13(C): IDEA OH IDEA


13(C): IDEA OH IDEA…

Suasana restoran KFC di sebuah pusat membeli belah di ibu kota begitu meriah dengan gelak ketawa pasukan SHARK yang menang mudah dalam perlawanan tadi. Memang sudah menjadi tradisi mereka walau menang atau kalah mereka tetap akan membuat jamuan di mana-mana restoran setelah selesai sahaja perlawanan.

Blue yang turut di heart ke jamuan itu hanya duduk diam di tepi. Lagipun dia bukannya kenal sangat dengan kawan-kawan mereka semua kecuali Asraf sahaja. Pada mulanya dia memang berasa kekok dengan mereka semua. Yelah, ini kali pertama dia makan dengan sekumpulan lelaki yang kacak-kacak selain Hafiz (tak termasuk Roswell ye ^_^).




Dia rasa bagaikan seorang puteri duduk di tengah-tengah dikelilingi lelaki-lelaki kacak. Ah, betapa bahagianya.

“Blue,” panggil Kak Tiqa. Sebaik sahaja dia berpaling… klik! Gambarnya di ambil tanpa bersedia. Kak Tiqa ketawa kelucuan. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali Kak Tiqa ambil gambarnya secara mengejut.

Nak marah. Tak sampai hati pula sebab dia berada di tempat orang tapi dalam hati hendak sangat dia melihat gambar-gambarnya. Comelkah? Cantikkah? Ah, dia memang suka sangat bergambar tapi kalau boleh biarlah dia bersedia supaya dia boleh keluarkan muka comelnya. Comel? Blue tertawa dalam hati.

“Blue? Hey, Danish. Kau ni boyfriend jenis apalah, kenalkanlah girlfriend kau tu,” celah Alias yang sememangnya sejak dari tadi tak henti-henti bercakap. Penat juga Blue mendengar budak tinggi lampai itu berceloteh.

“Yelah, apa nama girlfriend Boy?” sampuk Kak Tiqa lagi sambil… klik! Gambar adik bongsunya diambil lagi. “Takkan dengan Kak Tiqa pun nak menyorok,” sindir kakaknya.

“Siapa nama dia? Takkan panggil Blue saja?” tanya Haikal pula. Sempat lagi lelaki kacukan Melayu Cina itu mengenyit mata ke arah Blue. Hampir gugur jantung Blue. Kalaulah Hafiz tiada di hatinya, sudah lama dia tangkap lentuk dengan lelaki kacukan itu. Handsomenya kalahkan Nicolas Tse.

Huh, sabar Blue. Sabar. Ingat Allah. Ingat mak dan abah. Dan yang penting ingat Hafiz,’ detis hati Blue.

“Buat pengetahuan korang semua, nama dia ni Aminah!” dengan sepantas kilat Blue berpaling. Roswel masih selamba.

Aminah?! Kau kata nama aku Aminah?! Hey, walaupun aku dari kampung tapi ini tak bermakna nama aku Aminah tau! Memang betul-betul makhluk asing. Nama aku NorAyana Maisarah bt Mohd Nor. Huh, betapa jauhnya nama NorAyana Maisarah dengan Aminah. Sedap-sedap je kau nak tukar nama aku ye. Ni mesti kes nak balas dendam pada aku bila aku gelarkan kau Roswell.

Blue hanya menjeling tajam. Cuba mengawal perasaannya yang sudah terbuak-buak seperti sebuah gunung berapi yang hampir meletus tapi di tahan-tahan.

“Aminah? Klasik nama tu tapi kenapa panggil Blue?” tanya Fadhil pula.

“Sebab dia ni Ahli Sihir Mata Kucing,” pantas Asraf menjawab sebelum sempat Blue bersuara. Sekali lagi matanya memanah Asraf yang masih lagi berlagak selamba.

Hah! Okey! Si Roswell ni memang dah melampau. Mula-mula sesedap rasa tomyam dia je kata nama aku Aminah lepas tu dia gelarkan aku ni Ahli Sihir Mata Kucing?! Huh! Jagalah kau balik nanti, aku siat-siat kulit kau jadi makanan kucing aku lepas tu organ dalaman kau aku jual kat Pemburu Mahkluk Asing! Huh!
*********

“Okey, saya nak tahu,” ujar Cikgu Roslan dengan suara lantangnya setelah mereka singgah semula ke Dataran Merdeka untuk mencari Blue tapi malangnya tiada sesiapa nampak kelibat Blue di situ. “Saya nak tahu siapa perasan Blue kali terakhir kita perasan dia hilang?” tanyanya.
Masing-masing menggeleng.

“Takkan masa nak bertolak tu tiada sesiapa yang perasan?” tanya Cikgu Roslan.

Semua menggeleng kecuali Natasya yang masih lagi senyap.

“Siapa kawan Blue?” tanya Cikgu Roslan lagi.

Serentak dengan itu Dahlila dengan Sakinah menangkat tangan.

“Kami,” ujar Dahlila mengaku. Sebelum Cikgu Roslan bercakap, Dahlila sudah bermula dengan ayat powernya. “Tapikan sebelum Cikgu Roslan marah-marah kami sebab lalai dengan Blue, kami nak pertahankan yang kami tidak bersalah sebab pertama, Blue tak duduk bersebelah dengan kami dan sebab kedua Blue duduk di belakang kami. Bila Cikgu Rosnani tanya, ‘Okey, sila lihat orang kiri kanan kamu, semuanya ada ke?’ dan dah tentulah kami jeling orang kiri dan kanan kami. Orang di kiri saya adalah Sakinah dan tempat Blue di belakang seorang diri. Jadi, tak hairanlah kalau kami semua kata ‘ada’ bukan? Jadi saya rasalahkan, mustahil juga sebab Natasya duduk sebaris dengan tempat Blue cuma mereka tak duduk bersama. Hanya di pisahkan beberapa meter saja. Dan arahan Cikgu Rosnani adalah lihat orang kiri kanan. Jadi, kalau Natasya mengikuti arahan Cikgu Rosnani mestilah dia perasan yang Blue tak de ditempatnya,” kata Dahlila panjang lebar menerangkan pada Cikgu Roslan.

Cikgu Roslan terdiam sebenar. Barangkali berfikir.

“Tapi….”

“Cikgu, kami tahu Natasya tu anak kesayangan cikgu. Yelah, siapa yang tak suka kalau dirinya tu cantik, baik hati, bersopan-santun, pandai pula tu tapikan dalam hal ini cikgu tak boleh pilih kasih. Blue dah hilang. Okey, mungkin ini kesalahan Blue sebab tak alert dengan rombongan ini tapi kita tak boleh nak salah Blue seratus peratus sebab mungkin, masa kita bertolak tu Blue masih lagi kat dalam jamban tengah melaburkan saham ke,” ujar Sakinah pula.

“Hah, Cikgu Roslan, baru saya teringat yang Blue ada minta kebenaran saya nak pergi tandas,” ujar Cikgu Rosnani.

Muka Natasya pucat bila mendengarnya.

“Err…,” salah seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. Pelajar perempuan yang bercermin mata tebal itu kemudiannya berdiri.

“Maaf cikgu, saya rasa saya nampak Blue dengan Natasya ke seberang sana tadi tapi pelik juga sebab saya tengok Natasya balik seorang diri,” beritahunya.

Serentak itu semua mata memandang Natasya yang hanya tunduk. Dia seakan tidak dapat lari lagi.

“Hey, budak mata kerbau!” Siti di sebelah Natasya bangun dengan mulut becoknya itu. “Kau jangan nak fitnah kawan aku ye! Mana ada Natasya pergi ke seberang sana. Aku bersama dengan Natasya hari ni tau! Kau jangan nak wat fitnah!” serang Siti.

“Hey Cik Siti Hidung Kembang,” sampuk Dahlila pula. “Jangan ingat aku tak tahu kau buat apa tadi. Aku tahu Natasya tak sama dengan kau sebab kau sibuk tergedik-gedik dengan anak lelaki mat salleh tu. Siap bergambar lagi,” jerling Dahlila.

“Okey, sudah!” Cikgu Roslan meninggikan suaranya. “Natasya, saya nak dengar penjelasan kamu. Benar ke kamu bersama dengan Blue tadi?” tanya Cikgu Roslan lembut.

Huh, menyampah juga Dahlila dengan Sakinah mendengarnya.

“Cikguuuuu…,” mendayu suara Natasya bersama air mata kasihannya. “Kami cuma pergi ke tandas di CM tu tapi bila saya keluar dari tandas Blue dah hilang,” ujarnya sambil tersedu-sedu menangis.

Tangisan simpati. Jijik juga Dahlila melihatnya.

“Atau kau sengaja tinggalkan dia,” sindir Sakinah geram.

Keadaan kecoh tiba-tiba. Cikgu Roslan dan Cikgu Rosnani kelihatan berbincang sesuatu di belakang manakala keadaan riuh dengan kes kehilangan Blue. Kalau Blue hilang kat sekolah lain ceritalah tapi ini Blue hilang di kota yang sibuk ini. Walaupun kecil tapi payah juga kalau nak mencari apatah lagi mereka tidak dapat menghubungi Blue dan Blue juga tak menghubungi mereka.

“Saya dengan Cikgu Roslan sudah berbincang tadi,” ujar Cikgu Rosnani yang jelas kerisauan di raut wajahnya. “Kami bercadang supaya rombongan ini di batalkan.”

“Sokong!” Dahlila dan Sakinah bersorak.

“Dan Natasya perlu bertanggungjawab dengan kehilangan Blue!”
**********

“Haaachummmm…” masuk kali ini sudah banyak kali dia terbersin. “Hai sapalah yang mengata aku,” ujarnya seorang diri. Dari jauh dia hanya melihat Kak Tiqa mencium adik bongsunya itu sebelum melangkah menarik beg tariknya ke pintu masuk KL Sentral.

Setelah berpisah dengan kawan-kawan Asraf yang lain mereka bertiga menaiki teksi ke KL Sentral untuk menghantar Kak Tiqa yang merancang ke luar negara.

“Kak Tiqa nak pergi mana pula ni?” tanya Asraf sewaktu mereka bertiga di dalam perut teksi.

“Emm… tak terfikir lagi. Mungkin Kak Tiqa akan ke New York sebentar untuk melawat Kak Mira sekejap dan lepas tu akak akan bertolak ke Scotland nak selesaikan beberapa urusan disana. Kak Maria bising sangat, entah apa yang dia tak puas hati dengan pengurusan di sana,” ujar Kak Tiqa. Blue hanya sekadar mendengar saja di sebelah.

“Bila nak kembali ke Malaysia semula?” tanya Asraf menolong Kak Tiqa menarik beg pakaian.

“Tengoklah kalau tak de apa-apa mungkin 2 atau 3 bulan lagi Kak Tiqa akan balik ke sini. Kenapa? Rindu?”

“Tak delah. Saja tanya.”

Kak Tiqa tersenyum manis.

“Don’t worry, Kak Tiqa akan hantar kamu email tiap-tiap minggu dengan syarat kamu mesti jaga diri. Jangan nakal-nakal. Jangan bergaduh dan yang penting jaga kesihatan kamu. Dengar kata kamu tak pergi jumpa Kak Linda sejak dua tiga minggu ni.”

“Sibuk,” jawab Asraf pendek.

“Sibuk sampai tak de masa nak check kesihatan diri?”

“Saya okeylah. Janganlah risau.”

Kak Tiqa sekali lagi tersenyum.

“Boy ni memang keras kepala.”

“Kak Tiqa pun sama,” ujarnya selamba.

“Amboi, dah pandai melawan.”

“Dahlah, nanti tertinggal flight pula.”

“Kalau tertinggal, Kak Tiqa ada alasan nak bagi tahu Kak Maria. Boy halang Kak Tiqa pergi bercuti, bagaimana? Hebat tak alasan tu?”

Asraf menjeling tajam.

“Okey, Kak Tiqa pergi dulu. Jaga diri. Assalamualaikum,” dia mengucup pipi adik bongsunya itu dan sempat berbisik sesuatu. “Cantik girlfriend Boy. Lain kali ajaklah datang ke rumah,” dia mengenyit mata kanannya.

“Kak Tiqa!”

“Jaga diri Baby Boy. Blue, tolong jaga adik Kak Tiqa ni ye, dia ni nampak saja kasar tapi hatinya lembut tau!”

Hah! Kak Tiqa ni memang nak kena ni. Saja je nak malukan aku depan Ahli Sihir Mata Kucing tu. Hah, tengok tu gelakkan aku lagi. Gelaklah kau puas-puas. Tak pe, taulah aku balasnya.

“Baby Boy?” ujar Blue seakan mahu ketawa berguling-guling disitu. Sejak di restoran KFC lagi dia mahu ketawa dengan gelaran Baby Boy. “Tak padan langsung.”

“Kau nak balik ke tempat asal kau ke tak ni?” ujar Asraf yang sudah tidak tahan digelakan oleh Blue. Hampir merah mukanya menahan malu tapi cuba ditahannya. Ah, pecah tembelang yang hampir 3 tahun dia menyimpannya.

“Err… nak,” Blue cuba sedaya upaya menahan tawanya apabila melihat wajah serius Asraf. “Tapi macam mana?”

“Macam mana lagi. Mestilah dengan akal. Takkanlah aku nak tampal gambar kau di kesemua bangunan di KL ni.”

“Yelah tapi macam mana? Hisy, mesti diorang kecoh sekarang ni. Aku tak kisah kalau kena marah dengan cikgu sebab merayau tak tentu pasal tapi aku tak sanggup risaukan mak aku kat rumah tu,” tiba-tiba hatinya sayu teringatkan emak dan abahnya di rumah. Macam manalah mereka kalau dapat tahu anak kesayangannya itu terpisah dengan kawan-kawan yang pergi rombongan.

“Ni Natasya punya pasallah. Tak pe. Tak pe. Kalau aku dapat jumpa kau Natasya, siaplah kau kerjakan. Aku akan buat kau mohon maaf depan perhimpuanan nanti…,” tiba-tiba lampu kecil di kepalanya menyala. Tidak lama selepas itu dia tersenyum lebar.

“Dah mula dah,” Asraf menjeling tajam.

“Well, kalau nak hidup mestilah pandai menggunakan taktik yang kotor,” ujar Blue dengan bangganya. “Dan sekarang, aku nak kau tolong aku carikan tiket nak balik rumah.”

“Bila?”

“Sekarang.”

“Hah?!”

2 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wahwahwahwah...
    Semakin menarik ceria ini. teruskan lagi dengan cerita anda. Natasua tue kenakan kaw-kaw ek.. Sesuke ati jer tinggalkan blue kat cm....

  1. PwEncEsZ cHokLaT berkata...:

    ayRaF 2 sakeT ke???HuHuhU....biar r blue kapel ngan roswell...ngeh...ngeh...=)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages