CINTA 99 HARI 1




1: Biru & Hijau


NorAyana Maisarah menyikat rambutnya sambil menyanyi riang. Keriangan hatinya tidak terkata. Ini adalah kerana hari ini hari pertama persekolahan bagi sesi 2008 dan pada tahun ini dia akan belajar di tingkatan empat. Satu tahun yang penuh dengan honeymoon bagi pelajar yang baru saja lepas peperiksaan PMR.


Malah, bukan itu yang menggembirakannya tapi sebab dia dapat berjumpa dengan buah hati kesayangannya, Hafiz, siapa lagi. Selama sebulan dia terpaksa berpisah dengan Hafiz oleh kerana dia terpaksa mengikut keluarganya pergi bercuti di kampung. Bukan senang ayahnya dapat cuti selama sebulan. Time cuti sekolah pula tu.


Selama sebulan berpisah dengan Hafiz, Aya sudah rasa keseksaan yang sukar diungkapkan. Mungkin inilah penyakit rindu hehehe…. SPM belum habis lagi sudah angau nak bercinta. Memang tak patut… tapi, ah! Indahnya dunia ni!


“Aya! Bas sekolah dah sampai!” jerit suara ibunya dari bawah.


“Okey, dah siap!” jeritnya sambil tersenyum lebar di hadapan cermin. Dia membelek pakaian sekolahnya dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. “Perfect. Watch out girls! Your new queen is coming!” ujurnya kepada dirinya sendiri sambil membayangkan dia sedang bercakap dengan beratus-ratus pelajar perempuan di sekolahnya dengan bangganya.


Bangga? Mestilah sebab dia sudah dapat menawan hati jejaka yang direbuti ramai di sekolah. Siapa lagi kalau bukan Hafiz, the prince charming dalam sekolahnya itu.


Hafiz atau nama sebenarnya Akmal Hafiz Zainuddin bukan saja handsome, malah kacak juga (err… samalah tu). Seorang yang aktif dalam semua bidang terutama sekali dalam bidang sukan sebab dia adalah Kapten pasukan bola Sepak sekolah dan juga jatuh pecut 100 meter. Selain itu, Hafiz juga turut diketegorikan pelajar cemerlang apabila dia disenaraikan di antara 10 pelajar yang mendapat markah tinggi dalam peperiksaan akhir tahun. Dengan kata lain, Hafiz memang sempurna dari semua segi.


********


Ashraf Danish terangguk-angguk sambil mulutnya berkumat-kamit menyanyikan satu lagi yang berkumandang di telinganya melalui headphone yang diletakkan di kedua pasang telinganya. Sambil dia mendengar lagu, sambil itulah tangannya melantunkan bola keranjang yang selalu di bawanya ke sana ke mari.


Sekali-sekala dia akan melambung-lambungkan bola keranjang itu dan menangkap kembali dengan kemas sebelum melantunkannya dengan menggunakan kedua tangannya. Lagaknya seperti pemain professional.


“Ashraf Danish,” panggil seorang pengawas yang sudah tercegat di tepi pagar sekolah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kawasan sekolah.


Kaki Ashraf terhenti dan dia mengeluh lemah. Dia berpaling melihat musuh utamanya di sekolah itu, yang selalu menyusahkannya menghampirinya. Yusrizal menghulurkan tangannya seperti meminta sesuatu.


Dengan satu keluhan Ashraf menanggalkan headphonenya dan diberikan kepada Yusrizal bersama MP3 kepunyaannya itu. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pelajar yang membawa alat eletronik seperti MP3 ke sekolah.


“Kau masih tak berubah, baru hari pertama dah buat hal,” Yusrizal mula berbicara tentang peraturan sekolah. Budak ni kalau dibiarkan akan meleret sampai ke hari akhirat. “Masuk kali ini dah enam kali aku rampas MP3 dari kau. Tak de barang lain ke kau nak bawa? Contohnya, handset terbaru ke, DVD player ke, Gameboy ke, ada juga faedahnya,” tambah Yusrizal lagi.


Ashraf langsung tidak mengendahkan kata-kata Yusrizal apatah lagi bertentang mata dengan Yusrizal. Dari dia memandang Yusrizal lebih baik dia memandang jalan raya di hadapannya itu. Kebetulan pula terdapat sebuah bas sekolah berhenti di hadapan pagar sekolahnya itu dan beberapa orang pelajar berpusu-pusu keluar dari perut bas.


Blue melompat keluar dari perut bas sambil tersenyum keriangan. Inilah masa yang ditunggu-tunggu selama sebulan. Kembali ke sekolah dan menjadi Permaisuri.


“Hai Jetman,” sapa Blue kepada Yusrizal yang sudah berdiri menunggu mangsa di hadapan pagar.


“Hai Blue,” laungnya kepada Blue sebelum Blue melangkah pergi dengan senyuman manis dibibir.


Ashraf hanya menggeleng sebelum berlalu dari situ. Jetman, itulah gelaran yang diberikan kepada Yusrizal. Jetman, penegak kebenaran. Bunyi menarik tapi memang melucukan. Dan perempuan yang menyapa Yusrizal tadi, dia hanya mengenali pelajar perempuan itu sebagai Blue saja. Kenapa Blue? Entahlah, dengar kata oleh sebab pelajar perempuan itu memiliki sepasang anak mata berwarna biru, jadi, dia dikenali sebagai Blue.


Memang inilah gaya hidup pelajar sekolah zaman kini. Nama sedap-sedap tiba-tiba bertukar menjadi entah apa-apa entah. Jetmanlah, Bluelah. Itu baru dua nama, belum lagi dengan yang lain. Dalam sekolah ni dah tak main dah nama betul, mereka hanya main nama gelaran saja. Entah apa entah.


Nasib baiklah dia tidak masuk campur sangat tentang pertukaran nama secara tidak rasmi ini. Agaknya, kalau dia masuk campur, apakah nama yang mereka akan letak? Kalau Blue memiliki sepasang mata berwarna biru dan mereka memanggilnya Blue, mungkin dia pula orang akan memanggilnya Green? Sebab dia memiliki sepasang anak mata berwarna hijau?
Ah, mengarutlah.


Simpang malaikat 44. Kalau ada orang panggil dia dengan gelaran itu, memang dibunuh-bunuh orang itu. Well, siapa yang tidak kenal Ashraf, raja samseng di sekolah itu. Sebut saja nama Ashraf, semua orang gerun. Ye ke? Semua gerun ke?


*************

“Hai semua,” sapa Blue dengan mesra sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelasnya. Tapi, malangnya tiada siapa pun yang membalas sapaannya. Pelik. Semua orang berkerumun di meja Natasya yang memang terkenal dengan gelaran ‘Perempuan Melayu Terakhir’ itu. Ini adalah kerana Natasya tidak ubah seperti Perempuan Melayu Terakhir. Terakhir ke? Menyampah adalah.


“Hey Blue,” sapa Sakinah apabila Blue menghampiri tempatnya.


“Kenapa tu?” tanya Blue sedikit kecewa dengan hari indahnya itu.


“Percaya atau tidak dia adalah queen of the world sekarang,” ujur Sakinah kepada Blue sambil menjeling tajam memandang Natasya yang tersengih-sengih bersembang dengan kawan-kawannya itu.


“Apa maksud kau?” tanya Blue sambil meletakkan beg sekolahnya di sebelah Sakinah.


“Hello! Queen of the world. Takkan kau tak dapat tangkap lagi? Dia dah jadi buah hati Hafiz,” beritahu Sakinah. Berkedut dahi Blue mendengarnya. Natasya? Hafiz?


“What?! Mesti ada kesilapan. Natasya? Dengan Hafiz? Hafiz, the prince charming tu? Mereka bersama?” tanya Blue lagi seolah-olah tidak percaya dengan kenyataan itu.


“Yes! Satu sekolah dah kecoh tentang mereka berdua dan pagi tadi dah terbukti mereka berdua sudah couple. Hafiz datang ke sekolah dengan Natasya, ada orang nampak mereka naik motor bersama dan sekarang tengah kecohlah tu…,” terang Sakinah yang pedih juga mendengar mereka bergelak ketawa di belakang.


Tension satu tubuhnya apabila menyedari kenyataan itu. Kenapa dia tidak tahu apa-apa pun? Hafiz dengan Natasya? Ah, memang tidak boleh diterima! Dia mesti berjumpa dengan Hafiz untuk penjelasan sekarang juga! Jaga kau Hafiz!


“Hey, kau nak ke mana tu?!” tanya Sakinah.


“Pengistiharaan peperangan,” ujur Blue dengan mata yang penuh berapi.

4 si charming:

  1. KaNaFee berkata...:

    Kanafee..

    suke citer ni..blue tu funny giler..self esteem tinggi sgt..hehe..
    kn dh kene duakn..haha..

    pe2 pun suke si blue!

  1. Unknown berkata...:

    aik...dapat pun...hehe. tadi rasanya dah klik kat catat ulasan tapi keluar yg hantar msg melalui email.

  1. farrah izzlorna berkata...:

    Oh God,baru baca sikit pun dah tau best.Kalau tak kerana minggu depan ada periksa mesti saya bagi habis satu novel ni hari ni jugak macam saya buat kat Prince Charming dulu.Haha... Saya pun cita2 nak jadi penulis novel,so harap akak dapat beri tunjuk ajar ye.Kalau ada masa jenguk2 la blog sya yang tak berapa nak siap tu... ^_^

    Farrah Izzlorna

  1. Unknown berkata...:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages