Seseorang untuk Dinikahi: Bab 19



Baru sahaja dia ingin terlelap, dia terasa gebar yang membaluti tubuhnya ditarik seseorang. Dengan malas dia membuka mata. Seperti yang dijangka, pasti Luqman punya kerja.
Kenapa?” tanya Nazwan separuh mengantuk.
Kau boleh tanya kenapa lagi? Aku ajak kau datang sini bukannya suruh kau sambung tidur,” kata Luqman.
Bukan ke kau yang kata aku boleh habiskan masa duduk dalam bilik sementara kau dengan Sarah keluar dating.”
Memanglah tapi sekarang dah lain. Kalau aku dating dengan Sarah, sepupu Sarah tu siapa nak jaga?”

Nazwan mengerut dahi. Dia langsung tidak dapat memikirkan apa kaitannya dengan sepupu Sarah itu. Lagipun Luqman juga sudah sedia maklum yang dia tidak gemar bercampur gaul dengan orang yang kurang dikenali terutamanya perempuan. Lagi-lagi bila dia dapat tahu gadis itu juga memiliki nama yang sama seperti kekasihnya dulu.
Bila difikir balik, dia pasti ini adalah sebahagian daripada rancangan Luqman. Luqman tidak akan mengajaknya pergi bercuti dan membuat alasan yang tidak masuk akal. Berdua-duaan dengan Sarah di Cameron Highland? Itu memang bukan Luqman yang dikenali. Bila Luqman perkenalkan Asha, barulah dia faham rancangan Luqman. Ini tidak lain tidak bukan mesti hendak mengalihkan perhatiannya dengan kehadiran gadis yang bernama Natasya.
Tapi usaha Luqman itu sia-sia sahaja. Dia tidak mudah jatuh ke dalam perangkap Luqman.
Dia dah besar panjang. Pandai-pandailah dia nak jaga diri. Lagipun dia lebih tua daripada kita takkan dia tak pandai jaga diri kot,” jawab Nazwan sambil menarik kembali gebar putih yang ditarik Luqman tadi.
Memanglah dia pandai jaga diri tapi kalau kau ada lagi bagus. Aku dengan Sarah dan kau boleh layan dia. Tak adalah dia rasa macam datang sini seorang diri,” Luqman sekali lagi menarik gebar tadi.
Bila masa pulak aku pandai layan perempuan ni?”
Aku tak kira, kau kena ikut kita orang jugak!” paksa Luqman sambil menarik tangan Nazwan bangun dari katil.
Aku mengantuklah,” kata Nazwan kembali berbaring. “Kau pergilah keluar. Lagipun apa gunanya sewa bilik ni kalau tak guna untuk tidur,” tambah Nazwan lagi.
Tidur tu bila-bila pun boleh. Kau tahu tak, demam kau boleh datang balik kalau kau tak buat aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Jom, kita keluar jalan-jalan. Apa gunanya kau datang sini tanpa pergi jalan-jalan,” paksa Luqman lagi menarik Nazwan supaya bangun dari baringnya.
Luqman, aku nak tidur....”
Kau ada dua pilihan sekarang, ikut aku atau aku akan ganggu kau tidur sepanjang hari ni. Kau pun kenal aku, bukan? Selagi aku tak dapat selagi itulah aku akan paksa kau,” Luqman semakin mendesak.
Okey,” jawab Nazwan dalam terpaksa. Memang dia kenal dengan Luqman yang tahu bagaimana hendak menguasai dirinya. Kalau Luqman kata akan ganggu dia tidur, memang Luqman akan kotakan kata-katanya. Jadi, suka atau tidak, dia terpaksa mengikut kata-kata Luqman.
Bagus. Bersiap sekarang,” kata Luqman menariknya turun dari katil.
Tapi aku cuma bawa baju tidur saja,” jawab Nazwan selamba.
Aku dah agak dah sebab tu aku dah sediakan untuk kau,” balas Luqman sambil membuka bagasinya.
Seakan tidak percaya Nazwan dibuatnya. Patutlah dia berasa pelik apabila Luqman membawa bagasi sederhana besar untuk ke sini, rupa-rupanya Luqman turut memuatkan pakaiannya dalam bagasi itu.
Luqman, kau memang licik,” keluh Nazwan sebelum berlalu masuk ke dalam kamar mandi. Hanya 10 minit sahaja diperlukannya untuk mandi dan menyalin pakaian. Dalam tidak puas hati, sempat juga dia memuji Luqman yang tidak menyediakan pakaian yang pelik-pelik.
Hah, handsome pun!” puji Luqman sebaik sahaja Nazwan keluar dari kamar mandi.
Jangan nak perli aku,” Nazwan menjeling tajam.
Aku tak perli. Kau memang handsome pada dasarnya tapi kau tak reti nak guna semua tu dengan baik,” balas Luqman lagi.
Luqman, kalau lelaki puji lelaki lain handsome, itu maknanya dia gay,” kata Nazwan jijik dengan kata-kata Luqman tadi.
Habis tu, siapa yang layak panggil kau handsome? Perempuan? Aku tertanya-tanya, kalau banyak-banyak perempuan, siapa yang pernah puji kau handsome?” tanya Luqman.
Aku yakin sebab kau lagi handsome daripada Aidil.”
Tiba-tiba wajah Arissa terlintas di fikirannya. Dia memang tidak banyak kawan perempuan. Biarpun dia pernah ada kekasih tetapi kekasihnya itu tidak pernah memujinya handsome. Hanya Arissa yang berani meluahkan.
Senyum-senyum seorang diri tu mesti ada apa-apa,” kata Luqman tiba-tiba.
Hah?” terkejut Nazwan dibuatnya. Senyum? Dia sendiri tidak pasti.
Selalunya orang tengah angau memang tak sedar apa yang dia buat,” balas Luqman lagi.
Jangan merepek!”
Kau ingat siapa?” tanya Luqman tersengih-sengih. “Hah, aku tahu. Mesti kau ingat Asha tadi tukan?”
Nazwan mengerut dahi. Apa pula tiba-tiba Luqman sebut pasal Asha yang tiada kena mengena dalam hidupnya. Walaupun Asha memiliki nama sama seperti kekasihnya dahulu tetapi dia tidak pernah mengalu-alukan kedatangan Asha dalam hidupnya.
Kenapa pula aku mesti ingat dia?” tanya Nazwan.
Sebab dia ada puji kau handsome tadi.”
Hah?” Nazwan menggaru kepala. “Ada ke?”
Jangan berpura-pura buat tak ingat.”
Tolong jangan senyum macam tu. Aku benci tengok,” ujar Nazwan melemparkan tuala yang digunakan tadi ke arah Luqman. “Cepat! Tadi beriya-iya ajak aku tapi dia pula yang terhegeh-hegeh nak bersiap.”
Nazwan dah jatuh cinta,” ejek Luqman umpama budak kecil yang baru kenal cinta.
Diam!”

***

Dalam banyak-banyak hotel kat sini kenapa Kak Arissa pasti yang diorang ada kat resort ni?” tanya Naufal sebaik sahaja memberhentikan kereta di tempat letak kereta berdekatan dengan sebuah bangunan yang bercirikan seni bina Inggeris.
Sebab kalau diorang bercuti di Cameron Highland, diorang akan ke sini. Lagipun Nazwan memang cerewet. Dia tak boleh tidur kalau tak dapat katil yang best macam katil rumahnya,” jawab Arissa dengan begitu yakin.
Dan Kak Arissa masih sukakan lelaki yang cerewet macam tu?”
Arissa menjeling tajam. Dia tidak faham langsung dengan Naufal versi dewasa ini. Sepanjang dalam perjalanan tadi, Naufal tidak henti-henti bertanya tentang Nazwan. Kemudian, tidak habis-habis mencari kelemahan Nazwan. Macam soalan tadi. Mananya tidak sakit hati kalau orang lain memperkecilkan Nazwan yang dia kenal.
Yup. Nazwan memang cerewet. Dia juga banyak kelemahan. Dia bukan macam hero dalam drama cinta yang romantik. Tapi dia ada cara dia yang tersendiri untuk jadi romantik. Ada faham?” ujar Arissa menahan geram.
Kalau dah jatuh cinta tu, semuanya nampak indah,” ujar Naufal separuh menyindir.
Tahu tak pe,” balas Arissa sambil membuka pintu CRV yang dinaikinya. Belum kakinya menjejak ke tanah, dia kembali menutup pintu CRV itu semula. Kolar baju Naufal lantas ditarik.
Hei, rileks. Kalau tak sabar pun tunggu kita masuk dalam bilik dulu,” ujar Naufal dengan nada menggoda.
Perasan!” dia kembali melepaskan Naufal. Pada asalnya dia ingin menggertak Naufal tapi lain pula yang Naufal fikirkan. Lelaki, memang berotak kuning betul. “Kau jangan muncul depan Nazwan,” Arissa memberi amaran.
Kenapa?”
Aku tak nak Nazwan tahu yang kau datang sini bersama aku.”
Apa kaitannya?” tanya Naufal lagi.
Aku tak nak Nazwan cemburu bila dia dapat tahu yang aku datang sini dengan kau.”
Kenapa? Sebab saya handsome daripada dia?” tanya Naufal sambil membelek-belek wajahnya di cermin pandang belakang. Sempat juga dia membetulkan rambutnya yang tajam bagai duri itu.
Serius, Naufal,” jeling Arissa. Sakit hati betul bila bercakap dengan Naufal. Ada sahaja modal hendak dibalasnya.
Kak Arissa yakin ke yang dia akan cemburu?” tanya Naufal kembali.
Arissa menjeling tajam. Soalan yang mencabar.
Saya yakin dia takkan cemburu,” ujar Naufal dengan pasti.
Nak bet?”
Semestinya!” laju sahaja Naufal menyahut cabaran itu.
Kalau aku memang, kau dilarang muncul di hadapan Nazwan lagi,” kata Arissa.
Okey, kalau Kak Arissa kalah... bersedialah untuk jadi girlfriend saya.”
Dalam mimpi!” balas Arissa dengan penuh yakin.
Tanpa buang masa dia lantas keluar dari CRV Naufal dan berlalu membuka bonet untuk mengeluarkan bagasinya. Namun, dia tidak terdaya hendak menariknya keluar. Seolah-olah semua tenaganya yang ada sudah habis digunakan.
Apa kau tunggu lagi? Tolonglah aku cepat!” ujar Arissa geram melihat Naufal yang tersengih-sengih di sebelah.
Cuba cakap elok-elok sikit.”
Naufal!” Arissa mendengus marah.
Cakap macam ni, 'Naufal sayang, tolong ambilkan bagasi saya',” arah Naufal sengaja ingin mengambil kesempatan.
Huh, jangan harap!” Arissa masih berkeras. Mana mungkin dia akan tunduk dengan permintaan Naufal. Hendak dia jadi teman wanita Naufal? Huh, mati dua kali pun dia tidak akan menerima Naufal. Cintanya hanya pada Nazwan!
Tiba-tiba, Arissa terasa dunia di sekelilingnya terumbang-ambing. Tubuhnya kembali diserang seram sejuk seperti beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan sakit kepala yang kembali menerjah kepalanya. Arissa merasai tubuhnya melayang di udara sebelum disambut oleh seseorang. Arissa cuba memfokuskan pandangannya.
Memang degil betul. Cubalah sesekali dengar sikit cakap orang. Asyik dengan perangai keras kepala dia saja. Sekarang ni siapa susah? Dah tahu badan tu baru baik dari demam, tapi masih lagi degil nak berjalan jauh. Tahu tak cuaca kat sini sejuk? Memang nak cari nahas betul,” bebel Naufal bernada marah masih lagi merangkul pinggangnya.
Arissa?” Namanya disebut oleh seseorang.
Arissa berpaling. Dari jauh dia nampak susuk tubuh lelaki yang amat dikenali. Bagaimanapun, pandangannya masih lagi kabur. Lelaki itu dilihat berjalan menghampirinya. Dia cuba memberikan tumpuan pada pandangannya.
Nazwan! Jerit hatinya apabila matanya mula fokus.
Lantas tenaganya yang hilang tadi kembali semula dengan tiba-tiba. Dia mula menyedari situasi sekarang. Naufal masih lagi merangkul pinggangnya. Serentak itu, dia segera berdiri tegak dan menolak Naufal ke tepi.
Nazwan,” Arissa segera berlari mendapatkan Nazwan.
Arissa, apa kau buat dekat sini?” tanya Nazwan yang kelihatan terkejut dengan kehadiran Arissa di situ. Rasanya dia tidak pernah beritahu Arissa yang dia akan ke Cameron Highland.
Luqman kata kau dating dengan perempuan cantik dekat sini,” adu Arissa tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Tiba-tiba sahaja dirinya rasa sebak.
Nazwan menjeling pandang Luqman.
Aku cuma cabar dia, tak sangka dia betul-betul...,” Luqman tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila melihat Arissa menjelirkan lidah ke arahnya. “Memang ahli sihir....”
Terima kasih Luqman sebab jemput Arissa ke sini,” ujar Nazwan sambil mengukir senyuman. Namun, siapa yang lihat senyuman itu sudah tentu faham dengan apa yang dimaksukan oleh Nazwan tadi. Luqman pula serta-merta duduk diam di tepi.
Arissa berasa puas. Siapa suruh Luqman cari pasal dengannya. Lagi satu, dia seorang yang pantang dicabar. Kalau Luqman mencabarnya datang ke Cameron Highland, memang dia akan datang walau dengan apa sekali pun!
Tiba-tiba, pandangannya tertumpu ke arah seorang gadis yang asing baginya. Dia tidak pernah melihat gadis itu sebelum ini. Mungkin itulah gadis yang disebut oleh Luqman dalam talian tadi. Api cemburu mula menyala di matanya.
Jadi, kau betul-betul ada date dengan perempuan lain kat sini?” tanya Arissa sambil memeluk tubuh memandang Nazwan dengan tajam.
A'ah. Dan namanya Natasya,” ujar Luqman sambil memperkenalkan gadis yang tidak bernama tadi.
Natasya?” Tiba-tiba Arissa teringatkan Natasya yang sudah lama meninggalkan mereka. Dia memerhati gadis itu. Boleh tahan cantik juga. Walaupun rupa paras Natasya yang baru ini tidak sama dengan Natasya yang sudah tiada, tetapi nama yang dimiliki oleh gadis itu membuat dia rasa terancam.
Jadi, Natasya baru ni nak cuba goda Nazwan? Aku takkan benarkan. Nazwan milik aku. Selamanya!” ujar Arissa sempat lagi memberikan amaran kepada Natasya yang baru itu.
Mengarut,” jawab Nazwan pendek sebelum sempat Asha ingin bersuara.
Walaupun pendek, tetapi jawapan Nazwan tadi sudah cukup untuk mengembalikan senyuman Arissa. “Dah agak dah! Nazwan mana pernah curang dengan perempuan lain,” soraknya keriangan.
Siapa tu?” tanya Nazwan yang memandang ke arah Naufal.
Hah? Siapa? Tak ada sesiapa pun. Aku datang seorang dirilah. Mana ada lelaki lain datang dengan aku,” ujar Arissa mula panik apabila mereka berdua saling berpandangan. Gerun pula dia melihat pandangan Nazwan pada Naufal.
Cemburu? Tiba-tiba sahaja hatinya melonjak gembira.
Ini ke Abang Nazwan yang Kak Arissa sebutkan tadi?” tanya Naufal datang mencelah. “Wahh... patutlah Kak Arissa tergoda, rupa-rupanya Abang Nazwan dah bertukar jadi handsome!”
Naufal?” teka Nazwan.
Ehh, Nazwan, kau kenal Naufal?” tanya Arissa yang terkejut apabila Nazwan dapat meneka siapa gerangan lelaki yang datang bersamanya itu.
Dah tentulah. Kitorang pernah main polis entry masa kecik-kecik dulu, kan Abang Luqman,” ujar Naufal sambil meletakkan sikunya di bahu Nazwan. Sambil itu sempat dia mengangkat tangan melambai ke arah Luqman.
Kau nampak macam gay bila panggil aku Abang Luqman,” tegur Luqman yang tidak suka dengan panggilan menjijikan itu. Kalau dahulu boleh lagi dia terima sebab Naufal masih kecil lagi. Tapi kini tidak lagi. Apatah lagi bila dia tengok Naufal lebih tinggi daripada dia.
Kau datang sini dengan Arissa?” tanya Nazwan kepada Naufal.
Mmm... sebenarnya, Kak Arissa yang paksa saya datang sini. Katanya, dia nak gunakan saya untuk buat Abang Nazwan cemburu. Saya tak nak tapi Kak Arissa tetap paksa. Dia kata kalau saya tak nak ikut kata dia, dia akan rogol saya....”
Naufal!” Arissa sudah tidak dapat menahan kemarahannya. Patutlah Naufal berani sahtu cabarannya tadi. Rupa-rupanya budak kecil itu lagi licik daripadanya. Lantas dia menarik Naufal jauh daripada mereka semua.
Apa kau buat ni?” soal Arissa dengan nada marah.
Sahut cabaran tadi,” jawab Naufal selamba.
Dengan tuduh aku nak rogol kau? Depan semua orang?”
Memang betul apa. Tadi masa kat dalam kereta tu....”
Huh, hebat betul daya imaginasi kau. Kalau kau serah diri pun aku tak ingin, tahu tak!” tegas Arissa dan dikuti dengan bersin beberapa kali. Sejuk semacam tubuhnya ketika itu. Tiba-tiba, Arissa merasa ada seseorang meletakkan baju sejuk pada bahunya. Dia pantas berpaling.
Nazwan,” tersenyum lebar bibirnya apabila menyedari baju sejuk itu datang daripada Nazwan.
Luqman, aku tak dapat join korang. Korang pergi jelah tanpa aku,” kata Nazwan sekali gus membuatkan Arissa bersorak riang.
Tiba-tiba, satu jentikan hinggap di dahinya oleh Nazwan. “Sakit!” Arissa mengaduh dengan manja.
Lain kali jangan bertindak tanpa berfikir. Dah tahu badan tu masih demam lagi, duduk ajelah dekat rumah,” kali ini Nazwan pula menyambung leteran Naufal.
Dah orang cabar, aku datanglah,” balas Arissa sambil menjeling ke arah Luqman.
Aku pun, dah ada orang cabar, aku pun sahut ajelah,” ujar Naufal.
Naufal, diam!” serentak Arissa dan Nazwan bersuara.

***


Budak perempuan tadi tu girlfriend Nazwan?” tanya Asha ketika kereta yang dipandu oleh Luqman bergerak ke destinasi yang ingin mereka tuju tanpa Nazwan. Semuanya kerana Arissa yang mula buat perangai. Kalau tidak rancangan Luqman sudah berjalan dengan lancar.
Boleh dikatakan,” jawab Sarah.
Macam mana Nazwan boleh suka dengan perempuan tak matang macam tu? Gedik sangat! Lepas tu, berani pulak dia bagi amaran dekat aku. Huh, kalau diikutkan hati memang dah tampar budak tak cukup umur tu,” ujar Asha meluahkan segala yang tidak puas hati.
Macam mana dia tidak puas hati, baru sahaja berjumpa sudah tuduh yang bukan-bukan. Siap bagi amaran lagi. Memang dia akui Nazwan ada rupa, tetapi dia belum sampai tahap hendak menggoda Nazwan. Tapi bila perempuan seperti Arissa tadi muncul dengan menuduhnya yang bukan-bukan, dia mula menyimpan rasa tidak puas hati.
Arissa memang macam tu. Dulu dia okey saja berkawan dengan Nazwan tapi tak tahu apa yang dah berlaku, tiba-tiba saja dia nak pikat Nazwan. Dia tu macam playgirl. Sekejap bercinta, tak lama kemudian putus dan carik mangsa lain. Kitorang dah cuba nasihatkan dia supaya cari lelaki lain kalau nak main-main dengan Nazwan tapi dia dengan perangai degilnya. Kitorang pun dah tak tahu nak buat apa,” terang Sarah.
Nazwan sukakan dia?” tanya Asha.
Entah,” jawab Luqman. “Nazwan pun satu hal. Sejak kekasih dia meninggal dulu, dia macam dah jadi orang lain. Kalau kau nak tahu, nama kau sama dengan nama kekasih dia. Aku ingat, bila dah kenalkan dia pada kau, dia akan lupakan Arissa tapi lain pula yang berlaku.”
Jadi, kau sengaja bawa dia ke sini untuk kenalkan aku dengan Nazwan?” tanya Asha.
Lebih kurang.”
Aku dah kata, rancangan kau tu memang tak boleh pakai,” ujar Sarah masih lagi tidak puas hati dengan Luqman. “Lagi satu, kenapa kau pandai-pandai sangat beritahu Arissa yang kita pergi Cameron Highland?”
Mana aku tahu dia berani naik atas ni.”
Dia tu, memang pantang dicabar, takkan kau tak tahu dengan perangai Arissa? Sekarang, rasakan.”
Nanti. Nanti,” Natasya di belakang bersuara meleraikan perbalahan mereka. “Kau orang memang tak suka budak hingusan tu dengan Nazwan ke?”
Keduanya serentak mengangguk.
Kenapa?”
Aku cuma nak Nazwan berjumpa dengan seseorang yang setanding dengan kekasihnya dulu. Yang boleh buat Nazwan gembira. Arissa pula, langsung tak dapat buat Nazwan gembira. Dia hanya akan berikan Nazwan masalah,” terang Sarah meluahkan jawapan sebenarnya.
Aku pula tak nak perempuan macam Arissa masuk dalam keluarga kami,” jawab Luqman pula.
Kalau macam tu... aku boleh selesaikan,” ujar Asha sambil tersenyum sinis.

***

Hachum!!
Entah kali ke berapa dia melepaskan bersin sehingga tidurnya juga terganggu tadi. Demamnya yang baru sahaja sembuh pagi tadi, kembali datang menganggu kesihatannya. Teruk dia kenal dengar bebelan Nazwan. Bukan sahaja Nazwan, Naufal juga turut bersetongkol dengan Nazwan menyerangnya dengan bebelan demi bebelan. Naik pening kepalanya mendengar mereka membebel. Daripada perjalanan hendak ke klinik, sehinggalah balik ke resort semula mereka berdua tidak henti membebel. Akhirnya dia tertidur kepenatan.
Minum ni,” sapa Nazwan sambil memberikan sebotol air mineral. “Lepas tu jangan lupa makan ubat,” tambah Nazwan lagi.
Tidak perlu disuruh banyak kali, Arissa segera mencapai ubat yang diberi oleh doktor petang tadi. Selepas makan ubat, dia kembali berbaring.
Tadi Mama Fiza ada call. Lebih baik kau call dia balik. Dia tengah risau tu,” ujar Nazwan yang duduk bersandar di tepi katilnya.
Dia tahu aku demam lagi?” tanya Arissa.
Mestilah.”
Hah? Kenapa kau beritahu?”
Habis tu, aku nak bohong apa lagi? Bila dia tahu aku jawab handset kau dah tentu-tentulah dia akan soal macam-macam.”
Cakap jelah aku pergi tandas.”
Berapa jam kau tidur tadi? Takkan aku nak beritahu yang kau ada dalam tandas setiap kali Mama Fiza telefon? Fikrilah logik sikit.”
Ini semua Nazwan punya pasal,” rungut Arissa perlahan.
Ya, semua Nazwan punya pasal. Lain kali, guna sikit otak tu. Takkan hal macam ni pun kau nak menggelabah sampai sanggup naik Cameron Highland? Dah tahu tempat ni sejuk lagi nak cari nahas!”
Kau pun sama! Ikut sangat cakap Luqman. Kau tak tahu ke yang aku risaukan kau? Aku takut kau pun jatuh sakit dekat sini.”
Aku hanya akan jatuh sakit, bila kau jatuh sakit, faham?”
Faham,” jawab Arissa lambat-lambat. Bila dengan Nazwan, dia memang kalah habis. Sekuat mana pun dia cuba bertahan, dia tetapi kalah.
Aku tak ada apa-apa dengan perempuan tu,” beritahu Nazwan. Jawapan Nazwan tadi sudah cukup mengembalikan senyuman Arissa. Bukan senyuman sahaja, tenaganya yang hilang tadi juga mula berkumpul semula. “Luqman memang suka memaksa aku tapi itu tak bermakna aku mudah jatuh ke dalam perangkapnya. Aku tahu apa yang dia fikir. Kau jangan risaulah. Lain kali kalau Luqman buat lagi perkara macam ni, jangan cepat sangat terperdaya. Macamlah aku ni mudah sangat jatuh cinta.”
Mana tahu kalau tiba-tiba kau terjatuh cinta dengan perempuan tu. Sudahlah namanya sama dengan nama Natasya,” balas Arissa.
Kalau rupanya sama dengan rupa Natasya pun, belum tentu aku akan jatuh cinta padanya,” ujar Nazwan.
Arissa mengukir senyuman. Dia mengeluh lega. Sejak dari pagi tadi, barulah dia dapat menghela nafas lega. Semuanya Luqman punya pasal. Tapi dia tetap berterima kasih kepada Luqman kerana memberitahu percutian mereka itu. Dapat juga dia berjumpa Nazwan setelah beberapa hari tidak berjumpa. Terubat rindunya.
Nazwan, boleh aku tanya sesuatu?” tanya Arissa setelah lama mereka mendiamkan diri.
Mmm?”
Apa yang sebenarnya yang sudah berlaku pada malam tu?” tanya Arissa akhirnya memberanikan diri bertanya.
Malam apa?”
Malam Natasya meninggal dunia. Aku tunggu salah seorang daripada kau orang bertiga beritahu apa yang berlaku tapi sampai sekarang tiada seorang pun yang nak berkongsi dengan aku perkara yang sebenar. Aku nak tahu, apa yang dah berlaku pada Natasya pada malam tu. Betul ke dia bunuh diri seperti gosip yang aku dengar?” tanya Arissa.
Nazwan langsung tidak bersuara. Lama juga Arissa tunggu tetapi satu bunyi pun dia tidak dengar daripada Nazwan. Namun, dia tidak berputus asa.
Dia ada telefon aku malam tu dan marah-marah. Aku tak faham kenapa dia marah aku. Gaya dia marah macam dia takut aku nak rampas kau daripada dia. Serius, aku tak pernah ada perasaan pada kau sebelum tu. Aku memang suka bila kau orang bersama. Tapi bila dia pergi dengan tiba-tiba... aku rasa bersalah. Rasanya macam aku dah buat salah dengan dia. Rasanya macam aku yang menyebabkan dia meninggal dunia,” tambah Arissa lagi meluahkan apa yang disimpan selama ini.
Namun, tiada sebarang reaksi yang diterima daripada Nazwan. Nazwan hanya duduk di tepi katilnya dengan senyap. Arissa menghela nafas panjang. Nampak gayanya Nazwan memang tidak berminat hendak bercakap tentang hal itu. Rasanya, cukup sampai di sini sajalah dia memaksa Nazwan.
Ah, Nazwan, laparlah. Apa kata kalau kita pergi makan? Kau tahu, sejak pagi tadi aku hanya makan maggie saja,” ujar Arissa sambil bangun dari baringnya. Memang betul perutnya sudah berkeroncong. Mungkin itulah yang menjadi punca dia hilang tenaga sepanjang hari ini.
Kenapa kau rahsiakan hal Natasya daripada aku?” tanya Nazwan yang mula bersuara.
Hah? Hal apa?”
Apa yang dia pernah buat masa dia jadi model dulu,” kata Nazwan lagi.
Arissa mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang sedang mereka bincangkan. Rasanya dia tidak menyimpan rahsia besar tentang Natasya daripada Nazwan.
Kau bercakap tentang apa?” tanya Arissa.
Tentang ni,” ujar Nazwan sambil memberikan handset miliknya kepada Arissa. Handset Nazwan tadi bertukar tangan. Arissa melihat beberapa keping gambar yang menyerupai seseorang. Bila diperhatikan, barulah dia mengenali gambar itu. Itu adalah gambar separuh bogel Natasya yang pernah dilihatnya dulu.
Mana kau dapat gambar ni?” tanya Arissa terkejut apabila gambar itu berada di tangan Nazwan.
Tengoklah siapa yang hantar,” kata Nazwan tanpa berperasaan.
Jari jemari Arissa lantas menekan butang pada hanset Nazwan untuk melihat siapa yang berani menghantar gambar itu. Kalau benar gambar itu dihantar kepada Nazwan dengan tujuan untuk memusnahkan hubungan mereka dahulu dan sekali gus membawa kepada kematian Natasya, memang dia tidak akan maafkan orang itu.
Ini...,” jari-jemarinya kaku apabila melihat nombor pengirim mesej bergambar itu. “Ini nombor aku!”

23 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    hohoho... sape dajalkan arissa ni..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Byknye konflik.. apelar yg si asha tu rancang....
    Hope xmjd.. sure si Sara yg condem arissa psl gambar tu..

  1. eija berkata...:

    ish sapa yg punye angkara nie..msti c sarah kn..xpsl2 arisa jd mgsa...cian arisa...akak sbg lg...hihi

  1. Suhaa berkata...:

    so-so ==" persoalan lalu still x tjwab lg == hmm~

  1. | lady | berkata...:

    Makin banyak benda tersurat Dan tersirat .oke tak sabar nak tggu bab seterusnya :D

  1. CaPiTaL Iz berkata...:

    Suke sebab Nazwan lagi pandang Arissa dari si gedik Asha..hehe..tp cerita natasya makin menarik sebab ade yg pedajal arissa ma..aci x kalo ckp sarah??hehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mesti sarah yg buat....

  1. meow berkata...:

    cian arissa...

    ada typing error... kenal atau kena....

  1. epy elina berkata...:

    alah...
    kciannya arissa..
    mst ada musuh dlm slimut ni..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Ne mesti sara buat...dian kn cemburu...huhuhu sdh ye....

  1. momo chan berkata...:

    X sbr nak tahu selanjut ye.... 😍😍😍😍

  1. Norfazliyana Aziz berkata...:

    Wooo...dah nak mula dah..lps ni mesti diorang berdua siasat sape si dalang yg jahat n busuk hati tu..jeng3...okey cik ratu..sambung lg ek..kasi panas2...

  1. Alia Azeenie berkata...:

    cepat lah!!!! nak bce sambungan~~~

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Cepat sambung...plzzzzz....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mesti keje si sarah ngan lokman...nak arissa dengan nazwan..so sweet...sambung3.....

  1. Fujiwara berkata...:

    sambung lg sissss :DDDD

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Akak.....ble nk smbg bab seterusnye....tiap hari saya tggu..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Bila nk sambung..tak sabar nk bace..pleaseee

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Thank you for any οther wonderful post. Тhe ρlacе else may just anybody get that type of information іn
    such a pеrfеct way оf writing? I've a presentation subsequent week, and I am on the search for such info.

    My web page hcg diet food plan
    Also see my web page :: hcg injection diet

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bla nk klua full novel?cant wait

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kak ratu mmg xnak sambung ke or nk novelkan.. ish.. sy jd curious giler ni.. harap kak ratu x stop tulis citer ni.. klau x sambung kat blog xpe... sye tunggu novel... heheh

  1. si yellow berkata...:

    agknye bila boleh diterbitkan.........nk sgt tau kisah selanjutnya...:)

  1. tHiR... berkata...:

    Kak ratu mmg suke buat sy trtnye2..
    arap kak ratu cpt update or maybe sy dpt dgr berita yg novelnyer dh dterbitkn~!! ^^

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages