20:NEVER SAY GOODBYE

“APA?! DATING?! DENGAN ROSWELL?!”

Berdesing juga telinganya apabila Dahlila dan Sakinah serentak bertanyakan soalan itu lagi. Hendak saja dia hentak kepala mereka berdua. Orang dah kata, kalau terkejut tu buat la cara yang sopan dan bukannya terkejut macam terlihat makhluk asing turun ke bumi je.

“Wei, slow la sikit,” ujarnya cuba mententeramkan kedua kawannya itu. Kalau tidak ditenteramkan mereka alamatnya habis bergegarlah sekolahnya nanti. Gosip panas! “Hisy, kan aku dah kata tarik nafas dalam dalam baru bukak telinga apa yang aku nak cakap ni. Hah, itulah padahnya, tu nasib baiklah tak terkena heart attack. Kalau terkena heart attack aku juga yang susah sebab kehilangan kawan-kawan yang tak sama hati dan jiwa ini,” ujar Blue separuh melawak.

Dahlila dan Sakinah saling berpandangan. Otak masing-masing sudah beku untuk berfikir lagi. Mula-mula berang dengan Hafiz, lepas tu kata nak lupakan perasaannya pada Hafiz dan kali ini pula nak pergi dating dengan Roswell?!

Apa dah gilakah kawannya itu?!

“Okey, aku tak gila,” pantas Blue berkata sebelum salah seorang dari kawannya berkata ‘Blue, kau dah gila ke?!’ lebih baik dia beritahu dahulu yang dia tidak gila. “Aku tak gila, otak aku tak rosak dan aku masih siuman cuma aku rasa macam tak logik je. Aku akan dating dengan Roswell?” dia bertanya pada dirinya kembali sambil menunjuk dirinya yang masih lagi tidak percaya. “Aku ingat dia memain saja,” sekali lagi Blue mengeluh lemah.

“Macam mana kau boleh terperangkap ni? Cuba cerita sikit.”

“Err…,” Blue tergagap. Dia masih belum bersedia untuk ceritakan dari mula sampai Z pada mereka berdua.

“Kau nak mulakan dari perkenalan kau dengan Roswell di Kuala Lumpur ataupun Roswell bertandang ke rumah kau untuk makan malam?” tanya Dahlila sambil mengenyit matanya. Serta-merta mata Blue membulat besar.

“Korang tahu?”

“Well, actually kau patut berterima kasih pada kami sebab tak bocorkan rahsia kau dan berlakon depan kawan-kawan kita yang pergi ke rombongan tu,” balas Sakinah pula ketawa perlahan.

Blue kelihatan pelik. Entah ada cerita lain yang dia sendiri tidak tahu.

“Sebenarnya semasa kau terkena dengan Natasya hari tu, kami berdua mengekori korang berdua dari belakang. Yelah, kau ni pun satu. Dah tahu Natasya tu musuh tapi kau ikut lagi musuh kau tu. Kami yang begitu prihatin terpaksalah mengikut korang sehinggalah kau ditinggalkan Natasya. Ingatkan kami nak menyelamatkan kau tapi si Dahlila la yang bagi aku idea supaya tinggalkan kau kat situ.”

“Tak guna punya kawan, dah tahu aku ni pelupa cari jalan keluar bukannya nak tolong aku! Kalau apa-apa terjadi pada aku masa tu, memang aku bom korang berdua,” Blue mengipas menyejukan tubuhnya yang mula panas dengan pendedahan berani mati dari mulut Sakinah.

Dahlila pula yang dari tadi menahan-nahan gelak, sudah terlepas gelakannya.

“Sabar-sabar. Aku buat macam tu sebab nak tolong kaulah. Lagipun idea tu terkeluar sebaik sahaja aku nampak kau terlanggar Roswell. Bila babak kau langgar Roswell tu berlaku, aku terus tarik Sakinah balik ke Dataran Merdeka. Kau nak tahu kenapa?”

“Sebab kau nak bagi aku susah,” balas Blue selamba.

“Bukanlah. Wei, aku kenal kaulah. Aku tahu apa kau nak buat dengan Natasya nanti. Aku cuma nak tolong kau hapuskan Natasya tu. Mestilah kau akan balik dengan Roswell nanti dan esoknya kau akan mengadu pada cikgu yang Natasya tinggalkan kau seorang diri kat sana. Aku bukan sengaja nak kenakan kau tahu tak? Tapi aku buat tu semuanya sebab kau. Kau ingat senang ke nak pengaruh cikgu supaya bergerak cepat. Lepas tu masa dalam bas, kami terpaksa berpura-pura tak perasankan kau. Masa bas nak bertolak tu aku sempat jeling pandang Natasya, kalau kau tengok muka dia masa tu mesti kau geram gila!”

“Aku geram je tapi tak gila lagi,” balas Blue selamba. Dia kemudiannya menggeleng. Memang dia langsung tak sangka, mereka berdua juga terlibat dalam drama tak bertauliah ini. “Tapi, macam mana korang tiba-tiba boleh percayakan Roswell hah? Korang tak terfikir ke kalau dia tu pembunuh bersiri?”

“Entahlah. Aku tak terfikir pun masa tu,” ujar Dahlila selamba. “Ah, yang penting dia dah selamatkan kau bukan?”

Blue menongkat dagunya.

“Okey, kami dah beritahu rahsia kami jadi giliran kau pula,” Dahlila menunjukan reaksi bersemangat hendak mendengar cerita dari mulutnya. Hendak tak nak dia menceritakan segala-galanya pada mereka berdua. Dari dia terserempak dengan Roswell di Kuala Lumpur dulu sehinggalah Roswell mengajaknya dating semalam.

“So sweet!!” jerit Sakinah teruja.

“Sweet ape kebendanya! Ajak dating pun macam memaksa orang,” seloroh Blue.

“Kau pun satu, ajak makan kat rumah pun memaksa dia pergi,” muncung Dahlila.

“Itu sebab ibu paksa aku jemput dia makan malam,” ujarnya menjeling tajam. “Hisy, tak pasal-pasal aku kena pergi dating dengan makhluk asing tulah!”

“Tapi kenapa dia nak dating dengan kau hah?” tanya Dahlila.

Blue mengangkat bahu. “Mungkin dia terima cabaran dari kawan-kawan dia lagi kot ajak aku pergi dating, jadi, dia gunakanlah otaknya yang bergeliga tu.”

“Emm… mungkin juga.”
********

“Ada apa kau nak jumpa dengan aku?” tanya Hafiz menghampiri Ashraf Danish yang tiba-tiba hendak berjumpa dengannya di tempat yang jauh dari orang ramai. Pagi-pagi lagi handsetnya berbunyi dan tidak sangka orang yang menelefonnya adalah Ashraf Danish. Lelaki yang menjadi saingannya di sekolah.

“Aku ingat lagi, masa kau cuba ugut aku, kau pernah kata yang kau masih sukakan Blue. Sebab kau ternampak kami bercium, kau mula prasangka dengan Blue sehingga tabalkan yang Natasya tu girlfriend kau,” Ashraf Danish mula berbicara. Wajahnya tampak serius walaupun masih pucat lagi kerana belum sembuh sepenuhnya. “Actually aku tak kisah semua tu sebab aku rasa… kalau kau sukakan Blue, ianya bukan satu masalah bagi aku sebab aku tak suka masuk campur dalam hal korang berdua. Lantaklah korang nak bergaduh ke, nak berkash-kasihan ke… aku tak kisah tapi apa yang aku nak beritahu ni bukan sebab aku berminat nak masuk campur tapi aku hanya bercakap melalui sudut pandangan aku.”

“Kau nak cakap apa sebenarnya? Tolonglah jangan nak berkias-kias dengan aku lagi. Kau ingat ini drama tv ke?” balas Hafiz bosan.

“Okey, bila kau nak beritahu Blue tentang perkara sebenar?” tanya Ashraf Danish memandang tepat mata Hafiz. “Kau sendiri pun dah tahukan yang dia sukakan kau dan kau sukakan dia dan boleh tak korang tamatkan cerita cinta korang ni dengan jalan yang mudah? Kenapa kau tetap nak selitkan watak Natasya sebagai penghalang? Kau tahu tak? Sebab sikap kau yang ego ni, kau hampir buat Blue hilang akal.”

“Habis babak korang bercium tu, tak buat aku hilang akal ke?” Hafiz meninggikan suara.

“Kan aku dah cakap. Benda tu berlaku terlalu cepat. Just an accident.”

“Dan pikat Blue adalah accident juga?”

“Okey,” dia menarik nafas lemah. “Yang tu memang aku tak terfikir langsung. Aku hidup dengan cabaran. Dari kecil lagi aku dah di didik untuk cabar mencabar sebab dengan itu sahaja buat aku lebih berani dan aku terima cabaran dari kawan aku sendiri tapi bila Blue dah berdiri atas meja dan bersorak untuk menerima cabaran dari kawan-kawannya, dan serta merta aku dapat idea! Itu saja, okey?”

“Dan kau ingat semua benda dalam dunia ni boleh di dengan cabar mencabar?” ujar Hafiz bertanya. “Kau tahu tak, aku pernah mencabar hati aku supaya tak jatuh cinta pada Natasya tapi akhirnya aku terperangkap dengan perangkap aku sendiri. Aku masih sayangkan Blue tapi dalam masa yang sama aku dah jatuh cinta dengan Natasya,” akui Hafiz tanpa segan silu.

“Kau pasti ke yang kau cintakan Natasya?” tanya Ashraf serius.

“Kau mana tahu apa-apa pasal cinta,” balas Hafiz.

Ashraf mengeluh lemah. Dalam begini boleh pulak budak ni berlagak. Tak tahu tentang cinta?!

“Walaupun aku tak tahu apa tu cinta tapi aku rasa kau patut tahu tentang Natasya. Sebenarnya aku tak nak beritahu kau tentang ni tapi aku cuma nak bertanya pada kau. Kenapa Natasya tiba-tiba minta putuskan hubungan dan berapa hari kemudian dia muncul di hadapan pintu rumah aku menghulur sarapan pagi?”

“Mungkin kau silap orang.”

“Aku harap begitu juga,” dia memeluk tubuh kesejukan.

“Kau cakap macam ni sebab kau dah jatuh cinta dengan Blue bukan?”

Ashraf terdiam.

“Aku tak kisah kalau kau dah jatuh cinta dengan Blue dan aku tak kisah kalau kau dapat ajak dia pergi dating bersama cuma aku kesian, walauapapun yang kau usahakan untuk memikat Blue, Blue tetap sukakan aku.”
********

“Boy!” jerit Kak Aliya keriangan sebaik sahaja menyedari adiknya itu melangkah masuk. “Akak dah pandai masak bubur nasi kegemaran Boy,” soraknya keriangan sambil menarik adiknya itu duduk di meja makan. “Cubalah rasa.”

“Betul ke akak yang masak? Ataupun Blue datang hantar tadi?” dia menjeling tajam.

“Mana ada! Walaupun hasil masakan akak ni ada kena mengena sikit dengan Blue tapi masakan ni akak yang masak sendiri tau. Akak hanya belajar dari Blue saja,” akuinya.

Tanpa membuang masa, Ashraf merasai masakan pertama yang dimasak oleh Kak Aliya yang memang terkenal dengan gelaran pelahap tapi tak pandai memasak di rumah.

“Macam mana?” tanya Kak Aliya dengan sinaran matanya yang mengharapkan jawapan positif darinya.

“Emm… okey,” jawabnya pendek.

“Yekah? Boy tak tipu?”

“Bubur nasi semua orang reti buat la, kak,” jawab Ashraf selamba. “But, anyway, bagi seseorang yang tak tahu buka dapur gas macam akak ni orang bagi 5 bintang.”

Sebentar kemudian kedengaran jeritan keriangan dari Kak Aliya dan memeluknya dengan erat. Tak cukup dengan itu, di cium-cium pula pipi Ashraf membuatkan anak muda itu tidak dapat bernafas. Kak Aliya ketawa kelucuan.

“Hisy, ni yang orang tak suka nak puji Kak Aliya ni,” dia mengesat pipinya beberapa kali.

“Akak gembira sangat sebab akak bertaruh dengan Kak Maria sebenarnya.”

Ashraf mengedut dahi. Bertaruh lagi?

“Kak Maria cabar akak, kalau akak dapat masakan bubur nasi untuk Boy dan Boy kata okey, Kak Maria akan bawak kita sekeluarga pergi melancong. Dan nampaknya kita sekeluarga akan pergi melancong ke Roswell dan berjumpa dengan makhluk asing!”

Mata Ashraf membulat.

Roswell?! Tempat kelahirannya?

“Jadi, bolehlah ‘berjumpa’ dengan mama?”

Kak Aliya tersenyum sambil mengangguk.

“Tapi, bagaimana kalau Kak Maria tak percaya yang Kak Aliya masak sendiri? Orang pun tak tahu.”

“Akak ada bukti okey. Akak sendiri record hasil kerja akak dan akak dah send kat Kak Maria tadi. Ingatkan akak tak kenal ke dengan perangai Kak Maria. Dia tu terlampau cerdik. Dan lagi satu, Kak Maria tu suka kalau adik-adiknya berusaha sendiri. Actually, dah lama dah Kak Maria cabar akak tapi aku tak nak buat je tapi di sebabkan novel yang akak nak buat ni berkenaan dengan Roswell, akak perlukan wang untuk ke sana. Jadi, akak terima taruhan Kak Maria.”

“Kak Maria memang suka macam tu ke? Sengaja nak mencabar adik-adik?”

Geleng.

“Kak Maria buat begitu bukan sebab nak mencabar tapi dia nak adik-adiknya tahu betapa susahnya hendak kecapi sesuatu kejayaan. Kalau Kak Maria tak buat begitu, sampai bila pun dia takkan dapat didik adik-adik yang lain supaya berjaya. Bayangkan dia seorang kena jaga 8 orang adik yang berlainan perangai dan karenah. Jadi, Kak Maria gunakanlah apa yang arwah papa dah ajar padanya dan turunkan pada adik-adik yang lain supaya kitorang dapat berfikir sendiri.”

Ashraf terdiam. Sudunya diletak kembali. Tiba-tiba dia tiada selera untuk menjamah bubur nasi Kak Aliya walaupun perutnya masih terasa lapar.

“Kenapa?” tanya Kak Aliya pelik.

“Orang pening, nak pergi rehat jap,” ujarnya sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Menutup pintu rapat dan menguncinya dari dalam. Dia terduduk di atas katilnya. Dan pada ketika itu, kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

“…kalau nak ajak seorang perempuan pergi dating pun kamu tak boleh nak buat, bagaimana kamu nak meyakinkan akak yang kamu benar-benar dah bersedia nak ambil tanggungjawab kakak? Just think about it and by the way, akak takkan terima pujuk rayu kamu suruh akak terima pinangan Abang Sham.”

Suara Kak Maria yang mencabarnya untuk mengajak Blue dating mula menerjah ke benaknya. Walaupun cabaran Kak Maria memang tak masuk akal tapi mungkin ada betulnya cakap Kak Maria, kalau nak ajak Blue dating pun dia tak boleh nak buat, bagaimana dia nak pikul tanggungjawab Kak Maria yang sememangnya berat itu?

Kemudian suara Blue pula menerjah ke benaknya. Suara lemak-lemak merdu yang pada mulanya bertanyakan sesuatu padanya semasa mereka berserempak di pekan.

“Hey, kau free tak malam ni?”
“Free agaknya.”
“Kalau free datang rumah aku malam ni, ibu dan ayah aku jemput makan malam kat rumah kami.”
“Err… kalau aku datang kau nak buat apa?”
“Hah?”
“Okeylah, macam nilah. Kita buat pertukaran. Kalau aku datang rumah kau malam ni, kau kena dating dengan aku.”
“Hah?!”
“Macam mana?”
“Yelah, yelah aku dating dengan kau. Tapi kalau kau tak datang malam ni aku cincang-cincang daging kau esok!”
“Rupanya senang je ye nak ajak kau dating,” dia tersenyum lebar.

Akhirnya dengan senang dia berjaya menyuruh Blue keluar dating dengannya. Senang dan simple saja. Tak perlu ayat-ayat berbunga, tak perlu sekeping kad, tak perlu dia memanjat ditingkap bilik Blue untuk mengajaknya keluar seperti yang dipertontonkan dalam drama-drama di televisyen sekarang.

“Roswell!!”
Asraf mengangkat muka.
“Apa?” tanya Asraf acuh tak acuh.
“Aku tanya pendapat kau ni, kau dengar tak?”
“Dengarlah.”
“Habis tu kenapa tak jawab?”
“Sebab aku tengah berfikirlah. Hisy, kenapalah perempuan ni suka menyusahkan orang? Aku cuma tak faham kenapa Hafiz nak jumpa dengan kau selepas Natasya putuskan hubungan dengan dia.”
“Mestilah nak kembali pada aku,” Blue tersengih-sengih.
“Hah, inilah perempuan. Asyik ingat yang bahagia saja. Aku rasa lebih baik jangan jumpa Hafiz.”
“Kenapa pula?”
“Aku kata jangan jumpa, jangan jumpalah. Dari kau jumpa dengan Hafiz lebih baik kau dating dengan aku esok.”
“Dah mulalah tu loyar buruk dia. Aku tak kira, aku nak jumpa juga Hafiz. Mungkin dia dah tersedar yang dia sebenarnya sukakan aku.”

Hakikatnya telah terbukti. Blue hanya sukakan Hafiz seorang saja. Kalau tidak takkanlah budak tu nak buat macam-macam untuk tarik perhatian Hafiz. Dan Hafiz, memang masih sukakan Blue. Memang saling cinta menyintai.

“Anyway, thanks sebab tolong aku malam tadi. Dan sorry juga sebab aku kau demam.”
“Hah, tau pun… lepas ni jom pergi dating dengan aku.”
“Yelah, yelah! Dating je kan?”
Yes! Just dating. That’s all. Dating. All about dating and
nothing more important!

Ashraf mengeluh lemah. Dia mengurut dahinya yang terasa terpinar. Walaupun pening tapi kepalanya ligat berfikir lagi. Kali ini dia teringatkan kata-kata Hafiz yang ditemuinya tadi.

“Kau cakap macam ni sebab kau dah jatuh cinta dengan Blue bukan?”

“Aku tak kisah kalau kau dah jatuh cinta dengan Blue dan aku tak kisah kalau kau dapat ajak dia pergi dating bersama cuma aku kesian, walauapapun yang kau usahakan untuk memikat Blue, Blue tetap sukakan aku.”

Dia menghempas tubuhnya ke katil.

“Kak Maria buat begitu bukan sebab nak mencabar tapi dia nak adik-adiknya tahu betapa susahnya hendak kecapi sesuatu kejayaan. Kalau Kak Maria tak buat begitu, sampai bila pun dia takkan dapat didik adik-adik yang lain supaya berjaya. Bayangkan dia seorang kena jaga 8 orang adik yang berlainan perangai dan karenah. Jadi, Kak Maria gunakanlah apa yang arwah papa dah ajar padanya dan turunkan pada adik-adik yang lain supaya kitorang dapat berfikir sendiri.”

Kata Kak Aliya tadi benar-benar membuatnya terfikir sesuatu… sesuatu yang dia sendiri tidak menyangka bahawa dia…

“…dah kalah,” ujarnya perlahan sambil matanya tertutup perlahan.
********

Handsetnya berbunyi dengan kuat. Blue yang sedang sedang bersiap lantas mencapai handsetnya. Dia melihat nombor yang tertera di skrin handsetnya. Nombor yang agak asing tapi rasanya macam pernah tengok saja nombor tu tapi siapa?

Roswell!

“Hah, takkan tak sabar-sabar lagi nak pergi dating dengan aku. Baru pukul 2, kata nak jumpa pukul 3,” dia mencebik marah. “Err… tapi kenapa aku dah siap dulu hah?” dia menggaru kepala. “Ehem… tak leh jadi, kalau Roswell tu tahu mau satu tahun dia gelakkan aku, okey, buat suara seperti baru bangun tidur,” dia menarik nafas panjang.

“Hello,” jawabnya sambil membuat suara seperti bangun tidur. “Siapa ni?” tanyanya sambil menggeliat pula.

“Hey,” jawab suara Ashraf perlahan. Dengar seperti tak bermaya saja. Masih demam lagi ke? Tapi semalam dia terserempak Kak Aliya di pekan, dan menurut Kak Aliya, demam Roswell dah baik. “Kau buat apa?”

“Tidur. Napa? Bukan ke baru pukul 2, kitakan janji nak dating pukul 3,” ujarnya.

“Aku tahu.”

“Kalau kau tahu, kenapa kau kacau aku tidur? Tak boleh ke kita terus jumpa nanti? Kenapa? Kau takut aku mungkar janji ke? Hey, walaupun aku ni anggap kau sebagai partner dalam kertas tapi aku akan berpegang pada janji tau.”

“Aku tahu,” jawabnya yang sama lagi.

“So?” pelik juga dengan suara Ashraf.

“Aku cuma nak beritahu yang dating tu di batalkan.”

Pelik. Blue merasakan dia tidak dapat bernafas dengan baik sebaik sahaja dia mendengar Roswell beritahu temu janji mereka dibatalkan secara tiba-tiba. Rasanya macam pedih sangat. Lagi pedih bila dia dapat tahu Hafiz ada perempuan lain dan lagi pedih bila Hafiz menengkingnya tempoh hari.

“Aku minta maaf.”

“Err… tak pe tak pe, kau mesti tak sihat lagikan? Aku tak kisah. Kalau kau nak replace pada hari lain pun tak pe asalkan aku dapat tunaikan janji aku,” dia cuba mengawal emosinya.

“Mungkin tiada hari lain lagi.”

“Apa maksud kau?”

Kedengaran keluhan lemah dari Roswell.

“Begitu juga dengan hari lain. Anggap saja aku tak pernah ajak kau pergi dating dan kalau kau masih ingat juga, anggap saja yang aku hanya bergurau.”

“So…”

“Yup. No dating.”

“Forever?”

“Forever,” jawab Ashraf pantas. Nekad.

Suasana sunyi sebentar. Masing-masing nampak seperti melayani fikiran masing-masing. “I’m sorry,” akhirnya Ashraf bersuara.

“Oh, tak pe. Kau pun tahukan yang aku ni bukannya nak sangat dating….”

Tutttttt…

Panggilan ditamatkan oleh Roswell. Blue kaget seketika. Dia masih lagi tidak percaya apa yang dikatakan oleh Roswell sebentar tadi. Dating cancel?! Forever?! Walaupun dia berharap sangat temu janji mereka tidak menjadi kenyataan tapi entah kenapa dia terasa hendak menangis…

Pintu biliknya di ketuk seseorang sebelum di tolak. Kelihatan Kak Aliya tersenyum manis memandangnya di hadapan pintu.

“Dah siap?” tanya Kak Aliya.

“Kejap lagi orang turun.”

“Okey, jangan lambat tau. Akak tunggu kat kereta,” Kak Aliya berlalu pergi.

Ashraf kembali merenung handsetnya yang memaparkan nombor telefon Blue. Entah kenapa dia berat hati sangat hendak tinggalkan tempat ini terutama sekali Blue. Tapi kalau duduk di sini pun, dia takkan dapat mengubah sesuatu.

Blue tetap milik Hafiz dan mereka berdua adalah pasangan yang secocok.

Ashraf segera bangun dari duduknya. Dia membuka almari bajunya mencari baju sejuknya kegemarannya dan dia mula teringat bahawa baju tu ada pada Blue. Dia telah beri pada Blue ketika hujan lebat tempoh hari. Almari bajunya di tutup kembali. Tanpa melengahkan masa, dia berlalu mencapai beg galasnya dan berlalu keluar dari biliknya.

Selamat tinggal dan semoga kita berjumpa lagi… Blue...

Pada masa itu kereta yang dipandu oleh Kak Aliya di pandu laju meninggalkan kampung halamannya…

4 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    biarLah bLue kapel ngan roswell,,,

    jgan la uat camney,,,

    pelishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    huhuhu

  1. aqilah berkata...:

    Hai, bestlah cite blue dgn roswell. Akak mesti baca blog ni setiap hari. Tak jemu baca cite ni, malah ternanti2 sambungannya. Aah, biarlah ending blue dgn roswell sebab diorang ni suka sesama sendiri tanpa paksaan dan ikhlas. sibuk aje natasya tu. Good job to the writer. All the best!

  1. kiiroi.fAleah berkata...:

    uwaa~ da nangis da baca. tolong lahh biar rosqwll ngan blue ;((

  1. atul aieda berkata...:

    blue ... :( wawawa

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages