Seseorang untuk Dinikahi: 20


Nota: Ini versi manuskrip. 

****
MEREKA berdua melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Arissa masih dengan muka monyoknya mengekori langkah Nazwan melewati satu demi satu pintu bilik hotel mencari bilik yang baru saja ditempahnya tadi.
Apa kata kalau kita balik KL saja? Aku rindukan katil aku. Aku tak boleh tidur dalam keadaan demam macam ni selain daripada katil aku,” ujar Arissa.
Sejak tadi dia cuba memujuk Nazwan untuk balik ke KL. Macam-macam alasan dia sudah bagi tetapi Nazwan langsung tidak mengendahkan pujukkannya. Ada sahaja modal Nazwan membalas kembali alasannya.
Berapa kali kau muntah dalam kereta masa pergi klinik tadi?” tanya Nazwan dengan jelingan tajam.
Perlahan-lahan Arissa menunjukkan dua jarinya.
Enam kali,” tegas Nazwan. “Kalau kita balik KL sekarang, kau akan muntahkan semua isi perut kau tu sampai tak ada apa-apa dalam badan kau. Kau nak macam tu?”
Arissa mendengus marah. Ini semua Luqman punya pasal. Gatal sangat bawa lari Nazwan ke Cameron Highland. Lepas tu berani pula dia mengajak perempuan lain, kononnya hendak kenankan Nazwan dengan sepupu Sarah itu.
Huh, kalau tidak kerana rancangan gila Luqman itu, aku takkan berada di sini! Marah hati Arissa.
Dah. Tak guna nak salahkan Luqman. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung,” ujar Nazwan membuatkan Arissa terkejut.
Wah, kau tahu apa yang aku fikir?” tanya Arissa dengan kagum.
Bukan ke kau pernah kata, kita berkenalan sejak kau dalam perut lagi,” ujar Nazwan yang berhenti di sebuah pintu bilik.
Oh... mmm... mungkin sebab tulah kita ni memang dah ditakdirkan untuk bersama. Ah, kenapalah aku tak pernah terfikir pasal ni masa aku baca diari mama? Mama kata dalam diari tu, kau adalah orang pertama yang dapat kesan kehadiran aku. Bila aku jumpa kau buat pertama kali, aku rasa happy sangat. Aku selesa bersama kau sebab tulah aku nak sangat jadi kawan kau tapi tak sangka aku dah jatuh cinta dengan kau. Jadi, tak salah lagi. Kau memang jodoh aku,” ujar Arissa dengan penuh yakin.
Wau, demam kau makin teruk,” ujar Nazwan yang hanya menganggap kata-kata Arissa tadi sekadar gurauan. “Jangan lupa makan ubat dan tidur. Esok pagi, aku nak tengok demam kau dah kebah.”
Hah? Kau ingat aku ke yang kawal demam tu?” balas Arissa tidak puas hati. Kalau dia boleh tentukan suhu badannya naik atau turun dengan sendiri, memang sudah lama dia tak perlukan ubat doktor.
Sebab tulah aku suruh kau makan ubat, rehat dan tidur, faham?”
Terus kepala Arissa mengangguk tanda faham.
Aku ada dekat bilik sebelah,” ujar Nazwan sambil menyerahkan kunci bilik kepada Arissa.
Okey,” jawab Arissa sambil mengangguk dan mengambil kunci biliknya dari tangan Nazwan. Tanpa buang masa dia segera membuka pintu bilik itu. Namun, baru sahaja dia hendak menutup pintu, Nazwan pantas menghalang dia berbuat demikian.
Aku tak percaya kau akan makan ubat,” ujar Nazwan dengan penuh yakin. “Jadi, aku akan tunggu sampai kau makan ubat.”
Hah?” terkejut Arissa dibuatnya.
Belum sempat Arissa hendak berbuat apa-apa, Nazwan sudah pun melangkah masuk ke dalam. Terpinga-pinga Arissa di tepi pintu. Nazwan betul-betul cuba cari nahas. Ini macam sudah merelakan diri kena tangkap basah saja nampak gayanya.
Oh Nazwan, walaupun aku nak sangat kahwin dengan kau dan jadi isteri kau tapi bukan dengan cara macam ni. Aku nak jadi isteri kau dengan cara yang bermaruah,” ujar Arissa geram dengan perangai Nazwan itu.
Mana ubat yang doktor bagi tadi?” pinta Nazwan langsung tidak mengendahkan kata-kata Arissa tadi.
Memang tak makan saman betullah. Baiklah, kalau kau rela kena tangkap basah, aku pun rela. Jadi, duduklah selama mana kau nak dalam bilik ni!” Arissa mendengus marah sambil menghempas pintu.
Ubat,” pinta Nazwan lagi.
Arissa mencapai beg tangannya dan mengeluarkan satu plastik yang terkandung ubat-ubatan yang diberi oleh doktor tadi. Nazwan bertindak pantas mengambil plastik itu dari tangannya.
Tidak lama kemudian, Nazwan menghulurkan beberapa biji pil kepadanya. Terkejut Arissa dengan jumlah pil yang perlu ditelannya. Ada lima kesemuanya. Mungkin bagi yang tidak takut makan ubat, jumlah itu kecil sahaja tapi bagi Arissa yang sejak dulu lagi takut makan ubat, tengok sahaja jumlah itu, lagi menjadi demam yang dihidapinya.
Tension!
Satu keluhan dilepaskan. Dia tahu, kalau dia berjaya menukar mukanya menjadi muka kucing yang comel pun, dia tidak akan berjaya mengubah pendirian Nazwan. Ubat itu harus ditelan.
Muktamad.

***


SETELAH Arissa tertidur, barulah Nazwan keluar dari bilik itu. Pintu bilik Arissa di tutup rapat. Dia sengaja mengambil kunci bilik Arissa. Takut pula kalau ada sesuatu yang berlaku pada Arissa di dalam sana. Mungkin selepas ini dia boleh minta bantuan daripada Sarah supaya menjaga Arissa pada malam itu.
Dia dah tidur?” tanya Naufal yang datang menghampiri ketika Nazwan sedang membuka pintu biliknya.
Hmm,” pertanyaan Naufal dibalas dengan anggukkan sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Naufal turut mengekorinya dari belakang.
Aku tahu kau marahkan aku sebab bawa Kak Rissa ke sini....”
Naufal,” pantas Nazwan bersuara memotong kata-kata Naufal tadi. “Dia memang degil. Kalau aku marah kau pun, tak guna juga. Dia tetap akan datang sini walau apa pun yang berlaku.”
Dia cintakan kau.”
Aku tahu,” akui Nazwan.
Kau cintakan dia?” tanya Naufal tanpa berkias lagi.
Nazwan mengeluh kecil. Soalan Naufal tadi betul-betul memberikan kepalanya berdenyut. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Naufal bukan budak kecil lagi yang boleh dibohong. Malah, dia lihat Naufal semakin matang. Kalau tidak, Naufal tidak akan berani bertanya soalan begitu.
Kau keliru,” ujar Naufal.
Naufal, benda ni bukan mudah yang kau sangka.”
Mudah saja. Kau masih teringatkan kekasih lama kau dan kau tak tahu sama ada kau mampu bahagiakan Kak Rissa,” ujar Naufal.
Arissa beritahu kau?” soal Nazwan yang terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Naufal tadi.
Tak,” jawab Naufal sepatah. “Tapi diari dia.”
Kau baca diari dia?” sekali lagi Nazwan terkejut dengan Naufal.
Kadangkala kita perlu bertindak dengan lebih drastik untuk dapatkan jawapan. Aku tak nak bazirkan masa dengan bertanya soalan-soalan yang tak mungkin ada jawapan,” jawab Naufal langsung tidak rasa bersalah dengan tindakannya itu.
Tapi baca diari orang... bukan satu jalan penyelesaian.”
Kalau macam tu, kau ada jalan penyelesaian lain?” tanya Naufal.
Soalan Naufal tadi hanya tinggal soalan. Nazwan tidak berminat hendak menjawab soalan itu. Tambah lagi dia tidak berminat hendak berbincang tentang hal itu buat masa ini. Kalau dia hendak bercakap pun, bukan dengan Naufal. Baginya, walaupun dia mengenali Naufal sejak kecil lagi tetapi Naufal tetap orang asing dalam hidupnya.
Kau nak tahu tentang kandungan diari tu?” tanya Naufal lagi.
Nazwan mengerut dahi. Entah kenapa dia rasa macam Naufal memang sengaja hendak mencabar kesabarannya.
Aku tak berminat nak bersubahat dengan kau,” jawab Nazwan tidak berminat hendak tahu isi diari Arissa. Baginya diari perempuan tiada beza dan dia sudah dapat agak apa yang terkandung dalam diari itu. Pasti penuh dengan perasaan.
Ah, ruginya,” keluh Naufal sambil menghempas tubuhnya ke katil Nazwan. “Kak Rissa terlampau risaukan semua kawan-kawan dia sampai sanggup korbankan masa dan tenaga dia tapi malangnya, tiada siapa yang peduli pasal dia.”
Kalau aku tak pedulikan dia, aku takkan bawa dia pergi klinik dan paksa dia makan ubat tadi. Diari perempuan memang macam tu. Penuh dengan benda mengarut,” balas Nazwan.
Kalau macam tu, kau patut beritahu dia pasal Natasya.”
Nazwan mengeluh lemah. Tidak habis-habis sebut pasal Natasya. Tadi, bertubi-tubi dia disoal Arissa tentang Natasya dan kini Naufal pula bertanya.
Dah berapa kali aku beritahu, aku tak tahu apa-apa. Aku baru kenal dia hari ni. Aku tahu pasal rancangan Luqman tapi jangan harap aku akan jatuh cinta dalam masa satu hari. Kau dengan Arissa terlampau banyak berfikir pasal hal yang bukan-bukan.”
Aku tak bercakap pasal Natasya yang baru tu. Aku cakap pasal Natasya, bekas kekasih kau yang meninggal dunia tu.”
Kenapa dengan Natasya?” tanya Nazwan mula tidak sedap hati.
Senyap. Tiada sebarang jawapan daripada Naufal. Bila dia berpaling, dia nampak Naufal sudah pun terlelap.
Wei, jangan nak pura-pura tidur. Kau belum jawab soalan aku tadi.”
Aku penat.Esok-esoklah aku jawab,” jawab Naufal separuh mamai.
Huh, kau memang sengaja, bukan?” keluh Nazwan tidak puas hati. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia simbah Naufal dengan sebaldi air. Mujurlah itu katilnya, kalau tidak memang sudah basah Naufal dibuatnya.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
Hei! Bangun. Ini katil aku! Kalau kau nak tidur, pergilah bilik kau,” ujar Nazwan sambil menarik bantal putih itu dari kepala Naufal.
Aku malas nak tempah bilik lain. Buat apa nak membazir duit. Lagipun katil ni luaslah. Cukup dua orang,” jawab Naufal sambil mencapai sebuah bantal lagi dan kembali sambung tidur.

***


ARISSA terjaga daripada tidurnya apabila terdengar suara-suara yang begitu asing di sekelilingnya. Bila dia mencelik mata, dia mendapati televisyen yang terletak bertentangan dengan katilnya terbuka. Dia memandang sekeliling. Suasana dalam bilik itu cukup asing baginya dan dia yakin, dia bukan berada di dalam biliknya sendiri.
Lebih kurang seminit kemudian, barulah dia mengingati kembali apa yang sudah berlaku sehingga dia boleh tertidur di bilik asing itu. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringan dan terkejut apabila melihat satu kepala di tepi hujung katilnya.
Ah, Nazwan!” lantas tangannya mencapai bantal dan membalingnya ke arah Nazwan. Kecut perutnya apabila melihat kepala orang. Ingatkan hantu mana yang hendak bermain cak-cak dengannya di bilik hotel itu. Bila matanya fokus, barulah dia mengenali pemilik kepala itu.
Sakitlah!” marah Nazwan apabila kepalanya diserang dengan bantal dengan tiba-tiba. “Apa hal ni? Bangun saja terus serang orang. Mengigau ke?”
Huh, memang patut pun kau kena serang. Apa kau buat dalam bilik aku?”
Tengok tv,” jawab Nazwan selamba.
Eee...,” Arissa melepaskan kegeramannya.
Boleh pula Nazwan jawab dengan begitu selamba. Umpama macam orang tiada perasaan. Ah, lupa. Sekarang hati Nazwan sudah jadi batu. Hati batu memang tidak akan ada daya sensitiviti terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.
Tadi Mama Fiza ada call. Lebih baik kau call dia balik. Dia tengah risau tu,” ujar Nazwan yang masih menonton televisyen. Tapi bagi Arissa, dia sudah dapat baca semuanya. Mata sahaja pandang televisyen tapi fikirannya melayang entah ke mana.
Dia tahu aku demam lagi?” tanya Arissa.
Mestilah.”
Hah? Kenapa kau beritahu?”
Habis tu, aku nak bohong apa lagi? Bila dia tahu aku jawab handset kau dah tentu-tentulah dia akan soal macam-macam.”
Cakap jelah aku pergi tandas.”
Berapa jam kau tidur tadi? Takkan aku nak beritahu yang kau ada dalam tandas setiap kali Mama Fiza telefon? Fikirlah logik sikit.”
Ini semua Nazwan punya pasal,” rungut Arissa perlahan.
Ya, semua Nazwan punya pasal. Lain kali, guna sikit otak tu. Takkan hal macam ni pun kau nak menggelabah sampai sanggup naik Cameron Highland? Dah tahu tempat ni sejuk lagi nak cari nahas!” bebel Nazwan. Lagi.
Kau pun sama! Ikut sangat cakap Luqman. Kau tak tahu ke yang aku risaukan kau? Aku takut kau pun jatuh sakit dekat sini,” balas Arissa tidak mahu mengaku kalah.
Aku hanya akan jatuh sakit, bila kau jatuh sakit, faham?”
Faham,” jawab Arissa lambat-lambat. Bila dengan Nazwan, dia memang kalah habis. Sekuat mana pun dia cuba bertahan, dia tetapi kalah.
Aku tak ada apa-apa dengan perempuan tu,” beritahu Nazwan.
Jawapan Nazwan tadi sudah cukup mengembalikan senyuman Arissa. Bukan senyuman sahaja, tenaganya yang hilang tadi juga mula berkumpul semula. Mungkin inilah kuasa cinta.
Luqman memang suka memaksa aku tapi itu tak bermakna aku mudah jatuh ke dalam perangkapnya. Aku tahu apa yang dia fikir. Kau jangan risaulah. Lain kali kalau Luqman buat lagi perkara macam ni, jangan cepat sangat terperdaya. Macamlah aku ni mudah sangat jatuh cinta,” ujar Nazwan lagi dengan nada memujuk.
Mana tahu kalau tiba-tiba kau terjatuh cinta dengan perempuan tu. Sudahlah namanya sama dengan nama Natasya,” balas Arissa.
Kalau rupanya sama dengan rupa Natasya pun, belum tentu aku akan jatuh cinta dengan tiba-tiba,” balas Nazwan kembali.
Arissa mengukir senyuman. Dia mengeluh lega. Sejak dari pagi tadi, barulah dia dapat menghela nafas lega. Semuanya Luqman punya pasal. Tapi dia tetap berterima kasih kepada Luqman kerana memberitahu percutian mereka itu. Dapat juga dia berjumpa Nazwan setelah beberapa hari tidak berjumpa. Terubat rindunya.
Nazwan, boleh aku tanya sesuatu?” tanya Arissa setelah lama mereka mendiamkan diri.
Mmm?”
Apa yang sebenarnya yang sudah berlaku pada malam tu?” tanya Arissa akhirnya memberanikan diri bertanya.
Malam apa?”
Malam Natasya meninggal dunia. Aku tunggu salah seorang daripada kau orang bertiga beritahu apa yang berlaku tapi sampai sekarang tiada seorang pun yang nak berkongsi dengan aku perkara yang sebenar. Aku nak tahu, apa yang dah berlaku pada Natasya pada malam tu. Betul ke dia bunuh diri seperti gosip yang aku dengar?” tanya Arissa.
Nazwan langsung tidak bersuara. Lama juga Arissa tunggu tetapi satu bunyi pun dia tidak dengar daripada Nazwan. Namun, dia tidak berputus asa.
Dia ada telefon aku malam tu dan marah-marah. Aku tak faham kenapa dia marah aku. Gaya dia marah macam dia takut aku nak rampas kau daripada dia. Serius, aku tak pernah ada perasaan pada kau sebelum tu. Aku memang suka bila kau orang bersama. Tapi bila dia pergi dengan tiba-tiba... aku rasa bersalah. Rasanya macam aku dah buat salah dengan dia. Rasanya macam aku yang menyebabkan dia meninggal dunia,” tambah Arissa lagi meluahkan apa yang disimpan selama ini.
Tiada sebarang reaksi yang diterima daripada Nazwan. Nazwan hanya duduk di tepi katilnya dengan senyap. Arissa menghela nafas panjang. Nampak gayanya Nazwan memang tidak berminat hendak bercakap tentang hal itu. Rasanya, cukup sampai di sini sajalah dia memaksa Nazwan.
Ah, Nazwan, laparlah. Apa kata kalau kita pergi makan? Kau tahu, sejak pagi tadi aku hanya makan maggie saja,” ujar Arissa sambil bangun dari baringnya. Memang betul perutnya sudah berkeroncong. Mungkin itulah yang menjadi punca dia hilang tenaga sepanjang hari ini.
Kenapa kau rahsiakan hal Natasya daripada aku?” tanya Nazwan yang mula bersuara.
Hah? Hal apa?”
Apa yang dia pernah buat masa dia jadi model dulu,” kata Nazwan lagi.
Arissa mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang sedang mereka bincangkan. Rasanya dia tidak menyimpan rahsia besar tentang Natasya daripada Nazwan.
Kau bercakap tentang apa?” tanya Arissa.
Tentang ni,” ujar Nazwan sambil memberikan handset miliknya kepada Arissa.
Handset Nazwan tadi bertukar tangan. Arissa melihat beberapa keping gambar yang menyerupai seseorang. Bila diperhatikan, barulah dia mengenali gambar itu. Itu adalah gambar separuh bogel Natasya yang pernah dilihatnya dulu.
Malam tu, masa hantar Natasya, aku dapat mesej bergambar ni,” ujar Nazwan sebelum Arissa membuka mulut. “Kami bergaduh besar dan putuskan hubungan.”
Apa?” terkejut Arissa mendengarnya. “Kau putuskan hubungan dengan dia? Kenapa? Kau tahukan Natasya cukup setia dengan kau. Dia takkan buat benda bodoh macam ni. Aku tak sangka kau mudah tertipu dengan semua ni,” keluh Arissa.
Ada aku cakap aku percaya dengan semua tu?” ujar Nazwan semula.
Habis tu, kenapa sampai nak putuskan hubungan?”
Nazwan mengeluh kecil. Lelaki itu dilihat cuba memberi tahunya akan sesuatu tetapi bertindak berdiam diri. Pasti ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripadanya. Dia ingat lagi, pada malam itu, Nazwan ada menghubunginya dan bertanya tentang soalan yang pelik. Tidak lama kemudian, Natasya ada menghubunginya. Bila dia terlepas cakap pasal Nazwan, Natasya mula naik marah.
Aku dah agak kau orang bergaduh kalau tak, mustahil Natasya akan telefon aku malam tu dan marah-marah. Cuma aku tak faham, kenapa dia anggap aku cuba nak rampas kau. Okey, kalau dia masih hidup dan tahu aku dah terjatuh cinta dengan kau, mungkin memang patut dia marah aku tapi masa tu... aku langsung tak ada apa-apa perasaan terhadap kau. Dan, apa yang aku tak faham, kau orang bergaduh pasal gambar ni... jadi, apa kena mengena dengan aku?” soal Arissa sambil cuba mengaitkan segala kemungkinan yang berlaku.
Tengoklah siapa yang hantar,” ujar Nazwan.
Jari jemari Arissa lantas menekan butang pada hanset Nazwan untuk melihat siapa yang berani menghantar gambar itu. Kalau benar gambar itu dihantar kepada Nazwan dengan tujuan untuk memusnahkan hubungan mereka dahulu dan sekali gus membawa kepada kematian Natasya, memang dia tidak akan maafkan orang itu.
Ini...,” jari-jemarinya kaku apabila melihat nombor pengirim mesej bergambar itu. “Ini nombor aku yang dulu!”
Arissa bergegas turun dari katil dan duduk berhadapan dengan Nazwan. Wajah Nazwan ditatap dengan berani. Gambar itu bukan dia yang hantar. Pendek kata dia bukan dalang di sebalik kematian Natasya. Jadi, tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau dia takut, lagilah Nazwan akan syak yang bukan-bukan.
Nazwan, kau kena percayakan aku. Memang ni nombor telefon aku yang dulu tapi aku tak pernah hantar gambar macam ni pada kau. Sumpah!” kata Arissa cuba mempertahankan dirinya.
Aku dah tak peduli siapa yang hantar gambar tu tapi aku peduli pasal gambar tu. Kau tahu pasal gambar tu, bukan?” tanya Nazwan memandangnya dengan tajam.
Arissa tunduk. Kali ini dia tidak berani menatap wajah Nazwan yang bagaikan hendak menerkamnya. Seperti dia telah melakukan satu kesalahan yang besar. Tambah lagi, tiba-tiba sahaja bulu romanya naik meremang apabila disoal tadi.
Kau tahu pasal gambar tu, bukan?” soal Nazwan sekali lagi. Kali ini dengan nada mendesak. Kecut perut Arissa mendengarnya.
Tahu,” perlahan-lahan Arissa menjawab.
Wajah Nazwan kembali ditatap. Dia menghela nafas panjang dan mengumpul segala kekuatan yang ada untuk meluahkan perkara sebenar. Tapi, baru sahaja mulutnya ingin bersuara, semangatnya hilang tiba-tiba apabila teringat sesuatu.
Aku tak boleh beritahu,” ujarnya tidak berani bertentang mata dengan Nazwan.
Kenapa?” tanya Nazwan.
Aku dah janji dengan Natasya takkan beritahu kau pasal ni,” jawabnya dengan perasaan serba salah.
Natasya dah tak ada. Tak guna juga kau rahsiakan lagi,” kata Nazwan.
Tapi janji tetap janji!”
Arissa,” desak Nazwan.
Pendek kata, Natasya tak buat semua tu. Gambar ini gambar palsu. Gambar edit. Dia kena ugut. Disebabkan gambar inilah dia berhenti jadi model. Aku boleh jamin,” kata Arissa cuba meyakinkan Nazwan sekali lagi.
Tiada sebarang reaksi daripada Nazwan. Arissa sendiri tidak tahu sama ada Nazwan percaya atau tidak tetapi apa yang dia beritahu tadi memang benar belaka. Namun, Nazwan tetap memandangnya dengan tajam. Tiada reaksi yang menunjukkan Nazwan percaya dengan kata-katanya tadi.
Nazwan, percayalah. Dia kena ugut dengan kawan dia sendiri!”
Kawan?” sekali lagi Nazwan memandangnya dengan tajam. Meninggalkan maksud yang mendalam.
Bukan! Bukan aku. Aku takkan buat macam tu pada dia. Takkan kau tak kenal aku. Aku tak akan tikam kawan sendiri. Yang aku maksudkan orang lain,” sekali lagi Arissa cuba menyakinkan Nazwan.
Kalau bukan kau, jadi, maknanya... Sarah?” teka Nazwan.
Bukan! Orang lain. Kau tak kenal dia. Aku pun tak kenal perempuan tu sangat. Dia kawan lama Natasya semasa dia jadi model. Perempuan tu pun model jugak tapi disebabkan dia cemburu dengan apa yang Natasya dapat, dia gunakan taktik kotor tu dengan ugut Natasya tinggalkan dunia modeling.”
Kemudian?” soal Nazwan ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi.
Dah tentulah Natasya tinggalkan dunia modeling yang teruk tu. Lagipun dia memang dah tak tahan dengan kerja tu,” terang Arissa secara ringkas.
Macam mana dengan perempuan yang ugut dia tu?” tanya Nazwan.
Lepas aku bagi sejumlah duit kepada dia, kes tu tamat sampai situ.”
Habis tu macam mana gambar ni boleh wujud lagi?” tanya Nazwan lagi.
Sumpah. Aku tak tahu. Aku cuma pernah tengok sekali. Itupun Natasya yang tunjuk. Aku tak pernah simpan gambar tu. Aku sendiri tak tahu macam mana kau boleh dapat gambar tu dari nombor telefon aku,” sekali lagi Arissa terpaksa mempertahankan dirinya.
Kau ingat aku bodoh ke?” soal Nazwan sekali lagi memandangnya dengan wajah yang serius seolah-olah apa yang dia terangkan tadi tidak dapat membuatkan Nazwan percaya kepadanya.
Arissa tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh membasahi pipi. Sukar untuk dia terima semua ini. Sudah tentu Nazwan tidak akan percaya biarpun dia sudah menceritakan hal yang sebenar. Tiada tokok tambah. Namun, Nazwan tetap tidak percaya bila bukti kukuh menunjuk ke arahnya.
Kenapa kau menangis?” tanya Nazwan.
Aku tak buat. Natasya kawan aku. Aku sayang dia. Nazwan, percayalah. Aku tak buat semua tu,” tangisnya teresak-esak cuba menyakin Nazwan.
Siapa kata aku percaya kau yang buat semua ni?” ujar Nazwan.
Hah?” terkejut Arissa mendengarnya. Terus dia berhenti menangis. “Apa kau kata tadi?” tanya Arissa ingin memastikan apa yang didengarnya tadi.
Aku kata, aku percayakan kau,” ulang Nazwan sambil menjentik dahi Arissa.
Sakit!” Arissa mengaduh kesakitan. “Kalau kau percaya kenapa kau jentik dahi aku lagi?”
Sebab kau memang senang ditipu,” jawab Nazwan selamba.
Hah?”
Kali pertama aku tengok gambar tu, aku tahu itu memang gambar edit. Aku juga tahu bukan kau yang hantar gambar tu walaupun gambar tu dihantar melalui handset kau. Orang yang buat ni boleh tipu kau dan Natasya tapi dia tak boleh tipu aku,” kata Nazwan.
Wah, Nazwan memang hebat!” puji Arissa sambil bertepuk tangan. “Jadi, kau percaya yang aku tak buat semua ni?” soal Arissa kembali.
Nazwan mengangguk. “Aku percayakan kau.”
Nazwan! Aku sayang kau!” sorak Arissa dengan penuh gembira. Dia terlampau gembira sehingga dia tidak dapat mengawal diri dan ingin memeluk Nazwan. Sekali lagi dahinya menerima jentikan kuat oleh Nazwan.
Sakit!”
Siapa suruh ambil kesempatan,” Nazwan menjeling tajam.
Arissa menarik muncung. “Nazwan memang teruk!”
Kalau macam tu, berhentilah pikat aku,” balas Nazwan selamba.
Muncung Arissa hilang begitu sahaja dan diganti dengan senyuman cerianya.
Nazwan memang seorang lelaki yang teramat baik di dunia dan tak ada seorang pun yang boleh tandingi kebaikan Nazwan!” puji Arissa.
Simpan ajelah pujian kau tu untuk bakal suami kau,” balas Nazwan.
Aku seratus peratus pasti yang kau adalah bakal suami aku,” ujar Arissa tanpa segan silu. Hendak segan apa lagi kalau dia sudah meluahkan rasa cintanya pada Nazwan sejak awal-awal lagi.
Ohh... aku seratus peratus pasti yang Naufal adalah bakal suami kau,” balas Nazwan tanpa sedar. Dia tidak sedar yang mulutnya menyebut nama Naufal.
Naufal?” Arissa mengerut dahi apabila nama Naufal disebut Nazwan. “Oh ho... ada orang cemburu,” Arissa tersengih-sengih sambil menepuk tangan. Menyakat.
Boleh tak jangan perasan sangat?” ujar Nazwan dengan menjeling tajam.
Kau nampak comel bila cemburu,” usik Arissa lagi.
Arissa,” tegur Nazwan sudah tidak tahan dengan usikkan Arissa.
Ye sayang,” sekali lagi dia mengusik.
Mood menggatal sudah mula aktif. Berkelip-kelip matanya yang bulat merenung wajah Nazwan. Tersenyum dia apabila melihat Nazwan yang serupa macam malu-malu kucing. Ini yang membuatkan dia lagi bertambah miang. Meow!!
Tiba-tiba sekali lagi dahi Arissa menerima jentikan kuat daripada Nazwan. Kali ini lebih sakit daripada yang diterima tadi.
Nazwan! Dahi aku ni bukan kebal. Sakit tau!” marah Arissa sambil menggosok dahinya yang sakit. Sudah lama Nazwan tidak menjentik dahinya. Sekali dia jentik memang sakit.
Kenapa kau tengok aku macam tu?” tanya Arissa apabila perasan akan Nazwan yang asyik merenungnya.
Terima kasih,” ucap Nazwan.
Terima kasih kerana mencintai kau?” soal Arissa malu-malu kucing.
Tak, terima kasih kerana selalu bagi aku masalah,” balas Nazwan dengan jelingan tajam.
Arissa mengeluh kecil. Dia tahu, Nazwan hanya bergurau tetapi entah kenapa hatinya terasa sakit apabila mendengarnya. Tiba-tiba sahaja hatinya menjadi begitu sensitif. Pelik. Selama dia mencintai seseorang, tidak pernah lagi hatinya terluka hanya kerana kata-kata gurauan. Ini kali pertama dia merasainya.
Wei, aku gurau sajalah,” ujar Nazwan yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Arissa yang mendiamkan diri.
Aku tahu kau bergurau tapi aku serius,” ujar Arissa serius. “Selagi aku masih hidup dan cintakan kau, aku tetap akan bagi kau masalah. Sekarang, aku lapar. Jom temankan aku cari makanan!”
Nazwan menghela nafas lemah.
Masalah lagi.”
Cepat!” arah Arissa yang sudah bangun dari duduknya.
Apa kata kalau order saja dari pihak hotel?” cadang Nazwan yang malas hendak berganjak dari duduknya.
Tak nak!” tegas Arissa mula dengan perangai kebudak-budakkan.
Bukan ke kau masih demam?” Nazwan sengaja mencari alasan.
Cepat!” arah Arissa yang sudah membuka pintu.
Okey,” jawab Nazwan keterpaksaan.
Seronok nampak. Macam pengantin baru,” sapa satu suara sebaik sahaja Nazwan menutup pintu bilik.
Baik Arissa mahupun Nazwan, masing-masing terkejut apabila suara itu menyapa. Terus kecut perut mendengarnya. Bukan saja kecut perut, tapi bulu roma pun turut meremang satu badan. Itu belum lagi bertentang mata dengan orang empunya suara.
Perlahan-lahan kaki Arissa melangkah bersembunyi di belakang Nazwan. Dia tidak berani hendak memandang ke hadapan dan bertentang mata dengan sesiapa pun di hadapannya kini.
Nenek...,” Nazwan bersuara.

Habis, masalah lagi. 

16 si charming:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    tertangkap suda...jwb ler nazwan'kawen kn kami nek',haha

  1. Tanpa Nama berkata...:

    dah tunggu sangat lama..
    menarik sangat
    terima kasih ratu bulan

  1. zuezakry berkata...:

    wow. miauww =) thumbs up. terubat rindu pada arissa & nazwan.. & nenek =)

  1. eija berkata...:

    ohhh akak lama sguh nk tgu n3..
    abis lah dorg kne tgkp...kwen kn jer dorg nie
    mmg ssuai sgt psgn nie...hihi

  1. | feynaa | berkata...:

    Waaaa akhirnya adaa jugak nazwan n arissa hehehe . Kantoi dgn nenek laa plakkk . Nak lagiii :D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Akhirnye,ade gak entry bru.. Best2..

    ~su~

  1. IzZ berkata...:

    miowwww!!!!!!!!!!!!!rindunyyyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  1. si yellow berkata...:

    hahaha..yeahh..kawin2!!

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Sukaaaa sgt bila arissa naik miang haha kasi goda sket nazwan tu

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wuuuuuu,,nenek terbaikkk

    >>k<<

  1. IVORYGINGER berkata...:

    hahaha... abih la budak dua ekor ni. kahwinkan jew nenek. ;D

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kikikiki... akhirnya... :D

  1. AsHu ManCis :) berkata...:

    Setelah sekian lama. yeah! dah ada next entry.habislah dorang. terjumpa nenek.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    Naaah penyelamat dah dtg.. nenek mmg gaul.. jempol utk nenek .. hehe.. dah tak leh bgi alasan dah.. just terima jawaban je.. kahwen!!!.. sambung cepat y cik writer...

  1. dyaNZa berkata...:

    wah dh lame tggu entry nie... rindu la.. habis la nazwan n arissa tue.. kawinkan mereka nek... :) x sabaq nk tggu next n3...

  1. wajikDodol berkata...:

    wowoooo...lame betul tunggu n3..perhh trubat rindu..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages