9: CINTA PEPOHON CEMARA


Berkurun lama ku rahsiakan cinta ku padamu,
Hanya kerna kau ratu laksana di singgah sana,
di Tasik ini pepohon Cemara yang teguh meninggi,
Bagai harapanku kepadamu,
Sekian lama....
Akan ku serah cinta abadi,
menyerlah sinar malam sepi mu,
Agar menjadi penawar lukamu merwarna hatimu,
Akan ku bawa kau mengembara,
Menerokai alam asmara,
Mengubu kota,..cinta kita,
Genggam erat,janji ku sematkan di dalam hatiku,
Moga cinta makin mekar mengharumkan hidupmu..

Seminggu berlalu dengan sempurna. Tugasnya sebagai pengurus kelab Bola Sepak berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah tapi ia dapat diselesaikan dengan segera. Hubungannya dengan Fiq agak rapat memandangkan Fiq juga merupakan orang terpenting dalam kelab tersebut. Kadang-kala, dia dengan Fiq akan duduk bersama selepas sesi persekolahan dan berbincang perkara-perkara berkenaan dengan bola sepak. Banyak yang dia dapat belajar melalui Fiq. Dari peraturan-peraturan permainan sehinggalah jenis-jenis bola sepak yang ada di dunia ini.

Kadangkala keakrafannya dengan Fiq dicemburi oleh ramai pelajar perempuan yang juga peminat kipas angin susah mati Fiq. Orangnya bukan saja kacak, malah cemerlang dari segi akademik dan sukan. Dan asset yang paling diminati oleh kebanyakkan peminatnya adalah Fiq berasal dari keluarga berada.

Mungkin ada sesetengah peminatnya yang terkejar-kejar jejaka idaman itu di sebabkan statusnya dan mungkin ada juga yang tidak pandang harta benda. Ada juga yang mengaku jatuh hati dengan Fiq kerana sikap Fiq yang low profile.

Namun Fiq langsung tidak menunjukkan minat untuk menjadikan mereka kekasih hatinya. Pernah juga dia bertanya memandangkan Fiq langsung tiada kekaksih sedangkan orang sepertinya boleh memiliki hati perempuan dengan hanya memetik jari saja dan Fiq hanya pula bertanya “kalau aku minta kau jadi girlfriend aku, apa yang kau akan fikir?”

“Hah?” tanya Nurul kurang faham dengan soalan Fiq tadi.

“Kalau aku minta kau jadi girlfriend aku, apa yang kau fikir?” ulangi Fiq lagi.

Nurul terdiam. Entah soalan apa pula yang ditanya oleh Fiq ni? Pelik semacam. Apa yang aku fikir kalau dia lamar aku jadi girlfriend dia? Bahagia?

“Mesti kau fikir aku sengaja nak permainkan kau,” Fiq mula berkata. “Cinta boleh jadi milik sesiapa sahaja. Tapi persoalannya siapa yang paling layak memiliki cinta kita: Memang tak dinafikan aku ramai peminat tapi bagi aku untuk cari seseorang yang kita betul-betul minat bukan masanya lagi.”

“Oh kau nak tumpukan perhatian pada pelajaran?”

Geleng.

“Itu alasan lapok,” jawabnya selamba.

“Habis tu?”

“Maksud aku lelaki mempunyai masa matanya sendiri. Kaum perempuan takkan faham apa yang lelaki fikirkan. Aku tak nak jalankan sesebuah hubungan dengan fikir perkataan ‘couple’. Lelaki dengan perempuan sekarang ni ber’couple’ just for fun. Diorang tak fikir jauh. Aku tak suka macam tu. Aku nak sesebuah hubungan yang kekal dan sebab itulah aku tak suka jalinkan hubungan dengan sesiapa buat masa sekarang ni,” terang Fiq.

Nurul mengangguk faham. Mungkin sebab itulah Fiq tidak memiliki teman wanita sehingga hari ini.

“Tapi bila aku bertemu dengan seseorang itu, aku dah mula berfikir masa depan,” akahirnya dia berkata.

“Siapa?”

Fiq hanya tersenyum.

Dan sebentar kemudian perbualan mereka diganggu oleh Hayrul yang entah datang dari mana tiba-tiba mencelah. Nurul geram. Pantang betul dia hendak bersama dengan Fiq mesti ada saja sesiapa yang datang mengacau. Dan Hayrul ni tak lain dan tak bukan mesti hendak bertanya tentang surat cintanya yang tidak pernah wujud di muka bumi ini.

“Hah, sebelum kau tanya apa-apa aku nak cakap, aku tak terima surat cinta untuk kau,” ujar Nurul sudah tahu sangat dengan Hayrul kalau berjumpa dengannya.

“Macam mana boleh tak de pulak?”

“Manalah aku tahu.”

“Sebab aku dengar kau dapat banyak surat cinta untuk kelab bola sepak takkan satu pun tak de tulis kat aku?”

“Tak de,” tegas Nurul.

“Kenapa pulak tak de?” tanya Hayrul tidak puas hati.

“Dah tak de nak buat macam mana lagi. Mungkin semua orang tahu yang kau alegi dengan surat cinta sebab itulah diorang tak bagi. Atau kau memang tiada peminat.”

“Tolong sikit. Aku ada peminat tapi diorang tu saja yang tak berani nak luahkan perasaan diorang pada aku,” ujar Hayrul dengan lagaknya.

“Iyelah tu,” malas Nurul hendak melayannya.

“Dengar cerita Nazrul dapat surat cinta juga,” Fiq membuka cerita. Serentak dengan itu Hayrul berpaling memandang Fiq di sebelahnya. Bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya tadi.

“Emm… aku pun tak percaya tapi memang sampul surat tu tertulis nama Nazrul,” Nurul mengiyakannya.

“Macam mana Nazrul yang kaki tidur tu boleh dapat surat cinta tapi aku tak dapat surat cinta?” tanya Hayrul tidak puas hati lagi.

“Manalah aku tahu. Kau tanyalah Nazrul tu sendiri. Aku pun pelik jugak orang macam dia pun ada peminat ke?” Nurul bertanya semula. Dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan apabila terpandang nama Nazrul pada sekeping sampul surat berwarna pink yang dijumpai di dalam laci meja tulisnya pagi tadi.

“Actually tak de apa yang peliknya. Nazrul jenis yang low profile. Walaupun dia selalu tidur tapi imejnya bersih. Mungkin sebab itulah dalam diam ada orang lain yang meminatinya,” ujar Fiq.

“Tapi Nazrul memang tak layak terima surat cinta,” balas Nurul yang entah kenapa tidak berpuas hati sejak pagi tadi.

“Hah, dia memang tak layak terima surat cinta!” sokong Hayrul. “Mesti Nazrul tu pergi jumpa bomoh buat mandi bunga. Baru-baru ni aku dengar bunga-bunga kat taman pertanian sekolah kita tu habis dikebas orang. Entah-entah Nazrul yang mencuri bunga tu untuk mandi bunga,” tambah Hayrul lagi.

“Canggih betul idea kau,” Nurul menjeling tajam. Kalau Hayrul dah melalut macam-macam yang difikirnya. “Sekarang ni tak payah mandi bunga pun. Kau pakai je minyak wanita gerenti ada perempuan yang tersangkut.”

“Hah? Betul ke?” tanya Hayrul seakan tidak percaya. “Kalau macam tu, aku pergi beli minyak wangi.”

“Selama ni kau tak pakai minyak wangi ke?”

“Pakai.”

“Habis tu?”

“Aku pakai minayk wangi kakak aku. Pagi tadi bila aku nak pakai, dah habis dah.”

“Patutlah tak de perempuan yang sangkut dekat kau. Kau tahu tak kalau kau pakai minyak wangi perempuan, ramai lelaki yang akan jatuh hati pada kau tau.”

“Iyelah tu. Pandai je kau nak buat cerita. Apa salahnya pakai minyak wangi perempuan punya. Minyak wangi jugak tu!”


Rezza melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Bola Sepak dan mendapati Nazrul tengah tidur dengan nyenyak berbantalkan lengannya. Dia hanya sekadar menggeleng. Dengan perlahan dia menghampiri rakannya itu. Sehelai kertas berwarna pink di tarik dari tangan Nazrul secara perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan kawan karibnya itu.

Tersenyum Rezza ketika membaca surat cinta seseorang yang dituju khas kepada Nazrul. Tidak lama selepas itu Nazrul kelihatan mula sedar dari tidurnya. Matanya memandang redup wajah Rezza di hadapannya. Kemudian pandangannya dialih pada surat cinta di tangan Rezza.

“First time dapat surat cinta,” kata Rezza juga terkejut apabila mendapat tahu Nazrul mendapat surat cinta.

“Tapi semuanya tidak bermakna langsung,” jawabnya. Dari pandangan matanya terpancar satu emosi yang berbelah bagi.

“Tak salah kalau jatuh cinta pada seseorang.”

Surat di tangan Rezza di ambilnya. Di renung dalam surat di tanganya itu. Ayat-ayat indah di bacanya untuk kali ke berapa dia sendiri tidak pasti. Kemudian kertas itu di keronyokkan sebelum menjadi penghuni tong sampah.

“Surat tu memang ada di situ tadi dan aku rasa tempatnya memang di situ,” ujarnya lagi.

“Dia benci surat cinta,” ujar Rezza pula.

“Dia tak benci surat cinta, tapi dia takut dengan surat cinta.”

“Aku rasa kalau keadaan ini berterusan…”

“Ia akan berakhir,” pintasnya kemudian tersenyum pahit. “Aku janji.”


Nurul memeriksa jadual latihan sebelum mencatatkannya ke dalam dairi hariannya. Sejak kejadian terlupa aktiviti-aktiviti kelab bola sepak dulu, dia mengambil langkah berhati-hati membuat kerja. Satu dairi harian miliknya diwujudkan itupun atas nasihat Fiq. Fiq siap mengajaknya keluar semata-mata mahu membeli dairi harian untuknya lagi. Dan dari hari itu dia tidak pernah berenggang dengan dairinya itu. Meninggalkan dairi ibaratkan meninggalkan Fiq dari hatinya.

Sekali-sekala dia menjeling memandang Nazrul yang dari tadi asyik tidur dengan nyenyak. Tapi kali ini Nazrul tidak berdengkur seperti selalu. Tahulah dia buat kalau Nazrul berdengkur dengan kuat. Akan diletaknya pembesar suara supaya satu sekolah boleh dengar dengkuran Nazrul.

Tiba-tiba handsetnya yang diberi mode senyap bergegar dari kocek bajunya. Segera dia mengambil dan direnung skrin handsetnya. Dari nombor yang tidak dikenali. Nurul pelik sambil dia memandang Nazrul yang masih tidur. Yang pastinya bukan Nazrul yang telefon. Tanpa menghiraukan siapa yang menelefonnya Nurul segera menjawab panggilan tersebut.

“Hello,” jawabnya lembut.

“Hello Nurul,” jawab satu suara dihujung talian. Hampir tersentak jantungnya apabila mendengar suara dari seorang lelaki yang tidak asing lagi dari hidupnya. Dia pasti. Dia pasti sangat-sangat. Suara itu takkan dilupanya sampai bila-bila.

“Saya Hazwan,” kata suara itu lagi memperkenalkan dirinya. Hazwan takut Nurul tidak dapat mengecam suaranya.

“Oh Hazwan, saya ingatkan mamat manalah yang telefon tadi,” Nurul cuba bersikap tenang. Memang itulah situasinya bila bercakap dengan Hazwan. Berbeza langsung jika dibandingkan caranya bercakap dengan lelaki lain. Secara automatic terus menjadi sopan dan bertata bahasa.

“Nurul, maaflah sebab menggangu.”

“Err.. tak de apa. Awak tak menganggu saya tapi macam mana awak dapat nombor telefon saya?” serta merta dia teringatkan peristiwa Nazrul yang mendapat nombor handsetnya dari surat cintanya yang ingin di beri kepada Fiq tapi diperdajalkan Nazrul yang meletaknya di dalam almari Hayrul. Mungkinkah Hazwan turut membaca surat cintanya itu dan sebab itulah Hazwan mendapat nombor telefonnya??

“Dari seseorang yang baik hati,” jawab Hazwan.

Nurul mengeluh lega. Mujurlah sangkaannya meleset sama sekali. Mana mungkin Hazwan mendapat nombor telefonnya dari surat cinta yang ingin diberikan kepada Fiq. Tapi Hazwan sebut dari seseorang yang baik hati, ini bermakna orang yang beri nombor telefonnya adalah seseorang yang baik hati? Oh, ini bukan baik hati tapi ini busuk hati. Sesedap rasa saja nak bagi nombor telefonnya pada orang yang tidak dikenali. Orang macam tu memang patut di bom!

“Siapa?”

“Saya rasa lebih baik kita jangan cerita pasal tu. Saya yang paksa dia beri nombor telefon awak. Sejak kita berjumpa tempoh hari, saya asyik teringatkan awak.”

Okey, Hazwan ni dah angau ke? Teringatkan aku? Habis Diana tu dia dah campak mana hah?
“Tapi kenapa?” tanya Nurul.

“Boeh tak kalau kita berjumpa?”

“Jumpa?”

“Sekarang. Saya ada di hadapan pintu pagar sekolah awak.”

“Hah?!”

“Please…,” rayu Hazwan.

Nurul seakan tidak boleh lari dari pelawaan Hazwan. Bagaikan dikawal, terus dia bersetuju untuk bertemu dengan Hazwan. Entah apa yang Hazwan mahu sehingga sanggup mendapatkan nombor telefonnya dan menemuinya.

Selepas panggilan ditamatkan segera Nurul menyiapkan sisa-sisa jadual yang belum di catit lagi ke dalam dairinya. Dan setelah itu dia mula mengemas barang-barangnya sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Selepas pintu bilik ditutup rapat, Nazrul yang sedang tidur tadi membuka kelopak matanya dengan perlahan-lahan. Pandangannya redup. Sayu.


“Kak Liya,” Fiq berlari anak mendapatkan gadis yang kemas berbaju kurang moden warna biru yang sedang asyik mengacau air kopi yang dipesannya tadi.

Dengan satu panggilan, satu senyuman indah dihadiahkan kepada Fiq oleh gadis yang berkulit cerah dan berambut panjang melepasi bahu. Kak Liya ataupun nama sebenarnya Liyana Aqilah memang menjadi teman rapatnya sejak dulu lagi dan hubungan mereka yang akrab sering disalah ertikan.

“Fiq dah makan? Akak ada pesan nasi goreng tadi,” tanya Kak Liya dengan suara gadis melayunya.

“Dah makan tapi makan roti saja.”

“Makan roti saja?’

“Yelah sebab Fiq terasa macam ada orang yang nak belanja Fiq makan,” dia tersenyum nakal.

“Nakal.”

Tidak lama selepas itu seorang pelayan dating menghampiri mereka membawa sebuah dulang yang berisi dua pinggan nasi goreng bersama segelas air kosong untuk Fiq. Fiq memang gemar minum air kosong berbanding air yang manis.

“Akak bergaduh dengan Abang Zarul lagi ke?” teka Fiq yang dapat mengagak niat sebenar Kak Liya yang mengajaknya keluar. “kak Liya kalau dah bergaduh dengan Abang Zarul mesti akan pesan air kopi dan lepas tu akan minum air Fiq pula.”

Hanya senyuman saja terukir dibibir Liyana. Ternyata adik angkatnya itu sudah mengenalinya secara dekat. Memang dia tidak dapat menyembunyikan masalahnya dari Fiq.

“Kali ni bergaduh pasal apa?” tanya Fiq.

“Boleh tak kalau kita bercakap pasal benda lain?’ Liyana masih tidak bersedia bercakap masalahnya pada Fiq.

“Fiq sekadar menganggu. Kalau itu yang Kak Liya pinta dia menurut asalkan Kak Liya berasa selesa.

“So, macam mana dengan sekolah?’ tanya Liyana.

“Setakat ni tak de penjenayah yang berani nak bom sekolah Fiq tu,” jawab Fiq selamba sebelum menuap nasi goreng ke mulutnya. Serentak dengan itu Liyana tertawa kelucuan.
“Fiq ni akak seriuslah.”

“Fiq pun serius jugak.”

Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Fiq.

“Akak dengar Fiq banyak dapat surat cinta,” pancing Liyana.

“Kenapa? Akak jealous ke?”

“Eee… tak de masa. Aka dah ada tunang buat apa nak jealous?”

“Mana tahukan.”

“Yelah. Memang akak jealous,” ujar Liyana menarik muka masam. Jelous sebab tak meliki lelaki macam Fiq. Dapat tuning ingatkan boleh memahami akak tapi dia lagi mengangkong akak. Apa yang akak nak buat mesti dia haling sampaikan akan nak makan burger pun dia boleh bagi syarahan selama dua jam. Fiq bayangkan dua jam!”

Fiq hanya tenang dan mengangguk menandakan dia dengar apa yang Kak Liya sedang katakan tadi.

“So apa jadi pada burger tu?’ tanya Fiq hanya melayan.

“Akak bagi kat peminta sedekah kat tengah jalan.”

“And then?”

“Lepas tu akak balik la.”

“Kenapa akak tak suruh Abang Zarul bagi syarahan 2 jam kat peminta sedekah tu?” tanya Fiq selamba.

Liyana terdiam sebentar.

“A’arlah. Kenapa akak tak terfikir nak buat macam tu?"

“Next time buat macam tulah,” ujar Fiq sambil mengenyit mata. Liyana tersenyum manis.


“So, ada apa awak tiba-tiba cari saya?” tanya Nurul kepada Hazwan setelah mereka berdua bersetuju untuk berbual di sebuah kedai makan yang berdekatan dengan sekolahnya.

“Saya memang nak carik awak selama ni tapi saya hilang sumber. Semua tak tahu awak pindah ke mana dan tak sangka pula saya jumpa awak di sekolah tempoh hari,” terang Hazwan dengan tenang. “Saya dapat tahu awak bersekolah di sini sebab lelaki yang bersama awak tu memang saya kenal.”

“Maksud awak Fiq?”

Hazwan hanya mengangguk.

“Tapi bukan dia yang bagi nombor telefon awak. Lagipun saya hanya kenal dia pada nama, sebab dia merupakan anak kepada kawan ayah saya. Tak tahulah kalau dia kenal saya atau tak.”

“Oh,” Nurul mengangguk faham. “Tapi sebab apa awak nak jumpa saya?”

“Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku selama ni. Apa yang Diana dah buat pada awak… saya minta maaf. Saya tak tahu macam mana surat cinta yang awak bagi tu boleh jatuh ke tangan Diana.”

Serta merta Nurul terbayang peristiwa hitam yang memalukan dirinya apabila surat cinta yang di berikannya kepada Hazwan dulu jatuh ke tangan Diana dan kesempatan ini dibuat oleh Diana dengan menampal surat cintanya itu di setiap papan kenyataan sehinggakan dia dikenakan hukuman tata tertib kerana dituduh menampal benda yang tidak berfaedah padahal bukan dia yang menampalnya.

Dia malu dan pada masa yang sama dia sakit hati dengan Diana. Dia tahu dia menyukai Hazwan tapi dia tidak pernah mengacau Diana dan Diana juga tiada hak menghalang perasaannya terhadap Hazwan. Tapi apa yang Diana buat terhadapnya membuatkan dirinya memberontak sehingga kini. Dahulu, dia yang ramai kawan terus menyembunyikan diri dari berkawan dengan orang lain. Dia yang dahulunya seorang yang berhati lembut, terus bertukar menjadi orang yang keras hati. Lagipun orang yang berhati lembut ni memang selalu dibuli. Dan sebab itulah terbentuk perwatakkannya yang keras kepala. Dengan ini saja orang lain akan gerun memandangnya dan sekali gus menjauhkan diri darinya.

“Saya dah lupakan tentang tu. Lagipun memang patut pun dia marah sebab kacau hak dia,” balas Nurul tapi dalam hatinya hendak saja dia kata, “Saya rasa kalau saya jumpa dia, memang saya tampar dia seratus kali tanpa henti!”

“Saya bukan hak dia,” Hazwan tersenyum. Benar! Sungguh kacak! “Diana memang macam tu. Dia fikir dia boleh memiliki semua apa yang dia mahu tapi dia silap. Dalam soal cinta, dia kalah. Actually, kami tak pernah ada apa-apa hubungan dan dengan kata lain saya bukan boyfriend Diana. Tapi demi menjaga hati Diana yang sedikit ‘terperasan’ saya terpaksa mendiamkan diri. Diana tahu pasal ni cuma dia masih tak dapat terima kenyataan. Tapi selepas kejadian surat cinta tu, saya dah tak boleh tahan lagi.”

“So, sekarang ni dia macam mana?”

“Diana malu sangat dan dia dah berpindah sekolah. Tak tahulah dia ke sekolah mana tapi dengar kata perangainya tetap macam dulu lagi. Kami lost contact macam tu saja.”

Nurul mengangguk faham.

“Dan saya datang ni sebab satu perkara. Dah lama saya ingin tanya awak tapi asyik tak de peluang saja.”

Okey, dia mesti nak kata dia sukakan aku…dan lepas tu mesti nak minta couple dengan aku.

“Pasal apa?”

“Sebenarnya….”

Nurul menunggu dengan sabar dengan dada yang berdebar-debar.

“… saya nak tanya, kenapa dalam surat tu awak tulis lirik Cinta Pepohan Cemara?” tanya Hazwan.

“Hah?!” Nurul hilang kata-kata.



7 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kahkahkah..gelak guling2 aku ...buat suspen je..ingatkan si Hazwan tu nak tanya apa lah tadi...

    sian Nazrul....eee...suka lah klu Nazrul tu yg kapel ngan Nurul...

    tapi cite nie masih panjang lagi kan... masih banyak misteri lagi....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    suke sesgt citer nie....

    suke nazrul, suke gak kat fiq.
    tp lagi suke kalau nurul ngan nazrul.. dorg tu sweet sgt..

  1. Dyazz berkata...:

    nazrul..fiq..
    hmmm...dyazz nak nazrul!!!
    hahax..kawaii~

  1. Tanpa Nama berkata...:

    weeee~
    nk nazrul ngn nurul gaks..

  1. misz nana berkata...:

    memula baca cite ni suka rezza ngan nurul coz si nazrul tu asyik tdo je kejenye.. tp pas nazru n nurul kena wat keje sesame (jadik pengintip), nazrul ni pun not bad gak.. cuma bila dtg peel tdo x ingat dunia dia tu je buat spoil.. huhuhu.. so kesimpulannya skrg ni, sy suka nurul ngan nazrul! hihihihi..

  1. addin shah berkata...:

    salam..

    hai wak..

    nice story..

    tp asanya la kan..

    lagu 2 tajuk nyer

    rahsia pohon cemara..

    =p

  1. alya farisya berkata...:

    Kalau saya nak beli buku ni, adakah buku ini masih lagi dijual??

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages