9: IMPIAN


Kata Hikayat

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya - John Pettitsenn

“Kenapa ni? Muram saja,” tegur Nabila kepada Hazrul yang sejak dari tadi asyik mendiamkan diri seperti ada masalah besar yang sedang difikirnya itu. Selalunya apabila mereka berdua keluar untuk makan tengah hari, pasti ada sahaja perbualan yang dimulakan oleh lelaki itu kecuali pada hari ini. Hazrul seperti berada di dalam dunianya sendiri.

“Tak de apa-apa. Biasalah kalau masalah kerja, masa makan pun boleh buat kita terfikir lagi,” kata Hazrul cuba mengelak. Dia cuba senyum tapi senyumannya tidak menjadi apabila asyik terfikir masalahnya.

“Beberapa hari ini, Alex tak balik rumah,” Hazrul memberitahu Nabila tentang masalah yang sedang bermain di fikirannya setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

“Kenapa?” tanya Nabila. Walaupun dia tahu anak tunggal majikannya itu selalu tidak pulang ke rumah tapi dia tidak pernah melihat Hazrul risaukan keselamatan Alex sehingga mengganggu tugasnya di pejabat.

Hazrul mengangkat bahu. Sudah banyak kali dia cuba menelefon Alex tapi Alex langsung tidak mahu menjawab panggilan darinya. Begitu juga dengan pesanan ringkas yang dihantarnya, satu pun tidak dibalas oleh Alex. Apabila dia ke kolej untuk menemui adiknya itu, Alex sengaja memberi alasan untuk mengelak dari berjumpa dengannya.

“Mesti ada sebab….”

“Sebabnya satu. Bola keranjang,” kata Hazrul menolak makanannya yang masih lagi banyak ke tepi. Selera makannya memang sudah hilang sejak awal tadi.

“Bola Keranjang?” Nabila tertanya sekali lagi. Seolah-olah tidak percaya. Hanya kerana bola keranjang, Alex mogok tidak mahu pulang ke rumah. Tidak mungkin Hazrul sedang bergurau dengannya.

“Ada sedikit masalah dalaman di kelab bola keranjangnya. Terbaru, seorang lagi jurulatih letak jawatan kerana tidak tahan dengan Alex. Walaupun saya letak jurulatih yang tegas dan garang pun, mereka tetap kalah dengan Alex. Dan sekarang ni, Alex nak cari jurulatih sendiri tanpa campur tangan dari abangnya sendiri.”

“So? Kenapa tak bagi saja dia cari jurulatih sendiri?” tanya Nabila.

“Nabila, sekarang ni, kelab bola keranjang Legend dah jadi sebahagian bentuk perniagaan mama dan mestilah mama nak yang terbaik untuk pasukan tu. Walaupun Alex tu pewaris Empayar Alexander ni tapi dia masih mentah lagi dan zero tentang selok belok perniagaan. Dia sendiri tahu The Legend adalah salah satu usaha untuk menarik minat pelabur,” terang Hazrul.

“Yelah. Saya tahu pasal tu tapi apa salahnya kalau bagi Alex cari jurulatih sendiri,” ujar Nabila memberi pendapatnya sendiri.

“Kalau saya bagi, pasukan The Legend akan dimusnahkan olehnya.”

“Awak pasti ke?” tanya Nabila semula.

“Kenapa? Awak macam tak sokong saya saja,” Hazrul mula kelihatan tidak puas hati apabila Nabila cuba menangkan Alex. Sama seperti orang-orang yang dikenalinya yang selalu mengagung-agungkan Alex walaupun Alex tidak melakukan apa-apa yang membanggakan syarikat. Ini terbukti semasa jamuan syarikat akhir tahun lepas, Alex yang turut menyertai jamuan tersebut dihadiahi dengan pelbagai hadiah mewah daripada syarikat yang menjalankan usahasama dengan syarikatnya. Berduyun-duyun wakil dari syarikat masing-masing datang berjumpa dengan adiknya itu untuk memberi hadiah dan pujian setinggi-tinggi gunung kerana memiliki empayar yang gah itu manakala Hazrul yang duduk di tepi hanya bersalaman dengan mereka.

Selama ini dia yang bertungus lumus untuk syarikat tapi Alex pula yang mendapat nama. Namun, apa boleh buat dengan statusnya sebagai anak angkat Datuk Azrina. Walaupun dia sering di puji oleh mamanya sewaktu mamanya berucap di khalayak ramai tapi itu belum cukup lagi untuk membuatkan orang ramai menghormatinya seperti mereka menghormati Alex.

“Ini bukan sokong sesiapa atau tidak. Saya tak sokong sesiapa pun. Saya cakap apa yang saya rasa wajar. Cuba awak fikir, dah berapa kali jurulatih mereka letak jawatan dan sebab apa mereka letak jawatan?”

“Sebab Alex sengaja nak cari pasal.”

“Hah! Tahu pun. Awak dah tahu Alex jenis macam tu tapi awak masih lagi berdegil nak kuasai dia. Cubalah awak fikir, kalau awak cari jurulatih untuk mereka lagi perkara yang sama akan berulang kembali. Saya kenal dengan Alex. Dia tak suka orang lain masuk campur dalam hidupnya. Kalau dia kata dia tak suka, lebih baik jangan memaksanya.”

“So, awak setujulah kalau Alex cari jurulatihnya sendiri?”

Nabila mengangguk tanpa berfikir panjang.

“Tapi dia tu jenis yang suka bertindak terburu-buru. Mama dia sendiri pun tak percayakannya apatah lagi saya. Alex asset terpenting dalam Empayar Alexender, kalau pelabur-pelabur tahu Alex mencari jurulatihnya sendiri dan kemudian gagal dalam setiap perlawanan, mereka akan fikir Alex tak mampu untuk menerajui Empayar Alexender dan pada masa tu, mereka tidak akan percaya dengan pewaris Empayar Alexender. Itu yang mama paling takut. Mama tahu kebolehan Alex setakat mana dan sebab itulah mama suruh saya ‘jaga’ Alex bagi mengaburi mata pelabur sekarang supaya mereka tak tahu tentang kelemahan pewaris tunggal tu,” terang Hazrul kepada Nabila.

“Saya rasa itu bukan alasan awak tapi awak takut. Awak takut apabila Alex berjaya, awak akan semakin dilupakan.”

Hazrul sedikit ketawa. Dia tidak sangka Nabila berani bercakap begitu di hadapannya. Namun, dia tiada hak untuk mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Nabila itu. Memang dia sendiri akui, dia ada sedikit risau apabila Alex menunjukkan kebolehannya tapi dalam masa yang sama dia tidak yakin Alex mampu menguruskan kelab bola keranjang dengan sempurna.

“ Tapi saya nak awak fikir balik, kalau awak berkeras nak campur tangan juga, masalah yang sama akan berulang lagi dan sampai bila-bila pun Alex akan buat kacau bilau dalam kelab bola keranjang. Itu ke yang awak harapkan selama ini?”

****

“Rina!” dua gadis yang merupakan pelajar kolejnya itu tiba-tiba muncul di hadapannya sebaik sahaja dia ingin menjamah makan tengah hari. Terus terbantut selera makannya apabila memandang dua muka yang amat dibencinya. Sarah dan Fizzah. Dua nama yang tidak asing lagi di kolejnya. Keduanya bukan sahaja cantik dan menawan tapi juga memiliki kelebihan yang boleh mencairkan hati kaum lelaki. Dengan tubuh yang langsing dan berpakaian seksi dengan skirt paras peha membuatkan mereka berdua sering menjadi tumpuan umum terutama sekali lelaki yang miang.

Rinazila memang cukup anti dengan mereka berdua sejak pertama kali dia bersua muka dengan mereka. Ini adalah kerana keduanya sering mengganggunya kerana ingin mendapatkan ruang untuk berkenalan dengan semua pemain-pemain bola keranjang melaluinya terutama sekali Adam Alexander dan Izwan yang paling diminati mereka. Namun, demi kepentingan tugasnya, dia tidak pernah layan dengan kemahuan mereka berdua.

“Rina, betul ke khabar angin terbaru ni?” tanya Sarah seperti orang hilang akal dilihatnya. Begitu juga dengan Fizzah di sebelahnya.

“Khabar angin apa?” tanya Rinazila kembali. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang mereka persoalkan padanya tadi. Ada khabar angin terbarukah yang dia tidak tahu lagi. Tapi khabar angin tentang siapa pula kali ini?

“Kau ni tahu ataupun pura-pura tak tahu?” Fizzah menyindirnya.

“Manalah aku tahu. Dalam kolej ni banyak khabar angin yang bertiup setiap hari. Aku mana tahu yang mana satu khabar angin yang buat korang tak tentu hala sekarang ni,” balas Rinazila kembali. Sudahlah masanya padat dengan menyiapkan beberapa assignment tertunggak dan menguruskan kelab bola keranjang yang semakin hari semakin tunggang langgang, manalah dia ada masa hendak ambil tahu tentang khabar angin yang belum tentu lagi kesahihannya.

Fizzah mengeluh lemah sambil menghadiahkan jelingan maut. Kelihatan benar, dia tidak berpuas hati dengan jawapan Rinazila itu. Dia kemudiannya mencapai beg tangannya dan menggeluarkan beberapa keping gambar dicampak di atas meja.

“Ini yang buat kami tak tentu hala!” Fizzah melenting walaupun dia cuba untuk tenteramkan dirinya. Pagi-pagi lagi dia di kejutkan dengan beberapa gambar yang dihantar diemailnya. Bukan sahaja dia menerima email tersebut malah rata-rata dari kawan-kawannya juga menerima email yang sama. Dan setelah diperiksa, hamper semua warga kolej Lagenda menerima email yang memeranjatkan itu.

Bulat mata Rinazila sebaik sahaja dia terpandang gambar-gambar di hadapannya itu. Dia tergamam sebentar melihat gambar tersebut. Tidak pasti sama ada matanya sedang berbohong, namun dia pasti dia amat mengenali orang dalam gambar tersebut. Memang seiras. Serta-merta memorinya berputar kembali kejadian beberapa hari yang lepas. Tidak mungkin mereka berdua sudah menjalankan idea gila itu tanpa pengetahuannya.

“So? Kau sendiri dah tengok gambar ni. Kami cuma nak kesahihan sama ada betul ke apa yang ditunjukkan dalam gambar ni?” Sarah bertanya inginkan kepastian. Sebaik sahaja dia melihat gambar tersebut, hidupnya jadi tidak keruan.

“Diorang memang dah gila!” bentak Rinazila tidak dapat menahan kemarahannya. Gambar-gambar yang berselerakan di atas meja makan tadi, segera dikutip sebelum dia melangkah pergi. Jeritan Sarah dan Fizzah yang memanggilnya langsung tidak diperdulikan. Apa yang dia inginkan sekarang adalah bersua muka dengan mereka berdua!

****

Gelanggang bola keranjang yang dijejakinya itu sunyi. Tiada sesiapa yang bermain di situ seperti pada hari-hari yang lepas. Gelanggang yang dibina bagaikan tidak bernyawa kerana tidak digunakan oleh penduduk tempatan. Lagi menyedihkan adalah keadaan gelanggang yang semakin uzur.

Apy Elina berlalu duduk di kerusi penonton yang hampir uzur itu sambil menikmati pemandangan disekitar gelanggang bola keranjang yang semakin uzur. Hikayat Cinta masih lagi di dalam pelukannya.

“Mungkin aku patut lepaskan bola keranjang juga,” dia mengeluh lemah. Semalam, satu malam dia berfikir tentang nasib dan masa depan dirinya. Memang dia mempunyai cita-cita yang tinggi dalam membentuk sebuah pasukan bola keranjang yang handal tapi dalam masa yang sama dia sendiri tidak pasti sama ada cita-citanya itu akan tercapai atau tidak. Hampir lapan tahun dia menunggu tawaran untuk menjadi jurulatih dan setiap temuduga yang dihadiri langsung tidak memihak padanya walaupun hanya jurulatih untuk melatih pemain bawah 12 tahun. Dia gagal dalam setiap temuduga. Dia sendiri tidak tahu dimana silapnya.

Mungkinkah kerana dia seorang perempuan? Jika itu alasan mereka, dia tidak dapat menerimanya. Tidak bermakna dia perempuan, dia tidak boleh jadi jurulatih. Lagipun tugas jurulatih adalah memastikan anak buah mereka melakukan yang terbaik dalam perlawanan dan membimbing mereka untuk menjadi pemain handalan.

Walaupun aku tak tahu sangat pasal sukan ni tapi aku rasa kau takkan dapat capai cita-cita kau walaupun kau berusaha keras. Bola keranjang sinonim dengan kaum lelaki. Tak kiralah pemain ataupun jurulatih, majoritinya adalah kaum lelaki. Peluang kau nak jadi jurulatih untuk pasukan bola keranjang adalah 0.001 peratus!” kata-kata Nabila malam tadi masih segar di ingatannya. Mungkin ada benarnya apa yang Nabila cuba sampaikan kepadanya. Mungkin sudah tiba masa untuk dia mengucapkan selamat tinggal kepada bola keranjang.

Kepada Hikayat,

Apa yang Nabila cakapkan malam semalam mungkin ada benarnya. Walaupun aku berusaha keras aku tetap tidak akan dapat memiliki cita-cita yang aku impikan selama ini. Mungkin sudah tiba masanya aku mengalah dan memulakan hidup yang baru. Mungkinkah?

Hikayat Cintanya diletak ke tepi. Dia kemudiannya mencapai beg yang turut dibawanya dan menggeluarkan sebiji bola berwarna oren.

“Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa,” ujarnya sambil berlalu bangun menuju ke tengah-tengah gelanggang. Bola oren di tangannya dilantun sebelum di lemparnya ke arah backboard yang hampir using itu. Sengaja dia tidak mahu memasukkannya ke dalam hoop ataupun basket. Bola yang dibalingnya kembali melantun ke lantai gelanggang sebelum di tangkapnya tanpa perlu bergerak. Perkara yang sama diulang beberapa kali tanpa berhenti.

Dari jauh Izwan melihat gelanggang yang selalu di kunjunginya itu telah menerima tetamu yang asing. Sejak dahulu lagi dia tidak pernah melihat sesiapa pun yang datang bermain bola keranjang digelanggang uzur itu. Ini adalah kali pertama dia melihat ada seseorang menggunakan gelanggang tersebut untuk bermain bola keranjang.

Dari jaring-jaring pagar yang hampir roboh di sekeliling gelanggang bola keranjang, dia hanya melihat seorang wanita sedang menghentam backboard dengan bola oren itu. Apa yang mengagumkannya, bola yang menghentam backboard itu kembali ke tangan wanita tersebut tanpa perlu bergerak seinci pun. Dia memeluk tubuh. Teringat kenangan berlatih bersama Alex yang mengajarnya bagaimana hendak mengawal bola dengan baik. Dan backboard itulah yang menjadi teman latihannya. Dia mengambil masa hampir 3 bulan sebelum dapat mengawal bola seperti mana wanita itu melakukannya.

Dia tidak pasti sama ada dia sedang bermimpi ataupun ia benar-benar berlaku tapi baginya wanita itu dapat mengawal bola dengan senang seperti seorang atlet atau mungkin wanita itu benar-benar seorang atlet?! Dengan perlahan, dia berjalan menghampiri gelanggang.

“Siapa?!” bola keranjang ditangannya dibaling ke arah seseorang sebaik sahaja dia terdengar ada seseorang menghampirinya. Tindakkan refleknya begitu pantas sehingga dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Sedar-sedar sahaja dia sudah melemparkan bola ke arah seseorang dengan sepenuh tenaganya.

Baru sahaja dia melangkah beberapa tapak, Izwan dikejutkan dengan kehadiran sebiji bola oren yang dilemparkan ke arahnya. Namun, dia bernasib baik kerana kedua tangannya bertindak pantas menangkap bola yang hampir mengenai mukanya. Dia tergamam sebentar sambil merenung bola oren yang hanya beberapa inci jaraknya dari mukanya. Kemudian dia merasa kedua tangannya menggeletar sebaik sahaja menangkap bola tersebut.

“Sorry,” Apy Elina segera memohon maaf akan kekasarannya tadi. Mujurlah lelaki yang hampir terkena balingan mautnya itu sempat menangkap bola dengan pantas. Jika tidak pasti dia akan kena dengan lebih teruk lagi.

“Awak tak apa-apa?” tanya Apy Elina setelah mendapati lelaki itu kaget seperti patung. Dengan perlahan dia mengambil bola oren dari tangan lelaki itu. “He…,” bulat matanya memandang wajah lelaki di hadapannya. Kemudian bibirnya tersenyum lebar. “Kacaknya!”

“Ha?” dia terkejut sebaik sahaja menyedari wanita itu berada di hadapannya. Entah bila wanita itu muncul dihadapannya, dia pun tidak pasti. Bola yang ditangkapnya tadi juga tiada lagi di tangannya tapi sebaliknya berada di tangan wanita tadi.

“Kacak?”

“Err… tak… pokok tu sangat kacak,” kata Apy Elina. ‘Dari mana aku dapat idea bodoh ni?’ detis hatinya yang terasa malu dengan apa yang dikatanya tadi.

Izwan melemparkan pandangan ke arah pokok tidak jauh dari gelanggang bola keranjang itu. Pokok yang tiada daun dan hampir mati itu membuatkan dia tersenyum lucu.

“Err… sorry tentang tadi,” Apy Elina memohon maaf sekali lagi sambil cuba mengalih perhatian anak muda itu yang mengetawakannya apabila memandang pokok yang dikatanya kacak itu.

“Tak mengapa, walaupun hampir terkena tapi masih boleh dimaafkan,” kata Izwan sambil merenung wanita di hadapannya itu. “So, awak ni atlet? Sebab cara awak kawal bola macam atlet professional tadi.”

“Hah? Dengan hentam backboard pun awak boleh kata macam atlet professional?” Apy Elina ketawa kelucuan. “Semua orang boleh hentam backboard,” tambahnya lagi sambil berlalu duduk ke kerusi gelanggang yang hampir reput itu.

“Tapi saya ambil masa 3 bulan untuk hentam backboard tanpa bergerak seinci pun,” balas Izwan tersenyum melebar.

“Awak main bola keranjang?”

Izwan mengangguk. “Bukan itu sahaja. Gelanggang ni selalu jadi tempat latihan rahsia,” ujarnya sambil duduk tidak jauh dari Apy Elina. “Saya Izwan.”

“Apy Elina,” salam perkenalan di sambut dengan mesra. “Jadi, awak atlet?”

“Tak. Bermain untuk suka-suka saja.”

“Bermain untuk suka-suka tak akan cari tempat latihan rahsia,” balas Apy Elina tersenyum bermakna. Izwan turut tersenyum. Wanita di sebelahnya itu juga pandai mentafsir sesuatu. “Dulu pun saya macam tu, kalau ada masa terluang saya akan cari gelanggang yang terbiar dan membuat latihan rahsia. Alasannya satu saja, saya nak buat semua orang kagum,” kata Apy lagi mengimbas kembali kenangannya menjadi atlet sukan bola keranjang.

Baru sahaja Izwan hendak bersuara, tiba-tiba handsetnya berbunyi. Satu mesej diterimanya. Tanpa berlengah lagi, dia segera membaca mesej yang dikirim daripada Rinazila. Wajahnya berubah sebaik sahaja dia membaca mesej tersebut.

“Sorry, saya ada hal. Pergi dulu!” beg sandangnya di capai sebelum berlari meninggalkan Apy Elina keseorangan di gelanggang. Mesej daripada Rinazila membuatkan dia teringat kenangan lama. Kenangan yang tidak mungkin dia akan lupakan seumur hidupnya.

Alex! Izwan! Jumpa aku di gelanggang sekarang. Kalau korang tak datang dalam masa setengah jam, aku akan bunuh diri! - Rinazila

4 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    im da 1st kumen !
    really ??
    huhu
    nway, en0vel kak ratu mmg besh.
    juz ta sba nk tau caner apy elina tuh kndalikn gr0up b0la krnjng tuhh.
    cpt2 smbng eh kak ratu..
    i'm waiting ! ;)

    +mieya_ed0ya+
    cikmieya.blogspot.com ;p

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    nice story!!!
    can't wait 4 smbgn die...:)
    x sbr nk tgu apy jd jurulatih...hihi~

  1. Ai berkata...:

    tau x pe..

    rndu kat Apy..
    (bile ar die nk jadi jurulatih nih..)

    hehe..

  1. bidadari cinta berkata...:

    hye ratu..hope dpt sambung cepat yer.....

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages