Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 8, 2025

KEJORA LIAR : BAB 4

Kejora terdorong bangun dengan tubuh yang lemah. Kepalanya berdenyut hebat, telinganya berdengung, namun hidungnya menangkap satu bau yang asing. Bau itu segar, enak dan sungguh menggoda. Matanya pula seakan dianugerahkan deria baharu. Dalam suasana pekat gelap, setiap sudut terbentang jelas seperti dunia diterangi cahaya rahsia.  Perlahan, pandangannya mula menangkap keadaan sekeliling. Mayat-mayat terbujur kaku bergelimpangan di sekelilingnya. Aneh sekali, tiada gentar, tiada panik. Hanya rasa lapar. Hanya rasa dahaga.  Kejora menelan air liur. Bau darah menusuk deria, begitu menyelerakan. Bau daging segar pula terasa bagaikan janji nikmat yang sukar ditolak. Dia cuba menenangkan diri, menolak bisikan aneh yang muncul dibenaknya. Dia yakin dia sedang bermimpi. Tapi mimpi ngeri ini terlalu nyata.  Satu demi satu kepingan memori muncul dalam ingatannya.  Dia teringat menaiki kapal persiaran bersama Haslina, Harris dan Rosie… Teringat pertengkarannya dengan Harris yan...

KEJORA LIAR : BAB 3

  Harris bernasib baik. Dia terselamat daripada tembakan bertalu-talu tadi. Dalam hiruk-pikuk tembakan dan jeritan, dia sempat berlindung di tempat yang tersorok. Dari situ, dia melihat beberapa lelaki berpakaian serba hitam menembak membuta tuli ke arah orang ramai. Suasana bertukar kecoh, bunyi kaca pecah berselang-seli dengan laungan meminta tolong bergema di sekeliling.  Apabila keadaan sedikit reda di kawasan itu, Harris segera merendahkan badan dan berlari ke arah bertentangan. Nafasnya tercungap-cungap, dada berombak menahan takut dan cemas. Demi Rosie, dia gagahkan diri.  Tidak jauh dari situ, dia terserempak dengan Firdaus yang sedang mencari arah selamat. Dia berasa syukur kawannya masih selamat. Firdaus yang menyedari Harris, terus bertanya tentang Kejora, “Kejora mana? Bukan ke kau pergi jumpa dia?” Harris cuba mengatur nafasnya. “Kejora selamat. Dia bersembunyi di tempat yang selamat,” jawabnya pantas dan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut.  Firdaus mem...

KEJORA LIAR : BAB 2

  Esoknya, Haslina datang ke bilik Harris untuk menghantar jaket Firdaus. Ketika itu, Firdaus sedang mandi, jadi Harris yang kebetulan belum keluar membuka pintu.  Haslina tidak banyak bercakap. “Firdaus ada?” tanyanya ringkas.  “Mandi,” jawab Harris, sambil melirik pada jaket hitam di tangan Haslina. Itulah jaket yang Kejora pakai malam tadi.  “Aku nak pulangkan jaket dia,” kata Haslina.  Kebetulan, Firdaus keluar dari kamar mandi. Dia turut terkejut dengan kehadiran Haslina. Harris memberi isyarat. Dengan rambut masih basah, Firdaus menyambut jaketnya daripada tangan Haslina.  “Kejora mana?” tanya Harris, masih tidak berganjak dari tadi.  “Bilik,” jawab Haslina sepatah.  “Dia tak keluar sarapan?” “Dah. Dia awal-awal lagi dia dah siap terpacak di depan pintu restoran sebelum pintu buka. Ni baru balik makan,” jawab Haslina sebelum berlalu pergi.  Harris kembali menutup pintu dan duduk di atas katilnya. Matanya memerhati Firdaus yang sedang me...