5: ALONE


BERUSAHA!!

Sejak dari tadi dia asyik merenung satu perkataan yang tertulis di atas bola keranjang yang dipegangnya. Satu senyuman terukir tanpa di sedarinya. Pelbagai kenangan yang datang menerjah ke kotak fikirannya dan diantaranya adalah waktu pertama kali dia menjaringkan bola keranjang ke dalam basket dalam perlawanan pertama dan pasukannya mendapat kemenangan bergaya. Dan sejak itu juga namanya menjadi sebutan di antara pemain yang berpotensi tinggi untuk melangkah jauh lagi.

Bagi menguatkan lagi semangatnya dalam sukan bola keranjang, Diana telah menghadiahkan sebiji bola keranjang yang sudah tertulis kata-kata semangat di atasnya. Itulah bola yang dipegangnya setiap hari. Dan kerana bola itulah dia boleh bertahan sehingga sekarang. Jika tiada bola itu, mungkin minatnya dalam sukan itu akan turut pudar seperti tuan yang memberinya.

Secawan air kopi di letak di atas meja di hadapannya membuatkan Alex tersedar dari lamunannya. Dia mendongak memandang seorang wanita yang berusia lewat 20 an yang menghidangkan air kopi untuknya. Wanita berambut panjang dan memiliki senyuman yang manis itu ditetapinya.

“Jemput minum. Datuk masih lagi berada dalam bilik mesyuarat. Tak pasti bila mesyuarat akan habis. Selalunya mesyuarat macam ni ambil masa satu hari untuk habis. Awak nak tunggu juga ke?” tanya Nabila yang begitu mengenali anak lelaki tunggal majikannya itu.

“Tak mengapa. Saya akan tunggu juga,” balasnya walaupun ada sedikit perasaan kesal dihatinya. Mana tidaknya, hendak berjumpa dengan mama sendiri pun kena tunggu berjam-jam lamanya dan adakalanya dia terpaksa buat appointment untuk berjumpa dengan mama sendiri.

Talam kecil yang dijadikan alas membaca secawan kopi tadi di letak di atas meja. Nabila kemudiannya duduk berhadapan dengan pemuda dihadapannya itu.

“Lama tak datang sini. Sibuk sangatkah?” tanya Nabila mengambil sedikit masanya untuk berbual dengan Alex.

“Emm…,” Alex sekadar mengangguk. “Lagipun tiada perkara penting.”

Seketika kemudian, pintu bilik dibuka oleh seorang wanita yang berusia lewat 40an yang memakai baju kurung moden berwarna merah melangkah masuk dengan gaya yang penuh keegoan. Pandangan tajam dilirik ke arah anak lelakinya. Nabila telah pun berlalu keluar apabila dapat merasakan mood majikannya itu tidak beberapa baik.

“Mama baru nak berjumpa dengan kamu dan nampaknya kamu dah matang. Dah tahu nak berfikir sendiri apa yang kamu dah buat,” wanita mula berkata dengan nada menyindir. “Jadi? Dah insaf? Dah sedar apa kesilapan yang kamu dah buat? Adam Alexander, walaupun kamu tu anak orang terpengaruh dalam kolej tak bermakna kamu boleh buat sesuka hati contohnya, memecat Jurulatih Pasukan Legend.”

“Memecat? En. Annas yang rela hati meletak jawatannya sendiri dan saya ada surat perletakan jawatannya dan kalau mama tak percaya mama boleh tanya kepada semua pemain. En. Annas meletak jawatan depan mereka semua bukannya saya yang memecatnya,” Alex bersuara mempertahankan dirinya. Entah siapa yang menyebarkan cerita Jurulatih Annas di pecat olehnya tapi dia sendiri dapat agak siapa orangnya. Siapa lagi kalau bukan anak lelaki kesayangan mamanya itu, Hazwan.

“Ya. Pada dasarnya dia memang meletak jawatan tapi sebenarnya dia telah dipecat oleh kamu. Sikap dan perangai kamu yang ego dan berlagak setiap masa membuatkan dia terpaksa meletak jawatan. Ingat mama tak tahu apa yang kamu dah buat pada Jurulatih Annas? Langsung tak menghormati jurulatih sendiri. Kalau beginilah sikap kamu, pasukan Legend akan dibubarkan tidak lama lagi.”

“Mama memang nak bubarkan pasukan Legend, bukan?” balas Alex yang langsung tidak berasa takut berhadapan dengan mamanya yang terkenal dengan gelaran Singa Kelaparan itu.

“Saya memang dah agak mama nak bubarkan pasukan Legend dan sebab itulah mama lantik abang sebagai pengurus dan porak perandakan pasukan kami. Apa yang kami nak buat termasuklah memasuki pertandingan ditentukan olehnya. Dan sebab keegoan dan sikap tamak dia, kami tak dapat masuk beberapa pertandingan. Bagi abang, dia hanya mahu menyertai pertandingan-pertandingan besar yang menawarkan hadiah wang tunai yang banyak.”

“Mama tak rasa apa yang dia buat tu salah. Memang betul pun apa yang dia buat tu. Pasukan Legend bukan taraf pasukan budak sekolah dan kita tak patut masuk pertandingan-pertandingan kecil yang tak memberi manfaat langsung.”

“Tapi bagi pemain seperti kami semua, semua tu tak penting. Tak kisahlah kalau pertandingan tu pertandingan budak sekolah rendah ataupun pertandingan yang tak berprestij. Apa yang penting bagi kami semua adalah berada di tengah gelanggang dan bertarung. Bukan nama dan bukan hadiah yang kami mahukan.”

“Kalau macam tu, mama nak tanya kamu. Kalau bukan kerana mama, dapatkah pasukan Legend bertahan sehingga sekarang?”

“Mama fikir pasukan Legend bergantung 100 peratus pada mama ke? Mama perlu ingat, kalau tak kerana saya ceburkan diri dalam sukan bola keranjang, Empayer Alexander takkan jadi segah ini!” ujar Alex dengan tegasnya membuatkan dia dan mamanya berbalas pandang dengan tajam.

“Baiklah,” Datuk Azrina berlalu duduk di kerusinya. “Kamu dah belajar bagaimana nak jadi seorang pembangkang yang hebat. Serupa macam papa kamu. Tentang Jurulatih Annas, biarlah sampai di sini dan mama dah suruh abang kamu cari jurulatih lain.”

“Sebab tu saya datang sini. Saya tak mahu abang masuk campur dalam hal pemilihan jurulatih yang baru. Biar saya dan AJK tertinggi sahaja yang membuat pemilihan kali ini.”

“Kamu tak boleh. Kuasa melantik jurulatih di bawah bidang kuasa pengurus kelab iaitu abang kamu, Hazwan. AJK tertinggi kelab hanyalah boleh menyokong sahaja.”

“Dan bagaimana kalau kesemua AJK tertinggi tidak menyokong?”

“Kamu boleh buktikan?” sapa satu suara tiba-tiba mencelah perbualan diantara ibu dan anak itu. Hazwan yang sentiasa segak bergaya itu melangkah masuk ke dalam. Sejak dari tadi, dia hanya berdiri di tepi pintu yang tidak ditutup rapat sehingga boleh mendengar perbualan anak-beranak itu.

“Kalau mereka tak menyokong pun, abang kamu masih lagi berkuasa untuk melantik sesiapa sahaja jadi jurulatih. Itu sesuatu yang kamu tak boleh ubah.”

“Kalau macam tu, saya akan buat sehingga ia boleh diubah,” ujar Alex tidak mahu mengaku kalah dengan mamanya lagi.

“Apa yang kamu nak buat?”

“Just wait and see,” dia tersenyum sinis sebelum menangkat kaki berlalu keluar dari pejabat mamanya itu.

“Dia dah mula memberontak,” satu keluhan berat dilepaskan oleh Datuk Azrina. “Memang keras kepala sama dengan papanya.”

“Tapi… elok ke macam ni?” Hazwan bersuara. Pandangannya masih lagi memandang ke arah pintu pejabat mamanya yang telah tertutup rapat. “Entah apa yang Alex akan buat.”

“Tak kisah apa yang dia akan buat tapi mama nak kamu jaga Alex. Dia tu suka bertindak terburu-buru. Mama tak mahu ada orang ambil kesempatan terhadap perbuatan terburu-buru dia.”

Hazwan hanya sekadar mengangguk. Memang sudah menjadi tanggungjawab dia menjaga Alex selama ini cuma Alex sahaja yang menganggapnya sebagai batu penghalang kejayaannya. Entah bilalah adiknya itu akan menganggapnya sebagai abang yang baik. Mungkin sampai dia meninggalkan dunia ini, Alex masih lagi berdendam dengannya. Tapi dia juga tidak boleh salahkan Alex seratus peratus. Alex memberontak disebabkannya juga.



Apy Elina menggeliat sebaik sahaja bangkit dari tidurnya. Tilam yang empuk dan suasana bilik yang bagaikan bilik tuan puteri membuatkan dia tidak mahu meninggalkan katil namun, memandangkan perutnya telah menyanyikan lagu yang rancak membuatkan dia lantas bangun. Jika diteruskan begini mesti perutnya akan memberontak sehingga hendak makan pun tak lalu.

Segera dia berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Hampir satu jam dia mengurungkan diri dalam bilik mandi serba moden itu dengan berendam di dalam tab mandi buat pertama kalinya. Nasib baik ada kawan seperti Daniel, jika tidak, dia pasti tidak berkesempatan menjalani hidup seperti puteri walaupun sehari dua.

Setelah dia bersiap mengenakan baju t-shirt dan seluar jeans, Apy Elina berlalu turun ke bawah. Dari atas dia sudah terbau makanan yang mungkin baru sahaja di masak oleh pembantu rumah yang turut tinggal dan menjaga villa milik Daniel itu. Dengan perlahan dia berlalu turun ke bawah sehinggalah pandangannya tertumpu ke arah seorang wanita muda yang berusia dalam lingkungan 20-an, berambut panjang sehingga paras pinggang, berwajah manis seperti puteri dari kayangan sedang menyusun pinggan dan lauk-lauk di atas meja makan.

Wanita misteri itu berpaling sebaik sahaja menyedari tetamunya sudah turun ke bawah. Dengan murah hati, dia menghadiahkan satu senyuman manis. Cukup manis sehingga boleh mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya.

“Dah bangun?” sapanya mesra sambil menghampiri Apy Elina yang masih lagi tertanya-tanya siapakah wanita yang berdiri dihadapannya itu. “Nasib baik, saya baru sahaja habis masak. Sudahlah lambat datang tadi, ingatkan tak sempat nak masak tapi nasib baik pembantu rumah beritahu awak masih tidur lagi. Akhirnya sempat juga saya masak untuk awak.”

Apy Elina kelihatan terpinga-pinga. Tidak pasti apa yang dikatakan oleh wanita misteri itu. Belum sempat dia ingin bertanyakan soalan, wanita itu sudah menarik tangannya ke meja makan yang penuh dengan pelbagai masakan dan kesemuanya adalah makanan kegemarannya!

“Daniel beritahu semua makanan kegemaran awak, jadi saya masak ke semuanya sebab takut tak sedap,” ujar wanita itu tanpa ditanya oleh Apy Elina. Dia menghulurkan sepinggan nasi. Dengan teragak-agak Apy Elina menyambutnya. “Baiklah, mari kita makan, lepas ni mesti awak nak melancong satu Kuala Lumpur bukan?”

“Err… ya tapi… siapa awak?” tanya Apy Elina tergagap-gagap.

“Oh, lupa pula. Nama saya Darina – tunang Daniel,” dia menghulurkan tangannya ingin bersalaman dengan Apy Elina. Salamnya di sambut oleh Apy Elina walaupun pada mulanya dia begitu terkejut dengan perkenalan itu. Bukannya dia tidak tahu bahawa Daniel sudahpun bertunang tapi dia terkejut kerana tidak menyangka wanita ceria di hadapannya itu adalah tunang Daniel.

“Sorry, pertama kali bertemu… tak tahu nak cakap apa,” ujar Apy yang mula rasa segan apabila berhadapan dengan Darina.

“Tak mengapa. Tak sangka boleh jumpa dengan awak. Daniel selalu sangat cerita pasal awak dan dia gembira setiap kali bercerita tentang awak. Nampaknya saya dah tahu kenapa dia sukakan awak.”

“Hah?”

“Sebab awak sungguh comel!”

“Hah?!”

Daniel. Daniel. Apalah malang nasib kau dapat tunang yang langsung tak de perasaan macam ni. Dia tak sedar ke aku ni peminat setia kau? Dan sepatutnya dia bermusuhan dengan aku seperti dalam novel-novel melayu sekarang ni? Tapi dia ni… aku tak tahulah turun dari kayangan mana, cakap aku comel?! Comel?! Nampaknya saingan aku ni lagi hebat dari jangkaan aku.

Apy Elina menggeleng mengenangkan layanan Darina sewaktu makan tadi. Cukup mesra sehingga dia rasakan dia sudah berkawan dengan Darina bertahun lamanya sedangkan mereka bersahaja bertemu tidak sampai beberapa minit.

“Eh Apy,” tiba-tiba tangannya ditarik oleh Darina sehingga membuatkan dia tersentak dari lamunannya. Darina membawanya ke sebuah butik baju di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. “Cantik tak?” tanyanya sambil menunjuk sehelai baju kepadanya.

Apy Elina hanya sekadar mengangguk. Dia bukannya reti menilai baju yang cantik. Asalkan baju tu sedap dipakai, itu sudah memandai.

“Kalau begitu, saya beli untuk awak,” Darina tersenyum dan belum sempat Apy Elina berkata apa-apa, dia sudahpun berlalu ke kuanter pembayaran.

“Aku ingat aku seorang saja perempuan tak normal dalam dunia ni, rupanya ada juga yang lagi tak normal dari aku,” ngomel Apy Elina dalam senyap.

“Jom pergi minum? Hauslah,” sapa Darina tiba-tiba sudah berada dihadapannya membuatkan Apy Elina terkejut sekali lagi. Sekali lagi dia terpaksa menurut mengekori Darina ke food court untuk melegakan tekak.

“Bagaimana? Seronok tak?” tanya Darina mesra seperti selalu.

“Okey, tapi terlampau ramai orang.”

“Macam ni tak ramai sangat tapi kalau pergi hari Ahad lagi ramai,” balasnya. Apy Elina hanya sekadar mengangguk.

“Dahulu, masa Daniel selalu bercakap tentang awak… saya berasa cemburu sangat tapi bila dah berjumpa dengan orangnya sendiri, barulah perasaan cemburu tu dah tiada sebab saya dah faham kenapa dia selalu puji awak. Sebab awak seorang yang unik.”

“Unik?”

Darina mengangguk sambil mengukir senyuman.

“Dia selalu cakap, dengan hanya melihat wajah awak, sudah boleh buat orang terpikat. Dan apa yang dicakapnya memang betul. Jangan salah faham. Saya seorang lecture kaunseling di universiti dan saya sudah banyak bertemu dengan manusia yang pelbagai ragam dan setelah saya berjumpa dengan awak, barulah saya faham kenapa Daniel begitu ambil berat tentang awak. Sebagai manusia, memang ada perasaan cemburu tapi saya tak pernah anggap cemburu sebagai batu penghalang dalam berhubungan dengan manusia. Dengan kata lain, Daniel ada hak untuk memuji sesiapa sahaja dan saya sebagai tunangnya perlu menghormati hak Daniel. Saya harap awak tak benci saya,” ujar Darina dengan panjang lebar.

Kepada Hikayat,

Jika esok, telah ditakdirkan dia milik orang lain, aku tetap akan tersenyum seperti selalu. Cinta tak semestinya milik kita seorang sahaja. Kadang-kala kita perlu berkongsi cinta dengan orang lain yang juga layak memilikinya. Perkenalan aku dengan Darina telah membuka mata aku bahawa cinta itu luas maknanya tapi pemahaman aku tentang cinta tidak seluas pemahaman Darina tentang cinta.

10 si charming:

  1. aku bukan sape2 berkata...:

    suke x bermakna kite boleh memiliki..huhu...best2...next n3...

  1. cHe_nA berkata...:

    both apy n darina unik..
    bkn sng nk jmpe gurl yg memahami psgn..
    citer melayu mmg tol2 mnggmbrkn khdpn..
    bak kate apy..
    dlm citer mlayu gurl sure jeles ngn gurl len yg rpat ngn psgn dia..
    n kpd lelaki..
    kalo dpt psgn yg unik cm darina..
    jgn sia2kn..
    coz itu gurl yg 1 dlm sejuta..
    ^_^

    -che na-

  1. aqilah berkata...:

    ratu, akak suka banget dgn kesemua e-novel u tau!. i love it!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hurm..
    cinta tak semestinya bersatu.. kan..
    ade ke org cam darina tu lam real life skg ni ek??
    ade kot.. mcm yg che na ckp tu. 1 in a million. hehe..

  1. Ai berkata...:

    ala..
    ingat Apy ngan Daniel..
    kak ratu suke buat kejutan cam tuh..
    tp x pe.. (walaupun agak kecewa..)

    akak.. teruskn..
    sambung..

  1. waaahh..
    falsafah ttg cinte nieh amt menyentuh perasaan..

  1. plum blossom berkata...:

    wah...best sgt! so mysterious... anyway suka falsafah cinta tuh hehehehe...
    hem..bila ckp pasal buku ni teringat citer2 yg ada kaitan dgn buku gak
    cam books of spell dlm citer the charms tu and buku dlm citer death note hihihihihihihihih...

    p/s: akak ratu, saya follow web akak baru dua tiga hari ni and sempat baca citer cinta 99 hari dgn prince charming sampai the end... superb la! thumbs up to you!!!
    still waiting for the next entry...

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    cinta itu luas maknanyer...:)

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    hikayat cinta apy best.
    suke2
    -na'dz

  1. RashHanie berkata...:

    tharu dgn sikap darina..baiknye dia..n matang,,klau sy la...urm..xde mknenye..kui2..tp org mcm darina tuh ssah nk jmpe kan..huhuhu

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages