Seseorang untuk Dinikahi: Bab 6



Ohhh... handsomenya!” Nana di sebelahnya mula menggelupur kegedikan seperti yang dijangka Arissa. Tapi oleh sebab dia turut tersihir dengan kenyitan mata Nazwan tadi, dia masih terpaku seperti patung. Otaknya kosong. Macam baru sahaja kena cuci.
Boyfriend you ke?” tanya Nana.
Mmm...,” Arissa mengangguk tanpa sedar.
Ala... kenapalah kau selalu dapat boyfriend yang sangat handsome. Aku cemburulah,” ujar Nana kecewa.
Ehhh, tak! Dia bukan boyfriend aku,” pantas Arissa membetulkannya setelah dia menyedari dia sudah tercakap sesuatu yang tidak benar malah lari daripada rancangan sebenarnya.
Betul?” Mendengar Arissa menafikannya, Nana mula gembira.

Arissa mengangguk.
Dia kawan aku. Papa aku tak bagi aku drive sendiri ke sini, jadi aku minta bantuan dia,” terang Arissa secara ringkas. Dia menghela nafas lega. Tidak faham dengan dirinya sendiri. Entah apa pula sihir yang Nazwan guna tadi sehingga otaknya kosong sebentar.
Ohhh... siapa nama dia?” tanya Nana semakin miang.
Nazwan Syah.”
Single?” tanya Nana pantas.
Mmm...,” Arissa sengaja tidak mahu menjawab soalan itu dengan segera. Bila dia tengok Nana bagaikan kucing betina yang tidak sabar, akhirnya dia bersuara, “Masih single tapi... susah sikit.”
Susah? Dia gay?” tanya Nana tanpa bertapis.
Setakat ni aku tak nampak lagi dia berminat dengan lelaki,” beritahu Arissa ketawa.
Ohhh... aku tahu. Dia pemalu bukan?”
Err... susah nak kata.”
Pendek kata dia bukan boyfriend kau, kan?”
Arissa mengangguk.
Okey, thank you. Aku nak masuk bilik dulu, mandi, tidur dan jangan lupa ajak dia barbeku malam ni,” ujar Nana kepada Arissa sebelum melangkah pergi meninggalkan kaunter.
Huh, ingat aku ni orang suruhan kau ke yang perlu ikut arahan kau. Maaf ya. Walaupun Nazwan bukan boyfriend aku tapi aku sayang dia. Aku takkan benarkan kau ganggu hidup dia! Hati Arissa bersuara dengan penuh menyampah.
Arissa oh Arissa,” tegur Melati tiba-tiba.
Kenapa?” tanya Arissa.
Kau ni sejak dari dulu lagi tak berubah.”
Err.. apa maksud kau?”
Kau tahu yang Nana pasti akan jadi pesaing kau nak pikat Aidil, jadi kau sengaja bawa kawan kau yang handsome tu semata-mata nak alihkan pandangan Nana, betul tak?” teka Melati.
Sejak bila kau berkawan dengan ahli peramal nasib manusia ni?” tanya Arissa separuh bergurau separuh terkejut.
Sejak aku berkawan dengan kawan yang selalu ada rancangan jahat,” jawab Melati selamba.
Mana ada rancangan jahat. Ini strategi. Kau ingat main bola sepak je ke yang ada strategi. Semua benda yang kita perlu buat mesti ada strategi. Dengan strategi ajelah yang mampu buat kita lebih maju selangkah!” kata Arissa dengan penuh yakin.
Aku ingat dulu kau kata, kita perlu bersikap adil dengan setiap pesaing kita. Adil ke apa yang kau buat ni?” soal Melati lagi.
Melati, kau pernah dengar tak orang kata, belajar daripada kesilapan. Ya. Memang aku pernah kata macam tu dulu. Aku memang sukakan pesaingan yang sihat dan adil tapi selepas aku kalah dengan seorang perempuan tu, aku dah tak percayakan pesaingan yang adil. Itulah yang aku belajar daripada kesilapan aku,” jawab Arissa.
Apa dah berlaku?” tanya Melati.
Mmm... cerita tu dah lama tapi aku ingat lagi aku sukakan satu lelaki ni. Tapi dalam masa yang sama ada seorang perempuan agak tua daripada aku minat dia juga. Kami berjumpa dan berjanji akan mulakan satu persaingan yang sihat tapi akhirnya lelaki tu pilih perempuan tu. Sebulan lepas tu baru aku tahu yang perempuan tu pakai bomoh.”
Ya Allah, macam tu sekali?”
Dalam persaingan merebut lelaki, kita akan jumpa pelbagai jenis perangai manusia. Sebab itulah aku perlukan strategi,” tambah Arissa dengan bangga.
Melati hanya mampu menggeleng. Dari dulu sampai sekarang, Arissa masih lagi tidak berubah. Dia ingatkan apabila sudah masuk universiti, fikiran Arissa akan berubah dan tidak memburu cinta lagi tapi nampaknya Arissa masih sama seperti dahulu.
Suka hati kau ajelah. Tapi aku nak bagi amaran. Jangan sesekali bermain dengan cinta kalau tak, kau juga yang akan merana lagi.”
Aku berharap aku dapat merana kerana cinta,” keluh Arissa.
Arissa! Aku serius.”
Aku pun serius,” tegas Arissa. “Kau tahu, aku dah banyak kali putus cinta, kena tinggal, kena tipu tapi semuanya tak mampu buat aku merana. Bila aku tak merana, itu bermakna ia bukan cinta sejati aku. Huh, bilalah cinta sejati aku nak datang ni.”
Budak ni,” keluh Melati yang tidak tahu hendak komen apa lagi.
Aidil....”
Mmm... aku harap Aidil akan jadi cinta sejati aku nanti,” ujar Arissa kembali bertenaga.
Tak... Aidil....”
Jangan risau. Aku tahu dia tu jenis yang sukar ditangkap tapi aku dah sediakan strategi yang baik punya untuk pikat Aidil. Aku pasti, dia akan jatuh cinta dengan aku dalam masa dua hari!” tambah Arissa lagi.
Melati sekadar tersenyum.
Okey, aku tahu. Kau nak kerja. So, aku masuk bilik dulu,” kata Arissa yang tidak sedar dia sudah mengambil masa Melati. Nasib baiklah Melati bos. Kalau pekerja, sudah lama kena tegur dengan pengurus.
Melati memberikan kunci bilik yang baru kepada Arissa. Sebaik sahaja Arissa berpusing ke belakang, dia terkejut apabila hampir bertembung dengan dada lelaki yang tegap.
Oh maaf,” ujarnya yang tidak menyedari ada pelanggan lain di belakangnya.
Tak mengapa,” jawab lelaki itu.
Mendengar sahaja suara lelaki itu, darah Arissa berderau. Perlahan-lahan Arissa mendongak ke atas memandang wajah lelaki yang tinggi lampai itu. Pandang sahaja wajah lelaki itu, tubuhnya sudah seram sejuk.
Aidil!
Arissa menjadi kaku di hadapan lelaki yang menjadi buruan cintanya kali ini. Pastinya Aidil sudah dengar apa yang dia kata tadi. Melati pun satu, kalau dah nampak Aidil datang, bukannya nak bagi warning. Arissa lantas memandang Melati.
Aku dah bagi warning tadi tapi kau tu terlampau banyak mulut,” jawab Melati yang tahu apa yang ingin dikatakan oleh Arissa.
Kemudian, Arissa memandang ke arah Aidil. Lelaki itu sekadar mengukir senyuman maco. Lebih maco seperti dahulu. Arissa menarik nafas panjang. Dia cuba tenangkan dirinya. Rahsianya sudah terbongkar. Tidak ada gunanya lagi dia menyembunyikan perasaannya.
Berusaha Arissa! Suara hatinya memberikan galakan.
Hai Aidil,” sapa Arissa kepada Aidil. “Maaf, saya tak perasan awak dah sampai. Awak mesti sudah dengar apa yang saya katakan tadi, bukan? Sebenarnya saya bergurau saja. Sebenarnya saya tak ada rancangan yang bagus untuk pikat awak...,” kata-kata Arissa terhenti apabila dia sendiri tidak sedar apa yang dia cakap. “Err... maksud saya, saya cuma bergurau,” tambahnya lagi.
Senyap. Situasi antara dia dengan Aidil agak menjanggalkan.
Okey, saya nampak macam orang bodoh bila cuba menipu sedangkan saya tak pandai menipu orang. Ya. Saya datang sini sebab nak pikat awak. Saya dah jatuh cinta dengan awak sejak sekolah lagi tapi malangnya awak dah ada teman wanita. So, bila saya dengar awak masih single dan handsome, jadi saya datang sini semata-mata nak pikat awak,” ujar Arissa dengan berterus-terang.
Err... maafkan saya kalau soalan saya ni agak kasar,” Aidil mula bersuara tapi pertanyaannya sedikit teragak-agak.
Awak belum tanya lagi macam mana saya nak tahu kasar atau tidak,” pantas Arissa bersuara walaupun dia tahu Aidil belum habis berkata-kata.
Siapa awak?” tanya Aidil.
Pertanyaan Aidil tadi membuatkan Arissa terperanjat habis.
Awak... awak tak kenal saya?”
Aidil menggaru kepala. Kemudian, dia menggeleng.
Serius? Awak tak kenal saya?”
Kali ini Aidil mengangguk kepala.
Arrgghh!!! Apa dah jadi dengan dunia ni? Orang yang aku suka tahap gaban dulu tak kenal aku? Mana aku nak letak muka ni?” ujar Arissa separuh menjerit sambil berlari berlalu dari situ menuju ke lif. Langsung meninggalkan dua bagasi yang ditinggalkan Nazwan di lobi.
Arissa! Beg kau!” jerit Melati.
Suruhlah sesiapa hantar kat bilik aku!” jerit Arissa sebelum pintu lif tertutup.

***

Malam menjelang. Selepas menikmati makan malam di restoran berhampiran, Nazwan segera kembali ke biliknya. Ketika dia sedang menunggu lif, dia dapat melihat kemeriahan di bahagian kawasan kolam renang yang ditutup oleh orang ramai sejak petang tadi untuk reunion kelas Arissa.
Dia sempat mengintai dari luar. Mencari kelibat Arissa tapi matanya tidak dapat menangkap bayang Arissa sebaliknya, Nana pula muncul di hadapannya. Nampak sahaja wajah Nana, terus dia menggelabah. Lantas dia memalingkan kepala dan berharap lif sampai cepat.
Nazwan,” panggil satu suara.
Nazwan sengaja berbuat tidak mendengar. Dia melihat nombor-nombor yang muncul di atas pintu lif yang berhenti di tingkat 2. Pada masa inilah dia terasa ingin menyumpah orang yang masih lagi menggunakan lif walaupun destinasinya ke tingkat 2. Bukankah lebih baik guna tangga, hatinya membebel.
Nazwan,” bahunya disapa.
Nazwan menghela nafas panjang.
Ini semua Arissa punya pasal! Entah apa yang Arissa sampaikan kepada Nana sampai Nana pun tahu namanya.
Nak tak nak. Nazwan terpaksa berhadapan dengan Nana. Dalam pada itu, dia turut terkejut apabila Melati juga berada di sebelah Nana. Dia mula meragui rancangan Arissa. Kalau Nana terpikat dengannya, dia faham tapi kalau Melati turut terpikat... ini mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Kenapa?” tanya Nazwan sambil berharap mereka berdua tidak memaksanya menyertai reunion itu. Sumpah, dia akan lari naik ke atas guna tangga walaupun biliknya di tinggat 7.
Arissa tak nak turun,” kata Melati sebelum Nana ingin bersuara.
Hah?” terkejut dia mendengarnya.
Sebelum ini punyalah bersemangat Arissa hendak pergi ke reunion ini. Bila sudah sampai, buat perangai pula. Sah. Nazwan dapat rasakan ada sesuatu yang telah berlaku. Tidak mungkin sebab Arissa tidak tahu hendak pakai baju apa, sebabnya Arissa sudah bawa dua bagasi yang terlampau banyak pilihan yang boleh dibuat. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang buat dia malu hendak muncul di perjumpaan itu.
Apa dah berlaku?” tanya Nazwan.
Panjang ceritanya....”
Pendekkan,” balas Nazwan.
Dia merajuk,” kata Nana.
Merajuk?” tanya Nazwan sekali lagi inginkan kepastian. Rasanya perkataan merajuk tidak ada langsung dalam kamus hidup Arissa. Arissa bukan seorang yang mudah merajuk.
Apa yang saya tahu, dia terkejut bila Aidil tak kenal Arissa,” jawab Nana.
Ohh...,” jawab Nazwan pendek. Kalau itu sebabnya, memang patut pun Arissa tidak muncul ke perjumpaan itu. Tapi itu bukan merajuk. Itu sengaja cari perhatian orang.
Jadi, boleh tak awak tolong pujuk dia?” pinta Melati.
Saya?”
Tolonglah. Kami dah sediakan sejak dari petang tadi untuk dia. Kalau dia tak muncul, tak ada gunanya kami buat semua ni untuk dia....”
Buat apa?” tanya Nazwan.
Tentulah surprise birthday dia!”
Ohh... dia ada hari jadi,” ujar Nazwan acuh tidak acuh. Selama dia berkawan dengan Arissa, dia tidak pernah terfikir atau bertanya tarikh hari jadi Arissa. Hari ini, barulah dia tahu yang Arissa ada tarikh lahir rupanya.
Cepatlah! Pujuk dia,” ujar Melati sambil menolak Nazwan masuk ke dalam lif yang sudah terbuka luas.
Nak tak nak Nazwan terpaksa menurut. Tiba di bilik Arissa Melati sudah memberi amaran kepadanya supaya tidak bercakap apa-apa tentang surprise birthday. Melati orang pertama yang datang mengetuk pintu. Ketukannya sekali dengan jeritan sederhana kuat memanggil nama Arissa. Tiada sebarang balasan yang diterimanya dairpada Arissa. Ini membuatkan Melati berasa risau.
Rasa-rasa dia punya merajuk tahap kelar tangan dengan pisau tak?” tanya Nana.
Aku masih hiduplah! Ingat aku ni bodoh sangat ke nak kelar tangan sendiri?!” jerit suara Arissa dari dalam.
Kalau masih hidup keluarlah. Mereka semua nak jumpa kau,” balas Melati.
Tak nak!” suara Arissa kedengaran tegas.
Arissa....”
Tak nak!” tegas Arissa lagi. “Walaupun kau orang pujuk aku dengan lelaki handsome sekali pun aku tak nak keluar!”
Melati mengeluh sambil memandang Nazwan. Kini, barulah Nazwan faham kenapa mereka meminta bantuannya tapi malangnya dia orang tidak faham yang dia sendiri tidak tahu hendak buat apa. Tambah lagi, dia tidak ada keinginan hendak memujuk Arissa yang gemar buat perangai gedik tak bertempat.
Tapi, kalau dia tidak tolong mereka, mereka tetap akan menganggu hidupnya. Nazwan menghela nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik Arissa.
Arissa,” panggil Nazwan. “Keluarlah. Kawan-kawan kau dah lama tunggu tu,” ujar Nazwan pertama kali bertindak sebagan juru pujuk Arissa.
Tak nak!” Arissa masih bertegas dengan keputusannya.
Huh, dia tak nak. Rasanya tak perlu kita pujuk dia lagi. Jom Nazwan, kita bergembira kat bawah. Lagipun I dah lapar dah ni,” kata Nana dengan lengguk suara yang manja.
Nana! Kau jangan ganggu Nazwan! Walaupun dia bukan boyfriend aku tapi aku takkan benarkan kau menggedik dengan Nazwan! Dasar kucing betina yang miang!” jerit Arissa dari dalam sempat memberikan amaran kepada Nana.
Suka hati akulah. Dia bukan boyfriend kau pun!” balas Nana tidak mahu mengaku kalah. “Jom Nazwan,” Nana sudah menarik-narik tangan Nazwan.
Err...,” Nazwan melepaskan tangan Nana mentah-mentah. “Ada kunci pendua?” tanya Nazwan kepada Melati.
Melati mengangguk. Nasib baik dia sempat menyambar kunci pendua bagi bilik Arissa sebelum naik ke atas tadi. Tanpa berlengah lagi, dia segera membuka pintu bilik Arissa. Tiada cara lain lagi. Kalau mereka terus memujuk dengan pintu masih terkunci, mungkin selama-lamanya Arissa tidak akan keluar dari bilik itu.
Ahhh... kau orang main tipu,” kata Arissa yang geram apabila menyedari pintu biliknya dibuka dengan kunci pendua. Tanpa berlengah lagi dia terus berlari naik ke atas katil dan mencapai gebar putih lalu menutup seluruh tubuhnya.
Pulak dah,” keluh Melati yang sekadar mampu menggeleng melayan kerenah Arissa.
Nazwan yang tidak tahan dengan perangai Arissa itu terus melangkah masuk ke dalam. Dia patut dengar cakap Luqman semalam yang suruhnya batalkan sahaja rancangan dia menemani Arissa ke perjumpaan ini kalau tidak dia akan menyesal. Ya. Dia mula menyesal.
Tiba di tepi katil, Nazwan segera menarik gebar yang menutup seluruh tubuh Arissa yang sebenarnya sudah siap memakai gaun labuh berwarna putih. Nampak sangat Arissa memang hendak turun ke perjumpaan itu tapi takut hadapi kenyataan.
Nazwan, kau sepatutnya memihak pada aku bukannya pada diorang,” keluh Arissa yang terasa dirinya sedang dipermainkan.
Sudahlah tu Arissa. Aidil sengaja nak main-main dengan kau je. Takkan kau tak kenal dengan perangai Aidil yang suka menyakat kau dulu? Dia tak tahu pulak dia boleh merajuk sampai macam ni,” pujuk Melati.
Huh, hal kecik pun nak merajuk sampai macam ni,” celah Nana.
Kucing miang, kau diam!” marah Arissa dengan jelingan tajam. “Kalau dia main-main, kenapa mesti Nazwan yang pujuk aku? Kenapa tak suruh Aidil?”
Eee... ada hati nak suruh Aidil pujuk kau,” sindir Nana.
Kucing miang ni memang nak kena...,” Arissa mula hilang sabar. Lantas dia mencapai bantal putih itu dan ingin membalingnya ke arah Nana tapi lantas Nazwan menghalangnya. “Jangan halang aku Nazwan. Kucing miang ni memang suka buat aku marah!”
Arrissa!” suara Nazwan mula meninggi. Arissa terdiam. Dia memandang Nazwan dengan reaksi tidak percaya. Selama ini dia jarang mendengar suara Nazwan yang tinggi. Ini kali pertama dia ditengking oleh Nazwan.
Nazwan, kau tengking aku...,” ujar Arissa masih tidak percaya.
Sebab kau terlampau nakal,” jawab Nazwan kembali dengan suara lembutnya.
Aku mana ada nakal. Aku cuma... tak puas hati. Aku tahu. Dulu aku tak cantik. Badan aku gemuk. Walaupun sekarang ni aku kurus sikit dairpada dulu tapi takkanlah sampai macam tu sekali dia tak kenal aku.”
Nazwan mengukir senyuman.
Itu maknanya kau dah berubah banyak sampai dia tak kenal kau,” ujar Nazwan.
Betul?”
Nazwan mengangguk.
Ingat lagi tak? Ada satu hari tu kau tercicir satu gambar lama kau dan aku tertengok gambar tu. Bila kau beritahu yang tu gambar kau, aku terkejut?”
Ahhh... masa tu memang kau tak percaya,” ujar Arissa yang teringatkan peristiwa itu. “Kau banyak kali tanya sama itu gambar aku dan Luqman pula asyik kata aku sihir mata korang supaya nampak aku yang kurus macam ni. Ada pula dia kata macam tu. Walaupun badan aku dah kurus tapi tengok pipi aku. Masih tembam macam dulu,” ujarnya sambil memegang kedua pipinya yang sering menjadi sasaran cubitan Sarah.
Nazwan tersenyum lagi.
Tapi tak setembam dulu. Mungkin sebab tu Aidil tak kenal kau macam kami tak percaya itu gambar kau masa dulu-dulu.”
Betul?”
Nazwan mengangguk.
Nazwan, tak sia-sia aku ajak kau ke sini! Aku sayang kau!” sorak Arissa gembira. Dia ingin memeluk Nazwan tapi mujurlah dia sedar bahawa Nazwan itu lelaki. “Err... aku tak boleh peluk kau.”
Dah habis merajuk? Jom turun bawah. Diorang semua dah tunggu kau,” kata Melati.
Nanti. Aku rasa pakaian ni tak beberapa sesuai. Tunggu aku tukar pakaian jap,” ujar Arissa sambil membuka beg pakaiannya. Baru dia ingin memilih baju, dia teringatkan sesuatu.
Nazwan,” ujar Arissa sambil memandang ke arah Nazwan yang masih lagi berada dalam biliknya. Nazwan memandangnya seperti tiada apa-apa yang berlaku. “Apa kau buat dalam bilik aku lagi? Aku nak tukar bajulah! Keluar cepat!”
Ohhh...,” ujar Nazwan acuh tidak acuh. Seperti orang tidak berperasaan Nazwan segera bangun dan berlalu keluar. Selain Nazwan, Nana dan Melati turut keluar dari bilik Arissa dan menanti di luar sementara Arissa menyalin pakaian.
Nazwan,” panggil Melati kepada Nazwan yang mula mengorak langkah.
Nazwan berhenti melangkah dan berpaling.
Terima kasih ya,” ucap Melati.
Nazwan sekadar mengangguk. Sejujurnya, dia sendiri masih tidak percaya yang dia berjaya memujuk Arissa malam itu.
Awak tak nak turut serta?” tanya Nana.
Nazwan menggeleng.
Kucing miang, jangan menggatal. Nazwan perlu berehat sebab esok dia akan jadi driver aku,” ujar Arissa yang sudah siap menyalin pakaian.
Kali ini Nazwan tersenyum. Apa yang Arissa cakap itu agak kasar kerana menggelarkannya 'driver' tapi sekurang-kurangnya Arissa menyelamatkannya daripada menyertai perjumpaan itu. Dia lebih suka tidur di biliknya daripada menyertai perjumpaan dengan orang yang asing dalam hidupnya.

***

Bukan ke aku dah kata, batalkan saja niat kau nak temankan Arissa tapi kau degil. Sekarang, kau kena buli dengan Arissa, aku tak dapat tolong kau,” Luqman mula membebel di talian.
Sebenarnya, dia tidak mahu menceritakan hal remeh temeh yang terpaksa dilaluinya hari ini kepada Luqman yang menelefonnya itu. Tapi Luqman memang pandai mendesak. Tambahan pula Luqman sudah sedia maklum yang dia tidak pandai berbohong. Akhirnya, dia terpaksa memberitahu Luqman dari awal hingga akhir.
Balasannya, dia terpaksa mendengar leteran Luqman. Memang sejak dari dahulu lagi Luqman begitu ambil berat terhadapnya. Sejak dia kehilangan ibu bapanya, Luqman sudah bertindak sebagai pelindung yang akan melindunginya dairpada dibuli oleh orang lain terutamanya Arissa.
Kadangkala dia sendiri tidak faham. Apa yang Arissa buat terhadapnya bukanlah buli tapi itu adalah cara Arissa berkawan dengannya. Malangnya, Luqman mentafsir setiap perbuatan Arissa adalah buli.
Tak ada apalah. Kau tahu ajelah dengan perangai dia tu yang selalu sangat timbulkan masalah,” ujar Nazwan cuba menyebelahi Arissa.
Ohh tidak....”
Apa yang tidaknya?” tanya Nazwan kembali.
Jangan kata kau dah terkena sihir Arissa.”
Luqman....”
Nazwan, aku sayangkan kau. Kaulah sepupu sehati sejiwa aku. Aku tak sanggu sepupu sehati sejiwa aku dirampas oleh ahli sihir merangkap musuh ketat aku,” tambah Luqman lagi.
Luqman, aku belum bersedia nak terima kenyataan yang sepupu aku ni gay.”
Apa pulak gay,” suara jantan Luqman sudah keluar. “Aku risaukan kau tahu tak!”
Aku tahu. Jangan risau. Aku tahu apa yang aku buat.”
Memanglah kau tahu apa yang kau buat. Kau tahu, walaupun aku lagi handsome daripada kau tapi kau tu memang mudah nak cairkan hati perempuan?”
Ohhh?”
Jangan buat sound effect menjengkelkan tu. Aku serius ni!”
Aku pun serius. Aku serius mengantuk ni. Benarkan aku tidur,” ujar Nazwan acuh tak acuh.
Jangan tekan butang merah tu. Aku belum habis cakap lagi,” tegas Luqman.
Err... ada orang ketuk pintu bilik aku,” beritahu Nazwan apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.
Jangan! Abaikan! Ingat kau sekarang berada kat tempat orang. Jangan sesekali buka pintu malam-malam buta ni,” kata Luqman lagi serupa macam seorang ibu risaukan anaknya.
Tapi dia panggil nama aku,” ujar Nazwan apabila terdengar namanya dipanggil.
Nazwan! I tahu you ada kat dalam tu!” jerit suara Nana dari luar.
Macam suara Nana.”
Jangan buka. Kau ingat pesan aku semalam? Lelaki akan lemah bila jadi perkara macam ni. Malam-malam buta, perempuan ketuk pintu, beritahu kononnya dia takut nak tidur seorang diri dan mintak kau temankan dia tidur...”
Luqman, aku tahu semua tu. Jangan risaulah. Rasanya macam ada sesuatu yang penting je,” kata Nazwan apabila mendengar Nana masih memanggil namanya lagi.
Okey, kau tanya tapi jangan buka pintu!”
Nazwan menurut. Nazwan berlalu ke pintu biliknya.
Kenapa?” tanya Nazwan di sebalik pintu.
Buka la pintu ni. I bukan buat apa pun. I ada hal nak tanya ni.”
Tanya sajalah,” Nazwan tetap bertegas tidak mahu membuka pintu.
Okey... I nak tanya, Arissa ada dalam bilik you ke?”
Hah?” soalan itu membuatkan Nazwan terkejut.
Arissa ada dalam bilik kau ke?” tanya Luqman yang barangkali turut mendengar pertanyaan Nana tadi.
Gila kau. Takkan aku nak cari nahas dengan nenek?” balas Nazwan menafikan tuduhan tidak berasas itu. “Nana, Arissa memang tak ada dalam bilik saya. Saya tinggal seorang diri.”
Habis tu, saya dengar awak bercakap tadi. Awak cakap dengan siapa?” tanya Nana.
Nazwan mengeluh.
Saya cakap dengan sepupu saya melalui telefon.”
Ohhh... sepupu awak tu lelaki atau perempuan?”
Sekali lagi Nazwan mengeluh. Penat melayan kucing miang ini. Entah ke manalah Arissa sekarang sampai 'melepaskan' kucing miang ni berjalan seorang-sorang tengah-tengah malam.
Tadi awak cari Arissa... kenapa?” tanya Nazwan.
Dia hilang.”
Ohhh...,” hanya itu reaksinya. Kucing miang tiba-tiba risaukan Arissa yang hilang? Huh, siapa yang percaya.
Dia betul-betul hilang,” kata Nana.
Tak pe. Nanti saya call dia. Awak baliklah,” arah Nazwan dan berharap Nana akan beredar pulang ke bilik.
Kalau dah dapat call awak beritahu saya tau. Suruh Arissa call saya. Saya risau. Sudahlah saya dapat tahu dia keluar dengan Aidil tadi. Aidil tu bukan boleh dipercayai sangat,” ujar Nana sebelum berlalu dari situ.
Nazwan terdiam dan cuba mentafsir apa yang diberitahu oleh Nana tadi.
Luqman, nanti aku call kau balik. Aku ada hal,” ujar Nazwan yang mula risau terus mematikan talian sebelum sempat Luqman bersuara.
Sebaik sahaja dia mematikan talian, satu panggilan muncul di skrin handsetnya. Nazwan menghela nafas lega apabila melihat nama Arissa muncul. Tanpa berlengah lagi dia terus menjawab panggilan itu.
Arissa....”
Nazwan! Tolong aku. Tolong aku... Aidil... dia... Arghhh!! Lepaslah... “
Tuttt....

8 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    Aidil wat mende tak elok ke tu??? Huhuhu

  1. Unknown berkata...:

    Cik ratu bulan ..saya suka citer ni..pandai bagi saspen..nazwan..jatuh cinta la kat arisss..mcm sesuaiii...je

  1. Suha berkata...:

    gimik kot ? :O :/ hmm~ haha 'nway best ~.^/ xpuas baca >..<" :huu:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazwan!!cepat p tolong arissa tu!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Arissa kenape ? Best sambung cepat kak ratu

  1. epy elina berkata...:

    suka arissa ngn nazwan...
    best2x..

  1. | feynaa | berkata...:

    nak lagi !! hehehe :D

  1. Maira Hawani berkata...:

    herrrr :3 suspenn !!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages