21: DAN SEBENARNYA


Kata Hikayat,

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

“Selamat pagi semua!!” jeritnya dengan penuh bertenaga sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam dewan gelanggang yang akan menjadi tempat pertemuan The Legend dengan New Angle buat pertama kali sejak dia menjadi jurulatih The Legend. Ini adalah hari yang ditunggu-tunggunya. Sudah lama dia idamkan hari ini di mana dia akan duduk di kerusi jurulatih sambil memerhati anak-anak buahnya berlawan di gelanggang.

“Kenapa?” tanyanya hairan apabila melihat masing-masing bermuka toya. Kemudian apabila dia menghampiri mereka, semua berlalu duduk di tempat masing-masing kecuali Izwan yang masih lagi tidak berganjak dari tempatnya berdiri.

“Semalam Alex tak balik rumah. Saya cuba hubunginya beberapa kali tapi tak dapat,” beritahu Izwan yang nampak risau.

“Hah?!”

“Kenapa cikgu sengaja nak singkirkan Alex?” tanya Wawa tiba-tiba.

Tiba-tiba sahaja Apy Elina merasakan udara yang panas di sekelilingnya.

“Alex dah banyak berkorban untuk The Legend dan kerana dia juga cikgu terpilih untuk jadi jurulatih kami. Sebenarnya, dia taklah teruk sangat seperti yang diwar-warkan selama ni,” Red Yazid pula bersuara mempertahankan Alex.

“Bukankah Alex sendiri yang tak nak sertai perlawanan kali ini. Lagipun ini perlawanan biasa saja,” Apy Elina membalas selamba.

“Ya. Kita tak tahu apa yang dia fikir dan hari ini kami langsung tak dapat hubunginya. Mesti ada sesuatu yang tak kena,” celah Leo pula.

“Okey, jangan merumitkan keadaan. Alex dah buat keputusan jadi, kita mesti kena terima. Jangan salahkan cikgu lagi,” Izwan pantas bertindak meredakan keadaan. Dia tahu mereka semua masih lagi tidak puas hati dengan keputusan jurulatihnya untuk tidak memasukkan Alex dalam perlawanan hari ini.

“Kami hanya perlukan jawapan,” Khairul pula bersuara agak lantang namun dia cuba mengawalnya. “Kami cuma nak tahu, kenapa?”

“Sebab bola keranjang adalah sukan berkumpulan,” pantas Apy Elina menjawab. Wajahnya serius begitu juga dengan nada suaranya. Tiada lagi suara mengada-ngada dan manja seperti selalu. “The Legend dapat bertahan sebab Alex tapi bagaimana kalau Alex tiada? Dapatkah kamu semua bertahan?” soalnya sambil memandang seorang demi seorang.

“Cikgu,” panggil Rinazila di hadapan pintu. “New Angle dah sampai.”

“Jawapannya, hanya akan ketahui selepas tamat perlawanan hari ini,” tambahnya lagi sebelum mengorak langkah meninggalkan mereka semua untuk menyambut kedatangan pasukan tetamu, New Angle di luar perkarangan dewan.

Dari jauh dia tersenyum memandang seorang lelaki yang segak memakai baju kemeja beserta kod hitam yang menampakkan ciri-ciri seorang pengurus yang berpengaruh. Kelihatan juga beberapa orang lelaki yang segak biarpun memakai sweater merah putih dan berseluar sukan.

“En. Nazri,” Apy Elina menyapa mesra jurulatih New Angle.

Lelaki dalam lingkungan 40-an itu hanya mengukir senyuman segaris. Lagaknya macam tidak ikhlas pun ada. Memang betullah apa yang Daniel kata. En. Nazri memang seorang yang angkuh dan kedekut dengan senyuman.

Lebih kurang 5 minit dia berdiri di hadapan En. Nazri tapi lelaki itu langsung tidak endah kemunculannya di situ. Dia sedikit pelik. Seperti ada yang tidak kena.

“Hah! Apa tunggu lagi pergilah panggil jurulatih baru awak tu!” tengking En. Nazri kepadanya membuatkan dia tercengang seketika.

“Hah? Jurulatih?” dia pula yang keliru.

“Yelah. Aku nak tengok, jurulatih mana pula yang dilantiknya. Dengar kata perempuan. Macam tak de jurulatih lelaki lain yang nak dilantik. Entah pelacur mana yang mereka pilih kali ini!”

Apy Elina sekali lagi tercengang. Dengan sesuka hati sahaja lelaki di hadapannya boleh menggelarkannya pelacur! Kalaulah dia mempunyai lesen membunuh seperti James Bond memang sudah lama dia acukan pistol dan tembak lelaki itu sehingga habis peluru. Tiba-tiba sahaja samakan jurulatih perempuan dengan seorang pelacur. Sebenci-benci maknya terhadap bola keranjang, tidak pernah langsung mak dia menggelarkan perkejaan jurulatih sama setaraf dengan pelacur!

“Hah! Kau tunggu apa lagi tu? Panggillah jurulatih kau tu!” herdik En. Nazri lagi.

“Err… jurulatih kami ada di dalam. Perut dia sakit sebab banyak makan hati lembu semalam, jadi saya di suruh jemput En. Nazri,” dia mengukirkan senyuman palsu. Orang macam ini perlu di ajar! Tunggulah!

“Sakit perut makan lembu ke tau sakit perut nak beranak?!” dia mengorak langkah sebelum memberi isyarat kepada anak-anak buahnya.

‘Okey, dia dah pijak periuk api yang tak sepatutnya di pijak!’ hormon marahnya mula aktif seperti aktifnya gunung berapi yang hampir hendak meletop.

“Hey gadisku,” sapa salah seorang dari pemain New Angle. Orangnya memang tinggi lampai sehingga Apy Elina terpaksa mendongak memandangnya. Boleh tahan handsome juga. Memiliki sepasang mata berwarna coklat cair dan hidung yang mancung. Sekali pandang, dia sudah tahu bahawa lelaki itu adalah berdarah kacukan.

“Ya?” walaupun hatinya masih marah dengan sikap jurulatih tadi tapi sebaik sahaja dia terpandang wajah kacak dan panahan menggoda lelaki dihadapannya, hatinya menjadi sejuk.

“Untuk si gadis yang cantik,” dia menghulurkan sekuntum bunga ros putih yang masih segar lagi.

“Terima kasih,” tanpa teragak-agak Apy Elina terus menyambutnya.

“Dah mula dah,” rakannya menggaru kepala. “Minta maaf cik, dia memang ada satu penyakit di mana hormon menggodanya akan aktif jika berjumpa dengan perempuan cantik,” terus dia menarik rakannya pergi.

“So cute!” dia hampir menjerit.

“Cute?” sapa satu suara di belakangnya. Pantas dia berpaling. Entah sejak bila Alex berdiri di belakangnya. Dia mengeluh lega. “Hebat betul mata cikgu tengok lelaki,” dia senyum segaris. Memerli.

Apy Elina menjeling tajam.

“Eh, kenapa kamu datang? Semalam kata nak boikot perlawanan ni,” dia pula tersenyum memerli.

“Saja nak tengok kekalahan cikgu,” jawabnya selamba. “Tapi, selain tu nak juga tengok macam mana cikgu goda pemain tadi,” katanya lagi.

“Ek?” tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting dan tanpa buang masa lagi dia terus berlari masuk ke dalam dewan. Alex tersenyum lebar. Zip sweaternya di tarik sehingga mencecah ke lehernya. Tidak pasti sama ada udara pagi pada hari itu memang sejuk atau badannya yang sejuk. Semua ini gara-gara dajal jurulatihnya.

En. Nazri melangkah masuk ke dalam dewan gelanggang yang sudah berkali-kali dia menjejakinya. Terus dia menghampiri pemain-pemain The Legend yang sedang memanaskan badan di tepi gelanggang manakala pemain-pemainnya sudah pun berlalu di tempat yang telah disediakan untuk mereka.

“Mana jurulatih?” tanya dia dengan nada angkuh sambil sepasang matanya mencari-cari kelibat jurulatih The Legend yang baru tapi dia mendapati semua yang ada di dalam dewan itu terdiri daripada kaum lelaki dan pemain The Legend. Matanya memandang ke arah Rinazila yang sedang menulis sesuatu. Tapi dia pasti itu bukan jurulatih kerana dia kenal dengan pembantu The Legend itu.

“Jurulatih?” Izwan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasanya tadi jurulatihnya keluar pergi menyambut kedatangan En. Nazri tapi kenapa pula En. Nazri melangkah masuk tanpa diiringi oleh jurulatihnya? Pelik.

“Yelah! Dah tetamu datang, takkanlah tak sambut langsung?!” herdiknya.

Izwan memandang Azhar. Azhar pula memandang Rinazila dan kemudian masing-masing memandang antara satu sama lain. Takkanlah jurulatih mereka tidak berjumpa dengan En. Nazri tadi.

“Bukan ke tadi dia….”

“… dia sakit perut!” entah dari mana datang jurulatihnya tiba-tiba mencelah. “Tadi, jurulatih beri mesej kepada saya, dia kata kena keracunan makanan. Jadi, dia terpaksa pergi klinik dan serahkan semuanya kepada kami,” pantas dia berkata.

“Hah?” Izwan memandang jurulatihnya dengan penuh tanda tanya. Begitu juga mereka yang lain.

“Kau ni siapa pula?” tanya En. Nazri dengan nada marah.

“Err… saya? Saya… ketua persatuan kelab peminat The Legend,” entah dari mana idea buruk itu datang di kepalanya.

“Hah?!” serentak anak-anak buahnya bersuara. Terkejut. Mana tidaknya, semua jurulatih inginkan title jurulatih The Legend tapi jurulatihnya itu pula tiba-tiba menyamar jadi ketua persatuan kelab peminat The Legend. Entah wujud ke tak kelab itu.

Kemudian mereka menyedari Alex melangkah masuk ke dalam. Dari jauh mereka semua memandang Alex dengan penuh tanda tanya. Zack bertanya dengan menggunakan isyarat mata. Alex sekadar mengangkat bahu. Malas dia hendak masuk campur dalam hal yang remeh temeh itu.

“… ah, sudahlah. Aku datang sini sebab nak tengok kehebatan jurulatih tu. Tapi dia pula tiada, nak buat macam mana lagi. Memang aku dah agak dah dia mesti seorang yang pengecut. Belum apa lagi dah bagi macam-macam alasan,” En. Nazri sekali lagi berkata dengan angkuhnya.

“Tapi En. Nazri, jurulatih kami bagi satu alasan saja bukannya macam-macam alasan,” balas Apy Elina selamba dan sempat lagi dia melambai ke arah pemain New Angle yang menghadiahkan dia bunga tadi.

“Pesan pada jurulatih kamu tu, lain kali jangan kurang ajar dengan tetamu. Sekarang ni, siapa nak bimbing kamu semua?” tanya En. Nazri memandang seorang demi seorang pemain The Legend yang masih senyap.

“Err…,” Apy Elina hilang kata-kata. Takkanlah dia sendiri hendak kata, dia yang akan membimbing mereka semua semasa perlawanan nanti. Pasti En. Nazri akan syak bahawa dia adalah jurulatih dan permainan sorok-sorok pasti akan tamat dan peluangnya untuk memalukan En. Nazri akan terlepas begitu sahaja.

“Saya,” celah Alex tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Semua ahli The Legend tidak mampu berkata apa-apa walaupun timbul pelbagai soalan dengan tindakan pelik mereka berdua. Inikah pakatan yang diwar-warkan?

“Adam Alexander, walaupun kali ini hanyalah perlawanan persahabatan saja tapi itu tak bermakna kami akan ambil mudah seperti selalu. Ingat, The Legend pernah kalah dalam perlawanan penting dengan New Angle,” En. Nazri bercakap dengan angkuhnya.

“En. Nazri, ini hanyalah perlawanan persahabatan dan jurulatih bukan watak yang penting pun, jadi tak perlu risaulah kalau kami tiada jurulatih,” balas Alex tenang tapi Apy Elina yang disebelahnya sudah menjeling tajam. Kata-kata yang menyakitkan!

En. Nazri tidak berkata apa dan terus berlalu ke pasukannya.

“Jurulatih bukan watak penting?!” Apy Elina berkata dengan tidak puas hati setelah En. Nazri tiada dihadapan mereka.

“Mak cik, awak perlu terima hakikat bahawa dalam perlawanan bola keranjang, jurulatih hanyalah pemegang watak sambilan sahaja,” ujarnya.

“Baby Boy, kamu nak rasa makan nasi lagi ke?”

“Err… sebelum korang berdua bergaduh lagi, boleh tak beritahu apa yang dah berlaku?” tanya Wawa berdiri di antara mereka berdua yang sejak dari tadi asyik membalas pandang.

“Ya. Ya. Kenapa cikgu tak mengaku yang cikgu ni jurulatih The Legend?” tanya Leo pula.

“Korang akan menyesal kalau tahu jawapannya,” jawab Alex. “Izwan,” dia memberi isyarat sebelum keduanya bergerak ke satu tempat yang jauh dari mereka semua.

“Kenapa?”

“Sebelum aku beritahu yang lain tentang ni, aku nak kau tahu terlebih dahulu,” katanya. “Tentang keputusan aku untuk tak menyertai perlawanan kali ini.”

“Kau dengan cikgu buat pakatan,” teka Izwan.

“Pakatan?”

“Yelah sebab kau orang berdua nampak pelik hari ini.”

“Oh, mungkin,” dia tidak memberi komen yang panjang. “Tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku ambil keputusan begini. Ingat tak waktu mula-mula cikgu datang ke sini dan kami berdua bertarung?”

“Yup,” dengan perlahan Izwan mengangguk. Masakan dia boleh lupa dengan pertarungan antara Alex dengan jurulatihnya tanpa henti. Jika dia dengan Rinazila tidak menghentikan pertarungan tersebut mungkin sampai ke esok pagi mereka akan terus berlawan di gelanggang.

“Kau kalah 150 mata,” tambahnya lagi.

“Ya. Kalah 150 mata,” Alex mengangguk namun wajahnya seakan teragak-agak ingin meneruskan perbualan.

“Kenapa boleh jadi macam tu? 150 mata. Bukannya sikit.”

“Itu yang cikgu kata juga.”

“Bila?”

“Keesokan paginya….”


“150 mata,” Apy Elina memandang tepat wajah anak kacukan Melayu-Cina dihadapannya itu. “Satu nilai yang agak besar, Adam Alexander,” tambahnya lagi.

“Kalau macam tu nak buat apa lagi? Nak adakan pertarungan lagi?” dengan berlagak dia berkata.

“Kalau adakan pertarungan sekali lagi pun awak tak akan berjaya kalahkan saya malah tangan awak akan jadi cacat!” tegas jurulatih barunya itu. Alex kemudiannya menyeluk kedua tangannya ke dalam poket jeketnya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“Buka jaket tu,” arah Apy Elina.

“Mak cik nak rogol anak murid sendiri?” sindirnya.

“Adam Alexander!” tengkingnya sehingga dewan gelanggang yang menjadi tempat pertemuan mereka itu bergema. Mujurlah tiada siapa yang mendengarnya. Dengan penuh paksaan, Alex membuka zip jaket yang dipakainya menampakkan baju t-shirt putih yang dipakainya di dalam. Jaket yang dipakainya di tanggalkannya.

Apy Elina hanya mampu menggeleng apabila melihat satu garisan panjang lebih kurang 4 inci panjangnya dan telahpun di jahit kerana ada kesan jahitan yang masih lagi baru.

“Kenapa boleh jadi begini?”

“Kemalangan,” jawabnya ringkas sebelum memakai jaketnya kembali.

“Saya minta maaf Alex, dengan tangan awak sekarang ni, awak akan direhatkan untuk perlawanan akan datang begitu juga dengan latihan.”

“Apa? Ini luka kecil saja.”

“Luka kecil awak cakap? Awak kalah dengan saya 150 mata sebab apa? Sebab pergerakan tangan awak yang lambat dan awak tak mampu nak lakukan shot dengan baik. Awak perlu tahu dalam bola keranjang tangan memainkan peranan yang penting. Kalau saya beri kebenaran pada awak untuk terus bermain, mungkin awak akan hilang tangan awak nanti.”

“Saya boleh handle,” Alex masih berdegil juga.

“Baiklah kalau macam tu, saya akan singkirkan awak.”

“Oh dengan cara apa?”

“Tunggu dan lihat sajalah.”


“Dan cikgu berjaya singkirkan kau,” Izwan bagaikan tidak percaya apa yang diceritakan oleh Alex tadi. Dia tidak pernah terfikir alasan jurulatihnya bertindak menyingkirkan Alex untuk perlawanan kali ini.

Alex mengangguk.

“Dan aku juga tak percaya aku boleh kalah dengannya,” akhirnya dia mengakui.

“Kalah? Kalah yang mana satu? 150 mata atau singkirkan kau?”

“Mungkin lebih daripada tu.”

“Hah?”

“Hey, apa pendapat kau tentang pemain nombor 4 tu?” mata Alex memandang ke arah pemain New Angle yang memakai jersi nombor 4 yang sedang memanaskan badan di gelanggang dengan melakukan beberapa shot ke arah keranjang bersama-sama rakannya yang lain.

“Ahah! Nombor 4. Haziq. Semua orang tahu dia antara pemain hebat dalam New Angle. Bijak mencuri ruang dan setiap shot yang dibuatnya dilakukan dengan pantas dan kadang kala tanpa di duga. Dia mahir dalam balingan 3 mata dari setiap sudut tapi… ada satu sahaja yang aku tak beberapa suka dengannya.”

“Walau siapapun dia, aku nak kau belasah dia cukup-cukup.”

“Bunyi macam peribadi saja,” Izwan memandang rakannya. Hairan.

“Hey, korang berdua!” suara Apy Elina bergema satu dewan. “Kalau nak bercinta pun janganlah waktu-waktu begini. Balik rumah nanti baru boleh buat!”

“Dan selepas kau belasah Haziq tu, aku nak kau belasah seorang lagi,” kata Alex sebelum mengorak langkah. Izwan sekadar tersenyum menggeleng. Tak habis-habis!

14 si charming:

  1. miz.nZz berkata...:

    ratu kenapa sikit sangat?? aduss... baru nak menjiwai watak!!
    ape2 pon citer nie memang best....

  1. MaY_LiN berkata...:

    aduhai~
    asik gaduh saja..

  1. Ai berkata...:

    cute ar..
    dorang sume nihhh..
    hahaha..

  1. Unknown berkata...:

    hebat ah apy tu..tau je die alex 2 cedera..kagum2! hehehhe...em..mst alex nk srh blasah haziq sbb jeles haziq bg bnga kt apy..kn2? hehehe...alex ske apy eh? =)

  1. agent_sesat berkata...:

    duuhh...rasa cam nak duk umah kak ratu and tunggu doer siapkan novel nie...
    hehehe..seriesss...

    appy nie mmg terer...!!! memang x di sangkal...jurulatih yang hebat...
    alex?? hehhee...mesti ader somethign-something nie...

  1. himitsu berkata...:

    neorago

    ratu sket sgt le kali ni...penat tggu taw...best r sume citer ratu...
    sy kagum ngan ratu

  1. in_an berkata...:

    alah x sabar nak tau perlawanan die org...en.nazri 2 berlagak betul..mmg patut pun apy 2 nak ajar die 2 ckit..

  1. Princess berkata...:

    waaah~ best nye kak ratu... citer ni buat sy mcm ada kt realiti je...sumpah..best sngt...

    x sngka apy elina tu hebat..yela smpai tahu alex trcedera...then nk kne kn en.nazri..haaa..pndn la muka si sombng tu..hehehe

    alex ni mcm cmbru je...hehehe...anggapan je...

    apa pun...suke sngt citer ni..nk lgi ye...len kli lbih pnjngggg..

  1. Lieza berkata...:

    ala skit ye?? cepat sambungg beh nihhh huhuhu

  1. aqi` akirah berkata...:

    thanxs...
    tp xpuas bc laa...
    nk lg leh??
    hee..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hi nurul,

    thanks sbb crita awak makin hari makin best, terasa kewujudan watak alex dan apy tu...kalau diorg tak masuk stp n3 rasa tak lengkap plak, best dan teruja bila diorang "bergaduh"... ayat apy dan alex tu lebih kurang jer maksudnye..hehehe mmg sekepala la diorang nie..

    "hebat betul mata cikgu tengok lelaki" tu macam jelous je bukan perli kan3...

    anyway congret nurul coz crite awak buat saya tertunggu stp episod...

    nurul, siapa artis yg awak bayangkan sesuai utk watak apy nie ek...hehehe sgt2 nak tau nie:)

    ~vee~

  1. Tanpa Nama berkata...:

    nape tak leh bukak hikayat cinta 22 dan seterusnyer yer

  1. RashHanie berkata...:

    best siot citer ni..apy mmg coach yg hebat..ingtkn dia saje2 nk sngkirkn alex..rupenye dia ade alasan tsndri...congrate la ratu!waiting for nex episode..hehehe

  1. Cik Myoko berkata...:

    dear kak ratu:
    sangat kreatif, jrg da writor yg nak selitkan facts, sport n love.n u did it!congrates! waiting for the next.asap please:)

    miss adam alexender:)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages