Seseorang untuk Dinikahi: Bab 13


JANTUNGNYA seakan terhenti seketika mendapati Nazwan betul-betul berada di hadapannya sekarang. Arissa buntu. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bermacam-macam persoalan muncul di mindanya. Bagaimana Nazwan boleh berada di situ. Apa yang Nazwan buat di situ sedangkan kuliah sedang berjalan. Mustahil Nazwan mengekorinya sejak awal pagi tadi. Mustahil. Dia seratus peratus pasti tiada sesiapa yang mengekorinya sejak dari awal pagi tadi.
Err... Nazwan, apa kau buat di sini?” tanya Arissa dalam diam mencubit lengannya. Sakit. Ini bermakna dia tidak bermimpi. Nazwan memang betul-betul wujud di hadapannya sekarang dan lelaki itu sedang merenungnya dengan tajam.

Apa kau buat kat sini?” tanya Nazwan pula.
Err... tak ada apa,” teragak-agak dia menjawab padahal dia boleh saja beritahu yang dia ingin memperbaharui kad bank yang sudah tamat tempoh tapi bila berhadapan dengan Nazwan, otaknya tidak pandai pencipta idea yang logik.
Nazwan terus merenungnya.
Err... aku ada hal. Pergi dulu,” ujar Arissa cepat-cepat mengatur langkah
Namun, baru setapak dia melangkah, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila merasai rambutnya yang panjang ditarik dari belakang. Dia cuba untuk mara tetapi Nazwan masih tidak mahu melepaskan rambutnya. Satu keluhan dilepaskan.
Perlahan-lahan Arissa berundur ke belakang semula dan berpaling menghadap Nazwan. Barulah Nazwan melepaskan rambut Arissa. Arissa menarik muncung tetapi Nazwan tetap dengan wajah selambanya. Langsung tidak minta maaf selepas menarik rambutnya tadi.
Nazwan, ada sesuatu yang aku rahsiakan daripada kau selama ni,” ujar Arissa yang menunduk ke bawah. Kemudian, perlahan-lahan dia mendongak memandang Nazwan.
Arissa menarik nafas panjang.
Betul kata Luqman selama ni. Aku, memang ahli sihir! Jadi, hari ini aku akan sihir kau, kau akan lupakan apa yang kau nampak ni. Kau tak nampak aku dan kau tak kenal aku untuk hari ini. Huh!” ujar Arissa sempat lagi menggerakkan kedua tangannya di hadapan mata Nazwan seperti mana ahli sihir dalam televisyen melakukan sihir.
Pergi dulu!” Lantas dia cepat-cepat mengatur langkah.
Namun, sekali lagi rambutnya ditarik oleh Nazwan. Arissa menghela nafas berat. Nampaknya, dia memang tidak boleh lari lagi daripada Nazwan.
Nazwan, surrender,” ujar Arissa sambil mengangkat tangan tanda menyerah kalah.
Tiba-tiba Nazwan mencapai tangannya itu dan tubuh Arissa terdorong mengekori langkah Nazwan. Tangan Nazwan menggenggam tangannya dengan kuat sehingga dia tidak boleh melepaskannya. Nak tak nak, dia terpaksa mengikut kemahuan Nazwan.

***

AHH, kenyangnya perut,” ujar Arissa sambil mengusup perutnya yang sudah penuh diisi makanan. “Terima kasih Nazwan sebab belanja perut aku makan,” ucapnya kepada Nazwan yang duduk di hadapannya.
Nazwan masih lagi merenungnya sehingga membuatkan Arissa tidak senang dengan renungan Nazwan. Renungan Nazwan memang membuatkan jantungnya berdebar-debar. Dia tahu, mood Nazwan tidak beberapa baik hari ini. Nada suara Nazwan juga agak kasar sedikit berbanding biasa.
Arissa menghela nafas berat. Apalah malangnya nasibnya beberapa hari ini.
Sudahlah. Janganlah tenung aku macam tu lagi. Aku bukannya sengaja nak buat orang risau. Benda dah jadi nak buat macam mana lagi,” ujar Arissa yang terpaksa menceritakan peristiwa dia kena ragut semalam. Semuanya gara-gara takut dengan tenungan Nazwan.
Kau ni kan...,” Nazwan menggeleng. Dia hampir kehilangan separuh daripada tenaganya selepas mendengar cerita Arissa tadi. “Kau tahu tak semua orang risaukan kau? Lain kali kalau tak nak buat orang risau, jangan sengaja nak cari pasal.”
Tahu. Tahu. Aku minta maaf,” ujar Arissa. Serik juga dia kena leteran Nazwan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Eh, mana boleh aku minta maaf. Aku sepatutnya merajuk satu hari dengan kau hari ni!”
Nazwan masih dengan renungan tajamnya.
Dah buat orang lain risau ada hati nak merajuk dengan orang,” ujar Nazwan dengan nada keras.
Mestilah! Kau dah mungkir janji malam tadi memang patut pun aku merajuk!”
Aku tak pernah kata aku nak pergi, bukan?” suara Nazwan sedikit meninggi.
Arissa mencebik.
Aku minta maaf,” ucap Nazwan tiba-tiba.
Tersentak Arissa mendengarnya. Nazwan minta maaf? Huh, ajaib. Dia tidak gunakan sebarang ilmu sihir untuk memaksa Nazwan minta maaf. Tapi, Arissa nekad tidak akan mudah menyerah kalah begitu. Mana boleh dia terus cair dengan maaf Nazwan.
Minta maaf kemudian hari sajalah. Hari ni aku memang nak merajuk dengan kau,” ujar Arissa masih tegas.
Arissa....”
Tak kira!” tegas Arissa lagi.
Aku cuma nak kata, tentang rancangan kau nak pikat aku tu... lupakan ajelah,” ujar Nazwan selamba. Serentak itu Arissa memalingkan muka memandang Nazwan yang berwajah selamba.
Mana boleh! Aku dah kata, aku cuma nak merajuk dengan kau hari ni je. Plan untuk pikat kau tu tetap jalan!” tegas Arissa lagi.
Kalau kau nak merajuk, siapa yang nak pujuk kau?” tanya Nazwan dengan nada menyindir.
Ekk?” Arissa berfikir sebentar. Betul juga apa yang Nazwan kata. Malah, dia sedia maklum yang mereka bukannya macam pasangan kekasih yang lain. Sekarang ini dia seperti bertepuk sebelah tangan. Memang mustahil untuk Nazwan memujuknya.
Kalau macam tu... kau kena pujuk aku selepas kau dah gila bayang dengan aku nanti!” ujar Arissa setelah kehabisan idea memikirkannya.
Serentak itu, Nazwan melepaskan tawa. Bukan main dia ketawa sehinggakan Arissa sendiri bengang mendengarnya. Hendak sahaja dia capai mangkuk bekas sup yang sudah habis diminumnya dan sumbat dalam mulut Nazwan. Biar padan muka lelaki itu.
Sudahlah! Aku nak pergi buat lesen memandu. Kalau kau nak gelak, teruskan gelak kat sini. Aku ada kehidupan yang perlu diteruskan hari ni. Tak ada masa nak layan kau,” ujar Arissa dan segera bergerak keluar dari kedai makan itu.
Hei Arissa,” panggil Nazwan dari jauh.
Arissa segera mempercepatkan langkahnya sambil itu dia juga memegang ikal rambutnya supaya tidak menjadi sasaran Nazwan lagi. Namun, walau betapa cepatnya dia melangkah Nazwan masih dapat memintasnya.
Aku tak ada masa nak bermainlah Nazwan,” ujarnya mempercepatkan langkah. Setibanya di keretanya, langkah Arissa terhenti. Tergamam sebentar apabila melihat keadaan keretanya yang mana keempat-empat tayar sudah pancit.
Arissa menjeling pandang memandang Nazwan di sebelahnya.
Takkan aku nak biarkan kau memandu tanpa lesen,” ujar Nazwan tanpa rasa bersalah.
Nazwan!” Dia memukul Nazwan dengan begnya. “Tambah satu hari lagi aku merajuk dengan kau!”
Nazwan tersenyum puas.
So, naik kereta aku?” pelawa Nazwan.
Tak nak!” Arissa sudah pandai jual mahal. “Aku sanggup naik bas daripada naik kereta klasik kau tu,” lantas dia mengorak langkah berlalu dari situ. Nazwan tidak membantah tetapi sebaliknya mengekori Arissa dari belakang. Arissa pula, malas hendak melayan Nazwan. Dia perlu selesaikan perkara penting itu dahulu. Kemudian, barulah dia akan tumpukan perhatian pada Nazwan.

***

NAZWAN dibuat seperti orang halimunan. Walaupun Arissa tahu Nazwan berada di sisinya pada setiap langkah yang diaturnya tetapi dia sengaja berbuat tidak peduli dengan kehadiran Nazwan. Bermula dari satu tempat ke satu tempat Nazwan mengekorinya dari belakang. Dia naik bas, Nazwan juga naik bas. Dia tersilap bas, Nazwan pun ikut serta terpaksa mengambil bas lain. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menapak dengan kasut tingginya mencari pejabat JPJ yang berdekatan atas bantuan orang awam.
Tepat pukul 4.00 petang, barulah dia menjumpai pejabat JPJ. Mujurlah tidak ramai orang tetapi agak lama juga ingin menunggu giliran. Sempat lagi dia terlena dan nasib baik Nazwan kejutkan dia dengan menarik rambutnya.
Selesai membuat lesen barulah hatinya lega. Satu hari hidupnya bagaikan diseksa. Terpaksa ke hulu- ke hilir menyelesaikan masalah peribadi. Sudah macam masalah negara. Bila sudah selesai, terasa beban yang ditanggung hilang serta-merta.
Sekarang, bolehlah menggedik dengan Nazwan! Jerit hatinya penuh riang.
Ehhh.... mana Nazwan?” Arissa memandang sekeliling.
Baru sahaja dia tinggalkan Nazwan, tetapi sekarang Nazwan sudah tiada. Dia cuba mengingati kembali. Dia pasti, memang Nazwan mengekorinya dari belakang sejak tadi. Mustahil semua itu hanyalah mimpi.
Pipinya dicubit. Sakit. Bukan mimpi tapi Nazwan sudah hilang daripada pandangan matanya! Lantas dia bergegas menghala ke muka pintu tetapi baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, salah satu kakinya terpelecok dan mendorong tubuhnya terjatuh ke lantai.
Adui,” rungut Arissa kesakitan. Tidak pasal-pasal dia menjadi tumpuan orang. Nasib baiklah orang tidak ramai. “Ini semua Nazwan punya pasal.”
Kau buat apa tu?” tanya satu suara yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan suara Nazwan.
Aku terjatuhlah!” balas Arissa bengang.
Lepas tu nak salahkan aku?”
Mestilah. Kau tu yang hilang tiba-tiba. Baru je mood gedik aku dah sampai, sekarang tambah lagi satu hari aku merajuk dengan kau. Jadi semuanya tiga hari!”
Aku pergi tandaslah. Itu pun nak menggelabah,” Nazwan menghulurkan tangannya.
Kau pergi tandas tadi, kau ada basuh tangan tak?” sempat lagi Arissa bertanya.
Sudah tentulah,” Nazwan terus mencapai tangan Arissa dan menolong Arissa bangun. “Tapi aku tak sabun,” tambah Nazwan lagi tanpa rasa bersalah.
Nazwan!!!” sekali lagi Arissa menggunakan begnya memukul Nazwan.

***

NAZWAN yang sedang memandu keretanya pulang ke rumah, sesekali menjeling ke arah Arissa yang kepenatan di tempat duduk sebelahnya. Tanpa sedar dia mengukir senyuman apabila melihat Arissa tidur dengan nyenyak. Tadi, selepas sahaja mereka makan malam, masuk sahaja dalam kereta, Arissa terus terlena. Mungkin hari ini dia banyak berjalan sehingga keletihan pada malam hari.
Tiba-tiba lamunannya terganggu apabila handsetnya berbunyi. Nazwan segera mencapai earphone yang selalu digunakan untuk menjawab panggilan semasa dia sedang memandu. Dia segera menjawab panggilan itu.
Kau kat mana sekarang?” suara Luqman kedengaran. Dia sudah agak. Pasti Luqman yang akan telefon. Kalau bukan Luqman pasti Mama Tifa.
Dah nak balik ni,” jawabnya.
Dengan siapa?” tanya Luqman lagi. Macam dapat hidu sahaja bau Arissa di sebelahnya. “Arissa ke?” tanya Luqman lagi. Sah! Luqman semakin mahir dalam meramal. Sikit lagi boleh jadi nujum pak belalang. Habislah Arissa nanti.
Helo!” suara Luqman kedengaran lagi sekali gus mengejutkan Nazwan daripada lamunan. Boleh pulak dia mengelamun sampai begitu sekali. “Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” tanya Luqman.
Dengar,” jawab Nazwan pendek. “Ya, aku dengan Arissa sekarang ni dan jangan risaulah kami baru habis makan sekarang ni dah nak balik rumah. Lagi setengah jam aku sampailah.”
Lepas tu. Kau. Aku...”
Ya, tahu. Kita bincang malam ni,” potong Nazwan.
Mmm... tahu pun!”
Aku nak letak telefon. Aku tengah memandu sekarang ni,” ujar Nazwan.
Jangan nak melencong tempat lain,” sempat lagi Luqman Nazwan memberikan amaran.
Panggilan ditamatkan tidak lama kemudian. Nazwan menarik earphone tadi dari telinganya. Kemudian, dia menjeling ke arah Arissa yang mula bergerak. Dilihat mata Arissa sudah terbuka menandakan Arissa mendengar perbualannya tadi.
Luqman?” tanya Arissa.
Mmm,” jawab Nazwan dengan anggukan.
Kau tak rasa rimas ke dengan kawalan ketat dia?” tanya Arissa dengan nada suara keletihan. “Kesianlah aku tengok kau ni. Kau bukannya budak kecil lagi tapi Luqman anggap kau macam budak kecil.”
Aku dah biasa,” jawab Nazwan selamba.
Kedengaran keluhan kecil daripada Arissa. Kemudian, Arissa melepaskan bersin beberapa kali. Nazwan di sebelah mula risaukan keadaan Arissa. Sebentar tadi, Arissa elok-elok saja tapi kini macam orang sakit pun ada.
Kenapa? Demam?” tanya Nazwan apabila Arissa melepaskan batuk pula. Lantas dia menghulurkan tangan dan menyentuh dahi Arissa. Panas. “Budak ni, kalau dah tahu demam kenapa tak beritahu awal-awal? Sejak bila kau dapat demam ni?” Nazwan mula menggelabah.
Jangan risaulah. Tak ada apa-apa sangat. Setakat demam je. Makan ubat nanti, esok eloklah,” ujar Arissa menepis tangan Nazwan dengan sopan.
Huh, yelah tu. Kau ingat antibodi kau tu hebat sangat ke bila dapat demam? Paling kurang, 10 hari baru kau baik daripada demam. Lebih teruk lagi, tiap kali kau demam, demam kau mesti berjangkit kat aku, kau tahu tak? Jadi, kita kena pergi klinik,” tegas Nazwan.
Tapi, bukan ke Luqman suruh balik awal,” Arissa memberi alasan.
Kita tetap akan pergi klinik, Arissa,” tegas Nazwan lagi tidak makan dengan alasan Arissa. Tahu sangat dengan perangai Arissa yang kalau boleh tidak mahu menjejak kaki ke klinik. Bukannya setahun dua dia kenal Arissa.
Semuanya Nazwan punya pasal,” rungut Arissa sambil menarik muncung.
Ya, semuanya aku punya pasal. Itulah gedik lagi. Nak pikat aku konon. Kau ingat nak pikat orang macam aku ni macam kau pikat semua bekas teman lelaki kau? Lain kali, guna otak tu betul-betul. Bukan ke senang kalau kita terus berkawan? Tak adalah kau kena ragut. Aku pun tak adalah macam orang sasau cari kau hari ni. Kau pun takkan jatuh sakit sampai demam macam ni dan kau pun takkan pergi jumpa doktor!”
Nazwan bila membebel memang tak macho,” rungut Arissa separuh merajuk.
Nazwan hanya membalas dengan jelingan tajam.

***

NAZWAN memberhentikan keretanya di dalam pekarangan rumah Arissa. Dia menjeling pandang ke arah Arissa yang masih belum sedar. Sejak keluar daripada klinik, Arissa terus terlelap di keretanya. Dia merasai dahi Arissa dengan tangannya. Masih panas lagi. Muka Arissa pula dibasahi peluh. Hendak kata Arissa kepanasan dalam keretanya, tidak juga sebab dia sudah pasang penyaman udara pada tahap maksimum. Dia juga hampir beku kerana terpaksa mengikut kehendak Arissa.
Nampaknya demam Arissa semakin menjadi. Nazwan mengeluh berat. Sesekali dia menyalah Arissa sendiri yang suka sangat cari masalah. Lepas satu, satu lagi melanda Arissa. Masalahnya kalau Arissa tidak menganggu fikirannya tidak mengapa.
Arissa,” panggil Nazwan menggerakkan Arissa.
Mmm?” gumum Arissa dengan mata masih tertutup.
Kita dah sampai rumah,” ujar Nazwan.
Dah sampai?” Arissa membuka mata.
Kau boleh berjalan tak?” tanya Nazwan.
Tentulah. Aku bukannya budak baru belajar berjalan,” balas Arissa separuh mengantuk. Sambil itu dia sudah membuka pintu kereta. Nazwan langsung tidak percaya dengan Arissa segera keluar dari perut keretanya dan berlalu membukakan Arissa pintu.
Aduh,” Arissa mengerang kesakitan.
Kenapa?” Nazwan panik.
Kaki aku dah patah,” ujar Arissa yang masih lagi separuh sedar. “Mesti Nazwan yang patahkan,” tuduh Arissa.
Nazwan hanya mampu menggeleng. Entah ubat apa yang doktor suntik tadi sampai laluk Arissa dibuatnya. Tanpa berfikir panjang lagi, Nazwan segera mencampung Arissa keluar dari keretanya. Tiada cara lain lagi. Kaki Arissa memang terseliuh siang tadi.
Wahh... Nazwan memang kuat,” ujar Arissa sambil bertepuk tangan.
Kau pula, wahh... Arissa memang berat!”
Arissa menarik muncung.
Cepat buka pintu,” arah Nazwan yang sudah sampai di muka pintu.
Arissa menggeleng.
Arissa...,” tegur Nazwan sabar.
Nazwan, jom kita kahwin,” ujar Arissa sambil merangkul lehar Nazwan tanpa segan silu. Nazwan mengeluh lemah. Ingatkan bila sudah demam, kurang sikit gedik Arissa tapi rupanya lagi menjadi-jadi. Hari tu masa tak demam ajak dating. Kali ni, masa demam ajak kahwin pula. Parah!
Arissa, kau tahu tak yang kau berat? Aku dah tak larat ni. Cepat buka pintu.”
Tak, selagi kau tak setuju nak kahwin dengan aku,” tegas Arissa.
Sekali lagi Nazwan mengeluh.
Ya, nanti kita kahwin. Sekarang buka pin...” kata-katanya terhenti apabila pintu rumah itu dibuka oleh seseorang dari dalam. Dia kaget. Jantungnya berdegup dengan pantas. Tidak cukup perutnya rasa kecut.
Nenek....” Hanya itu yang dapat disuarakan apabila berhadapan dengan neneknya.
Habis. Masak!

15 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    yeahhh... cayalah... mesti nenek sokong kawen ngan Arissa ni.. hahaha.. konfiden je..

  1. IzZ berkata...:

    yeahhhh..nenek nye yg muncul..ahhaah..suke la arissa bi kuat..heee..ok..nk g rehat..menanti yg akan datang..^___^

  1. Unknown berkata...:

    Hahaha. .yesss..akhirnya..nenek..tolong arissa..cik ratu bulan...terima kasih..ahaks..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    haha.. bukan masak jew, hangus dah.. hehe..
    thanks, cik ratu.. nk lg..

  1. Suha berkata...:

    wah! clap2 \^^/ thanks kak entry cpat >///< :hee: habis la nazwan... dia sendiri dh stuju~ ahakx >..<"

  1. cahayaqaseih berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. cahayaqaseih berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. eija berkata...:

    mmg masak..kwen kn jer dorg nie nek..hehehe

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Wahh bestt cambung plezz .. Haha

  1. epy elina berkata...:

    biarla dorng kawin..
    mst sweet...

  1. kait berkata...:

    yes kawin... sweettttttt...

  1. IVORYGINGER berkata...:

    terbaiklah... hahaha...

  1. Ilola Syah berkata...:

    wahh...mantap!bestlah citer akak~macam mana akak dapat idea nak buat citer ni?

  1. Maira Hawani berkata...:

    waiting for next episod :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages