18: TEORI

Kata Hikayat,

Kemenangan bukanlah bukti dia seseorang jurulatih yang terbaik tapi jurulatih terbaik adalah seseorang yang bijak mengawal pemainnya.

Pagi-pagi Sabtu lagi kesemua ahli kelab bola keranjang yang terdiri daripada 10 orang ahli berkumpul di gelanggang seperti yang telah dimaklumkan dua hari yang lepas. Hari ini juga adalah hari pertama Apy Elina akan mengadakan sesi latihan bersama-sama dengan mereka semua. Sengaja dia memilih hari tersebut kerana dia difahamkan tiada kuliah setiap hari Sabtu dan Ahad.

Alex melihat jam tangannya. Tepat jam 9 pagi tapi jurulatihnya masih lagi tidak kelihatan. Dia menghela nafas panjang duduk di bangku penonton sambil mendengar MP3 tanpa memperdulikan rakan-rakannya yang lain memanaskan badan dengan bermain di gelanggang bawah sana.

“Kau fikir apa?” tanya Izwan kepada Alex yang dilihat asyik merenung rakan-rakannya bermain bola keranjang di bawah sehinggakan dia duduk di sebelahnya pun, Alex tidak perasan.

Earphone di telinganya ditanggalkan. Soalan Izwan tadi didengari dengan jelas walaupun dia mendengar lagu.

“Mana kau kenal dia?” tanya Alex tapi matanya masih lagi memandang rakan-rakannya di bawah sana. Izwan tenang walaupun dia tahu siapakah ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Alex. Tidak lain dan tidak bukan jurulatih barunya itu, Apy Elina.

“Terjumpa secara tak sengaja di gelanggang yang selalu aku berlatih,” jawabnya tanpa bersembunyi lagi. Namun, dia hairan bagaimana Alex boleh tahu tentang perkara tersebut. Jurulatihnya beritahu semasa temu dugakah? Atau…. Dia berpaling memandang Alex yang masih lagi senyap.

“Macam mana kau tahu?” tanya Izwan inginkan jawapan.

“Kau langsung tak tanya kenapa aku pilih dia sebagai jurulatih,” kemudian Alex memandangnya. Bibirnya terukir senyuman pendek.

“Aku yakin dia boleh jadi jurulatih yang hebat. Dia mungkin perempuan tapi dia bukan lemah,” ujar Izwan.

“Betul,” sokong Alex. “Semasa berlawan dengannya tempoh hari, aku di asak teruk. Tak pernah dalam hidup aku di asak seteruk itu walaupun dalam perlawanan sekali pun. Dan teori-teorinya, kadang-kala buat aku terfikir sehingga sekarang.”

“Dia akan buat kejutan, Alex.”

“Huh! Maaf semua!” jerit Apy Elina yang tercungap-cungap kepenatan melangkah masuk ke dalam dewan. “Maaf, saya tertinggal bas tadi!”

“Tapi… kau kena tahan dengan perangainya yang kebudak-budakan,” ujar Izwan lagi melihat jurulatihnya yang terduduk kepenatan di tepi gelanggang. Alex tersenyum kecil.

“Hey, kau rasa, dia tertinggal bas atau dia yang tinggalkan bas?” tanya Alex memandangnya dengan penuh erti. Kedua mereka kemudiannya tersenyum lucu seperti sudah mengagak jawapannya.

“Baiklah, mungkin ada diantara anda semua yang masih lagi tak pernah berjumpa dengan saya dan mungkin ada yang pernah jumpa dengan saya. Biar saja perkenalkan nama saya sekali lagi. Nama saya Apy Elina. Berusia 28 tahun. Masih lagi single and available tapi malangnya saya lebih sukakan lelaki yang matang. So, jangan takut, saya takkan mengorat lelaki yang lebih muda dari saya,” matanya menjeling pandang seorang demi seorang pemainnya sambil sebelah tangannya memegang bola jingga.

“Jadi, ada soalan?” tanyanya.

Salah seorang dari mereka laju mengangkat tangan.

“Red Yazid,” dia menyebut nama lelaki itu. Walaupun ini baru pertama kali dia berjumpa dengan pemain itu tapi dia sudah menghafal nama dan wajah setiap orang anak buahnya. Semua maklumat dan data pemain sudah berada di dalam kepalanya.

“Satu soalan, kalau dulu jurulatih lelaki kami memanggilnya dengan panggilan Coach tapi sekarang jurulatih perempuan… jadi, nak panggil Coach juga ke?” tanya Red Yazid.

“Hah! Soalan yang bagus. Semalam saya baru saja terfikir soalan ni. Jadi, ada apa-apa cadangan?”

“How about ‘Mak Cik’?” Alex tersengih.

“Shut up, Baby Boy!” balas Apy Elina memang pantang orang memanggilnya mak cik. Masing-masing berbalas pandangan. Izwan yang duduk di sebelah Alex dan rakan-rakannya yang lain mula merasakan ada aura panas di sekeliling mereka.

“Err… bagaimana dengan ‘Cikgu’?” entah dari mana idea itu singgah di kepalanya. Apa yang pasti dia sengaja hendak mengalih tumpuan mereka berdua dari tercetusnya peperangan lagi.

“Cikgu?” ulang Apy Elina sebaik sahaja mendengar idea dari Izwan. Kemudian dengan perlahan bibirnya terukir senyuman manis. “Izwan, tak sangka kita berfikiran sama! Memang pun saya terfikir gelaran ni lagipun dulu memang saya teringat sangat nak jadi cikgu tapi memandangkan saya ni takut terjatuh cinta dengan pelajar saya, saya lupakan impian saya ini,” ujar Apy Elina membuat wajah comelnya.

“Tolonglah,” keluh Alex meluat pula melihatnya. Apy Elina menjeling tajam. Kalau diikutkan hendak saja dia baling bola ditangannya ke muka lelaki angkuh itu.

“Err… okey kami setuju,” pantas Leo bersuara apabila aksi balas membalas pandangan maut berlaku lagi. Mengerti dengan tujuan Leo bersuara, kesemua mereka kecuali Alex bersetuju dengan cadangan Izwan tadi. Serentak dengan itu, Apy Elina sekali lagi mengalih perhatian. Kalau diikutkan hati yang membara sampai kesudahpun marahnya terhadap Alex tidak akan reda. Lebih baik dia buat tidak endah saja. Dan kalau Baby Boy yang angkuh itu bersuara lagi tahulah apa yang akan dibuatnya nanti.

Namun, bersedialah untuk disingkirkan, Adam Alexander!

“Okey, agenda seterusnya. Ada tiga sebab kenapa saya panggil kamu berkumpul pada hari ini. Pertama, sebab saya nak berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan pemain The Legend walaupun saya sudah tahu setiap nama kamu semua. Apa yang saya difahamkan, The Legend mempunyai 10 orang ahli yang aktif dan selalu mengikuti perlawanan yang diadakan. The Legend terdiri dari 2 kumpulan iaitu kumpulan rasmi dan kumpulan pelapis. Kumpulan pelapis terdiri dari pelajar-pelajar junior; mereka adalah Redzwan Yazid ataupun Red Yazid, Shahrul Azwat atau Panjang, Zamarul Hisham atau Zack, Muhd Wahid atau Wawa dan Mohd Haiqal.

Manakala pemain rasmi pula terdiri daripada pelajar-pelajar senior. Juga terdiri dari lima orang. Muhammad Izwan, Leonardo Teoh, Syed Azhar, Khairul Fadhil dan,” matanya memandang tepat ke arah Adam Alexander. “… dan Baby Boy,” dia tersenyum sinis manakala Alex masih lagi dengan muka tidak puas hati.

“Itu yang pertama,” pantas Apy Elina mengalih perhatian. “Yang kedua, saya dapat satu panggilan semalam. Panggilan dari jurulatih pasukan New Angle. Dia menyatakan hasrat untuk berlatih bersama-sama dengan mengadakan perlawanan persahabatan dan saya telah setuju,” beritahunya lagi.

“Mereka memang selalu ingin adakan latihan bersama dengan The Legend,” ujar Leo yang petah berbahasa Melayu. “Terutamanya apabila mereka dapat tahu ada jurulatih baru melatih The Legend.”

“Ya. Saya tahu tentang tu,” dia sememangnya sudah mengetahui perkara itu sejak awal lagi. Selepas En. Nazri selaku jurulatih New Angle menyatakan hasratnya, dia segera membuat sedikit rujukan tentang pasukan tersebut. “Saya juga tahu bahawa The Legend dan New Angle saling bersaing untuk jadi pasukan handal. Dari 9 perlawanan yang berlangsung selama ini, The Legend memenangi 7 perlawanan dan kalah dalam 2 perlawanan sahaja. Hebat juga.”

Alex sekadar tersengih. Apy Elina pula sekadar menjeling.

“Tapi jangan ingat kamu dah kalahkan mereka sebanyak 7 kali kamu dah beranggapan kamu hebat,” tambahnya lagi. “7 perlawanan yang kamu semua menangi hanyalah perlawanan persahabatan dan kalah dalam perlawanan peringkat akhir dengan mereka. Rekod tak bermakna apa-apa.”

Ada sebab kenapa kami kalah,” Khairul pula bersuara.

“Sepatutnya tiada sebab untuk kalah,” balas Apy Elina pula. “Bola Keranjang memang satu permainan tapi itu tak bermakna kamu semua boleh bermain dengan sesuka hati. Ada dua peraturan saja. Bermain untuk menang dan bermain untuk pasukan. Tiada sebab kita bermain untuk kalah,” tambahnya lagi.

“Yang ketiga, untuk pertandingan persahabatan kali ini, saya akan tentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak untuk beraksi dan sesiapa yang terpilih untuk berada di lima yang terbaik perlu mendengar semua nasihat saya di mana saya akan kawal semuanya, termasuklah dengan siapa awak semua dating,” Apy Elina tersenyum sinis.

“Hah?” semua tercengang kecuali Alex yang berpura-pura tidak mendengar.

“Apa kena mengena pergi dating dengan pertandingan ni?” balas Red Yazid pula tidak puas hati.

“Dating dengan perempuan memang saya tak kisah tapi dating dengan lelaki… agak parah sedikit,” Apy Elina sekali lagi tersenyum sinis. Kemudian masing-masing menjeling pandang Alex yang sedang mengira lampu-lampu di atas. Mungkin mereka patut berterima kasih kepada Alex kerana mewujudkan sebuah pasukan gay dengan menghadiahkan sebungkus nasi lemak kepadanya. Barulah semuanya puas hati.

“Dan orang pertama yang layak untuk beraksi dan boleh juga dikatakan malang adalah Baby Boy!” Apy Elina bersorak gembira sambil bertepuk tangan. Alex langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi malah berlagak seperti biasa.

‘Mak cik ni, bukan boleh percaya. Nampak macam ada muslihat saja. Tak mengapa, tunggu dan lihat apa yang dia boleh buat selepas ni,’ hatinya berbicara sendirian.

‘Adam Alexander, selepas ni aku akan dera kau sehingga kau terbaring di katil wad… err… itu tak kejam… apa kata katil wad rawatan rapi?’ hatinya ketawa kejam.

Masing-masing balas membalas pandang.



Tepat jam 12 tengah hari latihan ditangguh sebentar mengikut jadual yang telah tersedia. Latihan insentif akan bermula jam 2 petang. Ini bermakna semua pemain mempunyai masa 2 jam untuk makan tengah hari, sembahyang ataupun dating… itupun kalau sempat.

‘Lancarkan misi besar-besaran sekarang!’ hatinya menjerit riang.

Apy Elina mengatur langkah menghampiri Alex yang menjaringkan bola ke dalam keranjang. Pemain yang lain sudahpun meninggalkan gelanggang kecuali Izwan, Leo, Azhar dan Wawa. Masing-masing mahu berehat sebentar untuk hilangkan penat.

“Hey Baby Boy,” sapa Apy selamba.

Dia berpaling.

“Lepas rehat nanti saya akan ajar kamu bagaimana nak bermain bola keranjang.”

“Cikgu ‘melamar’ saya?”

“Lebih kurang macam tulah,” Apy Elina tersenyum lebar walaupun Alex menekan gelaran ‘cikgu’ dengan sindiran. Satu kenyitan mata di hadiahkan kepada Alex sebelum dia mengatur langkah berlalu dari dewan gelanggang.

“Hisy, tak faham aku. Dulu masa dapat jurulatih lelaki, kau selalu juga bergaduh dengan diorang. Aku ingat bila dah dapat jurulatih perempuan perang dah berakhir tapi lagi menjadi. Tak fahamlah. Kau nak kami lantik jurulatih pondan pula ke barulah peperangan kau dengan jurulatih tamat?” Leo selamba bersuara.

“Aku tengah pelik tahu tak?” Alex menjeling tajam.

“Pelik?”

“Pelik atau takut?” celah Wawa pula tersengih-sengih.

Bola ditangannya di baling ke arah Wawa. Lelaki tinggi lampai itu pantas menyambutnya. Dia tersenyum. Nampaknya dia tahu jawapan soalannya itu. Mereka kemudiannya berlalu pergi ke cafeteria yang berdekatan dengan dewan gelanggang. Walaupun hari Sabtu tiada kuliah tapi ramai juga penuntut-penuntut Kolej Lagenda melepak makan tengah hari di situ. Kolej Lagenda memang tidak pernah lenggang dengan pelajarnya walaupun hari Ahad sekalipun kecuali cuti semester.

Di situ mereka bertembung dengan Khairul, Panjang, Red Yazid dan Zack yang sudah terlebih dahulu mengatur langkah ke sana. Tidak lama kemudian Rinazila datang dari perpustakaan menyertai mereka semua untuk makan tengah hari.

“Kau nak burger ke?” tanya Izwan selalu bertindak sebagai pelayan cafĂ© untuk Alex. Alex sekadar mengangguk. Tanpa berlengah lagi dia berlalu untuk membuat pesanan.

“Makan burger?” entah dari mana Apy Elina menyapanya yang hampir beberapa minit menunggu burger di masak oleh Abang Lan. “Sepatutnya lepas latihan makanlah makanan yang berkhasiat dan membekalkan tenaga seperti nasi putih,” tegurnya.

“Tak. Burger ni untuk Alex.”

“Oh untuk putera raja tu,” Apy Elina mengangguk faham. “Cikgu dengar kamu kawan baiknya, betul ke?”

Izwan mengangguk tersenyum.

“Kalau begitu, cikgu nak minta maaflah.”

“Minta maaf?”

Apy Elina tersenyum meleret. Senyuman bermakna sebelum mengatur langkah ke gerai Pak Mat memesan sesuatu. Izwan pula terus ke tempat mereka semua berkumpul. Riuh rendah dengan suara mereka yang pantang berjumpa pasti ada sahaja yang dibincangkan. Ahli kelab bola keranjang memang jarang dapat berjumpa beramai-ramai. Selalunya sewaktu latihan tidak ramai yang dapat hadir kerana terikat dengan tugas harian sebagai seorang penuntut kolej dan kebetulan pula hari ini mereka semua terpaksa kosongkan jadual untuk perjumpaan kelab atas arahan jurulatih baru.

“Huh! Lapar! Lapar!” tiba-tiba sahaja dengan tanpa diundang, Apy Elina dengan wajah tidak malu menolak Izwan dan Alex dan duduk di antara mereka berdua. Sepinggan nasi putih berlauk ayam masak merah dan sayur campur di letak di atas mejanya di antara Alex dan Izwan.

Suasana yang meriah tadi menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas yang di pasang di atas siling. Masing-masing tidak bersuara atau dengan kata lain, tidak mampu hendak bersuara.

“Kenapa? Korang ni macam nampak hantu saja,” Apy Elina pelik. Dia memandang wajah Izwan di sebelahnya yang sedikit cuak dan kemudian memandang Alex yang… tiada langsung perasaan. “Oh, cikgu pisahkan kamu dengan kekasih kamu?” sindir Apy Elina yang sudah banyak mendengar kisah cinta Alex dan Izwan.

“Cikgu… nasi…,” Panjang bersuara tersekat-sekat.

“Kenapa dengan nasi? Tak pernah tengok orang makan nasi ke?” dia pelik. Kemudian masing-masing menggeleng. “Ah, sudahlah. Sebenarnya, nasi ni cikgu beli khas untuk Baby Boy,” burger ditangan Alex dirampasnya dan sepinggan nasi yang dibelinya tadi di tolak di hadapan Alex.

“Hah?” Alex memandang jurulatihnya.

“Bukankah cikgu dah kata, sesiapa yang terpilih untuk beraksi untuk perlawanan persahabatan dengan New Angle mesti ikut semua nasihat cikgu termasuklah bab gaya pemakanan kamu,” katanya.

Ada ke?” Zack bertanya. Rakan-rakannya hanya mengangkat bahu.

“Cikgu kata ‘semua’ nasihat bukan?” jawab jurulatihnya.

Alex terdiam. Wajahnya sedikit cuak.

“Tapi cikgu,” Izwan bersuara. Terhenti.

“Alah makan nasi je. Bukannya cikgu suruh dia makan benda yang tak halal,” pantas Apy Elina bersuara. “Betul tak Baby Boy?” dia tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat.

Alex tidak berkata sepatah pun. Sebaiknya kedua tangannya laju mencapai sudu dan garfu sebelum menjamah nasi campur yang dibeli oleh jurulatihnya tadi. Mereka yang turut berada di situ hanya menyaksikan peristiwa hari ini dalam sejarah tanpa bersuara.

“Makan sampai habis tau. Nanti tak de tenaga pula nak lawan cikgu,” Apy Elina tersenyum lagi. Dalam hatinya, dia bersorak gembira. Akhirnya, masuk perangkap juga.

Kedua sudu dan garfu ditangannya diletak tidak beberapa lama kemudian. Semua mata yang memandangnya seakan tidak percaya. Hanya dalam beberapa minit sahaja Alex dapat menghabiskan sepinggan nasi putih yang banyak tadi. Wawa beberapa kali menggosok matanya. Masih lagi tidak percaya.

“Puas hati?” kata Alex menjeling tajam. Dia kemudiannya mencapai beg sandangnya sebelum berlalu dari situ.

Pinggan yang kosong tanpa sebutir nasi yang dimakan oleh Alex tadi di ambil Leo yang juga tidak percaya.

“Alex makan nasi?” Leo bersuara inginkan kepastian.

Tanpa bersuara Izwan mencapai begnya mengikuti langkah Alex yang sudah berlalu pergi.

“Kenapa korang pelik sangat?” tanya Apy Elina sambil mengunyah burger Alex tadi tanpa berasa bersalah.

“Alex… dia…,” suara Azhar tersekat-sekat.

9 si charming:

  1. Princess berkata...:

    ahaks..pdan muka si alex..

    tpi...knape semua plek sngt bla alex mkn nasi?? dye x prnah mkn nasi ke??

    or alergi?? hahaha~ yg best nye.. apy tu pndai la kwal si alex n semua ahli bole krnjng..

    bila stiap kli bce n3 bru..msti sronok tau..nk lgi kak nurul..
    best sngt..

    yahooooo..kena kn alex ckup2.. yeah!!!

  1. Ara Maisara berkata...:

    yahooo..pdn muka si alex.. tu la sombong sngt..kn dh kena.. hahaha

    pape pon.best la citer ni kak ratu..nk lgi tau..

    sronok sngt bce citer tntng bola krngjng ni..hehehe..

    cam ni..nk suke la citer bola knjng ni..hahaha

  1. sirap oren berkata...:

    wah...nak lagi kak ratu. saya akan sabar menunggu

  1. anis berkata...:

    suka la tengok si alex ngan elina.
    comel je.
    asal ek alex x makan nasi .
    dia alergik nasi apa?

    ecxited je baca cite nih ..
    comel comel comel ..

    walopon baca cite ni wat kan anis teringat cite tv ..
    tp x pe la.. lain gak ..

  1. Lieza berkata...:

    alamak.. nape ngan alex? ape jadi pas nih? dia x bleh mkn nasi ke? huaaaaa ce[at sambung...

  1. Aidanna berkata...:

    apa dieeeee...
    cepattttttttt sambungggggggggg..
    waaaaaaaaaaaaaa....
    cepat2..

  1. Sue berkata...:

    alex dah kena ngan elina...
    apa yg berlaku pas nie yea..?

    hehe~~ tak sabar nak tau coter selanjutnye...

    bkn ker apy elina tahu yg alex x blh mkn nasi? sengaja lah tu.... :)

  1. agent_sesat berkata...:

    best...
    x sabar2...
    smua org ternganga tgk Alex mkn nasi...
    naper nasi ehh??
    hehehhee...
    x sabar nak tahu...

  1. in_an berkata...:

    alamak knp alex x blh mkn nasi..
    ish x sabar nak tau

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages