Romeo yang Hilang: Bab 1


Pesan Hikayat,
Isteri yang sabar ialah isteri yang paling bahagia di dunia.

Dua tahun kemudian…

HE so gojes!”
Apy Elina yang duduk di hadapan mereka hanya tersenyum. Perempuan. Apabila memuji lelaki handsome memang begitu. Langsung tak peduli dengan tanggapan orang sekeliling.
Senyumannya... so sweet. Ah, cair aku dibuatnya!”

Sekali lagi Apy Elina tersenyum seorang diri. Mereka langsung tak sedar dia sedang memerhatikan mereka. Bukan dia sahaja, malah diperhatikan oleh orang awam yang duduk berhampiran mereka.
Mujurlah rata-rata mereka yang berada di sekeliling bukan orang Melayu atau orang yang faham bahasa Melayu, kalau tidak gerenti mereka semua tengah tahan daripada muntah hijau.
Begitulah perasaan Apy Elina yang terpaksa mendengar. Kadangkala menyampah juga dengan perangai gedik mereka itu. Buat malu orang Melayu di negara orang sahaja. Kalau betul lelaki dalam gambar pada majalah itu handsome dan gojes pun, sopanlah sikit bila bercakap. Ini tidak, suara mereka boleh dengar satu airport!
Tapi, malangnya dia sudah berkahwin...” kata gadis yang berambut perang macam minah saleh itu. Dia mengeluh meluahkan rasa kecewa tak terhingga.
Kali ini Apy Elina terasa hendak ketawa terbahak-bahak tapi cuba ditahannya.
Alah, isteri dia bukan cantik pun. Tua pula tu. Tak lama lagi mesti kena cerai tu,” balas si kawannya yang bermekap tebal. Tebalnya lebih kurang hampir sama dengan mekap pelakon opera yang sempat dia tengok beberapa hari yang lalu bersama suaminya di kota Shanghai.
Bukan berbulan madu. Pada awalnya dia memang keseorangan di sini sebab kena menghadiri kursus di kota Shanghai ini selama sebulan. Setelah kursus habis, suaminya datang sendiri menjemput di Shanghai. Oleh sebab ada banyak masa lagi, mereka pun sama-sama luangkan masa di sana sekejap. Sekarang baru hendak balik ke Malaysia.
Betul tu. Aku tak faham betul dengan lelaki sekarang ni. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa mesti perempuan tua juga dia pilih? Bukan hebat sangat pun perempuan tu. Dia pun datang dari keluarga biasa-biasa. Pelik betul!” sokong gadis berambut perang itu.
Apy Elina rileks lagi. Baginya, perempuan begini tak perlu dilayan sangat. Sudah banyak dia jumpa perempuan begini, malah ada lagi yang lebih teruk. Biarlah dia terus memuji diri sendiri dan mengutuk orang lain.
Ala, kau tak payah peliklah. Aku pasti perempuan tu mesti dah bomohkan dia. Kalau tak, takkanlah lelaki handsome dan gojes macam ni nak kahwin dengan perempuan murahan tu. Lagi satu aku dengar perempuan tu ramai teman lelaki. Boleh dikatakan ramai juga yang pernah jadi mangsa dia,” gadis bermekap tebal itu mula menabur fitnah.
Kali ini Apy Elina hanya menggeleng. Kalau ikutkan hati mahu saja dia duduk sekaki dengan mereka dan suruh mereka mengumpat lagi. Itu baru satu fitnah yang dia dengar. Mungkin ada banyak lagi fitnah yang belum keluar dari mulut mereka. Jadi, dia hanya pasang telinga besar-besar. Kalau telinganya ada mic, gerenti bukan sahaja dia dengar, seluruh Shanghai ini akan dengar perbualan mereka.
Pandai betul perempuan tu. Mengena pula umpan dia. Dapat ikan emas yang besar pula tu. Cukup segala pakej. Kalaulah aku dapat... memang senang hidup aku. Tak payah susah-susah pergi kerja. Setiap bulan boleh pergi shopping. Setiap tahun boleh pergi melancong. Ah, bahagianya!”
Sekali lagi Apy Elina menggeleng. Hebat betul dengan cita-cita mereka. Tak payah susah-susah kerja? Setiap bulan boleh pergi shopping? Setiap tahun boleh pergi melancong? Begitu mudah pemikiran mereka. Mana ada semua tu dalam realiti ini. Mereka ingat duit itu datang dengan sendiri? Dengan hanya bergoyang kaki? Semuanya perlukan usaha. Kalau hidup asyik inginkan kesenangan, memang kesusahan yang kita akan dapat.
Kau tu cakap saja, tapi langsung tak berani nak bertindak!” balas kawannya.
Apy Elina menyokong.
Kalau dia ada depan mata aku, dah lama aku goda dia tau. Tak kisahlah isteri dia ada ke tak. Yang penting, aku lebih cantik daripada isteri dia. Tapi sekarang ni, nak jumpa dia pun bukan main payah. Aku dah siasat, dia bukan kaki clubbing. Jadi, susah aku nak jumpa dia tau.”
Kau pergi cari dia kat kelab malam memanglah tak ada. Awal-awal lagi aku tahu dia bukan kaki clubbing. Kau dah lupa ke dia tu bekas pemain bola keranjang, mestilah dia habiskan masa di gelanggang berbanding di kelab malam.”
Jadi, kau tahu tempat lepak dia?”
Tahu...”
Apy Elina memasang telinga dan mendengar dengan teliti. Wah, dahsyat juga perempuan ni. Sanggup siasat aktiviti suami orang.
Jahatlah kau! Nak makan seorang diri!”
Kalau aku nak makan seorang diri dah tentulah aku tak mengaku tadi.”
Habis tu?”
Aku baru saja tahu pasal info ni. Tapi itu tak penting dah.”
Kenapa?”
Yalah. Takkan kau tak faham. Lelaki kalau dah main sukan, perempuan dia campak tepi. Kalau kau goda dia dekat gelanggang pun matanya hanya pandang bola.”
Habis, isterinya tu... goda dia kat gelanggang juga...”
Kau ni lembablah.”
Kenapa pula?”
Buat apa nak pikat dia kat gelanggang. Bukan ke dia ada syarikat besar?”
Oh ya tak ya juga... kenapalah aku tak terfikir nak cari kerja kat situ...”
Hah, pandai pun! Sekarang ni syarikat dia tengah cari seorang setiausaha yang sanggup bekerja lebih masa.”
Aku tak sanggup kerja lebih masa. Nanti tak ada masa nak bersosial.”
Lebih masa! Cuba fikirkan... lebih masa!” kawannya cuba terangkan sesuatu.
Ini bermakna... kita dapat luangkan lebih masa dengan dia?”
Gadis opera itu mengangguk banyak kali.
Nak. Aku nak apply!” kata gadis berambut perang itu dengan sungguh teruja.
Aku dah apply...”
Jahat kau!”
Gadis opera itu ketawa macam orang gila. Hampir serupa dengan puntianak mengilai.
Aku baru apply, belum tentu dapat. Mesti banyak persaingan. Maklumlah kebanyakan orang macam kita juga. Tak nak lepaskan peluang bekerja dengan jutawan muda, Adam Alexander yang handsome itu. Oh, kalaulah aku dapat kerja tu, aku akan pastikan aku akan goda dia habis-habisan! Lepas tu, akan pastikan dia ceraikan isteri dia dan kemudian, dia akan lamar aku sebagai isteri barunya.” kata gadis opera itu dengan angkuhnya.
Jangan harap! Dia milik aku!” si rambut perang masih tak mengaku kalah.
Please... aku lagi cantik daripada kau...” balas gadis opera itu.
Sebentar kemudian, mereka berdua pun saling bertikam lidah.
Apy Elina memegang kepalanya yang tiba-tiba berat. Oh, stres dia dengan mereka berdua. Macam manalah institusi kekeluargaan mahu berkembang pesat kalau ada makhluk seperti mereka berdua ini? Langsung tak ada rasa bersalah dan berniat hendak meruntuhkan rumah tangga orang. Manusia atau hantu mereka ini?
Mereka mahu bekerja sebagai setiausaha Adam Alexander? Satu kesilapan besar. Silap hari bulan, sehari dua saja mereka bekerja lepas tu gerenti akan letak jawatan. Agaknya tak sempat letak jawatan, terus cabut. Macam kes-kes sebelum ini.
Dia Adam Alexander. Walaupun namanya sudah bertukar menjadi Muhammad Adam tapi orangnya tetap sama. Serius. Garang. Angkuh. Gila kuasa. Kuat memerintah. Kasar. Ego. Pendek kata semua perangai negatif ada pada lelaki yang mereka puja itu. Oh ya, dia juga tak romantik langsung!
Tiba-tiba mereka berdua berhenti berbalah. Masing-masing diam seribu bahasa sambil mata tak berkelip memandang ke satu arah.
A... Adam Alexander...” si gadis opera terkejut macam baru sahaja nampak hantu.
Apy Elina turut mendongak ke atas. Lelaki yang buat si gadis opera dan si gadis rambut perang tadi terkejut beruk itu duduk di sebelahnya. Tanpa berkata apa-apa. Hanya layan iPad. Kini, Apy menjadi tumpuan mereka berdua yang ternganga besar. Teruk betul reaksi mereka.
Huh, tadi cakap besar. Sanggup goda suami orang walaupun depan isterinya. Sekarang, buat muka beruk jumpa cermin. Masing-masing terkejut. Kaku macam batu.
Kenapa?” tanya Adam apabila menyedari isterinya asyik memandang ke arahnya.
Awak nak dengar satu pengakuan tak?”
Pengakuan apa?”
Sebenarnya, saya ada pakai bomoh untuk pikat awak kahwin dengan saya,” kata Apy Elina sambil menjeling tajam ke arah dua orang gadis yang sibuk menabur fitnah tadi. Mereka berdua memandang bawah. Langsung tidak berani memandang ke arahnya.
Tiba-tiba satu tangan hinggap di dahinya seperti memeriksa suhu badannya sama ada demam atau tidak.
Buang tabiat ke?” suara kerek Adam kedengaran.
Betul ni. Awak tak percaya ke?”
Mak cik, kalau betul awak guna bomoh, dah lama kita kahwin tau. Tak adalah abang terpaksa tunggu selepas lima tahun untuk dengar jawapan awak. Seksa tau nak menunggu,” balas Adam.
Wah!” Apy Elina ketawa. Tak sangka dia akan dengar jawapan itu daripada mulut suaminya.
Serentak dengan itu, dua orang gadis yang duduk di hadapannya tadi mengangkat punggung. Tanpa berlengah lagi mereka cepat-cepat berlalu dari situ dan duduk jauh sikit daripada dia. Apy Elina hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Tadi, punyalah hebat berkata-kata. Berani menggoda suami orang depan isteri konon. Sekarang, masing-masing macam itik lari daripada reban. Itulah akibatnya kalau terlalu suka mengutuk orang tanpa tengok sekeliling. Itu baru seorang yang mengutuknya, entah berapa banyak lagi yang mengutuknya dalam senyap. Kalau begini, boleh kaya dibuatnya. Kaya dengan pahala.
Apy Elina mengeluh berat. Sedih dengan perempuan sekarang ini. Pantang sungguh bila nampak lelaki handsome dan kaya mesti hendak dipikat mereka. Padahal lelaki handsome ini tak semestinya romantik.
Kaya pula tak semestinya tak ada masalah. Kenapalah orang asyik fikir tentang kesenangan orang lain? Padahal setiap manusia itu diberikan nikmat yang sama rata cuma yang membezakannya ialah ujian yang diterima.
Dan dua orang tadi… kalaulah mereka tahu Adam Alexander yang mereka puji tadi seorang yang tak romantik…
Tiba-tiba lehernya dirangkul oleh suaminya.
Kenapa?” tanya Apy Elina hairan.
Pelik betul dengan suaminya akhir-akhir ini. Mana tak pelik kalau tiba-tiba muncul di pintu hotel beberapa hari yang lalu. Kalau di Malaysia, dia tak kisah lagi tapi sekarang ni di Shanghai. Memanglah dia terkejut.
Datang tiba-tiba macam syak dia ada hubungan sulit dengan lelaki lain. Tak mungkin. Mustahil. Adam yang dia kenal kalau cemburu memang nadanya kerek sentiasa. Ini bukan sebab cemburu atau tak percaya dengan isteri sendiri. Ini mesti sebab terlampau rindukannya. Maklumlah hampir sebulan tak bersua.
Mak cik, lain kali jangan pergi jauh-jauh sangat. Bosanlah,” kata Adam. Ringkas tapi penuh dengan makna tersirat.
Apy Elina tersenyum mendengarnya. Hari itu, punyalah tak kisah dia pergi ke Shanghai. Hari ini pula merungut bosan. Tak mengapalah. Asalkan dia faham maksud bosan suaminya itu.
Pak cik, cubalah jadi romantik sikit. Terus terang dengan saya, awak rindukan saya, bukan?”
Mengarut.”
Ceh! Tak mengaku pulak!


9 si charming:

  1. NukSe berkata...:

    waa... best sgt2.. terubat rindu dgn adam & apy.. tq kak!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Wah bestnya ada sambungan Hikayat Cinta!!! Thanks kak, saya favourite! Hehe 🙈💕

  1. iyads berkata...:

    Ratu..next n3 pls.. keep it up..

  1. kelam kelibut berkata...:

    comel je x nk mngku....hehehe

  1. Unknown berkata...:

    Cara seorg adam... ohoiii tabah je la

  1. khadamqenah97 berkata...:

    kak nurfa boleh tanya? romeo yang hilang ni ada buku ke tak?

  1. tia berkata...:

    Dah dibukukan ke?

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages