PROLOG: HIKAYAT CINTA


“Sila perkenalkan nama,” lelaki berwajah serius dan duduk di tengah-tengah di antara seorang lelaki dan seorang perempuan itu berkata sebaik sahaja dia duduk di kerusi yang telah di sediakan di tengah-tengah gelanggang Bola Keranjang.

“Apy,” dia memperkenalkan dirinya seperti yang diarahkan oleh orang yang menemu duganya itu. Satu senyuman mesra dihadiahkan kepada mereka bertiga tanpa menghiraukan suasana seram sejuk yang dialaminya sekarang. Memang dia akui dia sememangnya gemuruh setiap kali menghadiri sesi temu duga untuk mendapatkan pekerjaan dan mungkin sebab itulah sehingga sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

“Hah? Happy?” tanya lelaki yang duduk di sebelah kanan sekali. Wajahnya kelihatan pelik sedikit. Lelaki yang duduk di tengah-tengah masih lagi serius memandang kertas di atas mejanya dan mencatit sesuatu di atasnya.

Perempuan di sebelahnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Setiausaha tadi turut menunjukkan reaksi pelik namun tangannya masih lagi mencatit sesuatu di atas sehelai kertas yang disediakan khas dalam temu duga itu.

“Bukan Happy tapi Apy. A.P.Y. Apy Elina binti Mohd Nasir,” pantas dia berkata sambil mengeja namanya. Memang ramai orang yang baru mengenalinya agak keliru dengan namanya dan sering di salah sangka bahawa namanya adalah HAPPY.

“Nama yang pelik,” kata lelaki yang duduk di kanan hujung yang memperkenalkan dirinya sebagai Azhar. Kemudian dia menulis sesuatu di atas kertas.

“Cik Apy Elina,” Rinazila selaku Setiausaha mula bersuara. “Cik ada masa 3 minit untuk perkenalkan diri cik.”

“Okey,” Apy Elina menarik nafas panjang dan kemudian menghembus nafasnya kembali ke udara. Mereka bertiga yang duduk bertentangan dengannya sejauh 10 meter menanti dengan penuh sabar. Kemudian masing-masing pelik apabila gadis itu mencapai sebuah buku nota yang berupa seperti dairi harian.

“Nama saya Apy Elina binti Mohd Nasir. Ejaan nama A.P.Y. Berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur. Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dalam wad pembedahan. Tarikh saya dilahirkan adalah pada 25 November pada tahun….”

“Okey stop!” lelaki yang serius sejak tadi bersuara dengan lantang. Rinazila dan Azhar saling berpandangan apabila pen di tangan kawannya itu di campak di atas meja dengan kasar sehingga mengejutkan mereka berdua termasuklah Apy Elina yang sedang memperkenalkan dirinya tadi.

Matanya memandang tepat ke arah calon temu duga di hadapannya itu. Sememangnya dia tidak berpuas hati dengan semua calon yang ditemu duga sebelum ini dan gadis itu adalah calon terakhir. Dan selepas melihat cara Apy Elina yang langsung tiada keyakinan dalam memperkenalkan diri, dia semakin tertekan.

“Err… kenapa?” tanya Apy Elina yang tersentap tadi. Rasanya dia tidak membuat salah. Orang sudah suruh perkenalkan diri dan dia perkenalkanlah dirinya pada mereka bertiga tapi entah kenapa lelaki yang menemu duganya itu tiba-tiba melenting tidak tentu pasal.

“Apa tu?” tanya lelaki yang serius tadi. Nafasnya turun naik tapi dia cuba menahan kemarahannya dari meletup.

“Yang mana? Yang ni ke?” tanya Apy sambil menunjukkan buku nota yang dipegangnya sambil memperkenalkan diri tadi. Lelaki itu hanya mengangguk sambil menarik nafas panjang.

“Oh, inilah Hikayat Cinta.”

“Hikayat Cinta?” tanya Azhar pelik. Serius. Dalam banyak-banyak calon yang dia pernah temu duga, calon inilah yang paling pelik.

“Ya, Hikayat Cinta,” Apy mengiyakan dengan penuh bersemangat. Serentak dengan itu Rinazila dan Azhar ketawa terbahak-bahak kerana tidak tahan apabila Apy menamakan buku nota yang dipegangnya HIKAYAT CINTA. Apy pula menunjukkan reaksi yang pelik apabila dia diketawakan.

“Kenapa pula?” tanya Apy tidak faham dengan mereka berdua yang ketawakannya. “Apa yang melucukan? Kerana Hikayat Cinta, saya dapat hidup sampai kini tahu. Tanpanya mungkin hidup saya tak bermakna lagi.”

“Okey,” lelaki serius tadi bersuara setelah menarik nafas panjang. “Lupakan tentang Hikayat Cinta dan kita mulakan sesi temu duga yang terkendala tadi.”

“Baiklah,” Apy tersenyum mengangguk. Dia masih lagi ceria walaupun Azhar dan Rinazila masih lagi cuba menahan diri daripada ketawa.

“Cik Apy Elina. Cik tahu tak, jawatan apa yang cik sedang temu duga ini?” tanya lelaki itu yang kini memandangnya dengan serius.

“Tahu. Jawatan Jurulatih,” jawabnya.

Lelaki itu mengangguk dan menulis sesuatu di kertasnya.

“Jurulatih apa?” tanya Rinazila pula.

“Jurulatih Bola Keranjang,” jawab Apy Elina dengan bersungguh.

“Dan Cik Apy Elina tahu tak, semua calon yang datang tadi adalah lelaki?” tanya Azhar pula.

“Mestilah tahu. Takkanlah saya tak boleh bezakan lelaki dengan perempuan,” balas Apy Elina. Azhar dan Rinazila masih tersengih-sengih lagi.

“Kenapa Cik Apy Elina memohon jawatan ni?”

“Sebab saya suka dikelilingi oleh pemain bola keranjang yang kacak-kacak,” ujarnya sambil mengenyit matanya. Masing-masing memandangnya dengan pelik. Lelaki yang berwajah serius tadi sekali lagi menarik nafas lemah sambil mengurut-urut dahinya.

“Eh! Bukan-bukan!” pantas Apy Elina menafikannya sebaik sahaja dia menyedari apa yang dikatakan tadi. Dia kemudiannya menyelak Hikayat Cintanya. “Minat. Sebenarnya saya minat dengan permainan Bola Keranjang dan berharap suatu hari nanti saya dapat memimpin sebuah pasukan Bola Keranjang sehingga ke peringkat antarabangsa,” ujarnya dengan penuh semangat sambil menggenggam kedua tangannya tanda bersemangat.

“Maaf, buat pengetahuan Cik Apy, semua pemain bola keranjang di sini adalah Gay,” ujar Rinazila selamba. Serentak dengan itu Azhar memandangnya.

“Hah?! Betul ke?” tanya Apy Elina inginkan kepastian. Rinazila hanya sekadar menghadiahkan senyuman dan menganggukkan kepalanya. “Wah. Tak sangka ya. Satu kumpulan Gay. Memang sehati sejiwalah,” kata Apy yang seakan tidak percaya dengan apa yang Rinazila memberitahunya tadi.

“Okey, tutup pasal tu. Rina, jangan buat lagi,” tegur lelaki serius itu sambil memandang Rinazila di sebelahnya. Namun, Rinazila langsung tidak rasa gerun dengan teguran lelaki di sebelahnya itu tapi sebaliknya dia ketawa kelucuan.

“Cik Apy…,” dia menarik nafas lemah lagi. Rasanya inilah kali pertama dia hampir pecah kepala menemu duga calon untuk jawatan Jurulatih. “Berapa umur cik sekarang?” tanyanya yang sudah kehabisan idea hendak bertanya soalan. Hendak sahaja dia tamatkan sesi temu duga pada saat itu juga.

“Err… nanti jap,” dia menyelak helaian kertas pada buku nota yang diberi nama Hikayat Cinta. “Alamak, saya tak tulislah umur saya berapa di sini,” kata Apy Elina sambil menepuk dahinya. Namun, bukan Apy Elina sahaja yang menepuk dahi tapi Azhar dan Rinazila juga menepuk dahi masing-masing.

“Oh tak mengapa. Biar saya kira dulu. Saya lahir pada tahun 1981 jadi… 2009 ditolak dengan 1981 sama dengan….”

“28 tahun,” ujar lelaki itu.

“Ya! 28 tahun! Baru saya ingat. Saya berusia 28 tahun pada tahun ni,” pantas Apy Elina berkata. “Maaf, matematik saya memang selalu fail.”

“Okey, sampai di sini sahajalah sesi temu duga kita. Jumpa lagi.”

“Hah? Sudah habis? Cepatnya. Jadi, bila saya boleh mula bertugas?” tanya Apy Elina kepada mereka bertiga membuatkan ketiga-tiga mereka kelu tidak terkata.

“Err… keputusan akan diberitahu minggu depan,” pantas Rinazila memberitahu. “Kami akan telefon,” tambahnya lagi.

“Oh, kalau begitu saya akan tunggu. Terima kasih sebab sudi menemu duga saya,” dia menghampiri Rinazila dan menghulurkan tangan tanda ingin bersalam. Tanpa berlengah Rinazila menyambut tangan Apy Elina.

“Semoga jumpa lagi!” ujarnya.

“Ya. Semoga tidak berjumpa lagi,” Azhar bersuara perlahan.

“Oh, Azhar,” Apy Elina tiba-tiba berhenti melangkah dan berpaling. Azhar yang sedang mengumpatnya tadi, tersentak apabila namanya di panggil. “Semoga kaki awak cepat sembuh.”

Azhar hanya menggangguk dan setelah kelibat Apy Elina tidak kelihatan lagi, dia menarik nafas lemah. Badannya disandarkan dikerusi yang telah didudukinya selama 2 jam sepanjang tempoh sesi temu duga.


*******


“Kenapa dengan kau?” tanyanya apabila menyedari Alex ataupun nama sebenarnya Adam Alexander berdiam diri sejak dari tadi. Hendak kata Alex bengang dengan calon yang terakhir tadi tidak juga sebab Alex langsung tidak menunjukkan tanda-tanda akan hilang kawalan seperti selalu apabila dia sedang marah.

Tapi reaksi Alex sekarang seperti sedang berfikir sesuatu yang serius. Mungkin Alex kini sedang berfikir masa depan pasukan Bola Keranjang Kolej Lagenda yang diketuai olehnya sekarang. Atau mungkin Alex sedang berfikir siapakah yang paling layak mengisi tempat Jurulatih yang kosong sejak bulan lalu.

Semuanya gara-gara jurulatih mereka yang lama tidak tahan dengan sikap panas baran Alex yang tidak mahu mengaku kalah dalam setiap pertengkaran. Masalahnya bukan seorang jurulatih sahaja yang tidak tahan dengan sikap Alex tapi banyak jurulatih yang telah dilantik meletak jawatan kerana perkara yang sama.

“Aku harap ini kali terakhir aku terlibat dalam mencari jurulatih baru. Lagi sekali jurulatih yang kita akan lantik ini meletak jawatan, aku juga akan letak jawatan,” kata Rinazila sambil meletak di tengah-tengah meja beberapa helai kertas yang merupakan resume calon yang datang temu duga sebentar tadi.

“Kau dah cakap benda yang sama sejak awal tahun lepas tapi kau tak pernah nak kotakan janji kau,” balas Azhar dengan nada memerli. Rinazila hanya menjeling tajam.

“Okey, kita mulakan pemilihan jurulatih terbaru kita sekarang,” ujar Rinazila sambil menghulurkan sekeping resume kepada Alex selaku Kapten pasukan Bola Keranjang Kolej Lagenda. “Seperti yang sebelumnya, kita bertiga perlu memilih seorang calon yang dikatakan layak untuk memegang jawatan Jurulatih dan aku memilih En. Mohd Hairi Asran yang merupakan salah seorang jurulatih di gym. Aku rasa dia adalah orang yang sesuai sebab selain memiliki semangat keyakinan yang jitu, dia juga seorang yang tegas. Bekas pemain bola keranjang di sekolah lamanya. Jadi, dia tahu serba sedikit tentang sukan bola keranjang,” terang Rinazila kepada mereka semua.

Ada sedikit penambahan yang kau tak ceritakan tentang dia,” sampuk Azhan. Rinazila memandangnya dengan pelik. “Tubuh badannya yang cantik dan ototnya yang berketul-ketul,” ujar Azhar.

“Oh kau jealous?”

“Gila! Buat apa aku nak jealous?”

“Sebab tubuh badan kau langsung tak cantik dan otot kau tak berketul-ketul. Manakala perut kau buncit,” balas Rinazila yang tidak sah jika tidak bergaduh dengan Azhar dalam sehari.

“Aku rasa kau patut pergi beli cermin mata yang Betty pakailah. Cermin mata kau tu dah expired dah. Kena tukar. Tapi aku harap kau jangan tukar sebab kalau kau tukar, kau nampak aku macam Prince Charming dan tergila-gilakan aku pulak,” balas Azhar tidak mahu mengaku kalah.

“Hah!”

“Boleh tak kalau korang nak bergaduh tunggu aku pergi dari sini dulu?” Alex mencelah diantara perbualan mereka. Kemudian masing-masing menunjukkan mimik muka saling mengejek-ejek.

“Azhar, siapa yang kau pilih?”

“Hah! Dia sudah semestinya akan pilih perempuan tiga suku tu,” sindir Rinazila.

“Ha… inilah kali pertama kau teka dengan jawapan yang betul,” dengan pantas Azhar mengambil resume Apy Elina Mohd Nasir yang merupakan orang terakhir mereka temu duga tadi dan juga merupakan satu-satunya perempuan yang datang untuk mencuba nasib bagi jawatan Jurulatih.

“Kau dah gila,” Rinazila memandang tajam Azhar.

“Kau jealous.”

“Aku tak jealous! Tapi kau dah gila. Kau tahu tak perempuan tu tak betul sikit? Nak jadi jurulatih? Dia ingat jadi jurulatih macam cuci pinggan mangkuk? Dan tadi, aku dengar kau cakap ‘Semoga tidak akan berjumpa lagi’ pada calon ni.”

“Oh, aku dah ubah fikiran,” Azhar tersenyum sinis.

“Alasan?” tanya Alex yang terpaksa pekakkan telinga mendengar mereka berdua bertengkar. Sudahlah dia duduk di tengah-tengah.

“Pertama, sebab dia ni walaupun dua 8 tahun dari kita semua tapi aku rasa dia boleh berkomunikasi dengan baik terutama sekali dengan Alex,” dia menjeling memandang Alex di sebelahnya. “Aku tahulah keluarga Alex memang ada pengaruh dalam kolej ni sehingga semua jurulatih takut dengan dia. Dan sepanjang tahun lepas kita asyik mengambil jurulatih yang tegas sehingga hendak senyum pun tak boleh dan akibatnya, kumpulan kita kucar-kacir sebab sikap kebudak-budakan Alex yang panas baran sepanjang masa. So, aku rasa Apy Elina memang seorang yang terbaik sekali diantara calon-calon lain. Kita tak perlu pilih jurulatih yang tegas, badan berketul-ketul sebab kita pernah laluinya. Aku berani jamin, kalau kita cari yang jenis sama dengan sebelum ini, dia mungkin boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja,” terang Azhar dengan panjang lebar.

“Jadi, maksud kau walaupun Apy Elina ni langsung tidak pandai menguruskan pasukan bola keranjang, tapi dia seorang calon yang terbagus?” tanya Rinazila lagi. Azhar mengangguk.

“Oh, kau tahu tak? Inilah kali pertama aku rasa kau bercakap dengan penuh serius sekali dalam sesuatu perkara dan pertama kali juga aku rasa kau ni seorang yang bengap! Jangan nak libatkan panas baran Alex dengan pemilihan jurulatih! Alex tu memanglah panas baran dan kita semua tahu cuma jurulatih-jurulatih yang sebelumnya yang tak tahu macam mana nak berhadapan dengan orang macam Alex ni. Dan lagi satu, Alex adalah Gay, kau tak terasa ingin cari jodoh Alex yang tak kunjung tiba dengan mencari jurulatih yang satu spesies dengannya?” tanya Rinazila dengan selambanya.

“Bukankah kau cakap tadi, semua ahli bola keranjang kita ni adalah Gay. Jadi, Alex boleh pilih mana yang dia nak dengan hanya petik jari sahaja. Buat apa nak cari orang yang tua-tua nak dijadikan pasangan, betul tak Alex?” tanya Azhar pula sambil mengenyit matanya.

“Boleh tak kalau korang nak kutuk aku, tunggulah aku pergi dari sini dulu dan bukannya di depan aku,” balas Alex masih lagi meneliti resume-resume di hadapannya. Rinazila dan Azhar masing-masing menahan ketawa.

“So, kau pula pilih siapa?” tanya Rinazila tidak sabar lagi ingin mengetahui pilihan utama Alex. Masing-masing memandang ke arah Alex sambil menunggu dengan penuh sabar siapakah pilihannya. Dengan perlahan dia menarik resume ditangan Azhar.

“Takkanlah,” Rinazila seakan tidak percaya.

Yes!” seperti mengetahui apakah akan berlaku nanti, Azhar bersorak gembira.

“Aku pilih mak cik ni,” resume milik Apy Elina di letak di tengah-tengah meja. Azhar sudah bersorak-sorak gembira tidak henti-henti. Meluat pula Rinazila melihatnya. Hendak sahaja dia baling Azhar dengan botol air mineralnya itu.

“Kenapa?!”

“Anggap saja aku tak ingin curang dengan ‘kekasih’ aku,” ujar Alex sambil tersengih memandang Izwan, yang menghampiri mereka bertiga sambil memegang sebiji bola keranjang. Muhammad Izwan yang memiliki ketinggian lebih kurang dengannya iaitu 7 kaki 6 inci dan dia juga merupakan salah seorang pemain bola keranjang di kolejnya itu.

Pada saat itu, kedengaran keluhan berat dari Rinazila manakala Azhar di sebelahnya tidak dapat menahan ketawanya.

“Diorang memang gila!”


__________________________________________________________________________

Minta maaf sebab terlambat posting Hikayat Cinta ini. Ini adalah di sebabkan saya tidak kerap online dan tidak kerap menulis enovel lagi kerana sibuk dengan tugas. Buat pengetahuan pembaca semua, saya hanya ada masa mengarang enovel pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. So, kemungkinan saya akan posting enovel pada hari tersebut. Sekali lagi saya minta maaf sebab pada hari itu sahaja saya free.

22 si charming:

  1. nurulfzz berkata...:

    yes!!!kuar jgk cter baru..hehe
    leme bt0l sy tunggu
    nmpak cm best.
    smbung lg..(^_^)

  1. hehehe..
    at last...HC muncul juga yer..
    permulaan yang swt...
    nk lagiiii la ratu..

    *artic roses*

  1. adek berkata...:

    hahahah..
    cam best je n3 br..

    smbg2 lg

  1. DianaTakyuddin berkata...:

    akhirnye penantian berakhir..hehe

    permulaan die best r...
    lain dr lain...x sbr nk tgu smbgn die pg..hehe

  1. permulaan yg best..
    cpt smbg..
    :)

  1. N.A berkata...:

    assalamualaikum...
    best...
    teruskan...
    tunggu yg seterusnya...

  1. s.y.u.M.i.E berkata...:

    menarik..pandai ratu wat story..

  1. mysHelF berkata...:

    kikiki....
    klaka arhhh cter ni...
    x kn sume player 2 gay kot???
    nway, mmg pmulaan yg best....
    nti smbung pnjang2 k.....

  1. nurhakim berkata...:

    best...
    dh lm tnggu n3 nvel ratu..
    akhirnya de gak..
    thnks ratu..
    cpat2 smbng tau..huhu

  1. ceritaku MEMORIKU berkata...:

    best2.
    suke2
    smbung2
    baru epi 1 dh best.
    huhu
    -na'dz

  1. waaaaahh..akhirnye,,
    hehe..
    kak ratu wat cite pasal gay plak...
    ske2...
    besh2...
    smbung cpat2..

  1. Nur Eyta berkata...:

    Salam ratubulan...

    Sebuah cerita yang menarik... Tk sbr menunggu n3 seterusnya... Sebuah pasukan bola keranjang yang kesemua anggotanya adalah gay... Dalam sejarah nie...Sy suka sika selamba Apy... Umur sendiri pun dier tk ingat...

  1. Ai berkata...:

    salam..
    kak ratu smbung ag..
    best bangat..
    (aku ingatkn hikayat cinta 2 ape yer.. rupe yer buku.. adeh tertipu aku..!!)

    Peace.. :p

  1. tzaraz berkata...:

    Hahaha..cite pasal gay lak ek..
    Apa pun..apy tu klakar...

  1. Shima Awang berkata...:

    permulaan yg baik hehehe..teruskan..

  1. Mohd Fahmi Bakar berkata...:

    wo! 7 kaki 6 inci, itu dah lebih kurang sama dengan ketinggian manusia tertinggi di dunia (http://en.wikipedia.org/wiki/Bao_Xishun). biar betul! Orang melayu average lelaki yang aku tau 1.70 je. si Izwan ni ada kacuk mana2 bangsa lain ke? Satu lagi main basket minimum 5'8 pun dah boleh main. Sorry kalo penulis marah ditegur, cuma rasa macam tak berapa nak logik disitu.

  1. aqilah berkata...:

    bestlah ratu, i like it so much! keh.....

  1. bidadari cinta berkata...:

    hai..kak ratu! bestn citer HK ni..lama gak nanti n3 baru..tapi rupenye dh lama masuk..suke watak apy..sbb nama sendiri pun tak ingt.umur pun lupe..tp ader ke org mcm tu erk??

  1. riena berkata...:

    besnyer . xsbr nk tggu n3 bru. teringat kt jerry yan (dong fang xiang )lam hot shot bila bc novel nih . :D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wow!! memang tinggi tue smpai 7'6.. tk logik.. i yg tgi 5'8 ni paras bahu ngan abg i tgi 6'3 tue.. wahhh.. tk dpt byngkan i ngan c izwan tu tinggi dia paras pe.. mybe pinggang kot.. lol..

    p nvrmind.. janji best ceta nie.. ehehe.. **peace**

  1. ..G a R a P p U.. berkata...:

    kak.. ni mmg best.. mule2 gelak abiz.. pas tu sedeyh,,, best...
    ni de jual kat pasaran ta??

  1. khadamqenah97 berkata...:

    boleh saya nak order buku dekat akak?sbb sy email x dptlah..boleh bukak kedai lgi ke tak kak nurfa?sy nak buku romeo yang hilang danprince charming tu..susah lah nak cari sbb dh lama

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages