10: RAHSIA CINTA

“Kenapa aku tulis lirik Cinta Pepohon Cemara? Hisy, tak de soalan lain ke dia nak tanya? Kenapa soalan ni pulak dia nak tanya? Malu betul! Takkanlah dia tak tahu yang perempuan ni memang suka tulis surat cinta yang jiwang-jiwang dan bila sudah tiada idea akan tulis lirik-lirik lagu cinta yang menjadi lagu tema cerita cinta,” bebel Nurul seorang diri sambil berjalan pantas untuk pulang ke rumahnya setelah habis berbual bicara dengan Hazwan.

“Kak Nurul,” panggil satu suara sebaik sahaja dia membelok ke kiri jalan. Seorang pelajar perempuan sekolahnya menghampirinya. Normaya, adalah salah seorang pelajar perempuan yang selalu mendapat perhatian semua orang di sekolah tidak kira lelaki ataupun perempuan, guru ataupun pekerja kantin. Orangnya memang cantik. Ayu. Berkulit putih melepak walaupun dia tidak menggunakan bedak yang tebal. Memiliki sepasang mata yang cantik. Pendek kata orangnya memang cantik.

“Maaf sebab menganggu Kak Nurul,” ujarnya dengan suara lembut. Memang padan dengan orangnya. Bak kata orang macam Gadis Melayu.

“Kenapa?”

“Sebenarnya, saya nak minta pertolongan,” jawab gadis itu agak tergagap-gagap.

“Pertolongan apa?”

Sehelai sampul surat kecil di keluarkan dari poket bajunya dan dihulurkan kepada Nurul. Nurul segera menyambut sampul surat tersebut tanpa banyak soal. Dia agak terkejut nama Nazrul tercatat di atas sampul surat tersebut. Terus di memandang Normaya yang menunduk muka. Malu.

“Tolong bagi pada Nazrul dan saya mintak akak tolong suruh dia baca surat saya ini. Saya tahu, dia tak pernah membaca surat yang saya bagi selama ini. Saya minta tolong sangat-sangat!” rayu Normaya tanpa segan silu di hadapannya.

Kalaulah dia wartawan sekolah memang dia akan hebohkan kepada semua pelajar bahawa pelajar yang menjadi pilihan ramai di sekolahnya itu sanggup merayu-rayu depannya supaya menyuruh orang yang tiga suku seperti Nazrul membaca surat tersebut. Tapi kenapa harus Nazrul?! Kenapa tak Fiq ataupun Rezza yang paling sempurna di matanya itu? Kenapa orang seperti Normaya melihat Nazrul sebagai Prince Charming pula? Kalaulah Normaya tahu bagaimana perangai Nazrul yang suka berdengkur bila tidur… Nurul hanya menggeleng.

Cinta itu buta.

Tapi kenapa mesti Nazrul?

“Mintak tolong sangat-sangat,” ujar Normaya lagi merayu-rayu sebelum meminta diri untuk pulang.

Nurul masih lagi berdiri di situ. Merenung surat yang di berikan oleh Normaya untuk Nazrul. Bermimpikah dia?

“Kenapa ni?” sapa seseorang di belakangnya.

“Ah, Farizat,” Nurul menarik nafas panjang. Mujurlah dia tiada penyakit lemah jantung kalau tidak, tak pasal-pasal Kelab Bola Sepak kena mencari pengurus lagi selepas ini. “Lain kali bagi salam dulu.”

“Kalau bagi salam pun sama jugak. Kenapa kau tercegat kat sini?”

“Farizat, kau percaya tak?”

“Percaya apa?”

“Aku dapat surat cinta untuk Nazrul,” ujarnya lagi sambil menunjukkan sampul surat yang masih ditangannya lagi.

“So?” tanya Farizat pelik.

“Hey, takkan kau tak terkejut Nazrul yang kaki tidur tu dapat surat cinta?”

“Lelaki tak pernah pelik dengan kerja perempuan yang suka tulis surat cinta,” jawab Farizat selamba.

“Yelah tapi ini Nazrul yang dapat!”

“Kalau Nazrul dapat surat cinta, memang aku tak pelik tapi kalau Hayrul dapat surat cinta barulah aku pelik. So, perkara biasa saja.”

“Tapi aku pelik!”

“Kenapa kau pelik?”

“Nazrul yang suka tidur dan buat hal sendiri tu dapat surat cinta. Kau tak rasa pelik ke? Kalau akulah, memang aku takkan bagi surat cinta pada budak tiga suku tu. Buat sakit hati saja.”

“Itu pada kau tapi pada orang lain tak. Actually, tak pelik sangatlah kalau Nazrul dapat surat cinta sebab sebelum ni pun dia pernah dapat surat cinta tapi tak banyak seperti Fiq dan Rezza dapat. Tapikan, aku nasihatkan kalaulah kau jumpa dengan orang yang bagi surat cinta pada Nazrul tu, baik kau nasihatkan dia supaya berhenti tulis surat cinta untuk Nazrul.”

“Kenapa pula?” tanya Nurul hairan.

“Nazrul tak akan membacanya tapi akan terus buang ke dalam tong sampah,” kata Farizat yang sememangnya tahu sangat dengan perangai Nazrul.

“Amboi, lelaki pun jual mahal ke.”

“Ini bukan jual mahal tapi terpaksa jual mahal. Cubalah kau bayangkan macam mana nak bercinta kalau Nazrul tu…,” tiba-tiba Farizat berhenti berkata-kata.

“Kenapa dengan Nazrul?” tanya Nurul yang dapat rasakan ada sesuatu yang ingin dicakapkan oleh Farizat tadi.

“Err… tak de apa-apa. Okeylah, aku nak balik rumah ni,” takut disoal siasat oleh Nurul terus Farizat mengorak langkah berlalu dari situ meninggalkan Nurul yang masih terpinga-pinga.

“Kenapa dengan Nazrul?” tanyanya pada dirinya sendiri.



14 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bestnya n3 baru.. makin suspen.. tertanya2 kenapa ngan nazrul 2..

  1. Ai berkata...:

    a'ah.. nape ngan si nazrul??
    hui.. x sabo nk tau..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazrul tu ada 2 identiti ke?
    musykillah...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazrul gay?
    wahahaha

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sy rse nazrul 2 ske kt nurul k0wt..
    n myb nazrul yg slamatkn nurul mle2 dlu..=)
    +mieya_ed0ya+

  1. Tanpa Nama berkata...:

    xtau nape tp saye lg suke nurul ngan rezza drpd ngan nazrul...maybe coz nazrul 2 kuat tido..n rezza lg cool..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hurm... rasa2 nye si nazrul 2 ahli nujum lak....

  1. azreenaz berkata...:

    ala...huhu..cepatla
    debar ni..
    apa yang berlaku ni
    suspen betul..

  1. Unknown berkata...:

    nak nurul dgn nazrul..x nk dgn fiq or rezza even dorg 2 cm cool..nazrul lg cute sbb die cm glabah g2..hehehe...cpt2 la upload n3 bru..x sabo ni..=)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    ratu bulan...da lame ni xde n3 PC..
    xle tido da ni tebayang cite tu...baru je habes baca Cinta 99 ari tu..nak tido tebayang2 je blue & rosswell..hehe..blue+green = turqois..huhuhuhuhu...
    i wish u will have enough time to update this story even for once..
    plllleeeeeaaaaaaassssssssssssssseeeeeeee..........^,^

  1. husz_nie berkata...:

    mesti nazrul tu sakit.. keh keh keh..

    rasanya bkn nazrul yg slamatkan nurul.. tp rezza... nazrul lak syok kat nurul.. tp sbb dia skt dia tak mo bgthau.. ngeh ngeh ngeh..

    pepandai je aku buat citer sendiri

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nazrul ada sakit misteri, kene tido sekurang2nya 12 jam sehari... penyakit ni msh xde ubat.. tp betul ker ratu... hehe.. pandai2 je bt spekulasikan... ape2pun mmg best.. nak nurul ngan nazrul gak... xnak ngan org lain... tp mmg nazrul yg selamatkan nurul ms mula2 2 kn.. rezza just hantar g klinik je kan...

  1. misz nana berkata...:

    ada pulak si nurul ni..
    suka2 je ckp nazrul gay..
    tp nape ngan nazrul tu sbnrnya??

  1. cHe_nA berkata...:

    salam..
    ratu..kalo xslah awl citer ni ckp nurul tu da skolah kt situ 4thn kn..
    da tu nape tbe2 jd 2thn lak
    niway bkn nk mengkritik
    komen leh menjadikn penulisan anda lbh baik in future,rite? ;)
    niway ur story is very nice
    jln crita menarik
    n xbosan bila bace
    keep up ur work ^_^

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages