12: KUALA LUMPUR


CHAPTER 12

“Tepi-tepi, beri laluan pada Your Queen of the World,” ujar Blue separuh menjerit sambil menjinjit beg Garfield yang sudah bertahun dia tidak guna. Nasib baiklah dia sempat membasuh beg tersebut kalau tidak, pasti satu bas terbau racun perosak Cap Gajah (ada ke).

Sakinah dan Dahlila hanya menggeleng dari jauh. Sejak akhir-akhir ini, Blue sudah jadi perempuan yang gedik tak bertauliah. Tak kena pada gaya dan keadaan. Jelik juga mereka melihatnya tapi apa boleh buat, kalau kawan kita gila ke, tak betul ke, atau sakit mental ke, kita kena terima juga. Bak kata orang tua-tua ‘Dah nasib badan’

“Hey Blue,” sapa Nazrul.

Pantas Blue berpaling.

“Aku kenal kau ke?” tanya Blue tanpa berfikir panjang. Ah, kalau fikir pun dia bukannya kenal mereka berdua.

“Kau mungkin tak kenal kami tapi kami kenal kau,” balas Zafrul.

“Mereka berdua ni kawan karib sehidup semati mahkluk asing dari Roswell yang berangan nak pikat kau tu,” pantas Dahlila bersuara.

“Dan kalau kau nak tahu lagi, diorang nilah yang bagi idea kat Roswell tu supaya pikat perempuan dan perempuan tu adalah kau,” Sakinah pula bersuara.

“Ohhhh,” Blue mengangguk faham. “Jadi koranglah kepala segala kepala mahkluk asing.”

“Sorry, sedikit pembetulan. Memang kami yang cadangkan idea pikat perempuan tu tapi kami tak cadangkan suruh pikat kaulah,” ujar mereka pada Blue. “Budak tu yang pandai-pandai nak buat cerita sendiri.”

“Kau pun ikut ke rombongan ni?” tanya Nazrul lagi.

“Mestilah, demi memusnahkan hubungan Romeo dan Juliet tu, aku mesti pergi. Kalau tak jangan haraplah aku nak jejak kaki ke kota bising tu,” jawab Blue sambil menjeling tajam ke arah Natasya yang sedang berbual mesra dengan Hafiz. Geram pula dia melihatnya. Kalaulah dia memiliki mata Kara dalam drama bersiri Smallville, sudah lama dia panah Natasya dari situ.

“Seorang diri?”

“Hello! Bukan ke dah namanya rombongan mestilah pergi beramai-ramai.”

“Tak maksud kami, kau bukan ke ada date dengan Asraf?” tanya Nazrul lagi mahu mengesahkan lagi.

Blue terdiam sebentar. Pelik. Apa yang Asraf sudah cakap dengan kawan-kawannya itu. Date? Buang tabiat ke? Tapi, selama dia bermusuh dengan Asraf, walaupun Asraf bercita-cita nak memikatnya tapi Asraf tak pernah langsung ajak dia pergi dating.

“Si Roswell tu? Aku ada date dengan dia?” tanyanya lagi.

Kedua mereka mengangguk.

“Gila apa? Dari aku dating dengan mahkluk asing dari Roswell tu lebih baik aku dating dengan kerbau Pak Mail ada jugak faedahnya,” ujar Blue sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.
Dari dia bercakap dengan mereka berdua yang sejenis seperti Roswell baik dia bercakap dengan kerbau Pak Mail. Err… Pak Mail ada kerbau ke?

“Aku dah agak dah, budak ni memang mahkluk asing punya budak. Cakap tak pernah betul,” Nazrul berkata. “Kita tanya soalan 1, dia bagi jawapan 100. Kita suruh pikat perempuan macam Natasya, dia pikat perempuan macam Blue. Kita suruh dia lari 100 meter, dia lagi lari 1000 kilometer lepas tu sesat kat dalam hutan,” keluhnya.

“Yelah, kata nak pikat Blue tapi nampak gayanya Blue dah terpikat dengan kerbau Pak Mail pulak,” Zafrul menggaru kepalanya.

“Tu nasib baiklah Blue terpikat dengan kerbau Pak Mail, kalau Blue terpikat dengan Pak Mail yang ada gigi sebatang tu, alamatnya, Asraf kena sedekah semua gigi-giginya pada Pak Mail.”

“Tapikan, aku nak tanya kau, Pak Mail tu ada kerbau ke?” tanya Zafrul.

Nazrul terdiam. Dia menggaru kepalanya. Setahunya Pak Mail ada lembu saja. Itu pun seekor saja.

*********************

Perjalanan dari Sungai Besar ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja. Dalam 3 jam itulah banyak pelbagai gelagat pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan sambil berhibur yang diketuai oleh Cikgu Rosnani. Bagi rombongan kali ini hanya 2 bas sahaja yang menyertai berbanding 4 bas pada tahun lepas.

Dan pelajar lelaki dan perempuan seperti biasa diasingkan. Ini adalah bertujuan perkara yang tidak diingini berlaku.

Dan setibanya di Kuala Lumpur, destinasi pertama yang dilawati mereka adalah Dataran Merdeka. Huh, selama ini mereka hanya melihatnya di televisyen dan sekarang mereka melihatnya di hadapan mata.

“Macam kambing masuk bandar,” ujar Blue sebaik sahaja melompat keluar dari bas sekolah yang membawa rombongan mereka itu. “Apalah yang ada dengan Kuala Lumpur ni? Harap bangunan saja tinggi tapi aku tengok macam tak best saja.”

“Blue,” jerit Sakinah yang dari tadi asyik bergambar. Bukan setakat Sakinah saja tapi semua orang datang ke Dataran Merdeka hendak bergambar. Bukannya hendak mempelajari sejarah Dataran Merdeka. Bukan ke semua tu lebih penting. Malah mungkin masuk dalam soalan PMR.

Memang patut pun Cikgu Rosnani anggap ni sebagai ‘Rombongan Sambil Berhibur.’ Sebab kalau ‘Rombongan Sambil Belajar’ diorang mesti tak mahu pergi punya. Dan lepas ini, mereka akan ke KLCC. Bangunan berkembar Petronas yang ramai yang ingin ke sana tapi tidak berkesempatan. Bagi sesiapa yang ada abang-abang atau kakak-kakak yang bekerja atau belajar di Kuala Lumpur mungkin pernah pergi melawat.

“Cikgu, saya nak pergi tandas!” ujar Blue separuh menjerit.

Amboi, Cikgu Rosnani nampaknya posing sakan. Kalah model popular CLEO.

“Pergilah.”

Pergilah?! Huh, aku nak pergi tandas bukannya dia nak tunjukkan jalannya. Ingat ini kampung halaman ke? Manalah aku tahu tandas kat mana. Kalau aku tahu dah lama aku lesap pergi. Tak payah nak minta kebenaran dari cikgu!

Blue memandang sekeliling. Rasanya dia tak nampak lambang-lambang tandas. Malah pintu tandas pun dia tak nampak. Orang Kuala Lumpur ni pelik sikit, kadang-kadang tu, pintu tandas pun tak rupa macam pintu tandas. Antik sangat.

Tak macam di kampung halamannya, kalau pintu tu reput dek makan oleh anai-anai… hah, itulah pintu tandas. Semua orang tahu.

“Kau nak pergi tandas ke?” tanya Natasya tiba-tiba menyapanya.

‘Eh minah ni, dah dengar buat-buat tak dengar pula. Nasib baiklah aku berada di negeri orang kalau tidak, dah lama dah aku jerit “Aku nak pergi tandaslah mak nenek!”

“Aku pun sama,” balas Natasya.

“Nak pergi tandas pun bangga ke?” tanya Blue pelik. Hisy tak pernah dia berjumpa dengan orang yang bangga nak pergi tandas bersama.

“Jom kita pergi tandas?”

Blue menjeling sambil berfikir sesuatu. Tapi nampak gayanya dia tidak boleh berfikir kerana sudah tidak tahan. Akhirnya, dia bersetuju. Lantaklah. Pergi dengan musuh pun musuhlah. Asalkan dia perlu ke tandas segera!

Blue hanya mengikut Natasya menyeberang jalan raya yang banyak kereta itu. Hon sana hon sini. Huh, bingit kepalanya mendengarnya. Oppss… bukan kepala tapi telinga. Kalaulah si Roswell tu terdengar apa yang dia cakap sekarang, mesti dia sudah kena ceramah tak bertauliah dari Roswell. Ada saja yang nak dicakapnya. Kalau dia cakap ada point tak pelah jugak tapi masalahnya, cakapnya memang merapu sesangat.

“Eh, kita nak ke mana?” tanya Blue hairan.

Entah ke mana pula si Natasya ni membawanya. Takkanlah nak merogolnya? Huh, tak sesuai.

“Kat sana tu. Jangan risau, lagipun akukan berasal dari Kuala Lumpur sebelum menetap di Sungai Besar. Jadi, aku masih ingat lagi jalan-jalan di Kuala Lumpur ini,” ujar Natasya dengan lagaknya.

“Yelah tapi kita nak pergi mana?”

“Kat sana tak de tandas so, kita kena pergi tempat yang terdekat. CM. Central Market. Kau pernah sampai ke tempat tu? Kalau kau nak tahu, tulah tempat aku lepak dulu tapi tempat tu tak beberapa seronok, yelah, tempat tu hanys sesuai untuk orang yang suka seni. Lagipun tempat tu….”

Huh, berlagak jugak budak ni rupanya. Aku tahulah kau ni berasa dari Kuala Lumpur tapi aku tak heranlah sebab kecik-kecik lagi aku dah main lumpur. Blue hanya menjeling.

Sampai saja di Central Market, mereka berlalu ke tandas yang terletak di tingkat dua. Huh, masuk-masuk saja dah kena bayar. Nak masuk tandas pun kena bayar?! Memang tak patut tapi bila dah masuk… memang patut pun kena bayar sebab harumnya huh, wangi semerbak!

“Ah, lega!” keluh Blue sambil keluar dari tandas. Kemudian, dia pandang sekeliling. Tiada langsung kelihatan kelibat Natasya. Disangkanya Natasya menunggu di luar tapi sangkaannya meleset sama sekali.

Sah! Dia kena tinggal oleh Natasya!

“Tak guna punya Natasya, Kau nak kenakan aku ye. Tak pe. Kau ingat aku ni mudah lupa ye. Aku tahulah jalan balik!” dengan pantas kakinya berjalan dengan confidentnya.

Lebih 15 minit dia berjalan, Blue memandang sekeliling. Dia memandang atas. Hanya yang dia nampak adalah bangunan yang asing buatnya. Dia pandang tepi, orang kiri kanan memandangnya dengan pelik.

“Ah, aku kat mana sekarang ni?” ujarnya hampir menjerit.

Tak guna punya heroin! Ada ke patut aku kena buli dengan heroin utama? Mana patut! Huh!

“Okey, jangan panic… jangan panic…,” dia cuba mengingati jalan yang dilalui olehnya bersama Natasya tadi. Tadi, aku lalu kat Bank Pertanian, ya… Bank Pertanian! Tapi… arah mana?” tanyanya sambil berjalan kiri kanan dan tiba-tiba dia terlangggar seseorang…. Jeng jeng jeng….

7 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wawawawawa besh laaa citer nie.
    sekali baca dah terpikat.
    tak sabo nak baca ceriter seterusnyer.
    "kerana kau ratu bulan telah menyebabkan duniaku kini kembali ceria". heheeheh...
    all the best.
    good luck!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Mmg best sngt citer nie.. x sabar nk tau endingnyer.. sape lh agk nyer yg blue langgar tu..?? penulis cpt la wat smbngnnyer... hrp2 hepi ending lah..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    jalan cerita nie memang menarik sekali.gd luck RATU BULAN

  1. Tanpa Nama berkata...:

    besh arr.. daku suker baca citer nieh.. x sabar arr nak sambungan citer neih..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best cita nie...smbung cpt2 ek....
    good luck to u...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    bez r cite neyh..klw bwt drama kn bez..cnfrm aku jd pnoton setia..hehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!! SAKIT PERUT GELAK !!!! HAHAHAHAHAHAHAA!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages