Seseorang untuk Dinikahi: Bab 24


Melati sekali lagi menggeleng. Punyalah dia terpaksa batalkan programnya semata-mata risaukan keadaan Arissa, rupa-rupanya dia kena tipu hidup-hidup lagi. Waktu dia terima panggilan telefon daripada Arissa beberapa hari yang lalu, dia sudah tidak sedap hati. Nada Arissa waktu itu memang buat hidupnya tidak senang. Macam-macam dia fikir.
Arissa kena kahwin paksa?
Arissa tidak suka dengan pertunangan ini?
Arissa terluka?
Macam-macam lagi yang dia fikir. Tapi rupa-rupanya, semua itu hanyalah lakonan semata-mata supaya dia datang ke pertunangan Arissa. Nasib baiklah dia tahu sangat dengan perangai Arissa, tidak jadilah dia marah. Kalau orang lain, memang sudah lama dia naik angin.
Melati, aku suruh kau datang sini bukan nak tengok kau geleng kepala dan renung aku macam nak terkam aku. Aku perlukan kau untuk salurkan kuasa tambahan kau supaya aku tak gemuruh, tak takut dan kuat hadapi semua ni,” ujar Arissa yang baru sahaja selesai mekap.
Mak cik, kau tu nak bertunang je. Bukannya nak akad nikah,” balas Melati geram. Bercinta bukan main berani tapi bila berhadapan situasi ini, jadi lembik pula. Tak faham langsung.
Ala, aku tetap nak kau datang,” ujar Arissa sambil hentak kaki.
Ye. Aku dah datang ni. Dah ada di depan kau ni,” balas Melati. Menggeleng lemah. Entah macam manalah papa Arissa boleh benarkan anak perempuannya ini bertunang awal-awal? Nasiblah siapa jadi tunang Arissa. Pasti jenuh hendak melayan kerenah Arissa.
Eh, tunang kau tu orang mana? Aku kenal ke?” tanya Melati.
Mmm… mungkin orang bunian,” balas Arissa sambil membetulkan baju tunang yang sudah dipakainya.
Cakaplah betul-betul.”
Kau rasa aku dah makin gemuk ke?” tanya Arissa menggayakan baju itu di hadapan cermin.
Dari kali terakhir kita jumpa badan kau memang macam tu. Tak tembam sangat dan tak kurus sangat. Tapi pipi kau tetap comel,” puji Melati.
Betul?” teruja Arissa mendengarnya.
Kau belum jawab soalan aku tadi, tunang kau tu orang mana?”
Tak pentinglah dia orang mana asalkan sekejap lagi nenek dia akan sarungkan cincin di jari yang gemuk ni. Ahh, aku patut ambil diet awal-awal. Aku takut cincin tu tak muat,” rungut Arissa.
Melati mengerut dahi. Ini tak boleh jadi. Walaupun dia tidak selalu bersua dengan Arissa tapi dia kenal Arissa sejak sekolah rendah lagi. Bila Arissa cuba mengelak daripada menjawab soalan, pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Lantas dia berdiri di hadapan Arissa. Terkejut Arissa dibuatnya.
Kenapa?” tanya Arissa.
Apa dah berlaku sebenarnya?” tanya Melati. Tajam pandangan Melati sehinggakan dia tidak berani bertentang mata dengan Melati. “Kau tak ada sesiapa nak luahkan, bukan? Sebab tu kau telefon aku dan paksa aku datang, bukan?” soal Melati lagi.
Perlahan-lahan Arissa mengangguk.
Aku perlukan seseorang… aku tak tahu nak cari siapa lagi,” ujar Arissa tersekat-sekat. Air matanya mengalir tanpa disedari dan dia tidak dapat mengawalnya lagi.
Melati terus memeluk Arissa. Menenangkan Arissa walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang sudah berlaku. Baginya, Arissa memang jarang menangis. Sepanjang dia berkawan dengan Arissa, dia tidak pernah tengok Arissa menangis begitu sedih begini. Kalau Arissa sudah menangis, itu bermakna pasti ada sesuatu yang sudah berlaku. Sesuatu yang disimpan dalam hati untuk sekian lama.
Kau masih ada aku. Jangan risau,” pujuk Melati masih memeluk Arissa dengan erat.
Aku takut sangat kalau kau tak jadi datang,” tersedu-sedu Arissa bersuara.
Okey. Okey, habis mekap kau kalau kau terus menangis,” Melati terus meleraikan pelukkannya.
Dia tidak pernah melayan Arissa yang sedang bersedih, jadi dia tiada pengalaman. Semakin dia memujuk semakin kuat pula tangisan Arissa. Tambah lagi, hari itu hari pertunangan Arissa. Dia patut lakukan sesuatu sebelum keadaan makin bertambah teruk. Melati lantas mencapai sehelai tisu dan menghulurkan kepada Arissa.
Aku dah tak ada hati nak bertunang,” ujar Arissa langsung membiarkan air matanya mengalir.
Aku tak tahu apa dah berlaku tapi aku tak kisah. Yang penting sekarang, aku tahu, kau bukan seorang yang suka lari daripada masalah,” ujar Melati memberikan semangat kepada Arissa. Hanya semangat yang dapat menghapuskan air mata Arissa buat masa ini.
Arissa mengangguk. Sejak dahulu lagi dia sudah melatih dirinya untuk tidak melarikan diri walaupun masalah besar melanda. Itu juga adalah pesan yang ditinggalkan oleh arwah mamanya. Mana mungkin dia ingkar arahan mamanya.
Jadi, kau perlu kuat. Arissa yang aku kenal, walaupun orangnya agak menyusahkan dan manja tak bertempat tapi dia seorang yang kuat!” ujar Melati lagi. Kali ini dengan penuh semangat.
Aku mana ada menyusahkan orang,” ujar Arissa sekali dengan cubitan kuatnya hinggap di lengan Melati.
Sakitlah.”
Tarik balik apa yang kau kata tadi,” panjang muncung Arissa, tidak puas hati.
Yelah. Kau tak menyusahkan orang. Kau seorang yang takkan buat orang risau. Kalau boleh kau nak tengok semua orang di sekeliling kau gembira,” puji Melati.
Mmm… aku sayang kau,” ujar Arissa sambil memeluk Melati.
Arissa,” panggil Mama Fiza membuka pintu. Lantas Arissa meleraikan pelukan. “Pihak lelaki dah sampai, boleh turun sekarang. Masa untuk sarung cincin.”
Err… lima minit! Nak betulkan mekap,” balas Arissa.
Okey, Mama Fiza tunggu di bawah ya.”
Okey,” balas Arissa.
Bertenang dan tarik nafas perlahan-lahan,” arah Melati. Arissa hanya menurut. Dia mesti hadapi semua ini. Walaupun pahit tapi dia perlu telan juga. “Kau mampu lakukannya!”

***

Macam mana?” tanya Puan Azizah kepada anak perempuannya itu. Puan Latifah sekadar menggeleng. Ketat saja mukanya apabila tidak dapat menghubungi Luqman mahupun Nazwan.
Tahu dia orang pergi mana?” tanya Puan Azizah lagi. Oleh kerana sibuk sangat melayan tetamu dan saudara mara yang bertandang ke rumahnya, dia langsung tidak sedar bahawa dua cucu kesayangannya tiada.
Entahlah, tak perasan pula Tifa,” jawab Puan Latifah. Risau.
Budak-budak ni memang nak kena,” marah Puan Azizah.
Tifa rasa tak sedap hatilah, mama. Macam ada sesuatu yang dia orang rancang je. Tambah lagi, baru-baru ni, perangai Nazwan pelik sangat,” luah Puan Latifah.
Dia mula perasan, baru-baru ini perangai Nazwan lain macam. Tidak seperti selalu. Biasanya Nazwan bukanlah peminat masakannya, tetapi beberapa hari yang lalu, Nazwan kerap meminta dia masak. Teringin katanya. Puan Latifah tidak menyangka yang bukan-bukan waktu itu. Kini, bila Nazwan tidak kelihatan sejak dari pagi tadi, dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Jangan-jangan dia buat hal lagi kot,” teka Puan Latifah dengan berbisik. Risau kalau orang-orang sekeliling mendengar perbualan mereka.
Buat masa ni, jangan beritahu sesiapa lagi. Kita uruskan pertunangan ni dahulu. Mama tetap nak teruskan rancangan ni!” tegas Puan Azizah.
Puan Latifah hanya mengangguk faham. Bagaimanapun dia risau dengan keselamatan mereka berdua. Entah ke mana mereka pergi. Bila dia cuba hubungi keduanya, masing-masing tidak sambut panggilannya. Sebagai seorang ibu yang telah membesarkan kedua-duanya, hatinya jadi tidak tenteram.
Harap-harap mereka berdua baik-baik sahaja dan pulang dengan selamat, doanya.

***

Handset Luqman berdering lagi. Mereka bertiga yang sedang menikmati secawan kopi saling berpandangan. Baru sekejap tadi handset Nazwan berbunyi dan seperti yang dijangka, handset Luqman pula berbunyi. Panggilan dibuat daripada nombor yang sama.
Nampaknya mama dah sedar kita hilang,” ujar Luqman sebaik sahaja handsetnya berhenti berbunyi.
Kau nak aku terangkan pada Mama Tifa ke?” tanya Nazwan serba salah. Nahaslah Luqman bila balik nanti. Mama Tifa memang seorang ibu yang lembut, jarang dia lihat Mama Tifa naik darah tetapi dia tetap risau apa yang akan ditempuhi Luqman nanti.
Kau dah gila? Mama lagi menakutkan daripada nenek. Silap hari bulan, dia boleh tahan penerbangan ni tau,” Luqman tidak setuju. Mamanya memang nampak seperti suri rumah biasa tetapi mamanya banyak kenalan yang bekerja di syarikat penerbangan kerana mamanya seorang bekas pramugari dan banyak pengaruh pula.
Aku rasa tak sedap hati,” ujar Nazwan. Bermacam-macam bermain di fikirannya sekarang sehinggakan dia sendiri tidak tahu apa punca sebenar hatinya tidak senang pada ketika ini.
Kau akan okey,” ujar Sarah yang turut berada di situ.
Betul,” sokong Luqman.
Aku tak pasti…”
Abaikan apa yang kau rasa sekarang. Jangan risaukan aku. Paling teruk pun aku kena perintah berkurung dengan nenek. Lepas kau sampai sana, kau boleh hubungi nenek. Itupun kalau kau rasa dah cukup kuat untuk bercakap dengan nenek. Perkara ni, makan masa sikit. Lama-lama nanti dia orang pasti dapat terima,” ujar Luqman memberikan sedikit keyakinan kepada Nazwan.
Aku cuba,” ujar Nazwan acuh tak acuh.
Aku nak pergi tandas sekejap,” Luqman meminta diri dan segera berlalu meninggalkan Sarah dan Nazwan di situ.
Sarah menjadi janggal apabila duduk berdua-duaan dengan Nazwan. Pelik pula. Jika dahulu, dia teringin sangat hendak berada di sisi Nazwan tapi sekarang, semua perasaan itu bertukar janggal dan kurang selesa. Nazwan pula bertukar menjadi pendiam. Dia tahu, Nazwan hanya akan bercakap kalau Luqman ada di sebelah. Bila Luqman hilang, tiada suara Nazwan akan kedengaran.
Terima kasih sebab sudi tolong aku,” ucap Nazwan tiba-tiba bersuara.
Hah?” terkejut Sarah dibuatnya. Namun, dia gembira sebab Nazwan sudi bercakap dengannya. Biarpun hanya sekadar berucap terima kasih.
Kau tak perlu ucap terima kasih. Aku yang patut ucap terima kasih sebab sudi maafkan aku. Apa yang aku buat ni, hanyalah sebahagian untuk aku tebus kembali apa yang kau hilang selama ni,” jawab Sarah dengan hati yang lapang.
Sejak kematian Natasya, rasa bersalah sentiasa menghantuinya. Biarpun bukan dia penyebab Natasya meninggal dunia tetapi dia pernah buat Natasya menderita. Natasya pergi tanpa mengetahui perkara sebenar. Semuanya kerana sikapnya yang mementingkan diri.
Aku tak pernah salahkan kau atas kematian Natasya. Kau tak perlu rasa bersalah,” balas Nazwan dari hati.
Sarah hanya mengangguk. Nazwan begitu baik terhadapnya. Biarpun Nazwan tahu dialah dalang yang menghantar gambar kontroversi itu, tetapi Nazwan masih menerimanya sebagai kawan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku di antara mereka. Sejak itu, barulah dia sedar, apa yang dia buat selama ini sebenarnya merugikannya.
Luqman betul-betul sayang kau,” ujar Nazwan lagi.
Aku tahu,” sekali lagi Sarah mengangguk. Dia perlu mengakuinya.
Dahulu, dia rasa Luqman begitu menjengkelkan. Bagaimanapun dia terpaksa berhadapan dengan Luqman, berpura-pura menyukai Luqman. Dia buat semua itu semata-mata mahu rapat dengan Nazwan tapi semua itu memakan dirinya.
Selepas kematian Natasya, barulah dia buka mengenali siapa Luqman di sisinya. Luqman tetap bersamanya biarpun dia pernah menipu Luqman hidup-hidup. Luqman masih menerimanya dengan alasan semua orang patut diberi peluang kedua.
Jaga dia baik-baik,” pesan Nazwan lagi.
Sarah mengangguk lagi.
Kau pun, jaga diri baik-baik,” ujar Sarah.
Jangan risaukan aku. Pak cik aku dah uruskan segala keperluan aku di sana,” balas Nazwan. “Dan tolong jagakan Arissa untuk aku.”
Itu… aku tak boleh janji,” terus terang Sarah bersuara. “Kalau dia tahu aku yang tolong kau... kau tahu jelah perangai dia,” Sarah tidak mampu teruskan. Dia dapat rasakan hubungan dia dengan Arissa akan renggang kalau Arissa dapat tahu dia yang merancang semua ini.
Aku tahu,” Nazwan mengangguk. “Tapi aku harap sangat kau orang tak bergaduh. Lagipun, aku kenal Arissa. Selagi kau beritahu dia perkara sebenar, dia akan cuba terima.”
Kalau dia tak dapat terima?”
Dia kuat. Dia lebih kuat daripada apa yang kau sangka dan sebab tulah aku berani buat keputusan macam ni. Aku tahu, dia pasti boleh hadapinya,” ujar Nazwan selamba.
Baiklah. Aku cuba. Tapi… boleh aku tanya satu soalan?”
Apa dia?”
Betul ke kau tak pernah ada perasaan terhadap Arissa?” tanya Sarah teragak-agak.
Itu…,” baru sahaja Nazwan ingin bersuara, kedengaran panggilan terakhir untuk pesawat yang akan dinaikinya. Pada masa yang sama, Luqman kembali menghampiri mereka.
Jom,” arah Luqman.
Tanpa berlengah lagi, Nazwan segera mencapai beg sandangnya. Dari Malaysia, dia hanya membawa sebuah beg ke sana. Lagipun bila difikir semula, dia boleh dapatkan pakaian-pakaian baru di sana. Tambah lagi pak ciknya memang sudah sediakan semua keperluannya di sana. Jadi, dia tidak perlu risau memikirkan apa yang harus dipakai atau tempat tinggal.
Cuma dia perlu memikirkan masa hadapannya apabila berada di sana nanti. Itu nanti. Buat masa sekarang, dia tidak mahu sesakkan fikirannya dengan hal remeh temeh itu.
Tiba di balai berlepas, dia sedar, dia tidak boleh berpatah balik. Ini kali pertama dia meninggalkan Malaysia seorang diri. Ini juga kali pertama dia akan berpisah dengan Luqman. Mereka membesar bersama-sama. Mereka berdua macam belangkas. Di mana ada Luqman di situ ada Nazwan. Hari ini, dia perlu suaikan diri hidup tanpa Luqman.
Okey, sampai sini saja. Jaga diri,” ujar Luqman. “Jangan lupa apa yang kau janji semalam. Aku dah ajar kau guna facebook, jangan pula kau tak guna,” pesan Luqman.
Nazwan mengangguk. Kemudian dia menghulurkan tangan dan mereka bersalaman. Sempat juga Luqman memeluk Nazwan.
Jangan nangis tau,” kata Nazwan berseloroh.
Aku tetap jantan kalau aku menangis,” balas Luqman selamba.
Aku pergi dulu,” ucap Nazwan.
Jaga diri,” balas Luqman ketika Nazwan memulakan langkah masuk ke balai berlepas. Tatkala bayang Nazwan hilang di matanya, dia mengeluh.
Kenapa?” tanya Sarah.
Saya sangat pasti yang dia dah lupa macam mana nak login facebook,” ujar Luqman.
Sarah tertawa kelucuan. Kalau Nazwan tidak reti guna facebook memang bukan sesuatu yang mengejutkan.
Sekurang-kurangnya dia tahu guna emel,” balas Sarah.
Luqman mengangguk.
Tiba-tiba handset Sarah berbunyi. Satu mesej diterimanya. Tanpa berlengah lagi dia terus membuka mesej itu. Satu MMS daripada Arissa. Gambar Arissa sudah selamat bertunang. Siap tunjuk cincin tunang lagi. Dengan mesej ‘Aku jadi tunang orang!’
Kenapa?” tanya Luqman.
Tidak menjawab tapi sebaliknya memberikan handset itu kepada Luqman.
Tiba-tiba kesian pula dengan dia,” ujar Sarah.
Sendiri cari pasal. Abaikan dia. Sekarang ni, ada masalah besar yang perlu kita selesaikan.”
Angguk.

***

Kurang beberapa minit Nazwan berada di dalam pesawat, satu pengumuman kedengaran. Seperti biasa, pengumuman yang dibuat oleh kapten kapal terbang akan memberikan sedikit taklimat tentang perjalanan itu dan turut mengingatkan penumpang supaya mematikan telefon bimbit atau barang elektronik.
Arahan itu diikuti oleh penumpang lain. Begitu juga dengan Nazwan. Ketika dia hendak mematikan handsetnya, dia baru perasan terdapat mesej diterimanya. Terus dia membuka mesej itu. Sebuah mesej bergambar. Gambar Arissa sambil menunjukkan cincin di jarinya bersama mesej, ‘Terima kasih. Selamat jalan’.

Dia terkejut. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia berpatah balik tapi kapal terbang sudah mula hendak berlepas…

17 si charming:

  1. MizaEija berkata...:

    Arissa tau.. ARissa boleh agak tindakan Nazwan.. sedihnya... T____T

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sedihnye...ksian arissa.

  1. IzZ berkata...:

    sedihhhny...Arissa da tau..huhu..sedihhhh..sedihhh.sedihhhh..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    sooooo sad......teary eye dah ni

  1. Tanpa Nama berkata...:

    n3 baru please...

  1. Unknown berkata...:

    Sedihnya....kesian arissa...memendam rse...

  1. rahsia hatiku berkata...:

    kecian Arissa... sampai hati dorang..

  1. meow berkata...:

    Syabas ratu berjaya buat air mata nie menitis.. sedih sok sok sok

  1. Tanpa Nama berkata...:

    arrrrrrrr!!!!!!!kenapa ini mesti terjadi...tembok ego saya terpaksa dirobohkan..dlm duk kata jng nangis,nagis juga...wonderful!!superb...huhuhuhu :'(

  1. Tanpa Nama berkata...:

    oh noooooo...sian arissa, x sabarnyer nk tahu apa terjadi kemudian...

  1. KG berkata...:

    xsabo nak tunggu entry seterusnya...huhuhu

  1. Unknown berkata...:

    Sedih nya..msti arissa sedih dlm diam.mcm real plk.plz cept update.jgn tggu akhir bln 9 tau.plzzzzzzz

  1. Unknown berkata...:

    sian giler ngan arissa...tapi nak salahkan nazwan pun takleh gak...huwaa...sedih la entry ni...sambung lg please...

  1. Tanpa Nama berkata...:

    xsedih pn..padan muka arissa..haha

  1. eyra berkata...:

    cepat update next post! tak sbr nk tau! jd silent reader dari prince charming aritu lg! hee

  1. wajikDodol berkata...:

    sedih sgt2...arissa orgnye kuat, insyallah dia dpt hadapi semuanye..org yg buat dia mcm nie pasti akn menyesal sampai mati...huahhuah...sedih betul entry nie...xsabar nk tunggu yug aeterusnye...

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages