4: KENANGAN


Kata Hikayat,

Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ianya memori pahit atau pun manis ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tapi ada kalanya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan.

Apy Elina melangkah masuk ke dalam sebuah bilik setelah mengekori seorang pembantu rumah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam villa mewah milik Daniel. Dia tergamam apabila melihat saiz bilik tersebut dua kali ganda dari keluasan biliknya dan lagi mengejutkan terdapat gambar-gambarnya menghiasi dinding bilik tersebut. Bukan setakat di dinding, malah ada yang di framekan dan diletak di atas almari hitam.

Dia cuba mengamati setiap gambar-gambarnya dan ada diantara gambar-gambarnya itu di tangkap curi oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Daniel yang suka menangkap gambar dengan kamera yang selalu diusung sana sini. Entah bila Daniel menangkap gambar-gambar tersebut dia pun tidak pasti tapi nasib baiklah kesemua yang Daniel tangkap itu, dia kelihatan comel.

Dia tersenyum.

Kemudian dia melangkah ke sebuah rak buku yang terletak bersebelahan dengan almari hitam yang penuh dengan gambar-gambarnya tadi. Terdapat banyak buku-buku berkenaan dengan sukan bola keranjang di pamerkan di situ. Dan sesuatu yang menarik perhatiannya adalah Hikayat Cinta. Beberapa buah Hikayat Cinta di susun teratur malah di jilidkan lagi.

“Ah, semuanya ada 8 buah? Tak sangka kuat juga aku menulis Hikayat Cinta,” Apy Elina tersenyum lagi. Fikirannya mula mengingati kenangan zaman persekolahan di mana dia dengan berkawan rapat dengan Daniel.

21 Julai 1993

“Awak nak jumpa saya?” tanyanya menyapa seorang pelajar lelaki yang duduk di tepi gelanggang bola keranjang setelah tamat sesi latihan petang itu.

Muhd Daniel yang terkenal dengan statusnya sebagai kapten pasukan bola keranjang mengukir senyuman ke pelajar perempuan yang menyapanya tadi.

“Jangan senyum macam tu, awak buat jantung saja lemah tak bernyawa,” Apy Elina dapat merasai degupan jantungnya berdegup dengan laju. Rasanya macam baru berlari 1000 kilometer kerana dikejar anjing. Tapi memang benar, senyuman Daniel boleh mencairkan hati setiap perempuan yang melihatnya.

Hendak kata Daniel handsome seperti Andy Lau, tidak juga. Orangnya agak sederhana tapi ada sesuatu yang membuatkan Daniel begitu diminati oleh semua pelajar perempuan sekolahnya itu. Senyuman.

“Nah,” Daniel memberi sebuah buku coklat, berkulit keras dan mempunyai ketebalan hampir 500 muka surat. Hampir hendak terjatuh buku tersebut dari pegangan Apy Elina.

“Buku apa ni?” tanya Apy pelik.

“Hikayat.”

Apy Elina memandang Daniel dengan pelik tapi sebaliknya Daniel yang ketawa seperti ada sesuatu yang melucukannya.

“Mulai esok, saya bukan kapten pasukan bola keranjang lagi. Dan bukan juga pelajar sekolah ni lagi,” ujar Daniel diiringi dengan senyuman. Dia kemudiannya memandang Apy Elina yang kelihatan terkejut. “Saya akan pergi dari sini.”

Buku yang diberi oleh Daniel jatuh dari pegangannya. Anak matanya masih lagi memandang tepat wajah Daniel di hadapannya itu. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang Daniel beritahunya tadi tapi apa yang pasti Daniel tidak bergurau dengannya.

Daniel tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia tunduk dan mencapai buku yang terlepas dari pegangan Apy Elina tadi.

“Kenapa?” tanya Apy Elina bergetar.

“Bola keranjang bukan hidup saya. Itu saja yang boleh saya terangkan,” jawab Daniel pendek. “Bila tiba masanya, saya akan beritahu sebab-sebabnya tapi hari ini saya nak awak tahu, walaupun saya kata bola keranjang bukan hidup saya tapi ia adalah nyawa saya. Saya masih lagi suka dengan sukan ni tapi saya tak boleh jadi pemain handal yang awak harapkan selama ini. Kadang-kala, kita perlu terima apa yang telah ditakdirkan dan menjadi pemain bola keranjang bukan takdir saya. Dan saya takkan pergi dari sini tanpa memberi sesuatu untuk awak. Hikayat ni adalah alat penghubung kita berdua. Dengan itu, awak tidak keseorangan. Di dalamnya saya sudah bahagikan kepada 2 bahagian. Tentang bola keranjang dan satu lagi bahagian kosong. Saya nak awak jadikannya sebagai dairi harian awak,” ujar Daniel memberi Hikayat kepada Apy Elina dan mengatur langkah meninggalkan Apy Elina keseorangan.

Walaupun sudah bertahun berlalu, tapi sehingga sekarang Apy Elina tidak dapat mengetahui apakah yang menyebabkan Daniel berputus asa dengan sukan bola keranjang. Sudah puas dia membuat pelbagai andaian tapi sehingga sekarang dia tidak dapat meneka dengan betul.

Daniel adalah seorang pemain handal yang berbakat besar dalam sukan bola keranjang. Walaupun pada masa itu sukan bola keranjang bukanlah sebuah sukan yang popular di Malaysia tapi ia sebuah sukan yang popular di sekolahnya berbanding bola sepak. Ini adalah kerana sekolahnya memang terkenal dengan pasukan bola keranjang sejak mula-mula sekolah itu ditubuhkan dan kebanyakkan pelajar sekolah adalah dari pelajar berbangsa cina. Ini adalah kerana orang cina memang gemar dengan sukan bola keranjang. Dan Daniel adalah satu-satunya pemain yang berbangsa melayu.

Mungkin kerana Daniel dilahirkan dengan bakat sukan semula jadi, dia dilantik menjadi kapten pasukan bola keranjang dan percaya atau tidak, semua perlawanan yang diketuainya, tidak pernah kalah. Dia memang seorang pemain yang handal dan juga seorang kapten yang bagus. Dan keputusannya untuk menarik diri dari sukan bola keranjang telah mengejutkan satu sekolah terutama sekali ahli-ahli pasukan bola keranjang yang pernah berjuang dengannya.

Daniel pergi meninggalkan sekolah tanpa alasan yang munasabah tapi walaubagaimanapun dia tetap datang memberi sokongan jika ada perlawanan. Dan tiba saat masa terakhir, dia akan menghilangkan diri. Sejak itu, Apy Elina dan rakan seperjuangan Daniel cuba membiasakan diri dengan ketiadaan Daniel.

Bagi Apy Elina, mujurlah ada Hikayat Cinta yang diberi oleh Daniel kepadanya. Dengan Hikayat itu dia boleh menulis sesuatu di dalamnya dan apabila semua helaian di dalam Hikayat itu sudah ditulis, dia akan menghantarnya semula kepada Daniel. Daniel akan menelefonnya jika dia menerima Hikayat itu dan keesokkan harinya dia akan menerima sebuah bungkusan yang berupa Hikayat yang sama tetapi untuk jilid yang baru.

Mungkin bagi orang lain akan anggap ianya sesuatu yang membuang masa tapi baginya Hikayat Cinta sudah sebati dengan hidupnya. Setiap hari dia mesti ingin menulis sesuatu di dalam Hikayat itu sebab menulis di situ bagaikan dia sedang berbual dengan Daniel.

Dear Hikayat,

Hikayat. Satu perkataan. Kesunyian. Sudah lama aku terfikirnya. Semua benda yang dicipta di dunia ini ada pasangannya. Contohnya perempuan berpasangan dengan lelaki. Irama pasangannya lagu. Tapi Hikayat tiada pasangannya. Jadi, aku nak pasangkan Hikayat dengan Cinta dan jadilah HIKAYAT CINTA. Bagaimana? Bagus tak idea tu? Hikayat melambangkan Daniel dan Cinta melambangkan Apy Elina sedang berhubungan dengan Daniel melalui HIKAYAT CINTA.

Apy Elina tersenyum membaca idea Hikayat Cinta yang ditulisnya dahulu. Entah dari mana dia dapat idea seperti itu dia sendiri sudah tidak mengingatinya tapi Daniel menyokong ideanya dengan ketawa yang tidak terhenti-henti.

Walaupun dahulu dia tidak tahu apakah motif Daniel menyuruhnya tulis di dalam Hikayat Cinta tapi apa yang pasti dia seronok menulis. Apatah lagi di dalam Hikayat Cinta juga terdapat beberapa mutiara kata yang ditulis sendiri oleh Daniel sebagai perangsang kejayaannya.


Alex terjaga dari tidur. Dia melihat sekeliling. Gelap. Lampu telah dipadam oleh Izwan manakala Izwan pula tidak kelihatan di ruang tamu. Mungkin sudah masuk tidur di dalam bilik. Selimut yang membaluti tubuhnya di selak. Dia juga tidak dapat memastikan bilakah mencapai selimut. Pasti Izwan yang menyelimutnya selepas dia tidak tertidur di ruang tamu.

Dalam kesamaran malam, dia dapat lagi melihat jam di tangannya. Tepat jam 3 pagi. Dia sendiri kurang pasti sudah berapa lama dia tidur. Segera dia berlalu bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur untuk membasuh muka dan melegakan tekaknya yang terasa haus.

Selepas minum dua gelas air sejuk, dia berlalu mencapai laptopnya untuk menyiapkan beberapa assignment yang diberi oleh lecture beberapa hari yang lalu. Mujurlah ianya individual assignment, boleh juga dia siapkan mengikut kehendaknya tidak seperti group assignment yang memerlukan perbincangan dan perjumpaan group untuk menyiapkan assignment. Baginya, dia lebih suka buat sesuatu kerja seorang diri sebab dia sememangnya telah dilatih berbuat demikian sejak dari kecil lagi.

Gambar seorang gadis berambut panjang sedang tersenyum manis muncul di desktop laptopnya itu dan membuatkan dia teringat kenangan dahulu. Kerana gadis itulah dia mula berjinak dalam sukan bola keranjang. Nor Diana namanya. Nama yang cantik sama seperti orangnya.

Perkenalan yang tidak disengajakan. Pada masa itu, dia baru sahaja bertukar sekolah dan pada hari pertama persekolahan, mereka ditakdirkan bertemu. Kebetulan pada masa itu adalah hari pendaftaran sukan bagi setiap pelajar dan Nor Diana merupakan setiausaha kelab bola keranjang telah menariknya memasuki kelab itu. Orangnya agak licik sehinggakan dia yang langsung tidak minat dengan sukan itu terperangkap. Dan sejak itu hubungannya dengan Diana menjadi begitu akrap sehinggalah pada suatu hari, Diana datang berjumpa dengannya dan inginkan perpisahkan.

“Kenapa?” tanya Alex kepada gadis dihadapannya itu.

“Anggap sajalah kita memang tak ada jodoh,” jawab Diana yang tetap inginkan perpisahan. “Alex, saya nak minta maaf. Walaupun kita berusaha menjadi pasangan ideal tapi sebenarnya kita bukan. Mungkin jodoh kita setakat berkawan sahaja dan bukan untuk hidup bersama.”

“Apa awak cakap ni?”

“Alex, sejujurnya saya masih sayangkan awak tapi kita tiada jodoh. Dan saya tak mahu satu hubungan yang sia-sia sebab itulah saya buat keputusan drastik ini. Saya tahu awak mungkin tak dapat terima tapi suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya buat keputusan untuk berpisah dengan awak. Tapi apa yang saya ingin kata di sini, saya hanya perlukan satu hubungan yang simple dan hidup awak terlalu komplex.”

“Apa maksud awak?”

“Hidup awak dan bola keranjang. Saya tahu awak bermain bola keranjang sebab saya dan saya tak nak jadi penyebab awak korbankan cita-cita sebenar awak hanya kerana ingin merealisasikan impian saya untuk melihat awak jadi pemain handal. Dan itu bukan hubungan yang simple yang saya inginkan selama ini. Awak buat apa yang saya suruh selama ini dan saya tak dapat terima semua tu. Apa yang saya inginkan adalah diri awak yang sebenarnya yang ada pandangan sendiri dan cita-cita sendiri dan bukannya kerana saya,” ujar Diana buat kali terakhir dan sejak dari hari itu, dia tidak dapat mengesan Diana.

Diana pergi meninggalkannya tanpa pesan dan sampai ke hari ini dia masih lagi tidak dapat mencari Diana. Entah bagaimana keadaan Diana sekarang. Gembirakah? Sihatkah? Adakah Diana sepertinya yang masih mengharap hubungan terputus bersambung kembali ataupun hanya dia seorang sahaja yang masih mengharap?

Laptopnya ditutup kembali dan ditolaknya ke tepi. Terus tiada mood untuk membuat assignment sebaik sahaja terkenang kenangan lama. Dan perlukah dia berhenti berharap?

Izwan yang memandangnya dari jauh sejak tadi turut bersimpati dengan apa yang menimpa Alex. Dia tahu, Alex masih lagi tidak dapat melupakan Diana walaupun sudah hampir dua tahun Diana menghilangkan diri. Dia sebagai kawan, apa yang dia boleh buat adalah berharap Alex tabah menghadapinya.

Kenangan saat berputiknya cinta bersama
Ingat semua... padaku berdua
Mengapa... kesudahan begini yang kau pinta
Mengakhirkan cinta kita

Siapa... Sebenarnya...
Yang menjadi punca perpisahan kita
Cinta dan perasaanku hancur kini
Kau pergi... (kau pergi)

( korus )
Andainya engkau tahu
Perasaan ini
Ku kan pasti kau mengerti
Menangis sendiri
Pintaku hanya satu
Sebelum berlalu
Jika engkau disakiti
Pulanglah...
Kan ku nanti kau kembali oh sayang

Kata Hikayat,

Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ianya memori pahit atau pun manis ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tapi ada kalanya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan…walaubagaimanapun, kejayaan bergantung pada keberanian seseorang untuk berjaya.

5 si charming:

  1. eMi mLi berkata...:

    jiwang la pulak ... hehe

  1. nurhakim berkata...:

    thnk ratu..
    at least de gak smbngan cte nie..
    dah lm tnggu ratu post n3 nie..hihii
    pe2 pn enjoyyy...

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    warghhhhhhhhh.
    dh smbung.suke2
    yg gambar tu apy ke?
    suke2.ley imagine.
    bestnye de HIKAYAT CINTA.
    agagagagag.
    smbung2
    -na'dz

  1. Aidanna berkata...:

    kak ratuuuuuuuuu...
    tolonglahhhhhhhhhh..
    sambung ag...
    hehe...
    bestttt..

  1. Ayu Firhan berkata...:

    salam..
    bestnyer citer nih..
    ske2.. =)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages