Seseorang untuk Dinikahi: Bab 8



Asalamualaikum dan selamat pagi Mama Tifa,” ucap Arissa sebaik sahaja Puan Latifah membuka pintu rumahnya itu.
Waalaikum salam. Arissa, ingatkan siapa tadi,” sapa Puan Latifah.
Awal-awal pagi lagi ketika dia sedang menyediakan sarapan yang menjadi rutin hariannya setiap pagi, loceng rumahnya ditekan seseorang. Terkejut juga dia dengan kehadiran Arissa yang selama ini tidak pernah muncul di pintu rumahnya awal-awal pagi.
Boleh saya masuk?” tanya Arissa mesra.
Maaf, jemputlah masuk. Mama Tifa tengah sediakan sarapan, kejap lagi kita makan sama-sama,” pelawa Puan Latifah yang kembali menutup pintu hadapannya setelah Arissa melangkah masuk.
Oh, bercakap pasal sarapan, saya ada buat donut. Macam-macam perisa ada,” ujar Arissa menghulurkan sebekas sederhana besar yang berisi donut yang dia buat sejak awal pagi tadi.
Terima kasih Arissa. Dah lama kami tak makan donut yang Arissa buat. Nampaknya hari ni Mama Tifa tak payah masaklah,” ujar Puan Latifah menghela nafas lega. Nampaknya, hari ini dia bernasib baik kerana tidak perlu sediakan sarapan. Lagipun, dia terlambat bangun semalam kerana terjaga sehingga ke tengah malam menyiapkan kerja pejabatnya.
Sebagai tanda terima kasih sebab benarkan Nazwan menemani saya ke Perak dan pinjamkan kereta. Kalau tak kerana Mama Tifa, saya mungkin takkan dapat pengalaman yang menarik ni,” kata Arissa menolong Puan Latifah menghidangkan donut yang dibawanya tadi ke meja makan.
Tak penat ke? Sudahlah baru balik, lepas tu buat donut lagi,” tanya Puan Latifah.
Sudah tentulah tak. Lagipun bukan saya yang memandu,” jawab Arissa.
Betul juga. Semalam Nazwan balik, terus masuk tidur. Orang panggil makan pun dia tak nak. Budak tu, kalau dapat jumpa katil memang payah nak bangun,” tambah Puan Latifah.
Dia masih tidur lagi?” tanya Arissa sambil matanya meliar memandang sekeliling. Sudah pukul 7.00 pagi. Sepatutnya Nazwan sudah bangun dan bersiap sedia hendak pergi ke kuliah tapi batang hidung pun tidak nampak.
Tak tahulah. Dia tu kalau dah penat sangat memang bangun lambatlah jawabnya,” jawab Puan Latifah menuangkan secawan air kopi untuk Arissa.
Apa yang kau buat dekat rumah aku pagi-pagi ni?” sapa satu suara yang tidak pernah hendak berdamai dengannya.
Arrissa menghela nafas panjang. Dia sudah agak, Luqman pasti akan mempertikaikan apa yang dia lakukan di rumah itu awal-awal pagi. Luqman seorang yang peka dengan keadaan sekeliling, kalau dia tidak berhati-hati memang cari nahaslah. Tapi, kalau Luqman tahu apa yang sedang dirancangnya, bagus juga. Bolehlah dia turut kucar-kacirkan hidup lelaki itu.
Hari Luqman,” sapa Arissa dengan senyuman manis.
Hantu mana yang sorok Arissa yang aku kenal selama ni?” tanya Luqman agak terkejut dengan sapaan Arissa yang mesra tadi.
Luqman, boleh tak kalau bercakap dengan Arissa tu baik-baik sikit?” tegur Puan Latifah.
Tak boleh mama. Arissa memang dah sinonim dengan hormon jahat Luq. Bila bercakap dengan dia automatik horman jahat Luq muncul. My bad,” keluhnya separuh memerli.
Tak mengapa Mama Tifa. Saya dah biasa,” jawab Arissa dengan senyuman lagi.
Okey, tolong jangan senyum macam tu lagi,” ujar Luqman yang mencapai sekeping roti menutup matanya daripada melihat wajah Arissa yang menakutkan itu.
Hai Nazwan,” tegur Arissa kepada Nazwan yang menghampiri meja makan. “Apa dah jadi dengan kau?” tanya Arissa yang terpegun melihat penampilan Nazwan yang seperti baru bangun tidur. Bila dia perhatikan Nazwan atas bawah, bukan seperti bangun tidur memang sah baru bangun tidur. Dengan seluar panjang kotak-kotak, baju t-shirt, rambut berserabai macam dilanda garuda, tapi entah kenapa Nazwan masih nampak handsome macam selalu!
Ah, kau dah dilanda angau, Arissa.
Dude, tolong jangan buat aku macam ni,” ujar Luqman yang turut terkejut melihat penampilan Nazwan yang duduk di sebelahnya.
Tak pergi kelas hari ni?” tanya Puan Latifah.
Oh, tak mengapa saya boleh tuangkan,” pantas Arissa mencapai teko yang berisi air kopi itu sebaik sahaja Puan Latifah ingin mengambilnya. Belum sempat Puan Latifah ingin bersuara, Arissa sudah terlebih dahulu menuangkan secawan air kopi dan diberikan kepada Nazwan.
Luqman hanya melihat situasi itu.
Kelas pagi batal,” ujar Nazwan dan menghirup kopi panas itu.
Batal atau kau sengaja batalkan?” tanya Luqman yang tidak puas hati apabila tiada siapa yang ingin menuangkan air untuknya.
Entah. Aku tak dapat fikir siapa yang batalkan,” jawab Nazwan selamba.
Pulak?” Arissa mengerut dahi.
Dia separuh tidur. Belum terjaga sepenuhnya,” beritahu Puan Latifah.
Ohh...,” Arissa mengangguk faham. Sesuatu yang baru dia tahu tentang Nazwan. “Nazwan, aku ada buat donut. Khas untuk kau. Tanda terima kasih sebab kau sudi jadi pemandu aku semalam dan kemarin,” ujar Arissa sambil meletakkan sebiji donut yang kosong di atas pinggan kecil dan diberikan kepada Nazwan. Tiada apa-apa di atasnya. Memang dia sengaja tidak meletakkan perisa di atasnya seperti donut-donut yang lain kerana dia tahu cita rasa Arissa.
Melihat sahaja seketul donut berada di hadapannya, Nazwan segera mencapai cawan kopinya dan menuang sedikit air kopi itu di atas donut tadi. Setelah donut itu dibasahi air kopi, dia mencapai sos cili dan diletakkan di atas sekeliling donut itu. Mereka hanya mampu melihat tabiat makan Nazwan yang memang pelik dan lain dari lain.
Hahaha... comel dan kelakar. Tak sangka Nazwan ni comel dan kelakar!” ujar Arissa mengulang benda yang sama sebaik sahaja melihat Nazwan makan donut yang dibuatnya dengan lahap sekali.
Luqman mengerut dahi.
Begitu juga dengan Puan Latifah yang tidak faham. Mustahil Arissa tak tahu tabiat makan Nazwan yang pelik itu. Ini bukan kali pertama Nazwan buat begitu. Sudah banyak kali.
Err... saya terpaksa pergi ke kuliah dulu. Terima kasih Mama Tifa,” ujar Arissa sebelum meninggalkan Puan Latifah dengan Luqman kehairanan. Manakala Nazwan masih lagi menikmati donutnya.
Kenapa dengan kamu ni?” tanya Encik Luqfi yang menyedari isteri dan anak lelakinya berpandangan sesama sendiri.
Arissa cakap Nazwan comel dan kelakar,” kata Luqman.
Encik Luqfi yang sedang membetulkan tali lehernya, berhenti berbuat demikian. Barangkali cuba berfikir apa yang anaknya beritahu.
Serius?” tanya Encik Luqfi juga tidak percaya. Serentak Puan Latifah dan Luqman mengangguk. Kemudian, mereka bertiga memandang ke arah Nazwan yang baru hendak melahap donut yang kedua.
Nazwan mula menyedari ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arahnya. Perlahan-lahan dia memandang sekeliling. Serta-merta dia berhenti mengunyah. Separuh donut kelihatan tergantung di mulutnya. Dia berasa seperti seorang penjenayah pula.
Kenapa?” tanya Nazwan yang tidak tahu apa-apa.
Kau...,” nafas Luqman mula turun naik. Dia mula dapat mengagak keseluruhannya. “Kita selesaikan balik ni. Ingat, balik ni kita selesaikan!” ujar Luqman bergegas berlalu dari situ.
Nazwan menggaru kepala. Tidak faham dengan apa yang telah berlaku, dia kembali menjamah donut tadi.

****

Tak ada jalan lain lagi,” ujar Arissa. Dia menarik nafas panjang apabila melihat Luqman berjalan menghampiri kereta Neo kelabu itu. Tanpa berlengah lagi Arissa lantas turun daripada keretanya dan bergegas menghampiri Luqman.
Hai Luqman,” sapa Arissa dengan senyuman mesra.
Hai dan babai,” balas Luqman sambil membuk apintu keretanya tapi Arissa pantas menutup kembali pintu kereta itu dan bersandar di pintu itu supaya Luqman menumpukan perhatian kepadanya.
Apa kau nak?” tanya Luqman dengan muka kereknya.
Aku tahu kau tak sukakan aku tapi aku ada berita baik dan aku rasa kaulah orang pertama yang perlu tahu tentang berita ni,” ujar Arissa dengan penuh gembira.
Kau dah jatuh cinta dengan Nazwan,” ujar Luqman yang sudah dapat meneka apa yang Arissa ingin sampaikan kepadanya.
Wau! Kau pun dah jadi ahli peramal masa depan?” ujar Arissa yang sebenarnya sudah dapat jangka Luqman mesti dapat menjangkakan berita itu.
Kau datang awal pagi, bawa donut untuk Nazwan, tuangkan air untuk Nazwan dan langsung tak perasan yang aku tak dapat secawan kopi. Malah, kau cakap Nazwan tu comel dan kelakar,” ujar Luqman dengan poin-poin yang dia dapat kesan.
Mmm...,” Arissa mengangguk faham. “Aku tahu kau mesti tak suka dengan semua ni...”
Yup dan kalau boleh jauhkan diri kau daripada Nazwan,” ujar Luqman yang bunyi seperti memberikan amaran. Tapi, amaran Luqman itu sedikit tidak menakutkan Arissa.
Tak nak!” tegas Arissa. “Aku adalah Arissa yang bila dah jatuh cinta dengan seseorang, aku akan teruskan misi memburu cinta. Jadi, jangan halang aku tapi aku perlukan bantuan kau.”
Hahaha...,” ujar Luqman dengan ketawa dibuat-buat. “Tak ada sebab kenapa aku perlu tolong kau. Aku adalah Luqman yang akan sentiasa melindungi sepupu aku, Nazwan daripada ahli sihir macam kau.”
Baiklah. Kalau macam tu, aku terpaksa gunakan Plan B,” ujar Arissa sambil tersenyum.
Tak pedulilah kalau kau guna plan apa sekali pun. Aku tetap takkan tolong kau. Kalau aku tolong kau itu bermakna aku tolong musnahkan masa depan sepupu aku.”
Kau ingat aku tak tahu apa yang kau sorok dekat laci nombor dua meja tulis kau tu?” ujar Arissa sambil memeluk tubuh. Matanya tepat memandang ke arah mata Luqman.
Luqman ketawa lagi.
Apa kau merepek ni? Kau mana pernah masuk bilik aku, macam mana kau tahu...,” kata-katanya terhenti. Otaknya ligat memproses maklumat. Dia memandang Arissa yang sekdar tersenyum sinis. “Ahli sihir...,” hanya itu yang mampu diungkapnya apabila dia dapat memikirkan taktik kejam Arissa.
Arissa tersenyum sinis. Kemudian dia mengeluarkan satu album yang tidak asing lagi buat Luqman.
Album AKB48 yang ada tandatangan diorang yang hilang tu... ada kat kau?!” dia hampir menjerit melihat album penyanyi kegemarannya yang pernah hilang dulu ada di tangan Arissa.
Aku terjumpa secara secara sengaja. Disebabkan kau selalu sangat sakitkan hati aku, jadi aku terfikir aku kena buat sesuatu untuk tutup mulut kau. Jadi, satu hari, aku menyelinap masuk dalam bilik kau dan terjumpa sesuatu kat laci nombor 2. Memang tak terkata terkejutnya aku tengok laci tu. Bukan saja penuh dengan album AKB48 tapi...,” Arissa sekali lagi tersenyum. “Aku ambil album ni sebab aku tengok, ada sign. Mesti berhargakan?”
Bagi balik!” bagaikan budak kecil Luqman ingin merampas album itu dari tangan Arissa tapi Arissa pantas bertindak dengan mengacukan pemetik api pada gambar gadis-gadis muda yang diconteng dengan tandatangan itu.
Serentak itu Luqman berhenti berbuat apa-apa.
Okey, kau menang. Tolong jangan apa-apakan gambar tu,” ujar Luqman sambil menenangkan Arissa.
Semudah tu? Macam tak percaya je. Kalau aku bagi tahu Sarah, mesti dia akan serang laci nombor 2 kau,” tambah Arissa lagi sengaja ingin menakut-nakutkan Luqman.
Okey. Okey. Aku sumpah akan tolong kau,” Luqman semakin menggelabah.
Arissa tersenyum jahat. Dia mematikan pemetik api itu dan menyimpan album itu ke dalam begnya. Serentak itu, Luqman menghela nafas lega. Mana tidaknya. Punyalah dia bersusah payah menipu neneknya dan pergi ke Jepun senyap-senyap semata-mata hendak dapatkan tandatangan AKB48. Nazwan kata, dia gila. Ya. Dia memang gila kalau melibatkan AKB48.
Okey. Kau dah janji nak tolong aku. Lepas ni, jangan sesekali halang aku menggedik dengan Nazwan. Kalau tak, nahaslah kau. Bukan setakat album ni aku bakar tapi aku report kat Sarah dengan nenek kau apa yang kau simpan dalam laci nombor 2,” ujar Arissa lagi cuba menakut-nakutkan Luqman.
Kau nak aku tolong apa?” tanya Luqman keterpaksaan.
Kau akan naik kereta Nazwan supaya aku boleh tumpangkan Nazwan balik,” ujar Arissa memberitahu rancangannya.
Hah?” terkejut Luqman mendengarnya. “Punyalah kau ugut aku nak bakar album tu, tapi kau hanya minta tolong tu saja?” Luqman seakan tidak percaya.
Kau ingat aku nak buat apa? Rogol Nazwan?” perli Arissa.
Aku tak fahamlah kenapa aku jumpa orang macam kau ni,” keluh Luqman tidak puas hati. Tapi demi album AKB48 dia terpaksa.
Nazwan datang!” ujar Arissa yang terlihat Nazwan dari jauh berjalan menuju ke parkir kereta. Pastinya Nazwan sudah habis kelas. “Hai Nazwan!” sapa Arissa mula menggedek.
Mmm...,” Nazwan sekadar mengangguk.
Err... hari dah petang. Aku nak balik ke rumah dengan naik kereta,” ujar Arissa sambil menekankan perkataan 'kereta' dan memandang Luqman.
Mmm... baliklah,” jawab Luqman acuh tidak acuh.
Arissa mendengus marah.
Sambil memandu aku nak dengar album yang baru aku beli,” ujar Arissa lagi dengan menekakan perkataan 'album'. Serentak itu Luqman tersedar apa yang disuruh oleh Arissa tadi.
Nazwan, aku nak kunci kereta kau,” ujar Luqman dalam terpaksa.
Nak buat apa?” tanya Nazwan. Dalam teragak-agak, dia memberikan kunci keretanya kepada Luqman.
Tiba-tiba aku rasa nak bawa Sarah dating dengan kereta kau,” kata Luqman acuh tak acuh.
Habis kereta kau?” tanya Nazwan pelik dengan Luqman hari ini.
Kami sama-sama merajuk,” jawab Luqman dengan jawapan yang tidak masuk akal lagi.
Habis, aku?” tanya Nazwan lagi.
Kau uruskan diri kau sendiri. Semoga berjaya.”
Kesiannya. Apa kata aku tolong hantar kau balik rumah?” pantas Arissa bersuara.
Nazwan memandang Arissa. Kemudian, dia memandang Luqman yang sudah masuk ke dalam kereta klasiknya.
Kenapa semua orang pelik sangat hari ni?” dia menggaru kepala. Malas hendak berfikir lanjut, dia melangkah masuk ke kereta Arissa.
Oh ya, aku baru teringat. Mama Fiza tak masak malam ni, jadi aku terpaksa bersiap sedia makan kat luar. Alang-alang kau dah tumpang aku, kau temankan aku makan ya,” ujar Arissa sambil menghidupkan enjin kereta.
Err... kalau macam tu... aku nak bas jelah,” baru sahaja Nazwan bersuara, Arissa sudah pun memasukkan gear dan memandu keluar dari tapak parkir khas untuk pelajar universiti itu. Sewaktu dia melalui hadapan keretanya, dia melihat Luqman dengan wajah sedih melambai-lambai ke arahnya.
Sekali lagi dia menggaru kepala.
Arissa tersenyum. Rancangan hendak makan bersama Nazwan sudah berjaya. Dunianya hampir bertembung dengan dunia Nazwan. Tidak lama lagi akan berlaku hura-hara. Semakin tidak sabar dibuatnya!

***

Bukan ke aku dah kata, kita akan sampai rumah sebelum pukul 6 petang,” ujar Arissa kepada Nazwan setelah memberhentikan keretanya di pekarangan rumahnya. Sejak keluar dari univerisiti tadi, Nazwan memang tidak mahu menemaninya makan tapi Arissa terpaksa menggunakan kuasa veto yang ada padanya dengan memandu pergi ke gerai yang kawasannya susah untuk mendapatkan bas dan teksi. Agak kejam tapi itu sahaja yang mampu dia lakukan.
Nampaknya hendak memikat Nazwan memang sukar. Walaupun dia dengan Nazwan sudah berkawan lama tetapi itu tidak bermakna dia tahu setiap kelebihan dan kelemahan Nazwan. Nazwan bukan seperti lelaki-lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Nazwan lain. Orangnya umpama tidak berperasaan. Barangkali masih teringat kekasih lama, Natasya.
Arissa menghela nafas lemah. Dia sekadar melihat Nazwan berjalan meninggalkan kawasan rumahnya. Misi hendak makan bersama Nazwan hari ini sudah berjaya tapi masih belum berjaya sepenuhnya. Nazwan banyak mendiamkan diri sementara dia banyak bercakap.
Nazwan hanya cakap, “Dah? Boleh kita balik?” Ayat itu diulang banyak kali sampai Arissa pun mula bosan.
Hidup dia memang bosan. Pergi kelas, balik rumah, pergi kelas, balik rumah. Ah... Natasya, apa yang kau dah buat dengan Nazwan? Kenapa kau seksa dia sampai macam tu sekali?” keluh Arissa sendirian.
Dengan langkah yang longlai, dia membuka pintu rumahnya. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk, alangkah terkejutnya apabila dia disergah dengan kehadiran Sarah di rumahnya.
Sarah! Apa kau kat sini?” tanya Arissa mengurut dadanya.
Sarah tidak bersuara. Namun sebaliknya terus mencapai tangan Arissa dan menarik Arissa naik ke bilik Arissa. Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci.
Kau dah gila?” itu ayat pertama Sarah sebaik sahaja mereka berhadapan. “Dengan Nazwan? Tak ada lelaki lain ke?” Kali ini Sarah kelihatan marah.
Luqman report kat kau?” teka Arissa.
Ini bukan siapa report pada siapa. Ini hal perasaan orang,” kata Sarah yang masih marah. Kemudian, Sarah menghela nafas panjang. “Okey, pendek kata, kau perlu hentikan semua ni, Arissa. Aku tak kisah kalau kau nak pikat semua lelaki dalam dunia ni tapi bukan Nazwan atau Luqman.”
Kenapa pula? Maksud aku, Luqman tu aku faham tapi kenapa aku tak boleh nak bercinta dengan Nazwan?”
Sebab kau tak boleh! Kau pun tahukan, Nazwan dah kehilangan Natasya. Cinta dia pada Natasya cinta sejati. Bukan cinta main-main. Kau pula, lepas tak sampai dua tiga bulan bercinta dengan lelaki, mesti putus, tak pun kau tinggalkan dia dengan alasan yang entah apa-apa. Jadi, aku tak nak Nazwan alami apa yang kau buat dekat bekas-bekas teman lelaki kau tu. Kau faham tak?” tegas Sarah panjang lebar.
Kau ingat aku memang suka mainkan perasaan lelaki dan kau takut Nazwan jadi mangsa aku seterusnya? Sarah, aku tahu apa yang aku buat. Aku tahu semua ni berlaku dengan tiba-tiba tapi aku yakin, Nazwan mungkin cinta sejati aku,” ujar Arissa dengan yakin.
Sekarang kau bercakap dia cinta sejati kau. Aku percaya selepas beberapa bulan, kau mesti tinggalkan dia. Kau tak boleh tipu aku Arissa. Aku kawan kau. Aku kenal perangai kau macam mana. Perasaan kau terhadap Nazwan hanyalah ilusi.”
Sarah...,”Arissa benar-benar terasa dengan apa yang keluar dari mulut rakannya itu.
Kalau kau sayangkan persahabatan kita, lupakan Nazwan!” tegas Sarah buat kali terakhir. Arissa sekadar melihat Sarah menghilang di sebalik pintu biliknya. Kemudian, dia mencapai bingkai gambar lama yang sering menjadi tatapannya dikala kesunyian.
Jangan risau mama, Rissa kuat. Rissa takkan sesekali mengalah. Biarpun tak ada orang yang faham... Rissa takkan mengalah!” ujarnya dengan penuh berkeyakinan. Namun, pada masa yang sama air matanya mengalir. Dia kecewa.

7 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    Alahai.. kesian pulak kat si Arissa ni..

  1. Suha berkata...:

    kja arissa mmg kja gila >.<' haha kesian nazwan~

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bru ja tersenyum2 baca alih2 masuk mode sedih plak..go go nurfa..sambung lg ya..

  1. Unknown berkata...:

    Laa..kesiannya..ariss be strong ya..sob..sob

  1. IzZ berkata...:

    sedihhhh..sabaq na arissa..T__T

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sedih plak.. xde sape nk sokong Arissa tu..

  1. 3 DARULJALAL 2021 berkata...:

    best la music nie..lgu ape ey..?

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages