Romeo yang Hilang: Bab 21

ROHANA meletakkan secawan kopi di atas meja bosnya. Sejak dari tadi dia asyik melihat bosnya itu mengulangi rakaman video semalam. Entah apa yang difikirkannya, dia sendiri tidak pasti.
Ada yang tak kena lagi ke?” tanya Rohana.
Apy Elina mengeluh panjang.
Banyak,” jawabnya. “Cuba kamu fikir, kenapa dia nak ceroboh masuk Arena dan lawan pemain kebangsaan?”
Sebab dia nak berlagak. Mungkin juga dia dah bosan dengan hidupnya. Huh, nasib baik dia hebat, kalau tak memang satu Malaysia ketawakan dia.”
Saya pun fikir macam tu juga pada awalnya tapi macam ada sebab lain…”

Apa dia?”
Apy Elina menggeleng kepala. Buat masa ini dia tiada jawapan lagi. Dia juga buntu mencari jawapan sebenar. Hanya penceroboh itu mempunyai jawapan sebenar. Oleh itu dia perlu dapatkan jawapan itu daripadanya.
Err… Puan ada apa-apa hal lagi? Kalau tak ada saya nak uruskan kerja saya,” ujar Rohana ingin meminta diri.
Tak ada. Awak boleh teruskan kerja awak,” balasnya.
Setelah Rohana berlalu keluar, Apy Elina segera mencapai telefon bimbitnya. Jari-jemarinya laju mencari nombor telefon seseorang dan menghubunginya. Dengan satu dua deringan, panggilannya disambut seseorang.
Assalamualaikum Apy,” sahut suara Darina di hujung talian.
Waalaikumsalam,” jawabnya mesra. “Kau apa khabar?”
Alhamdulillah. Makin sihat. Danish pun sama. Baru-baru ni dia ada tanya pasal kau. Bila nak datang sini lagi dan yang penting bila Danish nak ada kawan?”
Apy Elina hanya ketawa. Dia faham benar makna di sebalik soalan Darina tadi. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti hendak bertanya tentang anak. Layankan sajalah.
Cakap dengan Danish, dia masih belum layak dapat kawan lagi. Apa boleh buat, masih bukan rezekinya,” balasnya.
Opss…”
Darina, aku perlukan bantuan kau,” ujarnya segera kembali serius.
Kenapa? Macam ada apa-apa dah berlaku saja…”
Ada orang ceroboh masuk Arena semalam,” dia segera berterus-terang dengan Darina. Lagipun Darina patut tahu kerana Darina merupakan pemegang saham terbesar dalam Arena. Dengan kata lain Darina adalah bosnya. Jadi, Darina ada hak untuk tahu.
Arena diceroboh? Pelik. Sejak bila Arena menjadi tempat simpanan jongkang emas?” tanya Darina hairan. “Kau tak apa-apa?”
Bertenang. Bukan apa yang kau fikirkan. Penceroboh tu hanya masuk dan bertarung dengan pemain bola keranjang kebangsaan yang kebetulan adakan latihan di sini,” terangnya seringkas mungkin.
Sunyi. Tiada reaksi daripada Darina. “Double pelik,” kata Darina sepatah.
Lagi pelik. Penceroboh itu hanya seorang lelaki. Dan dia kalahkan sepuluh orang pemain kebangsaan dalam masa tak sapai 10 minit,” tambahnya lagi.
Itu bukan pelik lagi tapi ajaib. Macam mana pemain kebangsaan boleh kalah dengan seorang lelaki? Apa motif dia ceroboh masuk ke Arena dan bertarung dengan pemain kebangsaan?” soal Darina bertubi-tubi.
Itu yang aku cuba cari jawapannya tapi jumpa jalan buntu…”
Jadi, kau nak siasat hal ni?” soal Darina.
Apy Elina mengangguk. “Betul. Aku takkan hidup tenang selagi tak tahu siapa orang itu dan kenapa dia ceroboh masuk ke dalam Arena. Dia mesti ada motif lain selain kalahkan pemain kebangsaan.”
Kenapa?”
Sebab banyak aku nak tanya dia. Mana dia belajar main bola keranjang dan siapa yang ajar dia main bola keranjang. Jadi, aku perlukan bantuan kau. Kau mesti kenal seseorang yang boleh siasat hal ini, bukan?”
Baiklah. Aku akan tolong,” jawab Darina tanpa ragu-ragu lagi.
Terima kasih Darina. Aku akan hantar maklumat tu pada kau nanti. Satu lagi permintaan aku. Boleh tak rahsiakan hal ini daripada sesiapa? Ini antara kita berdua. Tak ada sesiapa yang patut tahu dalam hal ini termasuk suami aku.”
Kenapa? Dia tu suami kau. Dia ambil berat tentang kau…”
Aku tahu. Aku akan beritahu dia nanti tapi buat masa ni, tolong jangan beritahu Adam. Pak cik tu… dia mesti akan mengamuk kalau aku buat kerja di belakang dia. Tapi kalau aku tak buat macam ni, aku ada naluri yang dia pasti hentikan apa yang aku rancang ini.”
Baiklah. Aku faham. Tapi aku nak nasihatkan, jangan bertindak seorang diri kalau kau rasa ada bahaya.”
Aku tahu. Terima kasih.” Tidak lama kemudian, dia menamatkan panggilan itu dan berharap Darina akan memegang janji itu. Walau apa pun, tetap ingin mencari jawapannya seorang diri. Dia tahu, budak lelaki yang menceroboh itu pasti ada kena mengena dengan suaminya!

 “INI maklumat tentang budak yang kau suruh siasat tu,” kata Darina sambil menghulurkan sekeping sampul surat bersaiz A4 kepada Apy Elina pada pertemuan mereka petang itu.
Tanpa berlengah lagi, Apy Elina menyambut sampul surat itu dan segera membukanya. Dia membacanya sekali imbas.
Namanya Azril. Seorang yatim piatu. Membesar seorang di jalanan. Menurut penyiasat aku, maklumat dia paling susah nak dapat sebab tak ada sumber-sumber yang dipercayai. Kau faham sajalah kehidupan budak jalanan. Tapi mujur dia selalu lepak main bola keranjang di satu tempat. Jadi, itu saja yang aku boleh tolong,” terang Darina.
Tak mengapa. Ini pun sudah cukup. Selebihnya aku akan usahakan sendiri.”
Apa kau nak buat seterusnya?” soal Darina.
Aku takkan suruh kau siasat kalau hanya nak simpan maklumat ni di bawah katil,” balasnya sambil memerhati gambar-gambar yang ditangkap curi. Semuanya gambar-gambar Azril sedang bermain bola keranjang. “Jadi, dia bukan saja budak jalanan tapi pemain bola keranjang jalanan.”
Pemain bola keranjang jalanan?”
Seorang yang ada skil dalam sukan bola keranjang tapi lebih suka buat hal sendiri. Tak berminat nak sertai mana-mana team profesional. Macam lumba haram. Macam-macam skil yang mereka ada tapi langsung tak memanfaatkan kelebihan mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Kadangkala mereka akan mengadakan perlawanan dengan kumpulan lain. Aku pernah tengok sekali perlawanan samseng bola keranjang ni. Kejam. Langsung tak ada peraturan dan berbahaya,” terangnya.
Tak hairanlah semua pemain kebangsaan boleh kalah,” balas Darina. Kopi panas itu dihirupnya sedikit.
Bukan sebab itu mereka kalah,” balasnya penuh yakin.
Darina mengerut dahi.
Aku dah lihat rakaman tu berulang kali. Dia mungkin samseng bola keranjang tapi cara dia lawan pasukan kebangsaan bukan seperti samseng. Sebab tulah dari awal lagi aku tak dapat nak pastikan dari mana dia datang. Boleh jadi, dia merupakan pemain daripada pasukan profesional yang lain. Masa tu, dia tak bermain dengan kasar. Langsung tak nampak yang dia seorang samseng.”
Kalau dia samseng bola keranjang, kau dah dapat motif sebenar dia. Dia kebosanan dan teringin nak mencabar pemain profesional. Habis cerita.”
Aku harap macam tu tapi aku ada alasan tersendiri kenapa aku nak jumpa dia dan tanya dia tentang hal ini. Aku takkan berhenti selagi aku tak dapat jawapan yang aku mahu.”
Darina tiba-tiba tersenyum.
Kenapa?” tanya Apy Elina.
Betullah cakap arwah Daniel dulu. Kalau kau dah jumpa satu misteri, tak akan ada satu misteri pun akan tinggal misteri.”
Tapi… hanya ada satu misteri yang aku masih belum dapat jawapannya.”
Apa dia?”
Apa hubungan arwah Daniel dengan Adam?”
Hubungan?” soal Darina kurang mengerti.
Yalah. Hubungan. Daniel dan Adam. Kau tak rasa mereka ada hubungan ke?” soal Apy lagi.
Cara kau cakap macam… mereka berdua ada hubungan sulit,” lambat-lambat Darina bersuara.
Ini lebih daripada hubungan sulit. Cuba kau fikir, kenapa Daniel amanahkan projek Arena kepada Adam? Kenapa bukan orang lain? Sedangkan masa tu Adam belum ada apa-apa pengalaman nak buat projek besar begini kecuali duit. Yang lagi pelik, macam mana Daniel tahu aku ada jodoh dengan Adam sedangkan masa tu… aku sendiri pun tak pasti dengan perasaan aku. Kau tak rasa pelik ke?”
Tak,” Darina menggeleng.
Jangan-jangan kau pun cuba rahsiakan sesuatu daripada aku,” Apy Elina menjeling semacam. Mustahil orang cerdik pandai seperti Darina ini langsung tak pernah terfikir tentang soalan itu. Itu soalan logik akal.
Tak ada apa nak dirahsiakan. Macam kau kata tadi. Memang Adam belum ada apa-apa pengalaman masa tu tapi dia ada duit. Dengan duit semuanya boleh jadi. Tambah lagi Adam satu-satunya orang yang dia dan kau kenal. Kalau dia serahkan kepada orang yang kau sendiri tak kenal, dia takut projek tu tak menjadi atau bertukar jadi projek lain. Mungkin waktu tu, arwah hanya percaya pada Adam,” jawab Darina.
Apy Elina mengeluh panjang. Apa yang Darina kata tadi ada benarnya. Mungkin dia terlampau memikirkan hal ini selama ini. Tapi jauh dari sudut hatinya dia tetap merasakan ada rahsia di sebalik itu.
Tapi Apy… kalau kau betul-betul nak jumpa budak tu, aku sarankan, lebih baik kau beritahu suami kau pasal ni,” ujar Darina kembali ke topik asal.
Kenapa?”
Bahaya. Kau sendiri tahu dia berkawan dengan samseng. Takkan kau nak pergi jumpa dia seorang diri? Sekurang-kurangnya kau patut beritahu suami kau.”
Apy Elina mengeluh lagi. Beritahu Adam? Dengan alasan apa yang dia perlu bekalkan nanti? Adam memang serius kalau dalam bab ini. Lagi-lagi kalau orang yang dia ingin dia jumpa ini bercampur gaul dengan samseng jalanan. Sama bahaya dengan orang kongsi gelap. Itu sudah pastinya suaminya tidak akan benarkan.
Pak cik tu pasti takkan benarkan aku jumpa budak tu. Lebih baik kalau dia tak tahu,” balasnya, nekad membuat keputusan.
Apy, dia suami kau. Kau bukan lagi jurulatih dia. Taraf dia lebih tinggi daripada kau. Kau faham bukan konsep suami isteri? Dosa dan pahala? Ini… bukan keputusan yang kau kena buat seorang diri.”
Aku tahu. Tapi apa kurangnya suami aku. Dia banyak berahsia daripada aku, buat keputusan tanpa merujuk pada aku dulu. Aku juga tahu dia senyap-senyap upah orang untuk pastikan aku selamat tapi apa salahnya kalau berterus-terang?” luahnya yang sudah lama tersimpan di hati.
Dia buat macam tu sebab dia sayangkan kau. Kau mesti tahu, bukan?”
Itu aku tahu…”
Sekurang-kurangnya kau tahu yang dia sayangkan kau. Dia tak nak kau risau. Berikan dia masa. Tapi sekarang, ini masa kau. Jangan ikut ego suami kau. Kau kena berubah dulu. Mengalah.”
Dia mengeluh lagi.
Macam mana kalau dia tak bagi?” soalnya.
Macam mana kalau dia bagi?” balas Darina penuh yakin.
Baiklah, aku akan cuba bercakap dengan suami aku nanti… dan harap-harap dia akan benarkan…”
Insya Allah. Yang penting jangan rahsiakan daripada suami kau. Dia berhak tahu,” sokong Darina. 

7 si charming:

  1. iyads berkata...:

    Salam RB, hmm..macam xcukup n puas jek..huhu.. bila dpt ulit novel nie? last monday dah submit manuskrip kan? hehehe.. so, ble tarikh release?

  1. Unknown berkata...:

    APY SELAMAT MEMUJUK PAK CIK YE HEHEHE

  1. mia_edora berkata...:

    Macam ade something jew antara adam n arwah daniel... Mesti ade kaitan ngan gambar yang apy jumpa dlm stor... Kak ratu... Bab seterusnya plezz... Best...

  1. Yong berkata...:

    dah hantar manuskrip?wah dah tak lama tu.grenti dpt buku tahun ni jgk. tak sabar2 nak baca suma.
    danial mmg misteri smpi mati jadi misteri. npk mcm danial spy je hehe. kekadang pk danial ni yg satu kem gan adam.
    oh darina tu org bisnes jgk ya. igt dia dah tak muncul dah dlm cter ni.
    rasa2nya adam xbg apy jpa bdk tu n siap gaduh2 lg.tak pun dia ikut sama g jpa bdk tu.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Aduhai..tiap kali bce cite RB mesti otak sy ni bkerja keras pk kn conflict dlm cite ni,xsbr nk tggu RYH versi cetak,kak bab 22 pls..kikiki

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages