22: STRATEGI


22: STRATEGI

Tiada sorakkan kuat dari kedua para penyokong sebaik sahaja perlawanan bola keranjang antara pasukan The Legend dan New Angle bertarung di gelanggang. Perlawanan dengan lancar sekali dengan kedua-dua buah pasukan saling berbalas serangan. The Legend dipimpin oleh Izwan manakala New Angle dipimpin oleh Haziq. Kedua pasukan memang menunjukan prestasi yang baik sepanjang perlawanan berlangsung.

Sejak bermulanya perlawanan persahabatan sebentar tadi, Apy Elina hanya duduk kerusi penonton dan melihat pasukannya bermain di gelanggang. Alex pula duduk di kerusi jurulatih bersama-sama dengan pemain simpanan The Legend yang lain. Mereka berdua kelihatan tenang walaupun permainan The Legend di gelanggang agak kucar-kacir sehinggakan New Angle mendahului beberapa mata di hadapan.

Namun, jurulatih New Angle, En. Nazri tidak tenang seperti mereka berdua. Dari awal perlawanan iaitu sebaik sahaja pengadil membuat Bola Lompat (Jump Ball) sebelum memulakan perlawanan, En. Nazri sudahpun terjerit-jerit menyuruh anak-anak buahnya menumpukan perhatian.

Suasana dewan gelanggang yang ketiadaan penonton, membuatkan jeritan En. Nazri bergema satu dewan. Memang menjadi kebiasaan bagi jurulatih yang tegas seperti En. Nazri, menjerit adalah salah satu hobinya ketika anak buahnya berlawan di gelanggang.

‘Nazri Ariffin, berusia 38 tahun. Merupakan salah seorang jurulatih yang popular di kalangan pasukan bola keranjang di Malaysia. Dia dianggap jurulatih yang hebat dan bijak mengawal keadaan dan strategi perlawanan. Tidak hairanlah pasukan New Angle yang dipimpinnya menjadi pasukan favorites setiap pertandingan yang diadakan. Malah ada diantara anak buahnya pernah mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa. The Legend memang bukan lawan New Angle sebab kekuatan mereka bukan sahaja terletak pada pemain tapi juga pada jurulatih,’ detis Apy Elina yang duduk di kerusi penonton bersama dengan Rinazila yang duduk tidak berapa jauh darinya.

Sengaja dia memilih untuk duduk di kerusi penonton kerana lebih selesa di situ. Dari situ juga dia dapat melihat dengan jelas perlawanan yang sedang berlaku di gelanggang.

“Alex, boleh aku tanya sesuatu?” tanya Zack di sebelahnya tiba-tiba bersuara kepada Alex. “Kau bergaduh dengan cikgu lagi ke?”

Dahinya berkedut. Dia memandang Zack di sebelahnya.

“Pelik sangat ke aku bergaduh dengan cikgu?” Alex bertanya pula.

“Memang tak pelik tapi kali ni lagi pelik.”

“Kenapa pula?”

“Yelah, sorang kat kutub utara dan sorang lagi kat kutub selatan. Macam pasangan kekasih bergaduh saja,” kata Zack lagi.

Kali ini Alex sekali lagi mengedut dahi. Tidak faham apa yang sedang diperkatakan oleh Zack di sebelahnya.

“Ah, aku lupa. Kau memang seorang yang tiada perasaan,” kata Zack selamba. “Tapi apa cikgu buat kat sana? Dia tak perasan ke, diorang kat gelanggang tu kucar-kacir jadinya?” tanya Zack lagi apabila menyedari pasukannya yang dipimpin oleh Izwan itu di asak teruk oleh New Angle sehingga mereka ketinggalan hampir 10 mata ke belakang.

“Entah,” balas Alex pendek. Selamba. Dia kemudiannya kembali menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung. Namun, sempat lagi menjeling pandang Apy Elina yang duduk di kerusi penonton.

“Kita memang selalu kalah dengan New Angle,” Haiqal di sebelahnya menggeleng lemah. “Kalau boleh aku tak nak bertemu dengan mereka langsung.”

“Kau takut ke?” tanya Red Yazid pula bersuara.

“Tak tapi ini dikategorikan sebagai serik. Dia orang punya persembahan memang licik gila. Terutama sekali nombor 4.”

“Haziq,” Panjang pula bersuara. “Dia pernah mewakili negara untuk kejohanan Asia beberapa kali. Dia memang pemain yang hebat tapi aku tak suka satu saja tentang dia.”

“Apa dia?”

“Kenapalah dia lahir kacak sangat?”

“Hah?!” Semua mereka memandang Panjang. Terkejut. Ada yang cuba menjarakkan diri dari Panjang.

“Maksud aku kacak sangat sampai aku rasa macam nak calarkan muka dia macam aku calarkan kereta Professor Ramlan hari tu. Dia ingat dia kacak, dia hebat sangatlah sehingga dapat pikat semua perempuan dalam dunia ni.”

“Oh,” semua mengangguk setuju.

“Korang nak tengok salah satu contoh perempuan yang terpikat dengannya?” tanya Alex pula bersuara. Masing-masing mengangguk. Alex kemudiannya memberi isyarat menunjuk ke belakang mereka.

Red Yazid, Panjang, Zack dan Haiqal masing-masing mengalih pandangan ke belakang mereka. Setahu mereka tiada penonton hari ini, perempuan mana pula yang dimaksudkan oleh Alex tadi? Atau Alex hanya bergurau? Tapi mimpi apa pula Alex hendak bergurau sewaktu perlawanan berlangsung?

Dari jauh mereka hanya melihat jurulatihnya, Apy Elina yang duduk tidak jauh dari Rinazila. Mereka memandang Rinazila yang duduk bersila atas kerusi penonton, menulis nota di satu kertas kosong. Di sebelahnya terdapat sebuah buku tebal sebagai rujukannya. Memang itulah Rinazila lakukan sewaktu perlawanan ataupun latihan bola keranjang berlangsung. Dia tidak akan membazirkan masanya dengan melihat tapi dalam masa yang sama dia akan menyalin nota ataupun mengulang kaji pelajaran.

Rinazila memang normal. Kemudian mereka beralih memandang jurulatih mereka, Apy Elina. Tidak mampu mereka semua berkata apa-apa sebaik sahaja melihat jurulatih mereka yang tersengih seorang diri sambil matanya tidak berkelip memandang Haziq yang beraksi di gelanggang.

Kemudian mereka berpandangan sesama sendiri sebelum kembali membetulkan kedudukan.

“Hancur,” Red Yazid bersuara sambil menggeleng. Haiqal, Panjang dan Zack mengangguk setuju. Alex pula tetap tenang di kerusi jurulatih memerhati perlawanan yang sedang berlansung.

“Tapi peliklah,” Haiqal bersuara. “Kenapa kau tak tegur langsung? Selalunya kalau ada yang tak kena dengan jurulatih mesti kau dah marah tapi kali ini kau buat tak tahu saja,” tanya Haiqal kepada Alex.

“Nasihat aku, jangan terperdaya dengan apa yang cikgu buat,” jawab Alex.

“Hah?”

Masing-masing tidak faham apa yang cuba disampaikannya.

“Itupun tak dapat tangkap lagi ke?” Alex bertanya.

Keempat mereka menggeleng. Dia menarik nafas lemah.

“Cikgu memang sengaja nak bertarung dengan New Angle sebab dia tahu New Angle memang saingan The Legend dan mereka hebat. Cikgu buat macam tu bukan sebab nak cari kemenangan dari New Angle tapi dia nak tahu sejauh mana kehebatan pasukan kita. Dengan temukan The Legend dan New Angle saja cikgu dapat mengagak kelemahan dan kekuatan pasukannya. Kemenangan bukan sasarannya tapi nampaknya lagi parah.”

“Kenapa pula?” Zack bertanya.

“Aku tahu, sebab kita hampir kalah,” celah Red Yazid.

Alex menggeleng.

“Bukan hampir kalah tapi dah kalah,” balas Alex. “Dalam pertandingan kali ini En. Nazri memang turunkan pemain yang hebat untuk menentang kita. Strategi yang dia guna seolah-olah kita sedang berlawan di perlawanan akhir. Dia buat begitu sebab dia tak nak malu dengan perempuan. Kalau pasukannya kalah dalam perlawanan persahabatan ini, dia akan diketawakan kerana kalah dengan seorang wanita. Seorang wanita yang sedang perbodohkannya.”

“Apa maksud kau?”

“Tunggu dan lihat sajalah.”

Perlawanan diberhentikan sebentar dan para pemain diberi masa 15 minit untuk berehat sebelum perlawanan disambung semula untuk babak kedua. New Angle mendahului The Legend dengan 60 berbalas 48 mata.

“Bagaimana?” Apy Elina menghampiri pemain-pemainnya sambil tersengih kecil.

Masing-masing tidak mampu bersuara tapi sebaliknya meneguk air mineral kehausan. Ada juga yang terduduk kepenatan.

“Sekurang-kurangnya bagilah kata semangat sikit,” kata Wawa.

“Nak cikgu tolong?” Apy Elina tersengih lagi.

“Perlu ke tanya soalan tu?”

“Dah lama kami tak lawan dengan New Angle, tak sangka mereka semakin hebat malah stamina mereka juga mengagumkan,” kata Izwan yang sudah mencuba sedaya upaya ketika bertarung di gelanggang tadi.

“Betul tu. Itu maknanya kamu semua jauh ketinggalan. Mereka perlu menang dalam perlawanan kali ini sebab itulah mereka langsung tidak melepaskan peluang yang ada. Untuk separuh masa kedua nanti, Wawa – center; Azhar dan Khairul – guard; Izwan dan Leo – forward. Baiklah dalam semua pemain New Angle tadi siapa yang korang rasa patut disingkirkan?”

“Hah? Soalan jenis apa tu?”

“Kalau diteruskan lagi perlawanan kamu semua akan kalah. New Angle memang bukan lawan The Legend sebab strategi yang En. Nazri guna ditambah pula dengan pemain mereka yang hebat, kita akan dikalahkan,” kata Apy Elina.

“Jadi?”

“Jadi, kita kenalah guna teknik kotor untuk kalahkan mereka.”

“Hah?” semua terkejut. Selama ini mereka bermain dengan penuh bersemangat dan tidak pernah terlintas mahu menggunakan teknik kotor. “Cikgu, kami bermain dengan maruah dan melakukan teknik kotor bukan cara kami.”

“Tahu, tapi bukan teknik kotor yang betul-betul kotor.”

“Habis tu?”

Apy Elina mengeluh lemah. Itu pun mahu di ajar ke?

“Kucar-kacirkan perlawanan dengan kucar-kacirkan tumpuan mereka.”

“Bagaimana tu?”

“Pilih dua orang yang patut disingkirkan,” kata Apy Elina lagi.

“Singkirkan semua tak boleh ke?” tanya Leo.

“Kalau singkirkan semua baik korang semua tak payah main. Terus guna teknik kotor saja, lepas tu semua sekali kena gantung perlawanan,” Apy Elina menjeling. Orang bagi betis nak peha pula.

“Pemain nombor 4, Haziq,” Izwan berkata.

Ala, cikgu sayang sangat dengan dia,” Apy Elina bersuara manja. “Pilih orang lain, pilih orang lain,” pintanya seperti kanak-kanak sedang merayu inginkan ais krim.

“Tadi cikgu yang suruh pilih,” Izwan menggaru kepalanya. Tension. Mananya tidak tension kalau terpaksa melayan seorang ‘kanak-kanak’ tersesat sewaktu perlawanan masih berlangsung.

“Yelah. Yelah. Demi kamu semua, cikgu terpaksa korbankan cinta suci cikgu terhadap pemain nombor 4 tu,” Apy Elina menarik muka muram. Izwan yang lain lagi tension dibuatnya. “Seorang lagi?”

“Pemain nombor 8,” Leo berkata.

“Pemain nombor 8? Si Badang tu?”

“Mana cikgu tahu gelaran dia Badang?”

“Cikgukan pemerhati lelaki yang terhebat.”

“Pemerhati lelaki?” Leo bertanya penuh persoalan.

“A.k.a penggoda lelaki terhebat,” bisik Wawa. Leo mengangguk faham walaupun pada dasarnya dia tidak faham apa yang sedang berlaku terhadap jurulatihnya itu.

“Emm… untuk singkirkan si Badang tu, kita perlukan seorang yang perlu dikorbankan.”

“Entah apa pula yang cikgu nak buat ni?” Khairul menggaru kepalanya.

“Hah! Wawa!” Wawa terkejut apabila namanya dipanggil jurulatihnya dan dia mula terasa ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku terhadapnya apabila melihat senyuman manis jurulatihnya.

“Izwan dan Wawa,” Apy Elina memberi isyarat tangan menyuruh mereka berdua mengikutnya. Mahu tak mahu, Izwan dan Wawa terpaksa mengikuri Apy Elina jauh dari mereka semua.

“Kenapa tak bincang sekali?” Leo bersuara.

Dari jauh En. Nazri melihat pasukan lawannya yang sedang berkumpul. Dia masih lagi tidak puas hati walaupun pasukannya jauh mendahulu tapi apabila melihat pasukan The Legend yang kelihatan masih lagi boleh bergelak ketawa, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apatah lagi dengan kehadiran perempuan misteri di antara mereka semua.

“Dia jurulatih The Legend,” kata Haziq di sebelahnya.

“Apa?” terkejut En. Nazri apabila Haziq khabarkan kepadanya bahawa perempuan yang mendakwa dia adalah ketua kelab The Legend sebelum perlawanan tadi adalah benar-benar jurulatih The Legend.

Haziq di sebelahnya tersenyum.

“Couch mungkin terlampau taksub sangat sehingga diperbodohkan olehnya. Dari awal dia datang sambut kita semua, saya sudah tahu dialah jurulatih The Legend yang baru.”

“Budak kecik macam tu boleh jadi jurulatih? Memang memalukan!”

Haziq tersenyum lagi. Jurulatihnya benar-benar rasa tercabar.

“Tapi jangan ambil mudah dengannya. Saya kenal Alex, dia agak sensitif dengan jurulatihnya. Selalunya apabila perlawanan, pendapatnya sering bercanggah dengan pendapat jurulatih tapi kali ini tidak. Saya terfikir, mungkin dia ada hubungan dengan jurulatihnya dan mungkin sebab itulah dia tak bertekak dengan jurulatih tapi saya salah.”

“Kenapa pula?”

“Bola keranjang adalah nombor satu bagi Alex. Dia langsung tak pernah terfikir tentang menjalinkan hubungan cinta. Jadi, saya rasa ada sesuatu yang kita tak tahu tentang jurulatih baru mereka. Mungkin, kita akan dikalahkan selepas ini.”

Dari jauh Alex melihat ke arah En. Nazri dan Haziq yang sedang berbincang sesuatu dan sekali-sekala memandang ke arah Apy Elina yang sedang membuat pakatan dengan Izwan dan Wawa. Kemudian apabila dia memandang Haziq semula, Haziq mengangkat tangan tanda bersapa ‘hai.’

Alex membalasnya kembali.

‘Dia dah perasan yang Apy Elina adalah jurulatih. Haziq memang betul-betul bijak tapi dia tak delah bijak sangat. En. Nazri semakin tak dapat duduk diam,’ detis Alex tersenyum dalam hati.

Separuh masa kedua bermula. Keadaan sedikit tegang apabila pasukan New Angle menyerang dengan bertubi-tubi sehingga tiada ruang untuk The Legend membuat serangan balas. Mereka hanya mampu bertahan dari serangan.

“Apa cikgu cakap dekat mereka berdua? Lagi kucar-kacir adalah,” tanya Zack yang merasakan mereka hampir kalah apabila mereka ketinggalan lebih 20 mata.

Ala, bertenanglah. Permainan belum bermula lagi,” Apy Elina tersenyum.

Wawa menumpukan perhatian ke arah bola yang sedang dilantunkan di tangan Badang, lelaki yang berbadan besar dan tegap itu. Dia cuba sedaya upaya mempertahankan kawasannya dari diceroboh oleh Badang yang selalu menyerang dengan pantas. Sesekali Badang mengacah untuk mendapatkan ruang tapi Wawa menahannya dengan baik. Walau apapun dia perlu merampas bola dari tangan Badang. Dia teringatkan apa yang dipesan oleh jurulatihnya tadi.

“Mohd Helmi ataupun Badang memang pemain kedua terhebat New Angle selepas Haziq. Badan dia yang besar dan tegap menjadi faktor penghalang kita susah dapatkan bola daripadanya. Begitu juga dengan ketinggiannya. Dari segi pengawalan bola dia memang hebat. Jika bola ada ditangannya, susah untuk merampas balik atau peratus untuk dapatkan balik adalah 1%, jadi, apa yang kamu buat adalah alih tumpuannya.”

“Macam mana?”

“Ikut apa yang cikgu cakap….”

Wawa mengeluh panjang.

Nampaknya aku perlu berkorban kekacakan aku,’ keluhnya lagi. Kemudian dia memandang Badang dihadapannya sambil mengukir senyuman.

“Hai Darling,” dengan suara penuh menggoda Wawa berkata kepada Badang serentak dengan gaya menggoda. Badang yang ingin melancarkan serangan tadi, tiba-tiba terdiam seketika. ‘Cantik! I love you, cikgu!’ jerit hatinya dan tanpa berlengah lagi Wawa terus merampas bola dari dikuasai oleh Badang dan dibawanya lari. Sempat juga dia mengenyit mata kepada Badang dengan aksi yang menggoda.

Bola lantas di baling ke arah Izwan dan tanpa berlengah lagi Izwan menjaringkan gol. Selepas sahaja Izwan menjaringkan gol, mereka semua tiba-tiba kembali bersemangat dengan bangkit melakukan serangan yang bertubi-tubi sehingga kedudukan mata hanya berbeza 10 mata sahaja.

“Apa dah berlaku?” tanya Haiqal tidak pasti bagaimana mereka semua boleh bangkit untuk mengejar mata malah tumpuan New Angle nampak goyah sedikit. Setahunya, strategi yang digunakan mereka tetap sama sahaja tapi kenapa pasukannya tiba-tiba dapat menewaskan serangan bertubi-tubi New Angle.

“Badang dah masuk perangkap,” ujar Alex.

“Hah? Bila dia jatuh lubang?”

“Cikgu, baik cikgu terangkan teknik kotor tu,” Alex menjeling.

“Nak tahu satu rahsia besar?” Apy Elina tersengih. Masing-masing mengangguk. “Badang tu, macam Alex,” ujarnya berbisik.

“Hah?”

“Gay.”

“Hah?!” hampir bergema dewan sukan yang mereka gunakan itu. Tapi pantas Apy Elina menyuruh mereka senyap.

“Mana cikgu tahu?”

“Dari sumber-sumber yang adalah dan melalui gaya dia pandang lelaki. Sebenarnya, kalau Alex sihat, memang cikgu suruh dia yang pikat Badang tapi nasib baiklah Wawa tu handsome dan menggoda!” dia tersengih.

Alex hanya sekadar menjeling mereka berlima yang duduk berkumpul mencangkung di tepi gelanggang bermesyuarat tentang rahsia besar itu.

“Tapikan, kamu rasa si Badang tu secocok tak dengan Alex?”

Kedengaran pula suara-suara sumbang sedang mengatanya.

“…kalau korang setuju apa kata kalau kita semua jodohkan Alex dengan Badang tu. Kesiankan, Alex kesepian sebab tak ada kekasih…,” tiba-tiba dia dapat rasakan aura panas di sekelilingnya. Dengan perlahan Apy Elina memaling ke belakang dan terkejut apabila melihat Alex yang memeluk tubuh di belakangnya. Pantas dia bangun dari cangkungannya.

“Time-out,” kata Alex masih lagi memandangnya tajam.

“Oh, time-out,” tanpa memperdulikan wajah Alex yang menggerunkan itu, Apy Elina menghampiri pemain-pemainnya yang sudahpun berkumpul di tepi gelanggang. Sempat juga dia mencuri pandang wajah En. Nazri yang menggunakan time-out untuk berbincang strategi seterusnya kepada anak buahnya.

“Cikgu memang best! Badang dah ‘jatuh cinta’ dengan saya,” Wawa menunjuk ibu jarinya tanda bagus.

Kan cikgu dah kata, seterusnya selesaikan Haziq tu.”

Izwan hanya sekadar mengangguk.

Tidak lama kemudian mereka masuk semula ke gelanggang. Kali ini New Angle merehatkan Badang dan menggantikan tempat Badang dengan pemain ganti.

“Hebat juga jurulatih kau, dapat tahu kelemahan Badang,” Haziq mengawal bola sambil berkata dengan Izwan yang bertindak sebagai pertahannya. “Tapi, jangan harap aku akan terperdaya seperti Badang,” dia tersenyum lagak dan bertindak pantas membolos pertahanan Izwan dan menjaringkan gol tiga mata.

“Cakap pada jurulatih kau, dia bukan jenis yang aku suka,” ujar Haziq lagi.

Izwan kemudiannya berpaling memandang jurulatihnya. Apy Elina mengangguk memberi isyarat.

Untuk lawan Haziq, agak sukar. Dia bukan jenis yang mudah terperdaya. Dia juga sungguh bijak dan licik dalam mengunakan teknik kotor. Tapi dia ada kelemahan yang tersorok. Semuanya bergantung pada strategi kamu. Cikgu tahu apa yang kamu boleh buat dan apa yang kamu sembunyikan selama ini. Tunjukan pada semua,” pesan jurulatihnya sebelum ini ternyiang-nyiang di telinganya.

“Apa cikgu suruh Izwan buat?” Alex tiba-tiba bertanya.

Apy Elina sekadar tersenyum.

“Jangan risaulah cikgu tak suruh Izwan ngorat Haziq tu. Cikgu cuma suruh dia lari pantas sikit saja,” balas Apy Elina.

“Pantas sikit?”

Kemudian dia dikejutkan dengan jaringan pantas dari Izwan di gelanggang. Tiga mata diberikan. Tidak lama selepas kemudian, Izwan sekali lagi menjaringkan gol sehingga hampir menyamakan kedudukan. 88 berbalas 86. Hanya dua mata sahaja lagi untuk menyamakan kedudukan dengan New Angle.

“Mungkin ramai yang tak perasan. Izwan memiliki kepantasan seperti pemain professional. Jika bola ditangannya dan dia menggunakan kepantasan yang dia ada dan teknik memboloskan diri dari pertahanan lawan, dia dapat mencipta kemenangan tanpa diduga. Ini bukan satu teknik kotor untuk menyekat Haziq tapi untuk menyaingi Haziq.”

Izwan sekali lagi menjaringkan gol. Serentak dengan itu pengadil membunyikan wisel menandakan perlawanan telahpun tamat. Diakhir perlawanan membawa kemenangan kepada The Legend yang lebih satu mata dari New Angle. Apy Elina tersenyum puas.

“Walaupun kami kalah hanya satu mata tapi itu hanyalah nasib baik sahaja. Kita akan bertemu lagi di perlawanan yang hebat nanti,” En. Nazri masih lagi angkuh setelah tidak dapat menerima kekalahannya. Apatah lagi kalah dengan seorang jurulatih perempuan!

“Kami sedia menghadapinya,” Apy Elina sekadar tersenyum. “Dan satu lagi, bagaimana rasanya kalah dengan pelacur?” tanya Apy Elina dengan nada menyindir.

En. Nazri tidak berkata apa tapi sebaliknya mendengus marah sebelum menaiki bas yang sudah bersedia untuk bergerak. Apy Elina dari tadi asyik tersengih-sengih. Gembira hatinya tidak terkata apabila melihat wajah bengang En. Nazri tadi.

Kepada Hikayat,

Kehadiran jurulatih New Angle ke dunia kami telah membuka mata aku bahawa pasukan yang hebat ada di mana-mana sahaja. Terus terang aku kata, kemenangan ini adalah bernasib baik. Jika The Legend tidak mempunyai pemain yang hebat seperti mereka semua mungkin aku akan kalah. Perang psikologi antara aku dengan En. Nazri telah buktikan bahawa aku kalah. Dia memang jurulatih yang hebat. Aku akui, aku jauh lagi dibelakangnya tapi itu tidak menjadikan aku lemah sebab aku tahu, bukan hanya aku seorang sahaja dalam pasukan ini. Aku ada mereka.

9 si charming:

  1. fzm2 berkata...:

    aish!mnje2 laa plak
    c apy nih..huhu

  1. agent_sesat berkata...:

    so sweeettt...alex jelous ker???

    hehhehee.. pe rpun apy mmg bijak..and smart~~

    oh yeahh..izwan~~ x sabar nak tggu aksi sebenar izwan lagi

  1. Liza berkata...:

    Sungguh mengagumkan..x caye yg c apy boleh buat mcm 2....sgt best... imaginasi penulis sgt baik dan tersusun..gud luck and gud job..

  1. himitsu berkata...:

    huhuhu...kelakar le epy elina tu...
    best le kak ratu...
    cane kak ratu dpt idea ek???

  1. Lieza berkata...:

    what a good story..
    ratu sangat pandai mengolah pasal basketball. macam nampak aje perlawanan diorang tuh.. hihihi
    sambong3

  1. Ai berkata...:

    stuju dgn lieza..
    memang bleh bleh nampak ar..
    giler best..
    thanx kak ratu..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    x tau mo ckp apa...
    klu ada org tgk aku time bc cita ni....
    konfem kna ckp gila....
    mn x nya....
    ktawa sorg2...
    huhu...
    one word....
    brilliant.....!!!!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    terbaik dari ladang si Apy 2!!!!

    wawa nice!!! terbaik leh die mengorbankan keenseman die utk pikat si badang tu. hakhakhakhak!!!

    terer si izwan tu!!! gile the flash!

    alex jealous. yes!!!

    cpt2 smbg x sabar. he~~~

  1. haha
    bes2
    lme da sy tgu n3 nie..
    =P

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages