7: Versus

Nurul memandang sekeliling kawasan SMK Setiawasih. Kagum. Tidak sangka baru 3 tahun dia meninggalkan sekolah tersebut banyak perubahan ketara yang dilihatnya. Antaranya semua bangunan sekolah sudah di cat warna biru cair berbanding warna putih dahulu. Itupun seingat dia, warna bangunan seakan pudar, malah berlumut. Kalau dulu, Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar dipenuhi dengan rumput-rumput panjang tapi kini di hiasi dengan pelbagai bunga-bunga. Dan ditengahnya terdapat 3 buah pondok yang lengkap dengan kerusi meja. Terdapat beberapa orang pelajar sedang berbual sambil mengulang kaji pelajaran di bawah pondok tersebut.

Nazrul yang datang bersama dengannya tadi sudah lama menghilangkan diri tanpa dikesan. Sedar-sedar saja, dia sudah berdiri seorang diri di situ. Malas dia hendak mencari lelaki itu. Buat sakit hati adalah. Hari ni saja, dah berapa kali Nazrul membuatnya bengang tahap gaban. Agaknya kalaulah Gaban tu wujud lagi sampai hari ni, Gaban pun takut dengannya.

Begitu lama rasanya dia tidak menjejak kaki ke situ. Walaupun tempat tinggalnya tidak jauh dari sekolah lamanya itu tapi dia jarang ke situ di sebabkan tiada apa-apa yang menarik. Kawan-kawan? Huh, di sini dia langsung tidak kenal siapa kawannya tapi yang paling ramai adalah musuh-musuh yang dengki dengan kewujudannya. Tidak tahulah pasal apa mereka dengki dengannya.

Nak kata dia cantik? Tak juga. Wajahnya biasa saja. Tidak putih, tidaklah hitam sangat, ada kedua mata, satu hidung dan satu mulut. Semuanya lengkap. Lagipun di sekolahnya itu terdapat ramai pelajar perempuan yang cantik-cantik belaka. Malah ada lelaki sanggup bergaduh dengan lelaki lain untuk dapatkan perempuan yang mereka idam-idamkan. Bodoh pun ada. Sebab kalau nak dikatakan memanglah perempuan tu cantik tapi kalau setakat cantik tapi hati busuk buat apa.

Diana. Nama pelajar yang popular dikalangan pelajar lelaki. Orangnya memang cantik malah pandai bergaya walaupun dia datang dari keluarga yang sederhana. Tidak kaya dan tidak miskin. Cita-cita Diana hanyalah satu, iaitu berkahwin dengan lelaki kaya. Dan lelaki yang kaya yang menjadi mangsa buruan Diana adalah Hazwan.

Hazwan. Entah bagaimana keadaan lelaki itu. Adakah dia masih bersama dengan perempuan dua ‘alam’ seperti Diana itu? Dan yang penting adalah Hazwan ada mencarinya selama ini? Dulu selepas sahaja berpindah di rumah barunya sekarang, dia asyik berangan bahawa Hazwan datang mencarinya semula tapi betul kata orang, angan-angan cinta hanya tinggal angan-angan. Ianya tidak akan jadi nyata.

“Hisy, apa aku asyik fikir ni,” lama dia mengelamun. Sedar-sedar saja dia sudah berada di kaki lima yang menempatkan beberapa papan kenyataan yang telah dibahagikan dengan ruangan-ruangan khas cuma bezanya, sekolah itu tiada ruangan khas untuk Carta Prince Charming seperti di sekolahnya sekarang.

Jam di tangan dipandangnya. Beberapa minit lagi hendak jam tiga petang. Dan beberapa minit lagi perlawanan persahabatan antara Sekolah Haji Harun dengan Sekolah Haji Mansur akan bermula.

Baru saja dia hendak melangkah pergi ke padang, handsetnya berbunyi. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Hoi mak cik,” sapa satu suara di hujung talian.

Nazrul!

“Mak cik, cepatlah. Perlawanan dah nak mula ni.”

“Aku nak pergi la ni. Dan lagi satu, aku bukan Mak Cik kau!”

“Cepatlah! Membebel je.”

“Aku nak pergi la ni,” Nurul mendengus marah. “Tapi, macam mana kau tahu nombor handset aku ni?” tanya Nurul pelik sebab setahunya dia belum lagi memberi nombor telefonnya kepada mana-mana ahli rasmi bola sepak lagi.

“Ye la… agaknya pergi carik pakwe,” balas Nazrul.

“Banyak la ko punya pakwe!” terus Nurul mempercepatkan langkah. Selagi dia tidak sampai sana, selagi itulah hatinya panas. Kalaulah dia boleh bertukar jadi Ultraman sudah lama dia ‘fire’ Nazrul itu.

“Habis tu kenapa tak sampai lagi?”

“Aku tengah jalan nak pergi sana la ni!” marahnya sehinggakan dia hampir terlanggar seseorang. Nasib baik dia sempat mengelak.

“Sorry,” ujar pelajar lelaki yang hampir di langgarnya tadi.

Langkah Nurul yang terus mara tanpa meminta maaf tadi terhenti sebaik sahaja mendengar suara pelajar lelaki itu. Rasanya suara tu macam dia pernah dengari. Dia segera memalingkan kepalanya melihat gerangan orangnya dan tiba-tiba tubuhnya jadi kaget.

Hazwan! Jeritnya dalam hati apabila memandang lelaki yang hampir bertembung dengannya tadi. Hazwan turut memandangnya. Lama. Barangkali cuba mengingati gadis yang berdiri di hadapannya itu. Mungkin ingat dan mungkin lelaki itu tidak ingat.

“Kau ni mengorat pakwe ke!” suara Nazrul jelas kedengaran dari handsetnya. Terus membuatkan Nurul tersedar dari lamunannya.

“Yelah! Aku on day way sekarang ni,” terus Nurul berlalu mengangkat kaki tanpa memperdulikan Hazrul. Entah lelaki itu kenal dia lagi atau tidak dia tidak tahu.

“Mana kau dapat nombor telefon aku?” terus Nurul serang sebaik sahaja dia merapati Nazrul yang sedang mencatat sesuatu di buku nota. Sebelum itu hatinya sempat pula berterima kasih kepada Nazrul yang memilih untuk duduk di bawah pokok angsana dan bebas dari matahari terik. Kalau ada payung dia tak kisah sangat kalau di suruh duduk di tengah panas. Payung…

Ah! Sakitkan hati saja!

“Bukan ke kau tulis dalam surat tu,” jawab Nazrul selamba.

“Surat? Surat apa?” tanyanya lagi. Seingatnya, dia tidak pernah tulis surat… Surat?! Dengan pantas Nurul memandang Nazrul yang masih bersikap selamba. “Maksud kau surat….”

Tanpa memandangnya Nazrul mengangguk.

“Kau baca surat tu?!!”

“Mak cik boleh tak diam sikit?” tegur Nazrul menjeling tajam kemudian menyambung menulis sesuatu di nota bukunya. Terus Nurul menarik muka masam. Sakit hati betul bercakap dengan Nazrul ni. Memang lelaki yang langsung tiada perasaan.

Sebentar kemudian dia dikejutkan dengan sorakkan meriah sekumpulan pelajar perempuan yang baru sahaja turun dari bas sekolah yang sudah lama parking di depan pintu pagar padang sekolah itu. Beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian sukan berjersi merah putih pula turun dari bas tersebut. Di saat itulah para penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum perempuan menjerit bagaikan disampuk hantu apabila Pasukan Haji Mansur turun padang. Belum pernah lagi dia melihat situasi begitu apabila perlawanan bola sepak berlansung. Kalau orang ramai datang dengan berpakaian sukan pasukan kegilaan masing-masing mungkin dia tidak hairan sangat tapi kebanyakkan mereka yang datang pada hari ini terdiri dari anak-anak gadis yang berpakaian seksi dengan berbedak macam opera cina, memakai gincu merah membara seperti sedang bertanding dengan Pak Cik Mc Donald cingu siapa yang paling cantik.

Hampir terkena ‘Culture Shock’ dengan mereka semua itu. Nurul tahu, pelajar lelaki SMK Semerbak memang ‘hot’ sehinggakan ada yang sanggup mati demi memiliki hati mereka. Kacak bukan alasan utama mereka ‘hot’ tapi di sebabkan semua orang tahu semua pelajar yang belajar di sekolah itu datangnya dari keluarga yang ternama dan berada. Siapa yang tidak cair bila melihat kemewahan mereka. Di tambah lagi kalau lelaki itu kacak. Huh, ada yang menggelupur bila bertentang mata. Nasib baiklah dia bukan tergolong dalam jenis perempuan yang mudah cair dengan kekacakan ataupun kekayaan seseorang.

Sorakan mereka jelas kedengaran. Mujurlah Nazrul mengambil tempat jauh dari khemah penonton kalau tidak mungkin selepas pertandingan ini, dia akan jadi pekak selama-lamanya. Terima kasih kepada Nazrul!

“Apa yang kau tahu pasal bola sepak?” tanya Nazrul tiba-tiba bersuara. Dia masih lagi menulis sesuatu di buku notanya.

“Bola Sepak la. Pengadil bagi bola, lepas tu, dua pasukan akan berebut bola tu… emm… macam bodoh pun ada kan? Hanya sebiji bola diorang berebut…”

Perlahan-lahan Nazrul memandang Nurul yang acuh tak acuh menjawab soalannya. Di sangkakan Nurul sudah faham dengan sukan itu tapi nampak gayanya kerjanya akan bertambah.

“Kenapa? Salah ke?”

Nazrul menarik keluhan berat. Ini masalah berat ni. Seorang pengurus Kelab Bola Sepak langsung tidak tahu apa itu Bola Sepak. Dia berhenti menulis. Buku nota kembali ditutup dan di letak tepi. Kemudian memandang Nurul disebelahnya.

Nurul berasa gugup. Ini kali pertama dia bertentangan mata dengan Nazrul dan ini juga pertama kali dia dapat melihat wajah Nazrul secara dekat. Baru dia perasan, rupanya Nazrul memiliki anak mata berwarna coklat.

“Apa tujuan kau apply jadi Pengurus?” tanya Nazrul.

“Hah?”

“Kau pekak ke? Apa tujuan kau apply jadi pengurus?”

Nurul terdiam. Sejujurnya dia pun tidak tahu kenapa dia jadi pengurus Kelab Bola Sepak. Sofea yang mendaftarkan namanya untuk temu duga pengurus Kelab Bola Sepak. Walaupun dia tidak suka tapi dia pergi juga dan akhirnya terpilih. Dia boleh letak jawatan tapi entah kenapa dia masih lagi meneruskan jawatan pengurus itu. Adakah dia berharap dapat berjumpa dengan orang yang menyelamatkannya tempoh hari?

“Atau kau ada agenda lain?” puas menunggu jawapan dari Nurul tapi tidak terucap juga, Nazrul akhirnya bersuara. Sekilas itu Nurul berpaling memandangnya. “Memang ada agenda lain,” ujarnya kembali mencapai buku notanya tadi. “Kalau kau fikir dengan masuk ke kelab kami kau boleh cari calon suami, lupakan sajalah.”

“Kau ingat aku ni terdesak sangat ke nak kahwin sekarang?!” kata Nurul dengan nada yang tinggi. Menyirap darahnya bila mendengar Nazrul menuduhnya sedemikian rupa. Tak sangka, orang yang suka buat hal sendiri seperti Nazrul boleh berkata begitu. Walaupun selama ini Hayrul sering mempertikaikan kewujudannya sebagai pengurus kelab tapi dia tidak pernah rasa tersentap dengan kata-kata Hayrul.

“Habis tu kenapa kau apply jadi pengurus?”

Nurul hanya senyap. Wajarkah dia memberitahu hal yang sebenarnya? Apa yang terjadi pada dirinya tempoh hari yang menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa tapi mujurlah ada seseorang yang baik hati menyelamatkannya. Dan orang itu memakai jacket rasmi Kelab Bola Sepak.

“Tak pe… aku pun tak berminat nak tahu.”

Nurul kembali melemparkan pandangan ke arah padang. Dua pasukan yang akan bertanding telah beratur berhadapan dengan pasukan lawan. SMK Haji Harun yang berjersi Hijau manakala SMK Haji Mansur berjersi merah putih. Rasanya ini pertama kali dia menonton perlawanan bola sepak selain menontonnya di televisyen.

Dari jauh dia melihat pengadil yang memakai baju dan seluar hitam memberi sedikit penerangan sebelum sekeping duit syiling di lambungkan. Setahunya, duit syiling itu adalah penentu di mana gawang gol dan pasukan manakah yang mendapat bola diawal perlawanan. Ia lebih kurang macam bola jaring juga.

“Berapa pemain dalam bola sepak?” tanya Nazrul bersuara.

“11 orang. 10 orang pemain dan seorang penjaga gol. Tapi untuk melayakkan sesebuah pasukan tu ke sesebuah perlawanan, mereka kena ada 15 nama pemain,” terang Nurul. Nazrul hanya mengangguk.

“Fiq yang ajar?”

“Dia tak ajar tapi dia bagi buku catatan dia untuk tambahkan pengetahuan tentang sukan ni,” katanya.

Wisel dibunyikan tidak lama selepas itu menandakan perlawanan telahpun bermula. Sebaik sahaja permain mula menggelecek bola, satu sorakan kuat bergema dengan pekikan suara gadis-gadis sorak di bawah khemah.

Pelik betul dengan mereka semua tu. Kalau kipas angin susah mati pun janganlah membazir suara terpekik-pekik macam langsuir kehilangan langsir rumah dia. Satu keluhan berat kedengaran darinya. Bosan. Macam manalah lelaki ni minat sangat dengan perlawanan bola sepak. Sekali sekala dia akan menjeling pandang Nazrul yang memerhati perlawanan tersebut tanpa berkelip.

Ini pertama kali juga dia melihat Nazrul sedar. Selalunya bila dia bertemu dengan Nazrul, pasti lelaki itu sedang tidur. Tidur pula macam tak ingat dunia. Siap berdengkur lagi. Tapi bila orang ajak pergi makan, terus tersedar. Lagi-lagi kalau Rezza yang mengajak.

“Kau tulis apa tu?” tanya Nurul hairan. Pelik betul dengan Nazrul ni, takkanlah mengarang karangan untuk kerja sekolah bahasa melayu.

“Formasi diorang la.”

“Formasi?”

“Teknik atau kedudukan pemain di padang,” jawab Nazrul. Kelihatan Nurul mengedut dahi. Barangkali tidak faham apa yang diberitahunya tadi. “Okey, kalau nak menang sesuatu perlawanan kita tak boleh bergantung pada tenaga saja. Yes, orang nampak memang kita kejar bola, sepak bola ke sana ke mari tapi sebenarnya ada teknik yang terselindung di dalam perlawanan tu. Macam pasukan SMK Haji Mansur, diorang menggunakan formasi 4-4-2.”

“Nombor apa tu? Nombor ekor ke?”

“Banyaklah kau punya nombor ekor.”

“Tanya pun salah ke?!”

“Memanglah tak salah tapi kau tanya soalan yang tak logik. Kau ingat ni judi ke?”

“Tapi ada jugak orang main judi bola.”

“Memanglah tapi 4-4-2 tu bukannya judi! Tu formasi ataupun teknik perlawanan semasa di padang. Tulah, lain kali masa aku terangkan jangan nak menyampuk. Dahla En. Majid tu dah serahkan kau kat aku, kalau kau tak tahu apa-apa pasal semua ni, aku jugak yang kena tau!”

Nurul mengedut dahi. En Majid serahkan dia pada Nazrul? Untuk apa? Untuk jaganya ataupun jaga Nazrul yang asyik tidur sepanjang masa? Sesedap hati saja En Majid nak serahkannya pada orang lain. Ingat dia tidak reti jaga diri sendiri ke.

“4-4-2 mewakili pemain di padang. Nombor di hadapan adalah jumlah pemain pertahanan. Nombor tengah adalah jumlah permain tengah ataupun tengah kiri. Dan nombor terakhir adalah bilangan penyerang yang digunakan dipadang. Selain 4-4-2 ada banyak lagi teknik lain. Dan selalunya teknik ni tidak akan kekal hingga akhir perlawan. Ia akan berubah mengikut strategi lawan dan selalunya pengurus ataupun jurulatih yang akan memberi arahan teknik apakah yang akan digunakan semasa di padang nanti,” terang Nazrul. “Faham?”

“Err… sikit-sikit.”

“Balik ni buat research pasal bola sepak. Aku rasa kat internet berlambak pasal teknik bola sepak. Kau bacalah kalau kau tak faham. Tapi aku mintak sangat kau baca sebab kami perlukan pengurus yang arif dengan bola sepak dan bukannya arif dengan menulis surat cinta.”

Nurul menjeling tajam. Ada juga yang hendak kena hentak dengan failnya pula nanti. Tak habis-habis nak memerlinya dengan surat cinta.

“Tahulah.”

Pandanganya kembali memandang pertandingan yang sedang berlangsung di tengah padang.

“Kenapa kita perlu jadi pengintip? Sebab aku tengok perlawanan ni macam perlawanan biasa saja.”

“Kau tengok memang biasa tapi lihatlah nanti. SMK Haji Mansur akan menjaringkan gol.”

Tidak lama selepas Nazrul berkata, kedengaran para penyokong SMK Haji Mansur bersorak kemenangan apabila salah seorang penyerang mereka menjaringkan gol tunggal pada minit ke 15 perlawanan.

“Kau ni ahli nujum ke?” Nurul bertanya seakan tidak percaya.

“Itu dinamakan analisis dalam perlawanan. Kau ingat main bola ni, just main kat tengah padang ke? Kalau diorang pakai strategi kita kena balas balik dengan analisis. Cari kelemahan diorang, cari ruang kosong dan yang paling penting hapuskan strategi diorang tu. Itulah sebabnya kita perlu jadi pengintip hari ni,” terang Nazrul.

“Hah? Macam tu ke? Aku ingatkan main redah je. Tapi macam mana kau tahu?”

“Sebab aku dari keturunan ahli nujum.”

Serentak itu Nurul menarik muka. Bila time dia mula serius, Nazrul pula buat lawak haiwan.

“Tugas kau, cuba perhatikan pemain nombor 9 dan 10 tu. Tengok saja pergerakan diorang dan guna otak fikir,” ujar Nazrul sebelum menutup buku notanya dan di simpan ke dalam beg sekolahnya. “Aku nak pergi tandas kejap. Kau jangan menggatal nak mengorat lelaki lain. Ingat tugas kau.”

“Tahulah! Kau pula jangan nak tidur dalam tandas tu.”

“Kalau aku nak tidur, aku tak takkan pilih tandas la tuk landing. Tahulah aku carik tempat yang stategik sikit nak landing,” balas Nazrul pula.

“Jangan lama-lama!” ujar Nurul separuh menjerit. “Tu mesti sah nak tidur la tu,” agaknya.

Sebaik sahaja dia melepasi pintu pagar yang menghubungkan padang sekolah tersebut, Nazrul segera mengeluarkan handset dari kocek seluarnya. Butang handset ditekan-tekan mencari nama Rezza. Dengan tanpa membuang masa, dia terus menelefon Rezza, kawan karibnya itu.
“Rezza, tolong aku…,” ujarnya sebaik sahaja panggilan disambut oleh Rezza.

3 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    mula2 agak mcm rezza yg selamatkan nurul... tp skang mcm nazrul je yg selamatkan nurul.. hehehe...

    RB, novel awak best.. saya tak ketinggalan baca citer2 awak.

    bahasa awak mudah, ringkas.. tapi bkn bahasa pasar atau rojak.. cerita awak pun menarik.. siap lawak spontan lagi..

    syabas..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i like ur novel.. simple n interesting.. can't wait the next chapters.. all the best =)

  1. Tanpa Nama berkata...:

    suke sangat ngan cite awak..
    best giler..
    kalau da release bgtau ye..
    nak beli..wat collection..

    ~lyno sensei~

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages