Seseorang untuk Dinikahi: Bab 15



PERLAHAN-LAHAN Nazwan mencelik matanya. Siling bilik tidurnya di pandang kabur. Pandangannya juga seperti melayang-layang. Pada masa yang sama, sakit kepalanya datang menerjah lagi. Lantas dia memejamkan matanya. Setelah peningnya semakin berkurangan, barulah dia kembali mencelik matanya semula.
Selepas seketika, pandangannya mula dapat fokus. Dia mengalihkan pandangannya ke arah sofa panjang yang terletak tidak jauh dari katilnya. Kelihatan tubuh Luqman sedang berbaring di situ. Dia tertanya-tanya, sudah berapa lama dia tertidur.
Handsetnya yang terletak bersebelahan dengan katilnya dipandang. Nazwan mengerah semua tenaga yang dia ada untuk bangun mencapai handsetnya. Setelah dapat barang yang diinginkan, dia kembali berbaring di katil.

Pukul 4.30 petang,” keluhnya apabila melihat jam handsetnya.
Tidak percaya yang dia sudah tidur selama itu. Kemudian dia mengangkat tangan kanannya yang masih dicucuk IV dan diletakkan di dahinya. Merasai sendiri kepanasan badannya. Dia mengeluh lega apabila merasai panas semakin berkurangan.
Apa kau rasa?” tanya satu suara.
Nazwan terkejut apabila melihat Luqman yang dilihat masih tidur di sofa panjang tadi, kini berdiri di sebelahnya. Renungan tajam Luqman membuatkan Nazwan berasa kurang selesa. Daripada demamnya hendak baik, boleh menjadi-jadi pula nanti.
Teruk,” jawab Nazwan dengan suara rock dia. Dia sendiri terkejut bila bersuara dengan suara kasar begitu. Tekaknya terasa pedih.
Luqman hanya mampu menggeleng melihatnya.
Itulah. Tak ada masalah cari masalah.”
Diam. Aku tak nak dengar,” pantas Nazwan bersuara.
Luqman mengangguk. Buat masa ini dia hormati permintaan sepupunya. Lagipun, Nazwan baru sahaja sedar dan masih lemah lagi. Takut nanti lagi melarat demam Nazwan.
Kau nak apa-apa tak? Air ke? Bubur ke?” tanya Luqman.
Donut?” pinta Nazwan.
Luqman mengeluh kecil. Dia sudah agak dah. Memang tiap kali Nazwan demam, pasti donut yang Nazwan minta. Bila mereka dah belikan donut, tak nak pulak makan. Nak makan donut yang Arissa masak jugak! Tak faham betul. Entah apa yang Arissa letak dalam donut tu sampai Nazwan boleh mengidam sampai macam tu sekali.
Donut beli atau donut yang Arissa buat?” tanya Luqman.
Ahh lupa, Arissa pun demam,” keluh Nazwan mula teringat.
Aku suruh mama masak bubur sajalah,” kata Luqman.
Nazwan mengangguk. Reda dan pasrah. Selepas Luqman keluar dari biliknya, dia mencapai handsetnya semula. Baru sahaja dia ingin menghubungi nombor handset Arissa, baru dia teringat yang Arissa punya handset turut kena ragut.
Kenapa pula nak telefon Arissa? Bukan ke dia pun demam?” dia bertanya kepada dirinya sendiri. Dia sendiri tidak faham dengan situasinya sekarang. Mungkin kerana demam, otaknya sudah putus fius. Atau dia sendiri sudah terkena sihir Arissa. “Ah, parah!”
Tiba-tiba, dia terdengar loceng rumahnya berbunyi.

***

MAMA, Nazwan dah sedar. Dia nak bubur nasi,” beritahu Luqman kepada Puan Latifah yang sedang duduk menonton televisyen di ruang tamu bersama neneknya.
Mama dah sediakan bubur nasi kat atas meja tu,” ujar Puan Latifah menunjukkan sebuah periuk yang terletak di tengah-tengah meja makan. “Kaut sikit saja, rasanya dia takkan makan banyak tapi pastikan dia makan,” tambah Puan Latifah lagi.
Nak pula dia minta bubur nasi. Selalunya minta donut,” neneknya menyedari hal itu.
Memang dia minta donut tadi nenek tapi dah Arissa pun demam nak buat macam mana lagi. Reda jelah tu,” beritahu Luqman sambil menceduk bubur nasi yang dimasak oleh mamanya ke dalam mangkuk kecil.
Tidak lama kemudian, loceng rumahnya berbunyi. Tanpa berlengah lagi, Luqman segera berlalu mendapatkan pintu utama. Seperti yang dijanjikan siang tadi, Sarah akhirnya datang melawat. Dia segera mempersilakan Sarah masuk.
Aku bawakan donut. Tadi dalam perjalanan ke sini aku teringat yang Nazwan memang suka makan donut kalau dia demam, jadi aku belikan donut kegemaran dia,” ujar Sarah sambil memberikan sekotak donut yang dibelinya bersama-sama sebakul buah-buahan pelbagai jenis.
Terima kasih. Kau memang bakal sepupu ipar yang baik,” puji Luqman apabila barang-barang itu bertukar tangan. “Nenek dengan mama ada dekat ruang tamu,” Luqman memberikan isyarat mata.
Aku pergi jumpa mereka,” ujar Sarah segera berlalu ke ruang tamu. Salam diberi dengan sopan dan bersalaman dengan kedua orang penting dalam keluarga Luqman. “Luqman beritahu yang Nazwan tak sihat, itulah yang Sarah datang sini.”
Baguslah. Nenek memang tengah tunggu Sarah,” kata Puan Latifah.
Ye ke? Ada apa-apa yang Sarah boleh tolong ke?” tanya Sarah teruja.
Mmm... tolong temankan nenek ziarah Arissa. Sarah tahukan yang dia pun demam?” kata Puan Latifah.
Oh ya. Sarah memang nak pergi lawat Arissa sebentar lagi,” kata Sarah teragak-agak.
Baguslah. Temankan nenek ya,” Puan Azizah mula bersuara.
Tak ada hal. Nak pergi sekarang?”
Jomlah,” wanita yang sudah berusia 60an itu perlahan-lahan bangun. Walaupun sudah dimamah usia tetapi Puan Azizah masih lagi mampu berjalan dengan gagah.
Nak pergi mana?” tanya Luqman yang menatang dulang yang berisi semangkuk bubur, satu botol air mineral dan beberapa donut yang dibawa oleh Sarah tadi.
Teman nenek pergi melawat Arissa jap.”
Hati-hati dengan ahli sihir tu,” sempat lagi Luqman berjenaka.
Luqman!” tegur Puan Latifah. “Suka sangat panggil Arissa macam tu. Nanti mama suruh dia sihir kamu jadi katak, baru tahu.”
Tak pe. Ada Sarah tolong ciumkan!”
Ya Allah budak ni! Cepat, pergi hantar makanan tu pada Nazwan!” geram Puan Latifah mendengarnya. Ada sahaja modal anaknya membalas. Entah perangai siapa yang diikutnya. “Pastikan Nazwan makan!”

***

NENEK?” Terkejut apabila Arissa mendapat tahu daripada Mama Fiza bahawa nenek Nazwan datang melawat. Daripada tidak bermaya tadi, terus bertenaga jadinya. “Habislah! Habislah! Mesti nenek datang nak marah Rissa. Macam mana ni?” Tidak keruan Arissa jadinya.
Apa Rissa ni? Nenek cuma nak melawat saja. Bukannya nak marah Rissa. Rissa nak jumpa tak?” tanya Mama Fiza.
Tak nak!” Tiba-tiba tubuhnya diserang seram sejuk. Terus dia mencapai gebar dan menyelimut seluruh tubuhnya. Macam-macam yang dia fikir, pasti nenek hendak memarahinya sebab buat Nazwan dapat demam teruk. Sampai tahap kena masuk air tu dah kira teruklah.
Tiba-tiba gebar yang menyelimut tubuhnya ditarik oleh Mama Fiza.
Tak ada apalah. Nenek tu risaukan Rissa je,” Puan Fiza cuba memujuk.
Tahu tapi Rissa dah malu nak jumpa nenek. Tambah lagi Rissa dah buat cucu kesayangan dia jatuh sakit,” jawabnya memberikan alasan.
Kalau takut jumpa nenek, macam mana Rissa nak kahwin dengan Nazwan?” tiba-tiba satu suara menyapa. Arissa tergamam. Begitu juga dengan Puan Fiza. Tersentak Arissa apabila melihat nenek Nazwan sudah pun berada di dalam biliknya. Sarah juga ada di sebelah.
Apa nenek cakap tadi?” tanya Arissa inginkan kepastian.
Rissa nak kahwin dengan Nazwan tak?” tanya Puan Azizah.
Mestilah nak!” Dalam sekelip mata sahaja Arissa bertukar menjadi periang. Walaupun badannya masih lemah lagi dia terus berlalu bangun dari katilnya dan memeluk Puan Azizah dengan perasaan gembira yang sukar diungkap.
Amboi, nenek cakap pasal kahwin terus baik demam ya,” Puan Fiza menegur.
Mama Fiza jangan cemburu. Bukan ke Rissa ni seseorang untuk dicintai. Eh, dah tak sesuai, seseorang untuk dinikahi! Mmm... itu baru sesuai! Bila boleh kahwin nenek?” tanya Arissa mula dengan aksi menggediknya.
Sekali telinga dia dipulas Puan Azizah. Arissa mengerang kesakitan walaupun tidaklah sakit sangat. Bukannya sesuatu yang baru. Sudah banyak kali telinganya kena pulas dengan Puan Azizah. Tahu sangat maksudnya.
Aduh, kenapa nenek pulas telinga Rissa pula,” rungut Arissa setelah telinganya dilepaskan. Punyalah dia beriya hendak tahu rancangan Puan Azizah hendak menjodohkan dia dengan Nazwan, alih-alih kena pulas telinga pula.
Siapa suruh degil sangat?” Puan Azizah sudah duduk di hujung katil Arissa. Dia merenung Arissa yang dianggap seperti cucunya sendiri. “Kamu tahu tak yang kamu tu perempuan?”
Nenek dah mula nak membebel,” rungut Arissa sambil mencapai gebarnya dan menyelimutkan seluruh badannya.
Puan Azizah menggeleng perlahan dengan perangai Arissa. Ini baru Arissa, belum lagi perangai Nazwan semasa merajuk. Masing-masing lebih kurang sama saja perangai.
Nak kahwin tak ni?” tanya Puan Azizah sengaja hendak memancing Arissa.
Nak!” lantas Arissa bangun dari tempat persembunyiannya.
Mmm...” Puan Azizah mengangkat kening tuanya. Dia merenung Arissa atas bawah. Sebenarnya, dia tiada masalah dengan Arissa tetapi ada satu sahaja yang dia tidak berkenan. Perangai kebudak-budakan Arissa.
Kenapa nenek pandang Rissa macam tu?”
Cuba tengok Sarah,” arah Puan Azizah kepada Sarah yang duduk di kerusi tulis Arissa.
Hai Sarah,” sapa Arissa dengan mesra.
Aku suruh tengok bukan tegur Sarah!” Puan Azizah sudah mula dengan serangan ketam berbisa di lengan Arissa.
Dah tengok, mestilah tegur,” balas Arissa menggosok-gosok bahagian cubitan berbisa Puan Azizah tadi. “Kenapa dengan Sarah? Nenek nak suruh dia kahwin dulu ke? Kalau macam tu, Rissa bantah awal-awal! Rissa nak kahwin dulu dengan Nazwan!”
Isy, budak ni. Kamu ingat kahwin tu semudah petik jari ke?”
Kenapa pula?”
Cuba tengok diri kamu sendiri dan bandingkan dengan Sarah, kamu nampak bezanya?” tanya Puan Azizah.
Serentak itu Arissa menarik muncung. Dia kembali berbaring sambil membelakangkan mereka semua. Tahu sangat apa yang hendak dikatakan oleh Puan Azizah. Memang kalau dibandingkan dia tidak setanding Sarah yang ada ciri-ciri perempuan Melayu terakhir. Siapalah dia kalau dibandingkan dengan Sarah.
Tengok tu. Macam ni nak kahwin? Orang cakap sikit mesti merajuk. Macam mana nak urus rumah tangga nanti?” Puan Azizah mula membebel. Arissa masih mendiamkan diri. Kali ini dia hanya mampu reda sahaja komen-komen Puan Azizah terhadap dirinya. “Nenek bukannya nak bantah. Nenek lagi suka kalau kamu dengan Nazwan.”
Serentak itu, bagaikan robot Arissa bangun dari baringnya. Dia memandang Puan Azizah dengan senyuman. Yes! Ada harapan!
Tapi, nak jadi isteri bukan satu kerja main-main,” tambah Puan Azizah.
Tahu,” Arissa menjawab. “Rissa bukannya budak-budak lagi. Rissa juga tahu tanggungjawab seorang isteri memang besar dan berat. Kalau tak, tak adalah Rissa menggedik dengan Nazwan. Serius, Rissa cakap, ini kali pertama Rissa serius memikirkan masa depan. Tapi ramai yang tak percayakan Rissa,” ujar Arissa meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Bukan tak percaya tapi kamu tu macam budak-budak sangat. Macam tak serius. Cubalah serius sikit,” tegur Puan Fiza.
Baiklah, Rissa serius,” ujar Arissa cuba membuat wajah serius.
Itu macam cari gaduh pula,” balas Puan Azizah ketawa.
Kan. Muka Rissa ni mana boleh buat muka serius lagipun Rissa rasa macam robot pula bila terpaksa serius. Rissa tak boleh jadi Sarah. Sarah pula tak boleh jadi Rissa. Walaupun Rissa macam ni, Rissa nak nenek tahu yang Rissa dah jatuh cinta dengan cucu nenek. Kalau Rissa lelaki, dah lama Rissa pinang dia!”
Gatal!” Kali ini hidungnya pula ditarik manja oleh Puan Azizah.
Gatal Rissa bertempat juga. Rissa minta maaf pasal semalam. Rissa janji tak buat lagi,” ucap Arissa sambil memeluk Puan Azizah dengan mesra. “Tapi, semalam Nazwan beritahu, kalau jadi lagi nenek nak kahwinkan kami ye?”
Ingat senang ke nak kahwin cucu nenek?” Puan Azizah jual mahal.
Kenapa pula? Bukan ke nenek dah bagi green light tadi.”
Tak ada maknanya. Kamu tu budak-budak lagi. Banyak lagi yang kena belajar. Memasak pun tak reti lagi,” pergi Puan Azizah.
Tapi, Rissa pandai masak donut kegemaran Nazwan.”
Takkan kamu nak bagi cucu nenek makan donut tiap-tiap hari?”
Kenapa? Tak boleh ke?” tanya Arissa.
Puan Azizah mencebik.
Yelah. Yelah. Nanti Rissa belajar masak daripada Sarah. Apa lagi nenek nak suruh Rissa buat?” tanya Arissa yang masih lagi memeluk Puan Azizah dengan erat.

***

Lampu terakhir ditutup oleh Puan Latifah. Suasana dalam rumah itu mula kelam. Hanya lampu luar yang dipasang. Kebanyakan penghuni dalam rumah itu sudah tidur. Walaupun rumah itu tidak ada penghuni yang ramai tetapi bila salah seorang daripada penghuni rumah itu sakit, pasti rumah itu sunyi. Hari ini sepatutnya mereka makan malam bersama tetapi disebabkan Nazwan masih tidak sihat, tiada makan malam.
Kebetulan suaminya pulang lewat kerana ada majlis tahlil di rumah kawan. Mamanya pula tidak berselera hendak makan dan masuk tidur awal manakala Luqman pula asyik berperap dalam bilik Nazwan menjaga Nazwan.
Puan Latifah mengeluh kepenatan. Walaupun dia penat tetapi selagi Nazwan tidak sembuh sepenuhnya dia tidak boleh tidur dengan nyenyak. Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke bilik Nazwan. Masuk sahaja ke dalam, dia menghampiri anak lelakinya yang sudah terlelap di sofa panjang.
Luqman, bangun,” panggil Puan Latifah menggerakkan Luqman.
Hanya sekali gerak, Luqman sudah terjaga.
Mama?” Luqman menggosok matanya. “Kenapa? Ada sesuatu yang dah berlaku ke? Nazwan tak apa-apa ke?” tanya Luqman dalam mamai.
Budak ni...,” Puan Latifah menggeleng perlahan. “Kalau nak tidur pergi masuk bilik.”
Tapi, Nazwan....”
Mama akan jaga.”
Mmm...,” Luqman tidak berkata banyak dan berlalu mengorak langkah keluar.
Selepas Luqman keluar, dia berlalu menutup pintu bilik Nazwan. Seharian anak lelakinya itu menjaga Nazwan, sudah pasti penat. Tambah lagi dengan kerenah Nazwan bila demam. Pasti ada saja yang tidak kena.
Kemudian dia berlalu menghampiri katil Nazwan. Anak buahnya itu dilihat tidur dengan tenang. Dia meletakkan tangannya pada dahi Nazwan. Masih panas lagi. Malah lagi panas daripada siang tadi. Tubuh Nazwan juga mengeluarkan peluh. Namun, dia tidak gusar. Ini perkara normal yang sering berlaku apabila Nazwan dilanda demam panas.
Sejak dari dulu lagi tubuh Nazwan memang lemah. Nazwan memang selalu dapat demam. Lagi-lagi bila Arissa demam. Tiap kali Arissa demam, pasti demam Arissa akan berjangkit pada Nazwan. Tapi, ini kali pertama mereka berdua demam serentak. Selalunya bila Arissa habis demam barulah Nazwan demam.
Dia orang ni, memang betul-betul dah ditakdirkan bersama. Arissa dah mulakan langkah pertama tapi Nazwan...,” kata-katanya mati disitu apabila Nazwan terjaga daripada lena dan melepaskan batuk yang berulang kali.
Puan Latifah segera berlalu mencapai botol mineral yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil. Botol itu dihulurkan kepada Nazwan yang sudah mengangkat kepala dari bantal. Nazwan menyambutnya tanpa banyak suara. Selepas meneguknya separuh, dia kembali memberikan botol itu dan kembali berbaring.
Rasanya tak perlulah Mama Tifa jaga Naz malam ni,” ujar Nazwan lemah.
Mmm... Mama Tifa cuma datang menjenguk saja,” dia memberikan alasan. “Ada rasa kurang tak?”
Sama je,” jawabnya.
Rehat sajalah. Esok okeylah tu.”
Entahlah,” Nazwan kurang pasti. Dia mengeluh.
Apa yang kamu fikir sampai tak ada semangat ni?”
Mama Tifa,” panggil Nazwan yang dilihat seperti berfikir sesuatu. “Apa dah berlaku sebenarnya?”
Hah?”
Mama Tifa tak rasa pelik ke? Setiap kali Arissa demam, Naz mesti ikut demam. Kali ni lagi teruk. Selalunya bila Arissa habis demam barulah Naz demam. Apa dah berlaku? Betul ke kitorang memang ada jodoh?”
Puan Latifah tertawa kelucuan. Dia tahu, ini bukan satu perkara yang lucu tapi apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Nazwan, dia tidak dapat menyembunyikan rasa geli hatinya. Nazwan bercakap tentang jodoh? Macam tidak percaya saja.
Lupakanlah,” ujar Nazwan yang kembali menutup mata. Ingin menyambung tidur.
Mama Tifa dengar yang kamu risaukan Arissa sebab tu kamu ponteng kelas dan pergi cari Arissa, betul ke?” tanya Puan Latifah.
Dia memang suka buat orang risau,” jawab Nazwan. “Dia kena ragut malam tu tapi masih berlagak macam orang kuat sembunyikan daripada kita semua sebab tak nak kita semua risau tapi bila dia buat macam tu, lagi buat orang bertambah risau.”
Sebab tu kamu pergi jumpa Arissa?”
Tak tahu,” jawabnya pendek. “Ah, oh ya, Naz ada pancitkan tayar kereta Arissa. Minta tolong Mama Tifa selesaikan benda ni. Ingatkan hari ni Naz nak selesaikan benda tu tapi terdemam pula. Semua Arissa punya pasal,” keluhnya sempat lagi menuduh Arissa.
Mungkin semuanya kebetulan dan mungkin tak. Kalau Mama Tifa kata, kamu dengan Arissa memang dah ditakdirkan untuk bersama, apa pendapat kamu?” tanya Puan Latifah.
Bad idea.”
Kenapa?”
Sebab kalau keadaan kami macam ni... kalau kami kahwin dan Arissa demam, Naz pun demam, siapa yang nak jaga siapa kalau kami sakit nanti?” tanya Nazwan.
Mmm...,” Puan Latifah mengangguk faham. Betul juga apa yang Nazwan kata tadi. Tapi, sekali lagi dia melepaskan tawa. Dia tidak sangka Nazwan akan fikir akan mendirikan rumah tangga dengan Arissa.
Mama Tifa buat lawak lagi,” keluh Nazwan menutup matanya kembali.
Naz, nak dengar satu cerita tak?” tanya Puan Latifah.
Pastikan cerita tu boleh buat Naz tidur lena malam ni dan sembuh secepat mungkin,” ujarnya separuh mengantuk.
Beberapa tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki ni. Dia memang selalu menangis,” Mama Tifa memulakan cerita.
Nama budak lelaki tu Nazwan?” Nazwan mencelah sambil matanya tertutup rapat. “Cerita Mama Tifa tak pernah berubah sejak dulu lagi. Next!”
Cerita kali ni memang lain.”
Mmm....”
Pada suatu hari, kamu asyik menangis. Menangis dan menangis sampai mama kamu tak tahu nak buat apa. Tapi, bila ada seorang tetamu datang rumah, serta-merta kamu berhenti menangis. Cuba teka siapa dia?”
Rasanya bukan makhluk asing dari angkasa lepas,” ujar Nazwan yang separuh sedar.
Puan Latifah tertawa kecil. Dalam separuh mengantuk pun Nazwan boleh menjawab soalannya dengan jawapan loyar buruk.
Ayana. Mama Arissa.”
Mmm....”
Nak tahu apa yang berlaku selepas tu?” tanya Puan Latifah.
Senyap. Tiada sebarang suara keluar dari mulut Nazwan. Nazwan sudah pun terlena. Sekali lagi dia tersenyum sendirian. Nampaknya, ini bukan masanya untuk Nazwan ketahui perkara itu. Lagipun dia juga terfikir, mungkin apa yang berlaku itu hanyalah satu kebetulan. Tapi kalau benar itu adalah jodoh, dia juga tidak boleh berbuat apa-apa. Semuanya keputusan berada di tangan Nazwan dan Arissa.
Macam mana Nazwan?” Tiba-tiba Puan Latifah dikejutkan dengan sapaan seseorang.
Terkejut dia apabila melihat mamanya, Puan Azizah sudah pun berdiri di hadapannya.
Mama,” keluhnya sambil mengurut dada.
Demamnya teruk lagi ke?” tanya Puan Azizah yang bertukar tempat duduk dengan Puan Latifah yang duduk di tepi katil Nazwan.
Macam biasalah,” jawabnya tidak mungkin dapat menipu mamanya. “Nampaknya, apa yang kita jangka dulu, mungkin ada betulnya. Arissa dengan Nazwan memang ada jodoh. Saya masih terfikir, perlu ke kita laksanakan hasrat kakak? Disebabkan terhutang budi dengan Ayana, mama Arissa tu, dia pernah berhasrat nak jodohkan Arissa dengan Nazwan.”
Orang muda zaman moden sekarang ni mana nak ikut wasiat orang yang dah tiada,” Puan Azizah bersuara seperti membantah.
Puan Latifah mengangguk faham. Ada benarnya kata mamanya. Ini masa depan mereka berdua, jadi lebih baik mereka berdua yang buat keputusan. Dia sebagai orang dewasa hanya mampu melihat dari jauh. Kalau boleh dinasihat, dia akan hulurkan nasihat.
Tapi....”
Ada sesuatu yang mama risaukan?”
Mama terfikir nak tunangkan mereka berdua.”
Apa? Tapi bukan ke mama kata tadi yang orang muda zaman sekarang ni tak suka ikut wasiat orang yang dah tiada... kenapa pula tiba-tiba buat keputusan macam ni?” terkejut Puan Latifah mendengarnya.
Memang tapi ini bukannya wasiat orang yang dah tiada tapi permintaan orang yang masih hidup,” jawab Puan Azizah tenang.
Papa Arissa?” teka Puan Latifah.
Puan Azizah mengangguk.
Jadi, dia memang nak tuntut balik hak dia yang hilang dulu?”
Puan Azizah mengangguk. Memang dia tiada pilihan lain lagi.  

8 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    hohoho.. masih banyak perkara yg tersirat ni...

  1. Jolyn Eve berkata...:

    huhuhuuu....hak yg hilang? apa 2?

  1. CaPiTaL Iz berkata...:

    tenkiu cik ratu..^____________________^

  1. Tanpa Nama berkata...:

    apa yg sebenarnya ni??? makin baca makin trtanya-tanya..

  1. angkut berkata...:

    wahh... menarik menarik syabassssssssssss

  1. eija berkata...:

    mkin ttya2 plk...apa yg tlah blaku msa dlu...

  1. | lady | berkata...:

    Banyak benda tersurat Dan tsirat nyh :D best2 !!

  1. | lady | berkata...:

    Banyak benda tersurat Dan tsirat nyh :D best2 !!

Catat Ulasan

Fan Pages