Romeo yang Hilang: Bab 22

DARINA melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka luas. Lalu dia menyambung langkah mendapatkan keretanya yang di parking di basemen itu. Tatkala dia menghampiri keretanya, dia terdengar beberapa detap kasut semakin lama semakin menghampirinya.
Satu keluhan dilepaskan. Serentak dengan itu dia berpaling ke belakang. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian segak, berkod hitam dan bertali leher berdiri di hadapannya.
Bos korang nak jumpa?” Darina membuka mulut sebelum mereka berdua bersuara.
Salah seorang daripada mereka laju memberikan reaksi dengan mengangguk. Dalam masa yang sama Darina terpandang sebuah kereta yang di parking tidak jauh dari keretanya. Tanpa buang masa dia segera mengorak langkah menghampiri kereta itu.

Pintu kereta dibuka oleh salah seorang pengawal tadi. Umpama mempersilakan dia masuk. Tanpa rasa ragu, Darina terus masuk ke dalam.
Adam Alexander a.k.a Muhammad Adam. Seperti yang dijangka. Seorang suami takkan biarkan isterinya dalam bahaya. Sebelum apa-apa, saya sudah sediakan dua salinan,” ujar Darina sambil mengeluarkan sebuah lagi sampul dan dia memberikannya kepada Adam.
Adam menyambut sampul itu tetapi dia tidak segera membuka. Sebaliknya dia meletakkan sampul itu ke tepi.
Budak tu… apa motif dia ceroboh masuk ke dalam Arena?” tanya Adam.
Saya tak dapat siasat ke tahap tu. Apa kata kalau awak saja yang tanya budak tu?” tanya Darina sambil menghulurkan sekeping lagi sampul surat. Kali ini sebesar tapak tangan.
Sampul surat itu bertukar tangan.
Apy mula syak sesuatu.”
Adam yang ingin membuka sampul itu terhenti. Wajah Darina dipandang tepat.
Dia syak awak ada hubungan sulit dengan Daniel,” jawab Darina selamba. Kemudian dia ketawa. Adam nampak blur seperti biasa. Tidak faham dengan jenaka tadi. “Apy persoalkan kenapa Daniel berikan projek Arena kepada awak sedangkan awak langsung tak ada pengalaman tentang projek besar seperti itu.”
Mak cik tu selalu fikir yang bukan-bukan,” balas Adam. .
Macam mana kalau kali ini tekaan Apy betul?” tanya Darina.
Adam tidak menjawab. Dia segera membuka sampul surat itu. Ada sekeping gambar di dalamnya. Tanpa berlengah lagi dia menarik keluar gambar itu dan ditelitinya. Dahinya berkerut.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar itu. Dalam gambar itu ada Daniel ketika remaja, seorang budak lelaki yang tidak dikenali dan seorang lagi, seseorang yang menyerupinya. Pelanduk dua serupa? Atau... dia sendiri?
Kau ada masa terluang yang banyak sangat ke sampai ada masa menghadap photoshop?” soal Adam langsung tidak percaya dengan gambar di tangannya itu.
Walaupun saya ada masa nak menghadap photoshop tapi awak fikir saya boleh dapatkan wajah awak yang masih remaja? Pakar photoshop pun belum tentu lagi boleh dapat bayangkan rupa semasa awak remaja,” jawab Darina.
Aku ada hak sama ada nak percaya, bukan?”
Darina tersenyum.
Mungkin sebab itulah arwah tak berterus-terang dengan awak semasa dia hidup. Dia tahu, awak tentu takkan percaya. Tapi itu tak penting lagi. Cuma, apa yang awak nak buat selepas ini? Berselindung di sebalik bayang-bayang sendiri atau berhadapan dengan bayang-bayang sendiri? Pilihan ada di tangan awak. Saya kena pergi ambil anak di sekolah sekarang. Kalau ada apa-apa yang awak tak puas hati, awak tahu nak cari saya di mana, bukan?” ujar Darina segera bergerak keluar dari kereta.
Baru sahaja beberapa saat Darina keluar dari keretanya, Adam menerima panggilan daripada isterinya. Tanpa berlengah lagi dia segera menjawab panggilan itu.
Ehem… awak, apa makanan yang awak nak sangat saya masak malam ini?” tanya Apy Elina di hujung talian.
Hari ni… hari April Fool ke?” guraunya seraya menjeling melihat jam tangannya.
Baru puku 3.30 petang. Pelik. Baru kali ini isterinya telefon dan bertanya soalan begitu. Ini pasti ada sesuatu yang ingin dipintanya.
Kalau April Fool pun saya tetap nak masak untuk awak ni. Serius!”
Mmm… lagi pelik,” bibirnya mengukir senyuman.
Mana ada pelik. Saya cuma dah lama nak masak untuk awak tapi selalu tak ada masa. Sekarang ni saya ada banyak masa terluang. Jadi, apa salahnya kalau saya nak masakkan untuk suami sendiri.”
Okey…” lambat-lambat Adam menjawab.
Okey je? Cepatlah. Awak nak makan apa malam ni? Saya ada di pasar raya sekarang. Nanti takut tak sempat nak memasak,” isterinya lagi mendesak. Sah, mesti ada apa-apa yang diinginkan nanti.
Maggi?”
Maggi? Pak cik, awak perli saya ke?”
Apa salahnya?”
Cubalah minta sesuatu makanan yang boleh mencabar kemahiran memasak saya. Bila awak minta Maggi seolah-olah macam awak ni memandang hina skill memasak saya!”
Mak cik, awak ingat suami awak ni kuat makan ke?” balas Adam.
Ah, lupa! Suamiku umpama vampire.”
Vampire?”
Mmm… vampire langsung tak ada deria rasa. Macam awak. Makan Pizza Hut yang sedap tu pun awak boleh kata langsung tak ada rasa.”
Adam mengeluh panjang. Mak cik ni sudah mula mengarut yang bukan-bukan. Ada ke samakan suami sendiri dengan vampire.
Mak cik, masalahnya vampire tu wujud ke?”
Fakta vampire wujud,” jawab isterinya.
Sekali lagi dia mengeluh. Ada sahaja jawapan isterinya. Memang betul-betul tidak kering idea. Mesti panjang saja akalnya untuk menjawab.
Hah, apa kata… memandangkan awak nak makan Maggi, saya masakan awak spegatti?”
Kalau nak Maggi juga?”
Ya Allah, pak cik ni…”
Masak Maggi sajalah,” pintanya. Tiba-tiba pula teringat Maggi yang dimasak oleh isterinya. Walaupun simple tetapi itulah makanan yang paling sedap yang pernah dia makan.
Baiklah. Saya masakan awak Maggi tapi saya nak makan spegatti. Jangan mintak spegatti saya!”
Okey,” balas Adam tak berperasaan.
Jangan menyesal,” ujar isterinya sebelum menamatkan perbualan.
Adam sekadar tersenyum. Selama ini mana dia pernah menyesal. Selagi isterinya yang memasak, itu sudah memadai. Lagipun dia bukan seorang yang suka makan. Macam isterinya kata tadi, kadangkala dia langsung tak dapat rasa kesedapan sesuatu makanan. Baginya kebanyakan makanan mempunyai rasa yang sama.
Dia kembali mengalih tumpuannya pada gambar yang diterimanya tadi. Macam-macam soalan berlegar-legar di kepalanya. Kalau gambar itu adalah gambar betul, ini bermakna dia pernah bertemu dengan Daniel sebelum ini. Tapi kenapa Daniel berpura-pura tidak mengenalinya? Dan siapa pula lelaki seorang lagi ini?
Tanpa berlengah lagi dia segera membuka sampul surat yang diterima daripada Darina tadi. Diambil beberapa keping gambar dan diletakkan gambar seorang lelaki yang menceroboh masuk Arena itu bersebelahan dengan gambar yang satu lagi. Sama.
Jadi, apa yang mak cik tu teka semuanya tepat sekali,” ujarnya sendirian.
Dalam pada itu, dia teringatkan perbualannya dengan Izwan tempoh hari. Izwan pernah beritahu isterinya ada syak, dia kenal lelaki yang menceroboh masuk itu. Pada awalnya dia menganggap tekaan isterinya hanyalah satu tekaan yang tidak berasas. Kini, terbukti tekaan isterinya itu benar.
Tanpa berlengah lagi dia segera mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi nombor seseorang.
Izwan, aku nak jumpa kau di tempat biasa. Urgent.”


APA pendapat kau?” soal Adam sebaik sahaja menunjukkan kedua-dua gambar itu kepada Izwan.
Izwan yang melihat gambar itu juga nampak terkejut. Mungkin tidak menyangka gambar seperti itu pernah wujud.
Jadi, apa yang cikgu teka hari tu memang betul? Kau pernah kenal lelaki yang ceroboh masuk Arena,” ujar Izwan seakan tidak percaya.
Bukan itu saja. Darina ada beritahu, dia ada syak sesuatu antara aku dengan Daniel. Dia syak, aku pernah rapat dengan Daniel sebelum ini. Sama seperti dia syak aku kenal budak yang ceroboh masuk tu,” tambah Adam lagi.
Wau…” sekali lagi Izwan terkejut mendengarnya. “Semua yang cikgu teka… semuanya tepat.”
Kau rasa semua ni kebetulan ke?”
Maksud kau?”
Mak cik tu… dia tahu apa yang aku tak tahu.”
Izwan menggeleng. Dia tidak setuju.
Kau dah lupa? Dia cikgu. Bekas jurulatih kita. Kau ingat lagi apa yang membuatkan kau ambil dia sebagai jurulatih kita dulu? Dia bukan sahaja bijak buat keputusan tapi bijak buat kesimpulan. Mungkin bagi kau, dia nampak comel dan kebudak-budakkan tapi aku yang melihatnya bukan seperti itu. Sebab itu aku respek cikgu sampai sekarang,” ujar Izwan.
Adam mengeluh berat. Dia tidak menyangka hal ini menjadi semakin rumit begini. Satu demi satu memori lama yang dia tak mahu ingat datang secara tiba-tiba.
Bagi aku, apa yang cikgu teka tak penting lagi. Yang penting sekarang ialah waktu ini,” ujar Izwan sambil menunjukkan gambar lama yang penuh misteri. “Hanya memori kau yang hilang tu boleh selesaikan misteri ini.”
Adam mengambil kembali gambar itu. Dilihatnya gambar itu lama-lama. Fikirannya kosong. Dia langsung tidak dapat ingat waktu bila gambar ini diambil. Hal ini menyebabkan dia percaya, ini ialah gambar palsu.
Macam mana kalau gambar ni gambar palsu?” soal Adam.
Macam mana memori kau boleh hilang?” tanya Izwan kembali.
Soalan Izwan itu membuatkan Adam terdiam sebentar. Lambat-lambat dia mengangkat bahu. Dia tak pernah terfikir tentang itu.
Takkan kau tak pernah terfikir?”
Aku rasa tak perlu sebab apa yang penting adalah masa depan. Lagipun Kak Mellissa pernah beritahu, aku yang dulu tak seperti aku yang sekarang. Lebih kejam dan lebih gelap. Sebab tulah aku tak terfikir pun tentang masa lampau,” terang Adam acuh tak acuh.
Jadi, kau betul-betul tak kisah?”

Masa lampau aku tak mampu buat aku bahagia seperti sekarang. Apa yang aku kisah sekarang adalah masa depan aku dan isteri aku,” ujarnya nekad. 

10 si charming:

  1. Cinta eija berkata...:

    Apa yg tlah blaku yek.. Misteri yg perlu di rungkai..

  1. Macam Yong berkata...:

    okay...memang mendebarkan. hmm suruh adam g buat terapi hipnosis mcm hyde, jekyll, me baru boleh dapat tau masa lampau dia. hehe tapi manuskrip dah hantar kan? harap dapat cepat publish. xsabar nak baca ni.

  1. wan amisza berkata...:

    alahai chomel la Apy dan Adam ni.. rasanya adam dan daniel mungkin adik beradik.. mungkin juga adam pernah kenal Apy dan jatuh cinta dengan Apy..hahaha.. tak sabar nak tahu semua teka-teki tentang kisah hidup Adam Dan Apy.

  1. Abby Sha berkata...:

    Waaa otak ku dah mcm megi dlm mangkuk berselirat

  1. mia_edora berkata...:

    Wah... Adam sweet betol la... Best nya kalau ade hubby cam adam... Sentiasa pikirkan keselamatan apy... Adam ngan daniel maybe ade pertalian... X sabarnya nak tunggu buku ni...

  1. hk berkata...:

    Waaahhhh... tak dapek nak pikir

  1. Dewi Aja berkata...:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages