9: BLUE + ROSWELL=????



Blue tersenyum sambil menghampiri Roswell yang bersandar di sebuah kereta Honda yang di cat putih. Nampaknya rancangannya menjadi. Roswell dengar cakapnya. Ah, alangkah senangnya dia menundukkan si makhluk asing itu.


“Cantik kereta. Mana kau curi?” tanya Blue sedikit memerli. Dia tidak fikir yang kereta itu adalah milik si mata hijau itu. Yelah, setahunya Asraf hidup sebatang kara di kampungnya sebelah. Tiada ibu dan tiada ayah. Hanya yang ada hanyalah rumah sewa yang umpama pondok buruk.

Entahlah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana Asraf hidup tanpa sesiapa di sisi. Dari mana dia dapat duit belanja dan dari mana datangnya si Asraf itu. Mungkin dia benar-benar makhluk asing dari Roswell.

“Cantik ke?” tanya Asraf lagi. Kali ini dia tersenyum nipis.

“Memang cantik, tapi aku langsung tak tertarik. Lainlah kalau kau bawa kereta Ferrari ke, BMW ke, barulah aku terharu sikit,” Blue berkata dengan riak.

“Perempuan mata duitan betullah kau ni.”

Blue tersenyum memerli.
“So, sekarang, bukalah pintu,” ujar Luna
“Nak buka pintu apa? Kereta aku mana ada pintu,” balas Asraf.
Blue terdiam seketika. Rasanya macam ada yang tidak kena. Asraf pula nampak macam cuba menahan gelak. Sah! Ada sesuatu yang tidak kena!
“Mana kereta kau?” tanya Blue mula mengesyaki sesuatu.
Asraf memberi isyarat tangan di belakang. Blue menjengket-jengket melihat di sebalik kereta Honda yang disandar oleh Asraf tadi. Tiada apa-apa. Kerana tidak puas hati, Blue berlalu ke sebelah kereta Honda.
Bagaikan gunung berapi yang hampiri memuntahkan lavanya ke bumi sebaik sahaja dia melihat sebuah kereta sorong bayi di sebelah kereta Honda itu. Asraf sudah ketawa terbahak-bahak di tepi. Agaknya, mahu dia tergolek-golek di situ.
“Roswell!!!!!!!!”
“Lariiiiiiiii!! Raksasa mata biru dah marah!!!”
Adegan kejar mengejar berlaku selepas itu.
************
Sakinah dan Dahlila saling berpandangan sebaik sahaja Blue menghampiri mereka dengan nafas kepenatan. Entah kenapa pula dengan kawannya yang seorang ini. Nak kata dikejar anjing… anjing dari Zoo mana yang terlepas di kampung mereka ini? Nak kata di kejar hantu, hantu mana pula yang nak cari nahas takutkan Blue ni?
Masing-masing memberi isyarat. Takut hendak bertanya. Yelah, baru-baru ini emosi Blue memang tak stabil. Macam gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa saja.
“Ehem…,” Sakinah berdehem cuba mendapat perhatian Blue tapi langsung tidak diendahkan Blue.
“Err… dengar kata sekolah kita ni akan adakan satu rombongan sambil belajar,” Dahlila menyambung.

Blue senyap lagi. Macamlah dia baru saja 1 minggu bersekolah di situ. Memang sudah menjadi tradisi pihak sekolah akan membuat lawatan sambil belajar waktu penggal persekolahan bermula untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang akan mengambil peperiksaan penting akhir tahun ini. Lawatan ini memang sudah menjadi satu tradisi sejak dulu lagi supaya pelajar Tingkatan 3 dan 5 diberi peluang untuk bergembira sebelum menempuhi musim peperiksaan yang sebenar.

“Dan destinasi kali ini adalah Kuala Lumpur,” kata Sakinah sedikit bersorak.

‘Hah! Inilah budak kampung! Pantang dengar Kuala Lumpur mesti menggelupur nak pergi ke sana. Di sana bukannya ada apa. Harap bangunan tinggi je. Lepas tu hari-hari dengar bunyi bising. Huh!’

Sakinah dan Dahlila menjeling lagi. Langsung tiada reaksi dari Blue.

‘Memang betul-betul tiada perasaan!’

“Dan dengar kata juga, Natasya dan Hafiz sudah mendaftar nak pergi,” kata Sakinah. Dengan serta merta kepala Blue terangkat dan memasang telinganya.

“Kenapa tak beritahu aku?” segera Blue bertanya.

“Rupanya kau masih bernyawa lagi…,” Sakinah tersenyum. Senang saja dia hendak buat Blue berkata-kata semula. Dengar saja nama Hafiz dan Natasya terus bersemangat. Entah bagaimana Blue menguat semangatnya untuk menempuhi hidup ini setelah apa yang terjadi sebelum ini.

Kalau perempuan lain pasti dah tangkap nangis dari pagi sampai ke petang. Tapi Blue, memang mereka berdua tabik hormat. Inilah perempuan contoh. Walaupun ditinggalkan, jangan berputus asa untuk mengharungi hidup ini apa yang perlu kita buat adalah balas dendam! Err… tapi kalau nak balas tu biarlah berpada-pada. Tersilap langkah boleh masuk lokap.

Tapi kalau masuk lokap tak pe lagi. Paling beratpun kena hukuman gantung sampai mati.
“Yelah, ingatkan kau dah tinggalkan jasad kau,” sokong Dahlila pula.

Blue menjeling tajam. Melihat Natasya yang baru melangkah masuk ke dalam kelas membuatkan darahnya makin terbuak-buak. Entah kenapa dia benci sangat dengan perempuan melayu terakhir itu. Sejak Natasya mula-mula daftar masuk ke kelas mereka pula tu.

Ah! Dia patut lakukan sesuatu untuk menyingkirkan Natasya yang menjelikan itu! Tidak kiralah dengan tektik apa pun, yang pasti dia mesti menyingkirkan Natasya. Biarlah orang kata Blue jahat ke Blue gila ke, apa yang pasti Natasya mesti dijatuhkan!

“Hai Blue,” sapa Natasya tersenyum manis.

“Hai gedik,” balas Blue tersenyum manis bercampur masam.

“Kau marahkan aku ke?” tanya Natasya lembut.

“Taklah. Aku cuma hairan saja, sejak bila kau dah jadi perempuan murahan?” balas Blue.

Ah, bagaimanalah dia boleh keluarkan kata-kata begini? Dia tak macam ini selalunya. Tapi setelah dengar nasihat dari Asraf semalam…




“Kalau kau nak singkirkan si Natasya tu, senang saja. Apa yang kau perlu buat, kau anggap dia seperti musuh luar selimut. Bagi dia kata yang pedas-pedas sepedas sambal nasi lemak Mak Cik Leha tu. Tapi kalau boleh biarlah lagi pedas ataupun kau sumbat terus cili api kat Kebun Pak Cik Sudin tu kat mulut dia. Dan lagi jangan buat dia seperti musuh dalam selimut sebab selalunyalahkan, aku tengok dalam cerita korea ataupun Taiwan ataupun cerita kat T.V, watak jahat yang berpura-pura baik depan watak heroin, selalunya kecundang masa akhir cerita. Jadi, aku rasa baik kau tunjukkan saja watak jahat kau tu pada dia supaya dia gerun sikit.

Dan lagi satu kalau boleh jangan bagi muka dengan dia ni. Orang perempuan ni, err… ini kata kakak akulah… kalau bagi muka lagilah naik kepala dari 3 inci kepada 5 inci panjang kepalanya. Lagi satu kakak aku pesan, kalau kita sakit hati dengan orang tu… jangan tanam perasaan benci pada orang tu sebab orang kata, bila dah benci lama-lama boleh menjadi sayang. Susah pula kalau kau dah terjatuh sayang kat Natasya tukan? Dia perempuan dan kau perempuan, habis kalau korang berdua bercinta… kesian dengan si Hafiz tu terpinga-pinga di tepi kolam. Nak terjun kolam tak berani sebab cetek sangat. Nak terjun laut pula, kat sini mana ada laut. Harap air sungai belakang kampung tu saja yang ada. Itu pun aku rasa memang dia tak sanggup terjun sebab dah tercampur dengan pelbagai perisa yang ‘melazatkan’ sehingga tak sanggup menjilat jari. Tapi tak tahulah kalau dia sanggup terjun. Memang aku tabik hormat kat tugu dia nanti,” celoteh Asraf semalam membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.

Huh, laju betul makhluk asing dari Roswell tu bercakap. Dia cakap pula, dari 10 point dia bagi, hanya 0.001 point saja yang boleh guna. Yang lain tu bak kata Cikgu Rosnani, yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu ‘Hanyalah bunga-bunga layu saja.’

“Memang mahluk asing,” Blue hanya menggeleng tersenyum seorang diri apabila Cikgu Rosnani mula mengajar dihadapan. Sekali lagi dia teringat soalan Asraf semalam.

“Meja Natasya dekat dengan kau ke?” tanya Asraf lagi.

Kali ini Blue tersenyum-senyum seorang diri. Sakinah di sebelahnya sedikit pelik. Mesti kawannya itu pening bila melihatnya tersenyum-senyum seorang diri.

“Blue!” marah Puan Rosnani yang berhenti mengajar apabila melihat Blue tersenyum-senyum seperti kera tak cukup zat vitamin. Semua memandang Blue yang masih tersenyum lagi.

Masing-masing pelik, entah apa yang sedang dimimpikan oleh Blue di siang-siang hari. Mungkin sudah gila sebab ditinggalkan Hafiz.
“Blue! Bangun!” dengan pantas Puan Rosnani mencapai pemadam papan putih dan dibaling ke arah Blue yang masih lagi bermimpi.
PUK!
Tepat terkena dahi. Sakinah terdiam. Dahlila terdiam. Cikgu Rosnani juga terdiam. Semua terdiam sambil memandang dahi Natasya yang hitam terkena pemadam papan putih.

“Err…,” Blue berpura-pura terkejut sambil cuba menahan gelaknya.

Dia kemudiannya melepaskan tawanya apabila Hazrul, salah seorang pelajar yang kecoh dalam kelasnya melepaskan tawa ngilai yang tidak boleh ditahan lagi. Serentak itu semua orang ketawa termasuk Cikgu Rosnani yang juga tidak dapat menahan peristiwa lucu itu.

Roswell… Roswell, kau bukan saja makhluk asing tapi makhluk kepada segala mahluk asing! Tak sia-sia aku diketemukan dengan kau. Memang kaulah penyelamat hidup aku hahaha….

**********************
“Hai, kena berjalan itik satu dataran pun masih tersenyum lagi ke?” sapa Asraf menghampiri Blue yang dari dari asyik tersengih-sengih. Nak kata gila, hisy, memang dah gila agaknya.

Blue tidak perduli. Dia kena berjalan itik ke berjalan angsa ke asalkan dia sudah memalukan Natasya di kelas tadi. Semuanya gara-gara idea Roswell yang semestinya boleh pakai berkurun-kurun lamanya yang tak pernah lekang dek air.
“Hey Roswell,”sapa Blue tersenyum gembira.

“So, macam mana dengan idea aku? Puas?”

“Well, baru aku tahu kenapa pelakon-pelakon drama korea tak suka watak heroin. Senang dibuli,” dia ketawa lagi. “Tapi macam mana kau tahu yang Cikgu Rosnani pasti akan baling pemadam tu?”

“Akukan samseng tak bertauliah kat sekolah ni. Selalu tidur dalam kelas. Selalunya bila aku tidur, cikgu Rosnani akan suruh sesiapa kejutkan aku dan lepas aku angkat saja kepala, dia dah lontarkan pemadan papan hitam kat aku tapi aku tak pernah kena pun. Orang belakang aku saja yang selalu kena. Sebab itulah sekarang ni tak de sesiapa yang berani yang duduk di belakang aku,” cerita Asraf.

Blue sekali lagi ketawa terbahak-bahak.

“So, kau dah sedia?” tanya Asraf.

“Sedia apa?”

“Bukan ke aku dah tolong kau kenakan Natasya dan sekarang kau kena tolong aku. Umumkan hubungan kita berdua.”

“Err….” serta-merta Blue terdiam. Habislah….

4 si charming:

  1. madihahmohamad87 berkata...:

    umm..it's getting more n moe interesting ^_^
    hi kak ratu..sy madihah from czech republic..sonok bace cite akak between exams ni..dpt unwind skit..whatever it is, ganbate ne ^_^ n arigato..

  1. Iba Mansur berkata...:

    saya baru mulakan membaca siri ni tengahari tadi. tergelak sakan. kelakar. :)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    lawaklah blue dgn rosewell ni...
    trgelak sorang2 dpn pc ni....
    smpai kakak kta s gila dah

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Still reading this in 2015 ><
    Saya suka karya awak . Awak buat saya rasa macam tengah baca manga :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages