CINTA 99 HARI 2



2: MUSUH


Ashraf melambung-lambung bola keranjang di tangannya sambil melangkah masuk ke dalam kelasnya yang langsung tiada sesiapa di dalam. Mungkin mereka belum sampai lagi. Ah, siapa yang tidak kenal dengan pelajar-pelajar 5 Cekal. Pelajarnya langsung tidak ‘CEKAL’. Lagi rosak adalah. Inilah situasi sebenar kalau berada di kelas tercorot sekali.


Dia menghampiri mejanya yang kosong itu. Sekeping kad berwarna pink menarik perhatiannya. Ashraf memandang sekeliling, memerhati kalau-kalau ada orang sedang memerhatinya tapi matanya tidak dapat mengesan sesiapa di situ malah telinganya juga tidak dapat mengesan sebarang bunyi tapak kasut.


Entah siapa pula yang tersilap bagi kad cinta ni? Rasanya semua orang tahu bahawa dia begitu anti dengan perempuan. Walau betapa cantiknya perempuan yang selalu ushanya, dia langsung tiada selera hendak mendekati mereka. Memang silaplah siapa yang beri kad cinta. Pada hari pertama persekolahan pula tu. Malah tahu tempat duduk kegemarannya pula. Mungkin peminat kipas angin susah mati ni.


Asraf mengambil sampul surat pink itu dan membukanya. Baunya… ahhh… dia terbatuk-batuk ketika membuka sampul surat itu. Penuh dengan bedak. Ini stail orang dulu-dulu letak bedak dalam sampul surat! Dah lapuk dah. Tak sangka ada pula orang bodoh dan bangang mengunakan idea lapuk ini.


Ashraf menarik sekeping kad yang berwarna pink itu dan membacanya dengan penuh geli geleman.


Kehadapan buat buah hatiku yang cool,
Diharap dengan kedatangan kad cinta ini, awak tidak terkejut ataupun dapat heart attack. Saya betul-betul minat dengan awak sejak kita bertentang mata buat kali pertama. Mata awak memang selalu bermain-main difikiran saya dan saya berharap suatu hari nanti awak akan menjadi teman lelaki saya. Perasaan saya terhadap awak memang ikhlas dan saya ikhlas hendak berkawan dengan awak. Since saya dapat tahu awak antiperempuan, hati saya begitu seronok sekali, mungkin inilah takdir kita berdua….
Yang ikhlas,
Harry Potter


Ashraf menggaru-garu kepalanya. Sejak bila pulak Harry Potter boleh sampai ke Malaysia hah? Sekolah kat jauh dari pelusuh bandar pula tu. Atau aku tersalah sekolah? Ashraf memandang sekeliling. Betul. Ini bukannya Hogwart, tempat sekolah Harry Potter.

Ah, nama gelaran lagi ke? Pening betul dengan sekolah ni. Banyak sangat nama gelaran. Ni sekarang, siapa Harry Potter ni.


Err… nanti jap…. Dia kata dia Harry Potter, jadi yang tulis surat ini adalah Harry Potter. Dan Harry Potter itu adalah seorang yang berjantina lelaki. Ini bermakna….


Since saya dapat tahu awak antiperempuan, hati saya begitu seronok sekali, mungkin inilah takdir kita berdua….


Ashraf membaca sekali lagi barisan terakhir pada kad cinta itu beberapa kali sehingga dia tidak sanggup membacanya. Rasanya dia macam mahu menjerit saja! Seorang lelaki beri kad cinta kepada lelaki? Dan lelaki itu adalah dia? Mungkin juga, walaupun nama kepada siapa kad itu ditujukan tapi setelah membaca kandungan kad itu jelas sekali kad itu ditujukan kepada dirinya.

Hanya dia seorang saja antiperempuan di sekolah itu. Pantang berjumpa dengan perempuan pasti tidak mahu mengaku kalah malah disumpah-sumpahnya lagi kaum perempuan. Hanya dia saja antiperempuan. Tiada orang lain lagi. Malah semua orang tahu dia antiperempuan. Tapi, tidak makna dia antiperempuan, dia adalah gay! Dia bukannya gay! Dia cuma antiperempuan, bukan gay! Antiperempuan dengan Gay adalah sesuatu yang berbeza!


“Hey kawan,” sapa seseorang sambil memaut bahunya.


Dengan pantas Ashraf menyimpan kad yang diterimanya itu ke dalam kocek seluarnya apabila Nazrul dengan Zafrul memaut kiri kanan bahunya.


“Kenapa? Kau nampak cemas saja,” tanya Nazrul sambil mencampak begnya ke bangku di belakang meja di sebelah tempat Ashraf, kawan karibnya itu.


“Tiada. Err… aku ada satu soalan nak tanya korang ni,” ujurnya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kedua kawannya mengangkat kening. “Siapa Harry Potter dalam sekolah kita ni?” tanya Ashraf ingin tahu.


“What? Jangan kata kau dapat surat cinta,” ujur Zafrul pula sambil ketawa gila. Seperti tahu-tahu saja apa yang telah berlaku. Melihat reaksi Ashraf yang mengedut dahi, dia dengan Nazrul berhenti ketawa. “Jadi, kau terima surat cinta?”


Ashraf hanya mengeluh lemah sambil memberikan kad cinta yang diberikan oleh seseorang yang misteri. Lelaki pula tu. Setelah mereka berdua membacanya, masing-masing ketawa mengilai. Kalah puntianak depan rumahnya itu.


“Tahniah, Ashraf. Akhirnya kau dapat menemui cinta sejati kau,” ujur Nazrul sambil menepuk bahu kawannya itu.


“Hoi! Apa cinta sejati?! Aku tengah hot ni tau. Korang kenal ke siapa Harry Potter tu? Siapa orangnya?”


“Takkan kau tak tahu?”


“Tahu apa?”


Nazrul dan Zafrul menceritakan segala-galanya tentang Harry Potter yang dimaksudkan. Memang tidak syak lagi Harry Potter yang dimaksudkan mereka itu adalah seorang lelaki. Ini bermakna orang itu Gay! Ah! Dia tidak boleh menerima kenyataan ini. Setelah mendapat tahu siapakah gerangan orangnya, Ashraf segera berlalu dari situ.


Perkara ini perlu di selesaikan segera. Kalau tidak, habis satu sekolah akan kecoh dengan berita itu. Cukuplah orang mengenalinya dengan antiperempuan dan dia tidak mahu orang lain mengenalinya sebagai salah seorang pengamal sex songsang! Ah, simpang malaikat 44.


Semasa dia hendak menuruni anak tangga, dia hampir bertembung dengan seseorang yang mahu menaiki anak tangga ke atas. Bila dia ke kiri, perempuan itu juga turut ke kiri dan bila dia hendak ke kanan, perempuan itu juga turut ke kanan. Dengan bengangnya masing-masing menangkat kepala. Keduanya bertentang mata buat kali pertama. Sepasang mata hijau berlawan dengan sepasang mata biru.


“TEPILAH!!” serentak dengan itu mereka berdua menengking antara satu satu lain.


“Kaulah yang tepi!” serentak dengan itu mereka berkata.


Masing-masing tengah hot tahap menggila. Masing-masing juga tidak mahu mengalah. Pandangan mereka juga bertukar menjadi pandangan yang mengerikan bagi sesiapa yang memandang.


“Tepi, aku nak jalan,” ujur Ashraf kepada Blue dengan suara yang perlahan tapi penuh kebencian. Silap perempuan itulah sebab bertemu dengannya. Sudahlah perempuan, bertemu masa dia tengah hot pula tu.


“Kau yang sepatutnya berambus!” tengking Blue yang angin satu badan. Memang silap lelaki itu membuat hal dengannya bila dia tengah hot. Tidak kira, handsome atau tidak, dia sudah tidak perduli.


“Kau yang sepatutnya berambus!” marah Ashraf.


Dengan segala kemarahan yang terbuak-buak di badannya, Blue dengan kasarnya menolak tubuh Ashraf ke tepi tapi entah kenapa semasa dia hendak mendaki anak tangga, kakinya tersandung anak tangga dan dengan pantas ia berlaku.


CUP!


Keduanya kaku. Blue memandang Ashraf di bawahnya, begitu juga dengan Ashraf yang memandang Blue di atasnya. Anehnya tubuhnya langsung tidak berasa sakit. Sepasang mata biru ditenungnya. Mata yang cantik.


Suraya juga begitu, matanya tidak berkalih dari memandang anak mata yang berwarna hijau itu. Sepasang mata yang unik dan cantik. Jarang dia melihat seseorang memiliki anak mata hijau. Mata original ke?


Ah, kenapa lembut ni? Dan manis pula?


Masing-masing memandang bawah. Ada sesuatu berlaku. Sesuatu yang mereka sendiri tidak menyedarinya dari awal. Dan ia benar-benar berlaku.


“Aaaggghhh!!!” jerit Blue setelah meleraikannya. Masing-masing berlalu bangun dan meraba-raba bibir mereka. Masih lagi tidak percaya apa yang telah berlaku. “Lelaki tak guna!” jerit Blue sambil mengepal penumbuk dan tanpa berlegah lagi ditujukan ke arah muka Ashraf. Dia tidak kira, kacak ke tak kacak ke, apa yang dia nak sekarang adalah belasah muka Ashraf yang tidak tahu malu itu. Sedap-sedap saja nak ambil kesempatan ke atas dirinya.


BUK!!


“Adoi, sakitnya,” ujur Blue sambil memegang tangannya yang tersasar ke dinding putih itu. Habis merah tangannya. Bengkak.


Ashraf pantas berdiri. Dia memandang sekeliling. Nasib baiklah tiada seorang pun yang nampak kejadian tadi kalau tidak, mana dia hendak letak mukanya yang handsome tu? Nanti, tak pasal-pasal dia dibuang sekolah sebab kejadian yang tidak diingini itu. Dia melihat Blue yang berusaha meniup tangannya yang tersalah sasar tadi. Nasib baiklah dia pantas bertindak mengelak kalau tidak, tak pasal-pasal kena jadi panda satu hari.


“Hey, kau nak pergi mana?!” tengking Blue apabila menyedari Ashraf melangkah pergi.


Kaki Ashraf berhenti melangkah dan kembali memandang Blue sambil tersenyum kenakalan.
“Kenapa? Kau nak aku cium kau lagi ke?” tanya Ashraf cuba menakut-nakutkan Blue.


“Jantan tak guna!”


“Kenapa? Kau nak beritahu semua orang yang aku cium kau? Baiklah, kau boleh beritahu, itupun kalau kau nak nama kau pun tercemar,” ujur Ashraf lagi seolah-olah mengugutnya.


Blue mulai rasa dia sedang dipermainkan. Betul juga cakap lelaki bermata hijau itu, kalau dia beritahu tentang peristiwa ini kepada cikgu, pasti kecoh satu sekolah. Dan bila dah kecoh, namanya akan disebut-sebut satu sekolah sebagai seorang perempuan yang tidak bermaruah. Ah, tak boleh jadi!


Baiklah, rahsiakan peristiwa ni!


“Bagaimana? Lebih baik kita buat persetujuan untuk menyembunyikan peristiwa ini saja. Lagipun kalau nak dikatakan, ini bukannya salah aku.”


“Bukan salah kau?” Blue masih lagi tidak puas hati. “Hey, kau dah ambil kesempatan dan kau boleh kata….”


“Siapa yang tolak aku dulu?” pantas Ashraf berkata. Serta-merta Blue terdiam.


“Okey, deal. Mulai sekarang, anggap saja tiada apa-apa yang telah berlaku dan kita berdua tidak pernah bertemu,” ujur Ashraf lagi sebelum berlalu dari situ meninggalkan Blue yang masih lagi terpinga-pinga di situ.


“Boleh sesiapa beritahu siapakah makhluk asing yang bermata hijau tu?” tanya Blue kepada dirinya sendiri setelah kelibat Ashraf tidak kelihatan. Sepanjang hidupnya bersekolah di sekolah itu, dia langsung tidak pernah berjumpa ataupun terserempak dengan makhluk asing bermata hijau itu. “Mungkin dia dari Roswell,” ujur Blue mengagak.


“Ahggghh!! Tak pasal-pasal kena cium free! Kalau Hafiz tak pelah, ini budak mata hijau dari Roswell. Eee… bengangnya! Cium pula tu, mulut ke mulut pula tu!” Blue menggaru-garu kepalanya sehingga rambutnya menjadi kusut mengerbang. Dia masih lagi tidak dapat menerima kejadian yang mengaibkannya itu.

2 si charming:

  1. KaNaFee berkata...:

    Kanafee

    haha..hilarious!!!
    giler punya cekang asyraf n blue..hehe..

    suke sgt citer ni..cian asyraf ade gay fan huhu..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages