3:TENTANG HIKAYAT


“Hah, selesanya. Memang betullah kata orang, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya dan hikmah di sebalik tercium lumpur adalah mandi di sauna dengan free of charge!” Apy Elina bersorak gembira sambil menggosok-gosok tubuhnya dengan span yang turut disediakan oleh pekerja sauna tadi.

Air sauna yang suam-suam panas membuatkan badannya kembali bertenaga. Mana tidaknya, sudah lama dia ingin mandi ditempat yang sebegitu. Selama ini dia terpaksa memasak beberapa cerek air jika ingin mandian panas di sebuah kolam sauna seperti itu dan hari ini dia dapat merasai mandian sauna yang menyeronokkan.

Sambil dia bermandi manda, sambil itulah dia menyanyikan lagu yang tidak serupa lagu bagi sesiapa yang mendengarnya. Mujurlah tiada seseorang pun yang turut berada di situ, jika tidak, mahunya mereka lari kerana mendengar suaranya yang ‘merdu’ itu.



Diluar, Hazrul yang duduk di bangku yang disediakan sejak sejam tadi asyik memerhati jam ditangannya. Sekali-sekala dia akan menjeling memandang ke arah lorong kecil yang menghubungkan laluan ke bilik mandian sauna. Namun, selama sejam itulah dia hampa. Orang yang ditunggu-tunggu masih belum keluar lagi. Dia menarik nafas lemah. Kerana kedegilan adiknya, Alex, tidak pasal-pasal dia kena menemani seseorang yang tidak dikenalinya ke sauna untuk membersihkan diri.

Majalah yang di susun di sebelahnya di tarik. Masuk kali ini sudah beberapa kali dia membelek majalah yang sama dan dia sudah hampir menghafal kandungan-kandungan di dalamnya. Seketika kemudian dia melihat jam tangannya. Hampir jam 10 malam. Dan tiba-tiba baru dia teringat sesuatu.

Segera dia mengeluarkan handsetnya dari poket seluarnya dan mencari nombor telefon seseorang. Beberapa deringan kedengaran ditelinganya sebelum panggilannya di jawab oleh seseorang. Seseorang yang bersuara lembut.

“Hai,” sapanya mesra.



Rambutnya yang basah itu di lap dengan tuala kering sebaik sahaja dia keluar dari bilik mandinya. Badannya yang letih tadi kerana seharian duduk di atas kapal terbang, mula terasa segar sedikit. Tatkala itu, perutnya pula berbunyi rancak. Menyesal kerana tidak membeli makanan sebelum pulang ke rumah tadi. Rasanya peti ais di rumahnya itu telah kosong. Sengaja dia kosongkan peti aisnya sebelum dia berlepas ke Australia tempoh hari sebab dia tidak mahu apabila balik nanti, peti aisnya berbau dengan makanan yang telah diperap lama di dalamnya.

“Mungkin aku patut ajak sesiapa keluar makan,” Nabila tersenyum meleret sambil mencapai handsetnya. “Tapi siapa yang aku nak call?” jari jemarinya pantas mencari nama-nama yang sudah tercatit di dalam handsetnya bersama dengan nombor telefon mereka sekali.

“Emm… David – rasanya dia ada di London lagi. Khairul pula, mesti isteri dia tak bagi keluar malam-malam buta ni. Nizar… dia ni ada kemungkinan boleh keluar tapi kalau dah keluar dengan dia mesti balik lewat pula. Aku dahlah letih. So nak panggil siapa ni?” jarinya masih lagi menekan butang kekunci handsetnya mencari nama-nama yang dia rasa sesuai. Tiba-tiba nama Hazrul muncul di skrin telefonnya.

Nabila tersenyum meleret. Baru terfikir tentang Hazrul dan orang umpunya diri terus menelefonnya.

“Hai Hazrul, kalaulah kau ni anak kandung Datuk Azrina, mungkin aku dah terjatuh cinta dengan kau tapi sayangnya kau ni hanyalah anak angkat sahaja,” Nabila mengeluh lemah sambil berbicara dengan telefonnya sendiri. “Tapi, tak pelah. Apa boleh buat kalau orang yang ramai peminat macam aku nikan? Orang dah minat aku layan sajalah asalkan duit masuk,” dia tersengih.

“Hai Hazrul,” Nabila menjawab panggilan Hazrul setelah lama handsetnya berdering.

“Bila sampai? Kenapa tak call pun?” tanya Hazrul di corong telinganya.

“Nabila baru saja habis mandi. Ingatkan nak call awak lepas mandi tapi nampaknya awak yang call Nabila dulu,” ujar Nabila dengan bahasa manjanya yang telah memikat banyak lelaki sebelum ini.

“Sorry, saya ingatkan nak jemput Nabila di airport tadi tapi ada sedikit masalah pula. So, Nabila dah makan?”

“Belum, sekarang ni tengah lapar ni. Nabila tak tahulah nak makan apa. Dalam peti ais dah tak de makanan,” rungut Nabila manja.

“Okey kalau macam tu, kita jumpa sekejap lagi. Kita pergi makan bersama.”

“Betul ke?” dibuat-buat suara manjanya. “Okey, kalau macam tu, apa kata kita makan di Restoran Thai yang selalu kita pergi makan tu?”

“Okey,” balas Hazrul hanya menurut.

“Okey, kita jumpa nanti ye. Bye sayang,” panggilan ditamatkannya. Satu senyuman sinis terukir di bibir Nabila. “Ah, betapa mudahnya nak cairkan hati lelaki.”

“Bye sayang,” ujar seseorang tiba-tiba muncul di hadapannya dengan lagak wanita gedik tetapi mempunyai gaya yang comel. Terus dia berdiri dari duduknya apabila mendapati perempuan yang menegurnya itu tadi adalah perempuan yang bermandikan lumpur tadi.

Tidak sangka, wajah perempuan yang belum di kenali namanya itu memiliki raut wajah yang cantik malah tiada cacat cela pada wajahnya dengan bekas-bekas jerawat mahupun parut. Rambutnya yang tidak terurus ketika dia menemui perempuan itu tadi juga sudah di sikat dan diikat dengan teratur walaupun ianya hanyalah ikatan biasa sahaja.

“Hah, tak sangka ya, ada juga lelaki yang akan cair dengan perempuan gedik macam tu,” ujar Apy Elina sambil menggeleng lemah. “Aku ingatkan perempuan macam tu hanya wujud di drama-drama melayu sahaja tapi rupa-rupanya ada lagi yang aku tak tahu pasal hidup di Kuala Lumpur ni.”

“Excuse me?” walaupun dia mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh perempuan di hadapannya itu tapi dia ingin mendengarnya sekali lagi.

“Oh, tak dengar ataupun pura-pura tak dengar?”

Hazrul menarik nafas panjang dan cuba untuk menenangkan dirinya. Jika tidak, dia mungkin akan bertindak seperti Alex yang asyik hendak bergaduh walaupun dengan seorang perempuan. Tapi dia bukan Alex. Dia memang sudah di didik supaya menghormati kaum perempuan.

“Dah siap? Kalau macam tu, mari kita pergi,” terus dia berlalu ke kuanter pembayaran tanpa menghiraukan perempuan itu. Selesai sahaja membuat pembayaran, dia mendapati perempuan tadi masih lagi menunggunya di hadapan pintu kedai sauna itu.

“Kenapa tak pergi lagi? Bukan ke saya sudah bawak awak ke sini untuk bersihkan badan? Jadi, saya sudah tiada hutang dengan awak lagi.”

“Siapa kata?” balas Apy Elina tidak mahu mengaku kalah. “Awak bawa saya ke sini, takkanlah saya nak balik dengan berjalan kaki. Kalau nak tunggu bas pun, belum tentunya bas ada malam-malam ni.”

Dan lagi kalau aku naik bas pun entah ke mana bas tu bawak aku, detis hatinya.

Hazrul menarik nafas lemah. Ada benarnya juga kata perempuan itu. Takkanlah dia hendak meninggalkan seorang perempuan di situ. Mahu tak mahu dia terpaksa menumpangkan perempuan itu.

“Awak nak ke mana? Biar saya hantarkan,” tanya Hazrul sebaik sahaja mereka berdua memasuki kereta Vios miliknya itu.

“Saya tak ingat nama jalan, apa kata biar saya tunjukkan jalan sahaja?” balas Apy Elina tersengih-sengih padahal dia sememangnya tidak tahu hendak ke mana.

“Whatever,” terus dia masukkan gear dan memandu keretanya ke jalan raya.



“So?”

“Emm?”

“Kata tadi nak tunjukkan jalan,” kata Hazrul masih lagi meneruskan pemanduan.

“Oh, lupa pula. Semua ni sebab belum makan lagi. Alangkah baiknya kalau dapat makan sekarang. Nasi goreng berlada, emm… okey juga tu,” ujar Apy Elina sambil terbayang-bayang Nasi Goreng Berlada yang selalu dimasak oleh maknya untuk sarapan pagi mahupun makan malam.

“Cakap sahajalah awak suruh saya belanja makan,” ujar Hazrul seolah-olah sedang menyindirnya.

“Betul!” pantas Apy Elina berkata. Orang kata, kita perlu ambil peluang yang ada di hadapan mata. Memandangkan dia tiada duit untuk makan, apa salahnya gunakan peluang yang ada ini untuk memenuhi permintaan perutnya yang semakin kelaparan. Apy Elina tersengih-sengih.

“Awak ni suka ambil kesempatan terhadap orang macam saya ke?” tanya Hazrul kepada perempuan yang belum diketahui namanya itu.

“Mana ada!”

“Kalau begitu, baguslah. Hutang saya terhadap awak sudah selesai tadi. Sekarang, awak nak saya belanja makan pula. Tak sangka ada juga orang seperti awak,” dia tersengih memerli.

“Betullah orang kata, orang-orang di Kuala Lumpur ni terutama sekali orang yang berkereta mewah seperti ini, begitu sombong orangnya. Harap sahaja orang kaya tapi hendak belanja makan Nasi Goreng pun kedekut,” balas Apy Elina sambil menggeleng. Sengaja dia hendak mengapi-apikan lelaki di sebelahnya itu.

“Hisy!” segera Hazrul membelok keretanya menghampiri sebuah gerai di tepi jalan. Dalam hati Apy Elina bersorak gembira.



“Aku nak bermalam di sini,” ujar Alex sebaik sahaja pintu dibuka oleh Izwan. Tanpa dijemput, Alex terus melangkah masuk ke dalam. Mencampak beg galasnya di atas sofa dan seketika kemudian dia merehatkan badannya di atas sofa tersebut.

“Kau bergaduh lagi dengan abang kau?” tanya Izwan sambil menghulur setin air 100 Plus yang menjadi kegemaran Alex. Pertanyaan Izwan langsung tidak diendahkan oleh Alex tapi sebaliknya hanya membisu dan meneguk air 100 Plus yang diberinya tadi.

“Bergaduh dengan dia memang dah jadi rutin harian aku,” akhirnya Alex menjawab. Izwan mengangguk faham. Dia tahu benar bagaimana hubungan Alex dengan En. Hazrul yang merupakan abang angkat Alex. Keduanya memang tidak boleh bersemuka. Bila bersemuka, ada sahaja yang tidak kena.

“Kenapa dengan dahi kau tu?” tanya Izwan lagi apabila melihat dahi Alex lebam seperti di pukul sesuatu.

Alex meraba dahinya yang masih lagi terasa sakit. “Oh ni, aku terjumpa Mak Cik Lumpur mengamuk,” jawabnya mengingati lagi kejadian di gelanggang bola keranjang tadi. Semuanya gara-gara abang angkatnya yang berlagak baik dengannya. Jika Hazrul tidak mengacaunya, mungkin dahinya akan terselamat.

“Mak Cik Lumpur?” Izwan kurang memahaminya.

“Seseorang yang tiada kena mengena dalam hidup aku,” beritahu Alex. Air 100 Plus di teguk habis. Izwan telahpun berlalu bangun menuju ke dapur dan kemudiannya kembali dengan air batu yang dibungkus di dalam sehelai kain dan diberikan kepada Alex untuk melegakan lebam di dahinya.

“Thanks,” ucap Alex. “Aku ingat nak lepaskan segalanya,” ujar Alex tiba-tiba setelah lama dia mendiamkan diri. Izwan yang sedang menonton televisyen tidak jauh dari Alex, memandang kawannya yang seperti dilanda masalah besar.

“Selagi abang aku ada di sini, aku tak boleh nak lakukan apa yang aku suka. Semua yang aku hendak buat, dikawal olehnya termasuklah dalam pemilihan jurulatih. Aku tak faham, kenapa dia mesti berada di kolej ni sedangkan dia ada tempat di office mama. Lebih-lebih lagi apa yang dibuatnya mendapat kebenaran mama seratus peratus,” dia menarik nafas lemah.

“Mungkin perasaan kau saja yang fikir begitu. Bukankah abang kau betul-betul menunjukkan minat dalam sukan bola keranjang?” kata Izwan pula. “Dan Jurulatih Annas adalah jurulatih yang terbaik.”

“Aku tak suka seseorang yang bersangkut paut dengan abang aku. Kali ini, aku nak cari jurulatih untuk pasukan kita sendiri dan aku tak mahu dia campur tangan dalam pemilihan kali ini,” ujarnya agak tegas.

“Macam mana kau nak yakinkan orang atasan yang lain. Mungkin kau ada kuasa untuk mempengaruhi mereka tapi kau tetap seorang pelajar dan seorang kapten pasukan bola keranjang. Dan kau juga perlu ingat bahawa abang kau tu apa kurangnya.”

Alex menarik nafas lemah. Dia perlu buat sesuatu untuk mendapat kepercayaan pentadbiran kolejnya untuk bertanggungjawab pemilihan jurulatih pada kali ini tanpa campur tangan abangnya yang juga pengurus sukan itu. Ataupun menyingkirkan abangnya itu dari jawatan pengurus tapi itu memang mustahil.

“Mungkin kau patut berbincang dengan abang kau,” cadang Izwan setelah lama mereka mendiamkan diri.

“Boleh tak kau bagi cadangan yang baik lagi selain berbincang dengan dia tu?” balas Alex yang sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan Izwan. “Kalau boleh aku tak nak tengok muka dia lagi di kolej tu. Menyusahkan.”

Dia meneguk air 100 Plus di tangannya. Kosong. Entah bila dia meneguk habis air kegemarannya itu dia sendiri tidak tahu.

“Wei, nak air lagi,” dengan selamba dia meminta. Izwan hanya tersenyum menggeleng. Dari kecil sehinggalah besar perangai Alex masih tidak berubah. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan perasaan lelaki itu, dia pasti akan minum 100 Plus dengan banyak. Jika tiada air 100 Plus, dia akan mencari minuman isotonik yang lain sebagai ganti.



“Kenapa tak nak makan?” tanya Apy Elina setelah membedal setengah pinggan Nasi Goreng yang dipesannya tadi siap.

“Tak de selera,” jawab Hazrul acuh tidak acuh. Kemudian dia memandang jam tangannya. Sudah setengah jam berlalu. Pasti Nabila sedang menanti kedatangannya yang tidak kunjugn tiba.

“Tiada selera atau tak suka makan kat gerai tepi jalan?” kata Apy Elina seolah-olah sedang menyindirnya. Melihat pandangan Hazrul berubah, dia dengan pantas berkata “Oh ya, siapa nama awak?”

“Kenapa?”

“Tanpa nama pun kena bagi tunjuk sebab ke?” balasnya.

Kedengaran keluhan kecil dari Hazrul.

“Cik adik, buat pengetahuan cik adik, saya sudah ada teman wanita dan mungkin tidak lama lagi kami akan melangsungkan perkahwinan, jadi, adalah lebih baik hentikan niat cik adik untuk mengoda saya,” lelaki itu bersuara sambil berdiri dari duduknya. Kemudian dia mengeluarkan wang RM100 dan diletak di atas meja.

“Maaf, saya ada hal yang lagi penting dari mengadap awak makan. Pergi dulu,” ujarnya sebelum melangkah pergi meninggalkan gerai yang masih meriah walaupun masa sudah menunjukkan jam 11 malam.

Apy Elina hanya memandang kereta yang dipandu oleh lelaki tadi dari jauh. Setelah hilang dari pandangan matanya dia mengukirkan senyuman. Hikayat Cinta yang disimpan di dalam beg pakaiannya di ambil. Diselak-selak Hikayat Cinta yang setebal 500 muka surat itu sehingga terjumpa muka surat yang dicari-carinya. Sekeping gambar yang mirip dengan lelaki tadi ditetapnya.

“Ahmad Hazrul bin Abdullah. Berusia 29 tahun. Pengurus Pasukan Bola Keranjang Kolej Lagenda yang pernah menjuarai beberapa perlawanan tapi kecundang apabila beraksi di peringkat kebangsaan,” dia dengan teliti membaca biodata Hazrul dan maklumat Pasukan Lagenda yang turut tercatit di dalam Hikayat Cinta.

Hikayat Cinta ditutup rapat.

“Pelik, kenapa dalam Hikayat ni tulis Pasukan Lagenda kalah setiap kali beraksi di peringkat kebangsaan? Takkanlah hikayat ni salah. Tak mungkin sebab maklumat dalam ni tak pernah salah,” dia merenung Hikayat Cinta yang berupa sebuku nota yang berkulit keras di atas tangannya itu.

“Maaf,” seseorang lelaki tua yang kemas berbaju kemeja putih dan botak setengah itu menyapanya. “Cik ni Cik Apy Elina ke?” tanya lelaki tua itu.

Apy Elina dengan teragak-agak mengangguk. Mana tidaknya, ini baru petama kali dia menjejak kaki di Kuala Lumpur sudah ada orang menegur namanya dan lebih memeranjatkan lagi lelaki itu adalah orang tua yang langsung tidak dikenalinya.

Kemudiannya lelaki tua itu menghulurkan satu sampul surat kecil kepadanya. Tanpa berfikir panjang, dia segera membuka sampul surat tersebut dan membaca nota kecil yang berada di dalamnya.

Saya dapat tahu awak berada di Kuala Lumpur. Oleh kerana risau dengan keselamatan awak, saya arahkan Pak Din untuk menjemput awak. Awak boleh bermalam di villa saya selama mana yang awak suka. – Daniel.

Satu senyuman terukir manis dibibirnya sebaik sahaja membaca nama Daniel yang tercatit di atas kertas tersebut. Tapi pelik juga, bagaimana Daniel boleh tahu dia berada di Kuala Lumpur? Setahunya dia tidak beritahu sesiapa pun tentang kedatangan ke Kuala Lumpur. Pada Nabila, kawan sepermainannya sejak kecil lagi pun dia tidak beritahu lagi.

‘Ah, apa yang nak dihairankan… dia tu memang tahu segala-galanya,’ jawab hatinya pula.

Tanpa berfikir panjang, Apy Elina terus bersetuju untuk mengikuti lelaki tua yang menegurnya tadi. Lagipun dia tidak tahu ke mana dia harus pergi lagi. Lebih baik dia mengikut lelaki tua yang dihantar oleh Daniel, seorang kenalannya semasa di sekolah dahulu. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Daniel setelah tamat persekolahan tapi mereka berdua masih kerap berhubung.

Dan Hikayat Cinta adalah alat perhubungan mereka. Apy Elina tersenyum sambil menatap Hikayat Cinta yang dipegang erat. Banyak kenangan lama yang membawanya tercipta sebuah nota yang diberi nama Hikayat Cinta.

“Err… tumpang tanya,” Apy Elina bersuara menyapa Pak Din yang sedang memandu dibahagian hadapan. “Daniel ada di mana sekarang?”

“Maaf cik, Pak cik pun kurang pasti En. Daniel berada di mana sekarang. Pak cik hanya terima panggilan dari En. Daniel yang menyuruh pak cik menjemput cik,” beritahu Pak Din dengan penuh hormat.

“Terima panggilan? Kalau macam tu, macam mana surat tu boleh berada di tangan Pak cik?” tanya Apy Elina inginkan kepastian lagi. Dia sebenarnya tidak faham dengan perangai Daniel yang bagaikan ingin bermain sorok-sorok dengannya.

“Oh itu, surat tu pembantu peribadinya yang beri pada Pak cik. Dia cakap, kalau En. Daniel tak tulis surat tu, mungkin kamu takkan percaya dengan pak cik. Maaflah cik, En. Daniel ni memang macam ni, mungkin dia sibuk sangat dengan kerjanya.”

“Takkanlah tiap-tiap masa sibuk sampai tiada masa untuk berjumpa dengan kawan lama,” Apy Elina menghela nafas perlahan. Hikayat Cinta di peluk erat. Kereta yang dipandu oleh Pak Din meluncur laju ke destinasi yang dituju…

8 si charming:

  1. Ilmar Imia berkata...:

    semakin menarik. jgn2 daniel ada kne mengena ngan pasukan bola keranjang tu tak? Ataupun salah seorg drp ahli pasukan tu? :D

  1. no-u berkata...:

    entah ler... citer ni penuh dengan misteri..2 yang membuatkan citernye ler menarik.. next n3 cpt ckit ye huhuhu

  1. btol2..cite nieh misteri..
    wat orng tertnye2 ape rahsie hikayat cinte tuh.isk2...
    smbung2..

  1. sirap oren berkata...:

    perasaan ingin tahu semakin membuak-buak. setiap hari berkunjung ke sini hanya untuk melihat jika ada new entry. saya akan sabar menunggu. teruskan usaha hehehe

  1. Yume Hime berkata...:

    hikayat cinta 2 mcm buku magik plak...hehehe

  1. Ai berkata...:

    ermmmm..
    makin best...
    akak smbung ag.. ;)

  1. wAnNor berkata...:

    apa mksd hikayat cinta sebagai alat perhubungan daniel ngan appy??
    cpt smbg.. misteri sgt ni..
    x tdo mlm saya nanti..

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
    citer nie sungguh misteri.
    wat org tertanya2.
    smbung2
    -na'dz

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages