20: PAKATAN


Kata Hikayat,

Kekuatan manusia bukan terletak pada stamina. Bukan juga pada bentuk fizikalnya tapi falsafahnya hidupnya. Walau sehebat mana pun mereka, jika di dadanya tiada falsafah, akan layulah mereka seperti daun-daun yang layu ke bumi.

Izwan bergegas ke pejabat jurulatihnya setelah mendapat mesej dari jurulatihnya yang mengatakan Alex berada di sana. Sejak awal pagi lagi, selepas menerima bungkusan misteri dari jurulatihnya, dia tidak melihat kelibat Alex selepas itu. Puas dia cuba menghubungi rakannya itu dan mencarinya di sekitar kolej namun tidak jumpa sehinggalah dia mendapat mesej dari jurulatihnya.

“Cikgu!” panggil Izwan sebaik sahaja membuka pintu pejabat jurulatihnya. Apy Elina yang sedang menyemak sesuatu pada fail di tangannya hanya menunjuk ke arah Alex yang terbaring kelesuan di sofa panjang tidak sedarkan diri.

Melihat keadaan Alex yang pucat lesu membuatkan dia terkejut. Baru pagi tadi dia melihat Alex cergas seperti biasa dan sekarang, Alex bagaikan pesakit yang mengidap leukemia. Hanya yang bezanya, kepala Alex masih ada rambut. Tidak botak. Kemudian dia mengalih pandang ke arah jurulatihnya yang langsung tidak memperdulikannya.

“Kenapa dengan Alex?” tanyanya. Memang pelik apabila Alex tiba-tiba terbaring di atas sofa pejabat jurulatihnya.

“Jangan risau, dia cuma demam saja,” jawab Apy Elina selamba dan masih lagi tekun meneliti fail dihadapannya. “Pagi-pagi lagi dia redah masuk bilik cikgu tapi tak sempat nak berkata-kata sebab dia asyik muntah saja. Lepas telan panadol dia terus terlelap di situ,” tambahnya lagi.

Izwan kemudiannya meletak tangannya ke dahi Alex. Memang panas. Tapi apa yang membuatkan dia tertanya-tanya, kenapa Alex datang menemui jurulatihnya? Ada sesuatu yang telah berlakukah?

“Cikgu,” dia menyapa. “Cikgu tahukan yang Alex tak boleh makan nasi? Tapi sengaja suruh dia makan?” Izwan memulakan bicara. Memang sudah lama dia ingin bertanya soalan ini tapi sering tiada peluang.

“Ah, akhirnya!” fail dihadapannya ditutup dan memandang Izwan dengan senyuman yang terukir di bibir.

“Akhirnya?”

“Perlawanan dengan New Angle akan diadakan lusa. Saya kira, dengan keadaan Alex sekarang, dia tak dapat bertanding. Jadi, saya terpaksa buat keputusan drastik iaitu melantik kamu sebagai kapten untuk perlawanan kali ini.”

“Hah?!”


Sejak pulang ke rumah petang tadi, dia asyik memikirkan perbualannya dengan jurulatihnya. Ia bagaikan satu masalah besar melanda dirinya pula padahal ianya hanyalah satu masalah kecil yang tidak perlu dirisaukan.

“Jadi, apa yang cikgu buat pada Alex tu hanyalah satu perangkap bukan?” katanya kepada jurulatihnya setelah mendapati ada sesuatu yang tidak kena sejak awal lagi. Dan tanpa berselindung lagi, jurulatihnya mengiyakan.

“Tapi kenapa? Cikgu tahu tak Alex memang tak boleh makan nasi. Bukan setakat makan saja, bau nasi juga dia boleh muntah. Dan pernah dulu, dia muntah sampai keluar darah sebab makan nasi. Kalau nak singkirkan Alex pun janganlah sampai nak seksa dia sampai macam tu sekali,” dia sendiri tidak tahu kenapa dia naik angin pada masa itu. Mungkin dia adalah kawan rapat Alex dan masih ingat lagi keadaan Alex yang muntah-muntah kerana makan nasi. Dan pada masa itulah juga Alex menunjukkan kelemahannya yang disembunyikan pada orang ramai selama ini.

“Bukankah cikgu dah minta maaf?” Apy Elina masih tenang.

Memang dia masih ingat lagi jurulatihnya pernah meminta maaf semalam. Hairan juga dia pada mulanya tapi setelah apa yang terjadi pada Alex, akhirnya dia faham kenapa jurulatihnya meminta maaf.

“Tapi kenapa? Alex orang terpenting dalam The Legend. Kami semua bermain sebab semangat dia. Walaupun dia tu kurang disenangi tapi demi The Legend dia sanggup korbankan segalanya tapi kalau dia tak ketuai kami untuk perlawanan kali ini….”

“Dia takkan ketuai The Legend untuk perlawanan kali ini,” tegas Apy Elina. “Memang Alex orang yang penting dalam The Legend dan sebab itulah saya tak mahu pemain lain ambil mudah. Bola keranjang adalah sukan berkumpulan dan bukan sukan perseorangan jadi tiada perkataan ‘orang terpenting’!” tambahnya lagi kali ini dengan nada yang tinggi.

Sekali lagi dia menghela nafas lemah. Walaupun masih marah lagi dengan apa yang berlaku pada Alex tapi kata-kata jurulatihnya siang tadi masih lagi mengganggu fikirannya. Dia memandang Alex yang sudah terlelap lama setelah menelan panadol tadi.

Apa yang perlu aku buat? Alex pasti akan kecewa bila dapat tahu dia akan disingkirkan dari perlawanan kali ini. Selama ini dia juga yang banyak berkorban untuk The Legend. Semua pemain ikut cakap dia juga. Dia juga yang tentukan strategi perlawanan dan kami seperti biasa akan menurut sahaja. Orang lain memang tidak akan faham dengan perangainya. Orang juga selalu ingat, Alex hanya mementingkan diri sendiri tapi mereka yang tidak faham Alex. Tapi sebenarnya, Alex lebih mementingkan orang lain di sekelilingnya terutama sekali jika melibatkan bola keranjang. Dia memberontak untuk memilih jurulatih sendiri pun sebab fikirkan rakan-rakannya yang lain. Malangnya, tiada sesiapa pun yang faham pengorbanannya.

Izwan mengeluh lemah sekali lagi. Jam ditangannya di jeling. Tepat jam 1 pagi. Tapi matanya tidak mengantuk lagi. Melihat keadaan Alex yang lemah itu membuatkan dia rasa berbelah bahagi. Benar kata jurulatihnya. Alex tidak mampu untuk beraksi di perlawanan nanti malah Alex memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Tapi sekarang, antara kawan dan The Legend. Dia perlu pilih satu!


Apy Elina mengurut belakang lehernya yang mulai terasa letih. Sejak balik dari pejabat tadi, dia telah mengurungkan diri dalam biliknya dengan membaca maklumat yang baru diterimanya berkenaan pasukan New Angle.

Ini tugasan pertamanya sebagai jurulatih dan tipulah kalau dia tidak berdebar-debar menanti perlawanan tersebut biarpun ianya sekadar perlawanan persahabatan. Tapi dari situlah anak-anak buahnya akan menilai kemampuannya sebagai jurulatih. Walaupun bukan kemenangan yang dipinta tapi sekurang-kurangnya dia dapat memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan nanti.

Bila memikirkan perlawanan tersebut, dia mula teringatkan kejadian siang tadi. Tanpa di sedari bibirnya mengukir senyuman manis. Awal-awal lagi pejabatnya diredah oleh Alex. Memang terkejut juga dengan kedatangan Alex yang tanpa diduganya itu.

Tak!

Memang dia sudah duga Alex akan datang berjumpa dengannya tapi dia tidak sangka begitu cepat Alex berbuat demikian. Nampak sangat Alex jenis pantas berfikir dan pantas juga bertindak. Dan yang penting lagi tahu apa yang difikirkannya. Pertama kali dia rasa kagum dengan orang yang dianggapnya musuh.

Tapi belum sempat mereka berdua membuka mulut untuk berkata-kata, Alex dengan tergesa-gesa berlalu ke tandas dan muntah-muntah. Kemudian baru dia sedar, bahawa dia sedang menjamah nasi lemak pada ketika itu.

“Kenapa makan dalam office pula!” tengking Alex tidak puas hati.

“Kamu yang redah office cikgu pagi-pagi lagi siapa suruh?” balasnya. “Lagipun cikgu baru makan nasi belum lagi paksa kamu makan nasi macam semalam, itupun nak muntah-muntah lagi ke?”

Memang kasihan juga dia melihat keadaan Alex pagi tadi yang muntah-muntah sehingga lemah. Tapi bukan salahnya. Alex yang meredah masuk ke dalam pejabatnya tanpa beri salam. Itulah akibatnya.

“Tulah lain kali jangan nak cabar orang yang lagi tua. Kan dah kena daulat!”

“Ah mengaku juga dia dah tua,” balas Alex yang masih sempat lagi berbalas kata walaupun sudah terduduk lemah di sofa.

“Mungkin cikgu patut beri kamu makan nasi tadi,” dia menjeling tajam. Pantang beri muka, pasti ada sahaja modalnya untuk balas balik. “Nah, makan panadol ni lepas tu jangan pandai-pandai nak redah pejabat cikgu lagi!”

“Ni panadol ke ecstasy ni?” tanya Alex mendalam maknanya. Sakit-sakit macam tu pun boleh lagi hendak buat lawak yang tak lucu.

“Pil sakit jiwa!” memang sakit jiwa pun melayan Alex yang sengaja mahu cari nahas. Tapi sebelum Alex terlelap di sofa panjangnya, dia sempat lagi bercakap sesuatu. Malangnya kurang jelas. Tak tahulah sama ada telinganya itu berbohong atau Alex sedang mengigau tapi Alex benar-benar katakannya.

“The Legend… saya serahkan pada cikgu.”


Awal-awal pagi lagi Izwan datang berjumpa dengan jurulatihnya, Apy Elina di pejabat. Dia sudah nekad dengan keputusannya. Semalaman dia berfikir tentang perkara tersebut yang membuatkan kepalanya berserabut.

“Antara kawan dengan The Legend, saya pilih kawan,” kata Izwan tanpa teragak-agak lagi namun jawapan yang diberikan oleh Izwan langsung tidak mengejutkannya. Malah Apy Elina sudah mengagak jawapan Izwan sejak semalam lagi. Hubungan persahabatan yang terjalin diantara Izwan dan Alex memang cukup kukuh. Walaupun dia tidak tahu kenapa tapi dia pasti adanya sejarah yang kuat diantara mereka berdua.

“Kenapa?” tanya Apy Elina.

“Sebab dia Alex. Cikgu mungkin tak kenal siapa Alex tapi saya kenal Alex dengan rapat lagi. Walaupun cikgu kata, bola keranjang adalah jenis sukan yang perlukan semangat berkumpulan tapi bagi saya, jika tiada Alex untuk membimbing kami, kumpulan kami akan kucar-kacir,” terang Izwan bertegas dengan keputusannya.

Apy Elina mengangguk faham. Itu memang benar. Itu jugalah yang didengar dari mulut Daniel dahulu ketika meminta pertolongan Daniel untuk mendapatkan maklumat The Legend. Begitu juga dengan Rinazila yang pernah kata hal tersebut. Bagi kelab bola keranjang, Alex merupakan orang yang banyak berjasa. Orangnya digambarkan tidak mementingkan diri sendiri walaupun ada kalanya tindakan Alex mengikut perasaan.

“Jadi, awak sanggup musnahkan The Legend sebab Alex?” tanya Apy Elina tersenyum sinis.

“Kenapa cikgu tetap nak singkirkan Alex?” tanya Izwan kembali.

“Cikgu tak pernah singkirkan Alex tapi dia yang singkirkan dirinya sendiri,” balas Apy Elina dengan tenang.

“Singkirkan diri sendiri? Alex tak pernah mengaku kalah. Walaupun dia sakit bagaimana pun dia tetap akan beraksi untuk The Legend dan saya pula memang tak mampu untuk menerajui The Legend,” tegas Izwan.

“Kau mampu lakukannya,” celah satu suara di belakangnya. Dia kenal akan empunya suara itu. Tapi mustahil! Dengan perlahan dia berpaling dan mendapati Alex berdiri di depan pintu pejabat jurulatihnya dengan memakai sweater tebal berwarna putih sambil memeluk tubuhnya.

“Alex?” sememangnya dia tidak menduga kedatangan Alex ke situ apatah lagi sebelum dia meninggalkan rumah, Alex masih lagi dibuai mimpi yang lena. Kehadiran Alex di situ benar-benar mengejutkannya di tambah pula Alex memberi reaksi yang berbeza.

“Aku dah mengambil keputusan untuk tidak menyertai perlawanan kali ini dan aku nak kau ketuai mereka semua,” kata Alex lagi.

“Kenapa?” Izwan benar-benar tidak faham. Selama ini Alex tidak pernah terlepas untuk beraksi dalam setiap perlawanan walaupun ianya hanyalah perlawanan persahabatan. Walaupun dia mengalami kecerderaan, dia tetap berkeras ingin beraksi.

“Sebabnya, kau akan tahu selepas perlawanan itu nanti,” jawabnya.

“Kau demam dan kau tak sedar apa yang kau cakap sekarang. Kau bukannya seorang yang mudah menyerah kalah!” Izwan masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil oleh rakannya itu yang ternyata di luar jangkaannya.

“Mungkin. Tapi untuk kali ini aku menyerah kalah,” balasnya selamba. Tidak mahu komen lagi. Jika Izwan tidak faham kenapa dia mengambil keputusan drastik itu, dia sebagai tuan empunya badan lagilah tidak faham. Tapi setelah memandang wajah jurulatihnya, hanya satu sahaja yang dia faham.

“Aku tak faham,” Izwan menggeleng tetap tidak percaya. Entah apa yang menakutkan Alex sehingga rakannya itu ingin menarik diri dari perlawanan tersebut. Mungkinkah Alex dengan jurulatihnya membuat ‘pertukaran’?

“Senang saja Izwan… cikgu… memang kejam,” jawabnya acuh tak acuh kemudian menggeleng lemah. Dia tersenyum. Apy Elina tersenyum sambil jari kanannya menunjukkan tanda ‘peace’. Izwan yang berada di tengah-tengah tercengang. Terasa bagaikan dia pula yang sudah masuk perangkap.

Sejak bila pula mereka berdua buat pakatan ni?

Keputusan Alex ingin menarik diri untuk perlawanan persahabatan di sambut tenang oleh pemain yang lain walaupun pada mulanya mereka semua memang terkejut dengan keputusan drastik itu. Latihan pada hari itu berjalan seperti biasa dengan Izwan diberi mandat besar oleh Alex untuk mengetuai The Legend.

Apy Elina hanya menonton sahaja pasukannya berlatih di gelanggang dari atas. Alex sudah lama berlalu pergi meninggalkan gelanggang. Katanya ada hal yang perlu di selesaikan. Hal apa, dia sendiri tidak tahu. Difahamkan juga Alex turut mengatakan dia tidak akan hadir ke perlawanan esok. Mungkin merajuk lagi!

Huh, tak kuasa dia hendak memujuknya.

Latihan diadakan sehingga petang tanpa kehadiran Alex. Inilah kali pertama dia berasa dunianya aman sentosa kerana tiada ganguan yang menyakitkan jiwa. Hikayat Cinta yang sentiasa menjadi temannya ke mana sahaja di capainya.

Kepada Hikayat,

Sikap manusia memang sukar dijangka. Begitu juga dengan hati budi seseorang itu. Apa yang terjadi hari ini dan semalam tidak aku mengerti. Aku sendiri tidak pasti adalah nasib menyebelahi aku… atau ianya hanyalah kebetulan sahaja. Esok, The Legend akan bertemu dengan New Angle tanpa seseorang yang penting dalam pasukan The Legend. Aku tak tahu apa yang dia fikir tapi aku tahu, dia hanya fikirkan pasukannya dan bukan dirinya.


Suasana café yang dikunjunginya itu sunyi di bahagian atasnya. Memang dia sengaja memilih tempat yang sunyi dan tidak ramai pengunjung seperti itu. Sejak dari tadi dia asyik mengacau air kopi yang dipesannya. Sebentar kemudian, café yang terletak jauh dari pusat bandar itu didatangi oleh beberapa orang yang berpakaian segak dan kemas keluar dari beberapa buah kereta mewah yang berjaya menarik perhatian ramai terutama sekali pengunjung café tersebut.

“Lambat!” itu sahaja yang diucapnya apabila ke semua mereka menghampirinya.

“Maaf bos,” Remy, salah seorang pengikut setianya menunduk hormat tanda minta maaf. Kemudian tanpa ditanya, satu fail kuning di serahkan kepada tuannya. “Segala yang bos mahu ada dalam fail tu. Bos jangan bimbang semuanya dalam keadaan terkawal sekarang.”

Alex menyambut fail kuning tapi langsung tidak membukanya. Bukan itu tujuannya berjumpa dengan mereka semua. Tapi ada satu lagi yang penting. Malah lagi penting dari apa yang menimpanya sekarang. Sekeping gambar dikeluarkan dari sekeping sampul surat. Diberinya kepada Remy.

“Kenapa dengan perempuan ni?” tanya Remy pelik. Setahunya, jarang tuan mudanya itu menunjuk gambar perempuan kepadanya. Dahulu pernahlah. Masa tu tuan mudanya meminta khidmatnya untuk mencari seorang perempuan tapi tidak diberitahu sebabnya. Bila disiasat barulah dia tahu bahawa itulah satu-satunya perempuan yang berjaya menundukkan keegoan tuan mudanya. Dan kali ini pula… takkanlah jatuh cinta lagi?

“Jurulatih The Legend yang baru,” balasnya sebelum menghirup air kopi.

“Hah?!” bukan dia sahaja yang terkejut malah pengikut-pengikutnya yang lain juga terkejut.

“Kenapa? Pelik sangat ke?” dia masih lagi selamba.

“Eh tak… terlampau comel. Orang comel macam ni boleh jadi jurulatih ke?” salah seorang dari pengikutnya bersuara.

“Jangan terperdaya dengan kecomelannya,” kata Alex. Diorang ni pun satu, pantang jumpa perempuan comel. “Dia ni speasis macam nenek.”

“Hah?!”

“Kejam dan tak berhati perut,” tambahnya lagi.

“Jadi bos nak kami buat apa?” tanya salah seorang dari mereka lagi dengan tegas. Tangannya sudah mengenggam penumbuk. Memang sudah menjadi tugas mereka untuk melindungi tuan muda dan menuruti perintah tuan mereka.

“Yang korang macam tak puas hati ni kenapa?”

“Habis bos yang kata dia ni kejam dan tak berhati perut,” celah Remy tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh tuan mudanya.

Alex menggaru kepalanya yang tidak gatal dan kemudian menghela nafas panjang. “Memanglah dia ni kejam dan tak berhati perut tapi aku bukannya nak suruh korang kerjakan dia.”

“Habis tu?”

“Aku cuma nak beri amaran pada korang dan mereka yang lain supaya jangan kacau dia.”

Semua terdiam dan memandang tuan muda mereka dengan mata yang terkebil-kebil. Ada juga yang menjolok telinga untuk memastikan pendengaran mereka tidak berbohong. Tanpa berkata panjang lagi, dia segera berlalu dari situ meninggalkan seribu pertanyaan yang menyelubungi pengikut-pengikutnya.

“Aku rasa bos dilamun cinta,” kata salah seorang dari mereka setelah kelibat Alex tidak kelihatan lagi.

Kemudian semuanya mengangguk setuju.

20 si charming:

  1. Mega_Lisa berkata...:

    Makin lama makin seronokla HC ni.. tak sabar nak tahu cerita seterusnya.. Baby Boy jatuh cinta?? so cute....

  1. nurul berkata...:

    bes ni..
    jus ygk pe jd pas ni.. cte antasya 2 x abs lg kn??? x nk smbg ker???

  1. Afiqah berkata...:

    uhuh...
    best2...

  1. ArEm!N DeNn!s berkata...:

    cite nie mmg besh r..
    bley thn kjm ea si apy ni..
    papepun cite ni mmg besh..

  1. Aidanna berkata...:
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  1. Aidanna berkata...:

    'Aku rasa bos dilamun cinta,'
    haha.. aku suke ayat ni.. haha
    peace

  1. riena berkata...:

    suka sgt2 ! best !

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i likeeeeee\o/
    xsaba nk tau next chap..
    hee..


    akirah~

  1. Nina Aziz berkata...:

    Baby Boy wat cm, tu dkat APY??comey2...

  1. agent_sesat berkata...:

    yeyeyyee...alex suka apy...

    ishh...x sabar2...sebenarnya pakatan aper yg alex ngan apy buat nie...debar2...

    cepat2 sambung..tarik nafas...buat perlahan2...bagi saspen skit ehh....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    best la u punya crita,
    i suka ayat "aku rasa bos dilamun cinta" tu macam tak kena jer ngn alex but nice jer u buat crita nie yer..

    tak sabar rasanya nak tggu n3 selanjutnya..sbb u punya crita lain drpd yg lain yg buat i fikir ade gak crita "Melayu" best cam nie ek...

    teruskan usaha anda

    ~vee~

  1. Lieza berkata...:

    ala... kelakar betul,, alex dengan apy.e kekekekek

  1. the hasyims berkata...:

    suke....
    sebab cam surprise je....

  1. Tanpa Nama berkata...:

    makin seronok..kagum giler ngn ratu coz boleh wat cite y sgt seronok camni..td dah tebayang dah lau sume citer ratu di animasikan..mesti gempak giler..heh..dah byk giler dah..maaf..xctd telebih..so.. 2 thumb up 4 u.._nanaleo_

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mmg best cite nii.... penuh misteri... alex tu mmg dah jatuh cinta ngan apy... apy pun satu, suka btul buli si alex... cian lah alex... anyway good luck n cpt sambung,k... by de way, you are de best RATUBULAN... alway be de best,k...

  1. slm..tahniah tok ratubulan...first time sye jumpe blog novel y sume de ending... ade sstgh penulis novel kt blog y wt citer half pasti terus stop cz nk dbukukn... sye hrp ratubulkan x buat mcm 2 k...nice story..sye plg citer rosswell 2...so kiut..teruskn bkarya k..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    hoi cepat la sambung
    hehehe
    aku tak suke la apy ni
    tue sangat
    cube la letak umo 23, 24, 25 je
    ni 28
    mcm nenek2 ngan cucu2

  1. Princess berkata...:

    waaa~ klakr nye..rse cam nk trgelak je.. like very much citer ni kak nurul..

    hahaha..x sngka alex mngalh. yahoooo..apy elina menang.. citer ni makin best la.. suke nye....

    harp pasukn the legend menang.. hope sngt.. berdebar tol..

    kejam n jahat juga ye apy elina tu.. wahahaha..

    good apy. tabik ni.. trus berusaha ye...

  1. ilah berkata...:

    baby boy.. cute nyew..
    cpt2 post entry bru k..
    apy eliana & alex.. sweet kaple..

    =)
    ilahaqira.blogspot.com

  1. in_an berkata...:

    wah best2...makin seronok ni...
    cepat smbung...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages