apa perasaan ditinggalkan tanpa sbuah alasan n sbb yg kukuh. Klu tak cinta skalipun terus terang dgn nenek jgn tggl bgitu sj. huhuhu... sedih tgk Arissa y tlalu telus n lurus dbt begitu oleh org tsayang. Baik Nazwan n Luqman n Sarah. Susah nk dpt sahabat camni berkorban hati n jiwa tuk hubungan mereka. tp mereka buta. Hadirkan lah lelaki yg faham hati n jiwa Arissa. ;D

  1. Unknown berkata...:

    Sedihnya SUD setakat ini sahaja tapi tahniah kerana akan diterbitkan.

  1. rahsia hatiku berkata...:

    ahh.. sedih plak ase bila lama nak kena tnggu coter ni kuar.. rindu la kat arissa lpas ni..

  1. Unknown berkata...:

    Sukenye klu mr.Iphone tu sebenarnye dah duda.. Blh la watak mr.Iphone dengan Arissa.. atau pung jadikan watak mr. Iphone antara watak utama bersaing ngan watak nazwan..

  1. Unknown berkata...:

    Sukenye klu mr.Iphone tu sebenarnye dah duda.. Blh la watak mr.Iphone dengan Arissa.. atau pung jadikan watak mr. Iphone antara watak utama bersaing ngan watak nazwan..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best ek jd nazwan,blh prgi dan kmbali sesuka hati dlm hdp arissa
    pendirian pn x ada, masa dgn luq, kata x ada hati ngan arissa
    bila dilobi zakri, baru nak suka dgn arissa..
    rasanya nazwan ni kategori lelaki tak guna..mcm lagu yuna tu:P

  1. Repangzel berkata...:

    best! xsabar nak tunggu SUD versi cetak..walaupun geram ngan sarah & luqman tp sy lebih bengang sgt ngan nazwan klu bleh nak karate patu lepuk2 & sekeh2 kepala dia sbb xpandai nak hargai arissa..

  1. aida_burn berkata...:

    Hurm walaupun dah tahu stopped takat nie kat blog ...sy still buka sbb mana tahu ada new updatekan...anyway writer hope boleh dibukukan asap wish u all luck...Sy mula merindui Arissa...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Lamanya tunggu SUD d novelkan.. Dah x sabar nak tahu ending..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nanti bila di novelkan jgn lupa promosi dlm fb yer..

  1. Unknown berkata...:

    butanya nazwan setelah 2 tahun baru sedar... waaa xnak

  1. Noor Emylina berkata...:

    Akan setia menunggu sehingga dipublishkan :) Tak sabar nak beli novel nie.. TERBAIK ^^v Terus menulis ya. hehe

  1. cumie berkata...:

    Teruskan menulis kak chayok chayok

  1. Tanpa Nama berkata...:

    X sabar nk beli novel..best n tbaik

  1. Tanpa Nama berkata...:

    X nk nazwan bencinya lambat betul dia sedar

  1. Unknown berkata...:

    owh jdi si nazwan couple ngan asha lh erk wlupun dh tnang ngan arissa,, lpas dh break up bleh plak nakkan arissa blik.. nazwan ni x sesuai jdi hero .. xde pndirian mula2 xsuke asha last2 bleh plak couple. hehhhh LELAKI

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages