17(ii): Jom Dating ^_^


“Blue, boleh kita bercakap sikit?” kata Natasya yang tiba-tiba datang bertandang ke rumahnya pagi-pagi sabtu yang sepatutnya menjadi hari untuk merehatkan mindanya dari masalah-masalah di sekolah tapi telah diganggu dengan ketukan pintu biliknya oleh ibunya yang sememangnya tidak suka anak dara tidur di siang hari.

“Laa… kau ni tak de masa lain ke nak berbual ‘mesra’ dengan aku? Kenapa pula kau datang time pagi-pagi yang indah ini,” Blue menarik nafas lemah menghampiri meja makan yang sudah terhidang beberapa bungkus nasi lemak yang dibeli di gerai Mak Leha oleh ayahnya.

“Aya, kenapa cakap macam tu? Tak baik tau,” ibunya yang berumur awal 40an yang sudah selesai membasuh pinggan menyampuk. “Kawan kamu tu datang pagi-pagi lagi nak jumpa kamu tapi kamu cakap macam tu,” tambah ibunya lagi.

Blue hanya tersenyum palsu.

Kawan? Ibu, kalau ibu nak tahu sebab dia nilah, orang tersesat kat KL tu tau. Dan lagi satu, si Natasya ni bukan kawan orang tapi musuh hidup dan mati orang.

“Tak pelah mak cik. Actually, Tasya datang sini sebab nak minta maaf. Tasya dah sebabkan anak mak cik tersesat kat KL masa rombongan hari tu. Masa tu Tasya memang cemburu dengan Blue sebab tulah Tasya buat sesuatu tanpa berfikir panjang dan sekarang Tasya rasa menyesal sangat.”

“Tak pelah Tasya, mak cik dah maafkan Tasya.”

Ibu! Pantas dia memandang ibunya yang masih berlagak selamba.

“Ala, masa remaja macam ni memang kita berfikiran cetek. Dulu mak cik dengan arwah mama Aya pun macam tu juga. Macam musuh. Pantang berjumpa. Lebih-lebih lagi kalau berebut lelaki kacak. Macam-macamlah yang berlaku masa tu sampai ada yang nak dibuang sekolah pun ada. Tapi bila dah meningkat dewasa, bila dah kenal dunia ni, kami jadi kawan baik juga.”

Natasya mengangguk faham.

Huh, itu zaman ibu dengan arwah mama. Sekarang ni zaman Blue vs Natasya. Lain. Remaja zaman sekarang bukannya remaja dulu. Jahat-jahat pun tak pernahlah dajalkan orang sampai ditinggalkan kat kota Kuala Lumpur tu, Blue mencebik marah.

“Ibu nak pergi ke pekan beli ikan jap. Kamu berdua duduklah berbincang ye. Jangan kamu main bom bom pula. Kang musnah rumah mak cik ni karang.”

Natasya sekadar tersenyum.

“Hah, kau nak cakap pasal apa ni?” tanya Blue sambil menuang air kopi di cawannya.

“Aku datang sebab nak minta maaf pasal kejadian hari tu. Memang aku mengaku, aku sengaja tinggalkan kau di sana sebab aku cemburu sangat dengan kau.”

“Natasya, aku gembira sangat yang kau datang rumah aku sebab nak minta maaf tapi kalau kau datang nak beritahu yang kau dengan Hafiz dah putus bukankah lagi baik. Sejuk hati aku,” ujarnya sebelum meneguk air kopi.

“Memang kami dah putus,” beritahu Natasya. Serentak itu air yang diminum oleh Blue tersembur keluar dari mulutnya. Nasib baiklah tiada sesiapa dihadapannya kalau tidak dapatlah rasa nikmat air kopi tambah air liur basi Blue.

“Apa? Apa kau kata?” tanya Blue sekali lagi. Mungkinkah dia salah dengar?”

“Aku dah breakup dengan Abang Hafiz,” beritahu Natasya lagi.

Blue masih lagi terdiam. Barangkali berfikir adakah dia sedang bermimpi ataupun mimpi mempermainkannya?

“Aku memang akui aku sukakan Hafiz sejak kali pertama kami bertentang mata. Masa tu aku memang tak tahu langsung yang abang Hafiz couple dengan kau. Ya. Memang ada gossip yang mengatakan kau adalah girlfriend abang Hafiz tapi bila aku tanya abang Hafiz, dia menafikannya so, aku ingat korang berdua hanyalah setakat kawan karib tapi selepas kejadian di kantin tu aku rasa tertipu. Walaupun di hadapan kau aku berlagak selamba tapi sebenarnya aku rasa sedih sangat sebab aku dah merampas hak orang lain. Tapi aku sayangkan Abang Hafiz.”

“So, kenapa breakup dengan dia?”

“Aku sendiri pun tak tahu. Sejak hari tu, aku rasa macam dah jadi jahat. Aku tetap nak merampas Abang Hafiz dari kau. Lagi aku takut bila kau asyik cuba memisahkan kami. Aku jadi takut sehinggakan aku hilang pertimbangan. Aku sanggup buat apa saja untuk memilik abang Hafiz dan sejak kejadian di Kuala Lumpur tu, aku mula sedar yang aku ni sudah semakin jahat. Aku tak mahu jadi perempuan jahat. Jadi, sebab itulah aku ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Abang Hafiz.”

“Dengan semudah tu?”

Geleng.

“Ia tak mudah Blue. Tapi aku tak mahu diri aku hilang kawalan.”

“So, Hafiz macam mana?”

Natasya mengangkat bahu.

“Dia mesti sedih kalau kau putuskan hubungan.”

“Aku tak rasa begitu. Sepanjang hubungan kami berjalan, Abang Hafiz asyik bercakap pasal kau saja. Dia masih ambil berat tentang kau cuma dia tak tunjukkan pada kau. Kalau kau nak tahu dia pernah cuba mengugut Asraf supaya menjauhi kau. Dia sanggup buat apa saja demi kau tapi kau saja tak nampak.”

“Aku nampak… dia pernah bagi warning kat aku juga jauhi Asraf tapi aku tak endahkannya.”

“Kenapa?”

“Private. Tapi mungkin Abang Hafiz buat begitu sebab nak lindungi kau.”

“Dia bukan nak lindungi aku tapi dia buat begitu sebab nak lindungi maruah dia. Aku kenal Hafiz sejak kecil lagi, Tasya dan aku tahu sangat perangai dia macam mana. Dia tu tak mahu orang lain lebih darinya.”

“Blue tak baik tau cakap macam tu. Dia tukan kawan kau.”

“Ini adalah kenyataan Tasya. Aku cakap apa yang tersirat dihati aku dan aku juga pernah cakap lepas benda ni di hadapannya. Aku tak suka berpura-pura sebab arwah mama aku cakap orang yang berpura-pura selalunya akan kecundang dalam hidup.”

Natasya terdiam. Kata-kata Blue tadi seolah-olah ditujukan kepadanya. Benar kata Hafiz yang Blue ni terlampau pandai. Sukar hendak percaya dari mulut orang.

“Aku tak tahulah apa masalah kau dengan Hafiz tu tapi walauapapun aku dah berjaya memisahkan korang berdua. Tapi itu tak bermakna aku betul-betul dah berjaya sebab tujuan asal aku adalah memikat Hafiz semula. Kalau korang dah putus pun tapi hati Hafiz hanya ada kau, tak guna jugakan?”

Natasya mengangguk.

“Jangan risau, aku boleh tolong kau.”

Okey, ada sesuatu yang tak kena di sini. Tak mungkin Natasya ni hendak tolong aku. Mungkin budak ni ada rancangan nak membalas dendam ni. Tak pe. Tak pe. Aku nak tengokan saja sehinggalah aku dapat tahu apa yang sedang di rancangnya.

**********



Asraf sekali lagi menarik nafas lemah. Dia kebuntuan. Sejak dari malam semalam dia tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rasanya macam hendak meletup saja televisyen dirumahnya itu terbuka lebih dari 48 jam tanpa tutup-tutup.

Semuanya gara-gara melayan drama-drama cinta tidak kiralah dari versi bahasa orang putih hinggalah ke filem Hindustan. Kalaulah kedua kawan karibnya itu tahu yang dia sedang menonton drama-drama jiwang mesti mereka berdua akan ketawakannya 10 hari 10 malam.
Dia mengambil cover DVD drama Full House yang sedang ditontonya sekarang. Rasanya kalau tidak silap telinganya mendengar Blue pernah mention tentang drama Full House dan bukan saja Blue malah masa drama korea itu meletup kat tv Malaysia dulu, semua peminat-peminat drama korea terutama sekali perempuan bercakap akan kelucuan yang dipertontonkan dalam cerita itu.

“Kenapalah perempuan ni suka sangat cerita-cerita macam ni hah? Dan kenapa pula Kak Aliya hantar VCD yang berbeban ni kat aku hah?” dia mengaru kepalanya sambil memerhati sebuah lagi kotak bersaiz tv 49 inci yang masih lagi belum terusik. Juga di dalamnya terdapat VCD dan DVD drama-drama dan filem-filem pelbagai bahasa.

“Takkanlah Kak Maria bagitahu yang lain pasal taruhan tu. Tak juga sebab Kak Maria ni memang bukan jenis banyak mulut. Lagipun Kak Aliya tu psiko sikit. Susah nak agak apa yang dia tengah buat. Tak mungkin dia tahu pasal ni dan nak tolong aku dengan bagi cerita-cerita percintaan yang dramatis ni. Hisy, tak mungkin.”

Asraf menggeleng.

Tidak lama selepas itu dia dikejutkan dengan bunyi enjin kereta berhenti di perkarangan rumahnya. Asraf berlalu membuka pintu rumahnya.

“Hai Baby Boy!!!” jerit seorang gadis yang melambai ke arahnya dengan riangnya.

“Habislah,” hanya itu saja yang terlafaz keluar dari mulutnya sambil memerhati Kak Aliya yang merupakan tua setahun darinya memunggah barang dari bonet kereta.

“Hai,” kata Kak Aliya sambil melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan membawa beberapa lagi kotak bersama dengan beg lattop. “Ah, selesanya dapat jejak ke tanah air,” dia mengeliat membetulkan otot-ototnya setelah dua jam memandu dari Kuala Lumpur tadi.

“Kenapa Kak Aliya ke sini?” tanya Asraf yang masih lagi terkejut dengan kedatangan seorang lagi kakaknya itu.

“Haaa… Boy dah buka kotak ni,” Kak Aliya tidak menjawab langsung pertanyaan adik bongsunya itu tapi sebaliknya bergegas menghampiri kotak yang penuh VCD dan DVD di dalamnya itu.

“Kak Aliya hantar ke sini ingatkan untuk orang….”

“Kalau kotak ni dah terbuka… ini bermakna Boy dah tengok cerita-cerita ni,” ujar Kak Aliya lagi seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri. “Boy!”

Ah, dah mula dah.

“Manalah orang tahu. Kak Aliya tak cakap pun apa-apa. Tiba-tiba orang terima dua kotak ni. Ingatkan Kak Aliya sengaja beli untuk orang. Jadi, orang buka la.”

“Hah, sampai hati Boy tengok cerita ni dahulu dari Kak Aliya. Ini mana adil!”

Kan dah mula dah.

Asraf menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kak Aliya sudah menarik muka sambil memerhati VCD dan DVDnya dengan sayu.

Lepas ni mungkin….

“Kak Aliya tak kira, akak mahu Boy masak sesuatu untuk Kak Aliya untuk menebus kesalahan Boy.”

Dah agak dah….

“Kak Aliya nak makan apa? Kat rumah ni cuma ada mee segera saja.”

“Mee segera? Ah, tak mau. Hari-hari Kak Aliya makan mee segera sampai dah muak dah. Emm… akak teringin nak makan western food pulak ari ni. Boy masak Chicken Chop ye dengan Western Burger yang Boy selalu buat tu,” dia mengenyit matanya sambil berlalu duduk di sofa mengadap televisyen.

Asraf hanya sekadar mengangguk walaupun dia sebenarnya malas hendak memasak tapi memandangkan gadis itu adalah Kak Aliya dia terpaksa menurut.

“Tapi orang kena pergi ke pekan dulu beli barang.”

“So apa lagi?”

Asraf tersengih-sengih.

“Pinjam kereta.”

Kak Aliya membaling kunci keretanya kepada adiknya itu. “Jaga baik-baik kereta tu. Kalau ada sikit bercalar akak tuntut bayaran dari Boy nanti.”
********

“Lepas ni kena beli ayam dengan daging cincang,” ujar Asraf setelah mengira barang-barang yang diperlukannya lagi. Dia menutup kembali bonet keretanya semula dan berlalu masuk ke pasar ikan untuk mencari ayam dan daging.

“Pak cik daging sekilo,” ujarnya kepada peniaga daging itu.

“Pak cik ibu saya ada beli daging tadi tapi dia terlupa nak ambil katanya. Ada ke daging yang tertinggal?” celah seseorang di sebelahnya. Suara macam kenal tapi….

“Ada-ada. Ibu kamu kata nak tengok sayur minta pak cik jagakan daging tapi sampai sekarang tak muncul-muncul,” pak cik itu menghulur daging yang sudah tersedia dalam plastic.

“Ibu dah bayarkan?”

“Dah.”

“Wei, mata kucing,” sapa Asraf yang agak terkejut bertemu dengan Blue di pasar. Selalunya kalau dia pergi pasar dia tidak pernah bertemu dengan gadis itu tapi hari ini macam jodoh pula. Tiba-tiba dia teringatkan Kak Maria mencabarnya mengajak Blue dating. Terus bulu romanya meremang.

“Hey Roswell,” Blue hanya tersenyum paksa dan berlalu dari situ. Dari jauh tadi dia memang sudah perasan akan Asraf yang berkeliaran di pasar tapi sengaja dia tidak mahu menegur.

“Datang bulan ke budak tu,” dia hanya sekadar menggeleng. Pelik betul dengan Blue sejak beberapa hari ini. Sejak dia cuba bergurau dengan Blue dengan mengajaknya pergi dating, sejak itu Blue selalu menarik muka dengannya.

“Tu bukan datang bulan tapi tu namanya datang merajuk,” pak cik yang jual daging itu pula menyampuk. “Hah ni daging yang kamu nak.”

Hisy pak cik ni macam tahu-tahu saja.

Tanpa membuang masa lagi dia membayar duit daging yang dibelinya dan berlalu mencari daging ayam pula.

Blue menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menjadi tidak tentu arah. Masalah betul. Sudahlah kepalanya sarat dengan teka-teki mainan Natasya dan kini ibu dan ayahnya pula buat hal. Dia ke kiri dan ke kanan tapi semua langkahnya bagaikan orang gila. Dia kembali berpatah balik tapi sebaik sahaja kelibat Roswell tidak kelihatan dia berpatah balik sehinggalah dia terlanggar dada bidang seseorang.

“Sorry, sorry,” ujarnya meminta maaf berkali-kali.

“Kau ni kenapa hah? Macam cacing kepanasan je aku tengok,” kata satu suara yang macam suara Roswell pun ada. Roswell?! Serta merta dia mendongak memandang gerangan orang yang dilanggarnya itu.

“Hey,” sapanya cuba berlagak selamba. “Tak de apa-apa.”

“Kau balik dengan siapa?” tanya Asraf.

“Hah?”

“Aku tanya kau balik dengan siapa, pekak,” tanya Asraf separuh menjerit.

“Balik dengan pak cik teksilah. Tepilah, nanti aku terlepas teksi karang,” dia menolak Asraf ke tepi. Baru beberapa tapak dia berjalan dan tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. “Hey, kau free tak malam ni?” tanya Blue setelah mengumpul semua tenaganya untuk bertanya soalan itu.

“Free agaknya,” ujar Asraf acuh tak acuh. Pelik. Kalau dalam drama, kalau ada seseorang tanya pada seseorang soalan tu mestilah seseorang itu nak ajak dating tapi… sepatutnya bukan Blue yang bertanya.

“Kalau free datang rumah aku malam ni, ibu dan ayah aku jemput makan malam kat rumah kami,” kata Blue sambil berdoa dalam hati Asraf tidak dapat datang ke rumahnya. Tapi kalau Asraf kata begitu…

“Kalau Asraf tak datang, ibu tak mau masak sebulan,” ujar ibunya ternyata cuba mengugutnya mempelawa Asraf datang makan malam di rumahnya itu.

“Oh, tengoklah.”

“Please say yes!” gertak Blue membuatkan Asraf sedikit terkejut. Entah hantu mana pula yang rasuk Blue pagi-pagi ni? “Kalau kau tak datang, ibu aku kata dia tak mahu masak selama sebulan. Bukan saja tak mahu memasak malah ibu nak pegi honeymoon dengan ayah dan tinggalkan aku seorang diri di rumah.”

“Apa kena mengena dengan aku pula?”

“Kau nak datang ke tak nak?”

“Err… kalau aku datang kau nak buat apa?”

“Hah?”

“Okeylah, macam nilah. Kita buat pertukaran. Kalau aku datang rumah kau malam ni, kau kena dating dengan aku.”

“Hah?!”

“Macam mana?”

Blue menggaru kepalanya. Kenapalah dia selalu dikelilingi oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan akan kelemahannya? Ah, dating dengan Roswell?

“Yelah, yelah aku dating dengan kau. Tapi kalau kau tak datang malam ni aku cincang-cincang daging kau esok!”

Serta-merta Asraf tersenyum lebar. Tiba-tiba dia rasa lapang sesangat. Macam satu beban sudah hilang dibahunya. Huh, selesai satu masalah. Lepas ni boleh buktikan pada Kak Maria yang dia berjaya ajak Blue dating.

“Rupanya senang je ye nak ajak kau dating,” dia tersenyum lebar.

Blue pula mencebik tidak puas hati.

“Okeylah, disebabkan kau dah ubah fikiran aku akan hantar kau balik rumah.”

“Kau nak hantar pakai kereta sorong budak tu lagi ke?”

“Tak. Kali ni aku bawak kapal angkasa,” balas Asraf sedikit memerli.


“Emm… sedapnya,” ujar Kak Aliya bersandar kekenyangan di sofa setelah menjamah masakan adik bongsunya itu. Asraf menggaru kepalanya. Habis licin Burger dan Chicken Chop yang dimasaknya dimakan oleh Kak Aliya seorang.

“Perut apa la tu,” dia menarik nafas lemah.

“Boy, tolong bawakan segelas air kosong. Hauslah,” jerit Kak Aliya dari ruang tamu kepadanya yang baru sahaja selesai membasuh pinggan mangkuk di dapur. Dia hanya menurut.

Sebaik sahaja dia menjejak ruang tamunya, kakinya tiba-tiba kaku di situ. Matanya memandang kertas-kertas berselerakkan di hujung pintu hadapan sehinggalah ke tepi kakinya. Itu belum lagi masuk VCD dan DVD yang berlonggokkan di tengah-tengah ruang tamu rumahnya. Sofanya sudah ditolak ke tepi.

“Nah air,” dia menghulur segelas air yang diminta oleh kakaknya itu.

“Thank, sweetheart.”

“Kak, apa akak buat?”

Kak Aliya tersenyum manis.

“Actually akak dah terfikir destinasi hidup akak.”

“Apa dia?”

“Menjadi penulis novel dan sekarang akak tengah berusaha untuk menulis novel pertama.”

“Oh,” Asraf mengangguk faham. Lagipun dia tahu sangat yang Kak Aliya memang hantu novel sejak kecil lagi sehinggakan Kak Maria marah sebab pelajaran Kak Aliya merosot sebab baca novel.

“Dan kenapa akak datang sini?”

“Sebab sini tenang dan mudah akak nak carik idea.”

“So, berapa lama akak akan duduk sini?”

“Selamanya.”

Asraf terdiam. Tiba-tiba dia rasa macam sesak nafas. Selamanya? Ini bermakna Kak Aliya akan tinggal bersama dengannya selamanya?! Oh tidak! Habislah hidup aku selamanya!

2 si charming:

  1. hye bulan,

    best sgt2 cte ni...

    x sabar nak bce smbungnnye...

    keep up the gud work!!

  1. PwEncEsZ cHokLaT berkata...:

    cepat ckit cambong keyh....

    rasenye c natasha 2 na pikat roswell kan?

    kite teke jerk...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages