13(a): Logikkah?!


“Ah, aku kat mana sekarang ni?” ujarnya hampir menjerit.

Tak guna punya heroin! Ada ke patut aku kena buli dengan heroin utama? Mana patut! Huh!

“Okey, jangan panic… jangan panic…,” dia cuba mengingati jalan yang dilalui olehnya bersama Natasya tadi. Tadi, aku lalu kat Bank Pertanian, ya… Bank Pertanian! Tapi… arah mana?” tanyanya sambil memandang kiri kanan. Semuanya bangunan yang asing baginya.

Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Hatinya bercelaru. Sekejap kata arah kiri dan sekejap pula kata arah kanan dan akhirnya dia sendiri yang pening. Berjalan ke kiri, salah! Berjalan ke kanan, salah jugak!
Dan tiba-tiba…

“Oppsss, sorry,” ujarnya yang terlanggar seseorang.

“Mak cik, lain kali bila berjalan, jalan lupa bawak anak mata letak kat belakang kepala,” kata lelaki yang dilanggarnya. Pedih! Huh, inilah budak KL memang tak berbudi bahasa betul! Terlanggar sikit pun nak melenting. Tapi kenapa macam pernah dengar saja suara ni? Macam suara….

Dengan perlahan dia mendongak.

“ROSWELL!!” hampir bergegar Kuala Lumpur dengan jeritannya.

Kedua-duanya terkejut apabila terserempak tiba-tiba. Di kota raya Kuala Lumpur pula tu. Kalau terserempak di sawah Pak Hassan tu lainlah.

“Apa kau buat di sini?” tanya keduanya serentak.

Asraf memandang sekeliling. Dia masih waras lagi. Bumi yang dia pijak sekarang ni bumi Kuala Lumpur, bukannya Bumi Sungai Besar.

“Apa kau buat kat sini? Sinikan Kuala Lumpur,” ujar Blue yang tidak percaya bahawa di hadapannya adalah Roswell. Setahunya Roswell tidak menyertai rombongan ke Kuala Lumpur tapi entah kenapa si makhluk asing ni boleh berada di hadapannya sekarang?

“Memanglah sini Kuala Lumpur tapi yang hairannya, kenapa…,” tiba-tiba dia teringat kata kawan-kawannya tentang rombongan sekolah. “Oh, rupa-rupanya kau pun ikut ke rombongan tu,” Asraf mengangguk faham. Dia memandang sekeliling.

Cuba mencari kelibat Nazrul dan Zafrul. Lihat kalau-kalau mereka ada di sekitar tapi satu batang hidung pun dia tak nampak.

“Mana yang lain?” tanya Asraf.

“Tak de.”

“Tak de?” soalnya kehairanan.

“Ye. Tak de. Aku sesat!”

“Oh, kau sesat,” Asraf mengangguk. “Apa?! Kau sesat?!” pantas dia bertanya lagi.

“Ya. Aku sesat. Kenapa? Tak percaya ke?” balas Blue ego.

“Memang tak caya pun,” balas Asraf berlalu pergi.

“Hey Roswell, kau nak pergi mana tu?” pantas Blue memintas Asraf. “Tolonglah aku. Aku sesat ni,” dengan muka sepuluh sen dia merayu. Ah, lantaklah. Jatuh saham pun jatuhlah asalkan dia mahu kembali ke tempat asal. Dalam hati Blue menyumpah-yumpah Natasya.

“Nak tolong apa? Aku ada hal ni,” Asraf menarik nafas lemah. Dia melihat jam tangannya.

“Takkan kau tak kesiankan aku. Aku sesat ni. Handset aku tak bawak, nasib baiklah aku sempat capai beg duit kalau tak….”

“Hah, kalau handset lupa bawa, ada duit tu kau belilah handset pastu kau telefonlah sesiapa suruh ambik kau,” balas Asraf langsung tiada perasaan.

Hisy, nak saja aku bom si Roswell ini. Ada ke patut dia bagi idea yang bodoh tambah gila kali dengan bangang sama dengan OTAK ROSAK!

“Kalau macam tu baik aku guna public phone!” balas Blue.

“Hah, kalau macam tu, telefonlah guna public phone,” balas Asraf.

“Masalahnya aku lupa nombor telefon cikgu.”

“Takkanlah nombor telefon kawan-kawan kau pun tak tahu?” tanya Asraf.

Blue hanya tersengih.

SAH! LUPALAH TU!

“Roswell, tolonglah,” rayu Blue.

“Aku nak tolong kau macam mana? Aku bukannya terlibat dengan rombongan ni,” ujarnya.

Blue menggaru kepalanya. Betul juga. Roswell tidak terlibat dengan rombongan tersebut. Macam mana Roswell nak tolongnya?

“Kau dari mana tadi?” tanya Asraf.

“Dataran merdeka,” beritahu Blue. Kemudiannya, Asraf melihat jam tangannya. Barangkali sedang mengejar masa tapi si Roswell ni nak kejar apa? Dan soalan yang penting sekali, apa dia buat kat sini?

“Hisy, menyusahkan oranglah kau ni, jomlah aku temankan kau pergi sana.”

“Boleh percaya ke? Jangan-jangan kau pun buta jalan juga,” Blue masih lagi tidak percaya.

“Kau nak ikut ke tak?” tanya Asraf. Serius.

“Err… okey, okey,” dia mengekori Asraf. Pelik. Sejak bila si makhluk asing ini ambil berat tentang hal-hal begini? Ah, redah jelah. Asalkan aku selamat. Tapi bila difikir kembali, logik tak si Roswell ni muncul di depan aku, di negeri yang asing ni? Tak logikkan? Emm… mesti ada udang di sebalik bangunan KLCC ni. Ni kena siasat ni.

“Hey Roswell,” panggil Blue. “Apa kau buat di sini hah?”

“Peraturan utama aku, si girlfriend dilarang bertanya apa-apa terhadap si boyfriend,” balas Asraf berbisa.

Bagaikan batu besar jatuh ke kepala Blue apabila Asraf bersuara. Huh, terkena akhirnya. Pandai juga si makhluk asing ni melarikan diri dari soalan aku. Tak pe, tak pe. Pandailah aku umpan kau nanti.

“Hah, tu Dataran Merdeka,” ujar Asraf menunjuk arah.

Serta-merta Blue tersenyum lebar. Akhirnya dengan pertolongan makhluk asing tu, selamat juga dia dari permainan kotor Natasya. Lihatlah Natasya. Kau nak perbodohkan aku? Huh, tunggulah balasannya nanti. Aku akan hantar kau ke dunia lain!

“Tapi….”

Blue pelik.

“Mana perginya bas sekolah tu?” tanya Blue.

Masing-masing berpandangan.

Sah! Kena tinggal!
****************

“Haraf maaf, nombor yang anda dail tidak wujud di sebarang galaksi. Sila dail sekali lagi.”

“Jikalau anda mahu bercakap dengan pemilik nombor ini, sila top upkan RM 10 ke nombor ini terlebih dahulu. Sekian terima kasih.”

Hampeh! Kedua-duanya tutup handset. Ada handset tak mahu bukak. Buat susahkan orang saja!

Hati Blue mengeluh lagi. Masuk kali ini sudah banyak kali dia cuba menghubungi telefon Nazrul dan Zafrul yang juga merupakan kawan si Roswell dengan mengunakan telefon Roswell.

“Ah,” sebaik sahaja dia mahu hentak handset Asraf, handset itu berbunyi. Pantas Blue menjawabnya.

“Hello, wei… korang kat mana?” pantas Blue bertanya. Namun, dia terdiam. Dihulurkan handset kepada tuannya semula.

“Yup,” balas Asraf menjeling Blue dengan tajam. “Okey, okey, aku ada masalah sikit tadi. Kejap lagi aku sampai. Don’t worrylah, takkanlah aku nak lepaskan begitu saja. Aku akan sampai dalam masa 15 minit lagi,” jawab Asraf.

“15 minit?” soal suara di hujung talian. “Gila apa. Apa aku nak jawab dengan kapten nanti?”

“Ala kau jawablah ‘Kapten, hero selalunya datang lambat,” jawab Asraf mudah.

“Hero kepala ikan kau!” balas satu suara yang tegas. “Danish! Aku bagi kau masa 9 minit untuk sampai sini. Kalau dalam 9 minit kau tak sampai, no game for 3 years!”

No game for 3 years?!

Ni perintah berkurung jugak ke? Sejak bila pulak kapten aku ni pandai main perintah berkurung ni? Setahu aku kakak aku je yang pandai main perintah berkurung ni. Ni mesti dah kena badi kakak aku ni. Sah!

“Err… kapten, nak tanya sikit… ni perintah berkurung mana pulak kapten ciplak ni?” tanya Asraf lagi.

“Asraf Danish!” berdesing telinganya mendengar.

“Okey, okey!” dia segera bangun dari duduknya. “Aku pergi dulu, kau selesaikanlah kes kau ni ye, aku tak dapat tolong.”

“Apa?! Takkanlah kau nak tinggalkan aku seorang diri kat tengah-tengah kota yang asing ni? Kalau aku kena culik macam mana?” Blue sudah mula dengan celotehnya.

“Jangan risau, budak KL ni tak minat nak culik kau,” jawab Asraf selamba.

“Kenapa pula?”

“Sebab kau ni mengerunkan. Macam ahli sihir bermata kucing,” balas Asraf. Ahli sihir bermata kucing? Huh, dari mana aku dapat idea ni pun aku tak tahu. Tapi… emm… memang ada iras-iras pun. Ahli sihir bermata kucing.

“Apa kau kata?!”

“Ah, aku nak blah dulu. Kalau aku bertekak dengan kau ni, alamatnya, 3 tahun aku kena perintah berkurung lagi,” dia berlalu pergi.

“Aku nak ikut,” Blue terkata.

Kakinya terhenti.

“Apa?”

“Aku nak ikut!”

Asraf hilang kata-kata.

1 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    i luv reading dis novel
    ape sambungan die...
    x sbrnye!!

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages