FINAL: MY LOVE


Hari ke 98.

Blue memandang sayu potret gambar yang tergantung di dinding biliknya. Gambar mama dan papanya yang telah lama meninggalkannya. Dia hampir terlupa bahawa mereka adalah ibubapa kandungnya sehinggalah baru-baru ini dia teringatkan mereka. Kejam? Ah, dia tidak kisah kalau ada orang kata dia telah lupakan ibubapa kandungnya tapi itulah hakikatnya. Masa yang Allah S.W.T peruntukkan untuknya bersama dengan kedua ibubapa kandungnya terlalu singkat sehingga dia tidak ingat memori sewaktu ibubapanya masih hidup.

Kedua ibubapanya meninggal dunia masa dia berumur 3 tahun. Apa yang dia ingat, masa tu mama menciumnya dan mengucupkan selamat tinggal. Papa pula berjanji nak beli anak patung banyak-banyak. Dan, dia berhenti menangis.

Blue tersenyum kelat. Entahlah, macam mana dia boleh berhenti menangis bila papa menyogoknya dengan anak patung, dia sendiri tidak tahu mungkin dia memang seorang yang gila dengan anak patung. Tapi sejak tinggal dengan ibu, ibu tak benarkan dia menyimpan anak patung. Untuk menyenangkan hatinya, ibu menyogoknya dengan teddy bear.

Teddy Bear berbentuk panda yang dihadiahkan oleh ibunya masa hari jadinya yang ke-7 tahun dipeluknya. Ingatannya ligat memutar kembali zaman kecilnya. Dia tidak ingat bagaimana mama dan papanya meninggal tapi menurut apa yang Puan Hamidah yang juga merangkap ibu angkatnya berkata, mama dan papanya meninggal akibat kemalangan jalan raya di luar negara.
“Mereka ke sana untuk apa?” tanya Blue pada tahun lepas.

“Papa kamu nak selesaikan hal yang tertangguh sebab dia nak menetap di Malaysia. Ibu tak tahu sangat pasal apa, tapi mama kamu ada kata dia nak lelong rumah.”

“Lelong rumah? Kenapa pula?”

“Sebab papa kamu nak buka perniagaan di sini. Dia nak buka cafĂ© ataupun restoran tapi tak cukup bajet. Kami cadangkan buat pinjaman tapi papa kamu tu jenis yang tak suka pakai duit orang selain duitnya sendiri. Dia takut kalau perniagaannya tak menjadi, anaknya akan hidup melarat. Papa kamu sanggup berusaha dengan duitnya sendiri semata-mata mahu lihat kamu hidup gembira,” terang ibunya lagi.

Serta-merta air matanya mengalir. Kerana mahukan hidupnya senang dihari kemudian, mereka berdua sanggup lakukan apa saja untuknya. Tapi bukan itu yang dia mahu. Kalaulah masa tu dia boleh bersuara mungkin dia dapat menghalang mama dan papanya pergi ke sana tapi ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.

“Sebenarnya, mereka sayangkan Adik. Mereka sayangkan Adik sebab itulah mereka tinggalkan adik. Hati ibubapa mana yang tak sayangkan anak mereka sendiri. Malah, ibu masih ingat lagi betapa sedihnya mama Adik sebelum berlepas keluar negara. Mereka terpaksa tinggalkan Adik bukan sebab mereka fikir bawa Adik melecehkan tapi sebab mereka tak mahu ada sesuatu yang buruk berlaku pada Adik. Lagipun Adik memang takut dengan bunyi kapal terbang masa tu,” tambah ibunya lagi.

Blue mengesat air matanya yang mula mengalir deras. Tiba-tiba bahunya di sentuh seseorang. Dia mendongak. Puan Hamidah tersenyum manis memandangnya.

“Ibu… tiba-tiba Adik teringatkan mama dan papa… tiba-tiba Adik rasa macam kejam sangat sebab dah lupakan mereka… macam mana ni? Mesti mama dan papa marahkan Adik nanti,” tubuhnya terus didakap ibunya. Pelukan erat dan hangat dari ibunya itu sedikit sebanyak menyembuhkan hatinya yang lara.

“Dah, dah, jangan menangis lagi. Bukan ke ibu dah kata, kalau Adik menangis sebab mama dan papa Adik, mesti roh mereka tidak akan tenang di atas sana,” pujuk ibunya. “Siapa kata Adik dah lupakan mereka, kalau Adik lupakan mereka mesti Adik tak dah buang gambar tu. Adik masih gantung gambar arwah mama dan papa Adik itu tandanya Adik tak lupa mereka,” pujuk ibunya lagi.

Pelukkan di lepaskan. Dia mengesat air matanya yang mengalir sambil cuba mengawal perasaannya. Sekali lagi dia menatap gambar kedua ibubapa kandungnya. Dia terasa seolah-olah mereka sedang tersenyum memandangnya sambil memesan supaya terus kuat menghadapi dugaan hidup yang berliku. Tidak lama selepas itu dia mengukirkan senyuman manis.
“Haa… macam tulah anak ibu. Senyum sepanjang masa,” Puan Hamidah memeluk anaknya itu. “Eh, lupa pula. Tadi, Ashraf telefon dia nak cakap dengan Adik tapi ibu ingat Adik tidur lagi.”
Blue kembali senyap. Dia merenung lantai biliknya. Entah kenapa wajah Ashraf berada di lantai biliknya. Nak dipijak? Sayang pula…

“Ibu dengar dia nak pergi luar negara,” ujar ibunya lagi. “Esok dia akan bertolak. Patutlah beberapa hari ni, ada orang lihat mereka sibuk memunggah barang ke lori rupanya Ashraf nak pindah. Kenapa Adik tak beritahu ibu?”

“Oh yakah? Adik pun tak tahu sangat la ibu. Adik ada dengar juga, ingatkan dia tu memain. Yelah ibu pun tahukan dengan perangai Roswell yang selalu tak kering idea nak buli Adik,” bohongnya.

“Tulah salah Adik jugak.”

“Kenapa pula?”

“Sebab Adik asyik fikir yang Ashraf tu acuh tak acuh je. Mungkin sebab tulah Adik anggap semua ni mainannya saja. Cuba sesekali tu fikir positif sikit,” ujar ibunya.

“Fikir positif?” Blue mengeluh lemah. ‘Selama ni aku tak berfikiran positif ke?’ detis hatinya.

“Dah!” ujar ibunya sedikit mengejutkannya dari lamunan. “Jangan asyik mengeluh saja. Tak baik tau mengeluh. Tu, telefon tu sampai bila Adik nak biarkan telefon tu berdering? Angkatlah. Mungkin Ashraf yang telefon.”

Setelah beberapa saat, barulah dia tersedar handset di atas katilnya berdering. Ibunya sudah pergi melangkah keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat dari luar. Handsetnya masih berdering. Sejak semalam Ashraf cuba menghubunginya tapi sengaja dia tidak mahu menjawab panggilan dari Ashraf. Tapi sampai bila? Sampai nasi jadi bubur?

“Hello,” setelah mengumpul sekuat tenaga dia menjawab panggilan dari Ashraf.

“Hey,” sapa suara Ashraf dari hujung talian. “Aku ingat kau tak nak jawab telefon.”

“Sebab telefon ni memekak, aku angkatlah,” jawabnya selamba. “Kau nak apa? Kata nak pergi New York. Takkan tak pergi-pergi lagi?”

“Aku tahulah kau nak halau aku. Yelah, orang tu dah dapat pikat Hafiz semula, jadi aku ni tak diperlukan lagilah,” ujar Ashraf seolah-olah sedang menyindirnya.

“So?” tanyanya lagi. Ego. “Kan aku dah bagi amaran pada kau awal-awal lagi, kau takkan berjaya pikat hati aku.”

“Aku tahu,” jawab Ashraf menghela nafas panjang. “Aku cuma nak jumpa kau esok sebelum aku bertolak. Boleh tak?”

“Nak buat apa?”

“Datang jelah esok. Kita jumpa kat tepi pantai. Bawa harta karun aku sekali,” terus talian di matikan. Serentak dengan itu Blue mendengus marah. Entah apa yang di marahkannya dia sendiri tidak tahu.

“Budak ni bukannya nak jumpa aku tapi nak harta karun dia tu!” dia mencapai teddy bear kesayangannya dan menumbuk-numbuk teddy bear itu seperti dia menumbuk makhluk asing yang selalu menggucar-kacirkan hidupnya.
**********

Hari ke 99.

“Nah, harta karun kau ni. Ambillah. Buat menyemak almari aku je,” dia menghulurkan sebuah beg plastic kepada Ashraf sebaik sahaja kelibat mahkluk asing bermata hijau itu datang menghampirinya.

Ashraf menyambutnya sambil tersenyum sinis. Entah kenapa dia rasa macam dunianya kembali bercahaya sebaik sahaja dapat berjumpa dengan Blue. Mungkin inilah dinamakan cinta.

“So, kau dah terima Hafiz semula?” Ashraf mula bertanya. “Aku dengar dia ada minta couple dengan kau semula.”

“Tahulah aku nak buat macam mana. Aku sengaja buat gempak. Esok aku bagitahulah dia. Aku nak seksa Hafiz dulu supaya dia tahu bagaimana peritnya aku menunggunya,” ujar Blue selamba.

“Jangan kau seksa diri kau sudah.”
“Kenapa pula aku nak seksa diri aku?”
Ashraf sekadar mengangkat bahu.
“So, kalau aku tak de nanti jangan rindukan aku tau.”
“Tiada siapa nak rindukan kaulah,” Blue menjeling tajam.
“Jangan nakal-nakal juga.”
“Aku tak nakallah!”
“Dan jangan biarkan orang membuli kau.”
“Hanya kau saja yang selalu buli aku,” Blue menjawab.

Ashraf tersenyum. Tapi kali ini senyumannya ikhlas. Ini kali pertama Blue melihat senyuman Ashraf. Rupa-rupanya makhluk asing ni tahu senyum.

“Aku gembira sebab kau tak menangis,” ujar Ashraf lagi.

“Haa… kau mesti menangis bukan? Kau mesti dah jatuh cinta dengan akukan? Hafiz cakap macam tu. Tulah, kan aku dah bagi amaran awal-awal, jangan jatuh cinta dengan aku sebab hati aku hanya pada Hafiz seorang saja,” dengan angkuhnya dia berkata.

“Aku tak menangis.”

“Tipu… Kak Mira telefon aku beritahu yang kau…”

“Tapi aku memang dah jatuh cinta pada kau,” sambung Ashraf pantas memotong kata Blue sehingga membuatkan Blue terdiam seketika untuk beberapa minit.

“Apa?” tanya Blue inginkan kepastian sekali lagi. Rasanya Ashraf ada sebut sesuatu yang langsung tak difikirnya atau mungkin dia sedang berkhayal.

Kedengaran Ashraf menghela nafas panjang. “Kakak aku cakap kadang-kala kita perlu buang perasaan ego yang menguasai diri untuk mendapat kebahagiaan. Aku memang ego tapi dalam masa yang sama kau juga memang ego. Apatah lagi kau ni perempuan takkanlah aku nak paksa kau cakap ‘I love you’ kat aku dulu. Aku tak nak jadi macam kes Hafiz. Dia sukakan kau tapi tak berani nak luahkan perasaannya pada kau dan akhirnya dia menyesal,” ujar Ashraf sambil mengeluarkan baju sejuknya dari beg plastic yang baru Blue pulangkan kepadanya terus di sarungkan di tubuh Blue yang masih terpinga-pinga. “So, I just wanna to say, I love you, NorAyana Maisara,” ucapnya memandang tepat mata biru itu.

Mata bertentangan mata. Sepasang mata biru memandang tepat sepasang anak mata berwarna hijau milik Ashraf. Tiba-tiba dia rasa jantungnya seolah-olah berhenti berdenyut apabila Ashraf meluahkan perasaan kepadanya. Sukar hendak dia percaya bahawa Ashraf meluahkan perasaan. Ashraf sukakan dia? Malah sebut nama sebenarnya?

“Kau… kau tahu nama…”

“Aku tahu segala-galanya tentang kau, NorAyana Maisara.”

Entah kenapa perasaannya sebak sangat. Ini adalah kali pertama orang luar memanggilnya dengan nama penuhnya. Dan orang itu adalah Roswell. Malah Hafiz pun tak pernah memanggilnya dengan nama penuhnya tapi Roswell…

“Roswell…”

“Tahniah sebab dapat cari cinta kau kembali. Jangan risau aku takkan ganggu kau lagi. Aku kena pergi sekarang. Esok aku akan bertolak ke New York,” dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sebuah MP3. Earphone yang bersambung dengan MP3 tersebut di letak di kedua-dua telinga Blue yang masih lagi terkejut dengan pemberian pelik dari Ashraf. “Aku tak nak paksa kau tapi sebenarnya aku juga tak mahu kalah. Walauapapun semua keputusan berada ditangan kau. Sama ada kau sukakan aku atau tidak, aku tetap sukakan kau. Selamat tinggal. Aku pergi dulu,” ujarnya sebelum menekan butang ON pada MP3 tersebut dan dia segera berlalu dari situ.

Belum sempat Blue hendak berkata sesuatu, kedengaran satu music di telinganya. Music yang pernah popular satu ketika dulu. Orang kata music tu dah lapuk tapi…

An empty street
An empty house
A hole inside my heart I’m all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together

Pada saat itu dia mula teringatkan detik-detik bersama dengan Roswell. Kali pertama dia berjumpa dengan Roswell di tangga dan bermula dari situlah ‘perkenalannya’ dengan Roswell. First kiss yang berlaku secara tidak sengaja… dia yang ingin menumbuk Roswell tapi terkena dinding… masa balik pula dia terbetis kaki Roswell yang sedang duduk di kebun Pak Sudin… dia jatuh tersungkur… mereka bergaduh lagi...

Oh yeah
And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

Dan pertemuan mereka dipanjangkan lagi dengan kejadian di kantin, tika dia bangun bersorak hendak memikat Hafiz, muncul Roswell di sebelahnya menerima cabaran kawan-kawannya untuk memikat Blue… Pertemuan demi pertemuan tidak diundang membuatkan dia semakin mengenali Roswell dan adakah ini destinasi cintanya? Adakah ini menunjukkan dia mempunyai jodoh dengan Roswell?

I tried to read
I go to work
I’m laughing with my friends
But I can’t stop
To keep myself from thinking

Tapi Roswell…

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah

Blue melihat Roswell melangkah pergi menuju ke kereta. Kak Mira sudah menunggu di dalamnya. Sebentar lagi, Roswell akan melangkah masuk ke dalam perut kereta dan akan pergi meninggalkannya.

And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again

“Kakak aku cakap kadang-kala kita perlu buang perasaan ego yang menguasai diri untuk mendapat kebahagiaan. Aku memang ego tapi dalam masa yang sama kau juga memang ego. Apatah lagi kau ni perempuan takkanlah aku nak paksa kau cakap ‘I love you’ kat aku dulu. Aku tak nak jadi macam kes Hafiz. Dia sukakan kau tapi tak berani nak luahkan perasaannya pada kau dan akhirnya dia menyesal.”

Kata-kata Roswell tadi masih lagi segar di benaknya.

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You’re all I’m thinking of
Reaching for the love that seems so far

Ya. Memang aku sukakan Hafiz dulu dan aku berani luahkannya dulu sebab aku takut kehilangan Hafiz. Aku sanggup malukan diri aku untuk pikat Hafiz semula sebab masa tu aku memang sukakan dia. Dan sekarang aku nak buat pengakuan yang aku…

So …So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

“ROSWELL!!!” jeritnya.

Ashraf yang sedang membuka pintu kereta Kak Mira berpaling apabila Blue menjerit memanggilnya. Dia tersenyum.

So, kalau kau jerit memanggil aku itu bermakna kau sukakan aku,” kedengaran suara Ashraf di corong telinganya setelah lagu My Love dendangan Westlife habis berkumandang. Blue tersenyum kelucuan memandang Ashraf. “Dan, kalau kau senyum itu bermakna aku dah berjaya pikat kau,” ujar suara yang telah di rakam oleh Ashraf terlebih dahulu kedengaran di telinganya lagi. Tiba-tiba air matanya mengalir. Tak tahulah bagaimana hendak gambarkan perasaannya pada ketika itu. Sedih kerana Ashraf hendak pergi meninggalkan dia. Gembira sebab akhirnya dia berjaya temui cinta sejatinya.

Ashraf mengangkat tangan memberi isyarat kepadanya sebelum berlalu masuk ke dalam kereta. Kereta yang dipandu oleh Kak Mira meluncur laju meninggalkan kawasan pantai. Blue tersenyum lebar sambil mengesat air matanya. 99 hari bersama Roswell. 99 hari dengan kisah cintanya dengan Roswell. Dan akhirnya pada hari ke 99, dia menemui cinta sejatinya… dengan makhluk asing bermata hijau dari Roswell. Ashraf Danish.

“I Love You, Roswell,” hari itu dia menolak ke tepi egonya dan membebaskan perasaannya yang selama ini dalam diam tersimpan untuk Ashraf Danish. Dan pada masa itu Blue dapat rasakan hilang satu beban yang dipikulnya selama ini. Beban dimana dia menafikan perasaan cintanya. Blue menghela nafas lega…

“Semoga kita berjumpa lagi,” ujarnya sambil mengesat air matanya yang masih tidak terhenti mengalir. “And by the way, jangan menangis sebab aku hanya pergi buat sementara sajalah. Actually, Kak Maria nak berkahwin kat New York, selepas perkahwinan Kak Maria, aku akan balik semula…” kedengaran suara Roswell ketawa terbahak-bahak di telinganya. Dengan muka merah padan, dia mencabut earphone dari telinganya dan menjerit sekuat hati.

ROSWELL!!!

Di dalam kereta, Ashraf ketawa terbahak-bahak…

Tulah, siapa suruh EGO lagi… kan dah kena…. Terima kasih kepada Kak Mira dan Puan Hamidah kerana pandai berlakon… tanpa anda siapalah saya…

Dia tersenyum sambil menyanyikan lagu My Love yang pernah dipopularkan oleh Weslife satu ketika dulu.

And all my love
We’re holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say it in a breath
Hope my dreams will take me there
Where the skies are BLUE
To see you once again MY LOVE
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are GREEN
To see you once again MY LOVE
-TAMAT-
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SERING MELAYARI BLOG INI DAN MENUNGGU SETIAP EPISOD CINTA 99 HARI YANG TAK SEBEBERAPA INI. HARAP ENOVEL INI DAPAT MEMUASKAN HATI ANDA SEKALIAN.
TERIMA KASIH DAN JANGAN LUPA KOMEN.

68 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    yess!!! aku org 1st yg komen..hehe.
    best sgt2 citer nih..tiap kali aku bc ja mesti aku gelak sorang2.hikhik..congrats kat ratu bulan coz dpt wat novel cmnih.. pasni jgn lupa wat citer len plak..=)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    huh..
    lastly...BLUE+GREEN..
    as expected..
    aku suke banget...
    agaknye ank dorg nt mate kaler ape la ek??
    congrats ratu bulan!!!

  1. wah!!
    happy ending..
    kan best klo ade sambungan.
    publish larh ratu.
    confirm saya beli.
    pastue wat larh sambungan eyh!

    congrats!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    awesome..tanx for this cute novel..
    hope to see more writing frm u..all the best..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    suker ek..org yg fisrt komen tuh..
    and for RATU..TAHNIAH!!
    sbb citer ni mmg best!
    best lagi kalau smbung...citer la diorg kawin lak..hehehe huu...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    citer nie mmg sweet....
    ratu bulan xnk pulishkan ker....
    ala syg nyer...
    klw x nti leh sy wat koleksi...
    huhuhu....

    ader smbgan x???

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ni if wat drama mest bez gler!
    :))

  1. awanbiru berkata...:

    hye ratu bulan...

    evrytme bce cite ni mst cm org gle je...why?? bcoz senyum+gelak sorg2...

    xnak sambung lagi ke??
    xpun..
    pblish je novel..
    sng cte..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    seyes ckp,mmg BEST!!
    i lyke it damn much..
    fuh..
    mmg taraf 5 stars la..
    congrats2!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wat la sambungan lagi ratu...cam tergantung plak..hehehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    anyway nk ckp pas hbs bc siri novel ni...absolutely puas hati...best giler....leleh pon ader..lau ader smbgan die confirm org first yg bc...huah222---->amie

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bestlah kak ratu.....ade kelakar ade sedih...best btl kak ratu wat citer ni....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    war citer ni..
    bes giler>>

    -ain-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    brbal0i mater aku pdih ngadap k0m nie c0z semata2 nk bc citer nie smpai final...

    mmg bcer sampil cecirit arh lwk dier..

    sweet+innocent=blue mix with roswell

    hehhehe....

    splendid...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kan besh kalau citer ni ada sambungan..
    congratz ya!!
    cter ni besh bangat..

  1. Itminaan berkata...:

    ehm,,punye ramai orang komen..
    anyway...nak buat conclusion punye comment ni, harap dapat excuse kan kepanjangan(kalau terpanjang la)
    First of all,cerite akak memang best,santai,ayat pun mantap..oh ya,and soo creative.walaupun akak lebih tua dr sy yang mencomment ni,but ur idea is soo macam remaja,love that part of it!
    Second...about the personality of all characters...mantap!Roswell memang 'lelaki',gaya cakap pun tersendiri,bukan ayat2 biase yang selalu didengari.Nice la.
    But.....ade satuuu je kureenngg skit.Pasal Stolen First Kiss tu.
    Tak elok kot buat orang Islam nye cite ade babak cam tu walaupun accidental scene.Kenape? Ehm...i'm sure u guys know why..
    Memang best bace tp...tetap bertentangan ngan ajaran Islam.Takut ade orang tersyok bace scene cam tu,so...berangan nak encounter scene cam tu gak.Eish,nauzubillah!
    Sy terdapat idea alternative la pulak bile fikir pasal ni.
    ..IDEA..
    buat watak blue bukan Islam.Mula mula dia tak kisah bab bab kissing ni,but then dia dapat hidayat masuk Islam atas sebab( ikut akak la nak buat cite best cam ne)
    Pastu dia menyesal.....A least,jln idea asal tak lari,tp boleh memberi kesedaran kepada remaja2 generasi baru(especially melayu islam) yang kissing or yang sewaktu dgn nye tu..salah disisi Allah Ta'ala(syariat)
    Hehehe..sorry comment terlebih panjang...But ape ape pun,akak memang best la cite ni! Thanks!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bestt giler citer nie!!!!!
    x boring walaupun dah byk kali bc citer nie..
    apepun all the best!!=)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i luv it so mucH!
    so nice + sweet =]

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mmg best..!dulu slalu ikut cter nie kt penuisan2u tp da xd cter nk bacer bacer balik cter nie...lg best bece biler dgar lgu westlife-mylove....syok gler...rase cam jwang lak aku nie..hehehehe
    cinta99hari dBESt!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best..best..best....

    >BuDaKnAkALz<

  1. Tanpa Nama berkata...:

    1stly nk ckp tahniah sbb buat sy mghabiskan baca enovel ni dlm msa 3jam...
    citer yg sweet.............
    keep up da good work...
    skrg bru da pluang nk baca sbb tgh cuti semester...
    kalo x mmg xda mase nk bace novel...
    huhuhu
    all da best for the author.........

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hihihi..
    akak best giler giter citer ni...
    klu bleh sambung kn la ek..
    sbb nk taw sgt cm mana dgn penyakit si green tu..
    blue tu tau x lg kn sapa sebenar nye green tu...
    arap ada sambungan..
    anyway.. tahniah!!!!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sy sangat2 suke crt nie
    soooooooooooooooo suuuweet

    klu nak publish pun sy sokong
    teruskan menulis,

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sweetnyee...smbung la lg..plsssss

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu..
    u are da' best..
    i really luv ur writing...

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    to RATU bulan.best gilew citer!!
    xnk continue kerw?or publish? klu publish ckp au!!

    best gilew citer u!!tahniah.
    blue+green

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Salam...
    Fuhh..akhirnya slamat gak habiskn bca novel C99H nih...

    Tahniah k'ratu!! Citer nih mmg best..bhgian kiss tuh xde pape laa...bnda yg x dsngajakn...nk wat cmne kn...? bknnya leh undur blik pn... Tgk time kt bendang tuh, sbb nk elakkan dri pisang berbuah lagi, roswell (i'm fall in love with him!!!)x sambut aya (sweetnye gurl nih!!)...

    Citer nih best sgt...lawak die pn best...nk pecah perut duk ktawa jer...huhu pndai k'ratu olah jln citer die...sy tabik!

    x sbar nk tggu part sterusnya cite PC...sweett...kawaiiii!!!(^_^)

    -lala-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sweet!!
    suke sgt cite ni..:)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    thanx coz siar cite C99H nie..siot!best gile!!tak terkata ler..sememangnya BLUE hanya untuk ROSWELL...hahah..not PRINCE CHARMING lar..as expected dr awal2 first episode lg..dari ayat pertama lagi..cume saya tak tau jln cite lar..hm..jln cite mmg sgt bagus sampai print out nak baca jiwang2 masa nak tido..heheheh..verry good imagination..congrats kat ratubulan..i really like ROSWELL family..10 siblings..wow!!~really love ALIYA NAJWA yg peramah kuat makan dan tak reti masak tahap gaban tu..Hm..nama yg perempuan belakang die mesti ade NAJWA kan?? b/mana ngn nama kak MARIA??tak boleh nak imagime la nama die..ANAMARIA ke??hahaha..

    cite nie mmg sgt bestla..bile baca cite nie ingat zaman sekolah dulu..teringat lak enovel LEMONADE lak..ASYRAF!!!suke kedua2 ASYRAF nie..tapi C99H nie diolah dengan begitu sempurna setiap karekter, jadi cm melekat dihati bila baca..kalo karekter BLUE + AZYAN AKASYAH..mesti best gile..haha..saya suke sgt..sorry buat kedua2 penulis enovel nie..jangan mare ek..saye mmg suke campur2 karekter jadi 1..saya sering imagine BLEACH + NARUTO, PRINCE OF TENNIS + WHISTLE, YAKITATE JAPAN + DDS, dsb..dan sorrrry coz imagine C99H + LEMONADE!!! harap korang berdua tak kecik hati..

    p/s: saya ade beberapa cadangan buat ratubulan ttg C99H..
    1. ade beberapa kesalahan ejaan, harap bleh TAKE NOTE & IMPROVE
    2. brape umur ROSWELL & ALIYA NAJWA yang sebenar ek..rasanya mcm umur ROSWALL 16, kalo ALIYA NAJWA setahun lebih tua..die tak sekolah ke?kan kene amik SPM??
    3. sape SURAYA ek..
    4. panjangkan la lagi cite nie buat sequel C99H lepas dah jadi couple cm ne lak..mesti best bila ROSWELL yg sensitif + penyayang tapi buat2 nakal tu..DENGAN BLUE yg romantik + minah sesat tapi buat2 gempak tu..hehe
    5. lastly, ape saya RATUBULAN buat saya tetap sokong 1001%..
    :)azzuZazu@veeViolet

  1. Tanpa Nama berkata...:

    salam...

    bez gler ar cter nie...wat ar novel..konfem sye bli..akak jd ar pnulis novel,sbb cter yg akak wat sumenyew yg bez2...LURV U RATU BULAN!!!!

  1. Unknown berkata...:

    bestnye ending die!
    continue laaaa :D:D:D

  1. me, myself n i berkata...:

    hai...
    best cite nih...
    sy x henti2 ketawa n senyum sendiri bila bc cite nih..
    cept2 la wat sambungan dier ke @ wat cite br lg... hehe..
    owest wait 4 it...

  1. MaMaikah? berkata...:

    saya ske ending dier..watak roswell ni comey.. bagi saya mungkin penulis boleyh perbaiki cara penulisan (based on cerita ceriti yang saya pnah baca..sesungguhnya saya pon x hebat menulis cerpen apetah lagi novel)... sepanjang membaca enovel ni, i was hoping dat ia akan di transformed into a drama.. beshnye~ haha..

    psst: kalo dh buat drama nnt, inform yea! ^o^

  1. Tanpa Nama berkata...:

    saya suka semua novel ratu bulan... bile bace mcm bace komik... sy sebenarnye sukebca percintaan komik dari baca novel cinta yang heavy mcm kat market skrang.... n senang citer sy lagi suka komik dari novel...

    tapi penulisan ratu ni buat kan sy nk bace novel komik mcm ni.. best..
    terus kan berkarya ye...

    so keep it up... kalau ratu publish novell mesti sy beli...

  1. shida@ejam berkata...:

    salam..
    cite nie memg best gile.. kelakar pn ade mcm sye ade je kat dalam cite 2..tak nak publish ke?? publish la kak nanti saya beli hehe..

  1. KaNaFee berkata...:

    Yay!!!finally,habis baca :)
    citer yg mmg GEMPAK!!
    5stars buat RATU!!huhuhu..
    minat sgt!;)

    ehem2 kt sini nk kata sket sal scene 1st kiss tu..mmg BEST!!SWEET giler..hehe..

    wt reader yg xsuke plis jgn sempitkn fikirn ye..
    if ratu masukkn scene tu x semestinya sume org akn terikut nk wt cmtu kn?
    ia sbg slh 1 scene yg sweet dlm citer nih..

    for Ratu keep up d good work ya;)
    alwayz support u!

    -kanafee

  1. justRUBY berkata...:

    olorr..da abes da.
    nak roswell ngan blue lagi..
    best gler cter nih, klaka pon iye..
    ketawa sorg2 aku baca cter nih.. haha...

  1. yuta0330 berkata...:

    salam
    gross..thanks ratu..
    xtau la, although this story, mcm dh tau ending dia, tp ttp ade rase nk bce..
    nk g klas pon, stop jap, sbb nk bce..
    tp, kalo ending x menarik, x best la plak kn..
    syukur ade org yg dberi anugerah bijak menulis..
    hehe..million thanks to u..^-^

  1. Tanpa Nama berkata...:

    waaakakkakaka....mmg lawak gila...gila pon tak lwak camni...sejujurnya dah lama sy dok usha tajuk citer ni tapi cam tak menarik nak baca(sori,pengakuan ikhlas...hehehhe)baru nak bukak pastu trus bukak citer lain....tp SERIUS...bila dh start baca,mmg lawak tahap gaban...pendek kata stiap N3 mesti gelak....pjg kata asik gelak je la....hahhahahahah...tahniah ratubulan...pasni bt lawak lg eh...hehehehhe

  1. precious_eryque berkata...:

    akak..xpaham la nape last2 roswel tu gelak??dy suke x ngn blue tu sbnrnye?dy mmg confirm fly ke new york ye??
    -sori lambat pickup sket..-

  1. Tanpa Nama berkata...:

    syu ;)

    firstly na ckp thniah cz bwt crite yg bez2...snok ahh bce..
    bt awl2 crite ne cm bohsan sgt laa..
    n sye psan akak de byk slh eja..hrp dpt dperbaiki...
    huuu~

  1. Tanpa Nama berkata...:

    salam kak ratu...
    saya mmg terlmbt sgt menyedari citer akak ni..
    mklum la bru thn ni nk melekat lma2 kat komputer..hehehe
    tp wlupun terlmbt..
    citer akak mmg best sgt.
    thniah..
    tp sy rsa lg best klu dismbungkan..
    bkn apa klu citer best ni x best la klu pendek..
    sy cuma bg pndpt jer..
    sy suka sgt wtk roswell n blue tu..
    sweet sgt..
    klu roswell ada 9 kakak..
    sy ni seorg kakak y punya 6 adk laki..hehehe
    anyway..citer y menarik..
    u'r the best..


    -cahaya petunjuk-

  1. Saffa Nadiah berkata...:

    ya Allah akak..saye baru discover blog akak ratu ni...ni first e-novel akak yg sye bace..besnyerr!!!aaaa..
    saye rse nk bace lagi skali jer!
    saye sayang la kat akak sbb wat e-novel..kbnyakan sye tgok diorg wat novel pastu smbung ke versi cetak..da la saye dok UK cmmane la nk beli novel nyer..dah tu plak e-novel yg lain sye bce sume xbest je.jumpe je e-novel akak, SEMANGAT saye nk bace! tq bnyak2 ek akak..kt blog akak ni jela tempat sye lepak selalu pas niyh..

    CITE ni GEMPAKK!!

  1. kumako berkata...:

    Bca5 kali pown tak jemu.,..best sgt2.,...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bestnya citer nie...suke sgt2..

    asmie

  1. risya berkata...:

    igtkan cter pnjg ag upanye comment je yg pnjg huhuhu..
    best r cter nie..
    xde da kew smbungan die..kan hero nak N.YORK 2..
    HUHU X x sbar nak bce yg sterusnye...

  1. NukSe berkata...:

    tersangat2 lah best citer nih...huhu well done..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bez gler rrr...ending dy mnrik..huhuhu..i like so much...

  1. syahsulaiman berkata...:

    wwwahhhhhh....
    menyesal glr x bce drpd dlu lg....
    pleaaassseeee sambung lg cite nie....
    nak tau after si rosewell blik jumpe ngan blue per yang die wat.....
    ttttoooolllloooonnngggggg.........
    nak jgak......

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best sgt.....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    thanxx sbb tulis citer niy...best sGt2...my wish awak bley sambungkn citer niy lg...love dis stOry too much!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    the best!

    *Ainnur. :D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    xdde smbungan ke?
    sgt sweet..
    suka dgn ashraf danish.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    BEST!!!! BEST!!!!BEST!!!! AND THE BESTLAH!!!!!!!! LOVE IT!!!!! WAAAHHH!!!! kan best kalu sy dpt jumpe ashraf danish tu !! KYAAAAA!!!! sy dpt bayang dye sbagai watak dlm manga Boku wa Ookami !! Mesti HENSEMMM!!!!! SUKERNYER!!! 2 kali dh sy katam bace novel ni !!! Suka dngn prangai Roswelll yg bnyk melalut tu !! ^^

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wah cite nie best gila !!
    sukasukasuka&suka ! ! !

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Cerita nih best gile.. Tp cpt sgt cite ni ending.. Nk pnjg lg.. Hehe

  1. izzny amirah berkata...:

    best gilerr citer nie...sorry la lmbat sket komen, tapi saya baru jumpa je blog kak nurfa ni...hihi

    buat la sambungan untuk citer ni, lepas tu di bukukan,kompom saya beli...siap promote dekat kawan2 lagi....nanti kalau cerita ni dah dinovelkan, cepat2 kasitau tau...terima kasih :)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Best gile-gile kak. Hmmm, happy ending <3

  1. fifa berkata...:

    cerita nie best sgt5x...suke ^^ hehe..suke ashraf Danish..hehehe..die sgt cool n smart~ :D
    Roswell!!!!

  1. Miss Sour berkata...:

    cam ne dgn hafiz? x kasi tau pn! btw, kak nurfa mmg da BEST!!! ^_^

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kak ratu bulan , so BEST :D , saya baru baca tapi novel akak prince charming dengn hikayat cinta dah lama beli . citer akak semuanya terbaik :D , skrng nk princess charming pulk :D . teruskn berkaraya .
    saya akn sentiasa sokong akak >.<
    -alyani:)-

  1. peminat novel berkata...:

    nak beli! nak beli! :))

  1. wy berkata...:

    salam...kak, citer ni memang best...dah dua kali saya baca...best2...citer akk memang terbaik la...:)

  1. Maira Hawani berkata...:

    wahh !! dah lah aydaa minat westlife ! grr -_- haha ! congrates kak ratu dah buat aydaa happy dgn pengakhiran cerita nih. memang logik sgt ! credit to kak ratu :) selamat maju jaya ...

  1. Unknown berkata...:

    salam. congrates . cite ni mmg best . thanks sbb mghiburkan hati dengan cite ni... thumbs up to you... :P

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sweet nyeeeee.... RB punya citememang cool... best..suspend.. but always have a smile... like u.. RB

  1. Mira_Othman berkata...:

    Jyeahhh! I LOVE THIS! I love u Ratu Bulan!!! >.< bestnya!!!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    memang besst.....macam tak puas aje, sambung !!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages