Romeo yang Hilang: Prolog


Pesan Hikayat,
Hidup ini tak sentiasa berakhir dengan epilog.

Dua tahun yang lalu…

Betul ke awak nak kahwin dengan saya ni? Awak tak lamar saya olok-olokkan?” tanya Apy Elina masih lagi tak percaya.
Sudah banyak kali dia cubit pipinya. Sakit. Ini bermakna dia bukan dalam mimpi. Sungguhpun begitu, dia masih lagi tak percaya. Adam Alexander a.k.a Muhammad Adam yang merupakan bekas pemain bola keranjang pasukan The Legend yang dilatihnya lima tahun dahulu, melamarnya!

Bak kata orang, angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba terus melamar. Dengan kata lain, selama lima tahun ini, Adam tak pernah langsung meluahkan perasaan cinta terhadapnya. Bercakap dengannya pun kurang tapi tiba-tiba dia dapat tahu, bola keranjang yang ada tandatangan Adam yang disimpan selama ini bukan sekadar bola.
Ia ibarat cincin lamaran. Dan tulisan cina yang disangka tandatangan Adam bukan juga tandangan tapi merupakan perkataan cina yang bermaksud ‘MARRY ME’!
Dan tadi… Adam melamarnya. Live. Satu Malaysia.
Kenapa? Ingat tadi tu rancangan realiti Bujang Senang Nak Kahwin Cepat ke?” jawab Adam dengan serius.
Tak adalah cuma… macam tak percaya,” Apy Elina menggaru kepala yang tak gatal. Susah betul dia nak percaya. Tambah lagi, dia sendiri pun tak percaya yang dia terima lamaran itu. Habis satu dunia tahu dia sudah terima lamaran itu.
Mak cik,” sapa Adam yang kini berdiri di hadapannya.
Apy Elina terpaksa mendongak melihat wajah lelaki di hadapannya itu. Serentak dengan itu, jantungnya berdegup kencang. Perasaannya sekarang sukar untuk dijelaskan. Macam baru pertama kali jatuh cinta. Indah bercampur gemuruh.
Boleh tak awak beritahu saya yang saya bukan berada dalam alam mimpi?” tanya Apy Elina yang tak berkelip memandang wajah lelaki itu.
Itulah wajah lelaki yang ramai gadis-gadis impikan selama ini. Sungguhpun dia pernah juga tergolong dalam gadis-gadis yang inginkan lelaki ini tetapi dia tahu, bukan mudah untuk mencuri hati lelaki itu. Namun, umpama mimpi menjadi kenyataan, lelaki itu melamarnya!
Apy…” panggil Adam.
Hmm?” Apy Elina bagaikan terpukau. Jarang sekali Adam panggil namanya. Selalunya lelaki itu akan panggil dia dengan gelaran Mak cik. Kini, bila Adam panggil namanya, dia terasa seperti dunia ini sedang berhenti berpusing.
Tiba-tiba, Adam menjentik dahinya. Apy Elina tersentak. Tak lama kemudian, barulah dia terasa sakit.
Sakitlah!” marahnya.
Kalau sakit tu, maknanya kau tak bermimpilah,” jawab Adam selamba.
Apy Elina mengeluh berat. Budak ni… masih tak berubah! Memang dia ada suruh Adam buat sesuatu untuk buktikan dia tak bermimpi tapi tak sangka lelaki itu akan bertindak sedemikian. Makin dia tak faham. Ini ke cara selepas kena lamar?
Apy Elina masih ragu-ragu lagi. Jadi isteri kepada lelaki itu? Lelaki yang muda lima tahun daripadanya akan jadi suami? Kini, dia rasa macam nak tolak lamaran itu sahaja. Tak dapat dia bayangkan, dia akan jadi isteri kepada Adam yang muda lima tahun daripadanya!
Mungkin awak dah lupa. Tak mengapa saya ingatkan awak. Awak tahu tak, awak lebih muda lima tahun daripada saya?” tanya Apy Elina cuba mengingatkan Adam kembali. Manalah tahu Adam sudah lupa jarak umur mereka.
Memanglah aku lebih muda daripada kau tapi bila dah kahwin nanti, kau tetap kena panggil aku abang,” jawab Adam ringkas dan selamba. Macam tak ada apa yang perlu dirisaukan. Juga macam dia sudah fikir perkara ini sedalam-dalamnya!
Apy Elina terdiam. Betul juga. Bila dia sudah berkahwin dengan Adam, sudah tentulah dia kena panggil Adam dengan gelaran abang.
Abang? Abang Adam?
Eee… tak naklah!” geli-geleman dirinya membayangkan diri sendiri panggil Adam dengan gelaran Abang.
Kenapa?”
Tak sweet dan tak romantik langsung!”  komennya sengaja bagi alasan.
Habis tu? Kau nak guna gelaran papa-mama? Darling-sayang?” tanya Adam. Nampak benar Adam kali ini betul-betul serius hendak berkahwin dengannya.
Itu lagilah gedik. Macam budak sekolah baru belajar bercinta,” Apy Elina bagi alasan lagi. Sekali lagi dia geli-geleman membayangkan dirinya memanggil Adam dengan gelaran papa. Tak sesuai langsung.
Darling? Sayang? Gelaran ini tiada masalah. Sangat sweet dan romantik! Tapi masalahnya, ramai sangat laki-bini sekarang guna gelaran itu. Jadi, sudah tiada istimewa lagi.
Habis tu? Kau nak panggil apa?” tanya Adam.
Apy Elina menggaru kepala. Tahulah dia bahawa lamaran tadi memang betul-betul. Bukan olok-olok. Bukan juga untuk rancangan realiti televisyen Bujang Senang Nak Kahwin. Lagipun dia kenal dengan Adam. Orangnya serius sepanjang masa. Mustahil akan buat rancangan hiburan yang akan memakan diri sendiri.
Saya nak panggil awak Pak cik!” cadang Apy Elina tersengih-sengih. “Kalau awak panggil saya mak cik, saya juga nak panggil awak Pak cik! Macam mana? Pak cik-Mak cik. Sweet tak gelaran ni?”
Adam memandangnya dengan tajam. Tiba-tiba, satu lagi jentikan hinggap di dahinya. Sekali lagi Apy mengaduh kesakitan.
Permohonan tak diluluskan!” jawab Adam dan berlalu pergi.
Hah? Kenapa?” Apy Elina berlari mendapatkan lelaki itu.
Panggil aku abang.”
Pak cik.”
Nak kahwin tak ni?”
Awak betul-betul lamar saya ke?”
Soalan itu membuatkan langkah Adam terhenti. Serentak dengan itu, Apy Elina juga berhenti melangkah. Masing-masing berhadapan sesama sendiri.
Apy Elina…” sekali lagi Adam memanggil nama penuhnya.
Ya?”
Sudi tak awak jadi isteri saya?” tanya Adam, lembut tapi serius. Tangan dihulurkan lagi.
Apy Elina tak dapat menyembunyikan senyumannya. Kali kedua Adam melamarnya, kali kedua juga dia berkata, “Saya hanya boleh sambut tangan awak selepas kita bernikah. Atau dengan kata lain, awak patut hantar rombongan meminang dulu.”
Dan prolog cinta mereka, bermula di sini…

16 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    Tak sabar nak peluk sambungan kisah dorang ni...

  1. Unknown berkata...:

    Oh i like...sweet sgt !!

  1. Unknown berkata...:

    Sweetnya.. xsabar nak tggu cter niy...

  1. Unknown berkata...:

    best... sweet sangat.

  1. Ai berkata...:

    Rindunya dengan epy - adam, rasa macam nak ulang balik baca HC banyak2 kali... kak fad cayok2...

  1. tinta merah berkata...:

    Alahai, pakcik... Sweetnya.. ;)

  1. Nsha berkata...:

    tersenyum baca en3 ni.. sweetnya pakcik Adam... :D

  1. Unknown berkata...:

    Sweet..... Saya suka saya suka

  1. Unknown berkata...:

    Pengsan kejap... XD

  1. Tanpa Nama berkata...:

    tapi bukan ke diorang beza 8 tahun?

  1. Yong berkata...:

    thanks a lot. baru2 ni tgk blog ni jadi private.sy sgt risau takut xdpt bc hikayat dah. n bila dpt msk blog,tgk2 ada tajuk novel baru.igtkan novel baru n RB dah stop pos HC.
    laptop sy ni taraf antik so nak loading page,jadi lambat sikit.tu yg tgk tajuk dulu tu.
    thanks again pos novel HC2 ni.hope cepat dpt publish,xsabar nak baca.
    n HC berada atas shelves bkn dlm kotak,sy selalu ulang baca HC,the words wisely chosen,buatkan sy terfikir n mmg sgt la hayati cerita ni.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    :) wah..writer..tukar tajuk ye untuk sambungan hikayat cinta 2..tertanya-tanya jg tentang tajuk ni tadi..seronok..lama tunggu writer buka blog utk post story ni..:)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Writer,sambung la lagi..lama tunggu..:)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages