7: TAKDIRKAH?


7: TAKDIRKAH?


Blue memandang kemesraan Natasya bersama-sama dengan Hafiz dengan seribu kebencian dihatinya. Sudahlah baru saja di reject oleh Hafiz dan kini mereka berketawa mesra di hadapannya. Habis selera makannya pada waktu rehat itu. Terus diletak makanannya di atas meja semula.

Sakinah dan Dalilah di sebelahnya hanya bermain mata sebagai isyarat berkomunikasi. Blue kalau sudah marah, baik jangan dikacau kalau tidak, habis di fire macam Ultraman dalam TV tu fire. Habis musnah segala harta benda!

“Ah, aku dah tak tahan lagi,” ujurnya dengan marah.

“Mungkin kau patut sahut cabaran kami tu,” kata Sakinah memberanikan diri berkata-kata.

“Ya. Just try. Mana tahukan nasib kau benar-benar bertuah. Ingat cinta zaman sekolah adalah cinta yang paling longgar sekali ikatannya,” kata Dalilah pula.

Blue hanya menjeling tajam dan serentak dengan itu kedua-dua kawannya itu terus zip mulut mereka.

“Okey,” kata Blue tiba-tiba. Kedua kawannya itu berpandangan. Apa yang okeynya? Kemudian mereka melihat Blue tersenyum maut. Sah! Memang ada sesuatu yang sedang difikirnya dan sudah mencapai persetujuan.

“Blue, bagus! Inilah Blue yang aku suka. Okey, mulai sekarang, kita fikir rancangan yang baik untuk musnahkan hubungan Romeo dan Juliet tu.”

“Bukankah sepatutnya Prince dan Cinderella?” tanya Dalilah kepada Sakinah.

“Aku dah ada rancangan sendiri… dan langkah pertama…,” dia tersenyum maut sambil bangun dari duduknya. Dalilah dan Sakinah saling berpandangan. Entah apa rancangan jahat yang akan dibuat oleh Blue itu, tidak sabar rasanya.

Kemudian Blue melompat naik ke atas meja kantin sekolah membuatkan beberapa pelajar sekitarnya terkejut.

“PERHATIAN SEMUA!” jeritnya dengan suaranya yang lantang sehingga bergema satu dewan kantin. Sekali kata saja, semua mata tertumpu ke arahnya. “Perfect,” ujurnya perlahan sambil menarik nafas lega. “APA KHABAR SEMUA, AKU RASA SEMUA ORANG TAHU KENAL AKU, DAN BAGI SESIAPA YANG TIDAK KENAL AKU, AKU BLUE, BEKAS KEKASIH THE PRINCE CHARMING KITA, SIAPA LAGI KALAU BUKAN HAFIZ!”

“Boooo!!!” itu yang dilemparkan oleh mereka semua tapi dengan sekali ‘Booo’ dia tidak akan mudah mengalah. Dalilah dan Sakinah saling memberi isyarat komunikasi. Masing-masing tidak tahu apakah yang sedang berlaku dan apakah yang akan berlaku.

“Baiklah, aku tak kisah kalau ada yang tak percaya tapi memang betul Hafiz adalah ex-boyfriend aku dulu. Tapi itu dulu dan masa tu dia terima taruhan dari kawan-kawannya itu supaya memikat aku dan kemudian tinggalkan aku,” matanya memandang tepat pada Hafiz yang tidak keruan apabila rahsianya terbongkar dalam satu kenyataan yang tidak pernah difikirnya. Kemudian dia terdengar soksek-soksek di sekelilingnya.

Blue hanya tersenyum tenang.

“Well, aku cuma nak beritahu, aku tak puas hati setelah dipermainkan oleh Hafiz oleh itu aku dah buat keputusaan untuk menerima taruhan dari kawan-kawan aku supaya memikat Hafiz semula!” ujurnya dengan bangganya.

Serentak dengan itu Dalilah dan Sakinah menepuk dahi. Hafiz pula tercengang dan Natasya dihadapannya pula sudah tidak senang duduk bila mendengar kenyataan Blue itu.

Ashraf yang turut menonton drama yang tidak bertauliah itu hanya tersenyum melihat keberanian yang dibawa oleh Blue itu. Tidak sangka budak kecil molek itu begitu lantang bersuara. Dia kemudiannya memandang ke arah kawan-kawannya yang turut bersorak gembira mengamatkan suasana kantin. Bila lagi kantin ni nak gamat.

Dan tiba-tiba lampu kecil di atas kepalanya menyala dengan seterang-terangnya. Bak kata budak-budak, seterang cahaya Ultraman. Hehehe….

Serentak dengan itu, dia segera berlalu bangun dari duduknya. Nazrul dan Zafrul langsung tidak perdulikan kawannya yang bangun itu dan menyambung sorakkan mereka yang bagaikan monyet terjumpa pisang emas.

“Dan aku juga nak buat pengumuman!” jerit suara Ashraf dengan lantang sambil melompat berdiri di sebelah Blue membuatkan Blue sedikit terkejut.

‘Apahal pulak si Roswell ni buat di sini? Nak buat pengumuman apa lak ni? Kacau saja,’ detis hatinya sambil memandang Ashraf dengan tajam. Entah apa pula rancangan si Roswell ini, dia sendiri pun tidak tahu. ‘Eh! Takkan dia nak beritahu tentang kejadian semalam?!

“Mulai hari ini dan mulai saat ini aku… Ashraf Danish telah menerima taruhan dari kawan-kawan aku supaya memikat Blue!” umum Ashraf dengan suara lantangnya.

Serentak itu Nazrul dan Zafrul, masing-masing menepuk dahi manakala keadaan kantin riuh rendah dengan kenyataan Ashraf yang tanpa di undang itu. Sakinah dan Dalilah pula tercengang-cengang, barangkali cuba fikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Adakah mereka berada di dalam drama tv korea?

Blue pula… hisy! Susah hendak cakap perasaannya pada ketika itu. Dia sendiri seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan daripada Roswell itu. Lain yang diharap, lain yang jadi.

Tidak lama kemudian lonceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat.

“See you my love,” ujur Ashraf kepada Blue sambil mengenyit mata. Habis meremang bulu tengkorak Blue dengan sapaan mata Ashraf itu. Tapi bila diperhatikan dengan perlahan… ahhh… cutenya!

‘TAK! Aku tak boleh macam ni!’ Blue segera menampar pipinya supaya separuh dari dirinya sedar. “BOLEH TAK SESIAPA BERITAHU DARI MANA DATANGNYA SI ALIEN MATA HIJAU TU?!”

“ROSWELL!”

6 si charming:

  1. RashHanie berkata...:

    hahahha..sweatnye...saspen pun ade...brani mati la dorang ni..kui2

  1. aPitSa berkata...:

    waaa.... best giler... aq yg sbnarnya dah bnci ngan novel (coz mak tiri aq pnulis novel gak) boley terpaut smula when baca n3 nie.. waaaaaaaaa.. aq dah x betol....

  1. nurul berkata...:

    lawkla..boleh pulak cmtu..

  1. Miss Vampire berkata...:

    terbaek ah !

  1. Queen_fynadz berkata...:

    uii, sweetnya ashraf..
    haha

  1. qas berkata...:

    Bgos3! Gut job ashraf..! Hahah^^

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages