Seseorang untuk Dinikahi: Bab 9



Dahlah tu. Jangan pandang aku sampai macam tu,” kata Nazwan kepada Luqman yang dari tadi asyik memandangnya dengan tajam. “Aku dah ceritakan semuanya dekat kau. Tak ada tokok tambah,” tambah Nazwan.
Jejak sahaja kaki ke dalam rumah dari pulang makan bersama Arissa tadi, Luqman sudah tercegat dekat depan pintu. Lantas ditariknya masuk ke dalam bilik dan disoal seperti penjenayah. Macam-macam Luqman menyoal dan kesemua soalan berkaitan dengan Arissa.

Nak tak nak, dia terpaksa bercerita dari awal apa yang berlaku di sepanjang mereka di Teluk Batik. Dari dia memandu ke sana sehinggalah dia menyelamatkan Arissa daripada sekumpulan lelaki mabuk. Dengar sahaja bahagian itu, Luqman terus menepuk dahi.
Kenapa kau selamatkan dia? Tak boleh ke kalau tak jadi hero?” tanya Luqman.
Kalau aku tak selamatkan dia siapa lagi? Aku datang dengan dia, jadi aku patut jaga dia. Lagipun, papa Arissa dah telefon aku petang tu supaya jaga Arissa. Nak tak nak, aku terpaksa pikul tanggungjawab tu,” terang Nazwan.
Sekali lagi Luqman mengeluh.
Kau tahu tak apa yang dah berlaku sekarang?” tanya Luqman serius.
Ada apa-apa yang dah berlaku ke?” tanya Nazwan kembali.
Luqman mendengus marah.
Cuba kau fikir, awal-awal pagi dia datang ke rumah ni yang mana dia tak pernah masuk ke rumah kita awal-awal pagi. Plus, dia bawakan kau donut, makanan kegemaran kau. Lepas tu dia siap tuang air untuk kau. Lepas tu, dia cakap kau sangat comel dan kelakar. Aku masih lagi geli part tu,” terang Luqman.
Jadi?” tanya Nazwan yang masih tidak boleh mengagak.
Jadi?” ulang Luqman semula. “Kau boleh kata 'jadi'?”
Habis tu? Aku tak faham,” balas Nazwan dengan muka tidak bersalah langsung.
Apa yang dah kena dengan kau ni? Takkan kau dah terkena sihir Arissa?” Luqman bagaikan mati kutu dengan sikap Nazwan yang acuh tidak acuh itu. “Dia sekarang dah lancarkan misi memikat kau, kau tahu tak?”
Ohhh!” jawab Nazwan sambil mengangguk faham. “Jadi, apa masalahnya?” tanya Nazwan yang langsung tidak terkejut dengan apa yang diberitahu Luqman tadi.
Kau tak terkejut?” tanya Luqman.
Kalau dengan Arissa, tak ada apa yang boleh buat aku terkejut. Kita semua tahu perangai dia, bukan?”
Habis tu, kalau kau dah tahu kenapa kau tak mengelak? Jangan-jangan kau dah sukakan dia. Oh, tidak! Aku tak boleh bayangkan kau orang berdua bercinta,” ujar Luqman sambil membenamkan mukanya ke atas bantal tidurnya itu.
Jangan mengarut. Aku tahu apa yang aku buat. Kau tak perlulah risau.”
Luqman mengangkat kepala. Kemudian, dia menghela nafas panjang menenangkan fikiran sebentar.
Sebab aku tak tahu apa yang kau nak buatlah aku risau. Aku tak nak tiba-tiba aku dengar kau nak pergi pinang si Arissa tu. Masak wei. Kau nak jadi mangsa Arissa seterusnya ke? Nak tambah koleksi yang ada ke?” tanya Luqman sedikit tenang.
Nazwan tersenyum Senyumannya menyimpan beribu makna.
Pendek kata, aku tahu apa yang aku buat. Aku pandai jaga diri. Aku tahu Arissa tu macam mana. Kalau dia nak pikat dengan teknik murah dia tu... dia patut fikirkan sekali lagi,” ujar Nazwan yang kali ini tampak lebih serius.
Mendengar Nazwan berkata dengan serius, Luqman kembali tenang. Dia berharap Nazwan tidak mudah terjerat dengan teknik pemburu cinta Arissa. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka berdua sudah lama menjadi kawan Arissa.
Kawan? Rasanya tiada istilah kawan antara mereka dengan Arissa. Sejak Arissa berpindah ke sebelah rumahnya, Arissa sendiri mentabalkan dirinya sendiri menjadi kawan mereka kerana kebetulan Arissa bersekolah di sekolah yang sama dengannya.
Di sekolah, walaupun Arissa seorang yang popular tapi dia tidak mempunyai kawan. Arissa berkawan dengan Sarah pun sebab dapat tahu yang Luqman sukakan Sarah senyap-senyap. Bila Arissa dapat tahu, habis kecoh satu sekolah. Memang malu Luqman waktu itu dan sejak dari itu dia makin tidak sukakan Arissa. Namun, dia bernasib baik sebab Sarah juga sukakan dia.
Walaupun dia dengan Sarah bersama disebabkan Arissa tetapi Luqman tetap menyimpan rasa tidak puas hati terhadap apa yang Arissa lakukan. Peristiwa diejek satu sekolah memang tidak dapat dilupakannya. Dia juga berharap suatu hari nanti, dia dapat balas apa yang Arissa sudah buat padanya. Barulah dia puas hati!
Itu ke sebab kenapa kau tiba-tiba nak naik kereta klasik aku?” tanya Nazwan mengetawakan Luqman. Dia memang tidak dapat lupakan muka Luqman melambainya tadi.
Siapa lagi kalau bukan ahli sihir tu ugut aku nak bakar album AKB48. Rupanya dia yang rompak album yang hilang tu. Dia sengaja nak ugut aku dengan benda tu,” terang Luqman.
Nazwan ketawa lagi. Dia tidak sangka Arissa sudah bersiap-sedia dengan rancangan memikatnya. Mungkin Arissa tahu Luqman pasti akan menjadi batu penghalang, jadi dia gunakan kelemahan Luqman itu untuk membuatkan sepupunya itu terdiam.
Jangan nak gelak. Ini semua kau punya pasal berlagak jadi hero depan dia. Kalau dah tahu dia tu mudah cair, janganlah nak tunjuk lagak. Tak pasal-pasal aku juga yang kena ugut. Sekarang ni, aku kena fikir macam mana nak rampas balik album tu dari tangan dia.”
Dan yang penting kemas laci nombor 2 tu,” tambah Nazwan.
Tahulah!”

***

Pukul 7.00 pagi. Arissa masih lagi berbaring di atas katilnya sambil menonton televisyen. Bagaimanapun, dia sendiri tidak pasti rancangan apa yang ditengoknya sekarang. Mata sedang menonton televisyen tapi fikirannya jauh melayang memikirkan kata-kata Sarah semalam.
Sarah berkeras menyuruhnya melupakan niatnya untuk memikat Nazwan. Dia tidak faham. Salahkah kalau dia sudah jatuh hati pada Nazwan? Semua orang boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun. Begitu juga dengan dia. Lagipun, dia jatuh hati dengan Nazwan. Nazwan tu lelaki, bukannya perempuan. Lainlah kalau dia jatuh cinta dengan perempuan. Itu memang Sarah berinya amaran.
Arrghhh,” keluhnya sambil menumbuk-numbuk bantal kesayangannya. “Takkanlah diorang ingat aku ni nak main-mainkan Nazwan. Ingat cinta aku ni cinta main-main ke? Memanglah aku ni dah macam taraf playgirl, asyik bertukar teman lelaki macam tukar baju tapi aku bukan tukar tapi berpisah. Tukar dengan berpisah lain.Takkan itu pun tak tahu bezakan.”
Arissa,” tiba-tiba namanya dipanggil serentak dengan pintu biliknya dibuka. Puan Fiza yang sudah berpakaian kemas untuk ke tempat kerja, berdiri di muka pintu. “Hei, tak ke kuliah ke hari ni?”
Tak nak!” ujarnya separuh merajuk.
Kenapa pula ni?” tanya Puan Fiza mendekati Arissa.
Tak ada apa. Malas nak pergi kuliah je,” jawab Arissa berbohong.
Mmm...,” Puan Fiza menjeling jam tangannya. “Mama Fiza ada meeting pagi ni. Kita bincang petang nanti, ya.” pujuk Puan Fiza. Walaupun Arissa bukan anak kandungnya tapi pengalaman 8 tahun menjaga Arissa banyak membantunya mengenali gadis itu. Kalau Arissa menyorok dalam bilik tidak keluar-keluar, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak gadis itu.
Betul. Tak ada apa,” ujar Arissa cuba menyakinkan Puan Fiza.
Petang nanti kita bincang,” ujar Puan Fiza masih tidak percaya dengan alasan 'tak ada apa' Arissa. “Mama Fiza pergi dulu. Jangan buat lakukan apa-apa yang tak datangkan faedah,” amaran diberikan.
Tahu,” jawab Arissa menarik muncung.
Oh ya, kalau lapar... masak sendiri,” pesan Puan Fiza sebelum menutup pintu.
Kalau dah tak ada mood, mana ada rasa nak makan,” ujar Arissa menghela nafas panjang. Dia mencapai alat kawalan jauh dan menutup televisyen. “Ah, keseorangan lagi.”

***

Arissa tak datang?” tanya Luqman yang terkejut. Berita yang disampaikan oleh kekasih hatinya, Sarah itu benar-benar tidak disangka.
Sarah mengangguk.
Dia tak sihat ke?” tanya Nazwan.
Tak. Dia merajuk,” ujar Sarah acuh tak acuh. “Aku telefon dia pun tak angkat.”
Apa yang kau beritahu dia semalam sampai dia merajuk tak datang kuliah?” tanya Luqman sedikit gembira. Mujurlah Sarah memihak padanya. Kalau Sarah dengan Arissa bergabung tenaga, memang payah dia hendak menang.
Perkara biasa je. Suruh dia lupakan niat dia nak pikat Nazwan, itu saja,” jawab Sarah.
Dia balas apa?” tanya Nazwan pula.
Tak ada apa. Aku terus blah. Dia tu, orang kata apa pun takkan dengar. Degil. Buat penat mulut je nasihatkan dia. Lebih baik kau hati-hati lepas ni,” kata Sarah kepada Nazwan. Seperti Luqman, dia juga tidak suka rancangan gila Arissa kali ini. Macam sudah tidak ada lelaki lain. Tak pasal-pasal Nazwan dapat susah.
Dia tu gila sikit. Selagi tak dapat, dia akan cuba juga semua cara sampai dia dapat apa yang dia nak. Bahaya betul,” ujar Luqman dengan makanan yang penuh di mulut. “Itulah, aku dah bagi amaran awal-awal tapi kau degil. Baik bagi je dia kena rogol,” kata Luqman sekali lagi melahirkan rasa tidak puas hati pada Nazwan.
Serentak itu Sarah menendang kaki Luqman.
Kenapa?” marah Luqman.
Kalau cakap tu biar perlahan sikit,” ujar Sarah sambil memandang sekeliling. Nasib baiklah tiada orang yang mendengar apa yang dikatakan oleh Luqman tadi.
Biarlah orang lain dengar, baru dia orang tahu macam mana Arissa tu,” ujar Luqman mendengus marah. Puas hati dia!
Masalahnya nama baik aku pun tercemar tau sebab berkawan dengan dia,” ujar Sarah memberikan alasan.
Nazwan tiba-tiba bangun dan mencapai begnya.
Kau nak ke mana?” tanya Luqman pelik. Lagi pelik apabila dia melihat roti yang dibeli Nazwan tadi tidak terusik sikit pun.
Balik,” ujar Nazwan sepatah.
Bukan ke kau ada kelas lagi hari ni?” tanya Luqman lagi.
Ponteng,” jawab Nazwan selamba dan mengorak langkah meninggalkan kafeteria itu. Luqman dengan Sarah melihat dengan penuh tanda tanya.

***

Gebar putih yang menutupi tubuhnya ditarik seseorang sehingga mendedahkan tubuhnya yang masih lagi memakai baju tidur. Serentak itu, Arissa mencelik mata. Fazira berdiri di tepi katilnya sambil memeluk tubuh.
Kenapa? Aku nak tidurlah,” kata Arissa sambil menarik gebarnya kembali.
Tetapi sekali lagi Fazira menariknya. Kali ini ditariknya sampai jatuh ke lantai.
Apa kena dengan kau ni? Nak cari gaduh ke?” Arissa mendengus marah.
Sampai bila kau nak tidur? Kau ingat, kalau kau tidur, masalah kau boleh selesai dengan tiba-tiba?” Fazira mula bersuara. Suaranya tidak macam selalu. Kali ini agak tegas.
Lantaklah! Bila masa aku kata aku ada masalah?” Arissa mengereng sengaja tidak mahu berhadapan dengan Fazira.
Mama yang kata. Kalau mama tak kata pun aku tahu. Cepat bangun. Aku ada beli makanan untuk kau. Jom makan. Lepas makan barulah kita fikir macam mana nak selesaikan masalah kau tu,” ajak Fazira.
Aku kata aku tak ada masalahlah!” tengking Arissa.
Fazira menghela nafas panjang. Dia memandang Arissa dengan tajam. Walaupun pada ketika itu Arissa bagaikan singa kelaparan yang bila-bila masa sahaja akan menerkam mangsanya tetapi dia langsung tidak menunjukkan reaksi takut.
Kak Arissa, kau tahu tak yang kau akan jadi kakak tiri kepada Cinderella bila kau ada masalah?” ujar Fazira.
Jangan perasanlah nak jadi Cinderella,” balas Arissa sambil membaling bantal kesayangannya ke arah Fazira. “Alamak!” Setelah bantal kesayangannya berada di tangan Fazira, barulah dia tersedar yang dia sudah termasuk ke dalam perangkap Fazira.
Fazira mengukir senyuman. Dia lantas mencapai pisau di meja tulis Arissa dan menghalanya ke arah bantal kesayangan Arissa di tangannya itu.
Cakap atau aku bunuh bantal kesayangan kau ni.”
Mana ada Cinderella buli kakak tiri!” ujar Arissa tidak puas hati.
Malangnya aku bukan Cinderella lagi. Nak cakap ke tak?” Fazira masih mengugut.
Okey! Okey!” Arissa mula cemas. Dia duduk bersila di atas katilnya sambil menghadap ke arah Fazira yang duduk di kerusi tulisnya sambil memegang erat bantal kesayangannya itu.
Aku... jatuh cinta lagi,” beritahu Arissa ringkas.
Dan?”
Arisa mengeluh lemah.
Kali ni agak susah sebab orang tu adalah kawan aku sendiri. Bila kawan-kawan aku yang lain dapat tahu aku nak pikat lelaki tu, diorang tak setuju. Dia orang ingat aku sengaja nak mainkan perasaan lelaki tu. Helo, aku bukan playgirl yang suka-suka main cinta-cinta. Cinta aku selama ni ikhlas tapi mungkin dah nasib aku, seorang pun tak lekat. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Takkan aku nak nafikan aje perasaan aku dan lupakan lelaki tu,” ujar Arissa meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Kau betul-betul sukakan dia ke?” tanya Fazira.
Mestilah. Takkan kau tak kenal aku. Kalau aku dah kata suka, itu bermakna memang aku suka. Walaupun dia aku dah lama berkawan dengan dia tapi aku tak rasa apa yang aku alami ni hanya perasaan antara kawan. Ia lebih daripada seorang kawan. Tapi malangnya, kawan-kawan aku yang lain ni tak percaya. Aku ingatkan bila diorang dah lama berkawan dengan aku, diorang kenal aku, rupanya selama ni diorang anggap aku ni tak ubah macam playgirl,” tambah Arissa lagi.
Pedulikan apa yang kawan kau cakap. Biarlah diorang nak jadi pembangkang asalkan kau tahu apa yang kau buat,” ujar Fazira ringkas.
Tapi... diorang tu kawan aku.”
Kalau diorang kawan kau, diorang patut bagi kau peluang bukannya main bangkang macam tu,” tambah Fazira lagi.
Arissa mendiamkan diri seketika.
Susahlah.”
Tak ada yang susahnya. Kau terus terang ajelah dengan Nazwan yang kau nak pikat dia dan beritahu Luqman dengan Sarah tu, jangan ganggu urusan rumah tangga orang,” ujar Fazira sambil mencampak bantal kesayangan Arissa itu kepada tuannya.
Ye tak ya juga,” ujar Arissa menangkap bantal kesayangannya. “Ehhh... macam mana kau tahu aku jatuh cinta dengan Nazwan?” tanya Arissa terkejut besar apabila memproses kembali maklumat yang diterimanya tadi. “Dan Luqman dan Sarah...”
Tak perlu nak sembunyikan daripada aku. Kau ingat kau tu banyak sangat kawan ke? Kawan kau hanya Nazwan, Luqman dan Sarah. Selain dia orang bertiga tu, kau tak ada kawan lain kat sini,” ujar Fazira.
Ekk? Tiba-tiba aku rasa hidup aku kesian sangat,” ujar Arissa sambil berfikir. Bila Fazira kata begitu, barulah dia sedar yang selain mereka bertiga dia tiada kawan lain.
Kalau kau rasa tiba-tiba perut kau lapar, pandai-pandailah turun bawah ye,” ujar Fazira yang tidak berminat hendak melanjutkan perbualan itu. Dia mula mengorak langkah meninggalkan bilik Arissa.
Mmm... lapar,” ujar Arissa memegang perutnya yang sudah berkeroncong. “Fazira! Tunggu aku!” tanpa berlengah lagi dia berlalu turun ke bawah.

***

Awal balik,” tegur Puan Latifah kepada Nazwan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam. Nazwan sekadar tersenyum. “Luqman kata kamu ponteng kelas,” tambah Puan Latifah lagi. Nazwan yang ingin melangkah naik ke atas, terpaksa berpatah balik menghampiri Puan Latifah di ruang tamu.
Dia tu memang tak sah kalau tak report,” ujar Nazwan sambil duduk di sofa bertentangan dengan Puan Latifah. Dia memandang sekeliling.
Nenek tak ada. Dia pergi jumpa kawan-kawan dia,” beritahu Puan Latifah tanpa ditanya. Dia yang sedang membelek majalah tadi, menutup majalah itu dan memandang Nazwan. “Kalau kamu ada masalah Mama Tifa sedia mendengar.”
Tak ada apa,” jawab Nazwan pendek.
Kenapa hah?” tanya Puan Latifah tiba-tiba. “Setiap kali budak remaja baya kamu ada masalah, bila ditanya tentang masalah diorang, diorang akan balas jawapan yang sama. Tak ada apa. Macam dah jadi satu virus pula.”
Nazwan tersenyum pendek.
Tentang Arissa bukan?” tanya Puan Latifah lagi.
Perlahan-lahan Nazwan mengangguk.
Luqman ada beritahu. Sebenarnya, kalau Luqman tak beritahu pun Mama Tifa dah tahu. Apa yang berlaku pagi semalam memang dah boleh nampak yang Arissa dah jatuh cinta pada kamu,” ujar Puan Latifah tersengih-sengih mengenangkan kejadian pagi semalam.
Mama Tifa, seriuslah,” ujar Nazwan yang tidak faham kenapa ibu saudaranya itu tersengih-sengih.
Maaf. Bukan maksud Mama Tifa nak ketawakan kamu tapi benda ni sweet.”
Sweet?” Serius. Dia sendiri tak faham dengan pemikiran perempuan. “Apa yang sweetnya?”
Cara dia cuba tarik perhatian kamu semalam memang Mama Tifa tak dapat nak jangkakan. Caranya agak simple. Walaupun hanya dengan buatkan kamu donut dan tuang air kopi untuk kamu tapi tengok lenggok badan dia Mama Tifa dah tahu. Oh ya, Mama Tifa tak boleh lupakan apa yang dia kata, 'Nazwan sangat comel dan kelakar' dari situ Mama Tifa dapat tengok yang dia memang dah jatuh cinta dengan kamu,” ujar Puan Latifah yang masih tersengih-sengih.
Jatuh cinta? Dia dah banyak kali jatuh cinta dengan lelaki. Siapa yang nak percaya,” ujar Nazwan langsung tidak percaya.
Puan Latifah mengangguk faham.
Arissa macam arwah ibu dia,” ujar Puan Latifah setelah mendiamkan diri beberapa minit. “Bila Mama Tifa pandang dia, Mama Tifa teringatkan arwah ibu dia.”
Arwah ibu dia pun macam tu? Playgirl?”
Puan Latifah menggeleng.
Macam yang kamu nampak sekarang. Mudah jatuh cinta dan mudah putus cinta. Tapi bila dia putus cinta, dia tak menangis. Putus cinta buat dia lebih kuat. Nak salahkan dia sebab selalu bertukar pasangan pun tak boleh sebab kadangkala apa yang dia buat untuk kebaikan dia juga. Mama Tifa ingat, sampai ke tua pun dia takkan berkahwin tapi satu hari semuanya berubah. Dia jatuh cinta dengan seseorang yang tak patut dia jatuh cinta. Orang tulah papa Arissa.”
Kenapa dengan papa Arissa?” tanya Nazwan sedikit berminat hendak mengetahui cerita-cerita lama itu.
Dia playboy. Pada awalnya Mama Tifa rasa memang padanlah diorang bersama sebab seorang playboy dan seorang lain suka sangat memburu cinta. Mengejutkan hubungan diorang sampai ke jinjang pelamin. Dan seterusnya kamu tahu, ibu Arissa meninggal dunia selepas melahirkan Arissa dan papa Arissa kembali jadi playboy.”
Apa yang Mama Tifa nak kata sebenarnya?” tanya Nazwan. Dia tahu sangat kalau Puan Latifah sudah buka cerita-cerita lama, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan.
Mama Tifa perasan Arissa ada persamaan dengan arwah ibunya. Mama Tifa masih ingat lagi reaksi arwah ibu Arissa masa dia beritahu dia sudah jatuh cinta dengan papa Arissa. Masa tu... wajahnya sangat ceria. Senyumannya tak lekang di bibir. Sama macam Arissa semalam,” terang Puan Latifah cuba menyakin Nazwan.
Jadi... dia betul-betul...” Nazwan tidak mampu hendak melengkapkan ayatnya itu.
Hanya satu cara untuk pastikan,” ujar Puan Latifah dengan senyum.
Melihat senyuman Puan Latifah, Nazwan dapat membaca apa yang ingin diberitahunya. Dia menghela nafas berat. Mustahil dia akan bagi Arissa peluang. Itu cari nahas namanya. Tapi... bolehkah dia melepaskan diri daripada perangkap cinta Arissa.
Dia perlu buat keputusan. Segera!

***

Aku dah buat keputusan,” ujar Arissa yang menghampiri mereka bertiga yang sedang menikmati makanan tengah hari di kafeteria.
Hai Arissa, akhirnya kau datang juga,” sapa Luqman dengan nada menyindir.
Arissa membalas kembali senyuman tidak ikhlas Luqman tadi dengan senyuman menggedik. Sengaja dia hendak panaskan hati Luqman. Kal ini, dia akan pastikan hati Luqman terbakar dengan keputusannya.
Keputusan apa?” tanya Sarah tergagap-gagap.
Arissa nampak bersemangat. Malah lebih bersemangat daripada hari-hari yang lain. Keputusan yang Arissa buat juga membuat dia tertanya-tanya. Adakah Arissa dengar nasihatnya atau masih berdegil.
Rileks. Jangan panik,” ujar Arissa menyuruh mereka semua bertenang.
Arissa menghela nafas panjang. Kemudian, dia memandang tepat ke arah Nazwan yang duduk bertentangan dengannya. Nazwan bagaikan patung. Sebenarnya dia masih lagi terkejut dengan kehadiran Arissa yang tiba-tiba itu.
Nazwan, jom kita dating!” ujar Arissa tanpa berkias-kias lagi.
Luqman dan Sarah yang mendengar masing-masing mengeluh lemah. Gila punya Arissa. Masing-masing menyumpah Arissa yang degil dan tidak dengar kata.
Macam mana? Setuju tak?” tanya Arissa kepada Nazwan yang masih senyap.
Reaksi Nazwan masih lagi seperti tadi. Tiada langsung reaksi terkejutnya.
Jangan setuju Nazwan. Dia dah gila,” ujar Luqman mendesak Nazwan menolak.
Jomlah dating,” ujar Arissa dengan manja separuh gedik.
Okey,” jawab Nazwan pendek.
What?!” Sarah dan Luqman memandang Nazwan.
Yes!” sorak Arissa gembira. 

10 si charming:

  1. | feynaa | berkata...:

    adusss ! daa makin excited nyh :D

  1. MizaEija berkata...:

    uwaaaaaaaa!!! tak sabar nak tau kisah seterusnya...

  1. Unknown berkata...:

    Ariss..jgn putus asa..buat yg terbaik..

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kalau la boleh jadi macam arissa.. my life would be better...

  1. Suha berkata...:

    wah!!! clap2 ^^ she has that kind of confidence ~.^ makin excited makin xsbr nk tau next entry >..< hee

  1. IzZ berkata...:

    perghhh..arissa memang terbaik sebab die walaupon gedik tapi jujur dengan diri die..^__^..dunia mereka akan huru-hara sebab nazwan da setuju nak date!!hahaha

  1. IzZ berkata...:

    time kaseh sebab letak gambaq yoon si yoon..hehe..^_^

  1. epy elina berkata...:

    klakar lak...
    tp luqman n sarah x ptut bt arissa mcm 2...
    sbgai kwn dorng mstla skong...

  1. Unknown berkata...:

    dah follow blog nih..best sagat baca novel kat cini..A+ untuk blog nih.

  1. Tanpa Nama berkata...:

    kawan2 arrisa nie cm xikhlas jew nk bkawan.. cian kwn tu, dhlar xde mommy..
    si sarah nie ikut sgt ckp luqman tu.. apelar..
    Arissa.. fighting..!! hope si nazwan try selami hati dia..

Catat Ulasan

Dah baca,
jangan segan-segan tinggalkan komen ya.

Fan Pages