8: PETANG YANG MEMENATKAN

Wisel penamat telah pun dibunyikan oleh pengadil lima belas minit yang lalu. Kedua pasukan telah pun bersalaman di akhir perlawanan. Para penonton ada juga yang sudah beredar dari padang cuma yang kelihatan penyokong-penyokong SMK Haji Mansur yang bersorak gembira atas kemenangan bergaya dua gol berbalas kosong ke atas SMK Haji Harun.

Nurul memandang jam tangannya. Tepat jam 5.00 petang. Tapi baying Nazrul masih lagi tidak kelihatan. Dia mendengus marah. Memang sah Nazrul sedang tidur di mana-mana ni. Tak lain tak bukan mesti dia tengah sedap-sedap tidur.

“Tak guna punya Nazrul!” pantas dia bangun dari duduknya. Handsetnya dikeluarkan dan cuba menelefon Nazrul. Tapi hampa. “Oh, tutup telefon ye, tak pe, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! Tapi kesian cacing tu… tak pasal-pasal lubang dia kena ceroboh,” ujar Nurul yang sempat lagi berlawak.

Nurul mendengus marah. Kali ini dia buntu. Entah ke mana Nazrul pergi. Rasanya dia sudah meronda satu sekolah tapi kelibat Nazrul langsung tidak kelihatan. Kalaulah dia lelaki memang dia sudah redah tandas lelaki mencari Nazrul. Nazrul tu bukannya boleh dipercayai sangat, asal tempat tu baik, terus landing tanpa ingat dunia.

“Nurul Izzati right?” tanya seseorang dibelakangnya.

Nurul pantas berpaling. Dia terkejut apabila melihat Hazwan yang entah bila menghampirinya. Mungkin sebab dia tengah sibuk cuba menghubungi Nazrul sehingga tidak sedar ada sepasang mata asyik memerhati gelagatnya sejak dari tadi.

“Awak kenal saya lagi?” tanya Hazwan mengukir senyuman kacak.

Dengan perlahan Nurul mengangguk. Masakan dia hendak buat-buat tidak kenal dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu. Sampai bila-bila pun dia akan kenal lelaki itu.

“Dah lama saya cuba cari awak tapi awak dah berpindah ke tempat lain.”

“Oleh sebab rumah sewa saya dulu nak diubah suai, kami terpaksa berpindah ke tempat lain. Kebetulan pula, ayah kena bertukar kerja, so, saya terpaksa berpindah untuk selamanya,” jawabnya ikhlas. Dia rasa gugup sedikit.

“Oh…,” lelaki di hadapanya itu mengangguk faham.

“So, awak buat apa di sini?”

“Err…,” lidah Nurul kelu. Bukannya dia terus gagap bila berhadapan dengan lelaki yang pernah mencuri hatinya dulu tapi dia tidak tahu hendak bagi jawapan apa. Jadi pengintip untuk pasukan bola sepak sekolahnya? Rasanya dia pula yang akan diketawakan.

“Kenapa ni?” sapa seseorang menghampirinya dari belakang. Nurul pantas berpaling apabila terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

“Fiq,” dia seakan terkejut apabila melihat Fiq turut berada di situ. “Macam mana kau ada kat sini?” tanyanya pelik.

“Nazrul ada emergency call dari family dia. So, dia mintak aku datang sini,” jawab Fiq memberitahu hal sebenar. “Sorry, jalan jam tadi. Bertembung dengan orang balik kerja.”

“Kenapa dengan Nazrul?” tanya Nurul seakan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Fiq tadi. Tadi memang teruk dia menyumpah-yumpah Nazrul sehingga penat mulutnya bercakap seorang diri. Disangkanya Nazrul sedang nyenyak tidur di mana-mana tapi mendengar Fiq cakap tadi, dia berasa bersalah pula. Tapi silap Nazrul juga sebab tidak beritahunya terlebih dahulu.

Fiq hanya sekadar mengangkat bahu. Tanda tidak tahu apa-apa. Tapi entah kenapa hati Nurul tetap rasa tidak selesa. Nazrul balik tanpa beritahunya. Tapi bila difikirkan kembali, kenapa Nazrul hendak beritahunya?

Betul juga.

“Jom aku hantar kau balik,” ajak Fiq.

“Err… okey,” Nurul serta merta mengangguk. Dia kemudiannya memandang Hazwan yang masih berdiri di hadapan mereka. “Sorry Hazwan, aku terpaksa balik dulu. Kalau ada masa kita berbual lagi ye,” ujarnya sedikit gagap. Mana tidaknya, seorang adalah lelaki yang diminatinya dulu dan seorang lagi adalah lelaki yang diminatinya sekarang dan apabila keduanya berada di hadapan mata, lidahnya menjadi kelu.

Tanpa membuang masa Nurul berlalu pergi seiringan dengan Fiq sambil Hazwan masih lagi memandangnya dari jauh sehinggalah kelibatnya tidak kelihatan lagi. Sepanjang perjalanan ke pintu pagar sekolah Haji Harun itu, Nurul hanya senyap. Begitu juga dengan Fiq yang asyik bermain mesej.

Mungkin dengan perempuan yang dilihatnya semalam, detis hatinya.

“Nazrul bagi mesej, dia minta maaf sebab tinggalkan kau seorang diri kat sini. Dia pesan lagi, aku hanya boleh hantar kau balik selepas kau makan petang.”

“Hah?!” terkejut Nurul apabila Fiq mengajaknya makan berdua.

“So, aku hanya akan kau pulang selepas aku belanja kau makan,” ujar Fiq lagi.

‘Gila punya Nazrul. Dia tak de pun, boleh pulak nak kenakan aku!’ detis hatinya yang kian membara tapi sempat lagi dia tersenyum mengangguk setuju dengan perlawaan Fiq. ‘Makan berdua-duaan dengan Fiq! Yahooo!!’ sorak hatinya.


Nazrul menguap malas sambil membetulkan otot-ototnya menuruni anak tangga rumah teres dua tingkat itu. Dia memandang jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 12 tengah malam tapi pelik kerana melihat Rezza yang sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.
“Wei, kau tak balik lagi ke?” tanya Nazrul.

“Malas,” jawab Rezza selamba.

“Kau tak takut mak kau risau ke? Tahulah kau tu anak teruna tapi janganlah sampai tak nak balik rumah. Nanti tak pasal-pasal aku kena dakwa sebab kidnap kau.”

“Yang kau ni nak risau kenapa? Bukan ke rumah aku kat sebelah rumah kau ni. Kalau mak aku panggil balik dah lama mak aku jerit tau.”

Serentak dengan itu Nazrul menepuk dahinya. Dia kemudiannya menggeleng. Bagaimana pulak dia boleh lupa yang rumah Rezza dengan rumahnya bersebelahan saja. Dan lagi satu, Rezza memang selalu melepak hingga tengah malam di rumahnya dan kadang-kadang tak balik rumah langsung.

“Sorry aku lupa,” ujarnya tersengih-sengih sebelum berlalu ke dapur mengambil dua gelas kosong bersama dengan sebotol air sejuk yang baru di ambil dari peti ais. Dia kemudiannya berlalu duduk di sebelah Rezza.

“Dah okey?” tanya Rezza.

“Agaknya,” jawabnya selamba sambil menuang air sejuk di dalam cawan sebelum meneguknya sedikit. Matanya meliar menonton televisyen di hadapannya.

“Apa kata kalau kau beritahu Nurul hal yang sebenar,” cadang Rezza yang dari tadi asyik memandang Nazrul di sebelahnya.

“Beritahu apa?” tanya Nazrul pelik.

“Nurul dah jadi pengurus kelab dan dia berhak tahu benda ni.”

“Benda apa?” tanya Nazrul lagi. Sekali lagi dia mengedut dahi. Rezza mengeluh lemah. Entah Nazrul sengaja ataupun tidak, dia tidak perduli.

“Okey, kalau kau tak nak cakap pasal tu, cakap sajalah pada dia yang kau selamatkan dia dulu.”
Hampir tersembur air yang Nazrul teguk tadi dari mulutnya. Nasib baiklah dia cepat-cepat menelannya. Kemudian dia mengurut dadanya yang terasa sakit. Mana tidaknya, Rezza tiba-tiba bercakap pasal benda tu lagi.

“Gila!” jawabnya sepatah. “Kalau aku yang selamatkan dia pun memang aku tak nak cakap dengan mak cik tu. Dan sekarang ni, yang selamatkan dia, bukannya aku. Kau ni nak aku jadi penipu ke?”

“Tapi hakikatnya kau yang selamatkan dia.”

“Hakikat yang sebenar bukan aku yang selamatkan mak cik tulah! Dahlah, malas aku nak cakap pasal ni.”

“Tapi kau kena cakap juga dengan dia.”

“Nak cakap apa? Aku malaslah nak panjangkan cerita ni. Biar finish kat situ dah la. Lantaklah dia nak carik siapa yang selamatkan dia ke, siapa Prince Charming dia ke yang penting benda ni tak de kena mengena dengan aku. Finish!” tegas Nazrul.

Rezza hanya sekadar menggeleng. Itulah Nazrul yang tidak suka mengambil tahu hal orang lain dan tidak suka orang lain masuk campur dalam hal hidupnya.

“Terpulang pada kaulah. Tapi aku rasa, Nurul selaku pengurus kelab, dia perlu tahu tentang apa yang berlaku tengah hari tadi.”

“Alah, dia tu mana kisah sangat dengan semua tu. Aku suruh dia perhatikan pemain nombor 9 dan 10 agaknya dia perhatikan muka pemain nombor 9 dan 10 tu. Hancur! Perlawanan esok aku nak kau jaga-jaga dengan kedua pemain tu. Diorang tu pandai sangat buat strategi gila. Serang lutut pemain supaya pemain rasa sakit untuk bila beraksi di padang. Idea yang lapuk dan gila.”
“Actually, untuk pengetahuan kau, perlawanan antara kita dengan sekolah Haji Mansur tu telah dibatalkan,” ujar Rezza tiba-tiba.

“Hah?! Dibatalkan kenapa?”

“Mereka tarik diri dari join perlawanan persahabatan ni sebab SPM dah nak dekat tapi aku rasa bukan sebab SPM.”

“Habis tu sebab apa?”

“Aku dengar dua anggota pasukan tu ditahan polis petang tadi sebab positif dadah masa diorang tengah berpesta kat sebuah restoran excusive. Ada yang tengah mabuk pun ada. Baru tadi Cikgu Majid call aku cakap pasal ni. Pihak pengurusan memang memandang serius tentang perkara ni. So, demi menjaga nama baik diorang, diorang tarik diri dan sekolah Haji Harun secara automatic menang dalam pertandingan petang tadi.”

“Gila! Kalau nak berpesta pun tunggulah cukup umur dulu. Sia-sia saja kerja aku pergi mengintip diorang siang tadi. Lebih baik aku duduk rumah dan tidur. Ada jugak faedahnya.”

“Kau ni asyik tidur je. Cubalah fikir benda lain selain tidur.”

“Habis tu dah nasib aku asyik kena tidur setengah hari nak buat macam mana?”

“Kau tak nak pergi berubat ke?” tanya Rezza.

“Kau ni pun satu, kalau aku bagi tahu penyakit tidur aku ni kat doktor pun doktor gelak sampai terkeluar anak tekak dia. Kalau pergi bomoh pula, nanti macam-macam bunga dia suruh aku carik untuk mandi air bunga. Dahlah aku ni buta bunga, yang aku tahu bunga tahi ayam je.”

Rezza sedikit ketawa. Walaupun dia rasa sakit hati bila bercakap dengan Nazrul yang asyik jawab yang bukan-bukan tapi kerana jawapan yang bukan-bukan Nazrul itulah yang membuatkannya tersenyum.

“Mama aku dah balik?” tanya Nazrul mengubah topik setelah menyedari rancangan televisyen tidak menyoronokkan.

“Bukan ke mama kau out station seminggu kat Langkawi.”

“Ye ke? Kenapa aku tak tahu?”

“Bukan kau tak tahu tapi kau tak ingat.”

“Hah?” muka Nazrul nampak ble.

Rezza hanya sekadar menggeleng.


Dari tadi Nurul asyik tersengih-sengih mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia dan Fiq makan berdua-duaan di sebuah kedai makan yang tidak jauh dari sekolah Haji Harun. Walaupun bukan sebuah restoran mewah tapi dia terasa seperti makan di hotel taraf 5 bintang. Lama mereka berbual. Dari dari situ, dia mengenali Fiq dengan lebih dekat lagi.

Fiq banyak juga bercerita. Cerita tentang keluarganya, tentang masa silamnya tentang kucing kesayangannya dan juga tentang bola sepak dan bagaimana dia boleh mencintai sukan itu sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul.

“Mula-mula aku tak minat dengan sukan yang menggeluarkan peluh tapi sejak berkawan dengan Rezza dan Nazrul yang agresif masa tu, aku suka dengan bola sepak. Tapi masa tu family aku tentang hebat dengan minat aku ni tapi nasib baiklah ada Kak Liya. Dia yang berbincang dengan family aku dan mujurlah Kak Liya ni baik dengan keluarga aku so, sejak tu aku boleh main bola dengan senang hati,” terang Fiq semasa mereka makan siang tadi.

“Kak Liya tu….”

“Oh, dia satu-satunya kawan perempuan yang rapat dengan aku sejak kecil lagi. Dia juga yang menjaga aku sejak kecil. Sekali pandang, orang nampak kitorang macam pasangan kekasih tapi sebenarnya hubungan kami hanyalah setakat hubungan adik dengan kakak sahaja,” bila Fiq terangkan begitu, hati Nurul menarik nafas lega. “Lagipun Kak Liya sudah ada boyfriend,” lagi bersorak hati Nurul.

“Oh,” Nurul mengangguk faham. Tapi dalam hatinya gembira tidak terkata.

“Dan kau pula? Kau minat dengan bola sepak?” tanya Fiq hampir menggoncangkan jantungnya dengan soalan maut.

“Err…,” terus kelu lidahnya hendak berkata-kata.

“Banyak yang aku dengar pasal kau. Dan ramai juga yang tanya kenapa kami pilih kau sebagai pengurus kelab.”

“Mesti bukan cerita yang bagus bukan?” teka Nurul. Sekali dia menghela nafas lemah. Tahu sangat apa yang difikir oleh Fiq sekarang itu. Memang tidak boleh dinafikan di sekolah ramai yang dengki dengannya sebab dapat menjadi pengurus Kelab Bola Sepak yang diidam-idamkan semua peminat-peminat ahli bola sepak. Mereka semua itu semuanya peminat-peminat ahli rasmi sebab tulah tidak puas hati kalau ada orang lain yang terpilih sebagai pengurus pasukan apatah lagi yang terpilih itu adalah seorang perempuan yang langsung tidak minat dengan bola sepak.

“Kami sebenarnya tak kisah sangat tujuan kau jadi pengurus. Asalkan kau tahu jaga privacy kami selaku ahli rasmi, itu sudah memadai. Kami tak perlukan peminat sebagai pengurus sebab taulah kalau seorang peminat jadi pengurus, mesti hancur privacy kami. Itu yang kami pentingkan.”

“Don’t worry, rahsia korang semua di tangan aku lagipun apa yang best sangat dedahkan rahsia korang.”

Fiq hanya tersenyum.

Nurul turut tersenyum. Tersenyum sehinggalah dia tertidur.

3 si charming:

  1. Itminaan berkata...:

    salam
    tak paham la ape maksud nazrul" lagipun bukan aku yang selamatkan dia "
    aik?? ehm....tak pe tak pe....n3 baru coming cepat cepat kak..best cite ni.

  1. misz nana berkata...:

    hmm.. x paham bila rezza kata "tp hakikatnya kau yg selamatkan dia.." pastu nazrul lak ckp "hakikat yg sebenar bkn aku yg selamatkan makcik tulah.."
    adehh.. penin, penin..
    xpe2..karang2 tau la sape yg sebenarnya yg selamatkan nurul.. ingatkan rezza..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages